Oleh |
Nasihat buat si suami atau bakal suami |
are_peace82
WARGA SETIA Menyertai: 06.10.2006 Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang
|
Posting pada: 27-06-07 16:09
Dipetik dari Mingguan W 5-11/11/04 KUNCI ASMARA: 40 Kunci Rahsia Kebahagiaan Dalam Kehidupan Berumahtangga. SETIALAH PADA PASANGAN Oleh: Mohd Huzairi b. Zainudin (Perunding Motivasi) Dalam kehidupan ini, banyak perkara yang kita tidak tahu, Tidak tahu bukan bermakna tidak perlu ambil tahu langsung hal. Ini tanggapan salah . Jadi kita perlu belajar. Setiap kali kita jatuh dalam hidup ini, kita mesti terus bangun. Jatuh lagi, bangun lagi & begitulah seterusnya. Jika tidak bangun-bangun, itu alamat tidal lama lagi. Bergerak bererti masih hidup, kalau hidup mesti teruskan perjuangan ini. Hanya mayat sahaja yang tidak bergerak2. Selagi hidup, mesti ada matlamat. Semua orang inginkan kebahagian. Tidak ada orang yang akan menolak kebahagiaan. Kalaulah kebahagiaan itu boleh dibahagi-bahagikan dan diedarkan kepada org ramai, saya pasti kebahagiaan itu pasti menjadi rebutan. Kalau, begitu, kita boleh ambil andaian bahawa kebahagiaan itu adalah asas kehidupan manusia. Satu perkara yang sangat diperlukan oleh semua manusia. Percayalah kebahagiaan itu ada pada semua orang, ia tidak dapat dipegang @ dilihat, tetapi dapat dirasa & dinilai. Bagi kebanyakan orang, nilai kebahagian itu ada pelbagai. Bahkan dipelbagaikan untuk mengecap nikmat kebahagiaan tersebut. Ada yang telah mempunyai seorang isteri, namun masih belum merasa bahagia. Lalu terlintas difikiran untuk menambah ‘spare tyre’. Akhirnya tanpa fakir panjang, maka dipasanglah beberapa orang ‘girlfriend’. Niat awalnya hanyalah sekadar untuk berseronok-seronok, tetapi akhirnya terjerat. ‘Jerat’ makan tuan. Itulah apabila semua ‘girlfriend’ sudah mulai menuntut akan haknya, menyebabkan si suami pening kepala. Bertambah menyesakkan apabila si isteri pula telah mula menyedari akan perubahan sikap suami, telah mulai menyoal itu & ini. Segala pergerakan si suami telah mulai dipersoalkan & ini sungguh merimaskan. Bak kata pepatah ‘Sendiri cari penyakit’. Manusia sememangnya tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Selalunya kita akan merasa ‘kehilangan’ yang amat sangat sekiranya orang yang dikasihi sudah tiada lagi disisi. Banyak contoh yang telah kita lihat. Kenapa berasa kehilangan? Inilah soal kasih sayang dan rumahtangga, jangan kita ambil ringan. Belajarlah menjadi setia pada pasangan kita. Pandanglah pasangan kita sebagai seorang sahabat yang akan menemani kita di kala susah & senang untuk sepanjang hayat. Kita selalu terlupa tentang perkara ini. Apabila berlaku sahaja sesuatu musibah, kita akan mencari orang lain untuk berkongsi masalah. Begitu juga di kala kita berasa kesunyian, kita akan mencari orang lain untuk berhibur. Tidak wajar kita meminggiri pasangan kita. Kebiasaannya, keadaan akan menjadi bertambah buruk & masalah biasanya tidak selesai. Keadaan akan menjadi bertambah buruk sekiranya, orang yang menjadi rujukan kita merupakan orang yang tidak berpengalaman. Bagaikan ‘Tikus membaiki labu saja’. Tambahan pula sekiranya orang tersebut adalah berlainan jenis dengan kita. Banyak kes yang saya lihat & dengar, mula-mula bertindak sebagai ‘pendengar & penasihat’ tetapi akhirnya, ada keserasian. Bila sudah serasi, bibit kemesraan pula timbul. Penyudahnya, sanggup pula jadi ‘pengganti’. Apa sudah jadi? “Bahagiakan pasangan kita dahulu, barulah kita dapat merasa nikmat kebahagiaan yang sebenar” Kita tidak tahu bila kita akan susah. Biasanya orang lain akan meninggalkan kita di kala kita susah. Saya melihat sendiri seorang suami menitiskan air mata tatkala isterinya disahkan menghidap kanser. Begitu juga seorang isteri yang begitu setia menemani suaminya di hospital yang telah disahkan lumpuh. Maka berulang-alik isterinya ke hospital, sehingga ke akhir hayat suaminya. Begitulah nilainya kesetiaan. Sanggup sehidup semati, walau ditakdikdirkan apa sekalipun. Sekalipun cinta & kesetiaan sedemikian rupa, jarang lagi ditemui hari ini, namun ia tetap ada. Masih ada lagi. Para pembaca yang saya muliakan. Sesungguhnya kebahagiaan itu ada. Kesetiaan pada pasangan merupakan salah satu resepinya. Selamat melayari bahtera kasih dalam rumahtangga & semoga anda sampai di pelabuhan ‘bahagia’ yang selamanya. Wallahua’lam. (M.W. 5-11 Nov ’04) ----------------- http://prepaid4u.net/?id=are_peace
Sekadar duit tambahan.
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 27-06-07 16:16
Pada 27-06-07 16:09 , are_peace82 posting:!!! QUOTE !!!
“Bahagiakan pasangan kita dahulu, barulah kita dapat merasa nikmat kebahagiaan yang sebenar”
Kita tidak tahu bila kita akan susah. Biasanya orang lain akan meninggalkan kita di kala kita susah. Saya melihat sendiri seorang suami menitiskan air mata tatkala isterinya disahkan menghidap kanser. Begitu juga seorang isteri yang begitu setia menemani suaminya di hospital yang telah disahkan lumpuh. Maka berulang-alik isterinya ke hospital, sehingga ke akhir hayat suaminya. Begitulah nilainya kesetiaan. Sanggup sehidup semati, walau ditakdikdirkan apa sekalipun. Sekalipun cinta & kesetiaan sedemikian rupa, jarang lagi ditemui hari ini, namun ia tetap ada. Masih ada lagi.
Para pembaca yang saya muliakan. Sesungguhnya kebahagiaan itu ada. Kesetiaan pada pasangan merupakan salah satu resepinya. Selamat melayari bahtera kasih dalam rumahtangga & semoga anda sampai di pelabuhan ‘bahagia’ yang selamanya. Wallahua’lam.
(M.W. 5-11 Nov ’04)
assalamualaikum... syukran atas info ni akhi hafiz.. walaupun ianya nasihat untuk suami or bakal suami.. tapi ana perlu baca untuk dapatkan ilmu untuk.. bakal zauji ana nanti..insyaAllah moga kebahagiaan akan dikecapi.. bila wujud kesetiaan, kepercayan dan saling... faham memahami antara satu sama lain... ----------------- 'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah' [ Telah diedit oleh: ika2410 pada 27-06-07 16:17 ]
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 27-06-07 16:38
abang hafiz pun baca mingguan wanita juga...
|
are_peace82
WARGA SETIA Menyertai: 06.10.2006 Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang
|
Posting pada: 27-06-07 16:48
Pada 27-06-07 16:38 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! abang hafiz pun baca mingguan wanita juga... Tak pernah beli pun mingguan wanita dan jarang baca. kalau baca pun masa sambil2 tunggu doktor panggil kat klinik. Tak pun memang ada kat kedai gunting rambut. mana-mana info penting dan berguna elok dikongsi bersama. Betul tak? ----------------- http://prepaid4u.net/?id=are_peace
Sekadar duit tambahan.
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 27-06-07 17:02
Pada 27-06-07 16:48 , are_peace82 posting:!!! QUOTE !!! Pada 27-06-07 16:38 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! abang hafiz pun baca mingguan wanita juga...
Tak pernah beli pun mingguan wanita dan jarang baca. kalau baca pun masa sambil2 tunggu doktor panggil kat klinik. Tak pun memang ada kat kedai gunting rambut. mana-mana info penting dan berguna elok dikongsi bersama. Betul tak?
betul.....bagus untuk dikongsi bersama.....
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 28-06-07 16:00
Bagus jk ada lelaki juga memahami hati wanita & apa erti kebahagiaan dalam menjaga hubungan. Apa pun terimakasih are_peace atas info ini... saya hampir sangka saya silap atas apa yang saya pegan kerana desakan perkara sekeliling, rupanya apa yang saya sangka masih menjadi realiti & kebenaran hingga kini. moga info ini menjadi panduan buat kita semua. moga Allah mengurniakan insan yang saling berharap dapat memberi keBahagiaan kepada pasangan masing-masing & memahami apa erti bahagia sebenar serta bagaimana untuk mendapatkannya. wallahua'lam ----------------- ~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~ [ Telah diedit oleh: muslimah_jun pada 28-06-07 19:05 ]
|
kasih_kekasih
 Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......
|
Posting pada: 28-06-07 16:36
Perjanjian dimeterai tanda kerestuan Pernikahan dituruti setinggi kesyukuran Kecintaan di damba berserta kerahmatan Keimanan di jiwa pelindung pelayaran wanita yang baik pastinya untuk lelaki yang baik.. sekali lafaz di akad... perjanjian sehidup semati telah dimeterai. untuk suami sayangilah isterimu seadanya... untuk isteri hormatilah suamimu... moga rumahtangga akan beroleh kebahagiaan...  -----------------
|
shinobi
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...
|
Posting pada: 28-06-07 17:55
syukran..peringatan yang bagus untuk saya yang alhamdulillah dah bergelar suami selama lebih kurang 9 bulan...
|
Wuddah
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2007 Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai
|
Posting pada: 28-06-07 21:12
 ...bagus dijadikan panduan untuk semua....
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 31-07-07 04:58
 ...... Syukran atas info ini...memang begitulah sifat manusia...tidak puas dengan apa yang dimiliki......selalu mencari-cari kehebatan dan kesempurnaan apa yang dimiliki oleh lain...padahal dalam masa yang sama juga...kita sebenarnya ada yang lebih baik dari itu..... Ya ALLAH...hanya ENGKAU Yang MAha Memahami...... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 31-07-07 08:46
 wwt.. InsyaALLAH...nasihat ini berguna sebagai suatu santapan rohani...  ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..
|
Nawarah
Warga Rasmi Menyertai: 19.10.2006 Ahli No: 27045
Posting: 19
Dari: johor
|
Posting pada: 31-07-07 09:01
Assalamu'alaikum wbt..syukran jazilan 'alalma'lumah...
|
damsyiq_group
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.08.2007 Ahli No: 30741
Posting: 37
Dari: ipoh (DAMASCUS-SYRIA)
|
Posting pada: 28-08-07 10:10
Pada 27-06-07 16:09 , are_peace82 posting:!!! QUOTE !!! Dipetik dari Mingguan W 5-11/11/04
KUNCI ASMARA: 40 Kunci Rahsia Kebahagiaan Dalam Kehidupan Berumahtangga. SETIALAH PADA PASANGAN Oleh: Mohd Huzairi b. Zainudin (Perunding Motivasi)
Dalam kehidupan ini, banyak perkara yang kita tidak tahu, Tidak tahu bukan bermakna tidak perlu ambil tahu langsung hal. Ini tanggapan salah . Jadi kita perlu belajar. Setiap kali kita jatuh dalam hidup ini, kita mesti terus bangun. Jatuh lagi, bangun lagi & begitulah seterusnya. Jika tidak bangun-bangun, itu alamat tidal lama lagi. Bergerak bererti masih hidup, kalau hidup mesti teruskan perjuangan ini. Hanya mayat sahaja yang tidak bergerak2. Selagi hidup, mesti ada matlamat.
Semua orang inginkan kebahagian. Tidak ada orang yang akan menolak kebahagiaan. Kalaulah kebahagiaan itu boleh dibahagi-bahagikan dan diedarkan kepada org ramai, saya pasti kebahagiaan itu pasti menjadi rebutan. Kalau, begitu, kita boleh ambil andaian bahawa kebahagiaan itu adalah asas kehidupan manusia. Satu perkara yang sangat diperlukan oleh semua manusia. Percayalah kebahagiaan itu ada pada semua orang, ia tidak dapat dipegang @ dilihat, tetapi dapat dirasa & dinilai.
Bagi kebanyakan orang, nilai kebahagian itu ada pelbagai. Bahkan dipelbagaikan untuk mengecap nikmat kebahagiaan tersebut. Ada yang telah mempunyai seorang isteri, namun masih belum merasa bahagia. Lalu terlintas difikiran untuk menambah ‘spare tyre’. Akhirnya tanpa fakir panjang, maka dipasanglah beberapa orang ‘girlfriend’. Niat awalnya hanyalah sekadar untuk berseronok-seronok, tetapi akhirnya terjerat. ‘Jerat’ makan tuan. Itulah apabila semua ‘girlfriend’ sudah mulai menuntut akan haknya, menyebabkan si suami pening kepala. Bertambah menyesakkan apabila si isteri pula telah mula menyedari akan perubahan sikap suami, telah mulai menyoal itu & ini. Segala pergerakan si suami telah mulai dipersoalkan & ini sungguh merimaskan. Bak kata pepatah ‘Sendiri cari penyakit’.
Manusia sememangnya tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Selalunya kita akan merasa ‘kehilangan’ yang amat sangat sekiranya orang yang dikasihi sudah tiada lagi disisi. Banyak contoh yang telah kita lihat. Kenapa berasa kehilangan? Inilah soal kasih sayang dan rumahtangga, jangan kita ambil ringan. Belajarlah menjadi setia pada pasangan kita.
Pandanglah pasangan kita sebagai seorang sahabat yang akan menemani kita di kala susah & senang untuk sepanjang hayat. Kita selalu terlupa tentang perkara ini. Apabila berlaku sahaja sesuatu musibah, kita akan mencari orang lain untuk berkongsi masalah. Begitu juga di kala kita berasa kesunyian, kita akan mencari orang lain untuk berhibur. Tidak wajar kita meminggiri pasangan kita. Kebiasaannya, keadaan akan menjadi bertambah buruk & masalah biasanya tidak selesai.
Keadaan akan menjadi bertambah buruk sekiranya, orang yang menjadi rujukan kita merupakan orang yang tidak berpengalaman. Bagaikan ‘Tikus membaiki labu saja’. Tambahan pula sekiranya orang tersebut adalah berlainan jenis dengan kita. Banyak kes yang saya lihat & dengar, mula-mula bertindak sebagai ‘pendengar & penasihat’ tetapi akhirnya, ada keserasian. Bila sudah serasi, bibit kemesraan pula timbul. Penyudahnya, sanggup pula jadi ‘pengganti’. Apa sudah jadi?
“Bahagiakan pasangan kita dahulu, barulah kita dapat merasa nikmat kebahagiaan yang sebenar”
Kita tidak tahu bila kita akan susah. Biasanya orang lain akan meninggalkan kita di kala kita susah. Saya melihat sendiri seorang suami menitiskan air mata tatkala isterinya disahkan menghidap kanser. Begitu juga seorang isteri yang begitu setia menemani suaminya di hospital yang telah disahkan lumpuh. Maka berulang-alik isterinya ke hospital, sehingga ke akhir hayat suaminya. Begitulah nilainya kesetiaan. Sanggup sehidup semati, walau ditakdikdirkan apa sekalipun. Sekalipun cinta & kesetiaan sedemikian rupa, jarang lagi ditemui hari ini, namun ia tetap ada. Masih ada lagi.
Para pembaca yang saya muliakan. Sesungguhnya kebahagiaan itu ada. Kesetiaan pada pasangan merupakan salah satu resepinya. Selamat melayari bahtera kasih dalam rumahtangga & semoga anda sampai di pelabuhan ‘bahagia’ yang selamanya. Wallahua’lam.
(M.W. 5-11 Nov ’04)
----------------- "sukailah apa yang kita miliki, walaupun kita tak memiliki apa yang kita suka" ..belajarlah memfanakan diri guna kepentingan cinta kepada ALLAH.
|