Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 5 jam, 46 minit yang lalu


Copy & Paste
Topik: Sejuta wanita Malaysia makin gebu, gempal, gemuk


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Sejuta wanita Malaysia makin gebu, gempal, gemuk

Please Mendaftar To Post


Oleh Sejuta wanita Malaysia makin gebu, gempal, gemuk

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 00:34


PUTRAJAYA 12 Jun – Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami ‘Masalah 3G’ iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kajian tahun lalu itu menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang.

Beliau berkata, ini bermakna bagi setiap 100 orang di kalangan mereka yang berumur 25 hingga 64 tahun, terdapat 14 orang lelaki yang gemuk sementara bagi wanita pula seramai 19 orang.

Trend obesiti yang serupa, katanya, turut melanda kanak-kanak.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia menunjukkan 10.5 peratus daripada mereka berlebihan berat badan dan enam peratus dikategorikan sebagai gemuk.

‘‘Kalau dulu mungkin orang yang gebu, gempal serta gemuk dikatakan sihat dan sejahtera tetapi kini tidak lagi kerana ia menjurus kepada bahaya dan bencana.

“Gejala 3G sekarang sudah menjadi masalah kesihatan yang semakin serius, justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan oleh semua pihak,” kata Soi Lek pada seminar kesihatan Masalah 3G dan Kesannya Kepada Kesihatan Wanita anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon.

Soi Lek berkata, berbanding kajian serupa 10 tahun lalu, jumlah penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas yang berlebihan berat badan adalah 16.6 peratus sementara kegemukan dianggarkan 4.4 peratus.

Beliau menambah, Malaysia merupakan negara rantau Asia Tenggara yang mempunyai masalah kegemukan kedua tertinggi.

Tegasnya, pendidikan kesihatan yang betul amat penting kerana kegemukan adalah permulaan untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung koronari, diabetes dan strok.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kegemukan turut meningkatkan risiko mendapat kanser payu dara, kanser kolon, prostat, uterus, buah pinggang dan penyakit pundi hempedu menerusi perubahan hormon akibat kegemukan.

‘‘Kegemukan juga menjadi penyumbang kepada penyakit sendi atau ‘osteoartritis’ yang kerap dialami oleh golongan dewasa sehingga mengehadkan pergerakan mereka,” katanya.

Perkembangan ini antara lain berpunca daripada perubahan gaya hidup rakyat negara ini ekoran pertumbuhan pesat sosioekonomi yang memberangsangkan.

Sehubungan itu, Soi Lek mahu dua amalan asas dipatuhi oleh semua terutama kanak-kanak iaitu mengambil makanan berkhasiat mengikut keperluan tubuh dan melakukan aktiviti fizikal mencukupi.

‘‘Kegemukan tidak berlaku dalam sekelip mata. Penurunan berat badan juga tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat kerana mereka yang mengalami masalah 3G perlu menurunkan berat badan secara sistematik iaitu antara 0.5 hingga satu kilogram seminggu,” katanya.

Soi Lek menambah, penurunan berat badan yang drastik melalui pengambilan ubat-ubatan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan akan mendatangkan kemudaratan dan seterusnya kematian.

:-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 14-06-07 00:38


Ayuh muslimat semua, mari kita bersenam.....:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 09:46


tol cakap mawzah..kita kena jaga pemakanan juga..amalkan diet seimbang..
kurangkan pemgambilan nasi..gula..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

ummusafiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.03.2006
Ahli No: 23742
Posting: 98
Dari: bumi Allah S.W.T. yang tercinta

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 13:14


badan yang sihat...
otak yang cergas...
menjana minda...
untuk kekuatan ummah...

sama-sama lah kat juga badan kat yang merupakan amanah yang Allah berikan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiyahProfil   Hantar PM kepada ummusafiyah   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 14-06-07 16:49


gebu....gempal....gemuk......:D
kurus....kering...tulang.....:D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-06-07 16:57


gebu tu..tak tahan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 16:58


nak cubit pipi orang gebu

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 14-06-07 17:00


Pada 14-06-07 09:46 , rose_itam posting:

!!! QUOTE !!!

tol cakap mawzah..kita kena jaga pemakanan juga..amalkan diet seimbang..
kurangkan pemgambilan nasi..gula..


Juga: Jauhi McD,KFC & Friends, serta Coke, Pepsi & Rakan-rakan.

Ana suka untuk berkongsi pengalaman 'orang diet':
Kurangkan pengambilan nasi, tapi sangat banyak 'mengunyah' makanan ringan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

naulofar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.05.2007
Ahli No: 30116
Posting: 79
Dari: muar

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 17:30


dari kecik mak dah sumbat mulut kita dengan nasi tiba-tiba saja nak kena kurangkan, tak sesuailah....
patutnya kementerian kesihatan kena bagi nasihat kat mak2 supaya kawal pemakanan anak2 sejak kecil so........ tak delah masalah 3G kat malaysia masa akan datang

Bookmark and Share

    


  Member Information For naulofarProfil   Hantar PM kepada naulofar   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-06-07 17:31


Pada 14-06-07 17:00 , mohdnurhakimin posting:

!!! QUOTE !!!


Ana suka untuk berkongsi pengalaman 'orang diet':
Kurangkan pengambilan nasi, tapi sangat banyak 'mengunyah' makanan ringan...


????....mengunyah makanan ringan??? :-? ....nandeska??

salah itu....mana ada makan makanan ringan, bahkan tak elok makan junk food....

kurangkan makan nasi a.k.a sumber carbohydrate....tapi kena banyakkan makan lauk yang rich of protein, vitamins, fibres...kena makan banyak buah-buahan.

makan nasi....tapi tak buat kerja....just duduk atas kerusi kat pejabat, tak bersenam, just memandu kereta, just tengok tv....of course lah lemak akan naik kat badan....tenaga dari carbohydrate itu tak digunakan....so, di mana energy2 ini disimpan???....eventually tenaga2 ini ditukar kepada adipose tissue...which later lead to obesity.

so....kepada muslim dan muslimah....jomlah bersenam....dan jaga diet....kurangkan makan nasi lemak and roti canai....dan kurangkan jugak garam (hypertension) dan gula (diabetes mellitus a.k.a kencing manis) dalam makanan.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 14-06-07 17:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 17:51


assalamualaikum..
entah lah..tatau kenapa tak berminat untuk kurus..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-06-07 19:46


sebab dah kurus lah tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 14-06-07 21:15


jom bersenam..biar sederhana..jangan gemuk..jangan jugak kurus..=)
[ Telah diedit oleh: Strawberry_Ungu pada 14-06-07 21:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 23:41


Pada 14-06-07 21:15 , Strawberry_Ungu posting:

!!! QUOTE !!!

jom bersenam..biar sederhana..jangan gemuk..jangan jugak kurus..=)


a'aa betul itu
naik tangga turun tangga pun boleh...
:-)


-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH



Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 00:38


yeker?...maknanya lebih kurang kita akan jumpa 1 orang gemuk daripada 5 orang perempuan...lawak jugak ek..apa kena mengenenye dengan gebu ini, orang gemuk tak semestinya gebu...kelakar tol...apapun, kesihatan kita tu penting. jaga pemakanan, jangan asyik makan fast food saja. bersenam jugak, jangan malas-malas noo.hehe,

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

guelderose
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-06-07 00:52


yelah..jom kita bersenam..ayoh!

Bookmark and Share

    


  Member Information For guelderoseProfil   Hantar PM kepada guelderose   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-06-07 07:02


tapi kan...orang gebu ciut aa...yang gemuk dan gempal tu memang kena diet lah..yang gebu...keep it up...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 15-06-07 09:06


perempuan badan besarla menarik..tapi bukan gemuk..tapi sedang2 saja...;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Qarni
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2004
Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-06-07 10:26


bakpe lah kurus kering...krukkrakkrukkrak bunyi tulang...udah macam jerangkung lah pulak

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-QarniProfil   Hantar PM kepada Al-Qarni   Pergi ke Al-Qarni's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 12:01


wanita Malaysia memang canggih.. banyak dah pakai 3G
lelaki ada ke guna 3G?

:-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 21-06-07 12:04


petang-petang jogging lah..tapi pandai2 lah juga aurat dan cari tempat yang kurang lelaki..tak pun beli saja threadmill..hehe..kalau banyak duit lah..skipping pun ok

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

nagibphg
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.04.2007
Ahli No: 29753
Posting: 104
Dari: Pantai_Timur_Tengah

Pahang  


posticon Posting pada: 22-06-07 02:33


assalamualaikum....

kalau nak kurus takut lah pada Allah....


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For nagibphgProfil   Hantar PM kepada nagibphg   Pergi ke nagibphg's Website   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 09:05


itulah...makan tak ingat akhirat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

dibaa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2006
Ahli No: 25256
Posting: 181
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 26-06-07 08:51


kalau setakat tak ambil nasi tapi lauk len tak control tak boleh gark....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dibaaProfil   Hantar PM kepada dibaa   Quote dan BalasQuote

diella
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27880
Posting: 219
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 26-06-07 10:56


Pada 15-06-07 12:01 , sutera_kasih85 posting:

!!! QUOTE !!!

wanita Malaysia memang canggih.. banyak dah pakai 3G
lelaki ada ke guna 3G?

:-P


..betul tu..
dah cnggih dah sekarang..
3G..
hehee..


-----------------
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing


Bookmark and Share

    


  Member Information For diellaProfil   Hantar PM kepada diella   Pergi ke diella's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.155735 saat. Lajunya....