Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-05-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55

  Yang Masuk Ke Sini
Abdullah: 22 hari yang lalu
muslimin23: 25 hari yang lalu
MTMKi: 38 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 51 hari yang lalu

Jejak Sekolah
Topik: Calon perlu bijak pilih kursus di IPTA

Carian Forum

Moderator: Administrator, immad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Sekolah
    »» Calon perlu bijak pilih kursus di IPTA

Please Mendaftar To Post

Oleh Calon perlu bijak pilih kursus di IPTA

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 21-06-07 18:40

KITA percaya sebahagian besar 40,116 pelajar yang menerima tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi pengajian 2007/08 sedang membuat persiapan untuk bergelar mahasiswa.

Bukan mudah untuk merebut tempat bagi mengikuti pengajian ijazah pertama di IPTA tempatan yang jumlahnya tidak sebanyak institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Mereka bukan sahaja perlu cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan asasi yang diambil, malah mesti aktif dalam kokurikulum - barulah dapat masuk universiti awam negara ini yang cukup dipandang tinggi oleh masyarakat.

Malangnya, sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, rungutan tetap kedengaran apabila ada pelajar cemerlang dalam akademik yang tidak ditawarkan pengajian ijazah pilihan mereka di universiti idaman.

Kita faham hak dan impian pelajar yang cemerlang dalam akademik ini untuk mengikuti pengajian berprestij pilihan mereka di universiti idola sejak di bangku sekolah.

Sebab itu Kementerian Pengajian Tinggi mewujudkan satu garis panduan bahawa kejayaan seseorang calon mengikuti pengajian di IPTA bergantung kepada nilai merit dalam akademik dan kokurikulum serta program pengajian yang dipilih.

Justeru jangan terkejut jika merit dalam akademik dan kokurikulum tidak begitu tinggi, mereka sebenarnya berhadapan kemungkinan besar tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian yang dimohon.

Ini kerana pada masa sama, mungkin terdapat calon yang mempunyai merit akademik dan kokurikulum yang lebih tinggi, turut memohon kursus serupa di universiti yang sama.

Terdapat juga kecenderungan calon untuk memohon IPTA yang popular sahaja menyebabkan mereka juga berhadapan persaingan hebat.

Ia akan menjadi lebih buruk apabila akhirnya calon berkenaan langsung tidak menerima sebarang tawaran daripada IPTA terbabit, siapa yang rugi?

Bagi calon ini cukup malang kerana ketika rakan-rakan lain sudah pun bersiap-siap untuk menjejakkan kaki ke menara gading, dia terpaksa pula membuat rayuan.

Justeru mereka yang mendapat tawaran ke IPTA tetap wajar bersyukur meskipun ditawarkan kursus bukan idaman.

Kita yakin Kementerian Pengajian Tinggi sangat menyayangi golongan bijak pandai ini yang bakal mewarisi negara pada masa depan.

Sebab itu kementerian tetap menawarkan mereka pengajian ijazah pertama di luar pilihan calon tetapi tetap mirip dengan pilihan mereka jika terdapat kekosongan.

Oleh itu amat penting pada masa akan datang calon-calon bijak memilih pengajian yang ditawarkan serta IPTA yang menjadi pilihan mereka

Bookmark and Share

  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 18-10-07 23:54

pelajar masa kini perlu bijak untuk memilih dan mendalami ilmu yang diperlukan pada masa kini...berminat saja belum cakap...tidak semua kursus yang ditawarkan di ipta betul-betul memenuhi kehendak pasaran pekerjaan....oleh itu,selain memikirkan tuntutan ilmu pengetahuan dan minat,pr pelajar perlu memikirkan kehendak psrn masa kini...jangan setelah berhempas pulas selama 3 hgg 4 tahun du ipta,setelah memasuki peringkat pekerjaan anda menyesal kerana kursus yang anda dalami tidak memenuhi kehendak psrn...oleh itu,cuba fkrkan langkah lain yang dapat menyokong anda di kemudian hari... :-)

Bookmark and Share

  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 19-10-07 00:00

Assalamualaikum
mmm...nampaknya dah lepas zaman tu....:bye:

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

cahaya_hatiku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31094
Posting: 217
Dari: serambi mekah...

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 19-10-07 01:33

buatlah keputusan betul-betul dan manfaatkan masa muda dengan mencari ilmu allah..

Bookmark and Share

  Member Information For cahaya_hatikuProfil   Hantar PM kepada cahaya_hatiku   Quote dan BalasQuote

nuwol
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.10.2007
Ahli No: 31420
Posting: 46
Dari: melaka

Melaka   avatar

posticon Posting pada: 19-10-07 01:44

!!! QUOTE !!!

mmm...nampaknya dah lepas zaman tu....

samelah..dah lepas zaman tu..zaman kerja pulak.. :-P
kepada adik2ku...
carilah ilmu sebanyak yang mungkin..
pilih kawan-kawan yang baik dan susah senang bersama..
pilih kos yang betul-betul kita minat..
jangan putus asa...
belajar kerana Allah...
chaiyo!chaiyo! :-P

Bookmark and Share

  Member Information For nuwolProfil   Hantar PM kepada nuwol   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 19-10-07 08:00

erm, teringat zaman dulu... zaman nak memilih kursus

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

fiera_mz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.10.2007
Ahli No: 31386
Posting: 299
Dari: Sg.Petani

Kedah  

posticon Posting pada: 19-10-07 08:52

xsmstinye dapat 1st choice
so watla pilihan yang bijak
yang bersedia menerima takdir dr Allah~~

-apa-apa pun..bersyukurlah seadanye dengan rezeki yang ada-
:)

Bookmark and Share

  Member Information For fiera_mzProfil   Hantar PM kepada fiera_mz   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 19-10-07 11:59

Pada 19-10-07 01:44 , nuwol posting:

!!! QUOTE !!!

samelah..dah lepas zaman tu..zaman kerja pulak.. :-P
kepada adik2ku...
carilah ilmu sebanyak yang mungkin..
pilih kawan-kawan yang baik dan susah senang bersama..
pilih kos yang betul-betul kita minat..
jangan putus asa...
belajar kerana Allah...
chaiyo!chaiyo! :-P

alamak...Kenapa sama....... :malu:

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  

posticon Posting pada: 19-10-07 12:24

Assalamualaikum

baik baik..
terima kasih ya...
arigato gozaimas...
yang dah kerja tu terus kan kerja...
jangan p kerja buat benda lain..(mengadap internet)
huhuhuhuhuu....

:-D :-D

Bookmark and Share

  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 19-10-07 13:25

jangan dok fikir janji dapat masuk U....anda belakang hari...fhm2 lah

Bookmark and Share

  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

ct_sumayyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 418
Posting: 201
Dari: Negeri Sembilan

NegeriSembilan  

posticon Posting pada: 19-10-07 14:29

dulu pun saya pening fikir nak pilih kursus sesuai..dulu belajar alirans sains, tapi dapat kursus business...menarikk juga sebab kita belajar benda baru..3tahun buat diploma, then smabung 2 tahun lagi untuk degree finance..alhamdulillah sekarang da kerja...teringat pulak zaman2 belajar dulu..rindunya....

Bookmark and Share

  Member Information For ct_sumayyahProfil   Hantar PM kepada ct_sumayyah   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 19-10-07 15:17

jangan jadi macam saya dah.... saya dah salah pilih kos... akhirnya diri terkapai-kapai...pilih yang kena dengan minat dan permintaan pasaran kerja...jangan main syok sendiri saja

-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::

Bookmark and Share

  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 19-10-07 15:59

Pada 19-10-07 15:17 , mihar123 posting:

!!! QUOTE !!!

jangan jadi macam saya dah.... saya dah salah pilih kos... akhirnya diri terkapai-kapai...pilih yang kena dengan minat dan permintaan pasaran kerja...jangan main syok sendiri saja

Salam. Betul cakap mihar. jangan syok sendiri. Pilih course yang realistik dan sesuai dengan keputusan exam.

-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"

Bookmark and Share

  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 19-10-07 16:07

salam alaik..
erm.. bila dah habis exam SPM.. STpm.. au DIploma..
mesti fenin nak fikir.. kursus apa nak ambik.. :-? :-?
berlambak broshures sampai rumah..naik penuh peti surat..
:sopan:

ok.. ana nak kongsi pengalaman..
ana kerja di bhg taklimat kursus..untuk sijil..dip..HNd..degree.
juga handle bhg pinjmn pendidikan MARA/ PTPTn..
bhg kemasukan pelajar..

ana boleh simpulkan 2 khusus
iaitu kursus kritikal & kursus bukan kritikal..
cabang lain.. bidang bidang sains & bidang sastera

bagi bidang sastera.. yang paling kritikal..
akaun/undang-undang/perniagaan

bagi bidang sains.. yang paling kritikal..
doktor-farmasi..etc/enggineering

kalau anda di bidang sastera.. anda akan lebih cenderung ke
arah sastera.. mumkin bhg bisness..dll..

begitu juga kalau anda di aliran sains.. lebih cenderung ke
arah sains lah..hehe..

tapi, ana boleh confirm... memang ada segelintir pelajar yang dalam
aliran sains.. kadangkala minat ke sastera.. contoh minat akaun..
terpaksa ke kelas sains..

begitu juga dengan pelajar yang minat akaun..
dll terpaksa memasukkan diri
ke dalam kelas sains..

biasalah... manusia.. memang macam-macam ragam..
kadangkala ana handle kes.. student aliran sastera..
tapi.. berIYA-riya nak masuk sains stream.. contoh more to medic..

masalah the problem yang ana lihat..
pelajar kurang diberi pendedahan.. tentang kerjaya dll seawal
tingkatan 4..sewajarnya.. sebelum masuk atau di awal tingkatan 4..
boleh fokus bagi taklimat kerjaya bagi memudahkan pelajar pilih bidang yang diminati..

pihak sek..main sumbat saja pelajar yang cemerlang ke sains..
dan yang kurang cemerlang ke kelas sastera..
dengan tujuan nak jaga imej sek..dll..

hatta.. kelak kadangkala pelajar yang tak minat sesuatu bidang..
menyebabkan keputusannya terukss..eemmm..

:oops: :-?

ok.. berbalik pada bidang yang kurang kritikal
sumber manusia(hari), pengajian sosial, linguistik, hospitaliti,
pembangunan manusia,dll..

pada yang ambil bidang ni.. ni hanya kajian yang tak seberapa ana buat.. bidang kerja kurang luas.. (hari) luas juga..hehe..
cuma kadangkala kesusahan mendapat kerja...
bagi kursus-kursus yang tidak kritikal ni..

peluang kerja.. bila dilihat sebenarnya.. memang banyak..
banyak sangat.. tapi Kenapa MAHASISwa/Wi menganggur..
banyak faktor.. sebab musabab nya..

*komunikasi-b.inggeris
*kemahiran..pengalaman..
* memilih kerja pun satu hal..

bagi pemegang HND-higher national diploma..
anda memegang HND yang value..
so, keputusan di tangan anda.. untuk smbung degree or kerja dahulu..
kemudian sambung degree part time / full time..

begitu juga diploma holder.. kena fikirkan.. kalau setakat ada diploma..senang ke nak dapat kerja..??
ana war-warkan sambunglah degree..

pada yang degree holder.. jom lah kita sambung master..
ehhe.. pesanan ni pada ana..
insyaallah.. akan smbung master..
:-D

jadi, konklusinya.. pilihlah bidang yang kritikal..
dalam tmpoh pengajian anda 3/4 tahun..
adakah peluang kerjaya tersebut cerah atau suram..

ipta / ipts masing-masing ada kelebihan.. kekurangan..
jika ipTS.. kaji dulu.. sama ada sijil..dip..etc dari ipts
tersebut.. ada VALUE atau sebaliknya..
kadangkala hanya gah namanya.. tapi...:roll:

the choice is yours.. :-? :-? :-?

wallahu'alam..

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 19-10-07 16:09

panjangnye kuliah... best betul

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 19-10-07 16:12

Higher National Diploma tu apa?

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 19-10-07 16:37

HND- diploma tinggi..
sama taraf dengan ijazah sarjana am..

HND ni daripada UK-united kingdom..
bukan ulu kelam.. ulu kenas ye..hehe..

HND more praktikal 70% praktikal 30 teori..
memang tak banyak ipts di malaysia ni ada HND..
boleh dibilang..

then HNd juga ada level dia..
sama ada EXCELLENT vs GOOD..
so.. legenda group of colleges get EXcelletn for ITP..

erm.. one more..
HND dari Business & Technology Education Council (BTEC),
more info explore

info courses

degree courses from UEL for part time / full time
;-) :-? :roll:

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 19-10-07 16:42 ]

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 19-10-07 16:39

HND ni ada kursus apa?

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 19-10-07 16:49

ambui.. daeng ni.. ni ana kena bagi taklimat face to face ni..
hehe..

kalau dahulu..pihak MARA banyak hantar pelajar malaysia ke luar negara..
namun, kita dikurangkan atas sebab tertentu..

so, HND ni kursus LUAR negara.. kalau di KKL-kumpulan.kolej legenda
kursus ini dapat TAJAan bantuan pinjaman MARA.
hanya HND sahaja yang dapat MARA..

ana listkan sikit..
HND IN CONSTRUCTION (QUANTITY SURVEYING)
HND IN CONSTRUCTION (ARCHITECTURAL DESIGN)
HND IN MECHANICAL ENGINEERING
HND IN CIVIL ENGINEERING
HND in ELECTRICAL & ELECTRONIC ENGINEERING
HND IN INFORMATION TECHNOLOGY
HND IN COMPUTING (SOFTWARE ENGINEERING)
HND IN BUSINESS

more info.. boleh explore.. au pm ana..
ok.. wassalam...
:-D ;-)

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 22-10-07 10:22

Assalamualaikum
tak silap saya...kolej legenda ada menawarkan HND ni...yang kat mantin tu kan...eh..ke kat labu...dulu ada dia offer adik saya..tapi, course dia punya biaya...mahal woo...terus tak jadi nak join...memang nampak bagus..saya pun anjurkan...tapi, kena lihat kemampuan..orang macam family saya..tak berapa mampu..jadi, adik saya terpaksa ambil diploma saja...

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

quratulbalqis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30090
Posting: 47
Dari: sErEmbAN

malaysia  

posticon Posting pada: 06-12-07 14:18

SALAM..em,sampai sekarang masih dok pening memikirkan pasal course apa yang nak dipilih masa kat ipt nanti..em.confuse2..kalau salah pilih,merana sampai ke tua..tension2,kebetulan peluang pekerjaan kat malaysia sekarang semakin membingungkan..(tension vs confuse)

Bookmark and Share

  Member Information For quratulbalqisProfil   Hantar PM kepada quratulbalqis   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 06-12-07 15:03

Pada 06-12-07 14:18 , quratulbalqis posting:

!!! QUOTE !!!

SALAM..em,sampai sekarang masih dok pening memikirkan pasal course apa yang nak dipilih masa kat ipt nanti..em.confuse2..kalau salah pilih,merana sampai ke tua..tension2,kebetulan peluang pekerjaan kat malaysia sekarang semakin membingungkan..(tension vs confuse)

betul... fikir lah sebaik-baiknya... ambil lah course yang demand dan selalu ada peluang di mana-mana... contohnya business ke, accounts ke, human resource ke, mass comm ke, management, economics... kalau nak ambil engineering, ambil yang demand punya. macam electrical, civil, mechanical, chemical...

kalau nak jadi cikgu, baik terus ambil pendidikan. tak payah lah nanti minta kpli ke, dpli ke...

tu lah dia sedikit nasihat. fikir lah lek lok.... agar tidak menyesal di kemudian hari... huhu...

err, bagitau lah quratulbalqis aliran apa waktu SPM dan matriks?

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

quratulbalqis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30090
Posting: 47
Dari: sErEmbAN

malaysia  

posticon Posting pada: 07-12-07 09:05

ANA BARU LEPAS SPM..ANA BUDAK SCIENCE STREAM.. ANA ADA MOHON MATRIKS WALAKIN MASIH TERCARI2 sama ada NAK TERJUN DALAM LAPANGAN BIOLOGI/PHYSICS/AKAUN MASA kat MATRIKS NANTI..ANA TAKUT KALAU BIDANG yang ANA TERJUN NANTI SUSAH NAK DAPAT KERJA :-? :-? :roll:

-----------------
in islam there is no word for hands up,there are only 2 things,win as a mujahid or dia as a syahid

Bookmark and Share

  Member Information For quratulbalqisProfil   Hantar PM kepada quratulbalqis   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 07-12-07 15:11

ooo... kalau ambil aliran sains fizikal, awak nanti boleh ke kejuruteraan yang demand sekarang. boleh juga jadi cikgu. boleh ambil fizik nanti dan jadi ahli fizik. boleh ambil elektrik, elektroniks. boleh ambil aliran sains komputer... boleh jadi research assistant kalau nak sambung lagi ke peringkat masters atau phd.

kalau ambil sains biologi, nak jadi doktor, atau apa-apa kursus yang berkaitan bidang perubatan seperti farmasi, bioperubatan (duduk makmal kaji virus). boleh juga ambil bioteknologi yang demand juga sekarang. boleh juga untuk sambung ke peringkat masters atau phd. kalau ambil sains biologi, nanti akan boleh masuk ke mikrobiologi, ekologi, bioinformatics dan lain-lain.

kalau nak yang senang dapat kerja, ambil bidang akaun dan bidang cikgu, mesti dapat kerja. :-D berlambak-lambak kekosongan....

yang akaun tu sebab ia menjurus pada business dan ekonomi. mana-mana pun banyak peluang. juga banking and marketing.... marketing, huh,, pun berlambak.

Bookmark and Share

  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

quratulbalqis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30090
Posting: 47
Dari: sErEmbAN

malaysia  

posticon Posting pada: 10-12-07 10:56

Pada 07-12-07 15:11 , syahidatul posting:

syukran,ana rasa minat ana lebih kepada fizik agaknya,tapi kadang-kadang timbul rasa minat pada biologi..tu lah ana pening nak pilih course..actually,favourite subject is chemistry..hehe,pening nak tentukan minat yang sebenarnya..ikutkan hati nak ambil course yang ada kaitan dengan ketiga2 subjek sebab ana tak tau minat ana..bagaimana ye? :-D :-P

-----------------
in islam there is no word for hands up,there are only 2 things,win as a mujahid or dia as a syahid

Bookmark and Share

  Member Information For quratulbalqisProfil   Hantar PM kepada quratulbalqis   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 11-12-07 07:35

Pada 10-12-07 10:56 , quratulbalqis posting:

!!! QUOTE !!!

syukran,ana rasa minat ana lebih kepada fizik agaknya,tapi kadang-kadang timbul rasa minat pada biologi..tu lah ana pening nak pilih course..actually,favourite subject is chemistry..hehe,pening nak tentukan minat yang sebenarnya..ikutkan hati nak ambil course yang ada kaitan dengan ketiga2 subjek sebab ana tak tau minat ana..bagaimana ye? :-D :-P

wah wah semua pun minat? kalau macam tu, lihat pula personaliti diri nakkan kerja jenis yang macamana dan bidang tugas yang seperti mana nanti? lihat juga pada kesesuaian diri...

untuk ini, saya cadang quratulbalqis usha-usha semua iklan kerja yang ada... boleh nampak sikit kerja jenis apa yang quratulbalqis nak...

harap-harap boleh lah jadi petunjuk untuk memilih bidang apa sebagai kerjaya quratulbalqis..

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  

posticon Posting pada: 11-12-07 09:00

minat memang memainkan peranan penting kalau nak buat apapun..dulu saya pun minat chemistry time spm,siap score lagi..eheh..sekali time matrix ampeh,fizik pula yang ok,that's why i went for engineering..

sekarang ni tetapkan apa goal quratulbalqis in the future..macam saya,dulu nak jadi aeronautic engineer,sekali pointer tak best,so terjun ke electrical (ayah tak bagi ambil mechanical huhu).very fortunate to me,i was in mechatronic and robotic department,so during 4 years of my study,i was determined to b an xpert in robotics industry,siap join team robot kat kolej dulu..last2 jadi researcher (bound to b huhu) in electronics :oops: well,we wont have everything in the world :-)

the thing is,be prepared of all consequences.mungkin kita tak dapat or tak sure which or what exactly suit us well,just try to relate in nowadays' job market.tak semestinya engineering student become engineer afterwards,maybe he's destined 2b a successful businessman?who knows :berfikir: bijak ambil setiap peluang yang ada.b creative..

sebagai budak engine :-D saya nasihatkan,if balqis terfikir nak further in engineering,u must b strong in mathematics,really strong..especially electrical eng..biotech pun market tengah naik ni,gara-gara neg kita dah masuk ke fasa neg pertanian balik ni..biotech = fizik+bio..play your strengh girl :kelip:

kalau serabut,tak tau nak buat pilihan,buat istikharah..tapi sebelum tu search dan gain as much as informations u could get in everything that might interest u..good luck :-)

-----------------
p(^_^)q
gambaru!!

Bookmark and Share

  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 11-12-07 09:21

kalau sesiapa nak melibatkan dr dalam bidang sains komputer ataupon it ini,pastikan anda betul-betul yakin dan tetapkan matlamat anda setelah habis belajar nanti...sekarang ini lpsn sains komputer dan it makin berlambak dan boleh dikatakan pasaran kerja semakin sukar melainkan anda betul-betul pakar dalam bidang programming atau network...lagipun kelebihan pada lelaki yang terlibat dalam bidang ini..yang perempuan kena berusaha lebih...kalau tidak cubalah ambil jurusan lain...

Bookmark and Share

  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 11-12-07 09:26

Pada 11-12-07 09:21 , ctnurbebo posting:

perempuan sesuai jadi cikgu.

==

p/s: if only I can turn back time..

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 11-12-07 09:31

Pada 11-12-07 09:26 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 11-12-07 09:21 , ctnurbebo posting:

!!! QUOTE !!!

kalau sesiapa nak melibatkan dr dalam bidang sains komputer ataupon it ini,pastikan anda betul-betul yakin dan tetapkan matlamat anda setelah habis belajar nanti...sekarang ini lpsn sains komputer dan it makin berlambak dan boleh dikatakan pasaran kerja semakin sukar melainkan anda betul-betul pakar dalam bidang programming atau network...lagipun kelebihan pada lelaki yang terlibat dalam bidang ini..yang perempuan kena berusaha lebih...kalau tidak cubalah ambil jurusan lain...

perempuan sesuai jadi cikgu.

==

p/s: if only I can turn back time..

hu2...bagaimana shye,dah minta kpli ke?saya xmntk pun...minat bukan kearah itu...hu2..nmpknyer kan try minta jadi tutor ini...jom nak??klaula tau ini kesudhnnyer....xper2...setiap yang berlaku ada hikmah disblknyer..kita kena bersbr....

Bookmark and Share

  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 11-12-07 09:46

Pada 11-12-07 09:31 , ctnurbebo posting:

!!! QUOTE !!!

hu2...bagaimana shye,dah minta kpli ke?saya xmntk pun...minat bukan kearah itu...hu2..nmpknyer kan try minta jadi tutor ini...jom nak??klaula tau ini kesudhnnyer....xper2...setiap yang berlaku ada hikmah disblknyer..kita kena bersbr....

kalau tak dapat2 apa-apa offer lagi by the time pembukaan permohonan kpli yang seterusnya dibuka, saya akan apply. sekarang ni sedang menanti kerja dari dua buah company... huhu.

kalau tahu ini kesudahannya? huhu. betul lah. masa nak pilih kursus di IPTA dulu, patutnya cuba pandang dengan lebih jauh sebelum decide kursus mana nak ambil... tapi sememangnya semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. sabar saja lah... kan bebo. huk huk~

tutor... tak minat pula... ngajo budak-budak beso ni.. huhu... suka lagi ngajo budak-budak sekolah yang mentah2 lagi. hehe

==

p/s: baru-baru ni pergi walimah kawan masa matrik.. jumpa lah sekali member2 matrik dulu. huaaa semua dah kerja sekarang dan dah beli kereta sendirik... huk huk..

sabar shye sabar....

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

quratulbalqis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30090
Posting: 47
Dari: sErEmbAN

malaysia  

posticon Posting pada: 13-12-07 08:53

Pada 11-12-07 07:35 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-12-07 10:56 , quratulbalqis posting:

!!! QUOTE !!!

syukran,ana rasa minat ana lebih kepada fizik agaknya,tapi kadang-kadang timbul rasa minat pada biologi..tu lah ana pening nak pilih course..actually,favourite subject is chemistry..hehe,pening nak tentukan minat yang sebenarnya..ikutkan hati nak ambil course yang ada kaitan dengan ketiga2 subjek sebab ana tak tau minat ana..bagaimana ye? :-D :-P

wah wah semua pun minat? kalau macam tu, lihat pula personaliti diri nakkan kerja jenis yang macamana dan bidang tugas yang seperti mana nanti? lihat juga pada kesesuaian diri...

untuk ini, saya cadang quratulbalqis usha-usha semua iklan kerja yang ada... boleh nampak sikit kerja jenis apa yang quratulbalqis nak...

harap-harap boleh lah jadi petunjuk untuk memilih bidang apa sebagai kerjaya quratulbalqis..

thanks for all,ramai jugak sahabat2 ana yang nasihatkan ana supaya terjun dalam dunia engineering..tapi takut jugak sebab bidang ni didominasi oleh kaum adam..of course saingannya hebat..jadi researcher pun ok jugak..tapi,kalau nak jadi mualimah,ana tak berani sebab ana takut kena buli dengan pelajar2 sekolah :-D :-D :-D ..actually,ana suka kerja yang tidak membabitkan kita berjumpa/berurusan dengan org ramai..maybe,kerja dalam lab ok agaknya,isn'it?? :berfikir: :berfikir:

-----------------
in islam there is no word for hands up,there are only 2 things,win as a mujahid or dia as a syahid

Bookmark and Share

  Member Information For quratulbalqisProfil   Hantar PM kepada quratulbalqis   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 13-12-07 15:13

quratulbalqis!!!!! miow miow...

!!! QUOTE !!!

thanks for all,ramai jugak sahabat2 ana yang nasihatkan ana supaya terjun dalam dunia engineering..tapi takut jugak sebab bidang ni didominasi oleh kaum adam..of course saingannya hebat..jadi researcher pun ok jugak..tapi,kalau nak jadi mualimah,ana tak berani sebab ana takut kena buli dengan pelajar2 sekolah :-D :-D :-D ..actually,ana suka kerja yang tidak membabitkan kita berjumpa/berurusan dengan org ramai..maybe,kerja dalam lab ok agaknya,isn'it?? :berfikir: :berfikir:

suka kerja yang tidak membabitkan kita berjumpa/berurusan dengan org ramai???
then... BE LIKE ME!!!!

you just staying at the lab or sitting in front of the PC........
tak tipu!!! serius!!! im not saying no need communication skill at all..
tapi.. memang tak banyak deal dengan people... dengar orang cakap or arahan, kita buat, dengar orang cakap or arahan lagi, kita buat lagi... serius!!!

tapi, jangan ingat kalau tak payah deal dengan people bleyy relax...
its all about algorithm, all about mathematical function, interfaces, imagination.. errr... try fikir macam lelaki skett lah.. sanggup???

Bookmark and Share

  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 13-12-07 16:07

ha'ah kerja dalam makmal... memang tak perlu jumpa2 orang... tu sesuai ambil course biologi atau kimia... atau sains bioperubatan... then boleh kerja kaji2 virus dan bakteria.. huhu..

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

quratulbalqis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30090
Posting: 47
Dari: sErEmbAN

malaysia  

posticon Posting pada: 15-12-07 14:58

Pada 13-12-07 16:07 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

ha'ah kerja dalam makmal... memang tak perlu jumpa2 orang... tu sesuai ambil course biologi atau kimia... atau sains bioperubatan... then boleh kerja kaji2 virus dan bakteria.. huhu..

ana memang minat kerja dalam lab ini..boleh bercakap dengan bacteria..hehe.. :-D :-D jazakiLLAHU khairan kathirah..banyak information yang ana dapat dr ukhti.. :berfikir: :berfikir:

;-) ;-)

-----------------
in islam there is no word for hands up,there are only 2 things,win as a mujahid or dia as a syahid

Bookmark and Share

  Member Information For quratulbalqisProfil   Hantar PM kepada quratulbalqis   Quote dan BalasQuote

quratulbalqis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30090
Posting: 47
Dari: sErEmbAN

malaysia  

posticon Posting pada: 15-12-07 15:01

Pada 11-12-07 09:00 , Fairuzfirdausi posting:

!!! QUOTE !!!

minat memang memainkan peranan penting kalau nak buat apapun..dulu saya pun minat chemistry time spm,siap score lagi..eheh..sekali time matrix ampeh,fizik pula yang ok,that's why i went for engineering..

sekarang ni tetapkan apa goal quratulbalqis in the future..macam saya,dulu nak jadi aeronautic engineer,sekali pointer tak best,so terjun ke electrical (ayah tak bagi ambil mechanical huhu).very fortunate to me,i was in mechatronic and robotic department,so during 4 years of my study,i was determined to b an xpert in robotics industry,siap join team robot kat kolej dulu..last2 jadi researcher (bound to b huhu) in electronics :oops: well,we wont have everything in the world :-)

the thing is,be prepared of all consequences.mungkin kita tak dapat or tak sure which or what exactly suit us well,just try to relate in nowadays' job market.tak semestinya engineering student become engineer afterwards,maybe he's destined 2b a successful businessman?who knows :berfikir: bijak ambil setiap peluang yang ada.b creative..

sebagai budak engine :-D saya nasihatkan,if balqis terfikir nak further in engineering,u must b strong in mathematics,really strong..especially electrical eng..biotech pun market tengah naik ni,gara-gara neg kita dah masuk ke fasa neg pertanian balik ni..biotech = fizik+bio..play your strengh girl :kelip:

kalau serabut,tak tau nak buat pilihan,buat istikharah..tapi sebelum tu search dan gain as much as informations u could get in everything that might interest u..good luck :-)

oo..ye ke?? :berfikir: :berfikir: ..emm,subjek physics kat matriks susah tak??..

-----------------
in islam there is no word for hands up,there are only 2 things,win as a mujahid or dia as a syahid

Bookmark and Share

  Member Information For quratulbalqisProfil   Hantar PM kepada quratulbalqis   Quote dan BalasQuote

quratulbalqis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30090
Posting: 47
Dari: sErEmbAN

malaysia  

posticon Posting pada: 15-12-07 15:04

Pada 13-12-07 15:13 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

quratulbalqis!!!!! miow miow...

!!! QUOTE !!!

thanks for all,ramai jugak sahabat2 ana yang nasihatkan ana supaya terjun dalam dunia engineering..tapi takut jugak sebab bidang ni didominasi oleh kaum adam..of course saingannya hebat..jadi researcher pun ok jugak..tapi,kalau nak jadi mualimah,ana tak berani sebab ana takut kena buli dengan pelajar2 sekolah :-D :-D :-D ..actually,ana suka kerja yang tidak membabitkan kita berjumpa/berurusan dengan org ramai..maybe,kerja dalam lab ok agaknya,isn'it?? :berfikir: :berfikir:

suka kerja yang tidak membabitkan kita berjumpa/berurusan dengan org ramai???
then... BE LIKE ME!!!!

you just staying at the lab or sitting in front of the PC........
tak tipu!!! serius!!! im not saying no need communication skill at all..
tapi.. memang tak banyak deal dengan people... dengar orang cakap or arahan, kita buat, dengar orang cakap or arahan lagi, kita buat lagi... serius!!!

tapi, jangan ingat kalau tak payah deal dengan people bleyy relax...
its all about algorithm, all about mathematical function, interfaces, imagination.. errr... try fikir macam lelaki skett lah.. sanggup???
berfikir macam lelaki?? :berfikir: :berfikir: ..macam mana lelaki berfikir??hehe..kena buat homework ni..

-----------------
in islam there is no word for hands up,there are only 2 things,win as a mujahid or dia as a syahid

Bookmark and Share

  Member Information For quratulbalqisProfil   Hantar PM kepada quratulbalqis   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.117329 saat. Lajunya....