Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 6 jam, 51 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: TERKINI! Akil Hayy ditahan Jais


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» TERKINI! Akil Hayy ditahan Jais

Please Mendaftar To Post


Oleh TERKINI! Akil Hayy ditahan Jais

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-06-07 22:11


Semalam, Harakahdaily menyiarkan berita tiga anak Melayu yang menjadi juara menyediakan arak, dan agak malang pihak penguatkuasa agama membuta mata dan memekakkan telinga tanpa memgambil sebarang tindakan walaupun ia dilaporkan secara gah dalam akhbar The Star, 15 Jun 2007 yang lalu.

Hari ini, pihak Harakahdaily mendapat laporan bahawa pendakwah dan penyanyi nasyid, Akil Hayy telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam 23 Jun lalu dan akan disoalsiasat oleh jabatan berkenaan esok (26 Jun 2007).

Beliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini, berkata, soal siasat tersebut dibuat atas dakwaan berceramah tanpa tauliah di bawah enakmen undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor.

Dalam kejadian tersebut Akil Hayy ditahan oleh unit penguatkuasa Jais ketika beliau berceramah di surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Serdang, Selangor.

Sementara itu, dakwa penyanyi yang bernaung di bawah Inteam records dengan kerjasama EMI, ceramah agama yang disampaikan pada malam itu bertajuk 'silaturrahim' dan tidak ada mengena isu politik.

Malah dakwanya ceramah tersebut dihadiri semua masyarakat tanpa mengira fahaman mana-mana politik.

Beliau yang merupakan penceramah tunggal di majlis berkenaan, berkata, motif ceramah tersebut adalah untuk mengerat tali siratul rahim antara satu sama lain.

Ceramah tersebut juga katanya, dilakukan di dalam surau dan tidak melebihi jam 12.00 tengah malam.

Namun katanya, belum lagi beliau berada di pentas beberapa anggota polis dan unit penguatkuasa Jais sudah berada di surau berkenaan.

Katanya lagi sebaik saja beliau selesai berceramah beliau didatangi beberapa pegawai Jais dan mereka menyatakan bahawa beliau ditahan kerana berceramah tanpa tauliah.

Selepas itu katanya, beliau terus dibawa di Balai Polis Seri Kembangan.

Bagaimanapun dakwanya, setibanya di balai berkenaan beliau tidak pun diambil keterangan oleh pihak polis sebaliknya pegawai Jais sendiri mengambil kes tersebut.

"Saya tak faham mengapa saya tidak dibawa ke pejabat Jais sebaliknya dibawa ke balai polis. Adakah pihak Jais sengaja mendera minda dan jiwa saya kerana kes itu langsung tidak dilibatkan dengan polis.

"Bahkan setelah saya bersama beberapa orang yang menemani saya berada hampir tiga jam di balai polis, tiba-tiba pegawai Jais yang bernama Mohd Rizalnuddin mengambil keterangan saya dan memberi jaminan agar saya untuk hadir ke pejabat Jais di Shah Alam esok," katanya yang pertama kali ditahan sejak terlibat dengan dunia dakwah dan artis.

Katanya, walaupun beliau sedar majlis tersebut dipantau pihak berkuasa beliau tetap menyampaikan dakwahnya bagi menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Antara intipati dakwah saya ialah menyuruh hadirin menutup aurat, para remaja tidak mendekati gejala dadah, tidak terlibat dengan gejala sosial dan jenayah.

"Kerana itu saya bersyukur kerana kes saya ini bukan kerana terlibat dengan jenayah sebalik saya ditahan kerana menegak agama Allah," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta semua jemaah Islam memohon doa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka menzalimi orang yang menegakkan agama Allah. - mks.


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

faiz_ins
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6972
Posting: 51
Dari: sik ,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 22:20


ini dah kira lebih ini...
nak jadi apa depa ini???/
benda begitu pun nak sebok.. orang nak beri penerangan bukan nak galk maksiat..
wajib bagi orang islam menuntut ilmu.. apatah lagi zaman sekarang niee macam-macam teknologi ada... bukan dok dalam zaman sakai ...
orang yang menghalang penyebaran ilmu bermanfaat dan islam bertanggongjawab kalau orang islam buta hati...buta agama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For faiz_insProfil   Hantar PM kepada faiz_ins   Pergi ke faiz_ins's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 22:24


bagi ceramah baik-baik untuk berdakwah ditahan... jadi juara menyediakan arak tak ada kena tahan pulak... baik lagi pergi tahan atau uruskan budak melayu 3 orang tu... sian ustad akil hayy...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

aremalzz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2005
Ahli No: 21290
Posting: 181
Dari: GolDeN SanD

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 22:29


berat2

Bookmark and Share

    


  Member Information For aremalzzProfil   Hantar PM kepada aremalzz   Pergi ke aremalzz's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 00:53


salam....

kerek betul lah.
memang dah melampau ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.03.2006
Ahli No: 23742
Posting: 98
Dari: bumi Allah S.W.T. yang tercinta

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 08:15


!!! QUOTE !!!

"Kerana itu saya bersyukur kerana kes saya ini bukan kerana terlibat dengan jenayah sebalik saya ditahan kerana menegak agama Allah," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta semua jemaah Islam memohon doa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka menzalimi orang yang menegakkan agama Allah. - mks.


kasihan sungguh...pelik bin ajaib pun ada....apa-apa pun sama-sama kita doa diberi petunjuk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiyahProfil   Hantar PM kepada ummusafiyah   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-06-07 08:41


Semoga Allah memberikan hukuman setimpal kepada mereka2 yang berlaku zalim di akhirat kelak...What you give, you get back!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 08:52


assalamualaikum....

ana rasa mungkin ustaz akhil ditahan..
gara-gara takut ceramah yang diberi berunsur politik...
tetapi yang ana pelik ustaz ditahan after berceramah...
so kalau rasa ceramah tu tak berkaitan politik..
why ustaz ditahan?

kalau ye pun ustaz tu melanggar peraturan..
takperlulah sampai bawa polis..
seolah-olah macam pengganas pulak..
just buat perbincangan sudahlah..
ini dah bawa balai polis..tapi kes ..
dihandle oleh JAIS...
lebih baik tak payah bawa polis..

berfikirlah sebelum membuat sesuatu tindakan...
jangan sampai agama Allah itu diperlekehkan...


-----------------
'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'
[ Telah diedit oleh: ika2410 pada 26-06-07 08:55 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 08:53


ni mesti kerja satim deman ni.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Qarni
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2004
Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-06-07 09:20


adakah anda tahu makna JAIS..

JAIS=JEMAAH ANGKATAN IBLIS SELANGOR

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-QarniProfil   Hantar PM kepada Al-Qarni   Pergi ke Al-Qarni's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 10:40


Astaghfirullah. Istighfar ya anakanda Al-Qarni. Pendakwah bukan penghukum tetapi seringkali dihukum. Itulah sunnatullah menegakkan Daulah Islamiyah.

Wallahuta'ala 'alam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 26-06-07 10:57


Assalamualaikum...
Sedihnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

tuyup
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 11:41


entah apa-apa entah sekarang ni.. nak uat benda baik pun kena tangkap.. apa sudah jadi dengan orang malysia ni.. yang baik dibanteras, yang jahat still lagi berleluasa tanpa diendahkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tuyupProfil   Hantar PM kepada tuyup   Pergi ke tuyup's Website   Quote dan BalasQuote

mfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.06.2006
Ahli No: 24950
Posting: 198
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 26-06-07 12:01


.. Sudah sunnah orang yang berjuang, kalau tidak ada tentangan.. kena check balik adakah apa yang kita lakukan tu betul atau tidak..Ujian yang melanda cuma cubaan dr Allah, nak tengok setakat mana kita bersabar dan menghadapi ujian itu...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mfirdausProfil   Hantar PM kepada mfirdaus   Pergi ke mfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 12:02


Ada satu ayat Quran yang menyatakan tentang golongan munafik lelaki dan golongan munafik perempuan....saya tidaklah mahu mengaitkan ia dengan isu ini cuma sekadar renungan untuk kita semua....

67. Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik. (AT-TAUBAH)

Saya dengar iklan dalam TV mengenai kedatangan Agnes Monica untuk berkonsert di Kuala Lumpur. So, JAIS dah dapat maklumat ke untuk tangkap penganjur aktiviti maksiat penghancur akhlak masyarakat ni...

Bagaimana pula dengan Konsert Bollywood di Arena Of Starz di Genting awal tahun 2007, penari bollywood ni dia tak pakai burqa, tapi dia tutup kat situ saja....lepas itu dia menari tarian menghairahkan pulak...yang hadir ialah pimpinan tertinggi negara. Ni bagaimana ni wahai JAIS...

http://i140.photobucket.com/albums/r33/efaisalz/agnes-monica-concert.jpg

Bila JAIS dipergunakan oleh mereka yang ada penyakit dalam hatinya ( penyakit suka dengan kemungkaran dan benci dengan perkara agama )

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 12:20


Kenapa baru sekarang nak tangkap? Sedangkan Ustadz Akil Hayy dah lama dag bagi ceramah2 kat luar...sebelum ni tak ada masalah pun..
Atas kerana tak ada "tauliah"? Erm...ramai lagi org yang tak bertauliah bagi ceramah...Kenapa tak tahan? Aduh lah..dah lah tu..JAIS pula tu yang tahan..awatnya? Then..apa kaitan dengan polis pula? Erm..ana suka dengar ceramah ustadz akil hayy tu...best..dan tentunya bermsg... Politik xjugak di +..sikit-sikit ada juga lah..tapi xmemihak mana-mana..sebab ustadz tu berceramah secara general..semua agama dan bangsa boleh dengar...


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Qarni
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2004
Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-06-07 12:23


maaf ummi....ana bengang dengan JAIS sebab sekarang ni pun jemaah surau ana tengah berjuang nak mempertahankan surau kampung kami...

JAIS nak guna kuasa serta POLIS nak buat rampasan kuasa kat surau ana dan menukar semua AJK surau yang telah dilantik oleh program kampung dengan AJK2 yang sebulu dengan JAIS....mereka dengki sebab surau kampung ana aktif dalam memberi kuliah2 agma daripada tokoh2 yang terkenal

campurtgn JAIS dr dulu lagi kami dah hadapi,menentang habis2an cuma sekarang dah sampai kemuncak sebab AJK menjemput tok guru nik aziz beri kuliah tempoh hari...
JKKK dah bincang dengan JAIS dan bila2 masa sahaja surau kami akan dicerobohi untuk tukar AJK....niat mereka cuma satu,nak matikan surau itu dr kuliah2 agama...just untuk solat saja...sedih,marah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-QarniProfil   Hantar PM kepada Al-Qarni   Pergi ke Al-Qarni's Website   Quote dan BalasQuote

Sumayyah_tercinta
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26800
Posting: 19
Dari: Kelate and Sabah

malaysia  


posticon Posting pada: 26-06-07 12:57


ni lah tanda-tanda dunia akhir zaman.... 'islam bermulanya asing,dan akan kembali asing'.... semoga ustaz akyl akan terus berjuang.... ALLAH maha adil dan maha bijaksana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Sumayyah_tercintaProfil   Hantar PM kepada Sumayyah_tercinta   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 13:04


Tak ada Pro JAIS atau Pro Kerajan Hadhari Selangor ke kat sini, nak suruh jawab sikit

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

minah84
Warga Rasmi
Menyertai: 19.06.2007
Ahli No: 30320
Posting: 4

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 13:46


Pro kerajaan tu memang....dah nak pilihan raya ni macam-macam lah gila dia datang.....saja j nak bagi org pas marah...lepas itu ada lah rancangan jahat dia tu.....semenjak khir toyo tu jadi menteri besar ...entah pa apa yang dia buat......kalau betul dia jaga penduduk dun sg panjang......kalau betul dia pertahankan org islam...takkan masjid kat sg panjang tu boleh tergendala selama 2 tahun.....kononnya nak perbesarkan masjid.....sampi sekarang dr dua tahun yang lalu baru siap roboh...tu belum nak bina lagi....entah 2,3,4 tahun lagi kut baru siap.....lepas itu mana-mana imam org pas semua dipecat dan lantik org BN........Kenapa mesti AJK masjid tu nak kena tengok pas ke BN....sekarang ni ruang sekolah yang kecik tu lah digunakan untuk solat jemaah dan solat jumaat.....tanggung lah pemimpin BN....bagi orang-orang yang xsolat tu.....tannggggung...jawabla kat akhirat nanti.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For minah84Profil   Hantar PM kepada minah84   Quote dan BalasQuote

faisaltehlipot
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.11.2006
Ahli No: 27175
Posting: 95
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 14:46


satu lagi kecelaruan dalam penggunaan kuasa di malaysia ,usah takut dan gentar jika niat kita ikhlas semata-mata untuk jalan ALLAh pasti ada kejayaan mendatang

Bookmark and Share

    


  Member Information For faisaltehlipotProfil   Hantar PM kepada faisaltehlipot   Pergi ke faisaltehlipot's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 15:18


Benda Maaruf sekat, benda mungkar izin, kategori mana ni......kena rujuk Al-Quran...

Bukan pemimpin yang sekat saja dapat dosa, sekalian tangan-tangan yang memangkah dan menaikkan pemimpin dan kerajaan ni pun dapat sekali bahagian dosa tu...

Jangan lupa, sebesar zarah akan diperhitung kelak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

aiz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 18:34


terkejut juga baca ni...
snang2 saja tangkap org ye..
nak sampaikan dakwah pun kena tangkap..susah betul lah...
ini semua dugaan..moga Allah melindungi ustaz...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   Pergi ke aiz's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 19:04




Petang ini 26/06/07, ada bersama Ustaz Akhil Hayy di pelancaran album Inteam -- Nur Insani, di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.

Ustaz Akhil sentiasa tenang dan redha dengan apa yang terjadi. "Ini baru sikit sangat dibandingkan dengan halangan yang dialami oleh mereka yang terdahulu dari kita."

....

Di Selangor, program yang mengajak ke neraka akan digalakkan, tetapi program yang mengajak ke syurga akan dipantau dan disekat.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 19:34


teruk betul jais mangkuk ni.dah lah orang yang selalu buat maksiat pun pakat dah jadi kebal pasal ada orang yang backing.ni pula nak kasi ceramah pun kena tangkap.patut kena critical thinking dalam buat sesuatu perkara.


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 26-06-07 19:42 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 26-06-07 20:46


ya Allah....berilah petunjuk Mu kepada mereka yang mendambakan hidayah Mu ya Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 21:36


Pada 26-06-07 12:57 , Sumayyah_tercinta posting:

!!! QUOTE !!!

ni lah tanda-tanda dunia akhir zaman.... 'islam bermulanya asing,dan akan kembali asing'.... semoga ustaz akyl akan terus berjuang.... ALLAH maha adil dan maha bijaksana...


tak dapat dinafikan lagi betapa betulnya perumpamaan ini, persoalannya, sejauh mana kesanggupan menegakkan Islam biarpun terpaksa menjadi asing di tanah yang mencanangkan Islam sebagai agama rasminya?????

tepuk dada, tanya iman........

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 22:00


Sudah sunnah orang berjuang di jalan Allah...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

affenry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 22:15


salam..................
heheheheeheehe
wahai sahabat, ketahuilah bahawa manusia zaman sekarang ni lebih pentingkan kebangkitan politik dari kebangkitan agama, manusia lebih takutkan org yang berpengaruh daripada DIA yang memberi kuasa, menutup kejahatan yang dilihat dengan sebelah mata daripada gagal mendapat tender. sapa setuju????????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For affenryProfil   Hantar PM kepada affenry   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 22:19


Pada 26-06-07 20:46 , ilham_thahurah posting:

!!! QUOTE !!!

ya Allah....berilah petunjuk Mu kepada mereka yang mendambakan hidayah Mu ya Allah....

amin.........................


-----------------
Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-06-07 22:21


anda baru tahu ke keadaan sebenar malaysia sekarang ini....org yang baik2 ditangkap....org yang jahat, ambik and beri rasuah, yang salahguna kuasa, salahguna pangkat dan jawatan serta kedudukan, yang kutuk Rasulullah SAW, yang runtuhkan masjid dan surau...dibiarkan hidup senang lenang kat luar sana.

nielah Islam Hadhari ciptaan paklah....harap anda lepas ini bukak mata luas2....kalau masih buta...hmm...tak tahulah apa nak jadi

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 09:23


Sunnah Berjuang - Nadamurni

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang...

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang...

Allahuakbar!!!
HAYYA Alal FALAH...
Allahuakbar Allahuakbar..
Lailahailallah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 09:43


KENYATAAN RESMI DARI MUFTI NEGERI PERLIS


Assalamualaikum wbrt.

Sekelian rakyat Perlis Indera Kayangan yang dirahmati Allah swt. Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan satu peristiwa yang sungguh malang menimpa negara kita ini. Sebagai seorang muslim amat terasa satu panggilan untuk saya berbuat sesuatu agar negara kita kembali aman dan sentosa seperti sedia kala. Sebagai rakyat Malaysia saya merasakan terpanggil untuk menyatakan sesuatu selaras dengan maksud hadis Rasulullah saw "Jihad yang paling besar adalah berkata benar kepada pemimpin yang zalim".

Saudara-saudari sekelian,

Peristiwa yang menimpa pemimpin kita Dato Seri Anwar Ibrahim sudah menandakan panggilan jihad kini sudah bermula. Kezaliman BN kini berada dimana-mana sama ada dari peringkat bawahan hinggalah keperingkat atasan. Kezaliman dan kemungkaran Dato Seri Mahathir Mohammad kini sudah melampau dan diluar batasan yang perlu ditentang habis-habisan. Saya kini sudah tidak boleh berdiam diri lagi dan saya merasakan amat berdosa sekira saya seorang bertaraf Mufti menjadi bisu dan sejajar dengan Firman Allah swt dalam Surah At Taubah 39 yang bermaksud "Sekiranya kamu tidak berjuang Allah akan mengazab kamu dengan siksa yang pedih dan akan mengantikan kamu dengan kaum yang lain..."

Saudara-saudari sekelian,

Tidaklah kenyataan ini untuk saya mengajak kalian mengangkat senjata untuk berperang. Jihad adalah tugas asasi yang abadi dengan ruangnya yang luas mulai dari penyingkiran hati sampailah kemedan perang yang ditengahi oleh sederet bentuk-bentuk jihad termasuklah amar ma'ruf nahi mungkar, jihad lisan, jihad pena, jihad tangan dan berkata hak terhadap pemerintah zalim. Saya selaku Mufti Kerajaan Negeri Perlis amat bersimpati terhadap keracunan arsenic yang saya yakin dirancang oleh seseorang tidak akan berdiam diri dan saya perlu berbuat sesuatu. Saya mungkin tidak boleh berceramah atas pentas politik atau mengeluarkan kenyataan resmi dalam akhbar. Saya juga kini memang terikat dengan Kerajaan Negeri Perlis dan adalah melanggar etika andainya saya berbuat demikian. Saya telah beristikarah dan saya menemui jalan yang paling sesuai adalah melalui laman ini. Saya memohon kepada Allah swt agar Dato Seri Anwar Ibrahim kembali sihat dan dilindungi sepanjang masa. Saya juga berharap agar Dato Seri Anwar Ibrahim teruskan perjuangan dan Insyallah Allah bersama orang yang benar.

Saudara-saudari sekelian,

Sebagai Mufti Negeri Perlis saya mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram kita mengundi BN sebab mereka adalah golongan yang zalim. Marilah sama-sama kita menjatuhkan kerajaan BN dan menegakan keadilan. Sokonglah Barisan Alternatif.

Akhir kata renungilah Sabda Rasullah saw yang bermaksud "Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap kaum Muslimin ia bukan dari kalangan mereka". Sekian wasallam.

Tuan Haji Dato Mat Jaya b.Hj Husein

Jabatan Mufti Negeri Perlis Komplex Islam 01000 KANGAR Perlis Indera Kayangan

Tel: 04-9765604

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 11:37


"Tangan ghaib arah Jais tahan saya"

Pendakwah dan juga bekas penyanyi kumpulan rock The Riyadh, Ustaz Akil Hayy Rawa mendakwa wujud 'tangan ghaib' bermotif politik yang mengarahkan agar beliau ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

ImageBeliau yang ditahan ketika memberi kuliah di Surau al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang pada malam 23 Jun lalu mendakwa ada usaha pihak tertentu yang cuba memerangkapnya, katanya semasa ditemui Harakahdaily dalam satu majlis pelancaran album di Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, selepas ditahan beliau dibawa dengan ke balai polis dengan kereta peronda polis dengan siren yang dibunyikan seolah-olah dirinya adalah penjenayah yang sangat dikehendaki.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai usaha untuk memburuk-burukkan imej beliau, Akil menganggapnya sebagai ujian Allah memandangkan dalam berdakwah rintangan sebegini adalah biasa.

"Saya akan ke Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada 15 November ini untuk mendengar keputusan sama ada akan didakwa atau sebaliknya,"jelasnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 11:41


Jabatan agama diguna oleh orang yang ada kuasa untuk menghancurkan agama. Maksiat kau biarkan, Amal Islami kau tentang....manusia jenis apa taktau lah ni.

Kalau arahan untuk memberhentikan ceramah atau kuliah agama boleh dikeluarkan, Kenapa arahan untuk memberhentikan konsert maksiat dan segala macam acara mungkar dibiarkan, bahkan dihadiri lagi oleh mereka yang ada kuasa ini.

Kuasa yang ada ditangan mereka bukan diguna untuk menaikkan martabat islam sebaliknya digunakan untuk menjahanam dan meruntuhkan Islam. Jahilnya mereka ni, semoga Tuhan bagi hidayah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

Qibas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2006
Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 27-06-07 11:44


Pada 27-06-07 11:41 , AzmilMustapha posting:

!!! QUOTE !!!

Jabatan agama diguna oleh orang yang ada kuasa untuk menghancurkan agama. Maksiat kau biarkan, Amal Islami kau tentang....manusia jenis apa taktau lah ni.

Hmmm, nak cerita apa lagi, jabatan agama kan kerajaan yang punya, memang sedap lah dia guna secukup rasa.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For QibasProfil   Hantar PM kepada Qibas   Pergi ke Qibas's Website   Quote dan BalasQuote

azharjaafar
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.06.2007
Ahli No: 30230
Posting: 29
Dari: Kepong

Selangor  


posticon Posting pada: 27-06-07 11:52


Takpelah kena tangkap & soal-siasat di dunia,
Paling lama hidup pun 60 - 70 tahun.

Jangan kena tangkap & soal-siasat diakhirat,
Sehari akhirat, seribu tahun dunia...


-----------------
blog azharjaafar
[ Telah diedit oleh: azharjaafar pada 27-06-07 11:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For azharjaafarProfil   Hantar PM kepada azharjaafar   Pergi ke azharjaafar's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 15:40


Assalamualaikum wrt wbt,
Muslimin dan muslimat semua dijemput mengimarahkan
program Ceramah Perdana di Masjid Jamek Kuala Klawang
Hari : Ahad
Tarikh : 15 Julai 2007 bersamaan 1 Rejab 1428H
Masa : Selepas solat Isya'
Tempat: Masjid Jamek Kuala Klawang , Jelebu, Negeri
Sembilan
Penceramah : Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa
(bekas vokalis Rokcers d'Riyadh,ahli panel program
Hijrah Remaja Astro)
Syarak Mengata , Adat Menurut

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 15:45


astaghfirullah...kesiannya. Allah maha mengetahui..akan sampai masanya, mereka pasti mengerti!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 16:35


salam...
masa ana dapat tau...ana cukup terkejut...tapi ana dah mnjangkaknnya...kerana apa//
kerana kita dipimpin oleh kerajaan yang tak tau hala tuju...kenapa harus ditgkap org yang mengajak kearah kebaikan..tapi yang memaparkan kebatilan dibiarkan sja...apa makna islam hadahri ciptaan imam hadhari pak lah???nak musnahkan org ke??

nak berceramah nak kena ada tauliah...ni apa ni??bayangkan takkan harun din pun nak masuk slgor nak kena ada tauliah??fikir lah??
jangan anda dilantik menjadi kerajaan...rakyat bagi anda mandat pgg amanah anda nak menindas org!!!

ingat...tangan yang teraniya jika berdoa..ALLAH makbulkan...

fikirlah dengan mata basirah..bukan dengan kepala otak fikiran imam hadhari dan umno...

TAKBIR!!

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 16:56


ana petik sedikit dari komen sahabat ana

Berita penahanan Akhil Hayy agak kelakar. Namun, dalam kelakar itu, ada timbul rasa akan benarnya pendirian yang saya pegang selama ini. satu perkara yang dianggap luar biasa, kini sudah dianggap biasa oleh umat Islam.

Akhil Hayy ditahan oleh barua-barua yang berkudakan JAIS. Ditahan kerana berceramah! Agak pelik juga JAIS amat serius untuk menyekat maksiat dan jenayah. Mungkin di mata JAIS, orang-orang yang berceramah, jika dibiarkan akan menyebabkan berlakukan maksiat dan jenayah.

Pada 23hb yang lalu, ustaz Akhil Hayy berceramah di surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Serdang, Selangor. Beliau merupakan penceramah tunggal pada malam itu. Setelah selesai berceramah, beliau didatangi oleh pencacai tahi yang bertopeng JAIS dan menahannya. ustaz Akhil di bawa ke balai polis Seri Kembangan. Ditahan atas alasan tidak ada tauliah.

Ini adalah satu bukti bahawa JAIS dan banyak lagi pertubuhan yang senyum-senyum di bawah kerajaan Islam Hadhari merupakan golongan yang mahu melihat Islam ini akan terus dipijak dan dilupakan. Mereka tidak mahu Islam dibela. Mereka tidak mahu ada orang yang seronok bersama Islam. Mereka mahu orang seronok dengan maksiat. Budak-budak sekolah seronok dengan berpasangan dan berrzina sudah dianggap seperti rutin biasa saja.

JAIS yang sebelum ini juga membuat tangkapan kepada Rufaqa saya sifatkan sudah seperti binatang yang buta matanya. Dalam keadaan tidak nampak, dia mahu berjalan saja. maka kerana itu, apa saja yang ada dihadapan dirempuh saja. Binatang/haiwan adalah maklhuk yang Allah ciptakan mempunyai otak tetapi tidak ada akal. Maka hal ini adalah sama seperti JAIS dan mana-mana saja institusi tukang kipas Islam Hadhari yang ada otak tapi tiada akal. Jika akal pun sudah tidak ada, tentu imannya juga tidak ada. tidak tahulah, setebal mana agaknya iman mereka. mungkin terus lenyyap. Tidak ada. Kosong. Mereka tidak ada iman.

Mungkin iman mereka sebesar biji sawi. Ada harapan? Cuba check balik, apakah prasyarat menjadi orang beriman? Mudah! Lihat rukun iman. Pertama, percaya kepda Allah. Adakah mereka percaya Allah? Adakah mereka takut Allah? Bagaimana pula dengan percaya kepada kitab? Mereka percaya kepada kitab kah? Jika tidak percaya kepada kitab, maka mereka tidak ada imanlah. Konsep rukun iman, tolak satu HABIS semua! Jika lihat kata-kata Mashitah Ibrahim yang terang-terangan menolak hukum Islam, maka Mashitah juga tidak ada iman. Mashitah tertolak daripada senarai tukang dakwah. Jika ada yang memanggilnya Ustazah Mashitah, lempar saja dengan batu. Ini adalah badut badut boneka Islam hadhari bagi melaksana agenda merosakkan Islam yang syumul.

Ini semua adalah perkara luar biasa. Suasana seperti ini tidak pernah tergambar di minda sahabat-sahabat nabi terdahulu. Malah generasi kini lebih melampau berbanding kaum-kaum yang mendustakan Allah berkurun lama dahulu. Jika kaum luth terkenal dengan lesbian dan gay, sekarang dunia kita pun sudah ada. Malah kita sekarang berada di dalam dunia yang merangkuni semua maksiat yang dilakukan oleh umat terdahulu.

Wahai penegak kebenaran! Dengan terjadinya pelbagai peristiwa pelik seperti ini, yakini bahawa zaman kegemilangan Islam sudah hampir tiba. Namun harus di ingat. Pejuang kebenaran terpaksa melalui pelbagai rintangan. Mari rapatkan saf! Satu barisan yang kukuh mampu menumbangkan jutaan musuh Allah. Dengan satu kalimah: Allahu Akbar! Jangan impikan syahid, tapi impikan kemenangan. Syahid dalam kemenangan itulah yang di tuntut. Perkemaskan strategi. Jangan hanya bersemagat tapi tiada isi. Satu insan yang kerdil, namun mempunyai jiwa yang besar, akan mampu menjatuhkan kubu besar kebatilan!


---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

zc
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28322
Posting: 666
Dari: somewhere

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-08-07 12:09


mereka ni takut Tuhan ke takut manusa?

macam tak mumayyiz pulak , tak tau mana baik dan mana buruk.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zcProfil   Hantar PM kepada zc   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-08-07 17:25


geng2 pak malau memang dah melampau2 sangat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 14-08-07 18:24


Pada 29-06-07 16:56 , abid_19 posting:

!!! QUOTE !!!

ana petik sedikit dari komen sahabat ana

Berita penahanan Akhil Hayy agak kelakar. Namun, dalam kelakar itu, ada timbul rasa akan benarnya pendirian yang saya pegang selama ini. satu perkara yang dianggap luar biasa, kini sudah dianggap biasa oleh umat Islam.

Akhil Hayy ditahan oleh barua-barua yang berkudakan JAIS. Ditahan kerana berceramah! Agak pelik juga JAIS amat serius untuk menyekat maksiat dan jenayah. Mungkin di mata JAIS, orang-orang yang berceramah, jika dibiarkan akan menyebabkan berlakukan maksiat dan jenayah.


salam...

inilah dia, jika ISLAM diletakkan dibawah.
guna ISLAM bila perlu sahaja. bila tak dapat faedah pada mereka, mereka akan tolak tepi ISLAM.

astaghfirullah...

:-| :-| :-|
teruk sungguh...


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

anis87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.02.2007
Ahli No: 28952
Posting: 103
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-08-07 18:51


"Kerana itu saya bersyukur kerana kes saya ini bukan kerana terlibat dengan jenayah sebalik saya ditahan kerana menegak agama Allah," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta semua jemaah Islam memohon doa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka menzalimi orang yang menegakkan agama Allah. - mks.



Assalamualaikum

marilh kita sama-sama brdoa kepada-NYA..amin...
dunia zaman kini..huhu... :-(


-----------------
'ingatilah ALLAH SWT,kerna hati manjadi lebih tenang....'


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis87Profil   Hantar PM kepada anis87   Quote dan BalasQuote

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 15-08-07 09:42


MARILAH KITA SEMUA MASUK PAS.....
TENTANG HABIS-HABISAN ISLAM HADHARI CIPTAAN PAK LAH YANG MEMANG JAUH TERPESONG DARI SYARIAT ISLAM DAN MENEGAKKAN HUKUM ALLAH.
PERJUANGAN KITA BUKAN UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN TETAPI PERJUANGAN KITA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

salimna
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.07.2007
Ahli No: 30531
Posting: 45
Dari: kuala krai

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-08-07 11:31


kenapa akhil hayy ditahan JAIS???

Bookmark and Share

    


  Member Information For salimnaProfil   Hantar PM kepada salimna   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-08-07 14:42


Pada 15-08-07 11:31 , salimna posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa akhil hayy ditahan JAIS???


salam akhi salimna..
ustz akhil hayy ditahan kerana tiada tauliah untuk berceramah..inilah dia ISLAM HADHARI...apa yang nak dipersoalkan pasal tauliah..track rekod ustaz berceramah selama 15 tahun..
tauliah yang utama ialah taufiq dan hidayah bukan tauliah dari JAIS..yang nak kecoh pasal tauliah pasal apa...

orang-orang JAIS mengikut arahan mengkhinzir buta..tak fikir langsung bahwa yang mereka tahan itu orang yang mengajak ke jalan taqwa..bukan ke jalan al-fujur..

kembalilah ke arah sinar ISLAM yang sebenar...membangun bersama ISLAM dan ULAMA

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 16-08-07 17:35


adakah pengarah jais, staf2 jais....tak takut kepada Allah SWT??....adakah mereka2 ini ingin menjadi seperti abdullah bin ubai bin salol???

adakah menteri besar selangor khir toyo tidak takut kepada Allah SWT, tak takut kepada azab api neraka yang disediakan kepada pemimpin2 yang salahguna kuasa???

Kenapa kita membiarkan sahaja bahkan mengundi orang2 yang tak takut kepada Allah SWT menjadi menteri besar, mentadbir sebuah negeri di malaysia??

apa kita nak jawab nanti bila Allah SWT tanya kita di akhriat ...Kenapa undi dan lantik orang yang mungkar jadi pemimpin???..
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 16-08-07 17:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

rie_boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26704
Posting: 133
Dari: upm bintulu,sarawak

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-08-07 21:23


Negara Islam ciptaan PakLah berunsurkan barat......Marilakita semua menyokong orang yang benar-benar menegakagama islam dan buktikan pada pilihan raya akan datang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rie_boyzProfil   Hantar PM kepada rie_boyz   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 16-08-07 21:27


Assalamualaikum...tu menunjukkan tiada kebebasan bersuara....masing-masing rasa diri terkena...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-08-07 13:51


suka untuk ana petik kata-kata ustaz sewaktu cramah di tembak keti kalau tak salah ana...

sewaktu ustaz pergi ke bangunan mais dan sewaktu ustaz diambil keterangan ada satu gambar yang mana seorang perempuan bertukar jadi tikus mondok sebab dia baling al-quran.

budak perempuan tu baru campak al-quran dah jadi tikus..yang jais tahan orang-orang yang memartabatkan al-quran jadi apa?
takut jadi b**i..

antara sedutan ceramah ustaz..renungkan

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

ummi_aisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.02.2007
Ahli No: 28798
Posting: 103
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-08-07 17:45


menegakkan agama di akhir zaman ibarat menggenggam bara api...hmmm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummi_aisyahProfil   Hantar PM kepada ummi_aisyah   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-08-07 17:55


!!! QUOTE !!!


wrt wbt,
Muslimin dan muslimat semua dijemput mengimarahkan
program Ceramah Perdana di Masjid Jamek Kuala Klawang
Hari : Ahad
Tarikh : 15 Julai 2007 bersamaan 1 Rejab 1428H
Masa : Selepas solat Isya'
Tempat: Masjid Jamek Kuala Klawang , Jelebu, Negeri
Sembilan
Penceramah : Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa
(bekas vokalis Rokcers d'Riyadh,ahli panel program
Hijrah Remaja Astro)
Syarak Mengata , Adat Menurut



program ini telah berjalan dengan baik sekali seperti jugak di Masjid Kuarters KLIA 2 hari sebelumnya.

cuma kehadiran agak kurang(kalau ikut standard ustaz akil lah...)
di Masjid Kuarters KLIA jauh lebih ramai kerana masjid ini terletak di kawasan sempadan N9-Selangor...

tapi JHEAINS dan Jabatan Mufti NS beri kerjasama yang baik membenarkan program seumpama ini...berbeza dengan JAIS...

tapi mana-mana surau dan masjid yang nak jemput penceramah2 macam ustaz Akil Hayy ni disarankan buat satu permohonan kepada Jabatan Mufti untuk benarkan ustaz Akil Hayy beri ceramah...surat kebenaran Mufti TIDAK BOLEH dicabar oleh mana-mana pihak...

wa allahu a'lam bis sawab...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 16:41


apa depa nak jadi?jabatan agama islam sendiri tahan org islam buat cerama agama islam?nak jadi munafiq ke depa tu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 17:25


teruk teruk ..

Berjuang memang susah kerana di akhirnya dihidang manisan yang tiada sudah.

Teruskan perjuangan sahabat-sahabat ummah yang cintakan kema'rufan dan bencikan kemungkaran.

Allhu a'lam


Akhir kata,
jom sertai Ma'ruf Club,
UIAM! ;-)


daripada,
Nur Hazwani Hamid
ex Co-chairperson
Publication & Multimedia
Ma'ruf Club
IIUM
06/07

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

hiddengarden
Warga Rasmi
Menyertai: 26.11.2007
Ahli No: 31842
Posting: 2
Dari: hiddengarden

saudiarabia  


posticon Posting pada: 26-11-07 17:52


apasallah mereka ni...tangkap orang yang nak ajak pada kebaikan...

artis-artis yang melalak di atas pentas tu buat tak tahu pula...

pandai betullah pihak berwajib ni persoalkan keruntuhan akhlak padahal puncanya dipandang sebelah mata saja...

aduh...pelik ana...yang baik dicegah yang terang-terangan tak baik berleluasa...


-----------------
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui siapakah diri ini sebenarnya...


Bookmark and Share

    


  Member Information For hiddengardenProfil   Hantar PM kepada hiddengarden   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.163571 saat. Lajunya....