Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 09-10-2024 |
|
Suara Hatiku
|
Moderator: Administrator, zulman |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | macam mana??? Ibu ana dah tak terima lagi... |
---|---|
sayang_semuanya |
Posting pada: 30-06-07 16:26 Ana dalam kebuntuan sekarang ni.. dari kecil sampai besar, ibu ana seolah olah pilih kasih antara saya dan adik adik yang lain.. Saya betul-betul kebuntuan.. Ibu lebih sayangkan adik2 dari saya... Cara nya itu, dapat dilihat oleh saudara mara yang lain.. Makcik dan pakcik yang lain semua, dah memberi nasihat keatas ibu.. tetapi, hasilnya tetap sama.. Malahan, rasanya lagi teruk.. Hari 2, saya jumpa teman baik saya untuk luahkan perasaan saya.. Kerana saya kebuntuan tentang sikap ibu saya yang terlalu memilih kasih.. Teman baik saya itu seorang lelaki.. Walaupun kami mempunyai jantina yang berbeza, beliau cukup memahami diri saya yang daif ini.. Saya tetap jaga, batasan antara kaum lelaki dan perempuan.. selemah- lemah iman saya, saya tetap amalkan ilmu yang telah dipelajari.. 2 lah perinsip hidup saya. Kebetulan, ketika kami sarapan di salah sebuah makanan segera di long john silver, ada seorang teman ibu melihat kami tanpa saya sedari.. Dia terus memberitahu ibu.. Macam macam sumpah serana ibu lontarkan kepada saya.. Saya terlalu sedih.. Ibu tidak mahu terima saya, walaupun banyak telah saya korban kan.. Adakah saya berdosa, jika saya bertemu teman saya, untuk saya luahkan perasaan saya??? walaupun saya ramai teman.. tetapi, yang hanya mampu memberi saya nasihat, yang mampu tegur saya apabila saya salah, hanya dia sahaja.. Yang lain, hanya menggalakkan saya membuat kesalahan sahaja... Walaupun ibu tidak mahu menerima saya, saya tetap doakan ibu.. Kenapalah ibu tidak mahu menerima saya.. Saya benar benar kehausan kasih sayang ibu... Rintihan saya, sentiasa saya pendamkan.. Dan hanya ketahui hati aya, hanya Allah dan teman baik saya, Mustaqim.. 2 sahaja... saya perlukan, nasihat teman teman ukhwah, bagaimana saya ingin tarik kasih sayang ibu, walaupun sedikit, sebelum saya menemui ajal saya.. Saya ni berpenyakit, tanpa di ketahui sesiapa.. Termasuk kelaurga dan kawan saya, mustaqim.. Saya kebuntuan ----------------- Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari |
srikandi_islam |
Posting pada: 30-06-07 16:42
salam....
hari tu saya ada belajar kelas kitab... ada masalah macam ni... tapi pasal ibu dia keras hati,tak nak dirikan solat...dan macam-macam lagi. ustaz ajarkan kami,baca ayat 72 surah yaasiin....wazallal na ha lahum..ilal akhir ayat... 120x.hembus kat ibu or sesiapa.moga-moga lambat hati... wsalam |
nur_ashikin |
Posting pada: 30-06-07 17:01 |
trouver_99 |
Posting pada: 30-06-07 18:48
erm..cuba awak jauhkan sebentar dari ibu awak.meaning kata buat lah dalam tak balik setahun ke ataupun dalam suatu jangka masa yang lama.cuba lah...
|
sailormoon |
Posting pada: 30-06-07 19:43
Cuba sayang_semuanya jangan buat perkara yang dia tak suka...
----------------- DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN... |
mohdnurhakimin |
Posting pada: 30-06-07 21:35
Menarik.
Kerana ia berkaitan dengan kasih sayang. Kasih dan sayang sangat sofistikated. Dan, cara untuk menunjukkan sayang bukan tunggal. Pepatah Melayu berkata, sayangkan anak tangan-tangankan (atau lebih moden sekeh-sekehkan), sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Sekali pandang, kita akan berkata pepatah ini gila. Biasanya bukan dipanggil sayang dengan memukul anak. Kerana sayangkan anak lebih sinonim dengan belaian dan peluk cium. Tidak juga dipanggil kasih oleh orang biasa jika tinggalkan isteri. Berkahwin adalah untuk membolehkan tinggal bersama. Tetapi, jika difikirkan banyak kali, kita akan bersetuju dengan pepatah tersebut. BERBALIK kepada topik, ana tidak percaya ibu sayang_semuanya sudah menolak sayang_semuanya. Setidak-tidaknya anda masih diberi makan dan pakaian. Dan keperluan minimun anda. BERCAKAP tentang pilih kasih, ana tidak rasa contoh di atas adalah pilih kasih. Kerana sayang tidak punya satu metode semata-mata. ALLAH swt sendiri, apabila mengasihi sesuatu kaum, akan menguji kaum tersebut. Dan, jangan dilupa, "Hardship makes you better." Jika ana tidak silap sayang_semuanya, adalah anak sulung. Sudah menjadi lumrah kita di Malaysia, anak sulung punya tanggungjawab yang besar terhadap keluarga. Untuk memikul tanggungjawab, anda perlu kuat dan tabah. Malang sekali, kuat dan tabah sinonim dengan kesusahan. Apa yang ana nampak ialah kasih sayang seorang ibu yang inginkan anak sulungnya menjadi contoh kepada adik-adik dan sedia untuk memikul tanggungjawab. Kerana, apabila anda berjauhan daripada keluarga, anda akan dapat rasa betapa beratnya tanggungjawab dan dugaan yang ada, dan anda akan berterima kasih kepada ibu anda. Anda sebenarnya sangat beruntung. Seterusnya, ana tidak nampak sebab untuk menganggap tindakan ibu anda memarahi anda tidak rasional. Kerana pergaulan lelaki perempuan perlu dijaga. Kerana tanggungjawab ibu mendidik anak-anak, mengajar apa yang boleh dan yang tidak boleh. Walaupun anda berkata anda menjaga batas, tetapi batas itu sangat nipis. Mencegah lebih baik daripada merawat. Mungkin pada anda, mamat itu sahajalah yang memahami anda, tetapi hubungan lelaki dan perempuan sangat berisiko. Jangan dicampur antara hukum naqli dan aqli: hukum dan rasional tidak selalu seiring jika kita tidak memahaminya. Jadilah optimis: ibu anda sudah membesarkan anda sehingga anda besar panjang, Kenapa anda masih meragui kasih sayangnya? Cuba berfikir panjang, letakkan akal di hadapan dan bukannya perasaan. Sangat normal di alam remaja kita mencari 'seseorang', untuk menyayangi dan disayangi, tapi sebelum itu, "family comes first". Kenapa tidak berbincang dengan keluarga sendiri? |
smiley_brutalx |
Posting pada: 30-06-07 22:42
''''''''''''''''erm..cuba awak jauhkan sebentar dari ibu awak.meaning kata buat lah dalam tak balik setahun ke ataupun dalam suatu jangka masa yang lama.cuba lah...''''''''''''''''''''''''''''''
saya rasa tarouver_99 tak patut bagi nasihat macam itu...itu membuatkan lagi ibu sayang_semuanya bertambah benci kat dye...walaupun rasa kehilangan tapi ibu dye akan rasa marah bab menyusahkan dye hilang lelame...hanya satu juga untuk sayang_semuanya...sabar banyak-banyak......biar masa juga yang tentukan....itu juga cara yang terbaik...actually saya ada kawan yang ada masalah macam itu...dye jaz sabar juga...berkat kesabarannya ALLAH telah membuka pintu hati mak dye...sekarang ini mak dye lebih sayangkan dye daripada adik2 yang len...sabar ye.. |
ibnu_musa |
Posting pada: 30-06-07 23:19
Pada 30-06-07 18:48 , trouver_99 posting:
!!! QUOTE !!! erm..cuba awak jauhkan sebentar dari ibu awak.meaning kata buat lah dalam tak balik setahun ke ataupun dalam suatu jangka masa yang lama.cuba lah... saya kurang setuju dengan cadangan ni, cuba fikir kalau lepas setahun balik rumah ibu dah tiada macam mana? bukan ke dah derhaka tu kita disuruh oleh Allah supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa tak kira apa yang mereka buat kepada kita, tak boleh nak tinggikan suara dan nak kata "uff" pun tak boleh. walau apa pun layanan mereka terhadap kita, kita masih wajib kena taat kepada mereka selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. kasih sayang tak semestinya dibalas, itu kita kena ingat. kita sayang kat orang lain, tak boleh minta balasan, at least kalau kita dah sayang orang kita dah boleh merasa sedikit kasih sayang tu walaupun tak dibalas. cubalah perbaiki diri, tingkatkan amalan kebajikan kepada ibu anda kepada yang lebih baik, semoga dia boleh merasai kasih sayang dan keikhlasan anda, mana tau suatu hari nanti dia sedar akan kesilapan. wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
aymannur |
Posting pada: 30-06-07 23:55
Pada 30-06-07 21:35 , mohdnurhakimin posting:
!!! QUOTE !!! Menarik. sokong pendapat ini |
alexander |
Posting pada: 01-07-07 00:01
......
Buat saudari....bersabar banyak-banyak ye...saya tahu senang nak ungkapkan sabar,tapi untuk menanggung beban tu yang payah... Jumpa ibu saudari....cakap dengan berhikmah...face to face apa masalah sebenarnya..apa yang beliau tak puas hati..minta maaf dengan dia...kalau ada perkara2 yang saudari buat selama ni yang dia tak berkenan ke.... Lepas tu doalah banyak-banyak...moga ALLAH bukankan pintu hati ibu saudari..moga ALLAh beri hidayah dan petunjuk semoga beliau berubah....boleh amalkan baca asma al-husna seperti Ar-Rahman 100x setiap hari,juga Ar-Rahim 100x serta Ar-Rauf 100x... Tunjukkan kasih sayang saudari pada ibu saudari,walau apa yang beliau buat....bagi hadiah atau kad mengatakan kasih sayang saudari pada dia....insyaALLAH....mudah-mudahan lembut hati beliau...ingatlah...syurga di bawah tapak kaki ibu..... Robbuna yunajah.... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI...... [ Telah diedit oleh: alexander pada 01-07-07 00:03 ] |
sayang_semuanya |
Posting pada: 26-07-07 18:54
terima kasih 4 every one yang menasihati saya yang daif ini.. saya akan cuba sedaya upaya, supaya ibu dapat menerima saya kembali tidak kira bagaimana caranya yang tidak bercanggah dengan agama islam..
Nasihatilah saya seberapa yang sahabat sahabat ukhwah mampu.. sesungguhnya, memang saya sedang mendalami ajaran islam... |
amilyn |
Posting pada: 27-07-07 21:30
salam
saudari sayang_semuanya.kisah kita ada persamaan,banyak persamaan.saya juga pernah seperti saudari satu masa dulu.Saya bukan anak kesayangan ibu saya walaupun saya anak perempuan tunggal.Dulu saya sering memberontak kerana marahkan sikapnya,saya juga pernah melawan kata katanya kerana saya terlalu sakit hati dengan kata-kata yang di lemparkan yang saya rasakan tidak wajar di ucapkan oleh seorang ibu kepada anaknya.pernah saya menangis ketika tidur sambil berdoa supaya Allah memberikan ibu saya hidayah sebagaimana Allah memberikan saya hidayah dan ketenangan.Saya malu untuk meminta kepadaNya kerana saya tahu mana mungkin doa saya akan di makbulkan kerana sikap saya yang suka melawan.Memang saya selalu nampak mak saya lebihkan abang sulung saya daripada adik beradik yang lain sehinggakan adik saya yang bongsu sering berkata sedemikian kepada saya.Saya hanya berkata biarkanlah sahaja dan saya katakan kasih sayang tidak boleh dibahagi samarata.Sedangkan Saidatina Aisyah pun cemburukan Saidatina Khadtijah..Inikan kita manusia biasa yang rendah darjatnya daripada mereka.Mak saya juga pernah memalukan dan memarahkan ssaya depan org ramai dan mengagungkn abang saya sedangkan saya sering bersusahpayah kerananya, sanggup belikan apa jua yang dia mahukan,mengemas rumah dan memasak jika saya duduk di rumah dan sanggup berkorban apa sahaja kerana saya tahu ibu saya hanyalah satu dan tiada pengganti walaupun saya ingin membelinya dengan harga yang mahal Bagi saya tidak perlula saudari merebut kasihnya, biarlah kasihnya datang sendiri,pikatlah hatinya dengan membelikan dia barang-barang.Kalau sudah bekerja beliknlah dia baju, tudung dan lain-lain.tak salah keluarkan duit belikan dia baju kerana saya selalu belikan mak saya baju dan tudung jika saya mendapat pinjaman.jangan malas2 menolong di dapur dan juga mengemas rumah dan jangan melawan jika dia sedang marah kerana pantang bagi orang tua anaknya melawan cakapnya, ini kerana saya melihat jika emak marahkan adik saya yang kecil. Dia hanya diamkan diri sahaja.Mak pernah cakap dengan saya,anak yang tak pernah melawan dia adalah adik saya..Tambatlah hatinya dan rendahkan lah ego saudari kerananya. Lama2 hatinya akan cair juga .Pandanglah kebaikan yang pernah dilakukan kepada saudari walaupun sikit.kita anak kadangkala tidak dapat menilai hati ibu tapi ibu dapat menilai hati anaknya.Kadangkala ibu ini agak tegas dengan anak perempuan terutama dengan anak yang di harapkan. Saudari tahu saya pernah menangis apabila mak saya berkata yang dia sayangkan saya sbbtula dia marah jika saya tidak betul dalam tindakan.Mak saya cakap dia takpernah lebihkan abang saya, apa jua yang saya mahukan akan dia belikan walaupun mak saya tidak berduit.baru-baru ni saya ingin balik ke ipta saya dan saya tidak mempunyai kasut untuk dipakai,mak saya sanggup pergi ke giant malam2 kerana risau hal itu dan juga dia sanggup berikan saya duit walaupun dia tak berduit kerana risau dengan saya xmakan jika disana. Bak kataorang dekat bau tahi, jauh bau bunga,macam itula hubungan saya dengan mak saya.dia sanggup menghabiskan top up untuk mengetahui sama ada saya dalam keadaan sihat ataupun tidak.saya merasakan mak sayangkan saya seperti mana saya sayangkan dia Cuma kadangkala kita sebagai anak tidak pernah memahaminya,Saya tidak pernah melawannya lagi dan saya juga akan menurut apa jua katanya walaupun saya penat tapi saudari, saya nampak apa yang mak saya marahkan yang dia tegur ada kebenarannya.saya menjadi perempuan yang bukan sahaja educated tapi tahu serba serbi dalam segala urusan rumahtangga dari memasak sehingga menjaga anak.hasil didikan mak saya.mungkin kerana saudari anak sulung menyebabkan saudari di layan sebegitu. Sejak dari sekolah,mak saya tidak membenarkan saya berkawan dengan lelaki sehinggakan tidak pernah sekali dalam hidup saya lelaki datang beraya, telefon runah tapi sejak saya meningkat dewasa dan keseorangan,mak saya pula beria-ia suruh saya bekawan dengan lelaki kerana dia risau saya tidak berumahtangga and jika berkawin lambat takut saya tidak dapat suami yang baik.Sekarang saudari nampak tak apa yang saya nampak. Saudari percayalah cakap saya mak saudari sayangkan saudari dan percayalah kasih itu tidak ditunjukkan kepada saudari kerana saudari harapannya walaupun dia tidak berkata demikian.segala penderitaan akan hilang nanti, dan saudari akan merasai kemanisan yang saya rasakan dan jglah maruah saudari sebagai perempuan,jangan hilangkan kepercayaan ibu saudari.apa yang dimarahkan mungkin betul,mungkin saudari menganggap kawan saudari yang lelaki tu kawan baik tapi pandangan orang lain,orang yang melihat dan telinga ibu awak yang mendengar.Hatinya yang sakit.Sehingga sekarang emak saya percayakan saya walaupn saya duduk berjauhan dan juga mak saya tahu saya boleh membezakan apa yang baik dan tidak.Sehingga sekarang,emakla tempat saya meluahkan segala rahsia dan saya ikut setiap nasihatnya.Pernah sekali, saya berkwn baik dengan seorang kawan dan mak saya katakan kawan saya hatinya tidak baik dengan saya,tapi saya menafikan kerana saya tidak pernah terkena dengannya,tapi bila kawan saya stabbed saya dari belakang,saya rasakan kata-kata mak saya itu betul dan banyak lagi peristiwa yang skr untuk saya ceritakan.Even mengenai kawan special saya pun mak saya tahu.Satu hari saudari akan menjadi ibu dan merasa apa yang ibu saudari rasakan.Mak saya pernah cakap satu hari saya akan ada anak dan saya akan tahu perasaannya. In the end,saya semakin sayangkan ibu saya dan saya mahu bersama dengannya sehingga akhir hayat dan saya sanggup berkorban apa sahaja utknya kerana ujian ini menjadikan saya semakin sayang pada mak saya. Terpulang untuk saudari menilai sendiri.Sebagai saudara seagama, saya hanya menasihatkan saya terpulang untuk mendgr dan mempraktikannya.ini adalah kisah benar daripada kamus hidup saya. |
azaha85 |
Posting pada: 28-07-07 11:25
salam...
ana faham keadaan saudari sekarang.mungkin ibu saudari ada sesuatu perkara tentang saudari yang mungkin saudari ta tahu.kalau tak,tak kan tergamak ibu saudari berkelakuan macam kat saudari.cuba saudari tanya kat keluarga saudari,kenapa ibu saudari berkelakuan sedemikian kat saudari.ana cuma mengangap saja. tapi yang paling penting,saudari terus berdoa agar hati ibu saudari berubah dan teruskan bersabar.mungkin ada hikmat di sebalik hikmah. |
wan_andmawaddah |
Posting pada: 28-07-07 15:30
Pada 30-06-07 21:35 , mohdnurhakimin posting:
!!! QUOTE !!! Menarik. a'a ana pun setuju dengan pendapat ini ----------------- |
ummimq |
Posting pada: 02-08-07 14:40
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah. Sebenarnya anakanda sedang keliru. Keliru antara kasih sayang seorang ibu dan juga peranan anakanda sebagai anak dan juga remaja. Beginilah. Anakanda perlu kembali muhasabah diri dengan bermunajat kepada Allah SWT agar diwujudkan mawaddah wa rahmah (kasih sayang dalam keluarga) dan seterusnya mohon ampun dari Allah serta juga dari ibu bapa ya. Anakanda sebenarnya sedang dalam keadaan merendah diri dari keluarga sendiri. Dan ibu anakanda menganggap anakanda faham sebagai seorang kakak dan mengharap faham bahawa anakanda perlu ditegur agar tidak jadi contoh kepada adik-adik. Ibu anakanda sebenarnya sayangkan anakanda tapi itulah caranya dengan marah dan sebagainya. Maafkanlah ibu ya dan anakanda elak dari lakukan situasi di mana menghambat marah ibu itu ya. Bab Mustaqim ni macam mana pula? Adakah anakanda minta izin ibu bapa untuk berkawan dengannya? Kekadang tindakan itu memerlukan pengetahuan ibu bapa yang menganggap anakanda telah membelakangkan mereka dalam bab ini. Walau niat berkawan saja tetapi ibu bapa memandang lain sebab anakanda sudah sampai ke umur remaja dan boleh disunting bila-bila saja. Jadi ibu bapa rasa bertanggung jawab menjaga peribadi anakanda. Semoga anakanda dapat memahami ibu bapa sepertimana yang anakanda harap ibu bapa memahami anakanda ya. Inilah yang dipanggil 'generation gap'. Wallahuta'ala a'lam bisswab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq |
ika2410 |
Posting pada: 02-08-07 15:59
waalaikumussalam..
ingatlah berat masalah kita ada lagi insan yang mempunyai masalah lebih berat dr kita... enti tak sepatutnya meletakkan semua kesalahan kepada ibu enti.... pernah tak enti fikir Kenapa ibu enti berbuat begitu... pernah tak bersemuka dan menyelami hatinya... ibu mana yang tak sayangkan anaknya... selagi ibu kita berpegang kepada ajaran Allah s.w.t.. ana rasa setiap yang dilakukannya mesti ada sebab perbuatan enti berjumpa dengan teman itu adalah tidak sewajarnya.. walaupun enti tau nak jaga batas-batas pergaulan.. tapi cuba fikir adakah manis seorang wanita keluar bersama seorang lelaki tanpa mahramnya... jika sesiapa memandang pun akan berfikir yang tak elok.. jagalah maruah diri.. dan yang penting jaga maruah mak ayah kita.. jangan malukan mereka.. tunjukkan teladan yang baik pada adik2.. jadilah insan yang sentiasa mendambakan kasih Illahi... pohonlah keampunan dariNya.. insyaAllah pintu hati ibu enti akan terbuka.. |
amira_aqilah |
Posting pada: 02-08-07 19:07
kakak saya yang sulong pun suka cakap begitu dulu-dulu..'ibu da tak suka kat dia' katanya..
tapi setelah di 'psycho' oleh saya, baru nampak ok.. sekarang ni, pergi outstation pun ibu ikut...huhu.... sianla kami yang tinggal kat rumah ni.. 'org yang tak menyayangi, tak akan disayangi'... maaflah, cakap memang mudah...tapi berat lagi bahu memikul...betul tak? because im not in that situation... [ Telah diedit oleh: amira_aqilah pada 02-08-07 19:09 ] |
trouver_99 |
Posting pada: 02-08-07 20:01
erm..terpulang lah untuk settlekan macam mana.pendapat ana cuma berdasarkan pengalaman sahaja.kalau tak bersetuju tak kisah pun.mungkin cara lain lebih baik lagi.
tujuan ana letak pendapat tu bukan bermaksud nak suruh jadi derhaka.tapi seharusnya ibubapa pun kena lah tahu juga keadaan anak.tahap pemikiran macam mana,keadaan dalaman dan luaran semua.bukannya main serbu ikut fikiran ibubapa sahaja tanpa berbincang dengan anak.anak itu adalah manusia,ada akal juga.bukannya android ataupun robot yang senang-senang sahaja suruh buat itu dan ini tanpa mengira kesannya.sekurangnya berikan explanation supaya anak itu paham terlebih dahulu tentang mengapa dia kena ikut macam tu.jadi kurang lah sikit konfliknya.bukannya sesenang saja cakap kat anak "derhaka" semata-mata anak tak mahu ikut arahan ibubapa.nak sangat ke tengok anak tu jadi derhaka? http://youtube.com/watch?v=wsYOI1pDssI wallahu'alam ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = [ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 02-08-07 20:05 ] |
aemanpsycho |
Posting pada: 02-08-07 20:38 |
Al-Mustaqqim |
Posting pada: 02-08-07 21:47 |
hafeezzul |
Posting pada: 02-08-07 23:16
Pada 02-08-07 20:01 , trouver_99 posting:
!!! QUOTE !!! erm..terpulang lah untuk settlekan macam mana.pendapat ana cuma berdasarkan pengalaman sahaja.kalau tak bersetuju tak kisah pun.mungkin cara lain lebih baik lagi. Ana pun nak share pendapat and pengalaman juga. Ana rasa cara berjauhan tu adalah tidak baik. Dulu ana pun rasa cara tu berkesan..macam kadang-kadang ana rasa boleh 'ajar' sikit ibu kita bagaimana rasanya bila kita tak layan dia..sti dia rindu kan..tapi tak semestinya cara tu betul...bila seseorang tu meningkat umurnya,seringkali ia merasa dirinya model dan contoh yang terbaik. Itu lah penting kita mendalami Islam supaya bila dah tua kita tak menyusahkan org. macam kes ini memang ibu enti memberi sedikit susah pada enti tapi ingtla zaman sahabat dulu pun banyak juga cabaran yang lebih susah. Even Rasulullah pun kecewa bapa saudara nya tak masuk Islam walaupon bapa saudaranye banyak bekorban untuk Rasul semasa dakwah Rasululah. Cabaran dan ujian ini pelbagai. Lain org lain caranya dan lain cara hadapinya. tapi ana tertarik dengan cara Rasululah iaitu beri kasih sayang pada org yang benci kita...bila ada api jangan kita bagi api kerana ianya lagi marak..sebaliknya kita bagi air,sejuk iaitu kasih sayang...maksudnya jika ibu enti tak suka enti..tambah kan lagi kasih sayang enti pada dia..lagi dia tak suka lagi enti tambahkan lagi tambahkan lagi sehingga ibu enti hairan dia dah buat macam-macam pun tapi enti tetapi sayang pada dia...sekali kita buat tak jadi,kita cuba lagi..hari ini ketuk rumah org dia xbukak,kita ketuk lagi esok kita ketuk lagi..satu hari dia akan bukak juga...macam itu lah juga hati org...lama2 dia akan sedar silapnya...mungkin bila enti bagi kasih sayang...lagi bertambah pahala enti...bak kata ibnu musa..yang penting jangan berharap yang enti buat baik tu ibu enti akan suka pada enti...biarla ikhlas seikhlasnye....cakap dan menaip memang senang...berat ana membaca kisah enti berat lagi enti yang memikulnya..tapi bersabarla..ini ujian dan semua org ada ujian masing-masing..hadapilah dengan tenang dan bijak wallahualam |
ilhammusafir |
Posting pada: 10-08-07 06:55
assalamualaikum........
sebenarnya enta kena muhasabah diri enta dulu...sebab perkara macam ni pernah berlaku kat ana and adik2 beradik ana......... bukan ibu enta tak suka and tak terima enta lagi...mungkin ada kekurangan tanggungjawab enta terhadap ibu enta yang belum ditunaikan...contohnyer menjaga hatinyer....memudahkan urusannyer(membantu).....mungkin adik2 beradik enta yang lain ada buat benda tu semua .....enta saja yang masih belum sempurnakan.... satu lagi enta hendaklah sentiasa menjaga emosi bila berhadapan dengan parent kita....yela orang tua ni cepat terasa and makan hati...cara mengubatinyer benda-benda tu semua lah yang ana cakap tadi...ok |
sakinahazzahra |
Posting pada: 22-11-07 23:50
dah selesai ke masalahnya?
----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 |
syemarly |
Posting pada: 23-11-07 08:11
Pada 22-11-07 23:50 , sakinahazzahra posting:
!!! QUOTE !!! dah selesai ke masalahnya? yeah...bagaimana?? ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/ |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |