Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-01-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 45 hari yang lalu
Muslim1987: 52 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Terkini:RM1,000 untuk pelajar miskin ke IPT


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Terkini:RM1,000 untuk pelajar miskin ke IPT

Please Mendaftar To Post


Oleh Terkini:RM1,000 untuk pelajar miskin ke IPT

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-08-07 09:31


KUALA LUMPUR: Bantuan kewangan serta-merta berjumlah RM1,000 akan diberikan kepada setiap pelajar miskin yang berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT), mulai awal tahun depan.

Bantuan itu akan diberikan menerusi Skim Bantuan Permulaan ke IPT yang bertujuan membantu meringankan beban kewangan golongan itu serta memberi dorongan kepada pelajar miskin melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Rafek Reshidullah, berkata skim baru itu ialah satu daripada tiga bantuan kebajikan baru yang akan diperkenalkan kerajaan selewat-lewatnya mulai tahun depan.

Skim Bantuan Permulaan ke IPT itu diberi sebagai tambahan kepada kemudahan pembiayaan pendidikan sedia ada seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yang dibuka kepada semua pelajar IPT.

“Skim baru ini diharap dapat memberi kemudahan kepada pelajar miskin termasuk anak yatim yang sudah ditakrifkan layak mendapat bantuan kebajikan daripada JKM,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Skim itu adalah antara tiga bantuan kebajikan baru yang sudah dipersetujui untuk dilaksanakan kerajaan dan kini hanya menunggu kelulusan Kabinet. Dua lagi skim ialah Skim Bantuan Asas Keluarga menggantikan Skim Bantuan Kanak-Kanak dan Bantuan Penjagaan Anak Orang Kurang Upaya (OKU) atau berpenyakit kronik.

Ketiga-tiga skim itu dirancang sejak awal tahun ini dalam usaha kerajaan membela nasib golongan miskin, mereka yang menghidap penyakit kronik, kanak-kanak, warga tua, OKU dan ibu tunggal bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan lebih selesa.

Selain itu, JKM juga sedang berunding dengan Perbendaharaan untuk menaik taraf tiga skim bantuan sedia adanya iaitu Skim Bantuan Orang Tua, Skim Bantuan Anak Pelihara dan Elaun Pekerja Cacat yang kini dikenali Elaun Pekerja OKU (Epoku).

Rafek berkata, usaha menaik taraf tiga skim itu dibuat bagi memastikan ia seimbang dengan kenaikan kos sara hidup dan perubahan semasa kerana kali terakhir kajian keberkesanannya dijalankan adalah lima tahun lalu.

“Ia juga dibuat selepas kita mengambil kira pelbagai faktor dan keberkesanan skim bantuan sedia ada, khususnya dari segi kadar bantuan bulanan yang kini diberikan kepada kumpulan sasar yang menikmatinya,” katanya.

Beliau berkata, dengan skim baru dan usaha menaik taraf bantuan sedia ada itu, ia dapat meringankan beban keluarga miskin, yang mempunyai anak OKU atau berpenyakit kronik serta memerlukan rawatan berterusan.

“JKM juga bercadang mengubah Skim Bantuan Kanak-Kanak yang ketika ini mempunyai nilai maksimum RM450 sebulan untuk setiap keluarga miskin kepada bantuan baru yang dikenali Skim Bantuan Asas Keluarga

“Menerusi skim baru itu, jumlah bantuan yang diberikan akan lebih tinggi dan ditentukan berdasarkan keperluan sebenar keluarga berkenaan serta sama ada mereka tinggal di bandar atau luar bandar.

“Walaupun kadar baru belum ditetapkan, saya percaya jumlah yang akan diluluskan itu mampu membantu kumpulan sasar menjalani kehidupan lebih selesa,” katanya sambil menambah pihaknya sudah mengemukakan kertas cadangan itu ke Kabinet untuk dipertimbangkan.

Setakat ini, tiga skim bantuan yang dikendalikan JKM membelanjakan lebih RM134 juta membabitkan 22,759 kanak-kanak, 25,524 (orang tua) dan 13,836 pekerja cacat.

sumber: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Mukadepan/20070805234132/Article/


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Cda_Ibtihal
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26225
Posting: 87
Dari: Sungai Besar,Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-08-07 23:19


alhamdulilah...rezeki mereka

Bookmark and Share

    


  Member Information For Cda_IbtihalProfil   Hantar PM kepada Cda_Ibtihal   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09826 saat. Lajunya....