Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 239
Ahli: 0
Jumlah: 239




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Nasyid
Topik: Black Metal Tak Pernah Padam!


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Nasyid
    »» Black Metal Tak Pernah Padam!

Please Mendaftar To Post


Oleh Black Metal Tak Pernah Padam!

EndsAreForever
Warga Rasmi
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3392
Posting: 12
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-09-03 17:54


666, the inverted-cross dan Pentagram tidak pernah punya apa-apa 'mistikal'.Ketiga-tiga ini hanyalah secebis dari dunia 'black metal' yang sememangnya sudah lama berlegar di Malaysia, di bawah tag 'underground music' yang mengikut istilahnya disebut 'scene'.

Setelah 'black metal' di-headlined-kan oleh media massa di Malaysia suatu ketika dulu timbul bermacam-macam cerita berkaitan 'black metal'.Minum darah kambing, memijak al Quran, dakyah Kristian adalah antara yang tuduhan yang diberi kepada pengikut aliran Black metal.

Tetapi itu semua hanyalah tuduhan yang tidak semestinya benar malah sepatutnya di kaji terperinci apa itu black metal, muziknya, dan senarionya di malaysia.

Saya menulis artikel ini bukan bertujuan untuk membela 'black metallers' jauh sekali untuk mengajak kamu semua mendengar lagu-lagu seperti Dark Nirrajim, Nebiras, As Sahar, Mistik, Rator, Pyron, Hayagriva, LAngsuyr, Sil Khannaz dan beberapa lagi nama yang tak perlu disebut sangat disini.
Tetapi buat pengetahuan umum, nama-nama itu semua adalah nama-nama kumpulan dari serata Malaysia yang memperjuangkan irama Metal, metal yang ekstrem.Maksud saya metal yang ekstrem bukan sekadar hanya black metal, tetapi Death MeTal, Brutal Death Metal, Thrash metal, GrindDeath metal dan macam-macam lagi sub genre metal.

Setiap negeri pernah atau masih ada kumpulan2 muzik yang beraliran bawah tanah ini seperti SlapDeath dari Kelantan, Modar dari terengganu, BlackFire dari perlis, Bazzah dari Pahang, Mistik dari pulau pinang, Khabaranazak dari Johor, Hayagriva dari Perak dan banyak lagi disemua negeri.

Antara mereka masih kekal hingga kini, masih mengutarakan tema-tema yang extreme dalam karya muzik mereka.

....(bersambung)


Bookmark and Share

    


  Member Information For EndsAreForeverProfil   Hantar PM kepada EndsAreForever   Pergi ke EndsAreForever's Website   Quote dan BalasQuote

sidaratul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3621
Posting: 70
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-09-03 14:14


kalau diselidik betul-2 benar jugak kata EndsAreForever...
ramai kawan2 ana terlibat ke arah irama tersebut. tapi mereka semua okey ana tengok. ana dah bersama mereka masa first ana masuk belajar sampai ke hari ni.. tak ada tanda yang mereka buat sesuatu yang boleh membuatkan diri mereka terjerumus ke arah itu.. ana begitu happy dengan sifat dan perwatakan mereka w/pun agak brutal dan keras sikit. tapi mereka lebih open-minded dan understanding bagi analah...

IRAMA DAN LAGI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For sidaratulProfil   Hantar PM kepada sidaratul   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-09-03 15:28


Macamana Black Metal nak habis...
selagi BAPAK Black Metal...ada lagi...kan?
.....Sejauh mana tindakan kerajaan menghapuskannya....

Sehingga hampir nak terlupa...isu...nie...
Juga seangkatan ...iaitu..Bohsia, Bohjan, Murtad, Homoseks...dan banyak lagi....

.....Kalau ceramah ..kaset / vcdnya...boleh disekat..bagaimana tumpuan tentang nie....

Hok nie..tak beri perhatian....lawan agama lagi adala...


Wassalam


Maaf salah kata

.......................


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

EndsAreForever
Warga Rasmi
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3392
Posting: 12
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-10-03 21:37


BLACK METAL -bahagian II

Sebelum saya mengutarakan siapa 'bapak black metal' rasanya perlu kita selami apa itu black metal yang sebenar.Sebab, jika diperincikan perkara ini mempunyai dua rupa yang hampir sama, atau mungkin sama iaitu 'black metal' itu sendiri dan 'black metal music'.

Perkataan 'black metal music' mula meluas digunakan selepas lahirnya album kedua sebuah kumpulan yang diberi nama VENOM (Britain).Album itu bertajuk "WELCOME TO HELL" (1982)dan di dalamnya terdapat sebuah lagu yang berjudul 'black metal'.

Walaupun ketika itu muzik yang dimainkan oleh VENOM adalah berbeza dengan muzik black metal yang di kenali hari ini namun ketika itu kumpulan itu digelar muzik BM(black metal) kerana lirikdan imej mereka yang ekstrem.Walhal Black Sabbath pun pernah dicop sebagai sebuah band BM walaupun mereka sebenarnya memainkan muzik rock.

Namun akhirnya apabila BM mula meresap ke NORWAY , muzik black metal telah mencapai piawainya yang tersendiri dengan kemunculan beberapa kumpulan yang memasukkan elemen muzik yang lebih berat dengan vokal yang high-pitch seakan screaming(menjerit), dan dengan penampilan imej yang serba hitam, muka yang corpse-paint serta lirik-lirik yang ke arah anti kristian.

Akhirnya lahirlah nama-nama seperti EURONYMOUS, SATYRICON, BURZUM dan sebagainya yang kemudiannya di gelar Norwagian Black metal.

ini latar belakang secara sepintas lalu berkaitan dengan muzik blackmetal.Manakala 'Black Metal' pula sebenarnya telah wujud ketika zaman DARK MEDIEVAL time lagi di Eropah ketika mana para ahli sihir berkuasa dengan ilmu hitam yang bermacam-macam.Dan tidak keterlaluan jika saya sebutkan di sini bahawa 'Black Metal' adalah sebuah agama, yang menyembah segala bentuk kejahatan terutamanya DEVIL atau Syaitan.

MAka black metal diwakili oleh beberapa simbol atau tanda seperti angka 666, Pentagram dan Inverted Cross(salib Terbalik)

Tiap simbol mempunyai makna2nya yang tersendiri.Seperti nombor '666' adalah angka tradisional untuk semua sihir atau occultist.
Angka ini kadang2 ditafsirkan dengan berbagai-bagai tafsiran hinggakan jika 'www.ukhwah.com' ini di tukarkan huruf 'www' itu kepada tulisan greek lama maka ianya akan menjadi '666'.

Pentagram pula adalah simbol suci puak-puak occultist atau satanist dan ia mempunyai beberapa bentuk.tetapi bentuknya yang paling mahsyur ialah bentuk seperti bintang terbalik dimana kepala kambing yang biasanya diletakkan ditengah2 simbol ini adalah simbolik kepada kuasa syaitan.

The Inverted Cross pula merupakan satu simbol yang menunjukkan bahawa pengikut aliran black metal ini sangat-sangat anti kepada agama kristian.Mereka menganggap Nabi Isa sebagai terhina dan imej corpse paint diguna untuk melahirkan rasa ini.Corpse Paint ialah mengecat muka dengan warna putih.

Semuanya ini akhirnya dijadikan lirik-lirik lagu dalam muzik mereka(Kugiran BM) dan ada sesetengah dari mereka yang benar-benar menganut ajaran Black Metal persis Dark MEdieval Time dan digelar 'True Black Metal.

....bersambung lagi boleh tak?


Bookmark and Share

    


  Member Information For EndsAreForeverProfil   Hantar PM kepada EndsAreForever   Pergi ke EndsAreForever's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-10-03 12:29


apsalapsal dah senyap nie..??/
sambunglah lagi...

-----------------
Jana pendapatan anda, hanya di hujung jari...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

solehgall
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 53
Posting: 148
Dari: besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-10-03 02:32


AAH..MANA SAMBUNGANNYA?

-----------------
SaBArLAh DaLAM mUjAHaDAH kERana SaBAR iTU tERLaLU iNdah


Bookmark and Share

    


  Member Information For solehgallProfil   Hantar PM kepada solehgall   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-10-03 12:28


thanks kepada sahabat ana. memang benar. ana boleh beri jaminan yang black metal takkan padam sampai bila bila. kenapa? kerana pendakwah macam kita ni jumud. jumud dan terlalu jumud. prejudis. tak pernah nak faham apa yang dinamakan fitrah insan. ana takkan terangkan kat sini. kita hanya pandai mengatakan tak boleh itu tak boleh ini walhalnya kita tak pernah nak menyediakan alternatif. kena paham konsep islam yang dipanggil alternatif for the better. bila islam haramkan riba, islam memperkenalkan sistem perniagaan islam yang lebih jelas menguntungkan. bila kita haramkan black metal, apa alternatif yang kita sediakan??? none. nasyid??? bukan semua orang boleh dengar nasyid. disinilah konsep fitrah insan memainkan pernanan. 98 peratus orang yang beli kaset nasyid, ingat diorang nak baca lirik sangat ke? wrong... diorang hanya nak dengar lagu. ana berani jamin. apa beza????? black metal akan tetap hidup, bukan selagi bapa black metal hidup, tetapi selagi pendaawah macam kita ni jumud.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

EndsAreForever
Warga Rasmi
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3392
Posting: 12
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-01-09 17:58


Black Metal - (sambungan setelah 6 Tahun terhenti..)

Insyallah saya akan menghabiskan tulisan tentang black metal ini dalam waktu terdekat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For EndsAreForeverProfil   Hantar PM kepada EndsAreForever   Pergi ke EndsAreForever's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094564 saat. Lajunya....