Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 93
Ahli: 0
Jumlah: 93




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: 7 GOLONGAN yang MENDAPAT NAUNGAN ‘ARASY ALLAH SWT


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» 7 GOLONGAN yang MENDAPAT NAUNGAN ‘ARASY ALLAH SWT

Please Mendaftar To Post


Oleh 7 GOLONGAN yang MENDAPAT NAUNGAN ‘ARASY ALLAH SWT

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 17:09


Hadith:

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (hari Abu Daud dan Ibnu Majah)


Huraian:

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:

Pemerintah yang adil

Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya

Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

Sesungguhnya terdapat hadith yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah

Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripadaNya.

Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"

Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya

Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.

Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah

Inilah sifat muslim mu'min sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifatNya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.


adakah kita tergolong dalam golongan di atas??


--------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.03.2006
Ahli No: 23742
Posting: 98
Dari: bumi Allah S.W.T. yang tercinta

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 19:21


Ya ALLAH, masukkan kami ke dalam golongan yang mendapat naungan arasyMU kelak nanti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiyahProfil   Hantar PM kepada ummusafiyah   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 23:12


Pada 23-06-07 19:21 , ummusafiyah posting:

!!! QUOTE !!!

Ya ALLAH, masukkan kami ke dalam golongan yang mendapat naungan arasyMU kelak nanti.

ameen...mdah mdahan..insyaALLAH

-------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096156 saat. Lajunya....