Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 20 jam, 36 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Universiti Malaya nak pindah??


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Universiti Malaya nak pindah??

Please Mendaftar To Post


Oleh Universiti Malaya nak pindah??

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 01:04


saya dapat tau dari akhbar yang UM nak pindah ke Sepang...
betul ke?


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

comelbest
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30062
Posting: 65
Dari: nilai

mauritius  


posticon Posting pada: 14-06-07 01:17


..bila?
betul ke?
aisehh, da tak jadi U tgh2 bandar lah..
hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelbestProfil   Hantar PM kepada comelbest   Pergi ke comelbest's Website   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 01:47


saya baca dalam akhbar harakah....
nak saya masukkan?
ke nak baca sendiri....
macam panjang saja nak letak dalam ni..
hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 02:46


saya baca dalam akhbar NST. ruang business. yang saya baca, nak pindah ke putrajaya.

mintak2 tak pindah... :-(


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 14-06-07 02:47 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 14-06-07 06:03


pindah? kalau ada campus kedua pun ok saja..rasanya tak perlu pindah untuk elakkan pembaziran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 14-06-07 08:44


really?jauhnyer..tak apalah...kalau pindah pun xsempat agaknya nak mrasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 14-06-07 09:38


iyakah??saya budak UM...kami tak pernah dengar pula UM nak pndah...kalau ye pun...mybe bkak campus baru rasanya...bukan pindah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 10:19


memang tak pernah dengar pun. sebab baru saja masuk paper... dalam perancangan lagi...

p/s: saya dah grad daripada UM so nasib baik. :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 12:04


GuocoLand in bid to develop UM land?
By Francis Fernandez and Sharen Kaur
[email protected]


June 12 2007


GUOCOLAND (Malaysia) Bhd, a property developer controlled by Tan Sri Quek Leng Chan, has made a bid to relocate University Malaya from Petaling Jaya to Sepang, sources said yesterday.

As part of the plan, GuocoLand will then own the land in Petaling Jaya and develop it into a commercial and residential township. The proposal is based on a private finance initiative.

A company source said such a development is estimated to have a gross development value of RM10 billion.

GuocoLand officials declined to comment on the plan.

If the bid is approved, the development in Petaling Jaya will complement GuocoLand's planned RM1.2 billion Damansara City development project.

The Damansara project is due to be launched this year.

Guocoland's share price rose by 30 sen or 10 apa cent to close at a 10-year high of RM3.26 yesterday. The stock has gained 87.3 apa cent over the last six trading days.

There is speculation in the market that Quek may take the company private. On being queried, however, the company told Bursa Malaysia last Friday that it was not aware of such a thing.

GuocoLand has a 4,860-hectare landbank in Sepang.

Part of the land is being used by GuocoLand to develop the Pantai Sepang Putra project, where it plans to build seafront villas and waterfront bungalows.

A Hong Leong Group spokesperson also declined comment.

University Malaya, the country's oldest university, has its main campus that sprawls from the heart of Petaling Jaya right up to the footsteps of Bangsar.

The Hong Leong Group had in 2000, donated 40.5 hectares of land at Sepang to the New Era College to build a branch campus, while other firms have proposed the setting up of a medical university in Sepang, in line with the Government's plan to turn Sepang into an university city.

http://www.btimes.com.my/Current_News/buat/Tuesday/Nation/BT626894.txt/Article/

*masih dalam perancangan.tak tahu lah...


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 12:07


salam
mungkin ni ada agenda peribadi...
kepentingan peribadi

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-06-07 13:21


KUALA LUMPUR, 13 Jun (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) membantah pemindahan Universiti Malaya (UM) ke Sepang khususnya untuk sebarang kepentingan komersial yang hanya akan memberikan keuntungan kepada segelintir korporat kaya yang sememangnya sudah tinggi kekayaannya.

"Agak menggusarkan perancangan ini mempunyai dua matlamat, pertama untuk memaksimumkan keuntungan daripada pembangunan di kawasan asal UM; kedua melalui penjualan unit-unit villa dan banglo kepada staf-staf universiti," demikian dikatakan oleh Timbalan Presidennya,Dr Syed Husin Ali, dalam kenyataan media hari ini.





Sebagaimana pembangunan dan projek komersial yang lain di dalam negara, beliau melihat tiada sebarang sensitiviti yang difikirkan oleh pemaju atas kesan pembangunan tersebut terhadap mereka yang berkenaan.

"Usaha untuk memindahkan universiti ini hanya akan menyukarkan kehidupan ribuan staf akademik dan bukan akademik dan keluarga mereka," jelas beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menginstitusikan perubahan major ke atas UM tidak boleh hanya diputuskan oleh Pentadbiran Universiti tetapi pandangan kesemua staf akademik dan bukan akademik, mahasiswa dan graduan mesti diambil kira.

Guocoland (Malaysia) Berhad, sebuah pemaju hartanah yang dipunyai oleh Tan Sri Quek Leng Chan yang juga memiliki Kumpulan Hong Leong, merancangan untuk membangunkan kawasan UM yang meliputi 750 ekar tanah menjadi kawasan perbandaran dan perumahan komersial.

Dalam masa yang sama, Guocoloand memiliki hartanah seluas 4,860 hektar di Sepang, iaitu sebahagian daripada perancangan untuk membina projek villa dan banglo mewah. Mereka bercadang agar villa dan banglo ini boleh dijual kepada staf-staf universiti sekiranya perancangan memindahkan UM berjaya.

Dr Syed Husin yang juga bekas pensyarah UM dengan sebilangan besar alumni UM turut melahirkan rasa terkejut dan kesal atas perancangan pemindahan tersebut.

"UM dibina di kawasan asal di Petaling Jaya seawal 1959, selepas pemisahan universiti tersebut dari Universiti Malaya di Singapura. Meskipun terdapat usaha-usaha untuk melobi universiti tersebut berhampiran Johor Bahru dan kawasan berhampiran, lokasi tersebut dikekalkan sehingga Universiti Malaya dirasmikan pada 1962," ujar beliau yang mula mengajar di UM sejak awal 70an.

Beliau bersambung, UM dan keadaan geografi, fizikal dan persekitaran sosialnya telah sepenuhnya bersatu dan membangun sebagai sebuah institusi yang menyumbang kepada pendidikan tinggi negara dan memainkan peranan penting ke arah proses pembinaan bangsa dan negara. Malah sebilangan besar graduan universiti ini telah dilahirkan dan menjadi orang penting dalam bidang politik dan pentadbiran di Malaysia kini.

"Universiti Malaya dan Lembah Pantai adalah 'bersatu' jiwanya, dan tidak mungkin boleh dipisahkan. Sewajarnya tidak boleh ada sebarang usaha untuk memisahkan keduanya," tegas beliau. - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-06-07 15:40


malaysia boleh...bolehland...anything possible.

yang kat sepang atau kat putrajaya itu....confirm nak jual rumah2 banglo, kondo2 mewah kepada pensyarah2...seperti biasa....mengkayakan kroni dengan memperguna dan memperkotak katikkan pensyarah dan pelajar.

kawasan asal UM itu....confirm dibangunkan....dan sudah pasti yang dapat project membangunkan kawasan itu adalah kroni2....tender sudah pasti tender tertutup....syarikat kroni2 yang tak berwibawa, yang asyik sub2kan project, yang ada kes atau sejarah project terbengkalai, yang hampir muflis dan gulung tikar....mereka2 ini lah jugak yang diambik memajukan kawasan itu....Malaysia Darul Kroni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-06-07 16:50


cara cari duit puak2 kaya dan pembodek YB..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 20:21


kepala hangguk kroni.tengok lah dapat kat sapa.

"GUOCOLAND (Malaysia) Bhd, a property developer controlled by Tan Sri Quek Leng Chan, has made a bid to relocate University Malaya from Petaling Jaya to Sepang, sources said yesterday.

As part of the plan, GuocoLand will then own the land in Petaling Jaya and develop it into a commercial and residential township. The proposal is based on a private finance initiative."


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-06-07 11:05


KUALA LUMPUR 15 Jun – Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Aziz menyifatkan cadangan untuk membeli dan membangunkan tapak UM sebagai suatu yang ‘gila dan kurang ajar’.

Malah tegasnya, pihak-pihak terbabit langsung tidak mempunyai sifat patriotik kerana sanggup menawarkan harga bagi khazanah negara yang tidak ternilai itu.

‘‘Ini suatu cadangan yang gila. Individu tersebut fikir dia boleh beli apa sahaja yang dia mahu kerana ada banyak wang. Saya sendiri tak kenal orang yang cuba berbuat demikian.

‘‘Saya tidak fikir mana-mana universiti di luar negara sanggup dibeli oleh mana-mana individu hanya untuk kepentingan peribadi mereka kerana mereka sangat menghargai gedung ilmu,’’ ujarnya.

Sehubungan itu, Ungku Aziz menyeru semua graduan universiti berkenaan bersatu hati menentang sekeras-kerasnya cadangan tersebut.

‘‘Semua pihak perlu bangkit dan memainkan peranan bagi mempertahankan maruah Universiti Malaya.

‘‘Saya juga berharap perkara ini juga ditentang oleh pemimpin tertinggi kita. Kita harus bersama-sama mempertahankan maruah negara,’’ tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan mengenai sebuah syarikat, Guocoland (M) Berhad dikatakan membuat tawaran untuk memindahkan UM ke Sepang, dan membangunkan tapak kampus itu sekarang sebagai pusat komersial dan perumahan, menerusi projek dianggarkan bernilai RM10 bilion.

UM ditubuhkan kira-kira seabad lalu iaitu pada 1905 di Singapura. Universiti yang terletak di Petaling Jaya ketika itu merupakan cawangan UM Singapura di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 1957.

Apabila UM berpindah ke Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada 1962, bekas tapak universiti berkenaan di Singapura telah diganti oleh National University of Singapore.

Universiti berkenaan merupakan gedung ilmu terulung yang penuh dengan sejarah dan tradisi serta melahirkan ramai tokoh pemimpin negara yang berkaliber antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz.

Sementara itu, pakar sejarah dan ahli akademik, Profesor Datuk Dr. Khoo ok kirim mengingatkan pihak-pihak yang terbabit supaya tidak menjadi terlampau materialistik sehingga mengabaikan warisan negara.

“Jika tapak kampus dijual kepada pihak luar, seluruh rakyat khususnya bekas graduan UM dan para pelajar universiti ini pastinya berasa kecewa dan mereka akan memprotesnya.

“Kita menghargai warisan negara ini. Lebih-lebih lagi dasar kerajaan yang mengutamakan warisan negara dan usaha pemuliharaannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut ahli sejarah itu lagi: ‘‘UM ialah tempat untuk kita mengutamakan idea baru dan menanam nilai-nilai murni di kalangan mahasiswa dan mahasiswi demi kepentingan negara,” tegasnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-06-07 11:07


alhamdulillah...
ramai yang bntah...
semoga pindh ni tak jadi kenyataan...
pelihara lah u paling tua kita ni
walaupun bukan dari um,tapi saya sokong penda ni tak jadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-06-07 21:22


Memang takkan jadi. Pak Lah pun bantah, nak buat macam mana lagi?
Takkan tak ada tempat lain nak buat projek tu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11547 saat. Lajunya....