Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-- Yusuf: 12

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 185
Ahli: 0
Jumlah: 185




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 15 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Tajdid Iman: Ilmu dapat jauhi maksiat, dosa Bersama Dr Juanda Jaya


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Tajdid Iman: Ilmu dapat jauhi maksiat, dosa Bersama Dr Juanda Jaya

Please Mendaftar To Post


Oleh Tajdid Iman: Ilmu dapat jauhi maksiat, dosa Bersama Dr Juanda Jaya

Masyira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.10.2005
Ahli No: 20190
Posting: 66
Dari: IIUM

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-06-07 13:22


Tarbiyah diri bimbing umat Islam
sentiasa harap, takutkan balasan Allah

ALI bin Abu Talib berkata: “Seorang alim
dan bijaksana adalah orang yang tidak
membuat muridnya berputus asa daripada
rahmat Allah dan tidak pula membuat
mereka merasa aman daripada pembalasan
Allah.â€



Kita semua adalah guru yang menonton dan
membimbing hati kita sendiri supaya ia
menjadi hidup dan selamat. Istilah dalam
al-Quran menyebut hati sebagai ‘qalbun
salim’. Untuk itu, kita memerlukan dua
tonggak keimanan bagi mendapat
keseimbangan dalam kehidupan.

Umpama seekor burung dengan dua
sayapnya, jika satu patah, maka ia tidak
boleh terbang dengan sempurna. Sifat
takut dan harap kepada Allah menjadi
suatu kemestian wajib dimiliki orang
yang beriman.

Jika jalan menuju Allah itu jauh
terbentang di hadapan, maka di sisi
jalan itu ada terminal untuk mengambil
bekalan. Di antara terminal itu ada dua
terminal mesti disinggahi dan tanpanya
kita tidak akan sampai kepada Allah
Taala. Ia adalah sifat takut (khawf) dan
harap (raja’) kepada Allah.

Manusia memerlukan ilmu untuk
menimbulkan rasa takut kepada Allah
Taala. Proses belajar dan mengkaji tidak
boleh berhenti, demi mendapatkan
keyakinan dalam hati hanya Allah berhak
ditakuti.

Rasulullah SAW pada suatu pagi selepas
menunaikan sembahyang Subuh bersama
sahabat, Baginda SAW memulakan proses
mengajar dan mentarbiyah mereka dengan
nasihat yang menyentuh jiwa.

Sehingga seorang sahabat berkata: “Ya
Rasulullah seakan-akan ini adalah wasiat
terakhir darimu.†Maka Baginda SAW
bersabda yang bermaksud: “Seandainya
kamu semua memahami seperti aku
memahami, sudah tentu kamu lebih banyak
menangis dan sedikit tertawa dan kalian
akan keluar menuju ke padang pasir
sambil berseru meminta tolong kepada
Allah. Mintalah kepada-Ku, mintalah
kepada-Ku!†(Hadis riwayat al-Tirmizi).
Mereka menutupi wajah seraya menangis
mendengar sabda Rasulullah SAW itu.

Mungkin kita sudah memiliki rasa takut
kepada Allah hari ini tetapi bolehkah
kita menjamin ia berkekalan hingga kita
mengadap-Nya? Jiwa manusia sentiasa
berubah mengikut arus menyebabkan ia
hilang rasa sensitiviti ketakutan sebenar.

Antara punca manusia hilang rasa takut
kepada Allah ialah menganggap remeh
terhadap dosa dan maksiat, lalai dengan
dunia akibat terpengaruh oleh pergaulan
bebas dan hatinya sememangnya bebal.

Manakala, tanda bagi mereka yang takut
kepada Allah menurut Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyah ialah: “Orang yang takut pasti
segera mengerjakan kebaikan sebelum maut
menjemput dan sentiasa mengisi waktunya
dengan kebaikan dan ketaatan.â€

Bagaimana menimbulkan rasa takut kepada
Allah?

# Menguasai dengan sepenuh jiwa kalam
Allah dan sabda Rasul-Nya. Proses
mentarbiyah diri sendiri harus berjalan
sepanjang masa hingga ajal menjemput
kita. Hanya ilmu yang hidup di dada
membuahkan rasa takut kepada Allah.

Sumber segala ilmu adalah al-Quran dan
hadis Rasulullah SAW. Membaca dan
merenungi keduanya membuat hati menjadi
lembut dan rela ditunduk. Ibnu al-Jauzi
pernah berkata: “Demi Allah, seandainya
seorang mukmin yang berakal membaca
surah al-Hadid, penghujung surah
al-Hasyr, ayatul Kursi dan surah
al-Ikhlas nescaya kalbunya terpecah
kerana takut kepada Allah dan tersentak
kerana kebesaran dan kekuasaan Tuhannya.â€

Bagaimana mungkin orang yang menghindari
nasihat ulama dan benci kepada majlis
ilmu memiliki rasa takut (khasyah). Jiwa
tanpa agama adalah umpama seorang sudah
tercabut roh daripada jasadnya. Dia
hidup tetapi mati.

Maha Benar Allah dengan firman-Nya yang
bermaksud: “Sesungguhnya yang takut
kepada Allah daripada kalangan
hamba-hamba-Nya ialah mereka yang
berilmu (ulama).†(Surah Al-Fathir, ayat 28 )

Dalam hal kecintaan, ketundukan dan
ketakutan kepada Allah, kita disuruh
menjadikan Rasulullah SAW sebagai
teladan. Baginda bersabda yang
bermaksud: “Aku adalah orang yang paling
mengetahui di antara kamu mengenai Allah
dan aku adalah orang yang paling takut
kepada-Nya.†(Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

# Membandingkan diri kita dengan orang
yang sudah diselamatkan oleh Allah.
Apakah amal salih kita sama banyak
dengan mereka? Atau jauh ketinggalan
berbanding mereka? Tetapi sayang, bukan
semua orang boleh selamat. Tidak semua
orang menjadi pilihan Allah. Adakah kita
layak menjadi salah seorang daripada mereka?

Berapa ramai orang yang beramal tertolak
segala amalnya dan orang yang berilmu
tertipu oleh kedudukan dan ilmunya?
Hanya yang Allah kehendaki terselamat
daripada seksaan. Allah berfirman yang
bermaksud: “Dan jika Kami menghendaki,
nescaya kami beri tiap-tiap jiwa
petunjuk (baginya). Akan tetapi telah
benar ketetapan dari-Ku: Sesungguhnya
akan Aku penuhi neraka jahanam itu
dengan jin dan manusia.†(Surah
Al-Sajadah, ayat 13)

# Memikirkan nasib diri ketika mati,
hari kebangkitan dan hari penghisaban.
Orang yang sebati jiwa dan raganya
dengan kehidupan dan kenikmatan dunia
mudah terlupa bahawa satu masa nanti
semua itu akan dipisahkan daripadanya.
Kenikmatan itu lenyap sekelip mata dan
menjelmalah ruang dan waktu asing dan
menyeksakan.

Di kalangan manusia ada yang menunggu
hari perjumpaan dengan Allah Taala dan
berharap diterima dengan reda. Dalam
pada itu, ramai juga yang benci
mengingati mati. Jangankan hendak
bersedia menghadapi detik sakaratul
maut, saat Allah Taala menyembuhkan
dirinya daripada sakit suatu masa dulu
pun sudah tidak sudi diingat lagi.
Ketika susah Allah tempatnya mengadu,
ketika senang lupa akan pertolongan-Nya.
Begitu hebatnya ujian dunia mengaburi
mata hati manusia.

Dalam hadis kudsi, Allah Taala berfirman
yang bermaksud: “Demi keagungan dan
kebesaran-Ku. Aku tidak akan menghimpun
dalam diri seorang hamba dua rasa takut
dan dua rasa aman. Apabila dia takut
kepada-Ku di dunia nescaya Aku akan
memberikan keamanan kepadanya pada hari
kiamat, dan apabila dia merasa aman
(daripada Seksa-Mu) di dunia, nescaya
Aku akan membuatnya takut pada Hari
Kiamat.†(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Penulis bertugas di Pejabat Mufti Sarawak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MasyiraProfil   Hantar PM kepada Masyira   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099651 saat. Lajunya....