Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 80
Ahli: 0
Jumlah: 80




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 17 hari yang lalu
sadiqah: 21 hari yang lalu


Jejak Dapur
Topik: Masakan kampung...


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Dapur
    »» Masakan kampung...

Please Mendaftar To Post


Oleh Masakan kampung...

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 13:03


Juadah ceruk rantau Negeri Sembilan:

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

/

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu | dipotong nipis dan disalai
2 biji kelapa | ambil santannya
10 biji terung telunjuk
15 biji asam belimbing buluh
15 ulas cili padi | ditumbuk
4 macam kunyit hidup | ditumbuk
Garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Masukkan santan, cili padi dan kunyit yang ditumbuk ke dalam periuk.
2. Dididihkan, kemudian masukkan garam secukup rasa bersama dengan terung telunjuk dan belimbing buluh.
3. Biarkan seketika dan masukkan daging. Masak sehingga ramuan mesra dan sedia untuk dihidang.

Info:

Waktu penyediaan : 20 minit

Waktu memasak : 35 minit

Jenis hidangan : Tradisional

Keistimewaan : Hidangan daging salai cukup popular di Negeri Sembilan

Jenis penyediaan : Menu utama

Jenis makanan : Masak lemak

Jenis acara : Makan tengah hari, makan malam atau majlis keraian

Cara Masakan: Disalai dan dididihkan

===

Juadah ceruk rantau Negeri Pahang:

Pais Tempoyak Ikan Talapia

/

Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia | saiz sederhana
3 sudu makan tempoyak baru
20 biji cili padi | ditumbuk lumat
1 labu bawang besar | diracik
1 batang serai | dihiris kecil
25 mm kunyit hidup | ditumbuk lumat
2 sudu makan santan
Garam secukup rasa
Daun pisang

Cara Memasaknya:
1. Gaul kunyit, cili padi, tempoyak, serai dan bawang bersama.
2. Lumur badan ikan dengan garam dan balut di dalam daun pisang bersama bahan-bahan tadi.
3. Tuangkan santan di atas badan ikan.
4. Bakar ikan di atas bara api sama ada di atas kuali atau di dalam ketuhar.

Info:

Waktu penyediaan : 10 minit

Waktu memasak : 25 minit

Jenis hidangan : Melayu

Keistimewaan : Ikan talapia adalah salah satu ikan kampung yang popular di negeri Pahang

Jenis penyediaan : Lauk utama

Jenis masakan : Pais

Jenis acara : Makan tengahari atau malam

Cara Masakan: Panggang

===

Juadah ceruk rantau Negeri Johor:

Asam Pedas Ikan Pari

/

Bahan-bahan:
1 kg ikan pari
20 tangkai cili kering | dikisar
6 ulas bawang putih | dikisar
6 ulas bawang merah | dikisar
2 macam kunyit | dikisar
4 batang serai | diketuk
1 sudu makan stok ikan bilis
650 ml air
4 sudu makan asam jawa | dibancuh
dengan 300 ml air
30 gm daun kesum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Memasaknya:
1. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan daun kesum, serai bersama dengan air asam jawa.
4. Setelah itu, masukkan stok ikan bilis dan garam secukup rasa.
5. Masukkan ikan dan biarkan mendidih.
6. Masak sehingga ikan empuk dan sedia untuk dihidang.

Info:

Waktu penyediaan : 15 minit

Waktu memasak : 25minit

Jenis hidangan : Melayu Johor

Keistimewaan : Ramuan kisar yang digoreng garing menjadikan asam pedas ini mempunyai rasa yang istimewa dan mempunyai warna yang cukup menarik

Jenis penyediaan : Menu utama

Jenis masakan : Asam pedas ikan pari

Jenis acara : Makan tengah hari, makan malam atau pun majlis keraian

Cara masakan: Ditumis dan dididihkan

===

Juadah ceruk rantau Negeri Melaka:

Siakap Umbai Tiga rasa

/

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
375 ml sos tomato
250 ml sos cili
125 ml sos tiram
10 biji cili padi
1 sudu teh gula pasir
20 gm nanas | didadu
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasaknya:
1. Goreng ikan siakap hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Masak semua sos dalam satu kuali hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan nanas, cili padi dan daun bawang. Kacau sekejap dan tuang atas ikan goreng tadi dan tabur bawang goreng.

Info:

Waktu penyediaan : 10 minit

Waktu memasak : 15 minit

Keistimewaan : Masam, manis, pedas menyelerakan

Jenis penyediaan : Lauk Utama

Jenis masakan : Ikan goreng sambal

Jenis acara : Makan tengah hari, makan malam

Cara Masakan: Goreng dan tumis

===

Semua ini dan banyak lagi resipi menarik boleh anda dapati di dalam majalah rasa Edisi Julai 2007.

Sumber : http://www.karangkraf.com/E-Majalah/rasa/default.asp?categories=RASA8

===

hehe... apa lagi. marilah cuba. kata nak pikat bakal mertua? :-D


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 29-06-07 13:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

aiz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 13:42


sedapnyer ikan pari masak asam tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   Pergi ke aiz's Website   Quote dan BalasQuote

nurkasih7128
Warga Rasmi
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27685
Posting: 10
Dari: syurgaku

egypt  


posticon Posting pada: 29-06-07 14:39


ada lagi tak resepi2 yang menarik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkasih7128Profil   Hantar PM kepada nurkasih7128   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 14:46


assalamualaikum...

resepi ni ana pun dapat dalam email..
yang paling menyelerakan ikan pari masak asam..
sedap tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 30-06-07 00:00


teringat asam pedas muo..hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

saidah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.01.2004
Ahli No: 6420
Posting: 44
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 01:52


assalamualaikum..

ada sesiapa tau bagaimana nak masak daging dendeng (tak tahu lah eja bagaimana..)
..
syukran =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For saidahProfil   Hantar PM kepada saidah   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 10:52


memang nampak sedapnya resepi tu...yam yam.... :-) :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 30-06-07 16:05


ada tak sesiapa yang tahu masak ikan patin masak tempoyak


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-07 00:40


kalau terjumpa resepi tu mana-mana, boleh lah share di sini nanti... =)


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 02-07-07 00:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 02-07-07 01:29


bismiLlah wal HamduliLlah,
jazakiLlah khair ya ukht syahidatul kerna sudi membuka topik ini... :-)

!!! QUOTE !!!

ada sesiapa tau bagaimana nak masak daging dendeng

-> Dendeng

-> Dendeng Lambuk

-> Dendeng Bercili

!!! QUOTE !!!

ada tak sesiapa yang tahu masak ikan patin masak tempoyak

-> Ikan Patin Masak Tempoyak


selamat mencuba, bismiLlah... :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-07 21:46


wahh... mas2ra. bagusnya.... jazakallahu khairan kathira atas link2 tu.. menarik. nanti boleh saya try2 buat eksperimen. hehe. berasap lah dapur lepas ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Imaniera
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.04.2007
Ahli No: 29470
Posting: 57
Dari: miri, sarawak

Sarawak  


posticon Posting pada: 10-08-07 15:31


lapar lah pula bila tengok gambar resepi tu... fuhhh.. tapi orang kata, masakan orang negeri 9, pedas sangat kan? saya alah dengan pedas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ImanieraProfil   Hantar PM kepada Imaniera   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 10-08-07 19:57


sruuuppp....srrruuupppp.......srrruuuuuuppppp...mmmmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 14:54


:-) Assalamualaikum


Bestnya....syukran atas resepi ni...memang suka masakan kampung...tapi tak makan ikan sungaila....insyaALLAH nanti2 nak cuba....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 15:15


ingatkan tadi ada nasi goreng kampung...hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 16:13


salam 'alaik... sedapnya ikan pari masak asam...yumm yumm yummii..
tapi betul kalau ada ikan patin masak tempoyak lagi sedap..


:::think positive::::

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 20-01-08 16:15


tiba-tiba rasa lapar pula tengok lauk2 itu..
nampak sedap saja..nampak saja lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

zulhida
Warga Rasmi
Menyertai: 02.05.2007
Ahli No: 29828
Posting: 18
Dari: JOHOR

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 18:19


sedapnyerz........nikmatnya.....
org johor punyerz asam pedas ikan pari tu kena tambah lada hitam....
kalau nak lagi power lah....kalau saya masuk asam pedas tu tanpa lada hitam dan daun kesum...tak ada seri lah lauk tu...kalau kat rumah nak masak lauk tu mesti pastikan dulu bahan-bahan tu cukup...kalau saya xletak stok ikan bilis tu...
kepada anak2 johor u all mesti pakar tau masak lauk asam pedas ikan pari tu...ayam asam pedas pun biasakan????saya suka sangat...kalau dulu atok selalu masak kan...tapi sekarang dah pandai masuk sendiri...erm..erm..jangan lupa lada hitam tau!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulhidaProfil   Hantar PM kepada zulhida   Pergi ke zulhida's Website   Quote dan BalasQuote

kafnun
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.10.2007
Ahli No: 31310
Posting: 23
Dari: Station 18

Perak  


posticon Posting pada: 20-01-08 20:53


salam ukhwah,,,
boleh ke kaum laki join tajuk ni.. hahaha..
saya ni minat lah jugak memasak ni .. tapi setakat di rumah saja lah..
antara lauk yang saya suka masak seperti Asam Pedas Ikan Merah.. Masak Lemak Udang Nenas... Sambal Tumis Bilis Petai.. Rendang Ayam/Daging/Kerang... Kurma Ayam/daging.. Ikan Keli Goreng Cili... Tempoyak Ikan Pari.. Sayur Labu Kuning.. Ikan Sweet Sour... apa lagi ek.. bayak lah juga.. karang tak muat pulak kat sini...
tapi tak ada masa nak taip resepi dia kat sini.. cbok sikit.. tapi Kalau ada masa saya taipkan.. resepi asal saya itu.. belajar dari arwah emak dulu.. hehehe...

wallahuallam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kafnunProfil   Hantar PM kepada kafnun   Pergi ke kafnun's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105491 saat. Lajunya....