Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
-- -- Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: huraian hadith wanita pakai perfume


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» huraian hadith wanita pakai perfume

Please Mendaftar To Post


Oleh huraian hadith wanita pakai perfume

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 18:48


Hukum Perempuan Memakai Minyak Wangi

oleh

Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat hafidzahullah

———————————————————————————————

Hadits Pertama :

من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة

“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kedua :

حبب الي من دنيا كم : النساء و الطيب ، وجعلت قرة عيني فى الصلا ة

“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.” (Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)

Hadits Ketiga :

أطيب الطيب المسك

“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy)

Hadits Keempat :

إذ ا شهدت احد ا كن العشاء فلا تمس طيبا

“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian.” (Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab)

Hadits Kelima :

أيما امرأ ة أصابت بخورا فلا تشهد معنا العشاء الآخر ة

“Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Keenam :

إذ ا خرجت المرأ ة إلى المسجد فلتغتسل من الطيب كماتغسل من الجنابة

“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.” (Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Ketujuh :

أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).” (Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kelapan :

أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

Keterangan :

1. Hadits ke-1, 2 dan 3 itu dengan jelas menyatakan : sangat disukainya kita memakai harum-haruman/wangi-wangian. Dan hukum ini bersifat umum, yakni ia jatuh kepada kaum lelaki dan wanita, ini kerana di dalam hadits-hadits itu tidak dibezakan sama sekali antara lelaki dan wanita. Bahkan dihadits ke-1 itu ada larangan menolak pemberian harum-haruman. Sedangkan hadits ke-2 itu menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam amat menyukai wangi-wangian. Padahal telah kita maklumi daripada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

” Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.” ( Al Ahzab : 21 )

Nabi Shollallahu alaihi wa sallam menjadi suri tauladan (uswatun hasanah) bagi kaum muslimin dan muslimat. Sedangkan hadits ke-3 itu menyatakan bahawa misk/kasturi adalah harum-haruman yang paling baik buat kita pakai. Demikian keterangan Nabi Shollallahu alaihi wa sallam.

2. Hadits ke-4 dan 5 itu menegaskan : haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke masjid untuk menghadiri sholat isya’ dengan memakai harum-haruman. Disebutnya sholat isya’ disini tidak bererti menghadiri sholat-sholat lainnya diperbolehkan. Tidak sekali-kali demikian ! Ini kerana hadits ke-6 dan 7 bersifat umum mencakupi seluruh macam sholat, baik sholat fardhu mahupun sholat-sholat sunat ( seperti sholat tarawih dan sholat hari raya ). Disebutkan sholat isya’ dihadits ke-4 dan 5 itu boleh jadi kerana fitnahnya lebih besar kerana sholat isya itu dikerjakan di waktu malam.

3. Hadits ke-6 itu menunjukkan : Wajib hukumnya bagi kaum wanita yang hendak keluar ke masjid membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebagaimana halnya dia mandi janabat.

4. Hadits ke-7 itu mengandungi hukum : Siapa sahaja perempuan yang keluar ke masjid dengan memakai wangi-wangian, maka sholatnya tidak diterima oleh Allah Azza wa Jalla. Demikianlah dzahirnya sabda Nabi Shollallahu alaihi wa sallam. Hendaklah hadits tersebut diambil perhatian betul-betul, ini kerana telah kita saksikan kebiasaannya kaum wanita di masa kita sekarang ini apabila mereka keluar ke tanah lapang untuk sholat hari raya mereka memakai wangi-wangian yang baunya tersebar kemana-mana. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un !

5. Dari hadits ke- 4, 5, 6, dan 7 serta keterangan-keterangan dapatlah dengan mudah kita ketahui : apabila ’keluar’ ke tempat-tempat ibadah sahaja dilarang keras bagi kaum wanita memakai wangi-wangian, apalagi ke tempat-tempat lain seperti pergi ke pesta perkahwinan dan lain-lain. Sudah barang tentu larangannya lebih keras lagi. Sebagai contoh :

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا

” Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.” ( Al Israa’ : 23 )

Dalam ayat diatas kita dilarang berkata ’ah’ terhadap kedua orang tua. Sudah tentu mencaci maki keduanya lebih keras lagi larangannya. Dan memukul keduanya akan lebih keras lagi larangannya dan begitulah seterusnya.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

”Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( An Nuur : 30-31 )

Allah Azza wa Jalla perintahkan kaum mu’minin dan mu’minat supaya menundukkan pandangan-pandangan mereka. Ini tentu menunjukkan bahawa pandangan-pandangan mata, berdekat-dekatan, berpegang-pegangan, berciuman, tari-menari akan lebih keras lagi larangannya.

Kalau bagi kaum wanita telah dilarang keluar dengan memakai wangi-wangian meskipun bukan untuk orang lain mendapat baunya, tentu keluar dengan maksud menyebarkan bau supaya orang-orang mencium baunya lebih keras lagi larangannya. Dan perempuan yang demikian Nabi Shollallahu alaihi wa sallamkita menamakannya sebagai perempuan zina ( lihat hadits ke-8 , dan hadits ke-8 itu bersifat umum yakni keluar kemana sahaja baik ke masjid mahupun ke tempat-tempat lainnya.)

Kesimpulan :

1. Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian didalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).

2. Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebersih mungkin.

3. Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.

Kemudian datang satu pertanyaan daripada saudara kita, ” Apakah hukum di atas terkena juga kepada perempuan-perempuan yang keluar rumah dengan memakai ’sesuatu ubat’ (seperti deodoron) untuk menghilangkan bau badannya yang tidak enak?”

Saya jawab, kalau ’sesuatu ubat’ yang dimaksudkan itu tidak menyebarkan bau wangi, maka tidaklah terlarang, bahkan mesti dipakai untuk menghindari rasa jijik orang-orang yang sering membuakant perempuan-perempuan rendah diri. Kalau ’sesuatu ubat’ itu menyebarkan bau wangi, maka tetap hukumnya terlarang. Akan tetapi kalau ’sesuatu ubat’ itu hanya sebentar sahaja menyebarkan bau harum/wanginya. Hendaklah ditunggu sehingga hilang (baunya), kemudian baru boleh keluar rumah. Demikianlah jawapan saya.

——————–

Di salin dari buku al-Masaail jilid 2 cetakan ke-3 halaman 151

http://soaljawab.wordpress.com


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

obscure_soul
Warga Rasmi
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30299
Posting: 9

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-06-07 04:12


thanks for the info =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For obscure_soulProfil   Hantar PM kepada obscure_soul   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 18-06-07 09:00


emmmmm.good info..
sebelum ni saya pakai minyak wangi 2 u hilangkan bau badan....
tak pernah ar berlebih2 sampi kena tegur..hanya u elakkan bau badan....
apa pun terima kasih dengan info ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

ain_sakinah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.03.2007
Ahli No: 29263
Posting: 67
Dari: Atas kerusi..Depan k0mputer...(~,-)

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-10-07 13:17


Kena kurangkn pakai perfume...Hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_sakinahProfil   Hantar PM kepada ain_sakinah   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-10-07 13:23


Pada 18-06-07 09:00 , kembara_girl posting:

!!! QUOTE !!!

emmmmm.good info..
sebelum ni saya pakai minyak wangi 2 u hilangkan bau badan....
tak pernah ar berlebih2 sampi kena tegur..hanya u elakkan bau badan....
apa pun terima kasih dengan info ni



emmm betul .. berbeza kalau seseorang memakai hanya untuk menghilang bau badannya dengan orang yang memakai perfume yang baunya sebatu boleh dihidu..
[ Telah diedit oleh: zulman pada 09-10-07 13:35 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

kunciair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2007
Ahli No: 30929
Posting: 184
Dari: perak

malaysia  


posticon Posting pada: 09-10-07 14:03


saya tak berapa minat sangat pakai minyak wangi...tapi kalau nak pergi jalan-jalan ada lah juga pakai wangi2an...sekadr penyedap bau saja...hanya saya saja yang bau...


-----------------
wanita hiasan dunia..adalah permata yang paling berharga bagi lelaki


Bookmark and Share

    


  Member Information For kunciairProfil   Hantar PM kepada kunciair   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: [email protected]

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-10-07 14:05


hm...kat kelas perempuan duduk tepi pintu da bau da perfume dia...adess...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 22-10-07 11:16


tapi bolehkan pakai wangi-wangian yang non-alkohol.sekarang banyak di jual kat kedai-kedai muslim...non-alkohol boleh di gunakan dalam solatkan?

wangi-wangian ni untuk menyedapkan bau badan saja...tak perlu yang mahal dan yang beralkohol

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-10-07 12:29


sikit-sikit pakai tak salahkn?



Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 22-10-07 12:38


Assalamualaikum...setahu ana boleh pakai tapi jangan sampai keterlaluan..sehingga boleh menghairahkan orang yang lalu lalang sebelah kita...pakai skdar nak menutp bau bkannya sampi semua orang boleh cium baunya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 22-10-07 12:45


Pada 22-10-07 11:16 , islamic_gil posting:

!!! QUOTE !!!

tapi bolehkan pakai wangi-wangian yang non-alkohol.sekarang banyak di jual kat kedai-kedai muslim...non-alkohol boleh di gunakan dalam solatkan?

wangi-wangian ni untuk menyedapkan bau badan saja...tak perlu yang mahal dan yang beralkohol


boleh sesiapa explain tak pasal pemakaian perfume ber alkohol ni?

sebab secara saintifiknya.. bila kita spray perfume beralkhol ni.. alkohol akan meruap.. tak ada tertinggal kat pemakai pun..

secara bahasa pasarnye.. bila kita spray..pewangi lekat kat kat tempat yang di spray.. alcohol terobang ke udara... :-P

Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-10-07 13:39


pakai yang ada ...semulajadi dr diri sendiri...hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: [email protected]

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-11-07 23:35


Pada 22-10-07 11:16 , islamic_gil posting:

!!! QUOTE !!!

tapi bolehkan pakai wangi-wangian yang non-alkohol.sekarang banyak di jual kat kedai-kedai muslim...non-alkohol boleh di gunakan dalam solatkan?

wangi-wangian ni untuk menyedapkan bau badan saja...tak perlu yang mahal dan yang beralkohol


xmabuk pun kalau pakai perfume alkohol kan...
still remain pemikiran..xmereng dan so on so tak apa
lah pakai yang ada unsur alkohol..yang dilarang benda yang
memabukkan dan boleh membuat kita terlupe + khayal..kalau minum perfume pun xmabuk cuma anda saja ^_^


tak tahu lah mungkin perkara ini berlaku kat ana saja @ sama dengan org lain...yang wangi extreme bau dia muslimah yang bertudung...
uztazah ana pun kebanyakan kalau lalu boleh terbang diri ini membau wangian semebak itu...


-----------------

"prevention is better than cure"




Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

Hibatullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.04.2007
Ahli No: 29793
Posting: 305
Dari: bumi Allah-sumut

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 02-11-07 04:19


salam
dulu ana selalu pakai perfume memang banyaklah ana pakai sampai wangi seluruh ruangan. sekarang dah kurang. alhamdulillah.....
ana pakai bila kat rumah saja. sebabnya dulu ana pernah kena tegur pasal pemakaian perfume ni. terima kasih buat akak yang menegur ana tu.
dan terima kasih untuk info ni bertambah lagi ilmu ana. syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For HibatullahProfil   Hantar PM kepada Hibatullah   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-11-07 09:34


ambil petengahan...... jangan sampai terbau ketiak hangit/hayir demi sebab 'faham' haram pakai wangian di kalayak ramai....
fitnah/umpatan akan timbul.... ini lagi buruk..........

p/s...cuaca malaysia bebeza dengan tanah arab... kat sana tak mandi 2-3 hari tak jadi masalah lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-11-07 10:34


deadoran tu ketagori ubat ke :kelip:
bagi saya tak salah nak pakai..tapi sekadar saja lah..
bukan niat nak suruh orang bau wangi..tapi nak tutup bau badan.
bau badan kan tak berapa enak..so kena lah pakai sikit..
sikit saja lah.. :berfikir: boleh kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

syazmi_8283
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31034
Posting: 141
Dari: melaka

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-11-07 10:47


Pada 02-11-07 10:34 , najah85 posting:

!!! QUOTE !!!

deadoran tu ketagori ubat ke :kelip:
bagi saya tak salah nak pakai..tapi sekadar saja lah..
bukan niat nak suruh orang bau wangi..tapi nak tutup bau badan.
bau badan kan tak berapa enak..so kena lah pakai sikit..
sikit saja lah.. :berfikir: boleh kan?


tak salah.......
memang sepatutnya kita pakai tapi bukan untuk semerbak hingga menggangu hidung jejaka lain......
bau wangian tu boleh menutup bau badan kita kalau pun tak mandi..... :lucu:


-----------------
hidup biar penuh dengan ilmu di dunia dan akhirat.


Bookmark and Share

    


  Member Information For syazmi_8283Profil   Hantar PM kepada syazmi_8283   Pergi ke syazmi_8283's Website   Quote dan BalasQuote

yoma
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14789
Posting: 60
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-11-07 12:22


sejak awal lagi tak gemar pakai minyak wangi...nak hilangkan au badan pakai deodoran dah cukup...lagipun kan dah mandi bersih2...majoriti gadis2 pakai minyak wangi sebab nak tarik perhatian lelaki macam iklan tv itu.sedarlah wahai muslimah...itu bukan untuk kita.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For yomaProfil   Hantar PM kepada yoma   Quote dan BalasQuote

maestra_dila
WARGA SETIA
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31514
Posting: 404

spain   avatar


posticon Posting pada: 02-11-07 14:06


sembur perfume untuk hilangkan bau, supaya diri selesa berada dalam kelompok ramai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For maestra_dilaProfil   Hantar PM kepada maestra_dila   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-11-07 16:06


Pada 02-11-07 12:22 , yoma posting:

!!! QUOTE !!!

sejak awal lagi tak gemar pakai minyak wangi...nak hilangkan au badan pakai deodoran dah cukup...lagipun kan dah mandi bersih2...majoriti gadis2 pakai minyak wangi sebab nak tarik perhatian lelaki macam iklan tv itu.sedarlah wahai muslimah...itu bukan untuk kita.................


insyaALLAH kita bukan macam gadis2 dalam tv tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-11-07 16:09


Pada 02-11-07 10:47 , syazmi_8283 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-11-07 10:34 , najah85 posting:

!!! QUOTE !!!

deadoran tu ketagori ubat ke :kelip:
bagi saya tak salah nak pakai..tapi sekadar saja lah..
bukan niat nak suruh orang bau wangi..tapi nak tutup bau badan.
bau badan kan tak berapa enak..so kena lah pakai sikit..
sikit saja lah.. :berfikir: boleh kan?


tak salah.......
memang sepatutnya kita pakai tapi bukan untuk semerbak hingga menggangu hidung jejaka lain......
bau wangian tu boleh menutup bau badan kita kalau pun tak mandi..... :lucu:



mandi tetap mandi syazmi.. :-D
ke ada yang mandi dengan minyak wangi.. :jangan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-11-07 00:24


Pada 02-11-07 04:19 , Hibatullah posting:

!!! QUOTE !!!

salam
dulu ana selalu pakai perfume memang banyaklah ana pakai sampai wangi seluruh ruangan. sekarang dah kurang. alhamdulillah.....
ana pakai bila kat rumah saja. sebabnya dulu ana pernah kena tegur pasal pemakaian perfume ni. terima kasih buat akak yang menegur ana tu.
dan terima kasih untuk info ni bertambah lagi ilmu ana. syukran


assalamualaikum wbt

kalau kat rumah ada bukan mahram. tak boleh juga


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-11-07 00:28


pakai wangi2 untuk suami lah :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128151 saat. Lajunya....