Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 232
Ahli: 0
Jumlah: 232




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 57 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Pak Lah melanggar Hukum Agama


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Pak Lah melanggar Hukum Agama

Please Mendaftar To Post


Oleh Pak Lah melanggar Hukum Agama

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-08-07 12:32


Haram Perdana Menteri meletak kalungan bunga di tugu!
Azamin Amin

Wed | Aug 01, 07 | 10:25:00 AM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan perbuatan yang melanggari hukum agama malah menyanggahi fatwa para Mufti berhubung perbuatan meletak kalungan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan 2007 di Tugu Peringatan Negara semalam.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang berkata hampir sepuluh tahun lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berhubung perbuatan yang melibatkan soal akidah dan dilihat menyamai perbuatan seperti orang-orang jahiliyah beribadat dan septutnya PM sendiri perlu menghindari dan menghormati hukum tersebut.

"Tindakan ini selain membelakangi fatwa para mufti ianya melanggari hukum syarak dalam ajaran agama Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. net sebentar tadi.

"Tetapi tiada hairanlah kerajaan yang ada sekarang, hukum yang jelas dan 'clear-cut' dalam al-Quran pun dilanggar inikan pula hukum atau fatwa oleh para mufti yang dihormati kepakarannya dari sudut agama," katanya.

Perbuatan ini juga, katanya menyebabkan ramai orang khususnya umat Islam terkeliru dan celaru pandangan terhadap hukum Islam yang telah difatwa oleh mufti kerana telah dilanggari dan dicabuli oleh Perdana Menteri sendiri yang turut mencanangkan Islam Hadhari kepada rakyatnya.

Katanya adalah sesuatu yang ganjil dan aneh, Malaysia yang didakwa bukan negara sekular sebaliknya sebuah negara Islam oleh Perdana Menteri dan Timbalannya tetapi sanggup mengamalkan perbuatan dan perlakuan yang sama seperti upacara orang 'Barat' dan sekular itu sendiri.

"Amalan ini tiada kaitan dengan agama Islam, mengapa sanggup kita mencontohi budaya barat dan fahaman sekular ini sedangkan diistiharkan negara ini sebuah negara Islam," soalnya lagi.

"Jadi, sekali lagi kita mahu penegasan daripada kerajaan bahawa apa yang dilakukan ini merupakan perbuatan dan amalan sebuah negara Islam atau sebaliknya, dan adakah kerajaan mengiktiraf peranan mufti yang menasihati dari segi hukum agama," katanya.
Ternyata katanya lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menggunakan Islam sebagai cara untuk memperdayakan umat Islam untuk membenarkan segala perilaku dan kecurangan yang dilakukan kepada rakyat jelata.

Katanya mengenakan jasa pahlawan dan pejuang negara adalah sesuatu perbuatan yang baik dan mulia malah pelbagai kaedah dan program boleh dilakukan seperti berdoa, aktiviti penerangan, ceramah dan seminar untuk memperingati Hari Pahlawan daripada melakukan perbuatan syirtik yang bercanggah dengan agama.

"Islam juga menuntut kita memperingati sejarah-sejarah pejuang untuk menaikkan semangat keberanian dan sebagai pedoman masa depan tetapi bukan mengalung bunga, bertafakur dan memberi hormat kepada berhala macam zaman jahiliyah dahulu," katanya.

Namun yang berlaku sekarang adalah kecelaruan pihak kerajaan melaksana tuntutan agama apabila masa tertentu mengikut landasan agama dan pada ketika yang lain pula melanggari secara terang-terangan.

Fatwa-fatwa yang mengharamkan kalungan bunga di tugu negara
"Malam berdoa dan melakukan ibadat tetapi siangnya melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan pula. Jelas ini kecelaruan kerajaan BN dan Islam Hadhari ini," katanya.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa :
“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Begitu juga dengan Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90.
Ayat itu bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Dan keterangan kepada ayat itu memberi maksud bahawa “Al-Ansab” merupakan batu orang-orang jahiliyah sembelih korban di sisinya dan beribadat kepadanya manakala berdoa adalah ibadat dan berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu. - mks.


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-08-07 13:21


hhmm....apa pendapat org yang asyik sokong kerajaan sedia ada dalam hal ini???....apa pendapat sahabat2 yang asyik tak berani tegur kerajaan, tak berani tegur pemimpin malaysia dalam hal ini???....apa pendapat sahabat2 yang telah sign borang "Aku Janji" dalam hal ini???.....apa pendapat sahabat2 yang asyik-asyik backing kerajaan bila didedahkan sesuatu penipuan dan skandal kerajaan tentang hal ini??

nak pilih Islam ke....atau nak pilih jadi pak angguk pemimpin2 durjana???
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 01-08-07 13:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 01-08-07 13:26


ASTAGHFIRULLAH..beliau patut ditegur oleh orang-orang berkenaan...atau maybe beliau punya pandangan tersendiri..al-maklumlah..cucu tok syeikh..lagipula ex-grad APIum..sure lah dia tau hukum hakam..cumenye keadaan itu telah menambahkan kekeliruan org pada dia saja...sesetengah lain pula mula lah cari 'point'...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-08-07 13:35


Pada 01-08-07 13:26 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

al-maklumlah..cucu tok syeikh..lagipula ex-grad APIum..sure lah dia tau hukum hakam..cumenye keadaan itu telah menambahkan kekeliruan org pada dia saja...


pernah tak dengar satu lagu Raihan....tajuknya Iman Ialah Mutiara....salah satu lirik lagu nasyid itu...."Iman tidak boleh diwarisi"....amat2 bertepatan....bahkan sejarah silam jugak menceritakan betapa nikmat iman itu bukan mudah untuk diperolehi....isteri dan anak2 nabi Noh a.s sebagai contoh adalah penentang dakwah nabi Noh sendiri....anak2 nabi Noh sendiri mempersenda cerita banjir besar yang dikatakan oleh ayahnya....bukan setakat tak percaya, bahkan diperolok-olok lagi cerita ayahnya itu.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 01-08-07 13:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-08-07 13:41


Pada 01-08-07 13:35 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-08-07 13:26 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

al-maklumlah..cucu tok syeikh..lagipula ex-grad APIum..sure lah dia tau hukum hakam..cumenye keadaan itu telah menambahkan kekeliruan org pada dia saja...


pernah tak dengar satu lagu Raihan....tajuknya Iman Ialah Mutiara....salah satu lirik lagu nasyid itu...."Iman tidak boleh diwarisi"....amat2 bertepatan....bahkan sejarah silam jugak menceritakan betapa nikmat iman itu bukan mudah untuk diperolehi....isteri dan anak2 nabi Noh a.s sebagai contoh adalah penentang dakwah nabi Noh sendiri....anak2 nabi Noh sendiri mempersenda cerita banjir besar yang dikatakan oleh ayahnya....bukan setakat tak percaya, bahkan diperolok-olok lagi cerita ayahnya itu.


setuju...


-----------------
_TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_


Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-08-07 15:04


Inilah akan terjadi kalau islam itu dianggap sebagai pakaian....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 03-08-07 08:40


Naam, bila ana tengok berita ditv3 hari tu memang terdetik situasi PM kalung bunga tu dah macam situasi masyrakat kristian di perkuburan mereka saja

akhir-akhir ni makin banyak kejadian macam ni berlaku di kalangan pemimpin negara islam ini... :-?


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-08-07 15:53


salam...
astaghfirullah azim...

ni apa kes buat macam ni???dah tak ada caralain ka nak tunjukkan penghormatan pada perwira2 negara..yang nak p kalungkan bunga tu buat apa...banyak lagi cara....

inilah dia bila islam hanya di bibir dan sekadar di ic sahaja..terlampau nak bertamadun..sudahnya habis rosak semua aqidah...

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..
:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-08-07 16:08


Pada 01-08-07 13:21 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

hhmm....apa pendapat org yang asyik sokong kerajaan sedia ada dalam hal ini???....apa pendapat sahabat2 yang asyik tak berani tegur kerajaan, tak berani tegur pemimpin malaysia dalam hal ini???....apa pendapat sahabat2 yang telah sign borang "Aku Janji" dalam hal ini???.....apa pendapat sahabat2 yang asyik-asyik backing kerajaan bila didedahkan sesuatu penipuan dan skandal kerajaan tentang hal ini??

nak pilih Islam ke....atau nak pilih jadi pak angguk pemimpin2 durjana???

` memang org yang anti kerajaan akan sentiasa cari setiap zarah kesalahan pihak kerajaan,tapi bila ada kebaikan...termanggu dok diam sambil diperlekehkan...`.....


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
[ Telah diedit oleh: sya_ryn pada 03-08-07 16:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-08-07 20:15


Islam Hadhari :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-08-07 22:14


Pada 03-08-07 20:15 , firdaus_9 posting:

!!! QUOTE !!!

Islam Hadhari :D


nauzubillah min zalik

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 04-08-07 09:11


salam....


hhhmm....

kalau macam inilah....

baik tak payah jadi ketua pertubuhan Islam...ataupun, negara yang digembar-gemburkan sebagai negara Islam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-07 19:35


bukan mencari salah kerajan akhi sya_ryn..
tapi apa yang tak betul kita kena kata tak betul..
yang batil tetapi batil..soal hukum tak boleh buat main-main..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-08-07 22:09


situasi begini bolehlah dikonklusikan bahawa islam itu hanyalah pakaian luaran dan tidak dihayati sepenuhnya..

kekeliruan beragama ni boleh terjadi pada siapa-siapa pun kerana tidak cukup ilmu..bukan sahaja PM malah kita orang biasa ni pun kadang ambil mudah tentang hukum-hakam.. :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

rie_boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26704
Posting: 133
Dari: upm bintulu,sarawak

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-08-07 15:53


Islam hadhari oh islam hadhari...ni lah soal hukum hakam diketepikan bab yang berkaitan maruah negara ekonomi di pertahankan..apa nak jadila...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rie_boyzProfil   Hantar PM kepada rie_boyz   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 05-08-07 20:35


.....mari sama-sama mengembalikan kegemilangan islam....
islam hadari bukan lah untuk mengembalikan kegemilangan islam tetapi menhancurkan islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 08:52


Tugu = Berhala (kan?)
Negara Islam mempunyai berhala tersendiri..dahsyat..
Siap bagi bunga tu..untuk siapa bunga tu?
Last2,pak cik yang sapu sampah tu jugak yang bawa balik..

Otak yang berakal menggunakan logik semata-mata inilah akibatnya..

Kepercayaan terhadap Islam HAdari
= 90%-50%
= 40% yang boleh diguna pakai..@ diguna pakai buang terus..


-----------------
http://azymechanical.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 06-08-07 10:43


sudahlah langgar hukum syarak...tabik hormat pada tugu negara - a.k.a berhala...diajak pula masyarakat Islam umum ikut serta sembah tugu negara itu.....huuu, bahana sungguh.....bahaya sungguh gunakan kedudukan sebagai PM ajak orang ramai buat kemungkaran, guna background sebagai cucu tok syeikh ulama menghalalkan kronism, nepotism, salahgunakuasa, mensebarkan agama sesat Islam hadhari, mengkaut harta kekayaan untuk family dan rakan and etc.

masyarakat Islam yang kurang pendidikan agama pula...mengiyakan dan angguk sahaja tindakan kemungkaran PM....hanya disebabkan PM cucu ulama'.....mereka ini lupa sebenarnya cerita Nabi Noh a.s dengan anak isteri baginda...lupa lirik nasyid Raihan bertajuk "Iman Adalah Mutiara"

Iman itu bukan boleh diwarisi.....ayah datuk moyang ulama' ke sufi ke....si cucu2 dengan anak2 ini belum tentu beriman macam ayah datuk nenek moyang mereka.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 06-08-07 10:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

alSubhi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.01.2007
Ahli No: 28403
Posting: 137
Dari: KL, melbourne, australia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 11:24


siapa kata islam hadhari tak betul? siapa kata islam hadhari menghancurkan umat islam?

sila terang dengan lebih lanjut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alSubhiProfil   Hantar PM kepada alSubhi   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 12:26


emmm....Islam hadhari, apa nak jadi , pemimpin melanggar hukum........
isteri pun tak bertudung......

seseorang kalau nak jadi pemimpin , kena dulu mantap pentadbiran keluarga berlandaskan islam....

sebelum memimpin ummah......

islam hadhari......bid'ah dolalah..sesat lagi menyesatkan....


-----------------

[ Telah diedit oleh: faried pada 06-08-07 12:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 15:33


hmm...meletak kan Islam dan hukum islam Di tempat yang kedua..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 17:14


!!! QUOTE !!!

perjuangan sebenar pun banyak penyelewengannya buat apa.sebab tu lah tak ada kemajuan langsung.tahu nak kutuk itu ini masa ceramah lagi tu,siap bagi gelaran entah apa-apa...sedangkan dalam islam mana ada dibenarkn kutuk org bagi gelaran2 tak sepatutnya.yang bagi gelaran pun siap nak kutuk juga,2 kali 5..tahu nak menangkn parti,perjuangan landasan sebenar hilang kerana dek taksub dengan parti...mangsanya kerajaan juga.belajar jauh pun duduk salah guna,bukan reti nak guna ...`terlebih` guna ada lah.



-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 08-08-07 09:49


!!! QUOTE !!!

siapa kata islam hadhari tak betul? siapa kata islam hadhari menghancurkan umat islam?

sila terang dengan lebih lanjut...


kalau alsubhi kata islam hadhari tu betul....tang mana yang betulnya???????????
Cuba beritahu sikit....
Saya nak beritahu satu saja yang tak betul....yang lain cari sendiri.
ISTERI PAK LAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 08-08-07 09:51


ISTERI PAK LAH PAKAI TUDUNG KE TAK ALSUBHI????
DIA PEMIMPIN ISLAM HADHARI KAN!!!!
MANA pergi TUDUNG ISTERI PAK LAH KAN...KENA CURI DENGAN JIN agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

IlyaFarhan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.10.2004
Ahli No: 11686
Posting: 149
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-08-07 15:31


kalau nak dikatakan PM salah ,memanglah salah.Haram meletakkan kalungan bunga di hadapan tugu diibaratkan seperti menyembah berhala..Tapi kita perlu fikir apa tugas seorang Penasihat Agama PM??Dia nasihat apa kat PM kita??Salah sapa Penasihat @PM??Bagi ana kedua-duanya salah juga..Sepatutnya tugas Penasihat PM adalah memberi nasihat dari segi agama,hukum-hakam dll...Bukan kerana nama,pangkat,wang dan sbgnya..PM pula salah juga,sebab dia tahu yang mana yang betul dan yang mana yang salah,yang mana perlu buat dan sebaliknya...tapi Kenapa dia buat juga macam tu..???kalau PM buat juga macam tu,Penasihatlah kena ambil peranan bagi nasihat kat PM...Ana pun dah pening dah...Antum pula macam mana??

Bookmark and Share

    


  Member Information For IlyaFarhanProfil   Hantar PM kepada IlyaFarhan   Pergi ke IlyaFarhan's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-08-07 17:53


maztlamat tidak menghalalkan cara..
apa yang salah dan haram tetap salah dan haram...

naam ana setuju dengan akhi ilyafarhan..penasihat dan pm sama saja.
sepatutnya pm lebih berhati-hati dalam tindakannya..latar belakang agamanya agak bagus..takkan tak boleh fikir...penasihat pun jangan lah 2x5..tgur2la mana yang ..ni tak..main pakat langgar saja..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-08-07 17:57


Pada 06-08-07 11:24 , alSubhi posting:

!!! QUOTE !!!

siapa kata islam hadhari tak betul? siapa kata islam hadhari menghancurkan umat islam?

sila terang dengan lebih lanjut...


memang sudah terang bahwasanya islam hadhari ni menghancurkan umat islam...
banyak dah fakta2 yang terbentang..berfikirlah dengan mata basirah syeikh...enta akan lihat dimana kepincangannya..

salah satu contoh macam yang akhi nil bagi..isteri pak lah sendiri..

nak yang lain ana bagi satu contoh lagi..hedonisme di negara kita..semakin mnjadi2..
bila mufti kata bahawa sure heboh haram..tukar pula jadi jom heboh..kan sama saja..benda yang bercmpur baur dengan maksiat..yang lain enta lihatlah dengan mata hati

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

ummi_mmas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2007
Ahli No: 28146
Posting: 133

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-08-07 18:17


Pada 06-08-07 08:52 , aL-azyM posting:

!!! QUOTE !!!

Tugu = Berhala (kan?)
Last2,pak cik yang sapu sampah tu jugak yang bawa balik..



entah pak cik yang sapu sampah tu yang ambil bunga itu.. :-D :-D :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummi_mmasProfil   Hantar PM kepada ummi_mmas   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-08-07 09:45


bila da anti sesuatu tu,anti lah shingga bila2.kebaikan tak ditengok lagi...keburukan saja dicari..


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-08-07 10:11


Pada 10-08-07 09:45 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

bila da anti sesuatu tu,anti lah shingga bila2.kebaikan tak ditengok lagi...keburukan saja dicari..


:lol:

enta pun sama sya_ryn....anti dan phobia kepada pihak yang memperjuangkan Islam...yang enta nampak hanya kecacatan pihak yang memperjuangkan Islam itu saja...tak nampak kebaikkan yang cuba diketengahkan, yang cuba ditampilkan, tak nampak option2 alternatif yang cuba dibawa oleh pihak tersebut...kalau boleh naruto-san nak gunakan istilah yang enta ini "busuk hati" kepada kumpulan yang memperjuangkan Islam based pada cara2 enta posting sebelum2 ini (dalam certain2 topic)

janganlah sempitkan hati itu untuk terima hidayah Allah SWT....bukakan sikit pemikiran itu....jangan kerana telah terima scholarship, terima bantuan yang sedikit...menafikan kemungkaran yang dilakukan oleh pihak pemerintah....

anyway...just nak mention sikit....duit scholarship sebenarnya adalah duit rakyat, bukan duit parti pemerintah...diulang dengan huruf besar...bukan duit PARTI PEMERINTAH...tapi duit rakyat, hasil bayaran cukai rakyat setiap tahun.

wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 10-08-07 13:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 10-08-07 13:22


kena bagi teguran dan terima teguran.....bantu kerajaan untukmengislam kan islam hadhari......kerana islam tu satu....jangan serabut kan keadaaan......mungkin dia jahil...so ulama2, antum2 semua lah kenetunjuk ajar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

mirul135
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.08.2007
Ahli No: 30689
Posting: 45
Dari: CFS IIUM PJ

saudiarabia  


posticon Posting pada: 16-08-07 22:45


ALLAHUAKHBAR!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mirul135Profil   Hantar PM kepada mirul135   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 16-08-07 23:06


Pada 08-08-07 09:51 , Nil posting:

!!! QUOTE !!!

ISTERI PAK LAH PAKAI TUDUNG KE TAK ALSUBHI????
DIA PEMIMPIN ISLAM HADHARI KAN!!!!
MANA pergi TUDUNG ISTERI PAK LAH KAN...KENA CURI DENGAN JIN agaknya



tak jeanne tu tak akil baligh lagi...
kwuang3


-----------------
_TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_


Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 16-08-07 23:22


Pada 10-08-07 09:45 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

bila da anti sesuatu tu,anti lah shingga bila2.kebaikan tak ditengok lagi...keburukan saja dicari..




kebaikan apa yang depa buat...apa saja projek semua bazirkan duit rakyat..memang lah nampak negara membangun, tapi tengok lah harga barang, murah ke semua barang, semua orang mampu beli ke...ramai lagi yang kebuluran kan..

takkan di rumah sya ryn tak ada tv???
tak tengok ka 'bersamamu'..nx week tengok ye kol 930 hari rabu tv3...ramai yang sengsara lagi...pemimpin2 akan dipersoalkan nanti...

ambillah teladan yang dibawa oleh khalifah umar al-khattab semasa pemerintahannya.......


-----------------
_TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_
[ Telah diedit oleh: aku_hambamu pada 16-08-07 23:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-07 00:52


Pada 10-08-07 09:45 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

bila da anti sesuatu tu,anti lah shingga bila2.kebaikan tak ditengok lagi...keburukan saja dicari..


kami bukan anti kepada sesiapa..Islam tidak mengajar kita bermusuh..ana minta akhi melihat secara terbuka..luaskan skop fikiran akhi..

ya..memang mereka telah buat pembangunan..terima kasih diucapkan.TAPI..disebalik pembanguna yang dilakukan terlalu banyak kecacatan yang berlaku pada negara ini yang dipimpin oleh mereka..
seperti contoh yang ana bagi dulu..hedonisme..tadi ana terbuka tv9..Konsert perkampungan Hadhari..tapi lagu yang dibawa bukan berkonsepkan ketuhanan..jadi pa makna perkampungan hadhari???

apa yang tidak betul..kita harus kata itu tidak betul..jangan jadi seperti burung kakak tua..meiyakan sja...


---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 11-07-08 20:24


Surat Terbuka Untuk Pak Lah

kepada pak lah... PM kesayangan ku

saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana
menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yang lain
akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yang
dah merah mata dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..
anak saya yang seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu
sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi
menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yang ada di rumah saya
untuk
dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secara
hidroponik
saya terpaksa tanam dalam bilik kerna saya dok kat rumah
flat.. rebet yang diberikan kepade saya memang melebih dari
keperluan saya.. apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen saja
duit minyak moto sehari.. ada untung 21 sen
saya tak pakai pun kereta... sebab bila minyak naik..
saya kena jual datsun kotak mancis saya.. dapat juga duit..

anak anak saya, saya akan suruh eksesais setiap hari dengan
berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saya berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup
untuk keluarga saya...

buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan
tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras dengan ubi... setiap hari saya
dan
keluarga akan berpuasa (kecuali pada hari hari yang dilarang
ajerk)
saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ada banyak lagi care
semuanya kerna UMNO dan bn...

dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi harga
minyak yang ada..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi harga tol kerna org
sebelah rumah saya ini org pembangkang dia selalu ikut
highway, bior padan dengan muka dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah
kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya
nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung
dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan ye..!
jangan lupa pak lah.. naikkan lagi harga minyak..
jangan turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan
menyokong pak lah..
akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah..

hidup UMNO, hidup bn..

sekian terima kasih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

stackmuffin
Warga Rasmi
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 33992
Posting: 4

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-07-08 21:41


Pada 11-07-08 20:24 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Surat Terbuka Untuk Pak Lah

kepada pak lah... PM kesayangan ku

saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana
menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yang lain
akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yang
dah merah mata dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..
anak saya yang seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu
sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi
menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yang ada di rumah saya
untuk
dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secara
hidroponik
saya terpaksa tanam dalam bilik kerna saya dok kat rumah
flat.. rebet yang diberikan kepade saya memang melebih dari
keperluan saya.. apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen saja
duit minyak moto sehari.. ada untung 21 sen
saya tak pakai pun kereta... sebab bila minyak naik..
saya kena jual datsun kotak mancis saya.. dapat juga duit..

anak anak saya, saya akan suruh eksesais setiap hari dengan
berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saya berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup
untuk keluarga saya...

buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan
tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras dengan ubi... setiap hari saya
dan
keluarga akan berpuasa (kecuali pada hari hari yang dilarang
ajerk)
saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ada banyak lagi care
semuanya kerna UMNO dan bn...

dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi harga
minyak yang ada..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi harga tol kerna org
sebelah rumah saya ini org pembangkang dia selalu ikut
highway, bior padan dengan muka dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah
kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya
nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung
dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan ye..!
jangan lupa pak lah.. naikkan lagi harga minyak..
jangan turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan
menyokong pak lah..
akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah..

hidup UMNO, hidup bn..

sekian terima kasih..




Dalam maksud surat ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For stackmuffinProfil   Hantar PM kepada stackmuffin   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 12-07-08 11:17


bukan kalung bunga saja, tugu tu pun dah haram.
patut dihancurkan saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.135192 saat. Lajunya....