Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 161
Ahli: 0
Jumlah: 161




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 11 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cadangan Aktiviti
Topik: Muktamar Khilafah Bersama Hizbut Tahrir 2007


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cadangan Aktiviti
    »» Muktamar Khilafah Bersama Hizbut Tahrir 2007

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 4

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4  
Jump To Page:

Oleh Muktamar Khilafah Bersama Hizbut Tahrir 2007

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-08-07 15:30


Assalamualaikum wrtwbr


Ikatan Intelektual Nusantara

akan menganjurkan


MUKTAMAR KHILAFAH 2007

BERSAMA HIZBUT TAHRIR



Tarikh

12hb Ogos 2007 bersamaan 28 Rejab 1428H



Tempat;

Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam, Selangor



Masa;

8.00 pagi - 1.00 petang



Aktiviti;

Pembentangan Kertaskerja / Pameran Khilafah / Gerai Jualan

Tayangan Video / Persembahan Multimedia



sebarang pertanyaan/maklumat lanjut sila hubungi

[email protected]

www.mykhilafah.com




...muslimin dan muslimat dijemput hadir....

"jamuan ringan disediakan"



--
manusia itu mulia dengan ISLAM
ISLAM tetap Mulia tanpa manusia


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-08-07 16:00


hizbi? huh!? :O

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-08-07 16:42


dilarang membuat hebahan tentang hizbut tahrir di sini

Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-08-07 09:43


Pada 04-08-07 16:42 , safa_indah posting:

!!! QUOTE !!!

dilarang membuat hebahan tentang hizbut tahrir di sini


salam khilafah....

Kenapa tak boleh pulak?


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

taisir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 20-08-07 15:40


hizbut tahrir itu apa?kenapa tak boleh bentangkan kat sini...
share lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For taisirProfil   Hantar PM kepada taisir   Pergi ke taisir's Website   Quote dan BalasQuote

saifuddin_92
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2006
Ahli No: 25600
Posting: 271
Dari: batu pahat

turkey  


posticon Posting pada: 20-08-07 16:05


hizbut tahrir pernah mengkritik tindakan HAMAS memasuki plilihanraya di palestin tak lama dulu

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifuddin_92Profil   Hantar PM kepada saifuddin_92   Pergi ke saifuddin_92's Website   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-08-07 16:22


mengembalikan pemerintahan seperti

khalifah

saidina abu bakar .a?
saidina omar .a ?
saidina ali .a ?
saidina othman .a ?

radhiallahuanhu... Allah telah meredhai mereka....
kita???? wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-08-07 21:02


Salam....
Hizbut Tahrir.....
Apa yang hendak dimuktamarkan.....
Orang atas pun tak clear......
Boleh percaya ke......

Nak perbetulkan sikit ayat dibawah ni......
Tiada kemuliaan tanpa islam, tak sempurna Islam tanpa syariat, takkan tegak Islam tanpa daulah, daulah khilafah rasyidah

Sepatutnya begini.......
ISLAM sentiasa mulia....
ISLAM mulia kerana isinya merangkumi aqidah , ibadah dan syariah....
ISLAM akan tertegak dengan adanya daulah Islamiyyah @ dakwah Islamiyyah.......
Rasulullah saw dan semua khilafah ( Saidina Umar , Uthman Abu Bakar dan Ali ) sebagai panduan dan ikutan........

Jangan ambil ISLAM separuh2
Tetapi secara keseluruhan..........
Bukankah ISLAM itu bersifat syumul....sesuai sepanjang zaman......

Pesanan buat saudara Farouks:
Kenapa tak jawab persoalan taisir.....
Ana pun nak tahu apa sebenarnya HT ni.....
Adakah sekadar diawang-awangan.....
Jawapannya ada ditangan anta.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-08-07 00:20


sorylah ye, sebab baru online, tadi ada urusan lain.

untuk persoalan taisir di bawah ni boleh dijelaskan:

Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat dan bersama-sama mereka berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali sistem kekhilafahan dan menegakkan hukum yang diturunkan Allah dalam realiti kehidupan.

Hizbut Tahrir merupakan organisasi politik, bukan organisasi kerohanian (seperti tarekat), bukan badan ilmiah (seperti lembaga agama atau badan penelitian), bukan institusi pendidikan (akademik), dan bukan pula pertubuhan sosial (yang bergerak di bidang sosial dan kemasyarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti dan sekaligus rahsia kewujudan kelompoknya.

Latar Belakang Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir didirikan dalam rangka memenuhi seruan Allah SWT:

"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung." (TMQ Surah Ali-Imran : 104)

Hizbut Tahrir bermaksud membangkitkan kembali umat Islam dari kemerosotan yang amat parah, membebaskan umat dari idea-idea, sistem perundangan, dan hukum-hukum kufur serta membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan pengaruh negara-negara kafir. Hizbut Tahrir bermaksud juga membangun kembali Daulah Khilafah Islamiyyah di muka bumi, sehingga hukum yang diturunkan Allah SWT dapat diterapkan kembali.

Tujuan Hizbut Tahrir
Hizbut Tahrir bertujuan melanjutkan kehidupan Islam dan mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Tujuan ini bererti mengajak kaum muslimin kembali hidup secara Islami dalam Darul Islam dan masyarakat Islam. Di mana seluruh kegiatan kehidupannya diatur sesuai dengan hukum-hukum syara'. Pandangan hidup yang akan menjadi pedoman adalah halal dan haram, di bawah naungan Daulah Islamiyah, iaitu Daulah Khilafah, yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang diangkat dan dibai'at oleh kaum muslimin untuk didengar dan ditaati agar menjalankan pemerintahan berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, serta mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad.

Di samping itu Hizbut Tahrir bertujuan membangkitkan kembali umat Islam dengan kebangkitan yang benar, melalui pola pemikiran yang cemerlang. Hizbut Tahrir berusaha untuk mengembalikan posisi umat seperti masa kejayaan dan keemasannya seperti dulu, di mana umat akan mengambil alih kendali negara-negara dan bangsa-bangsa di dunia ini. Negara Khilafah akan kembali menjadi negara nombor satu di dunia sebagaimana yang terjadi pada masa silamnya ­ yakni memimpin dunia sesuai dengan hukum-hukum Islam.

Hizbut Tahrir bertujuan pula untuk menyampaikan hidayah (petunjuk syari'at) bagi umat manusia, memimpin umat Islam untuk menentang kekufuran beserta segala idea dan peraturan kufur, sehingga Islam dapat menyelimuti bumi.

Kegiatan Hizbut Tahrir

Kegiatan Hizbut Tahrir adalah mengembang dakwah Islam untuk mengubah keadaan masyarakat yang rosak menjadi masyarakat Islam. Hal ini dilakukan dengan mengubah idea-idea rosak yang ada menjadi idea-idea Islam, sehingga idea‑idea ini menjadi pendapat umum di tengah-tengah masyarakat serta menjadi persepsi bagi mereka. Selanjutnya persepsi ini akan mendorong mereka untuk merealisasikan dan menerapkannya sesuai dengan tuntutan Islam.

Juga dengan mengubah perasaan yang dimiliki anggota masyarakat menjadi perasaan Islam yakni redha terhadap apa yang diredhai Allah, marah dan benci terhadap apa yang di murkai dan dibenci oleh Allah serta mengubah hubungan/interaksi yang ada dalam masyarakat menjadi hubungan/interaksi yang Islami, yang berjalan sesuai dengan hukum-hukum dan pemecahan-pemecahan Islam.

Hizbut Tahrir telah muncul dan berkembang, kemudian menyebarluaskan aktiviti dakwahnya di negeri-negeri Arab, mahupun sebagian besar negeri-negeri Islam lainnya.

Seluruh kegiatan yang dilakukan Hizbut Tahrir bersifat politik. Maksudnya adalah bahawa Hizbut Tahrir memperhatikan urusan-urusan masyarakat sesuai dengan hukum-hukum serta pemecahannya secara syar'ie. Kerana yang dimaksud politik adalah mengurus dan memelihara urusan-urusan masyarakat sesuai dengan hukum-hukum Islam dan pemecahan-pemecahannya.

Kegiatan-kegiatan yang bersifat politik ini nampak jelas dalam aktivitinya dalam mendidik dan membina umat dengan tsaqafah Islam, meleburnya dengan Islam, membebaskannya dari aqidah-aqidah yang rosak, pemikiran-pemikiran yang salah serta persepsi-persepsi yang keliru, sekaligus membebaskannya dari pengaruh idea-­idea dan pandangan-pandangan kufur.

Kegiatan politik ini nampak juga dalam aspek pertarungan pemikiran (ash shiro'ul fikri) dan dalam perjuangan politiknya (al kifahus siyasi). Pertarungan pemikiran terlihat dalam penentangannya terhadap idea-idea dan peraturan-peraturan kufur. Hal itu nampak pula dalam penentangannya terhadap idea-idea yang salah, aqidah-aqidah yang rosak atau persepsi-persepsi yang keliru dengan cara menjelaskan kerosakannya, menampakkan kekeliruannya, dan menjelaskan ketentuan hukum Islam dalam masalah tersebut.

Adapun perjuangan politiknya, terlihat dari penentangannya terhadap kaum kafir imperialis untuk memerdekakan umat dari belenggu dominasinya, membebaskan umat dari cengkaman pengaruhnya, serta mencabut akar-akarnya yang berupa pemikiran, kebudayaan, politik, ekonomi, mahupun ketenteraan dari seluruh negeri-negeri Islam.

Perjuangan politik ini juga nampak jelas dalam kegiatannya menentang para penguasa, mengungkap pengkhianatan dan persekongkolan mereka terhadap umat, melancarkan kritikan, mengawasi dan membetul mereka serta berusaha menggantinya tatkala mereka mengabaikan hak-hak umat, tidak menjalankan kewajibannya terhadap umat, melalaikan salah satu urusan umat atau menyalahi hukum-hukum Islam.

Seluruh kegiatan politik itu dilakukan tanpa menggunakan cara-cara kekerasan samaada fizikal/senjata sesuai dengan jejak dakwah yang dicontohkan Rasulullah SAW.

Jadi kegiatan Hizbut Tahrir secara keseluruhan adalah kegiatan yang bersifat politik, baik sebelum mahupun sesudah mengambil alih pemerintahan (melalui umat).

Kegiatan Hizbut Tahrir bukan di bidang pendidikan, kerana ia bukanlah madrasah (sekolah). Begitu pula seruannya tidak hanya bersifat nasihat-nasihat dan petunjuk-petunjuk. Kegiatan Hizbut Tahrir bersifat politik, iaitu dengan cara mengemukakan idea-idea (konsep-­konsep) Islam beserta hukum-hukumnya untuk dilaksanakan, dikembang dan diterapkan dalam kenyataan hidup dan pemerintahan.

Hizbut Tahrir mengembang dakwah Islam agar Islam dapat diterapkan dalam kehidupan dan agar Aqidah Islamiyyah menjadi dasar negara, dasar perlembagaan dan sistem perundangan kerana Aqidah Islamiyah adalah aqidah aqliyah (aqidah yang menjadi dasar pemikiran) dan aqidah siyasiyah (aqidah yang menjadi dasar politik) yang melahirkan aturan untuk memecahkan masalah manusia secara keseluruhan, baik di bidang politik, ekonomi, budaya, sosial, dan lain-lain.
Metod Dakwah Hizbut Tahrir

Metod yang ditempuh Hizbut Tahrir dalam mengembang dakwah adalah hukum-hukum syara' yang diambil dari thariqah (metod) dakwah Rasulullah SAW, sebab thariqah itu wajib diikuti. Sebagaimana firman Allah SWT:

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan Hari Kiamat, dan dia banyak menyebut Allah (dengan membaca zikir dan mengingat Allah)." (TMQ Surah Al Ahzab : 21)

"Katakanlah: `Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian." (TMQ Surah Ali Imran : 7)

Dan banyak lagi ayat lain yang menunjukkan wajibnya mengikuti perjalanan dakwah Rasulullah SAW, menjadikan beliau suri teladan dan mengambil ketentuan hukum dari beliau.

Berkenaan kaum muslimin yang waktu ini hidup di Darul Kufur ketika ini kerana diterapkan atas mereka hukum-hukum kufur yang tidak diturunkan Allah SWT maka keadaan negeri mereka serupa dengan Makkah ketika Rasulullah SAW diutus (menyampaikan risalah Islam). Oleh itu fasa Makkah wajib dijadikan sebagai tempat berpijak dalam mengembang dakwah dan meneladani Rasulullah SAW.

Dengan mendalami sirah Rasulullah SAW di Makkah hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islamiyah di Madinah, akan nampak jelas beliau menjalani dakwahnya dengan beberapa peringkat yang sangat jelas ciri-cirinya. Beliau melakukan kegiatan-kegiatan tertentu yang nampak dengan nyata tujuan-tujuannya. Dari sirah Rasulullah SAW inilah Hizbut Tahrir mengambil method dakwah dan tahapan-tahapannya, beserta kegiatan-kegiatan yang harus dilakukannya pada seluruh tahapan ini, kerana Hizbut Tahrir mencontohi kegiatan-kegiatan yang dilakukan Rasululah SAW dalam seluruh tahapan perjalanan dakwahnya.

Berdasarkan sirah Rasulullah SAW tersebut, Hizbut Tahrir menetapkan method perjalanan dakwahnya dalam 3 (tiga) tahapan berikut :

Pertama, Tahapan Pembinaan dan Pengkaderan (Marhalah At Tatsqif), yang dilaksanakan untuk membentuk kader-kader yang mempercayai pemikiran dan metod Hizbut Tahrir dalam rangka pembentukan kerangka tubuh parti.

Kedua, Tahapan Berinteraksi dengan Umat (Marhalah Tafa'ul Ma'a Al Ummah), yang dilaksanakan agar umat turut memikul kewajiban dakwah Islam hingga umat menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, agar umat berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan.

Ketiga, Tahapan Pengambil alihan Kekuasa­an (Marhalah Istilaam Al Hukm), yang dilaksana­kan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengemban risalah Islam ke seluruh dunia.

Landasan Pemikiran Hizbut Tahrir

Hizbut Tahrir telah melakukan pengkajian, penelitian dan pengkajian terhadap umat, termasuk kemerosotan yang dideritanya. Kemudian membandingkannya dengan keadaan yang ada pada masa Rasulullah SAW, masa Khulafa ar-Rasyidin dan masa generasi Tabi'in. Selain itu juga merujuk kembali sirah Rasulullah SAW, dan tata cara mengembang dakwah yang beliau lakukan sejak permulaan dakwahnya, hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islamiyah di Madinah. Dipelajari juga perjalanan hidup betiau di Madinah. Tentu saja, dengan tetap merujuk kepada Kitabullah, Sunnah Rasul-Nya, serta apa yang ditunjukkan oleh dua sumber tadi, iaitu Ijmak Sahabat dan Qiyas. Selain itu juga tetap berpedoman pada ungkapan-ungkapan mahupun pendapat-pendapat para Sahabat, Tabi'in, dan imam-imam dari kalangan Mujtahidin.

Setelah melakukan kajian secara menyeluruh itu, maka Hizbut Tahrir telah memilih dan menetapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum yang berkaitan dengan fikrah dan thariqah. Semua idea, pendapat dan hukum yang dipilih dan ditetapkan Hizbut Tahrir hanya berasal dari Islam. Tidak ada satupun yang bukan dari Islam. Bahkan tidak dipengaruhi oleh sesuatu yang tidak bersumber dari Islam.

Hizbut Tahrir telah memilih dan menetapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hakam tersebut sesuai dengan perkara-perkara yang diperlukan dalam perjuangannya iaitu untuk melaksanakan kembali kehidupan Islam serta mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia iaitu dengan mendirikan Daulah Khilafah dan mengangkat seorang Khalifah. Idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum tersebut telah dihimpun dalam pelbagai buku, booklet, maupun nasyrah-nasyrah yang diterbitkan dan disebarluaskan kepada umat. Buku-buku itu, antara lain:

1. Nizhamul Islam (Peraturan Hidup dalam Islam)

2. Nizhamul Hukmi fil Islam (Sistem Pemerintahan dalam Islam)

3. Nizhamul Iqtishadi fil Islam (Sistem Ekonomi dalam Islam)

4. Nizhamul Ijtimo'iy fil islam (Sistem Pergaulan dalam Islam)

5. At-Takattul al-Hizbiy (Pembentukan Parti Politik)

6. Mafahim Hizbut Tahrir (Pokok-pokok Pikiran Hizbut Tahrir)

7. Daulatul Islamiyah (Negara Islam)

8. Al-Khilafah (Sistem Khilafah)

9. Syakhshiyah Islamiyah - 3 jilid (Membentuk Keperibadian Islam)

10. Mafahim Siyasiyah li Hizbit Tahrir (Pokok­pokok Pikiran Politik Hizbut Tahrir)

11. Nadharat Siyasiyah li Hizbit Tahrir (beberapa Pandangan Politik Hizbut Tahrir)

12. Kai nothing Hudimatil Khilafah (Persekongkolan Meruntuhkan Khilafah)

13. Siyasatu al-Igtishadiyah al-Mutsla (Politik Ekonomi yang Agung)

14. A1-Amwal fi Daulatil Khilafah (Sistem Kewangan Negara Khilafah)

15. Nizhamul 'Uqubat fil Islam (Sistem Sanksi Peradilan dalam Islam)

16. Ahkamul Bayyinat (Hukum-Hukum Pembuktian)

17. Mugaddimatu ad-Dustur (Pengantar Undang-undang Dasar Negara Islam)

Dan banyak lagi buku-buku, booklet, mahu­pun nasyrah yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir, baik yang berkaitan dengan idea maupun politik.

Keanggotaan

Hizbut Tahrir menerima keanggotaan setiap orang Islam, baik laki-laki mahupun wanita tanpa memperhatikan lagi adakah mereka keturunan Arab atau bukan, berkulit putih ataupun hitam. Hizbut Tahrir adalah sebuah parti untuk seluruh kaum muslimin dan menyeru mereka untuk mengembang dakwah Islam serta mengambil dan menetapkan seluruh aturan-aturan Islam, tanpa memandang lagi kebangsaan, warna kulit, maupun madzhab mereka. Hizbut Tahrir melihat semuanya dari pandangan Islam.

Cara mengikat individu-individu ke dalam Hizbut Tahrir adalah dengan memeluk Aqidah Islamiyyah, matang dalam Tsaqafah Hizbut Tahrir serta mengambil dan menetapkan idea-idea dan pendapat-pendapat Hizbut Tahrir. Dia sendirilah yang mengharuskan dirinya menjadi anggota Hizbut Tahrir, setelah sebelumnya ia melibatkan dirinya dengan (pembinaan dan aktiviti dakwah) Hizbut Tahrir ketika dakwah telah berinteraksi dengannya dan ketika dia telah mengambil dan menetapkan idea-idea serta Mafahim Hizbut Tahrir. Jadi ikatan yang dapat mengikat anggota Hizbut Tahrir adalah Aqidah Islamiyyah dan Tsaqafah Hizbut Tahrir yang terlahir dari aqidah ini. Halaqah-halaqah (pembinaan) wanita dalam Hizbut Tahrir terpisah dengan halaqah laki-laki. Yang memimpin halaqah-halaqah wanita adalah para suami, mahramnya atau para wanita.


http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=Hizbut


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-08-07 00:26


Pada 20-08-07 21:02 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam....
Hizbut Tahrir.....
Apa yang hendak dimuktamarkan.....
Orang atas pun tak clear......


Program tu dah berlangsung dah.
minta maaf sebab tak clear....

ni penjelsan, link dan gambar untuk program tersebut:

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah menganjurkan muktamar Khilafah pada 12 Ogos 2007, bersamaan 28 Rejab 1428H yang bertempat di Pusat Perkembangan dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Pada mulanya, muktamar ini di rancangkan untuk di adakan di Masjid Negeri, Shah Alam Selangor, namun terpaksa dipindahkan ke CITU di saat- saat akhir kerana halangan pihak tertentu. Dengan kehadiran lebih kurang 500 orang peserta, kapasiti dewan yang lebih kecil menyebabkan sebilangan peserta tidak mendapat tempat duduk dan terpaksa berdiri. Namun ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus bersama hingga ke penghujung muktamar. Hizbut Tahrir tidak memusuhi penguasa- penguasa umat Islam, tetapi HT memusuhi kekufuran yang bermaharajalela pada masa sekarang ini, yang cuba untuk menghalang cahaya agama Allah untuk terus bersinar. Kekufuran yang diterajui kufar barat haruslah ditentang habis- habisan oleh umat Islam seluruh dunia, agar cahaya rahmat agama Allah ini menyelimuti seluruh penjuru dunia.


http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=Media&pa=papar&cid=9


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-08-07 00:57


Pada 20-08-07 21:02 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam....

Nak perbetulkan sikit ayat dibawah ni......
Tiada kemuliaan tanpa islam, tak sempurna Islam tanpa syariat, takkan tegak Islam tanpa daulah, daulah khilafah rasyidah

Sepatutnya begini.......
ISLAM sentiasa mulia....
ISLAM mulia kerana isinya merangkumi aqidah , ibadah dan syariah....
ISLAM akan tertegak dengan adanya daulah Islamiyyah @ dakwah Islamiyyah.......
Rasulullah saw dan semua khilafah ( Saidina Umar , Uthman Abu Bakar dan Ali ) sebagai panduan dan ikutan........


Syukran atas komen, namun untuk ayat tersebut ana ada penjelasannya.
Ni penjelasan sedikit:

Tiada kemuliaan tanpa Islam
-seseorang manusia itu takkan mulia tanpa ia memeluk Islam.
walaupun orang itu raja charles ke, madona ke, david becham ke or siapa sahaja selain orang Islam.
- kerana apa?
sebabnya- firman Allah swt yang bermaksud: tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu.
-disisi Allah orang yang berkulit hitam legam tetapi Islam lebih mulia berbanding orang yang berkulit merah or putih tetapi kafir.

Tak sempurna Islam tanpa syariat.
-betullah sepertimana Nur jelaskan bahawa Islam itu syumul yang mampu menyelesaikan segala permasalahan manusia dari sekecil sampai sebesar2nya. kerana Islam bukan seperti agama2 yang lain yang hanya mengajarkan aspek ritual semata(solat, puasa dll) tetapi juga mengatur aspek kehidupan(sistem ekonomi, sosial, politik dan sebagainya).
-tetapi realiti hari ini Islam hanya dipraktikkan dimasjid2 sahaja, perkahwinan dan talak cerai. tetapi dalam kehidupan seharian hukum ciptaan manusia yang di ambil, syariat entah kemana di buang.

takkan tegak Islam tanpa daulah
tanpa daulah Macamana nak terapkan sistem pidana(hudud, qisas, takzir dan mukallafah), sistem ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam yang mana memberi percuma kepada rakyatnya untuk belajar, sistem sosial yang mengatur hubungan lelaki dan wanita, hubungan luar negeri yakni dakwah dan jihad.
jadi Macamana semua ini boleh terimplimentasi tanpa daulah.

dan kita harus ingat bahawa kita wajib menjalankan semua ini yakni secara kaffah sepertimana yang disebutkan oleh Nur.(Al-Quran diturunkan untuk di amalkan bukan semata untuk dibaca dan selepas itu dilalaikan segala perintah dan larangan yang terkandung di dalam Kitabullah)

kalau tidak mengamalkannya, apa akan terjadi??
seluruh umat Islam akan berdosa.
dosa investasi(untuk yang berdiam diri dan tidak ingin berbuat apa-apa)

khilafah yang ingin kita tegakkan sepertimana yang disebutkan dalam hadith nabi SAW" khilafatan ala minhajin nubuwwah"
yakni khilafah yang mengikut jalan Rasullullah saw.

wallahualam


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-08-07 01:00


Pada 20-08-07 21:02 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam....

khilafah ( Saidina Umar , Uthman Abu Bakar dan Ali )


khilafah- pemerintahan
khalifah- pemerintah (eg, saidina umar, Uthman dan lain-lain)
Khulafa'- jamak khalifah


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-08-07 01:19


Ni link2(gambar2) yang menunjukkan aktiviti pada 28 rejab yang dijalankan diseluruh dunia menyeru penerapan syariah di bawah naungan khilafah(bukan Malaysia sahaja):

Hizbut tahrir kat ukraine:

http://syabab.com/index.php?option=com_content&task=view&id=151&Itemid=1

Hizbut tahrir kat Indonesia:

http://syabab.com/index.php?option=com_content&task=view&id=153&Itemid=1

Hizbut tahrir kat Palestine:

http://syabab.com/index.php?option=com_content&task=view&id=150&Itemid=1

Hizbut tahrir Malaysia:

http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=Media&pa=papar&cid=9


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-08-07 12:17


Salam.....
Alhamdulillah nampaknya saudara farouks telah beri penjelasan yang panjang lebar mengenai HT.....
Nampaknya saudara Farouks sangat prihatin dengan isu-isu orang Islam yang telah berlaku sekarang.....

Namun hati ana masih belum puas dengan penerangan panjang lebar saudara farouks.....Boleh tak saudara farouks ceritakan atau huraikan ataupun ceritakan serba sedikit sejarah HT ni......tarikh bila ia ditubuhkan dan sebagainya.....Bagaimana boleh tertubuhnya HT ni.......
Jika dibaca secara keseluruhan penerangan diatas kebanyakkan cerita mengenai tujuan , misi @ visi HT...........
Jika kita sebut mengenai latar belakang kita beritahu mengenai bila lahirnya HT , tempat tertubuhnya HT dan sebagainya.....

Minta respon dari saudara farouks...........
Syukran jazilan........
"Islam memberi kebebasan bersuara termasuklah kebebasan menegur kerajaan dan pemimpin"
Wassalam........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-08-07 12:40


say no to HT...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 21-08-07 15:24


apa yang ana pahama lah...HT ni nak kembalikan daulah without pilihanraya yang banyak kekaburannye dek lahir daripada ideology barat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-08-07 17:15


Pada 21-08-07 12:17 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam.....

Namun hati ana masih belum puas dengan penerangan panjang lebar saudara farouks.....Boleh tak saudara farouks ceritakan atau huraikan ataupun ceritakan serba sedikit sejarah HT ni......tarikh bila ia ditubuhkan dan sebagainya.....Bagaimana boleh tertubuhnya HT ni.......
Jika dibaca secara keseluruhan penerangan diatas kebanyakkan cerita mengenai tujuan , misi @ visi HT...........
Jika kita sebut mengenai latar belakang kita beritahu mengenai bila lahirnya HT , tempat tertubuhnya HT dan sebagainya.....




Syukran for da comment ukhtie Nur.

dibawah ni penjelasan serba sedikit berkenaan Hizbut tahrir dan siapa yang menubuhkannya.

Hizbut Tahrir diasaskan pada tahun 1953 di Al Quds (Baitul Maqdis), Palestin. Gerakan yang menitik beratkan perjuangan membangkitkan umat di seluruh dunia untuk mengembalikan semula kehidupan Islam melalui tegaknya kembali Khilafah Islamiyah ini dipelopori oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, seorang ulama alumni Al Azhar Mesir, dan pernah menjadi hakim di Mahkamah Syariah di Palestin.

Hizbut Tahrir kini telah berkembang ke seluruh negara Arab di Timur Tengah, termasuk di Afrika seperti Mesir, Libya, Sudan dan Algeria. Juga ke Turki, United Kingdom, Perancis, Jerman, Austria, Belanda, dan negara-negara Eropah lainnya hingga ke Amerika Syarikat, ke Rusia, Uzbekistan, Tajikistan, Kirgistan, Pakistan, Malaysia, Indonesia, hingga ke Australia.

Hizbut Tahrir masuk ke Indonesia pada dekad tahun 1980-an dengan merintis dakwah di kampus-kampus besar di seluruh Indonesia. Pada era 1990-an idea-idea dakwah Hizbut Tahrir merambah ke masyarakat, melalui berbagai aktiviti dakwah di pejabat, perusahaan, dan kediaman. Akhirnya Hizbut Tahrir telah masuk ke Malaysia pada hujung tahun 1990-an (awal millenium).

kalau masih ada kekeliruan ana sudi menjelaskan.

yang baik itu datang daripada Allah dan yang baik itu datang dari kelemahan ana sendiri...

wassalam


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 07:34


Salam....
Syukran buat saudara farouks kerana sudi jawab soalan ana.
Namun seperti yang kita maklum bahawa manuasia ini tidak pernah puas...
Oleh itu ana ada satusoalan yang ingin ana tanyakan pada saudara farouks....
Menurut sahabat ana pengasas dan pendokong HT tidak memberi sokongan kepada Jamaah yang sedia ada di Timur Tengah atau di negara-negara umat Islam yang lain di dunia hari ini malahan HT ini juga tidak memberi wala' kepada Ikhwan di Mesir , atau kepada Jama'at Islami di India , atau kepada Refah di Turki atau kepada PAS di Malaysia...?Benarkah?Jika benar mengapa?

Minta respon dari saudara Farouks.....
Wassalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 08:04


mengapa pula nak say no to HT.boleh explain tak?


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 12:29


Pada 22-08-07 07:34 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam....
Syukran buat saudara farouks kerana sudi jawab soalan ana.
Namun seperti yang kita maklum bahawa manuasia ini tidak pernah puas...
Oleh itu ana ada satusoalan yang ingin ana tanyakan pada saudara farouks....
Menurut sahabat ana pengasas dan pendokong HT tidak memberi sokongan kepada Jamaah yang sedia ada di Timur Tengah atau di negara-negara umat Islam yang lain di dunia hari ini malahan HT ini juga tidak memberi wala' kepada Ikhwan di Mesir , atau kepada Jama'at Islami di India , atau kepada Refah di Turki atau kepada PAS di Malaysia...?Benarkah?Jika benar mengapa?

Minta respon dari saudara Farouks.....
Wassalam....


Pada saya itu semua fitnah belaka yang dilontarkan untuk memburuk2 Hizb tanpa disandarkan kepada fakta yang benar....
semoga Allah memberi ampunan dan membuka hati-hati mereka untuk menerima kebenaran

firman Allah swt yang bermaksud "sesungguhnya umat Islam itu bersaudara". Dan “bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam kejahatan dan dosa
Ana rasa itu mukaddimah untuk mengulas lebih lanjut.

Hizb memandang jemaah lain sebagai parti sahabat yang sama-sama untuk mendaulatkan Islam, untuk meletakkan Islam tinggi lebih tinggi daripada yang lain .."al-islam ya'lu wala yu'laalaih...

Secara faktanya, seperti di Britain dan di Indonesia dan begitu juga di Malaysia dan dimana2 belahan dunia hizb bergerak, setiap program yang di jalankan hizb sentiasa
mengalu-alukan jemaah lain.

seperti di Britain, Hizb berjaya mengumpulkan 180 jemaah dalam satu demonstrasi untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan biadap Denmark yang membiarkan jurnalisnya menghina Rasullulah.

dan baru-baru ni Hizb juga berjaya mengumpulkan lebih 100 ribu umat Islam yang terdiri daripada pelbagai jemaah untuk sama-sama berusaha mengembalikan kehidupan islam dengan terimplementasinya syariah di bawah naungan khilafah.
ni link dia:

FREE DOWNLOAD:

VIDEO 1: http://222.124.151.83/kki.rm
VIDEO 2: http://222.124.151.83/kki2.rm

Jadi pada saya itu semuanya fitnah yang tak berasas dan tak boleh dipertanggungjawabkan.
Hizb sebagai satu parti untuk mengembalikan semula kehidupan Islam, yang mana tugas ini bukan untuk jemaah Hizb sahaja tetapi untuk semua umat Islam yang mengucap dua kalimah sahadat “Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah”.
Hizb berusaha untuk menyatukan seluruh umat Islam di bawah satu kesatuan yakni khilafah. Jadi agak pelik jika dikatakan hizb cuba memecah belahkan masyarakat dan membenci jemaah yang lain….

“katakan yang haqq walaupun ia pahit”


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-08-07 13:53


Kalau PAS buat apa-apa program boleh tak ajak HT join sekali. Mana tau lepas ini orang HT berbondong-bondong pakat masuk PAS pula.

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 15:00


Salam....
Syukran jazilan kerana menjawab soalan ana.
Ana bersetuju dengan cadangan are_peace82 , lepas ni kalau PAS ada buat Ijtimak atau apa-apa sekali aktiviti bolehlah saudara Farouks dan sahabat sahabiah HT join sekali.......
Jika kita lihat di Malaysia ( fokus pada malaysia ) , UMNO ketuanya Pak Lah manakala PAS pula ketuanya Tuan Guru Hj Nik Aziz......Jadi ana nak bertanya untuk HT di Malaysia siapa pula ketuanya ( ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang ketua HT )
Setahu ana HT sudah bermuktamar kan?Jadi tentu ada ketua yang baru.....

Firman Allah swt ;

"Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"
(surah as-shaff ayat 4 )

Wassalam......
Semoga dapat respon dari saudara farouks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 20:04


Pada 21-08-07 12:40 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

say no to HT...


Assalamualaikum...

mengapa cakap say no to HT???
boleh bagi penjelasan???

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 20:16


Pada 22-08-07 13:53 , are_peace82 posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau PAS buat apa-apa program boleh tak ajak HT join sekali. Mana tau lepas ini orang HT berbondong-bondong pakat masuk PAS pula.


Boleh... apa salahnya...
ajak lah HT sekali kalau ada program,
jangan ajak HT saja.. ajak sekali ahli UMNO ya....
nanti ramai ahli UMNO berbondong-bondong keluar UMNO!!!!

untuk pengetahuan semua,
kami mengalu-alukan jemputan daripada gerakan islam semua,
tak kira daripada PAS, ABIM, JIM, JAKIM, PERKIM,...

tetapi seandainya HT menjemput anda kemuktamar HT...
anda pun datang lah juga ya....
ini tidak... HT ajak datang ke muktamar...
dah mula nak "fire".... ishhh...ishhhh......
bukan suruh masuk HT pun....

SALAM KHILAFAH ya.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 20:24


Pada 22-08-07 15:00 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam....
Syukran jazilan kerana menjawab soalan ana.
Ana bersetuju dengan cadangan are_peace82 , lepas ni kalau PAS ada buat Ijtimak atau apa-apa sekali aktiviti bolehlah saudara Farouks dan sahabat sahabiah HT join sekali.......
Jika kita lihat di Malaysia ( fokus pada malaysia ) , UMNO ketuanya Pak Lah manakala PAS pula ketuanya Tuan Guru Hj Nik Aziz......Jadi ana nak bertanya untuk HT di Malaysia siapa pula ketuanya ( ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang ketua HT )
Setahu ana HT sudah bermuktamar kan?Jadi tentu ada ketua yang baru.....

Firman Allah swt ;

"Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"
(surah as-shaff ayat 4 )

Wassalam......
Semoga dapat respon dari saudara farouks.


Waalaikumussalam...
hehehe... Nur_Mujahidah nak respon daripada saudara farouks...
saja nak menyampuk ni....

Kenapa Nur_Mujahidah tak pergi Muktamar Khilafah di Shah Alam??
kalau tak....boleh kenal dengan ketua HT (HT tak panggil ketua
lah Nur_Mujahidah.. bukan macam ketua PAS, ketua UMNO)....

kami buat muktamar bukan untuk lantik ketua lah Nur_Mujahidah..
emmmm.... biar farouk lah terangkan...
sebab ditujukan kepada farouk ni....

SALAM KHILAFAH!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 20:31


Pada 22-08-07 15:00 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam....
Syukran jazilan kerana menjawab soalan ana.
Ana bersetuju dengan cadangan are_peace82 , lepas ni kalau PAS ada buat Ijtimak atau apa-apa sekali aktiviti bolehlah saudara Farouks dan sahabat sahabiah HT join sekali.......
Jika kita lihat di Malaysia ( fokus pada malaysia ) , UMNO ketuanya Pak Lah manakala PAS pula ketuanya Tuan Guru Hj Nik Aziz......Jadi ana nak bertanya untuk HT di Malaysia siapa pula ketuanya ( ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang ketua HT )
Setahu ana HT sudah bermuktamar kan?Jadi tentu ada ketua yang baru.....

Firman Allah swt ;

"Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"
(surah as-shaff ayat 4 )

Wassalam......
Semoga dapat respon dari saudara farouks.


syukran for da respon nur...
InsyaAllah.
untuk pengetahuan sahabat sahabiah, HT ada pergi program PAS,
lihat sahaja demonstrasi dihadapan kedutaan Amerika, HT pun turun, ceramah2 yang dianjurkan dan lain sebagainya...

mengenai muktamar pulak, memandangkan nur tak hadir pada waktu itu. ana explain sedikit..

muktamar yang baru dijalankan baru-baru ini bukan perlantikan tanzim baru, tetapi berbentuk forum yang mana bertujuan menjelaskan pada ummat tentang kejatuhan khilafah dan menerangkan kewajiban umat islam untuk menegakkannya semula, kesan kejatuhan khilafah dan upaya2 penegakkanya semula yang dilakukan di seluruh dunia.... yang mana InsyaAllah tegaknya khilafah semakin hampir..(gambar lihat pada tread yang ana hantar sebelum ni untuk HT malaysia)

Mengenai ketua HT Malaysia pula,
Ustd Abdul Hakim Othman, bekas peguam yang mana sekarang begitu aktif memberi ceramah2 di Masjid dan surau2.

dan untuk seluruh dunia pula - Syeikh Atta Abu rustha

"hidup bahagia dibawah naungan khilafah"

wassalam..


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 22:46


salam..kalau dah matlamat dan hala tuju pun sama buat pa nak tbhkan jemaah baru?siap boleh bekerjasam lagi...mantapkan jemaah yang sedia ada..

sila comment..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 22:48


parti politik?erm..nanti masuk bertanding piliharaya ke?ada ke parti politik yang namanya HT di malaysia ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 22:48


Untuk mendengar Pembentangan Kertas Kerja daripada
pemimpin HT Malaysia....Ustaz Abdul Hakim, boleh download
dibawah....

KHILAFAH ADALAH KEWAJIPAN...

Presentation ini dibentangkan di Unibersiti Kebangsaan Malaysia
pada 3 Mac 2006....

FREE DOWNLOAD:
http://www.savefile.com/projects/808499647

POWERPOINT PRESENTATION KHILAFAH ADALAH KEWAJIPAN (Saiz 2.38MB)
http://www.savefile.com/files/793275

MP3 PRESENTATION KHILAFAH ADALAH KEWAJIPAN (Saiz 17MB)
http://www.savefile.com/files/793308


FREE DOWNLOAD:
http://www.savefile.com/projects/808499629

POWERPOINT PRESENTATION HUBUNGAN KHILAFAH DENGAN ALAM MELAYU (saiz 5.06MB)
http://www.savefile.com/files/793166

MP3 PRESENTATION HUBUNGAN KHILAFAH DENGAN ALAM MELAYU (saiz 13.3 MB)
http://www.savefile.com/files/793221

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 22:53


salam..kalau dah matlamat dan hala tuju pun sama buat pa nak tbhkan jemaah baru?siap boleh bekerjasam lagi...mantapkan jemaah yang sedia ada..

parti politik?erm..nanti masuk bertanding piliharaya ke?ada ke parti politik yang namanya HT di malaysia ni...
sila comment..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 22:56


Pada 22-08-07 22:46 , hanis_syuhada posting:

!!! QUOTE !!!

salam..kalau dah matlamat dan hala tuju pun sama buat pa nak tbhkan jemaah baru?siap boleh bekerjasam lagi...mantapkan jemaah yang sedia ada..

sila comment..


Sebelum saya komen persoalan saudari...
selepas kejatuhan Khilafah Utmaniah pada 3 Mac 1923,

parti umat islam terbesar ditubuhkan di dunia islam adalah
Ikhwan Muslimin...

saya bertanya kepada hanis_syuhada,
Kenapa PAS menubuhkan jemaahnya?? padahal kita
dah ada Ikhwan Muslimin??

UMNO dah ada di Malaysia, Kenapa PAS menubuhkan
jemaahnya??? Kenapa tak mantapkan UMNO???

PAS dah ada di Malaysia.. Kenapa ABIM menubuhkan jemaahnya??
Kenapa tak mantapkan PAS saja???
Kenapa PAS tak persoalkan tindakan ABIM ditubuhkan??
sila saudari jelaskan kepada saya persoalan di atas..

Insya ALLAH....
barulah saya bagi komen terhadap kenyataan Hanis_Syuhada...
:-D :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:08


Sebelum saya komen persoalan saudari...
selepas kejatuhan Khilafah Utmaniah pada 3 Mac 1923,

parti umat islam terbesar ditubuhkan di dunia islam adalah
Ikhwan Muslimin...

saya bertanya kepada hanis_syuhada,
Kenapa PAS menubuhkan jemaahnya?? padahal kita
dah ada Ikhwan Muslimin??

ikhwan muslimin di mesir...malaysia namanya pas.matlamat yang sama..bgtu juga dengan hamas,pks,refah dan sebaginya..punya matlamat yang sama cuma nama saja berlainan.berjuang mengikut waqi' tempat masing-masing..yang penting matlamat utama tercapai..insyaAllah.

umno?jemaah islam ke....sudah terang dan jelas.
abim...jemaah yang melibatkan kaum pemuda sahaja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:09


Pada 22-08-07 22:48 , hanis_syuhada posting:

!!! QUOTE !!!

parti politik?erm..nanti masuk bertanding piliharaya ke?ada ke parti politik yang namanya HT di malaysia ni...


Pilihanraya dibenarkan dalam Islam... tetapi..
Sistem Demokrasi adalah produk ciptaan kafir laknatullah dan
hukumnya HARAM dalam islam....

Pilihanraya di Malaysia disalahgunakan untuk sistem demokrasi!!!
Maka pillihanraya di Malaysia juga hukumnya HARAM disebabkan
sistem demokrasi tersebut!!!

HT di seluruh dunia tidak mengambil jalan demokrasi untuk
mendapatkan kuasa bagi islam!!!
[ Telah diedit oleh: pemburupokok pada 22-08-07 23:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:10


Pada 22-08-07 20:16 , pemburupokok posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-08-07 13:53 , are_peace82 posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau PAS buat apa-apa program boleh tak ajak HT join sekali. Mana tau lepas ini orang HT berbondong-bondong pakat masuk PAS pula.


Boleh... apa salahnya...
ajak lah HT sekali kalau ada program,
jangan ajak HT saja.. ajak sekali ahli UMNO ya....
nanti ramai ahli UMNO berbondong-bondong keluar UMNO!!!!

untuk pengetahuan semua,
kami mengalu-alukan jemputan daripada gerakan islam semua,
tak kira daripada PAS, ABIM, JIM, JAKIM, PERKIM,...

tetapi seandainya HT menjemput anda kemuktamar HT...
anda pun datang lah juga ya....
ini tidak... HT ajak datang ke muktamar...
dah mula nak "fire".... ishhh...ishhhh......
bukan suruh masuk HT pun....

SALAM KHILAFAH ya.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:10


Pada 22-08-07 20:16 , pemburupokok posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-08-07 13:53 , are_peace82 posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau PAS buat apa-apa program boleh tak ajak HT join sekali. Mana tau lepas ini orang HT berbondong-bondong pakat masuk PAS pula.


Boleh... apa salahnya...
ajak lah HT sekali kalau ada program,
jangan ajak HT saja.. ajak sekali ahli UMNO ya....
nanti ramai ahli UMNO berbondong-bondong keluar UMNO!!!!

untuk pengetahuan semua,
kami mengalu-alukan jemputan daripada gerakan islam semua,
tak kira daripada PAS, ABIM, JIM, JAKIM, PERKIM,...

tetapi seandainya HT menjemput anda kemuktamar HT...
anda pun datang lah juga ya....
ini tidak... HT ajak datang ke muktamar...
dah mula nak "fire".... ishhh...ishhhh......
bukan suruh masuk HT pun....

SALAM KHILAFAH ya.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:15


Pada 22-08-07 23:10 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-08-07 20:16 , pemburupokok posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-08-07 13:53 , are_peace82 posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau PAS buat apa-apa program boleh tak ajak HT join sekali. Mana tau lepas ini orang HT berbondong-bondong pakat masuk PAS pula.


Boleh... apa salahnya...
ajak lah HT sekali kalau ada program,
jangan ajak HT saja.. ajak sekali ahli UMNO ya....
nanti ramai ahli UMNO berbondong-bondong keluar UMNO!!!!

untuk pengetahuan semua,
kami mengalu-alukan jemputan daripada gerakan islam semua,
tak kira daripada PAS, ABIM, JIM, JAKIM, PERKIM,...

tetapi seandainya HT menjemput anda kemuktamar HT...
anda pun datang lah juga ya....
ini tidak... HT ajak datang ke muktamar...
dah mula nak "fire".... ishhh...ishhhh......
bukan suruh masuk HT pun....

SALAM KHILAFAH ya.....



Salam.......
Ana tidak faham Kenapa saudara pemburupokok boleh mengeluarkan ayat2 begitu......
Tidak bolehkah saudara pemburupokok berbahasa sedikit.....Sudah hilangkah bahasa dalam diri anta.......
Ishh.....ishhhh......
Sungguh tak faham ana dibuatnya.....
Adakah anta ni juga salah seorang ahli HT.....?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:16


dah tu guna jalan apa?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 22-08-07 23:17


Pada 22-08-07 23:09 , pemburupokok posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-08-07 22:48 , hanis_syuhada posting:

!!! QUOTE !!!

parti politik?erm..nanti masuk bertanding piliharaya ke?ada ke parti politik yang namanya HT di malaysia ni...


Pilihanraya dibenarkan dalam Islam... tetapi..
Sistem Demokrasi adalah produk ciptaan kafir laknatullah dan
hukumnya HARAM dalam islam....

Pilihanraya di Malaysia disalahgunakan untuk sistem demokrasi!!!
Maka pillihanraya di Malaysia juga hukumnya HARAM disebabkan
sistem demokrasi tersebut!!!

HT di seluruh dunia tidak mengambil jalan demokrasi untuk
mendapatkan kuasa bagi islam!!!


tak habis2 lagi isu HT ni, halal-haram main-main keluar dalam perut penganutnya...

kesimpulannya, HT adalah kumpulan yang tidak jelas hala tuju mereka. jemaah Islam dimalaysia tak ada pun menguarkan supaya ada kerjasama dengan HT. disitu sudah ada tanda bahawa HT ini bermasalah.



Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:25


tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!



tak habis2 lagi isu HT ni, halal-haram main-main keluar dalam perut penganutnya...

kesimpulannya, HT adalah kumpulan yang tidak jelas hala tuju mereka. jemaah Islam dimalaysia tak ada pun menguarkan supaya ada kerjasama dengan HT. disitu sudah ada tanda bahawa HT ini bermasalah.


ASSALAMUALAIKUM TANPA NAMA...
ITU FITNAH TERHADAP HIZBUT TAHRIR....
kami tidak pernah bermusuh dengan gerakan Islam yang lain...

NAK TANYA ANTA SEMUA...
DEMOKRASI HALAL ke DALAM ISLAM??

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:33


dah tu guna jalan apa?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:35


salam muhibbah wa ukhuwahfillah


ana rasa perbincangan ilmiah dah lari jauh dah, emosi dah ambe peranan ni,

kan baik kita sebagai umat Islam menggunakan bahasa yang baik dan tidak menyakitkan hati saudara kita kecuali yang dibenarkan syara'. ini juga merupakan tuntutan Islam. seprtimana dalam hadith rasullullah yang diriwayatkan oleh Adairami yang maksudnya:

"Di antara akhlak seorang mukmin adalah berbicara dengan baik"

Ana harapkan, agar akhlak dapat diutamakan dalam perbincangan ini bukannya emosi.


wassalam


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 22-08-07 23:35


tak ada lah kata fitnah, saya tak kata HT bermusuh dengan jemaah Islam di malaysia pun, cuma saya kata jemaah Islam di malaysia yang NGO atau bukan NGO tidak pernah mengadakan kerjasama dengan HT.
di situ kita boleh lihat ada masalah. benchmark di situ kita boleh gunakan untuk orang awam yang tidak tahu apa-apa mengenai HT ni.

berlainan dengan saya ni, saya jelas tentang HT hasil kerjasama dengan rakan yang membuat penyelidikan tentang HT.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:37


Pada 22-08-07 23:15 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!


Salam.......
Ana tidak faham Kenapa saudara pemburupokok boleh mengeluarkan ayat2 begitu......
Tidak bolehkah saudara pemburupokok berbahasa sedikit.....Sudah hilangkah bahasa dalam diri anta.......
Ishh.....ishhhh......
Sungguh tak faham ana dibuatnya.....
Adakah anta ni juga salah seorang ahli HT.....?????


:-D :-D
ya... saya rasa berbahasa dah...
maaflah kalau kasar....
Nur_Mujahidah ni mesti orang PAS kan...
tak apa sebab PAS merupakan sahabat HT...

hehehehe.....
saya ni bekas Ahli PAS seumur hidup...
tak apa lah nur_mujahidah...
anda berbicaralah dengan Farouk....
yang lebih lembut......

SALAM KHILAFAH!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:38


sebelum ana menjawab persoalan anta..jawab dulu soalan ana.mengikut waqi' di malaysia anta nak guna jalan apa untuk membina negara islam?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:47


Pada 22-08-07 23:35 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

tak ada lah kata fitnah, saya tak kata HT bermusuh dengan jemaah Islam di malaysia pun, cuma saya kata jemaah Islam di malaysia yang NGO atau bukan NGO tidak pernah mengadakan kerjasama dengan HT.
di situ kita boleh lihat ada masalah. benchmark di situ kita boleh gunakan untuk orang awam yang tidak tahu apa-apa mengenai HT ni.

berlainan dengan saya ni, saya jelas tentang HT hasil kerjasama dengan rakan yang membuat penyelidikan tentang HT.


sebab HT baru saja masuk ke Malaysia... 1996...
sebab tu ramai yang tak mengenai HT....

sama macam PAS juga... masuk malaysia tahun 1950-an,
juga tak terkenal di perdalaman sabah dan sarawak!!!

Insya ALLAH, yang penting bukan kita nak memenangkan
HT, PAS, ABIM, UMNO, HAMAS....
tetapi kita nak memenangkan Islam...

tak ada cara lain untuk kemenangan umat islam
melainkan dengan cara mewujudkan NEGARA KHILAFAH!!!

Anda buat kajian jelas tentang HT???
anda telah baca kitab HT wahai tanpa nama??
apa nama kitab pertama yang wajib dipelajari dalam
Halaqah HT?? apa tajuk BAB 1, BAB 2 dan BAB 3 kitab tersebut??

seandainya Tanpa Nama tidak dapat menjawab...
memang Tanpa Nama bukan buat kajian pasal HT...
tetapi telah membuat fitnah terhadapt HT...
iaitu gerakan saudara seislam dengannya!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:49


Pada 22-08-07 22:46 , hanis_syuhada posting:

!!! QUOTE !!!

salam..kalau dah matlamat dan hala tuju pun sama buat pa nak tbhkan jemaah baru?siap boleh bekerjasam lagi...mantapkan jemaah yang sedia ada..

sila comment..


syukran for da question,

sebelum nak jawab pertanyaan hanis, beberapa perkara kita kena jelas dahulu.

1) kita sebagai umat Islam kena sentiasa di bawah aturan syara' sepertimana dalam kaedah syara', hukum asal perbuatan manusia terikat dengan hukum syara'(al aslu fil afa'lidtaqayyudu bi hukmi syar'ie

jadi ana nak tanya pada hanis, apakah hukum menubuhkan jemaah?

dan

apakah pula hukum menubuhkan jemaah baru kalau dah ada jemaah yang sedia ada?

kalau HARAM, mana sumbernya, mana dalilnya?

wassalam


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:51


Salam.......
Baiklah ana nak tanya soalan pada saudara farouks dan saudara pemburupokok pun boleh menjawabnya.........kerana ana benarkan anta menyampuk.......cuma jangan bicara menggunakan emosi tetapi guna akal fikiran.......
Ana nak tanya Kenapa HT perlu tubuhkan satu Jamaah yang baru sedangkan matlamat adalah sama iaitu untuk mendaulatkan Islam dan mengembalikan Institusi pemerintahan Islam(al-Khilafah) diatas muka bumi ini......Kenapa HT tidak mahu bersama2 dengan PAS menegakkan Islam?

Firman Allah :
"Wahai orang2 beriman , bertaqwalah kepada Allah ( dengan mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan ) , dan hendaklah tiap-tiap diri melihat apa yang telah ia sediakan untuk hari esok(hari akhirat ).(Sekali lagi diperingatkan ) bertaqwa kepada Allah itu amat meliputi pengetahuan terhadap apa yang kamu kerjakan.' ( surah Al-Hashr , ayat 18 )

Malahan dalam firman Allah yang lain ;
"Hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan , menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran" ( surah Ali-Imran ayat 104 )

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:52


ye lah nak wujudkan negara khalifah..tapi nak guna cara apa?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:53


ada ke ana kata haram..ana tak cakap pun ye.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:55


Pada 22-08-07 23:51 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam.......
Baiklah ana nak tanya soalan pada saudara farouks dan saudara pemburupokok pun boleh menjawabnya.........kerana ana benarkan anta menyampuk.......cuma jangan bicara menggunakan emosi tetapi guna akal fikiran.......
Ana nak tanya Kenapa HT perlu tubuhkan satu Jamaah yang baru sedangkan matlamat adalah sama iaitu untuk mendaulatkan Islam dan mengembalikan Institusi pemerintahan Islam(al-Khilafah) diatas muka bumi ini......Kenapa HT tidak mahu bersama2 dengan PAS menegakkan Islam?

Firman Allah :
"Wahai orang2 beriman , bertaqwalah kepada Allah ( dengan mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan ) , dan hendaklah tiap-tiap diri melihat apa yang telah ia sediakan untuk hari esok(hari akhirat ).(Sekali lagi diperingatkan ) bertaqwa kepada Allah itu amat meliputi pengetahuannya terhadap apa yang kamu kerjakan.' ( surah Al-Hashr , ayat 18 )

Malahan dalam firman Allah yang lain ;
"Hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan , menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran" ( surah Ali-Imran ayat 104 )


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 23:58


Pada 22-08-07 23:51 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa HT tidak mahu bersama2 dengan PAS menegakkan Islam?


hehehe... saya boleh menyampuk ya....

Siapa kata HT tidak mahu bersama-sama PAS menegakkan ISLAM??
kami HT bukan sahaja bersama PAS... tapi semua gerakan lain
yang nak memperjuangkan ISLAM... kami tetap bersama-sama
kalian!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 00:11


so..wats d answer?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 00:13


Pada 22-08-07 23:55 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-08-07 23:51 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam.......
Baiklah ana nak tanya soalan pada saudara farouks dan saudara pemburupokok pun boleh menjawabnya.........kerana ana benarkan anta menyampuk.......cuma jangan bicara menggunakan emosi tetapi guna akal fikiran.......
Ana nak tanya Kenapa HT perlu tubuhkan satu Jamaah yang baru sedangkan matlamat adalah sama iaitu untuk mendaulatkan Islam dan mengembalikan Institusi pemerintahan Islam(al-Khilafah) diatas muka bumi ini......Kenapa HT tidak mahu bersama2 dengan PAS menegakkan Islam?

Firman Allah :
"Wahai orang2 beriman , bertaqwalah kepada Allah ( dengan mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan ) , dan hendaklah tiap-tiap diri melihat apa yang telah ia sediakan untuk hari esok(hari akhirat ).(Sekali lagi diperingatkan ) bertaqwa kepada Allah itu amat meliputi pengetahuannya terhadap apa yang kamu kerjakan.' ( surah Al-Hashr , ayat 18 )

Malahan dalam firman Allah yang lain ;
"Hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan , menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran" ( surah Ali-Imran ayat 104 )


syukran for da question....

1) dalam surah ali-imran 104 sendiri menjelaskan tentang kebolehan lebih dari satu jemaah. jadi tak ada masalah untuk lebih daripada satu jemaah menurut tuntutan Islam.

2) pada zaman wujudnya imam2 mazhab yang mana kita tahu masing-masing mereka membawa hujah mereka masing-masing tidak lain bagi mencapai matlamat yang sama menggapai redha Allah, namun tidak berlaku juga perpecahan dikalangan mereka, kerana mereka masih berbincang dalam lingkungan nash..

Kita tidak pernah mendengar dan terbaca Imam malik menyruh anak muridnya imam syafi'e mengikuti mazhabnya, walaupun kita yakin para imam dahulu sentiasa berdebat sesama mereka bagi mencari nash yang paling kuat...

Jadi dalam hal ini kita kena jelas tentang perkara ini.
Alhamdulillah, kalau kita sama-sama mempunyai matlamat dan visi yang sama yakni menegakkah khilafah bagi memastikan syariat Islam dapat terimplimentasi...

Jadi untuk metodologi ana rasa kita buka tead yang baru, Untuk tread ni kita fokus kepada perbincangan HT dan jemaah yang lain dari segi visi dan misi dan lain-lain.

wassalam


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 00:15


ya ka..alhamdulillah.dah tu buat pa nak susah2 lagi..masuk saja lah pas...perjuangkan dan manatapkan apa yang ada.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 00:17


lah isk2...kalau kat rumah dah ada sofa baru yang boleh guna kita beli lagi sofa tambahan ye...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 00:22


Pada 22-08-07 23:35 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

tak ada lah kata fitnah, saya tak kata HT bermusuh dengan jemaah Islam di malaysia pun, cuma saya kata jemaah Islam di malaysia yang NGO atau bukan NGO tidak pernah mengadakan kerjasama dengan HT.
di situ kita boleh lihat ada masalah. benchmark di situ kita boleh gunakan untuk orang awam yang tidak tahu apa-apa mengenai HT ni.

berlainan dengan saya ni, saya jelas tentang HT hasil kerjasama dengan rakan yang membuat penyelidikan tentang HT.


salam ya akhie,
sebelum ana jawb, ana nak nasihatkan anta kalau boleh dapatkan fakta daripada sumber primer, bukanya sebaliknya kerana jika silap, antum boleh dikatakan menyebar fitnah...

ana nak kemukan 2 yang terbesarnya:

1)seminar 9 september 2005 yang menjadi ahli panel salah seorang timbalan. ketua pemuda pas persekutuan.......

2)Untuk demonstrasi di hadapan konsul US, Dato Abu Baka Chik, salah seorang yang terlibat dalam barisan HT untuk menyerukan tentang kehancuran US....

dan lain-lain.

wassalam


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

Hoobastank
Warga Rasmi
Menyertai: 30.12.2004
Ahli No: 13407
Posting: 12
Dari: tempat kije..letih lalu tertido jap kat piano

blank  


posticon Posting pada: 23-08-07 00:33


Ada baiknya kita berlapang dada dan tidak bertekak dengan HT, kerana semua maklum HT tidak sejoin dengan PAS walaupun ia mengatakan sedemikian. Lihat sahajalah bukti di mana-mana sahaja forum, mereka tidak bersekali tetapi sering bercanggah antara satu sama lain. Boleh dikatakan HT hanya akan membaca pandangan anda tetapi tidak akan ambil pusing pun. Bererti, perbincangan ini adalah sia-sia. Dulu mereka tidak suka demokrasi, sekarang pula berubah. Dulu tidak memihak kepada pilihanraya, tetapi sekarang pula lain. Dengan kata lain, seperti lalang. Namun, mereka masih boleh ditakwil melalui penghujahan Hadis Ahad dan Penggunaannya dalam Permasalahan Aqidah.

Dan HT harus ingat, tiada satu nas pun mengatakan 'jamaah' anda adalah jamaah yang masuk syurga daripada 73 golongan. Sudah bosan pendalilan yang sama, sudah muak dimomok dengan jawapan yang sama dari HT. Sudahlah, lebih baik berlapang dada..hentikan perbincangan yang sia-sia. Khilafah ala minhaj annubuwwah hanya akan berlaku apabila umat sudah bersatu kembali. Bukan wujudnya jamaah yang memecahbelahkan jamaah yang sedia ada. Banyak jemaah bagus, tetapi tidak bagus. Bila dah berselindung di bawah nama agama, ia nampak cantik...namun cantik bunga, pasti akan layu. Hiasan semata-mata.


Allahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HoobastankProfil   Hantar PM kepada Hoobastank   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 00:35


Salam.....
Ada satu kata-kata yang berbunyi begini ;
"Agama menjadi asas , kuasa pemerintahan menjadi pengawas , apa yang tiada asasnya runtuh dan apa yang tiada pengawasnya menjadi sia-sia".

Disini ana tidak bermaksud bahawa HT ini tiada asas namun jika kita lihat dari segi pengawasnya di Malaysia khususnya ialah PAS.....maka aulawiyat kita ialah PAS.......PAS adalah satu-satunya parti yang matlamatnya sama dengan HT , jadi Kenapa kita mesti ada HT dan ana tidak katakan menubuhkan HT adalah salah.....cuma Kapal tidak akan boleh bergerak dengan selamat jika terdapat dua nakhoda......Nakhoda yang ada di Malaysia ini ialah PAS.

Firman Allah dalam surah al-Asr
"Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , melainkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang salih serta berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran."

Malahan Nabi Muhammad saw pernah berkata ;
"Sesiapa yang berijtihad maka betul ijtihadnya baginya dua pahala dan sesiapa yang berijtihad , tiba-tiba dia salah maka baginya satu pahala" fikir-fikirkanlah.......

Wassalam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 00:36


yup ana sokong pendapat Hoobastank...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 00:40


Hoobastank, Hanis_syuhada, Nur_mujadilah,

Saya ni AHLI PAS seumur hidup...
tinggal di Sarawak...PAS tak hantar calon pun...
bagaimana nak pangkah PAS ni??

boleh bagi penyelesaian tak?? saya nak tegakkan islam ni....
nak tegakkan islam macamana calon PAS tak bertanding dikawasan
saya untuk saya undi???

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

Hoobastank
Warga Rasmi
Menyertai: 30.12.2004
Ahli No: 13407
Posting: 12
Dari: tempat kije..letih lalu tertido jap kat piano

blank  


posticon Posting pada: 23-08-07 00:43


Hentikan provokasi. Bertasammuh sahaja. Tidak perlu ajukan soalan kontroversi hanya untuk memberi kemenangan pada diri sendiri. Budaya menghentam sudah lapuk, budaya berlapang dada kini menjelma.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HoobastankProfil   Hantar PM kepada Hoobastank   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 00:52


Alhamdulillah kalau semua dah setuju tentang penegakkan khilafah merupakan perkara yang urgensi kerana kita yakin bahawa khilafahlah yang mampu menyatukan umat Islam seluruh dunia....

jadi, sama-sama kita sebarkan kepada sahabat sahabia kita, rakan taulan, ibu bapa, guru-pensyarah tentang kewajiban kita menegakkan daulah khilafah yang akan memerintah dunia dengan syariah...

Khilafah fardhun wawa'dun

salam khilafah

"hidup bahagia di bawah naungan khilafah"


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 00:55


salam khilafah

rasa2 kat malaysia ni nak guna cara apa untuk tegakkan khilafah...ana tanya dari tadi lagi tak jawab2.kalau nka sebarkan kepada orang kena ada ilmu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 01:01


Alhamdulillah....ternyata kaedah undian pilihanraya demokrasi tidak
dapat menyatukan umat islam...

kerana terdapat kawasan-kawasan majoriti non-muslim yang
orang islam tidak dapat bertanding... seperti di Sarawak, sabah,
Pulau Pinang, Singapura, Selatan Thailand...

maka kesimpulannya KHILAFAH lah yang akan menyatukan umat
islam keseluruhannya.... insya ALLAH....

SALAM KHILAFAH!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 01:08


ye lah khilafah..cara apa?nak buat rampasan kuasa dari umno..atau...da method

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 01:11


Pada 23-08-07 00:55 , hanis_syuhada posting:

!!! QUOTE !!!

salam khilafah

rasa2 kat malaysia ni nak guna cara apa untuk tegakkan khilafah...ana tanya dari tadi lagi tak jawab2.kalau nka sebarkan kepada orang kena ada ilmu...


salam khilafah semula

dalam penentuan metodologi dalam penegakkan khilafah, HT mengambil cara seperti yang dilakukan oleh Rasullullh saw.

kerana apa?

"sesungguhnya dalam diri Rasullullah itu ada contoh teladan yang baik"( al-ahzab:21)

" katakanlah: "Apabila kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa2mu. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. (Ali 'Imran:31)

Jadi segala af'al Rasul untuk menegakkan Daulah Islam yang pertama di Madinah itulah yang dilakukan oleh HT. Itulah juga yang dilakukan oleh HT di Malaysia, di Indonesia, di Palestin, di UK, di Mesir, Di Pakistan dan dimana2 HT bergerak, dan metodologi ini takkan berubah...

terdapat beberapa tahapan yang dijalankan/dilakukan oleh Rasullullah...ana cadangkan buku sirah nabawiyyah ada bersama2 agar lebih faham dan lebih jelas.


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

Hoobastank
Warga Rasmi
Menyertai: 30.12.2004
Ahli No: 13407
Posting: 12
Dari: tempat kije..letih lalu tertido jap kat piano

blank  


posticon Posting pada: 23-08-07 01:14


Tidak, saya langsung tidak bersetuju penegakan Khilafah melalui Hizbut Tahrir. Berlapang dada di sini bermaksud saya tidak ingin bertekak pada perkara yang sia-sia, biar saja HT nak buat apa.

Berpijak di bumi nyata lebih baik. Keramaian ahli HT tidak dapat menolong pun keramaian mereka yang terbunuh di Palestine sekarang. Kenapa tidak gerakkan bala tentera HT di Palestine, seruan jihad qital sudah sampai di sana. Tidak perlu berhujah dengan dalil berapi2 menolak perang lagi di sana. Tidak cukup hanya dengan demonstrasi, tidak cukup. Gaya kuno. Nyawa setiap rakyat Palestine sedang disembelih Israel, di mana HT? Di mana HT yang melaung2kan Selamatkan Palestine! Selamatkan Palestine! Pergilah berjihad di sana. Tidak cukup berjihad hanya dengan kibaran bendera, tidak cukup hanya dengan bantuan wang, tidak cukup! Lupakah kita dulu sewaktu perang di Bosnia, rakyat Malaysia di Madinah bersatu berjihad di medan peperangan walaupun mereka bukan rakyat Bosnia sehinggakan ramai yang syahid dan pensyarah di Madinah digam dan dikenakan hukuman. Ini jihad sebenar tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Ayat "Perang" dalam Quran disebut berulang kali, berulang2.. tetapi masih lagi berdalih. Di dalam konteks Malaysia, menyelamatkan negara Malaysia dari cengkaman Islam liberal dan sekular adalah lebih afdhal dari pergi berjihad di Palestine pada masa ini. Kita memerlukan tenaga muda yang ramai bersatu menentang dhalalah besar di Malaysia, melalui apa tuan-tuan...melalui pilihanraya! Jika menunggu HT, sampai bila-bila pun Islam tidak akan tertegak di Malaysia. HT dan PAS, Pas lebih lama berjuang di Malaysia. HT pula hanyalah pembawaan pelajar-pelajar yang anti kepada pilihanraya, demokrasi, yang tidak tahu memilih antara PAS dan UMNO, yang keliru identiti sendiri. Mencari-cari sinar di dalam kegelapan, disuluh oleh HT dengan cahaya pertama..maka terus condong ke arah HT.

Allahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HoobastankProfil   Hantar PM kepada Hoobastank   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 01:18


Salam.....
Firman Allah ;
"Dan jika sekiranya dua golongan di kalangan orang-orang yang beriman itu berperang maka perdamaikan diantara keduanya maka sekiranya salah satu melampaui batas , maka perangi yang melampau itu sehingga dia kembali kepada perintah Allah , sekirannya dia kembali maka perdamaikan di antara keduanya dengan adil , sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." surah al-hujuraat ayat 9

Mudah-mudahan HT akan sedar dan kembali ke panggal jalan........
InsyaAllah kemenangan akan jadi milik kita sahabat sahabiahku.....
Yang salah akan terbongkar satu hari nanti....Ini adalah kerana perjuangan Islam secara berjemaah adalah cara paling tepat berlandaskan al-Quran dan sunnah bagi mengembalikan semula negara Islam yang ditumbangkan."
Wahai HT fikir-fikirkanlah.......perjuangan tanpa Jemaah yang benar adalah perjuangan yang sia-sia......Wassalam........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 01:22


pulanglah wahai ht ke kampung halaman anda..ternyata anda lebih dprlukan di sana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 01:26


tahapan pertam: Membina kader....

Pada tahapan ini, dakwah Rasullullah saw yang berlangsung selama 3 tahun dan Rasullullah berulang kali melakukan dua hal meskipun Rasullullah menggunakan pelbagai cara.
1) Mengajak orang-orang memasuki Islam melalui perbincangan, bukan kekerasan
2) membina orang2 yang masuk Islam dengan pemahaman yang kuat akan Islam dan keimanan yang kukuh dalam rangka mengamban tanggung jawab dakwah.

oleh kerana itu, berdasarkan hukum syara', pati politik Islam wajib menyerukan pemikiran2 Islam, menyebarkan konsep2 Islam dan membongkar pemikiran2 yang rosak. Parti tersebut juga harus membangun tubuh parti dan anggotanya agar mereka mampu memikul tanggung jawab mengemban dakwah Islam dengan disertai rasa Iman yang kental terhadap Allah swt, agama-Nya, dan kemenangan yang dijanjikan-Nya. Parti tersebut juga harus mengubah keperibadian orang2 muslim yang hendak mengemban dakwah Islam secara radikal agar sesuai dengan keperibadian Islam. dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw bersabda yang maksudnya:

Tidak sempurna keimanan salah seorang di antara kalian sebelum hawa nafsunya tunduk pada apa yang aku bawa(Islam).(diriwayatkan oleh al-Isfahani dalam kitab al-Hujjah dan disahihkan oleh Imam al-Nawawi dalam Arba'in)


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 01:31


Gerakan Tajdid terus bermula sebaik sahaja Institusi Khilafah mengalami keruntuhan iaitu di awal kurun ke 20, bukan bermula dari tahun 50 an.

Di antara fokus utama gerakan Tajdid pada ketika itu ialah untuk menghidupkan kembali Institusi Khilafah yang runtuh walupun ia belum menampakkan kejayaannya hingga hari ini. Setelah itu, barulah gerakan tajdid ini merebak ke seluruh dunia, bukan sahaja di kawasan-kawasan di sekitar Timur Tengah atau Asia Barat, tetapi juga ke sebelah Asia Tenggara. Penubuhan PAS juga adalah hasil pengaruh gerakan tajdid tersebut.

Sejarah tersebut menyangkal dakwaan pendokong-pendokong Hizbu Tahrir yang cuba berbangga kononnya Hizbu Tahrirlah pelopor gerakan menghidupkan kembali Institusi Khilafah, sedangkan realiti sebenarnya Hizbu Tahrir hanya wujud 20 tahun setelah kejatuhan Institusi Khilafah. Kalau benar Hizbu Tahrir adalah pelopor, kewujudannya tentulah lebih awal dari jama’ah-jama’ah yang lain termasuklah Ikhwan Muslimun. Atau sekurang-kurangnya ia seangkatan dengan jama’ah-jama’ah tersebut.

Namun, termaktub dalam lembaran sejarah bahawa kewujudan Hizbu Tahrir amat jauh terkebelakang dari kewujudan jama’ah-jama’ah yang lain terutamanya Ikhwan. Ikhwan muncul empat tahun selepas kejatuhan Institusi Khilafah iaitu tahun 1928, sedangkan Hizbu Tahrir muncul 25 tahun selepas kewujudan Ikhwan. Dalam perlumbaan, angka 25 adalah angka yang amat jauh kebelakang untuk diistilahkan sebagai pelopor atau perintis.

Dari segi usia, sebenarnya Hizbu Tahrir lebih muda dari PAS. PAS bermula sejak tahun 1948 lagi dengan nama Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 14 Mac 1948 di Gunung Semanggol. Perjuangannya ketika itu ialah sebagai gerakan dakwah dan pembebasan tanah air dari penjajah Inggeris yang didokongi oleh para ulama’ Islam. Akan tetapi Hizbul Muslimin telah diharamkan oleh British lima bulan kemudiannya iaitu pada bulan ogos 1948.

Walaupun begitu, aktiviti Hizbul Muslimin diteruskan sehingga tertubuhnya PAS pada 24 Nov. 1951. Adapun Hizbu Tahrir, ia lahir pada tahun 1953. Ia diasaskan oleh oleh Syeikh Taqiuddin An-Nabhani di al-Quds, Palestin. Tarikh kewujudan Hizbu Tahrir ini adalah berdasarkan maklumat dari buku-buku yang ditulis oleh pendokong-pendokong Hizbu Tahrir sendiri.

Kita tidak tahu apa faktor sebenar yang menyebabkan pengasas Hizbu Tahrir dan juga para pendokongnya tidak dapat memberi sokongan kepada Jama’ah yang sedia ada di Timur Tengah atau di negara-negara umat Islam yang lain di dunia hari ini? Kenapa mereka tidak memberi wala’ kepada Ikhwan di Mesir, atau kepada Jama’at Islami di India, atau kepada Refah di Turki atau kepada PAS di Malaysia..? Apa perlunya mereka menubuhkan suatu Jama’ah yang baru jika matlamatnya adalah sama iaitu untuk mendaulatkan Islam dan mengembalikan Institusi pemerintahan Islam (al-Khilafah) di atas muka-bumi ini.

Hizbu Tahrir sebenarnya telah memilih untuk mewujudkan perpecahan dalam saf kaum muslimin dari mementingkan kesatuan mereka. Sudahlah umat Islam yang serba kelemahan terpaksa berhadapan dengan musuh-musuh mereka yang lebih kuat dari segenap sudut, tiba-tiba muncul pula Hizbu Tahrir yang bertindak memecahkan kesatuan mereka. Dahulunya Hizbu Tahrir bertindak mengganggu perjalanan gerakan Islam di Timur Tengah, sekarang ini ia cuba mengganggu perjalanan gerakan Islam di sebelah Asia Tenggara pula.

Ia datang ke Malaysia dalam keadaan PAS amat kukuh dari segi pengaruh dan penerimaan masyarakat terhadap perjuangan Islamnya. Kalau kedatangannya membantu perjuangan Islam yang sedia wujud di sesuatu tempat (umpamanya perjuangan PAS di Malaysia ini), maka mungkin kita boleh menerima kedatangan mereka. Namun apa yang berlaku ialah kehadiran Hizbu Tahrir ini adalah untuk menjadi saingan kepada saf perjuangan Islam yang sedia ada.

Di Malaysia, para pendokong Hizbu Tahrir lebih berminat memburuk-burukkan PAS dan mengkritik PAS kepada ahli-ahlinya. Mereka menghasut ahli-ahli PAS supaya meninggalkan PAS dan bergabung dengan Hizbu Tahrir yang kononnya –kata mereka- lebih Islamik perjuangannya dari PAS. Kenapa Hizbu Tahrir tidak tampil berdakwah kepada pendokong-pendokong UMNO yang ternyata sebuah parti secular? Kenapakah Hizbu Tahrir memberi tumpuan kritikannya kepada PAS, tidak kepada UMNO?

Adakah Hizbu Tahrir takut/bimbang menghadapi pengaruh UMNO yang merupakan parti yang memerintah? Atau adakah Hizbu Tahrir adalah talibarut UMNO yang dihantar secara sulit untuk memecahkan sokongan umat Islam kepada PAS? Benar atau tidak telahan ini hanya Hizbu Tahrir dapat menjawabnya. Apa yang pastinya sikap Hizbu Tahrir itu hanya menguntungkan perjuangan secular UMNO, bukan menguntungkan perjuangan Islam yang didokongi PAS.

Kenapa tidak berjuang di Palestin?

Sebagai jama’ah yang lahir di al-Quds, Palestin, sebenarnya Hizbu Tahrir telah mempunyai kewajipan yang besar iaitu berjihad melawan Yahudi yang hari ini masih lagi membelenggu bumi Palestin dan umat Islam di Palestin. Namun kita tidak mendengar sebarang sumbangan Hizbu Tahrir di sana.

Dalam senarai jama’ah-jama’ah dan pergerakan yang berjuang melawan Yahudi di Palestin, nama Hizbu Tahrir amat jarang kita dengar, bahkan banyak ketikanya tidak kedengaran langsung. Yang selalu kita dengar ialah nama HAMAS, IKHWAN, HIZBULLAH dan sebagainya. Hizbu Tahrir lebih suka berjuang di awang-awangan dari berpijak di bumi nyata. Kita tidak menafikan pentingnya memperjuangkan Institusi Khilafah.

Namun adakah kerana menumpukan kepada perjuangan Khilafah itu, lalu kita mengabaikan kewajipan di tempat kita sendiri? Haruskah kerana menumpukan kepada kewajipan puasa –sebagai contohnya-, lalu kita meninggalkan kewajipan solat, sedangkan kedua-duanya adalah wajib?

Adakah Hizb Tahrir menganggap perjuangan membebaskan Baitul-Maqdis dan bumi Palestin itu tidak wajib dan tidak ada nilai di sisi Islam? Adakah pada pandangan Hizbu Tahrir darah umat Islam Palestin halal semata-mata kerana dunia hari ini tidak ada Khalifah untuk mengistihar jihad? Wahai para pendokong Hizbu Tahrir! Sedarilah bahawa medan perjuangan kamu lebih utama di bumi Palestin. Bersama-samalah dengan HAMAS, JIHAD, HIZBULLAH dan IKHWAN berjuang dan berjihad menghadapi Yahudi/Israel bagi membebaskan bumi Palestin dan al-Quds.

Di Malaysia ini, berilah kepercayaan kepada PAS untuk memperjuangkan Islam. Biarlah kami berlawan dengan UMNO di sini. Pulanglah kamu berhadapan dengan Yahudi/Israel di sana. Apabila kamu berjaya di Palestin di mana al-Quds dapat dibebaskan dan Negara Israel dapat diruntuhkan, maka pada ketika itu datanglah membantu kami pula di Malaysia ini. Kami Insya Allah akan menerima kedatangan kamu. Adapun sekarang, kami tidak dapat menerima kedatangan kamu di sini, kerana kamu meninggalkan perjuangan kamu di sana. Untuk apa datang ke sini bagi memikul kewajipan baru, sedangkan di atas bahu-bahu kamu sudah ada kewajipan yang perlu kamu tunaikan di tanah air kamu…Pulanglah wahai Hizbu Tahrir…Umat Islam Palestin sedang menangis menanti kamu…

Demokrasi dan pilihanraya

Di antara faktor Hizbu Tahrir menghujum (menyerang) jama’ah-jama’ah yang lain (Ikhwan, PAS dan sebagainya) ialah keterlibatan keterlibatan dengan pilihanraya. Bagi mereka pilihanraya adalah tidak syar’i kerana ia datang dari sistem Demokrasi yang merupakan sistem jahiliyah pada zaman ini.

Cara mereka menghujum jama’ah-jama’ah yang lain dalam hal ini menggambarkan seolah-olah pada anggapan mereka, Hizbu Tahrir sahaja yang mempunyai ilmu, jama’ah-jamaah lain semuanya jahil belaka, dalam kumpulan mereka sahaja ada ulama’, di dalam jama’ah lain tidak ada ulama’, mereka sahaja yang ada kelayakan untuk berijtihad, mereka sahaja yang ikhlas berjuang……

Sedangkan kita melihat di persada dunia hari ini, ulama’-ulama’ Ikhwan antara yang menonjol sebagai tokoh-tokoh ilmuan dan pemikir Islam di zaman mutakhir ini. Antaranya ialah Dr. Yusof Al-Qardhawi, Syeikh Said Sabiq, Syeikh Muhammad Al-Ghazali dan sebagainya. Ketokohan mereka diakui oleh pendokong-pendokong gerakan Islam juga oleh sebahagian besar ilmuan dan cendekiawan Islam di dunia hari ini, walaupun Hizbu Tahrir keberatan untuk mengiktiraf mereka kerana mereka bukan dari kalangan Hizbu Tahrir.

Demokrasi sememangnya bukan berasal dari Islam. Ia adalah salah satu dari sistem jahiliyah moden. PAS sebagaimana Ikhwan dan juga jama’ah-jama’ah yang lain (Jama’at Islami, Refah dan sebagainya) tidak pernah menyatakan ia beriman dengan Demokrasi. PAS tidak menganut fahaman demokrasi. Begitu juga, PAS tidak memperjuangkan ideologi Demokrasi.

Apa yang berlaku ialah PAS (begitu juga jama’ah-jama’ah yang lain) memanfaat beberapa peraturan dan amalan yang ada dalam sistem demokrasi sebagai salah satu medan baginya untuk mencapai tujuannya iaitu mewujudkan sebuah negara dan pemerintahan Islam di Malaysia. Amalan Demokrasi yang dimanfaatkan itu antaranya ialah amalan Pilihanraya dan kebebasan untuk menyatakan pandangan kepada rakyat.

Di dalam sistem jahiliyah dan undang-undang jahiliyah terdapat beberapa kesempatan dan peluang yang boleh diambil manfaat untuk menegakkan Islam dan mempertahankan Islam. Cara ini telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya iaitu melalui peraturan al-himayah dan al-jiwar (memberi perlindungan kepada orang-orang yang lemah dan dizalimi).

Rasulullah s.a.w. sendiri memanfaat peraturan tersebut dengan mengambil al-Himayah dari bapa saudaranya (Abu Thalib). Saidina Abu Bakar juga pernah mengambil al-Himayah dari Ibnu Al-Daghnah. Terdapat beberapa sahabat lagi yang memanfaatkan perturan tersebut. Kedua perturan tersebut (yakni al-Himayah dan al-Jiwar) menjadi amalan kebanggaan di dalam masyarakat jahiliyah. Adalah menjadi suatu kemegahan kepada seseorang yang kuat kedudukannya dalam masyarakat jahiliyah kalau ia dapat membela atau memberi perlindungan di bawah pengaruhnya.

Dari apa yang berlaku dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. itu, menunjukkan kepada kita bahawa dibenarkan kita mengambil kesempatan dari peraturan-peraturan atau amalan-amalan jahiliyah jika sekiranya ia tidak merugikan perjuangan dan tidak menjejaskan dasarnya. Dari sinilah maka gerakan Islam di zaman kini mengambil kesempatan dari sistem demokrasi dan menyertai pilihanraya. Bukan kerana mereka beriman dengan sistem itu tetapi mengambil kesempatan dari peluang yang diizinkan untuk melaksanakan amar makruf dan nahi munkar dan menyampaikan mesej Islam kepada manusia.

Memanfaatkan sesuatu dari seorang kafir tidak bermakna kita turut beriman dengan aqidahnya. Begitu juga, memanfaatkan sesuatu amalan atau peraturan dari sistem jahiliyah, tidak bermakna kita mengiktiraf sistem tersebut apatahlagi dalam keadaan kita terpaksa melakukannya. Apabila kita mengambil seorang pekerja kafir dan memanfaatkannya untuk urusan-urusan kita, tidak bermakna kita mengiktiraf/menyetujui agama atau aqidah anutannya.

Apabila Rasulullah s.a.w. memanfaatkan perlindungan dari bapa saudaranya (Abu Thalib) di Mekah, adakah bermakna baginda mengiktiraf kemusyrikan bapa saudaranya itu? Apabila Rasulullah s.a.w. mengizinkan para sahabatnya untuk berhijrah ke Habsyah bernaung di bawah Raja Habsyah (An-Najasyi) kerana keadilannya, adakah bermakna baginda beriman dengan aqidah kristian Najasyi itu?

Apabila dalam peperangan-peperangan baginda, Rasulullah s.a.w. memakai sistem al-Khumus (iaitu sistem membahagikan angkatan tentera kepada lima battalion) yang asalnya merupakan corak peperangan dari Parsi, adakah bermakna baginda juga turut mengiktiraf Parsi dan agama Majusinya? Apabila Saidina Umar meniru sistem ad-Diwan yang diamalkan dalam kerajaan Parsi, adakah bermakna beliau mengiktiraf kerajaan Parsi dan agama Majusi yang dianuti Parsi?

Banyak perkara baru yang berlaku dalam dunia hari ini yang memerlukan para ulama’ dan pimpinan harakah Islam menetapkan pendirian yang tepat dari sudut siayasah dengan mera’ikan pandangan Syara’.

Amalan pilihanraya adalah kaedah yang diterima-pakai oleh masyarakat dunia hari ini –termasuklah dalam negara-negara umat Islam- untuk menentukan siapakah pemimpin yang akan menerajui negara mereka untuk suatu tempoh tertentu?. Hari ini, sama ada umat Islam menerima atau tidak, pilihanraya apabila tiba masanya tetap akan dilaksanakan dalam negara mereka –oleh pemerintah yang sedia ada- dan wakil-wakil yang dipilih rakyat akan menerajui negara dan kerajaan.

Pilihanraya menjadi fenomena yang berlaku di hadapan mata umat Islam hari ini. Dalam hal ini umat Islam mesti menetapkan pendirian mereka sama ada akan turut terlibat atau memulau sahaja pilihan raya yang berlaku dan menerima siapa sahaja pemimpin yang bakal naik; apakah ia memanfaat Islam atau akan menjahanamkan Islam?

Menetapkan pendirian Syara’ dalam sesuatu urusan –apatahlagi yang berkait dengan hal-hal umat dan kemaslahatan mereka- bukan suatu yang mudah. Hanya orang-orang yang pendek aqal sahaja yang cepat/tergesa-gesa membuat keputusan dalam hal-hal yang rumit dan ternyata memerlukan pemerhatian teliti.

Pendirian Syara’ tidak boleh dibuat hanya melalui pemerhatian yang rambang dan dangkal terhadap sesuatu masalah. Ia hendaklah dibuat melalui pemerhatian yang teliti, dengan mera’ikan nas-nas Syara’, maqasid-maqasid Syari’ah, qaedah-qaedah Syara’ dan sebagainya yang menjadi bidang usul Fiqh. Penelitian juga bukan hanya melihat kepada teori-teori di atas kertas sahaja, tetapi juga dengan mengkaji implikasi-implikasi yang bakal diterima umat jika keputusan di ambil untuk menerima atau menolak sesuatu perkara baru itu.

Semenangnya mudah bagi Jama’ah atau Harakah Islam membuat keputusan tidak menyertai pilihanraya dengan alasan; pilihanraya adalah dari sistem Demokrasi dan sistem Demokrasi itu adalah sistem Kafir dan Jahiliyah. Tetapi pastikah kita bahawa memulau pilihanraya itu benar-benar suatu sikap yang akan menguntungkan Islam dan umat Islam pada masa ini dan akan datang?

Sebagaimana dinyatakan tadi bahawa, pilihanraya tetap akan berjalan dalam sebuah negara Demokrasi seperti Malaysia ini. Sama ada Jama’ah Islam melibatkan diri atau memulaukannya, pilihanraya tetap akan dijalankan. Wakil-wakil yang dilantik rakyat akan tetap menguasai negara sama ada kita umat Islam bersetuju atau tidak.

Memulau pilihanraya bermakna memberi kemenangan mudah kepada golongan secular untuk terus menguasai negara dalam keadaan kita mampu memberi saingan dan cabaran kepada mereka. Dalam suasana di Malaysia ini, memulau pilihanraya bererti memberi kemenangan kepada UMNO untuk terus memerintah dengan dasar sekularnya dan meneruskan kezaliman yang biasa dilakukan oleh pemimpin-pemimpinnya ke atas rakyat selama ini.

Apatahlagi dalam sebuah negara bermasyarakat majmu’ (yang terdiri dari orang Islam dan bukan Islam) seperti Malaysia, memulau pilihanraya memberi implikasi yang lebih buruk iaitu memberi peluang kepada kaum bukan Islam untuk menguasai politik negara dan menjadi pemimpin ke atas umat Islam sendiri.

Tidakkah akan memudaratkan masa depan Islam dan juga umat Islam jika golongan secular terus memerintah negara atau jika kuasa politik negara diambil alih oleh orang-orang bukan Islam kerana tindakan kita umat Islam memulau pilihanraya?

PAS telah membuktikan bahawa penglibatannya dalam pilihanraya mendatangkan keuntungan yang amat besar kepada Islam dan umat Islam khususnya di bumi Malaysia ini. Kemenangan menawan Kelantan dan Trengganu dalam tahun 1990 dan 1999 telah memberi peluang kepada PAS yang membawa mesej perjuangan Islam untuk memperkenalkan sistem pemerintahan Islam kepada rakyat sehingga rakyat boleh menilainya dan membandingnya dengan sistem pemerintahan secular yang diamalkan UMNO sejak merdeka.

Hari ini, kita melihat bukan sahaja rakyat beragama Islam telah mula celik terhadap kehebatan sistem pemerintahan Islam, bahkan rakyat bukan Islam sedikit-sebanyak sudah dapat menerimanya sebagai suatu sistem yang mendatangkan kebaikan bagi mereka. Bayangkan apa akan terjadi jika PAS menyahut seruan Hizbu Tahrir supaya memulau pilihanraya. Sudah pastinya UMNO yang merupakan sebuah parti secular akan terus selesa memerintah tanpa ada saingan dan tentangan dari saf perjuangan Islam dan tidak mustahil golongan bukan Islam nantinya akan menguasai dan menerajui kepimpinan negara Malaysia.

PAS dengan mandat yang diberikan oleh rakyat untuk memerintah di dua negeri tersebut telah berjaya membuat suatu reformasi ke arah Islam antaranya menguat-kuasakan pengharaman arak, judi dan riba, memperkenalkan hisbah, sistem percukaian al-Kharaj, sistem jenayah Islam (hudud) dan corak kepimpinan Islam yang bersifat adil, telus dan mengikut sepenuhnya peraturan Syara’.

Ketika Hizbu Tahrir masih dalam peringkat membicarakan sistem pemerintahan Islam (al-Khilafah) hanya sebagai suatu teori di dalam buku-buku, majlis-majlis usrah dan majlis-majlis pengajian mereka, PAS telah melaksanakannya secara praktikal di dalam pentadbiran kerajaan dan negeri.

Mafsadah Demokrasi –sebagaimana yang diketahui umum- ialah ia memberi hak yang mutlak kepada pemimpin untuk menggubal undang-undang di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Wakil-wakil rakyat yang dilantik melalui proses pilihanraya diberi mandat oleh rakyat untuk meminda atau menggubal undang-undang melalui Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tanpa tertakluk kepada ketetapan Syara’. Sama ada sesuatu undang-undang yang digubal itu bercanggah atau tidaknya dengan ketetapan Syara’, itu tidak menjadi persoalan asalkan wakil-wakil rakyat yang dipilih menyetujuinya.

Kefasadan tersebut sebenarnya dapat kita atasi jika sekiranya wakil-wakil rakyat yang dipilih adalah dari kalangan orang-orang memahami Islam dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Islam. Ini bergantung kepada kesedaran rakyat kerana merekalah yang membuat pemilihan semasa pilihanraya. Jadi tugas dan peranan Jama’ah Islam ialah meletakkan seberapa ramai calon-calon yang mempunyai kelayakan mengikut Islam dan menanamkan kesedaran dalam hati rakyat sebagai pengundi supaya membuat pemilihan yang tepat iaitu dengan melihat kepada kepentingan agama dan umat.

Terbukti di Kelantan dan Terengganu apabila rakyat memberi mandat kepada saf kepimpinan ulama’ untuk menjadi wakil-wakil mereka di Dewan Undangan Negeri, tidak ada undang-undang yang digubal di Dewan tersebut yang bercanggah dengan Islam. Ini kerana wakil-wakil yang dipilih rakyat itu merupakan orang-orang yang memahami tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim dan sebagai pemimpin Islam iaitu melaksanakan hukum-hakam Syari’at Allah, bukan memindanya atau menggubal undang-undang yang bertentangan dengannya.

Apa yang kita sebut di atas hanya beberapa aspek sahaja yang kita tinjau berhubung baik-buruknya penglibatan umat Islam dalam pilihanraya…Kita yakin bahawa Jama’ah Ikhwan, Refah dan Jama’at Islami yang mempunyai barisan ulama’ yang berwibawa dan juga PAS yang dipimpin oleh saf kepimpinan ulama’, telah membuat tinjaun yang lebih lengkap dan menyeluruh tentang hal tersebut.

Mereka akhirnya memutuskan bahawa perlunya jama’ah-jama’ah Islam di setiap negara –khususnya negara-negara umat Islam- hari ini untuk terlibat dengan pilihanraya dengan meletakkan calon-calon mereka yang memperjuangkan idealisme politik Islam dan menyeru kepada sekelian kaum muslimin supaya keluar mengundi bagi memenangkan calon-calon dari jamaah Islam demi masa depan agama dan umat.

Kita akui bahawa pilihanraya ala Demokrasi hari ini tidaklah bersih secara mutlaknya. Sebagai suatu amalan yang datang dari sistem jahiliyah, ia tentunya mempunyai sedikit-sebanyak mafsadah yang tidak dinafikan akan mengenai kita umat Islam apabila terlibat dengannya. Namun kita juga terpaksa menerima bahawa memulau pilihanraya dalam suasana hari ini akan mendatangkan mafsadah yang lebih buruk lagi kepada masa depan Islam dan nasib umat Islam itu sendiri.

Memulau pilihanraya akan membawa kepada semakin kukuhnya penguasaan golongan secular, berterusannya kemaharajalelaan mereka dan mungkin membawa kepada penguasaan orang-orang bukan Islam ke atas umat Islam (khususnya bagi negara yang masyarakatnya terdiri dari orang-orang Islam dan bukan Islam.

Dalam hal ini Syara’ memutuskan bahawa apabila bertembung dua mafsadah di mana salah satu daripadanya terpaksa kita tunggangi, maka hendaklah kita tunggangi mafsadah yang paling ringan. Dalam hal pilihanraya ini, mafsadah yang paling ringan kita akan terima ialah dengan melibatkan diri dalam pilihanraya, kerana memulaukannya mendatangkan mafsadah yang lebih berat/besar. Kaedah Syara’ menyatakan;

الضرر الأشد يزال بالضرر الأخف

“Harus untuk mengelak suatu kemudaratan yang lebih besar dengan mengambil kemudaratan yang lebih ringan”.

إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمها ضررا بارتكاب أعظهما

“Apabila bertembung dua mafsadah (di mana salah satu darinya terpaksa dilakukan), maka hendaklah diberi perhatian kepada mafsadah yang lebih besar mudaratnya (untuk dielakkan), dengan dilakukan mafsadah yang lebih ringan”.

Perjuangan setempat dan perjuangan sejagat

Hizb Tahrir dalam pendekatan gerakannya menganggap tidak penting perjuangan Islam yang bersifat tempatan. Bagi mereka perjuangan Islam hendaklah bersifat sejagat sahaja iaitu untuk mengembalikan sistem Khilafah Islam di atas muka dunia ini. Sikap mereka ini terbukti apabila mereka bertindak mengabaikan tanggungjawab mereka di Palestin dan keluar menumpukan perhatian di peringkat antarabangsa.

Di Malaysia, para pendokong-pendokong Hizb Tahrir memandang ringan jihad menentang UMNO walaupun mereka menyedari kejahatan UMNO sebagai sebuah parti secular. Dan tidak pelik jika mereka juga memandang ringan jihad umat Islam di Afghanistan, Selatan Filipina, Ambon dan sebagainya menentang kuasa-kuasa kuffar di negara masing-masing.

Para pendokong Hizb Tahrir telah membawa fikrah perjuangan yang sempit, yang amat memudaratkan masa hadapan Islam jika diterima-pakai fikrah mereka itu. Pendekatan perjuangan mereka jauh berbeza dengan pendekatan perjuangan Ikhwan Muslimun, Jama’at Islami, Refah, PAS dan sebagainya yang bersifat syumul –sebagaimana syumulnya Islam- dan menyeluruh, yang merangkumi perjuangan Islam setempat dan perjuangan Islam sejagat.

Jama’ah-jama’ah tersebut tidak pernah menafikan kewajipan sejagat untuk mengembalikan sistem pemerintahan Khilafah di atas muka bumi ini, tetapi mereka juga memandang penting kewajipan yang bersifat tempatan iaitu kewajipan menegakkan negara Islam di negara masing-masing, mengembalikan undang-undang Syari’at di dalam negara, kewajipan amar makruf nahi munkar, kewajipan menangani isu-isu semasa dalam masyarakat dengan penyelesaian secara Islam dan sebagainya.

Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwan Muslimun sejak mula lagi telah menegaskan bahawa tugas dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh para pendokong jama’ah atau harakkah Islam merangkumi tujuh perkara iaitu;

1. Mengislahkan diri hingga menjadi seorang muslim sejati.

2. Mendirikan rumah tangga muslim

3. Memberi pertunjuk kepada masyarakat iaitu dengan menyeru mereka kepada Islam, memerangi kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka, mengalihkan pandangan umum masyarakat kepada fikrah Islam dan sebagainya.

4. Membebaskan tanah-air umat Islam dari kuasa-kuasa asing sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sebagainya.

5. Mengislah kerajaan/pemerintahan hingga menjadi kerajaan Islam yang sebenar-benarnya iaitu kerajaan yang menunaikan tanggungjawabnya sebagai khadam kepada umat dan melaksanakan segala hukum-hakam dan ajaran-ajaran Islam dalam negara.

6. Mengembalikan unsur-unsur kesejagatan umat Islam iaitu dengan membebaskan seluruh tanah-air mereka, menghidupakan kembali keagungan mereka, mendekatkan jurang tsaqofah (budaya) antara mereka dan membentuk kesatuan mereka sehingga dapat dikembalikan Institusi al-Khilafah yang telah lenyap.

7. Menjadi guru kepada ‘alam/dunia dengan berusaha mengebar-luaskan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia ini.

Begitu juga, Syeikh Said Hawa -salah seorang ulama’ Ikhwan terkenal- telah menggariskan matlamat kewujudan harakah/jama’ah Islam kepada lima perkara utama iaitu;

1. Membentuk keperibadian manusia dengan acuan Islam
2. Menegakkan negara Islam di setiap kawasan yang didiami oleh umat Islam
3. Menyatukan umat Islam
4. Menghidupkan kembali Institusi Khilafah
5. Menegakkan negara Islam ‘alamiyah (sejagat).

Menegakkan negara Islam di tempat masing-masing adalah kewajipan pertama kaum muslimin –dari sudut politik- sebelum mereka berjuang untuk mengembalikan sistem pemerintahan Islam yang bersifat sejagat iaitu al-Khilafah. Inilah cara perjuangan yang ditempuh oleh Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. pada peringkat mulanya menegakkan negara Islam di Madinah (satu kawasan kecil di Tanah Arab).

Kemudiannya sedikit demi sedikit baginda menakluki kawasan-kawasan di sekitar Madinah, hingga akhirnya seluruh Tanah Arab berada di bawah kekuasaan baginda sebagai negara Islam. Setelah kewafatan baginda, para sahabat meneruskan lagi penaklukan hingga hampir 2/3 dunia ini telah menjadi negara Islam yang bernaung di bawah satu kuasa pemerintahan yang bergelar al-Khilafah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 01:32


Hakikat Perjuangan Islam
Di antara fikrah songsang Hizbu Tahrir ialah menganggap kewujudan Khilafah adalah asas penyelesaian segala masalah umat hari ini. Bagi mereka, dengan adanya Khilafah segala masalah/kemelut yang melanda umat hari ini akan selesai. Kerana itu, mereka memulakan gerakan mereka dengan perjuangan bersifat sejagat iaitu menegakkan al-Khilafah dan memandang usaha-usaha yang lain (usaha menegakkan Syari’at Islam di negara masing-masing, amar makruf nahi munkar dan sebagainya) sebagai tidak penting atau belum masanya untuk difikirkan.

Mereka memulakan perjuangan mereka dari atas, kemudian melungsur turun ke bawah. Sedangkan perjuangan Rasulullah s.a.w. bermula dari bawah, kemudian melonjak ke atas. Rasulullah s.a.w. memulakan gerakan baginda dengan pembentukan peribadi para sahabat (dengan menanamkan aqidah yang mantap dalam aqal dan hati sanubari mereka). Langkah seterusnya baginda mengasaskan negara Islam di satu kawasan bernama Madinah dan berikutnya baginda berusaha menundukkan seluruh alam ini di bawah kuasa Islam dengan bermula dari Tanah Arab.

Bukan hasrat kita membicarakan bagaimana seharusnya perjuangan Islam bermula?, apakah dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas? Apa yang ingin kita nyatakan di sini ialah; Harakah atau jama’ah Islam hendaklah meletakkan cita-cita perjuangannya adalah untuk melaksanakan Islam secara sempurna dan menyeluruh.

Menganggap kewujudan Institusi Khilafah sebagai satu-satunya penyelesaian kepada masalah umat hari ini, bukanlah suatu fikrah yang tepat. Yang benarnya adalah Islam itu sendiri. Sistem al-Khilafah adalah salah satu tuntutan Islam dan ia bukan Islam itu sendiri. Jadi, Islam itulah yang merupakan penyelesaian kepada masalah umat.

Apabila kita meletakkan matlamat kita adalah untuk menegakkan Islam secara sempurna dan menyeluruh, maka terkandung sama di dalamnya cita-cita untuk menegakkan sistem pemerintahan Islam (al-Khilafah) kerana ia adalah salah satu tuntutan dalam Islam.

Islam adalah agama yang telah sempurna. Rasulullah s.a.w. wafat dengan meninggalkan agama yang telah disempurnakan Allah sepenuhnya. Di saat-saat akhir sebelum kewafatan baginda, Allah telah menurunkan ayat yang menjelaskan; “Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu (yakni Islam), aku cukupkan untuk kamu nikmatKu dan Aku redha untuk kamu Islam sebagai agama kamu”.

Setiap aspek Islam merupakan penyelesaian kepada masalah umat. Mana-mana aspek Islam yang masih terabai menandakan umat akan berterusan mengahadapi kemelut dalam aspek tersebut. Penyelesaiannya ialah mengajak umat kembali kepada Islam secara sempurna dan menyeluruh.

Kemelut ekonomi umat hari ini penyelesaiannya ialah dengan kembali kepada ekonomi Islam, kemerosotan akhlak hari ini penyelesaiannya ialah dengan kembali kepada akhlak Islam, kemungkaran yang berleluasa dalam masyarakat hari ini penyelesaiannya ialah dengan menggerakkan semula kewajipan amar makruh nahi munkar, kezaliman yang melanda dalam institusi pemerintahan negara umat Islam hari ini penyelesaiannnya ialah dengan berusaha menegakkan kembali sistem pemerintahan Islam. Begitulah juga, dalam masalah-masalah yang lain; politik, pendidikan dan sebagainya, penyelesaiannya ialah kembali kepada sistem Islam.

Menyedari hakikat ini, PAS tanpa menunggu wujudnya Khilafah telah berusaha memperkenalkan Islam yang syumul kepada rakyat dan masyarakat. Dengan memanfaatkan segala ruang dan kesempatan yang ada, PAS terjun ke tengah-tengah masyarakat untuk memperkenal sistem-sistem Islam sebagai alternative untuk menyelesai segala masalah rakyat dan umat hari ini.

Pada masa yang sama PAS tidak pernah melupai kewajipan menegakkan kembali Institusi Khilafah. Pimpinan-pimpinan PAS sentiasa menyebutkan kepada ahli-ahli PAS bahawa cita-cita perjuangan Islam bukan sekadar untuk menegakkan negara Islam di Malaysia ini sahaja, tetapi juga untuk menundukkan seluruh dunia ini di bawah kekuasaan Islam iaitu dengan menegakkan kembali Khilafah.

Kerana menyedari pentingnya perjuangan menegakkan Khilafah inilah, maka PAS berusaha mengadakan hubungan kerjasama dengan seluruh gerakan Islam yang wujud di dunia hari ini. PAS sentiasa memberi komitmen kepada persidangan-persidangan antarabangsa yang membabitkan gerakan-gerakan atau jama’ah-jama’ah Islam sedunia. Bahkan PAS sendiri pernah beberapa kali menjadi penganjur persidangan yang sedemikian.

Adapun Hizbu Tahrir, mereka masih lagi dengan matlamat perjuangan mereka yang sempit. Mereka hanya memfokuskan perjuangan mereka kepada menegakkan Khilafah dan mengabaikan kewajipan-kewajipan di tengah-tengah masyarakat untuk menegakkan Syari’at Islam, melaksanakan amar makruf nahi munkar dan mengemukakan penyelesaian Islam yang menyeluruh kepada rakyat.

Bagi mereka, kewajipan-kewajipan tersebut hanya akan dilakukan apabila telah kembalinya Institusi al-Khilafah di mana Khalifahlah yang akan menggerakkannya. Mungkin kerana itulah, penulis buku At-Tariq Ila Jama’ah Islam iaitu Husin bin Muhsin bin Ali Jabir menyamakan Hizbu Tahrir dengan Jama’at Tabligh dan Ansar as-Sunnah dari segi cita-cita dan wasilah perjuangannya yang sempit.

Hizbu Tahrir -menurut penulis buku tersebut- telah meletakkan perkara terakhir dalam tahapan perjuangan Rasulullah s.a.w. iaitu berjihad untuk menegakkan pemerintahan Islam sebagai matlamat paling utama dan tunggal dalam perjuangan mereka.

Kewajipan jama’ah menangani isu-isu semasa dalam masyarakat
Islam bukanlah agama yang bersifat teorikal semata-mata tetapi juga praktikal. Jama’ah Islam yang memikul idealisme perjuangan Islam adalah jama’ah yang hendaklah menjadi alternative kepada masyarakat untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu yang berlaku di kalangan mereka.

Hanya dengan cara ini kesyumulan dan keindahan Islam dapat dilihat oleh masyarakat. Adapun jika kita hanya melaung-laungkan kebaikan dan kesempurnaan Islam itu di dalam tulisan-tulisan atau majlis-majlis usrah sahaja, tanpa terjun ke tengah-tengah masyarakat untuk mengemukakan penyelesaian secara Islam terhadap masalah-masalah atau isu-isu yang timbul di kalangan mereka, maka sampai bila-bila pun masyarakat tidak akan dapat melihat keindahan dan kesempurnaan Islam.

- Adakah kita hanya melihat sahaja golongan secular mendekati masyarakat dengan idea-idea secular mereka untuk menyelesaikan masalah masyarakat, sedangkan kita ahli-ahli jama’ah Islam tidak ada kesedaran untuk mendekati mereka denagn membawa mesej penyelesaian secara Islam. Di Malaysia ini, ada juga parti-parti yang didokongi orang bukan Islam yang juga tampil kepada masyarakat dengan kaedah penyelesaian cara mereka…

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 01:38


Pada 23-08-07 01:18 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam.....

Mudah-mudahan HT akan sedar dan kembali ke panggal jalan........
InsyaAllah kemenangan akan jadi milik kita sahabat sahabiahku.....
Yang salah akan terbongkar satu hari nanti....Ini adalah kerana perjuangan Islam secara berjemaah adalah cara paling tepat berlandaskan al-Quran dan sunnah bagi mengembalikan semula negara Islam yang ditumbangkan."
Wahai HT fikir-fikirkanlah.......perjuangan tanpa Jemaah yang benar adalah perjuangan yang sia-sia......Wassalam........


betul ya ukhtie,

perbuatan yang tidak berlandskan Quran dan Sunnah perbuatan yang sia-sia, sepertimana dalam hadith Rsullullah yang maksudnya:

siapa sahaja yang melakukan suatu perbuatan yang tidak berasal dari kami, maka perbuatanya itu tertolak (diriwayatkan oleh 'Aisyah .a dalam Jami'u ash-Shahih karya Imam Muslim)


Jadi, Marilah kita contohi Tauladan yang Rasullullah tunjukkan dalam menegakkan Negara Islam yang pertama...
moga-moga kita mendapat petunjuk dari Allah swt. amin


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

Hoobastank
Warga Rasmi
Menyertai: 30.12.2004
Ahli No: 13407
Posting: 12
Dari: tempat kije..letih lalu tertido jap kat piano

blank  


posticon Posting pada: 23-08-07 01:58


Yerlah.. Seperti biasa, HTee nak sebut tentang Thalabun Nushrah lah tu. Ulang benda sama lagi. Sedangkan Thalabun Nushrah telah lama diaplikasikan di dalam perjuangan PAS; mendapatkan kekuasaan daripada masyarakat adalah melalui jalan pemikiran, politik, dan tanpa kekerasan - malahan masih terikat dengan jayanya pada hukum Allah. Kelantan telah menjadi bukti kelestarian kejayaan PAS handle agama Islam dan sadur ke dalam jiwa masyarakat di sana.

petikan:
Di dalam perjalanan dakwah, semuanya harus terikat kepada hukum yang berasal Islam. Manhaj yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW untuk mendapatkan kekuasaan daripada masyarakat adalah melalui jalan pemikiran, politik, dan tanpa kekerasan disertai thalabun nushrah dan dokongan umat. Allah SWT telah berjanji untuk menolong orang-orang mukmin yang berpegang teguh pada syariat-Nya. ( mykhilafah.com ).

Bookmark and Share

    


  Member Information For HoobastankProfil   Hantar PM kepada Hoobastank   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 02:00


Pada 23-08-07 01:31 , hanis_syuhada posting:

!!! QUOTE !!!

Gerakan Tajdid terus bermula sebaik sahaja Institusi Khilafah mengalami keruntuhan iaitu di awal kurun ke 20, bukan bermula dari tahun 50 an.

Di antara fokus utama gerakan Tajdid pada ketika itu ialah untuk menghidupkan kembali Institusi Khilafah yang runtuh walupun ia belum menampakkan kejayaannya hingga hari ini. Setelah itu, barulah gerakan tajdid ini merebak ke seluruh dunia, bukan sahaja di kawasan-kawasan di sekitar Timur Tengah atau Asia Barat, tetapi juga ke sebelah Asia Tenggara. Penubuhan PAS juga adalah hasil pengaruh gerakan tajdid tersebut.

Sejarah tersebut menyangkal dakwaan pendokong-pendokong Hizbu Tahrir yang cuba berbangga kononnya Hizbu Tahrirlah pelopor gerakan menghidupkan kembali Institusi Khilafah, sedangkan realiti sebenarnya Hizbu Tahrir hanya wujud 20 tahun setelah kejatuhan Institusi Khilafah. Kalau benar Hizbu Tahrir adalah pelopor, kewujudannya tentulah lebih awal dari jama’ah-jama’ah yang lain termasuklah Ikhwan Muslimun. Atau sekurang-kurangnya ia seangkatan dengan jama’ah-jama’ah tersebut..


salam ukhwah fillah,
ukhtie copy paste ye,

tak menjadi masalah, cumanye pastikan benar...
sepanjang ana bersama dengan HT tak pernah dikeluarkan pun satu kenyataan bahawa HT merupakan pelopor dalam penegakkan daulah khilafah,

jadi kalau ya mana faktanya dan sumbernya???
Ini bagi mengelakkan fitnah..
fitnah dosanya besar...
"fitnah itu lebih besar dosnya daripada membunuh".

Ini untuk satu perkara dan perkara2 lain ana nasihatkan untuk uktie check semula kerana ana lihat banyak yang menyalahi fakta sbenar.

dan ana nasihatkan sekali lagi dapatkan dari sumber primer(aslinya)

"setiap apa yang kamu lakukan akan di catat dan di nilai di hadapan Allah swt. dan menjadi tanggungjawab kamu untuk menjelaskan setiap apa yang kamu lakukan."

wassalam


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

Hoobastank
Warga Rasmi
Menyertai: 30.12.2004
Ahli No: 13407
Posting: 12
Dari: tempat kije..letih lalu tertido jap kat piano

blank  


posticon Posting pada: 23-08-07 02:06


Takkan tak faham ayat agaknya...

"yang cuba berbangga kononnya Hizbu Tahrirlah pelopor gerakan menghidupkan kembali Institusi Khilafah, sedangkan realiti sebenarnya Hizbu Tahrir hanya wujud 20 tahun setelah kejatuhan Institusi Khilafah. Kalau benar Hizbu Tahrir adalah pelopor,......"

Konon2nya....
keadaan anda sekarang tidak ubah seperti mereka yang tengah mendakwa merekalah yang bagus..

Bookmark and Share

    


  Member Information For HoobastankProfil   Hantar PM kepada Hoobastank   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 09:18


hmmm...dah pasal HT pula dah.sudah lah dengan isu en wahabi yang sibuk memperlekehkan orang,dia seorang saja ikhlas,orang lain semua ada kepentingan sendiri,datang pula dengan HT.

memang lah nak bina daulah ambil masa.bukannya terus ada daulah tanpa memberi pemahaman tentang islah dan tarbiyah dalam diri dahulu.seorang pemuda yang berkualiti lebih baik dari 10 orang yang tidak berkualiti.ianya kena step by step,bermula dengan pemahaman dan pembinaan kekuatan dalam diri dan kemudian berkembang...

wallahu'alam..nanti sambung


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-08-07 11:46


hmm....Agak2 last2 HT nak rampas kuasa politik sebab tamau guna pilihanraya..then buat rampasan kuasa dan menidakkan parlimen...suruh masuk PAS tamau...Pilihanraya tu bid'ah katanya...So...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-08-07 11:48


Pada 23-08-07 09:18 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

hmmm...dah pasal HT pula dah.sudah lah dengan isu en wahabi yang sibuk memperlekehkan orang,dia seorang saja ikhlas,orang lain semua ada kepentingan sendiri,datang pula dengan HT.

memang lah nak bina daulah ambil masa.bukannya terus ada daulah tanpa memberi pemahaman tentang islah dan tarbiyah dalam diri dahulu.seorang pemuda yang berkualiti lebih baik dari 10 orang yang tidak berkualiti.ianya kena step by step,bermula dengan pemahaman dan pembinaan kekuatan dalam diri dan kemudian berkembang...

wallahu'alam..nanti sambung



terover....HT ni pakai sistem wahabi dalam jemaah mereka..


-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 14:09


so...tong.huhuhu

tu lah pasal tak habs2 tmbul jemaah baru yang cuba untuk menggoyahkan PAS tapi PAS tetep utuh dulu kini dan selamanya.insyaAllah..tambah2 sekarang nak pilihanraya pula...nanti HT tak menjadi tbh jemaah hari or something else.

melahirkan kader, ye lah macam pas buat lah.pas bukannya parti politik semata-mata..kalau sekadar menjadi ahli pas yang tidak mengikut pertarbiyahan pas antum tak akan tahu.

dok jadi penyokong saja,bila yang nak jadi pendokong.THEN BILA DATANG FAHAMAN BARU SEBAB TU MUDAH GOYAH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 14:30


!!! QUOTE !!!

terover....HT ni pakai sistem wahabi dalam jemaah mereka..


trouver lah..kan dah lain maksud tu..
ooo macam tu ke rupanya.tak mengapa,kita tunggu penjelasan dari HT agar tidak menuduh membuta tuli...macam mana sistem mereka...

dalam pilihanraya ni harap ada lah kelainannya.dah muak dengan propaganda paklah dan gengnya.tetambah kat tv3,tak habis habis promote myteam.ramai tak sedar antara penaja nya scomi,syarikat menantu paklah.sebab tu laju saja dia tunjuk time part sponsor tu.dah lah media semua dibawah satu badan iaitu media prima,jadi senang lah nak control.bila rakyat baca blog,dituduh memacam pula.padahal dah takut pasal kebenaran tersingkap....

http://www.sangkelembai2006.blogspot.com/


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 23-08-07 14:34 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 14:33


DEMOKRASI TU ALAT UNTUK MENCAPAI MATLAMAT UTAMA..bukanlah AGENDA UTAMA.PAS TETAP BERGERAK WALAUPUN BUKAN DI MUSIM PILIHANRAYA...KALAU MACAM ANTUM tak payah GUNA INTERNET lah sebab INTERNET COMES FROM BARAT...nanti NTAR SURAT ye KALAU NAK BAGI COMMENT...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 16:13


Pada 23-08-07 09:18 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!



memang lah nak bina daulah ambil masa.bukannya terus ada daulah tanpa memberi pemahaman tentang islah dan tarbiyah dalam diri dahulu.seorang pemuda yang berkualiti lebih baik dari 10 orang yang tidak berkualiti.ianya kena step by step,bermula dengan pemahaman dan pembinaan kekuatan dalam diri dan kemudian berkembang...


salam khilafah wa ukhuwahfillah ya akhie trouver...

memandangkan akhie, baru masuk tread ni, ana cadangkan anta baca dahulu halaman2 awal untuk tread ni......

Kenapa?

kalau anta dah baca, ana yakin bahawa anta takkan keluarkan kenyataan seperti diatas.....

sebagai tambahan, ana baru saja explain tahapan pertama dalam penegakkan daulah..... belum lagi untuk tahapan kedua....

wassalam


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 16:19


Pada 23-08-07 11:46 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

hmm....Agak2 last2 HT nak rampas kuasa politik sebab tamau guna pilihanraya..then buat rampasan kuasa dan menidakkan parlimen...suruh masuk PAS tamau...Pilihanraya tu bid'ah katanya...So...?



salam penuh ukhwah ya izzul_islam....

dimana anta mendengar HT mengeluarkan kenyataan tentang pilihanraya itu bida'ah.....

sepanjang ana bersama HT, kenyataan seperti itu tidak pernah dikeluarkan dan tidak pernah pun ana mendengarnya.
Ini pertama kali ana mendengarnya, yang dikeluarkan sendiri oleh antum.....

Jadi ana harap kenyataan anta dapat dibuktikan, sumbernya.....

"setiap apa yang kamu nyatakan atau sebarkan, semuanya akan di hisab dihapan Allah swt."

wassalam


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

Ideologis
Warga Rasmi
Menyertai: 23.08.2007
Ahli No: 30770
Posting: 4

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 16:38


Ehm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For IdeologisProfil   Hantar PM kepada Ideologis   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 16:58


Salam.....
......
Nampaknya HT masih tidak mahu beralah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 17:10


Pada 23-08-07 16:58 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam.....
......
Nampaknya HT masih tidak mahu beralah......


salam khilafah ya uktie nur_mujahidah

Ini bukan persoalan kalah atau menang, ini persoalan kebenaran..

sepertimana kata Imam muktabar kita Imam Syafie, buangkan hujjahku kedinding jika kamu menemui hujjah yang lebih kuat daripada hujahku...

Ini bukan kata-kata ana ini kata-kata perintis usul fikih....

"kita harus meletakkan hawa kita di bawah aturan nash"

wassalam


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 23-08-07 17:51


Pada 23-08-07 16:19 , farouks posting:

!!! QUOTE !!!



salam penuh ukhwah ya izzul_islam....

dimana anta mendengar HT mengeluarkan kenyataan tentang pilihanraya itu bida'ah.....

sepanjang ana bersama HT, kenyataan seperti itu tidak pernah dikeluarkan dan tidak pernah pun ana mendengarnya.
Ini pertama kali ana mendengarnya, yang dikeluarkan sendiri oleh antum.....

Jadi ana harap kenyataan anta dapat dibuktikan, sumbernya.....

"setiap apa yang kamu nyatakan atau sebarkan, semuanya akan di hisab dihapan Allah swt."

wassalam



apa sumbangan HT di malaysia buat masa sekarang ni?
apa pula langkah seterus HT selepas ni? Hanya sekadar mengedar risalah di Masjid?


-----------------




    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

msaidins_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 18:02


Tasawur Asasi Gerakan ISLAM-Ustaz Fathy Yakan
wujudnya berbilang jemaah dalam menegakkan ISLAM adalah suatu yang perlu di banteras. seolah-olah,nampak sangat ISLAM bgtu brepecah dan wujudnya perbalahan menampakkan lagi lompang ketidaksepaduan antara ummat ISLAM...

mesti musuh2 ISLAM bersorak melihat perbalahan dan pertetentangan aliran perjuangan untuk tegakkan ISLAm,, setiap ayat Al Qur'an ada penerangannya, jangan ambil bulat2 untuk di jadikan dalil..bergurulah dengan tok guru yang betul-betul mursyid, BERSATULAH WAJHAI KAUM MUSLIMIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For msaidins_85Profil   Hantar PM kepada msaidins_85   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 18:03


Pada 23-08-07 17:10 , farouks posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-08-07 16:58 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Salam.....
......
Nampaknya HT masih tidak mahu beralah......


salam khilafah ya uktie nur_mujahidah

Ini bukan persoalan kalah atau menang, ini persoalan kebenaran..

sepertimana kata Imam muktabar kita Imam Syafie, buangkan hujjahku kedinding jika kamu menemui hujjah yang lebih kuat daripada hujahku...

Ini bukan kata-kata ana ini kata-kata perintis usul fikih....

"kita harus meletakkan hawa kita di bawah aturan nash"

wassalam



Salam.....
Kebenarannya telah tertulis wahai saudara farouks cuma anta tidak mahu mengakuinya......
Anta beri kata 2 ini pada ana namun anta sendiri tidak hadam kata-kata ini......"sepertimana kata Imam muktabar kita Imam Syafie, buangkan hujjahku kedinding jika kamu menemui hujjah yang lebih kuat daripada hujahku..."Golongan yang diterima Allah diakhirat kelak ialah golongan sunnah wal jamaah......
Ana berkata begini kerana ana mempunyai seorang sahabiah yang pernah terlibat dengan HT.....Alhamdulillah , Allah pelihara ana terlibat dengan HT malahan alhamdulilah sekarang sahabiah ana telah kembali semula bersama2 dengan ana meneruskan perjuangan ni.....ini bukan cerita rekaan semata-mata......ana tahu anta tentu akan tanya betulkah cerita ini.....jangan buat fitnah.....kata-kata ini yang akan anta lontarkan...betul tak.....malahan semasa sahabiah ana bersama-sama dengan HT mereka langsung tidak dibenarkan menanyakan siapakah pimpinan HT atau sebaliknya.....banyak yang mengelirukan mengenai HT semasa mereka bersama-sama dengan HT malahan mereka telah disogok dengan kata-kata bahawa PAS ini beriman dengan politik sedangkan jika kita faham Kenapa PAS masuk politik kita tidak akan kata demikian...malahan usrah sampai tengah-tengah malam.......
Oleh hal yang demikian HT kita jangan omong2 kosong........sesungguhnya amat besar kemurkaan disisi Allah jika kamu tidak melakukan apa yang kamu katakan(surah as-shaff)
Jangan jadi NATO ( no action talk only ).......Jika benar HT nak bawa daulah khilafah maka bersama-sama dengan PAS.....kerana PAS telah punya segala-galanya.....malahan kata-kata dari pemburupokok ana nak tanya kalau HT ada disabah,sarawak atau dimana2 penjuru negera malaysia ni anta boleh jamin ke yang Islam boleh menang , Islam hanya akan menang jika kita bekerjasama......InsyaAllah di sabah , sarawak Islam tentu akan menang jika HT bersama2 dengan PAS kerana wakil dari PAS iaitu pemburupokok telah ada....betul tak pemburupokok ataupun anta ni hanya penyokong PAS....Ingatlah wahai sahabat sahabiah Islam ni ianya tidak akan menang dengan sumbangan tetapi hanya akan menang dengan pengorbanan..........Maka korbankanlah HT dan kemudian bersama2lah dengan PAS.......Jika benar nak teruskan HT , teruskanlah di Palestin bukan di Malaysia.....

Wassalam.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 20:44


salam bersambut wahai farouks.

walaupun saya kurang posting dalam thread ini tak bermakna saya tak membaca keseluruhan.apa yang saya paham,kita bersemangat nak tegakkan daulah.tapi masyarakat sekeliling tak paham pasal Islam dan apa yang mereka paham Islam ni keras seperti omokan terhadap hukum hudud.lalu mereka tak akan memberikan sokongan tetambah lagi untuk menegakkan daulah.jadi lebih baik memberi islah dan pemahaman terlebih dahulu.bila dah nampak mana arah tujuan,InsyaAllah akan sokong untuk pembentukan daulah.

Rasulullah sewaktu di Mekah,baginda tak menyeru ke arah khalifah dahulu.sebaliknya Baginda memberi pemahaman terhadap akidah dan membina kekuatan diri.empayar Islam sudah lama tumbang.dan kita perlu membinanya kembali seperti mana jalan Rasulullah disamping kelengkapan senjata yang terkini untuk mempertahankan diri.cuba bayangkan,tombak dan keris melawan bazooka dan F-22 Raptor.siapa yang lebih kuat?


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 23-08-07 20:44 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

cinta_rasul
Warga Rasmi
Menyertai: 23.08.2007
Ahli No: 30772
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 20:46


Assalamu'alaikum

ana berminat nak mencelah di sini. Perjuangan HT adalah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam. Perjuangan HT bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. di Palestin pun terdapat ramai hamba Allah yang berjuang bersama HT.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_rasulProfil   Hantar PM kepada cinta_rasul   Quote dan BalasQuote

cinta_rasul
Warga Rasmi
Menyertai: 23.08.2007
Ahli No: 30772
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 20:57


Pada 23-08-07 20:44 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

kita bersemangat nak tegakkan daulah.tapi masyarakat sekeliling tak paham pasal Islam dan apa yang mereka paham Islam ni keras seperti omokan terhadap hukum hudud.lalu mereka tak akan memberikan sokongan tetambah lagi untuk menegakkan daulah.jadi lebih baik memberi islah dan pemahaman terlebih dahulu.bila dah nampak mana arah tujuan,InsyaAllah akan sokong untuk pembentukan daulah.

Rasulullah sewaktu di Mekah,baginda tak menyeru ke arah khalifah dahulu.sebaliknya Baginda memberi pemahaman terhadap akidah dan membina kekuatan diri.empayar Islam sudah lama tumbang.dan kita perlu membinanya kembali seperti mana jalan Rasulullah disamping kelengkapan senjata yang terkini untuk mempertahankan diri.cuba bayangkan,tombak dan keris melawan bazooka dan F-22 Raptor.siapa yang lebih kuat?




Inilah juga yang dilakukan oleh HT.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_rasulProfil   Hantar PM kepada cinta_rasul   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 21:19


Sudahlah... jangan terlalu panjaaang berdebat, peperangan sebenarnya sudah lama berlangsung/terjadi/masih dan masih akan terus...

HT sudah berperang, mereka lebih ke arah politik, peperangan ideologi, perubahan paradigma umat islam yang sudah lama diracuni ide ataupun pemikiran marxis, sekuler dan pemikiran di luar islam yang cenderung melupakan kehidupan akherat yang hakiki.


Bila saudara-saudara mampu, maka berangkatlah ke medan jihad. Kerana di situlah bukti tertinggi kecintaan kita kepada Allah, untuk membela hak kaum muslimin (hablumminallah-hablumminannas).



Dari Hamba yang sering salah dan lupa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 00:33


kalau itu juga yang dilakukan oleh HT baguslah.cuma salah faham mungkin timbul apabila dengar dari cakap-cakap orang.apapun,harap boleh diperjelaskan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 01:34


farouk...comment ana tak hendak jawab ke..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

Hoobastank
Warga Rasmi
Menyertai: 30.12.2004
Ahli No: 13407
Posting: 12
Dari: tempat kije..letih lalu tertido jap kat piano

blank  


posticon Posting pada: 24-08-07 01:38


Awal-awal lagi saya dah nasihat supaya bersikap berlapang dada. Anda semua di sini rata-rata tidak kenal sangat HT. Hanya dari pembacaan sahaja. Saya tidak condong kepada HTee, tapi anda kena tahu fakta2 ini jika hendak berdepan dengan HT:

1. HTee tidak memulakan terus dengan Khilafah, depa start dengan tarbiyyah juga.
2. Ada laman web yang wujud dari kalangan salafi/(atau hanya taqiyyah semata) yang telah menyebarkan cerita yang belum tentu sahih mengenai HTee, termasuklah mengatakan HTee membenarkan cium bukan mahram dan lain-lain.
3. Fikrah HT Indonesia dan Malaysia berbeza. Tetapi selari kerana nak jugak perjuangkan HT depa. Harus diketahui juga, HT Indonesia tidak terlalu berjaya di sana walaupun telah lama mencuba. Seperti biasa, gambar2 demonstrasi2 oleh mereka akan dipaparkan kepada umum untuk menunjukkan hati telah berjaya menarik masyarakat di sana.
4. Di dalam beberapa demonstrasi di ibu negara, dan di Selangor..syabab2 PAS dan HT turut sama dalam memperjuangkan yang hak. Cuma PAS berjuang demi menegakkan Undang2 Syariah sebagai Undang2 Utama Malaysia manakala HT tidak ada kekhususan pada Malaysia tetapi lebih kepada moto "SAve Palestine". Oleh kerana matlamat mereka inilah, maka ustaz.Nasruddin Tantawi telah radd mereka dengan artikel popular, "HT:Pulanglah ke Palestin".
5. HT tidak akan dapat membebaskan Malaysia dari cengkaman Pro-Nasionalis kerajaan, sebagaimana bukti yang telah kita dapat di Indonesia..mereka juga tak berjaya. Selagi mereka beraliran melawan arus politik-pilihanraya, misi Islam Syumul di Malaysia adalah sukar. PAS pula sudah berpuluh tahun dalam politik Malaysia dan sudah biasa dengan selok belok politik Malaysia. Sedangkan HTM baru setahun jagung dan hanya dapat menarik minat golongan pelajar2 IPT khususnya sekitar UIAM dan beberapa ipt di KL dan S'gor. Pelajar2 dan mereka yang join HT pula rata-rata tidak mahu pada UMNo dan tidak mahu kepada PAS.. Dengan kata lain, mereka lebih terpengaruh dengan media yang selalu highlight pemimpin PAS yang mencaci-maki walhal tidak semua begitu, malahan dalam UMNO adalah lebih teruk lagi. Mereka juga silap, PAS juga memulakan dengan tarbiyyah Islam sebagai nadi utama dan kemuncaknya adalah menyelamatkan Islam Malaysia seterusnya mewujudkan sistem khilafah di sini.
6. HT bagus, tetapi PAS lebih bagus. Ketua HTM tidak berani expose diri pada umum kerana bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana khabarnya takut tiada orang nak jaga anak bini..Baru dapat baby baru. Jika tidak silap, asal dari Kelantan menurut sumber HTM. Allahua'lam. Depa lebih tahu. Jika benar asal Kltn, maybe dia ada konflik dalaman dengan PAS di sana.
7. Mengikut website dari UK, Htee di sana juga tidak dapat diterima sepenuhnya dan ada slack. Apabila dibaca di forum2 HT mereka (UK dan searea), banyak percanggahan2 dan diradd secara lebih mendalam orang mereka yang bijak pandai.
8. Apabila negara diancam kes Lina Joy baru-baru ini, pihak HT lambat bertindak. Sedangkan PAS dan NGO telah tampil membela umat Islam di Malaysia dari kes murtad ini. Ini menampakkan HT tidak serius dalam membela nasib umat Islam di Malaysia, tetapi lebih kepada hendak menyelamatkan 'khilafah' yang mereka agung2kan.
9. Setelah disaring2 dari web2 yang radd HTee, tinggal lagi baki yang mencurigakan tentang aqidah HT iaitu mengenai Penggunaan Hadis Ahad Dalam Permasalahan Aqidah. Mengikut ahli HT yang saya tanya, beliau mengatakan HT tidak menggunakan Hadis Ahad dalam permasalahan aqidah. Ini jelas sekali bertentangan dengan apa yang dikatakan Albani (penjelasan akan saya siapkan jika lapang).
10. Ht tidak realistik..mantap prinsip, gagal dari segi memahami penyatuan umat di Malaysia. Mereka tidak faham betapa pentingnya satukan umat Islam di Malaysia dahulu sebelum melangkah lebih jauh. Jika ahli di Malaysia ramai sekalipun, nak tak nak WAJIB melepasi pilihanraya yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Jika tidak, sama sekali kemenangan secara rampasan kuasa atau guling pemimpin tidak akan diiktiraf dunia. Malah akan lebih huru-hara.

Saya mengajak anda semua bertasammuh. Sudah lebih 3 tahun saya mengenali HT...jangan anda cepat menghentam, tetapi harus lebih kepada berlapang dada. Nak radd boleh, tapi kena ilmiah. Jangan hentam kromo ikut emosi dan semangat parti.

# AJK PENERANGAN PAS AREA RAHSIA #

Allahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For HoobastankProfil   Hantar PM kepada Hoobastank   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 01:50


alhamdulillah..sokong hoobastank.memang ajk peneranagn yang bagus..tahniah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 01:52


Pada 24-08-07 01:38 , Hoobastank posting:

!!! QUOTE !!!

Awal-awal lagi saya dah nasihat supaya bersikap berlapang dada. Anda semua di sini rata-rata tidak kenal sangat HT. Hanya dari pembacaan sahaja. Saya tidak condong kepada HTee, tapi anda kena tahu fakta2 ini jika hendak berdepan dengan HT:

1. HTee tidak memulakan terus dengan Khilafah, depa start dengan tarbiyyah juga.
2. Ada laman web yang wujud dari kalangan salafi/(atau hanya taqiyyah semata) yang telah menyebarkan cerita yang belum tentu sahih mengenai HTee, termasuklah mengatakan HTee membenarkan cium bukan mahram dan lain-lain.
3. Fikrah HT Indonesia dan Malaysia berbeza. Tetapi selari kerana nak jugak perjuangkan HT depa. Harus diketahui juga, HT Indonesia tidak terlalu berjaya di sana walaupun telah lama mencuba. Seperti biasa, gambar2 demonstrasi2 oleh mereka akan dipaparkan kepada umum untuk menunjukkan hati telah berjaya menarik masyarakat di sana.
4. Di dalam beberapa demonstrasi di ibu negara, dan di Selangor..syabab2 PAS dan HT turut sama dalam memperjuangkan yang hak. Cuma PAS berjuang demi menegakkan Undang2 Syariah sebagai Undang2 Utama Malaysia manakala HT tidak ada kekhususan pada Malaysia tetapi lebih kepada moto "SAve Palestine". Oleh kerana matlamat mereka inilah, maka ustaz.Nasruddin Tantawi telah radd mereka dengan artikel popular, "HT:Pulanglah ke Palestin".
5. HT tidak akan dapat membebaskan Malaysia dari cengkaman Pro-Nasionalis kerajaan, sebagaimana bukti yang telah kita dapat di Indonesia..mereka juga tak berjaya. Selagi mereka beraliran melawan arus politik-pilihanraya, misi Islam Syumul di Malaysia adalah sukar. PAS pula sudah berpuluh tahun dalam politik Malaysia dan sudah biasa dengan selok belok politik Malaysia. Sedangkan HTM baru setahun jagung dan hanya dapat menarik minat golongan pelajar2 IPT khususnya sekitar UIAM dan beberapa ipt di KL dan S'gor. Pelajar2 dan mereka yang join HT pula rata-rata tidak mahu pada UMNo dan tidak mahu kepada PAS.. Dengan kata lain, mereka lebih terpengaruh dengan media yang selalu highlight pemimpin PAS yang mencaci-maki walhal tidak semua begitu, malahan dalam UMNO adalah lebih teruk lagi. Mereka juga silap, PAS juga memulakan dengan tarbiyyah Islam sebagai nadi utama dan kemuncaknya adalah menyelamatkan Islam Malaysia seterusnya mewujudkan sistem khilafah di sini.
6. HT bagus, tetapi PAS lebih bagus. Ketua HTM tidak berani expose diri pada umum kerana bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana khabarnya takut tiada orang nak jaga anak bini..Baru dapat baby baru. Jika tidak silap, asal dari Kelantan menurut sumber HTM. Allahua'lam. Depa lebih tahu. Jika benar asal Kltn, maybe dia ada konflik dalaman dengan PAS di sana.
7. Mengikut website dari UK, Htee di sana juga tidak dapat diterima sepenuhnya dan ada slack. Apabila dibaca di forum2 HT mereka (UK dan searea), banyak percanggahan2 dan diradd secara lebih mendalam orang mereka yang bijak pandai.
8. Apabila negara diancam kes Lina Joy baru-baru ini, pihak HT lambat bertindak. Sedangkan PAS dan NGO telah tampil membela umat Islam di Malaysia dari kes murtad ini. Ini menampakkan HT tidak serius dalam membela nasib umat Islam di Malaysia, tetapi lebih kepada hendak menyelamatkan 'khilafah' yang mereka agung2kan.
9. Setelah disaring2 dari web2 yang radd HTee, tinggal lagi baki yang mencurigakan tentang aqidah HT iaitu mengenai Penggunaan Hadis Ahad Dalam Permasalahan Aqidah. Mengikut ahli HT yang saya tanya, beliau mengatakan HT tidak menggunakan Hadis Ahad dalam permasalahan aqidah. Ini jelas sekali bertentangan dengan apa yang dikatakan Albani (penjelasan akan saya siapkan jika lapang).
10. Ht tidak realistik..mantap prinsip, gagal dari segi memahami penyatuan umat di Malaysia. Mereka tidak faham betapa pentingnya satukan umat Islam di Malaysia dahulu sebelum melangkah lebih jauh. Jika ahli di Malaysia ramai sekalipun, nak tak nak WAJIB melepasi pilihanraya yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Jika tidak, sama sekali kemenangan secara rampasan kuasa atau guling pemimpin tidak akan diiktiraf dunia. Malah akan lebih huru-hara.

Saya mengajak anda semua bertasammuh. Sudah lebih 3 tahun saya mengenali HT...jangan anda cepat menghentam, tetapi harus lebih kepada berlapang dada. Nak radd boleh, tapi kena ilmiah. Jangan hentam kromo ikut emosi dan semangat parti.

# AJK PENERANGAN PAS AREA RAHSIA #

Allahua'lam


ANA SETUJU.....KITA PERLU LAPANG DADA....MATLAMAT SAPA METHOD yang BERLAINAN....jangan HENTAM MANA-MANA PIHAK....
SETIAP JEMAAH ADA KELEMAHAN DAN KELEBIHAN.....
yang PENTING KITA BAWA ISLAM...

ANA TANYA DIRI ANA DAN ANTUM SEMUA..CUKUP KE SUMBANGAN KITA dengan ISLAM..?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 04:43


Pada 23-08-07 18:03 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-08-07 17:10 , farouks posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-08-07 16:58 , nur_mujahidah posting:

!!! QUOTE !!!



Salam.....
Kebenarannya telah tertulis wahai saudara farouks cuma anta tidak mahu mengakuinya......
Anta beri kata 2 ini pada ana namun anta sendiri tidak hadam kata-kata ini......"sepertimana kata Imam muktabar kita Imam Syafie, buangkan hujjahku kedinding jika kamu menemui hujjah yang lebih kuat daripada hujahku..."Golongan yang diterima Allah diakhirat kelak ialah golongan sunnah wal jamaah......

Oleh hal yang demikian HT kita jangan omong2 kosong........sesungguhnya amat besar kemurkaan disisi Allah jika kamu tidak melakukan apa yang kamu katakan(surah as-shaff)
Jangan jadi NATO ( no action talk only ).......Jika benar HT nak bawa daulah khilafah maka bersama-sama dengan PAS.....kerana PAS telah punya segala-galanya.....malahan kata-kata dari pemburupokok ana nak tanya kalau HT ada disabah,sarawak atau dimana2 penjuru negera malaysia ni anta boleh jamin ke yang Islam boleh menang , Islam hanya akan menang jika kita bekerjasama......InsyaAllah di sabah , sarawak Islam tentu akan menang jika HT bersama2 dengan PAS kerana wakil dari PAS iaitu pemburupokok telah ada....betul tak pemburupokok ataupun anta ni hanya penyokong PAS....Ingatlah wahai sahabat sahabiah Islam ni ianya tidak akan menang dengan sumbangan tetapi hanya akan menang dengan pengorbanan..........

Wassalam.......



salam ukhuwahfillah...

Alhamdulillah kita semua sudah faham akan tanggungjawb menegakkan khilafah dalam memastikan terimplementasikan syariat dimuka bumi ini.

Kita semua dah yakin akan kemenangan yang semakin hampir...
HT bersedia bersama2 dengan PAS dan diharapkan PAS pun begitu juga....
semoga kita sama-sama dalam satu barisan di bawh panji LAILAHAILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cadangan Aktiviti
    »» Muktamar Khilafah Bersama Hizbut Tahrir 2007

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 4

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.454812 saat. Lajunya....