Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 250
Ahli: 0
Jumlah: 250




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Kembalilah...
Topik: Jejak keluarga (Daeng Perani)


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kembalilah...
    »» Jejak keluarga (Daeng Perani)

Please Mendaftar To Post


Oleh Jejak keluarga (Daeng Perani)

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 02-07-07 13:48


Keturunan Daeng Paroni Gembira Dengan Pengesahan Kubur Pahlawan

SUNGAI PETANI, 24 Jun (Bernama) -- Keluarga keturunan pahlawan Bugis terkenal Daeng Paroni yang menetap di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri di sini gembira dengan pengesahan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah mengiktiraf sebuah kubur lama di kampung Ekor Lubuk, sebagai makam pahlawan yang meninggal 282 tahun lepas.

Setiausaha Persatuan Warisan Keturunan Daeng Paroni, Roshazliza Abdul Razak berkata Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah mengesahkan kubur lama di kampung Ekor Lubuk sebagai kubur Daeng Paroni pada Selasa lepas setelah keturunan pahlawan itu mengambil inisiatif mengesan kubur Daeng Paroni.

"Selepas warisnya berjaya mengesan perkuburan Daeng Paroni dan sekarang ia diiktiraf sebagai kubur beliau, kami sebagai keturunannya sangat gembira," katanya di sini hari ini.

Anggota keluarga keturunan pahlawan Bugis turut menetap di beberapa daerah lain di Kedah dan Perak.

Roshazliza berkata sebelum ini terdapat beberapa catatan menyebut pahlawan itu dikebumikan di Makam Diraja Langgar, di Kedah dan di Pulau Semantan, Riau.

"Pengesahan itu sudah tentu membanggakan kami yang menetap di kampung berkenaan," katanya.

Mengikut catatan sejarah Daeng Paroni adalah keturunan lima wira bersaudara dari Kepulauan Riau. Beliau dan saudara yang lain Daeng Menambun, Daeng Chelak, Daeng Kemasi dan Daeng Merewah dijemput oleh Sultan Kedah ketika itu, Sultan Mohamad Jiwa untuk membantu mengembalikan takhtanya.

Dalam peperangan yang pertama, Daeng Paroni berjaya mengalahkan musuh iaitu Raja Kecil, tetapi Daeng Paroni dibedil pada serangan yang kedua dan meninggal di Pinang Tunggal pada 1724.

(Dalam sesetengah catatan pahlawan itu disebut sebagai Daeng Perani, tetapi persatuan itu menyatakan nama sebenarnya adalah Daeng Paroni).

Roshazliza, 27, generasi kesembilan keturunan itu berkata waris keturunan Daeng Paroni dan empat lagi saudaranya itu menetap di beberapa negara termasuk Indonesia.

Roshazliza berkata persatuan akan mengadakan perjumpaan keluarga secara besar-besaran tidak lama lagi dan mahu anggota keturunan lima bersaudara itu menghadirinya.

Generasi pahlawan itu yang berminat menyertai perjumpaan keluarga itu boleh menghubungi Roshaliza di talian 012-579 1984 untuk maklumat lanjut.

-- BERNAMA


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 23-09-07 22:21


daeng celak punya kaum mana ek..?? nenek-nenek saya beritahu kami ni dr susur galur beliau..dan ramai antara kami bertebaran di sekitar selangor dan johor (perak sikit-sikit)..sayang..saya tak begitu nak ambil peduli hal ni..sebab...tak ada info..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 22:31


saya pun bugis juga..tapi lupa lah daeng mana...hehehehe..maklum lah..anak zaman IT...hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082256 saat. Lajunya....