Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-05-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 71 hari yang lalu
al-biruni03: 100 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: KESAMARATAAN HAK : LELAKI & PEREMPUAN ( Gender Equality )


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» KESAMARATAAN HAK : LELAKI & PEREMPUAN ( Gender Equality )

Please Mendaftar To Post


Oleh KESAMARATAAN HAK : LELAKI & PEREMPUAN ( Gender Equality )

Masyira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.10.2005
Ahli No: 20190
Posting: 66
Dari: IIUM

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-06-07 13:17


Isu tuntutan kesamaratan hak oleh wanita
dalam kehidupan pernah dialungkan begitu
hangat di suatu ketika dahulu,
terutamanya di ketika Amina Wadud cuba
menggemparkan dunia Islam dengan menjadi
imam solat Jumaat bagi lelaki. Tidak
dinafikan, ia masih lagi mempunyai
pendokong dan penyokong yang ramai,
mungkin juga bertambah ramai hari demi
hari, tahun demi tahun, selari dengan
melebarnya keterhakisan ilmu Islam dalam
diri wanita Islam dan masyarakat. Selari
juga dengan terhakisnya keyakinan
terhadap kebijaksanaan Allah SWT
mengatur alam ciptaanNya sendiri.

Setitik ilmu yang diperolehi dari
universiti dan pembacaan, beberapa
kejayaan duniawi di medan kerjaya dan
universiti menjadikan terdapat para
wanta yang tertipu dengan kebijaksanaan
aqal mereka. Tanpa sedar, ada yang
menyangka aqalnya lebih bijak dari hukum
yang telah digazetkan di dalam Al-Quran
dan Al-Hadith. Dijadikan hujah-hujah
aqal dan hak asasi sebagai hujah meraih
simpati dan sokongan lebih ramai masyarakat.

Sebahagian yang lain pula menafikan
mereka menolak hukum quran dan hadith,
tapi yang mereka cabar dan tolak adalah
pentafsiran para ulama dari kalangan
lelaki yang 'berat sebelah' menurut mereka.

Sebahagian hujjah aqal yang disertakan
pula amat biadap terhadap Allah SWT dan
Rasulullah SAW. Seperti mengatakan hukum
Islam berat sebelah kerana di fahami
dari aqal seorang lelaki iaitu Muhammad
dan diteruskan oleh para sahabat baginda
dan seterusnya para ulama Islam yang
majoritinya dari kalangan lelaki.

Sebelum itu, ketahuilah Islam telah
menaikkan taraf wanita dengan begitu
tinggi terutamanya jika dibandingkan
dari apa yang berlaku sebelum Islam dan
juga apa yang ada di barat hari ini.
Tiada perbezaan untuk meraih syurga
Allah dalam banyak perkara, Cuma ada
beberapa amalan yang dilaksanakan dalam
bentuk berlainan, tetapi hasilnya dan
penerimaan Allah SWT tetap sama iaitu
berdasarkan kualitinya.

Kedua-dua lelaki dan wanita diperintah
untuk menuntut ilmu. Kedua-duanya equal
dalam hal ini. Kedua-duanya diperintah
solat dan puasa, cuma sedikit keringanan
diberi kepada wanita dan beberpaa
perbezaan semasa pelaksanaannya.
Walaubagaimanapun, ia langsung tidak
mengurangkan peluang wanita untuk meraih
syurga Allah dan seluruh nikmatNya.

وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتَ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ
مُؤْمِنٌ فَأُوْلَـئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ

Ertinya : Dan barangsiapa yang melakukan
amal soleh dari kalangan lelaki dan
wanita dalam keadaan mereka beriman,
mereka itulah yang akan memasuki
syurga.." ( An-Nisa : 124 )

Insya Allah saya akan cuba mengulas isu
ini, diharapkan Allah SWT memberikan
ruangan waktu untuk saya menyiapkannya.
Sebagai muqaddimah ringan pembuka
perbincangan ini, elok kiranya dapat
diperdengarkan petikan rakaman video
saya ini. (rakaman ini dibuat sekitar
awal tahun 2005). Benar, ia bukanlah
hujjah yang kuat, ia cuma hujjah ringan
bersifat logik sahaja. Adapun
hujjah-hujjah yang lebih relevan akan di
sertakan kemudian, Insya Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MasyiraProfil   Hantar PM kepada Masyira   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 16:50


Kalau nak sangat tuntut hak sama rata, angkat senjata pergi berjihad lawan Israel kat Palestin tu...Perempuan tempatnya di rumah menguruskan rumahtangga...Bukanya keluar bekerja cari duit...Tu kerja orang lelaki...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 19:34


islam dah tetapkan hak masing-masing. tiada yang terlebih dan tiada yang kurang. islam telah lama memberi kesamarataan itu cuma kebanyakan kita yang nak lebih dari itu. cuba melampaui batas..

wallahua'alam


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 23-06-07 23:02


Assalamualaikum...
Adil bukannya sama rata....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 23:06


Assalamualaikum.

ana rasa islam itu dah adil dan saksama...sama rata..ada hak masing-masing...cuma terkadang kita yang tidak puas dengan kurniaanNYA...
antara muslimin dan muslimat samarata..

-------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 24-06-07 00:41


123

:-D


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-06-07 11:48


apa tu akhi??

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-06-07 16:29


Ya Allah.. selamatkanlah kami dari fitnah akhir zaman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-06-07 16:44


ameen

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 26-06-07 12:44


Assalamualaikum...
tiba-tiba ada iklan lah pula..oleh sailormoon...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 16:11


Pada 24-06-07 00:41 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

123

:-D



Aduh lah..mana lah pula dapat gambar tu..huhu..btw, dah habis exam? Ana last khamis ni..jumaat dan sabtu ada grooming dan pasal resume dan interview kat shah alam..mungkin semua kumpul sekali agaknya..


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 16:30


Pada 23-06-07 16:50 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau nak sangat tuntut hak sama rata, angkat senjata pergi berjihad lawan Israel kat Palestin tu...Perempuan tempatnya di rumah menguruskan rumahtangga...Bukanya keluar bekerja cari duit...Tu kerja orang lelaki...



Islam tak pernah malarang perempuan bekerja.
betul tidak?

Dalam berjihad pun, perempuan pun terlibat.
betul tidak?
cuba check ketelibatan muslimat dalam perang bersama-sama Rasullullah.


Pada ana isu ni tak pernah timbul dalam sejarah panjang umat Islam ketika Islam diterapkan selama hampir 1300 tahun.

Perkara ini hanya timbul dibarat yang mana sistemnya memang menindas perempuan, malah lebih teruk perempuan dianggap
sebagai pemuas nafsu semata.

Jadi realiti hari ini di dunia yang mana menerapkan sistem kapitalisme-demokrasi sememangnya hal semacam itu suatu perkara biasa.

Dan kebanyakan para ilmuan kita yang belajar dibarat mengadopsi pemikiran barat yang bertunjangkan sekularisme.


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

Masyira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.10.2005
Ahli No: 20190
Posting: 66
Dari: IIUM

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-06-07 16:42


Antum semua boleh dengar di sini...

Penerangan dari Ust.Zaharuddin
[ Telah diedit oleh: Masyira pada 26-06-07 16:44 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MasyiraProfil   Hantar PM kepada Masyira   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 08:10


Pada 26-06-07 16:11 , niza_ati posting:

!!! QUOTE !!!



Aduh lah..mana lah pula dapat gambar tu..huhu..btw, dah habis exam? Ana last khamis ni..jumaat dan sabtu ada grooming dan pasal resume dan interview kat shah alam..mungkin semua kumpul sekali agaknya..



Dapat kat sebuah laman web...Hihi...Saya punya exam dah lama habis...8 June hari tu...Alhamdulillah lulus... :-) ...Soft skill saya 11 & 12 June...Macam mana exam?Ok tak?


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 19:15


Pada 26-06-07 16:30 , farouks posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-06-07 16:50 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau nak sangat tuntut hak sama rata, angkat senjata pergi berjihad lawan Israel kat Palestin tu...Perempuan tempatnya di rumah menguruskan rumahtangga...Bukanya keluar bekerja cari duit...Tu kerja orang lelaki...



Islam tak pernah malarang perempuan bekerja.
betul tidak?

Dalam berjihad pun, perempuan pun terlibat.
betul tidak?
cuba check ketelibatan muslimat dalam perang bersama-sama Rasullullah.


Pada ana isu ni tak pernah timbul dalam sejarah panjang umat Islam ketika Islam diterapkan selama hampir 1300 tahun.

Perkara ini hanya timbul dibarat yang mana sistemnya memang menindas perempuan, malah lebih teruk perempuan dianggap
sebagai pemuas nafsu semata.

Jadi realiti hari ini di dunia yang mana menerapkan sistem kapitalisme-demokrasi sememangnya hal semacam itu suatu perkara biasa.

Dan kebanyakan para ilmuan kita yang belajar dibarat mengadopsi pemikiran barat yang bertunjangkan sekularisme.



Owh...Saya bukanya melarang wanita keluar bekerja...Cuma saya tak suka wanita tersebut terlalu mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan rumahtangga...Peranan wanita dalam sebuah rumahtangga sangat penting terutamanya dalam pendidikan anak-anak...Bila suami keluar bekerja, si isteri lah yang akan mengambil alih semua urusan di rumah...Kalau isteri terlalu mementingkan kerjaya, siapa lagi yang akan menguruskan rumahtangga?

Bagi saya tak salah kalau wanita keluar bekerja, tetapi dia perlu utamakan yang utama...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

pengembara707
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.12.2005
Ahli No: 21299
Posting: 70
Dari: di planet yang ketiga

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-07-07 00:50


hmm...teringat pada sesuatu ketika ada di golongan yang aktivist feminist di Malaysia kononnya memperjuangkan persamaan gender ini yang menggunakan surat khabar berbahasa Inggeris sebagai medium untuk mereka meluaskan agenda mereka...........

tapi sebelum ni biasa melihat lelaki bercukur @botak......... sekarang ni pula yang dulu dikatakan pro feminist ni beria-.a memalukan seorang wanita dengan menyuruh membotakkan kepala.......

lelaki botak tak jadi masalah........jika perempuan botak tanpa ada sebarang darurat???????hmm........

Bookmark and Share

    


  Member Information For pengembara707Profil   Hantar PM kepada pengembara707   Pergi ke pengembara707's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-07-07 00:53


bila tulih in english,semua bangsa boleh paham.kononnya standard high class lah bila tulih english.pasal ustat-ustat kan ke jarang balas balik in english..
laki pun patut tuntut hak supaya perempuan mengajar anak dia pasal Islam kat rumah.bukannya kerja lepas tu balik penat,abaikan anak-anak.macam mananya anak nak diserap dengan roh Islam.kalau yang ajar tu baguih lah....


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 01-07-07 00:55 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 01-07-07 01:05


betul apa yang masyira cakap.
tapi mungkin boleh diperbetulkan beberapa frasa yang mengguris hati para wanita seperti : ::wanita itu lemah::tempat perempuan di ceruk dapur::segala isi rumah adalah tanggungjawab perempuan untuk menguruskannya:: dan sebagainya

saya bukan feminisme (wal `iyazubillah)... tapi segala tanggungjawab perlu dipikul bersama, sama-sama merasa susahnya menguruskan sebuah rumah dan segala isinya. (tambahan jika wanita juga bekerja)

mungkin kita boleh bezakan antara adat kita (adatnye, perempuan tak belajar...macam zaman dlu2) dengan garis panduan Islam itu sendiri yang adil dan cantik ( tanggungjawab bersama membesarkan anak2---->kadang-kadang ini pun selalu terlepas pandang, betul tak?)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 01-07-07 05:44


Pada 01-07-07 01:05 , aymannur posting:

!!! QUOTE !!!

betul apa yang masyira cakap.
tapi mungkin boleh diperbetulkan beberapa frasa yang mengguris hati para wanita seperti : ::wanita itu lemah::tempat perempuan di ceruk dapur::segala isi rumah adalah tanggungjawab perempuan untuk menguruskannya:: dan sebagainya


Kenapa pulak...Adakah memasak, mengemas rumah dan sebagainya menguris hati wanita???



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muslim di dalam sahihnya meriwayatkan bahawasanya Asma’ binti Yazid bin As-Sakan .a. telah mendatangi Rasulullah s.a.w lalu dia berkata: Sesungguhnya saya ini utusan orang-orang di belakang sana dari jemaah wanita-wanita Islam, semua mereka mengatakan sama seperti kata saya, dan sama dengan pendapat saya; iaitu: Sesungguhnya Allah telah mengutuskan engkau kepada lelaki dan perempuan, kita semua telah beriman dengan engkau dan menuruti engkau. Dan kami kaum wanita serba kurang dan cacat, kami duduk di rumah. Dan sesungguhnya kaum lelaki melebihi kami dengan sembahyang Jum’at, menyaksikan jenazah, pergi berjihad. Dan apabila mereka keluar berjihad, kamilah yang memelihara harta benda mereka, apakah kita berkongsi dengan mereka dalam balasan, duhai Rasulullah?

Rasulullah s.a.w menoleh kepada para sahabatnya, seraya berkata: Adakah kamu dengar bicara seorang wanita yang bertanya soalan yang sungguh baik tentang agamanya dari perempuan ini? Para sahabat semuanya menjawab: Tidak ada, duhai Rasulullah! Maka berkata Rasulullah s.a.w.: Kembalilah, wahai Asma’, dan beritahukan wanita-wanita yang di belakang itu, bahawasanya kebaikan layanan salah seorang antara kamu terhadap suaminya, dan kesediaan mereka untuk mendapat keridhaannya, dan menurut apa yang diingini oleh sang suami itu, adalah menyamai semua yang engkau sebutkan tadi.

Maka Asma’ pun beredar dari situ dengan bertahlil dan bertakbir, kerana sangat gembira dengan keterangan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. tadi.

Kini jelaslah dari Hadis Nabi s.a.w yang mulia ini, bahawa pahala yang diterima oleh wanita dalam menyusun hal-ehwal rumahtangganya, mentaati suaminya, mendidik anak-anaknya adalah menyamai pahala seorang lelaki dalam berjihad serta kerja-kerja lain yang dibuat khusus oleh orang lelaki.

Sumber: Buku "Pendidikan Anak-anak menurut Islam" karangan Abdullah Nasih Ulwan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Nampak tak perempuan sekalian...Walaupun cuma jadi full time housewife yang mungkin di anggap kolot dan ketinggalan zaman oleh sesetengah orang, tapi besar pahalanya...Hak apa lagi yang hendak di tuntut???


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
[ Telah diedit oleh: sailormoon pada 01-07-07 06:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-07-07 09:37


kebanyakan orang yang berjaya pada masa kini adalah hasil didikan seorang ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-07-07 01:08


saya tak kata memasak dan sebagainya mengguris hati wanita. yang saya kata adalah

FRASA `CERUK`, `LEMAH`,...`

yang saya maksudkan adalah

FRASA YANG DIGUNAKAN

kalau semua orang pun masih gemar menggunakan frasa-frasa begini, memanglah para perempuan akan bertambah geram dan menentang.

maksud yang nak disampaikan sailormoon memang benar. tapi org len (bukan sailormoon) perlu jaga frasa-frasa yang digunakan. seboleh-bolehnya gunakan frasa atau perkataan yang lebih sopan da lembut untuk didengar.

perempuan hatinya lembut kan~

Bookmark and Share

    


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-07-07 01:34


`Kini jelaslah dari Hadis Nabi s.a.w yang mulia ini, bahawa pahala yang diterima oleh wanita dalam menyusun hal-ehwal rumahtangganya, mentaati suaminya, mendidik anak-anaknya adalah menyamai pahala seorang lelaki dalam berjihad serta kerja-kerja lain yang dibuat khusus oleh orang lelaki.`

contoh ayat kat atas tu dikategorikan sebagai sopan.

Saya lebih suka hal sebegini dibincang sesama kaum hawa juga. sebab kaum hawa sendiri lebih memahami. (ada kaum adam kat sini?) maksud saya, perempuan yang faham dan tahu tjawab dia, perlu nasihati pemprn yang belum faham, dan ada pengaruh feminisme. (mudah bukan?)

tak perlu berbalah, kita dijalan yang sama. (to sailormoon)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  


posticon Posting pada: 03-07-07 01:52


emansipasi wanita..dah menular sekarang ini??adakah kredibiliti kaum lelaki tercabar???

Bookmark and Share

    


  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

insan232
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18097
Posting: 72
Dari: malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 31-07-07 14:03


manusia takkan pernah cukup dengan apa yang ada, tu lah punca jadi macam ni... dah jelas tentang peranan masing-masing, tapi masih nak mencabar, kononnya tak adil... islam bukan matemtaik 1=1, islam itu secara 'total'(guna omputih sikit)... bila setiap org tahu peranan masing-masing, takkan ada lagi isu begini...

kiasan atau gambaran yang mengatakan wanita itu lemah, hanyanyalah dakyah org kita... lemah ke wanita boleh mengadung 9 bulan dan melahirkan anak?

lelaki adalah pelindung dan pemimpin wanita, jadi tidak boleh disalahkan wanita jika mereka tidak menurut agama, dimana tanggungjawab lelaki? (saya yang bercakap pun lelaki). tapi jika sudah dididik dan wanita memilih untuk tidak taat, disinilah yang dikatakan kuasa Allah, hanya DIA yang memberikan hidayah kepada umat-Nya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For insan232Profil   Hantar PM kepada insan232   Quote dan BalasQuote

nurainzakiah_my
Warga Rasmi
Menyertai: 15.04.2006
Ahli No: 24201
Posting: 17
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 31-07-07 15:04


mm setuju dengan insan232.. manusia memang tak pernah cukup dengan apa yang ada.. dipersoalkan tentang keadilan padahal ALLAH ITU MAHA ADIL..

tercipta wanita dari rusuk lelaki..
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjungi
tapi dekat dibahu untuk dilindungi
dekat jua di hati untuk dikasihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainzakiah_myProfil   Hantar PM kepada nurainzakiah_my   Quote dan BalasQuote

kulidakwah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.01.2007
Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-07-07 15:09


dalam membicarakan hal ini...ISLAM sebenarnya sangat adil terhadap kaum wanita...adil yang di maksudkan adalah meletakkan sesuatu hak pada tempatnya..contah,seorang ayah mempunyai 2org anak,lelaki seorang dan perempuan seorang,si ayah membeli baju perempuan pada anak perempauan,dan baju lelaki pada anak lelaki,dan harga kedua2 pasang baju adalah berbeza,itulah adil,bukan kedua-duanya baju yang sama

antara kebijaksanaan ALLAH ialahpenciptaan manusia yang terdiri dr lelaki dan perempuan dengan ciri-ciri keistimewaan mereka tersendiri dan saling memerlukan antara satu sama lain,dalam al-Quran,Allah telah menganjurkan agar lelaki dan perempuan saling bekerjasama antara satu sama lain dalam perkara yang boleh mendatangkan kebaikkan dan melarang dalam perkara yang mendatangkan keburukkan.

ramai pejuang2 "keadilan" di negara ini secara lantang mengkritik ketidakpuasan hati mereka terhadap kedudukan wanita dalam Islam,sebagai contoh isu faraid(pembahagian harta pusaka),mengapa lelaki dapat lebih sedangkan wanita hanya 1/3? jika di teliti semula,wanita tidak wajib menyara keluarga andai kematian suami atau ayah,tetapi kewajipan adalah pada lelaki,bila sesuatu kematian berlaku,maka saudara lelaki lah yang perlu menanggung saudara perempuan tadi,tetapi dalam undang2 kekeluargaan sivil,jika wanita itu berkahwin dan kematian suami,wanita wajib menanggung anak2nya,tapi dalam Islam tidak,kewajipan itu jatuh kepada datuk dan saudara2 lelaki...

begitu juga dalam masalah cerai...sebenarnya suami hanya ada sahaja kuasa,iaitu talak,tetapi wanita boleh mencerai(fasakh) suami dengan hampir lebih 20 sebab,cuma pergi jbtn agma,isi borang fasakh yang berharga rm1,dah boleh cerai org laki....hak keistimewaan pada wanita dalam Islam sangat banyak...

daripada Ibn Abbas,seorang gadis dara datang kepada nabi memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka,maka Nabi memberi pilihan kepadanya(sama ada meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani)
dalam sahih Bukhari,dalam Bab Iza Zauwaja Ibnatahu wahiya karihah fanihuka mardud "apabila seorang ayah mengahwinkan anak perempuannya,sedang anak itu tidak suka,maka perkahwinan itu di tolak..tetapi org melayu kita sangat terikat pada mazhab syafie sehingga membiarkan seorang ayah memaksa anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang tidak di sukainya...Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah berkata " siapa tahu jika al-Syafie masih hidup di zaman kita dan melihat kemajuan yang di capai oleh anak gadis pada hari ini,sehingga mereka mampu menilai lelaki yang datang meminang mereka,atau mereka kahwin tanpa kerelaan mereka sehingga rumah tangga menjadi kucar kacir,barangkali al-Syafie melihat hal ini dia pasti akan mengubah pendapatnya seperti mana beliau mengubah pendapatnya yang lain-lain" (al-Qardhawi,al-Fatawa al-Mu'asarah,337-338,Beirut: Dar Ulil al-Nuha)

pada zaman Nabi,isteri thabit bin qais datang menemui baginda lalu berkata: "wahai Rasulullah. Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. namun aku membenci kekufuran dalam Islam" maka baginda menjawab " mahukah engkau mengembalikan kebunnya"? jawabnya "ya", lalu rasulullah bersabda kepada thabit; ambillah kebunmu dan talaklah dia (Riwayat al-Bukhari)

ingin di nyatakan di sini tidak tmbul masalah kurangnya hak sehingga mahu di samaratakan antara lelaki dan wanita,dalam sejarah dunia,dan di akui oleh tokoh2 sarjana bukan ISLAM bahawa Islam lah agama yang membela nasib kaum wanita sehingga wanita mendapat yang sewajarnya..


-----------------
-aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-


Bookmark and Share

    


  Member Information For kulidakwahProfil   Hantar PM kepada kulidakwah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127167 saat. Lajunya....