Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 10jun-Bala Tuhan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 10jun-Bala Tuhan

Please Mendaftar To Post


Oleh 10jun-Bala Tuhan

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-06-07 10:16


Warga kota dikejutkan dengan “tsunami” dahsyat menyelubungi Kuala Lumpur, Ahad lalu pada sebelah malamnya (10hb. Jun 2007) sehari selepas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi diijabkabulkan dengan Jeanne Abdullah.

Hujan yang mencurah turun, tidak disangka menjadi bala Tuhan yang menggodam ibu negara. Segala kecanggihan terkini, tiada nilainya lagi. DBKL dan aneka perancangan bandarnya, tidak upaya membungkus bala Tuhan yang datang mendadak itu. Semuanya akur, menerima takdir illahi.

Jalan utama menjadi kaku. Air melimpah ruah lebih dari satu meter. Tiada lagi jalan bertar kelihatan di Jalan Masjid India dan Jalan Ipoh. Kampung Baru, Keramat, Kampung Chubadak dan Sentul tenggelam teruk.

Paling dahsyat, air banjir turut menjenguk sehingga ke ruang sembahyang Masjid Jamek, Jalan Raja yang terletak betul-betul dipertembungan dua sungai iaitu Sg. Gombak dan Sg. Klang. Masjid klasik itu terletak kira-kira 10 meter dari paras normal kedua-dua sungai berkenaan.

Dataran Merdeka turut berselimut air separas pinggang (seperti bendang luas yang melaut di Yan, Kedah) hingga memburukkan pandangan Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad. Tidak diketahui, bagaimana nasib peniaga dan barangan dagangan mereka yang menjalankan bisnes di bawah perut Dataran Merdeka itu.

Pernah sekali dulu, air menerjah masuk ke pusat perniagaan di bawah perut Dataran Merdeka itu. Akibat dari banjir kilat juga. Tetapi tidak seteruk Ahad lalu. Namun, kerugiannya mampu untuk melingkupkan peniaga Bumiputera dan menambahkan penganggur.

Di Kuala Lumpur, ketakutan dan kekalutan yang amat sangat bila hujan turun ialah kesesakan lalu lintas. Jika kereta tiada penghawa dingin, sudah tentu penghuninya pitam dan pengsan. Namun, kesesakan kali ini, amat menakutkan. Berjam-jam lamanya!

Entah berapa lama kenderaan terkandas di jalan raya, tidak diketahui dengan tepat. Hujan lebat bermula sebelum jam 6 petang dan berlarutan hingga jam 9 malam, telah melumpuhkan ibu kota. Kenderaan dimasuki air dan penghuninya diselamatkan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).

Kali ini, banjir benar-benar menggodam ibu kota walaupun tidak seteruk banjir 1971. Ketika itu, beberapa kampong di Selangor dan Kuala Lumpur dibungkusi banjir termasuklah Kg.Haji Abdullah Hukum, Kg. Baru, Semenyih, Kg. Arang Batu dan penempatan Orang-Orang Asli Changkat Bintang di Hulu Selangor.

Ibu kota ketika itu terputus hubungan terus dengan dunia luar dan pasaran saham terpaksa dihentikan kerana seluruh Kuala Lumpur digodam banjir dahsyat.

Tetapi, banjir Ahad lalu dilaporkan paling teruk melanda Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru. Bot-bot penyelamat juga gagal mengesan dan menyelamat mangsa kerana terperangkap teruk dicelah-celah hutan batu dan kesesakan trafik.

Seperti tsunami menggodam Acheh, kerajaan tetap dipersalahkan kerana gagal memberi isyarat awal. Dalam isu ini, apakah peranan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan DBKL? Mereka gagal memberi amaran awal kepada para penduduk bagi menghadapi banjir ini.

Kenaikan air di Sg. Gombak, Sg. Batu dan Sg. Kerayong telah diketahui lebih cepat tetapi tiada amaran dikeluarkan oleh mereka termasuklah Jabatan Bomba sehingga beberapa kawasan sudah terhantuk baru terngadah, ditenggelami air.

Menurut rekod, sudah tiga kali banjir menggodam ibu kota pada tahap yang sama. Projek Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) masih gagal berfungsi sekalipun Menteri Kerja Raya, Samy Vellu telah mengumumkan (menipu) SMART siap sepenuhnya. Walhal, kolam tadahan air di Kg. Brembang dan Taman Desa, belum siap dan SMART hanya boleh digunakan Julai ini.

Tiba-tiba, bagi membungkus pekung di dada, Samy mengumumkan kadar tol RM2.00 untuk pengguna SMART keesokan harinya (11hb. Jun 2007). Langkah ini disifatkan sebagai kurang ajar. Tidak peka dan menyakitkan hati.

Rakyat rasanya mula tidak yakin dengan JKR dan Samy. Banyak projek yang retak, runtuh dan sengit. Semuanya telah diluluskan dan mengikut piawaian. Apakah SMART selamat digunakan? Khuatir juga, takut-takut pengguna tenggelam dalam terowong yang belum siap sepenuhnya itu.

Kebiadapan Samy Vellu ini sebenarnya simbol keangkuhan BN di Malaysia. Belum reda lumpur dibersihkan, trauma kesesakan masih muda; Samy sudah memberi “hadiah” kepada warga kota yang terperangkap Ahad lalu dengan dikenakan tol RM2 bagi penggunaan SMART.

Sama ada benar atau tidak keupayaan SMART boleh mengurangkan kesesakan trafik dan membuang air banjir kilat di ibu kota, belum teruji. Secara teorinya, inilah satu lagi mercu tanda penemuan terhebat negara dalam menyelesaikan dua masalah tersebut.

Namun, bala Tuhan yang menggodam ibu kota Ahad lalu tetap membuktikan betapa hebatnya Allah SWT dan lemahnya manusia dalam pembikinan teknologi dan cara berfikir mereka.

Rupa-rupanya, bangunan Menara KLCC yang tertinggi mencakar langit, Menara Kuala Lumpur yang angkuh berdiri, Terowong SMART yang tercari-cari arah; membungkus seribu kelemahan dan ketololan manusia berdepan dengan “kekuatan” air yang menjadi sebahagian tentera ciptaan Allah.

Bagi orang yang beriman, lihatlah banjir itu sebagai bala dari Allah atas kemaksiatan yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini!


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 10:27


Manusia hanya merancang..Allah yang menentukan segalanya..WaAllahulam..


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 10:35


kalau boleh jangan melibatkan politik..agak tidak manis..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 12-06-07 11:21


sudah sikap rakyat malaysia..sudah sikap pemimpin malaysia..sudah terhantuk baru terngadah.inikah mentaliti kelas pertama?salah sikap warga malaysia juga..buang sampah merata2.xsyg tanah air sendiri.ambil sikap mudah saja dalam setiap perkara.bila dah ditimpa bala baru terpinga2 tuding jari..bila sains dan teknologi tak diselarikan dengan keseimbangan alam, alam mengamuk..sains dan teknologi pun lingkup.kuasa Allah mengatasi segala-galanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-06-07 14:58


saya setuju.

itu baru hujan 2 jam...apa akan terjadi sekiranya hujan 24jam.

selalu juga saya melihat banjir diluar negara betapa hebatnya kuasa air yang diciptakan Allah.sekelip mata segalanya tenggelam..dan musnah. Apakah kita semua mahu perkara yang sama terjadi dinegara ini baru akan melakukan tindakan. Dan tindakan yang bagaimana pula akan di fikirkan. Entahlah...seakan tiada lagi ruang di KL untuk mengalirkan air hujan yang turun bila mana semua kawasan telah dibangunkan dan digunakan untuk membina bangunan yang hanya mahu dibangga2kan.

Mereka2 perlu melakukan melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 12-06-07 18:08


Pada 12-06-07 10:35 , rose_itam posting:

!!! QUOTE !!!

kalau boleh jangan melibatkan politik..agak tidak manis..


sila jangan jadi pengikut or penyokong or pendokong aliran sekularism yang mengasingkan politik dan agama....yang berpendapat politik tiada dalam Islam....ini satu bentuk pemikiran yang dah lapuk.

dalam Islam ada politik....setiap benda atau sesuatu kena kaitkan dengan agama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naulofar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.05.2007
Ahli No: 30116
Posting: 79
Dari: muar

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 18:37


dah jadi lumrah manusia hanya nampak kesalahan orang lain
kita tidak seharusnya meletakkan kesalahan kepada seseorang tanpa mengetahui kesahihan sesuatu perkara

macam dalam soal jenayah kalau orang-orang dikatakan bersalah tapi mahkamah putuskn tak salah dia tetap tak salah.

sebagai seorang manusia yang beragama cubalah fikir secara rasional
letakkan diri kita dalam diri mereka apa rasanya ..............
[ Telah diedit oleh: naulofar pada 12-06-07 18:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naulofarProfil   Hantar PM kepada naulofar   Quote dan BalasQuote

7stage
Warga Rasmi
Menyertai: 11.06.2007
Ahli No: 30227
Posting: 5

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 21:22


saya memang tak menyukai paklah, saya rasa dia bukanlah contoh pemimpin yang baik. tapi apabila kejadian hujan ini, saya rasa tak wajar nak disalahkan pada paklah dan samy velu saja.

saya ada satu cerita. ayah saya seorang usahawan. pad mulanya kami susah and then bila dapat bantuan dari seorang menteri ini, dia memang membantu bapa saya. tapi dia tidak pernah meminta balasan, sama ada wang atau apa-apa barang, tetapi, konco2 menteri inilah yang selalu menyusahkan. kadang-kadang meminta barang, contohnya, memesan sesuatu, later bila ayah saya dah belikan, hanya satu ayat dilafazkan, terima kasih. memanglah, kalau benda tu murah takpelah, tapi bila dah sampai beribu2, takkan terima kasih saja..mula-mula nya seorang dua sahaja, tapi sampai sekarang, bodyguard menteri itu pun dah pandai minta itu ini. saya berfikir tak patut sebenarnya tindakan ayah saya ikut saja permintaan mereka tapi apabila saya fikir jika saya berada di tempat bapa saya, saya rasa saya juga akan ikut saja kehendak mereka. kadang kala cakap itu mudah.

moralnya disini, kita mudah nak menyalahkan org tanpa usul periksa..walaupun saya kurang suka dengan paklah, tapi tak terlintas nak mengatakan kejadian alam ini sebagai salah paklah. dan rasanya saya tak jumpa lagi calon2 dalam BN yang layak menjadi pemimpin negara. saya ada isu nya tapi tak boleh cerita, bahaya..!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For 7stageProfil   Hantar PM kepada 7stage   Pergi ke 7stage's Website   Quote dan BalasQuote

alSubhi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.01.2007
Ahli No: 28403
Posting: 137
Dari: KL, melbourne, australia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 22:29


dah takdir jadi macam tu... mana anda tahu tu bala Tuhan?! jangan memandai... anda tulih sendiri ke copy paste?

Bookmark and Share

    


  Member Information For alSubhiProfil   Hantar PM kepada alSubhi   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-06-07 00:01


:-) .. anta ni subhi.. benda macam ni pun tak faham-faham.. mestila bala.. tengoklah keadaan maksiat kat KL tu macamana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-06-07 00:14


Gambar sekitar kejadian..


nulltranungkite


tranungkite

/

/

imej


-----------------


[ Telah diedit oleh: Ibnu_muaz pada 13-06-07 00:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-06-07 00:28


Banjir Kilat: Peringatan Allah sebelum pilihan raya
Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi

Banjir kilat yang melanda ibu kota baru–baru ini adalah sangat memalukan negara, di mana sebelum ini pemerintah dan pentadbirnya sangat angkuh dengan tahap pembangunan dan kemajuan yang dicapai.

Tanpa pernah memperdulikan syariat dan hukum Ilahi , mereka bangunkan negara bersendi material dan nafsu rakus . Bangunan yang mereka dirikan dan kemajuan yang mereka cipta seolah – olah menjadi lambang betapa mereka tidak memerlukan Allah SWT dalam hidup mereka di dunia ini.

Manakan tidak ! Andai Allah SWT diperlukan dalam hidup mereka , tentu sahaja mereka tidak mempersendakan syariat dan memperlekehkan agama Allah SWT Sebaliknya segera melaksanakan syariat sebagai peraturan yang berdaulat dalam Negara ini.

Lihat sahaja bagaimana keangkuhan sang pemerintah dan pentadbir negara yang berbangga dengan kemajuan dan tamadun mempersenda agama suci ini apabila Negara dibanjiri pelbagai aktiviti hiburan yang merosakkan akhlak dan maruah ummah serta perlakuan pemimpin yang membelakangkan hukum.

Konsert Jom Heboh yang kian rancak dengan road shownya ke seluruh Negara tanpa memperduli fatwa mufti, Karaoke 50 jam tanpa henti yang tidak lagi mengenal waktu sujud kepada Ilahi , program reality tv yang sarat dengan hiburan melampau dan melunturkan jati diri dan gaya hidup kelompok berkuasa yang rakus dan hanya mementingkan diri sendiri.

Saat seperti inilah , banjir kilat melanda ibu kota. Biarpun kerajaan berbangga dengan terowong SMART , tetapi ternyata Allah lebih smart dalam memberi peringatan kepada hambanya.

Maksud firman Allah SWT: Telah zahir kerosakkan di darat dan dilautan angkara perbuatan tangan manusia. Bagi merasakan mereka ( azab ) terhadap sebahagian apa yang mereka lakukan , mudah – mudahan mereka kembali kepangkuan Ilahi. (Surah ar Ruum : 41)

Peringatan Allah dalam bentuk banjir kilat ini , biarpun antara yang terburuk pernah melanda ibu kota , adalah satu bentuk peringatan yang masih kecil dan ringan . Memberi kesempatan kepada seluruh penghuninya untuk insaf dan bersyukur kepada Allah swt.

Allah masih ada tsunami yang belum dilepaskan ke tengah ibu kota , Allah masih ada taufan yang belum ditiup ke tengah ibu kota , Allah masih ada gempa bumi yang masih belum bergegar di tengah ibu kota. Allah masih ada segalanya yang belum ditakdirkan dengan kalam-Nya Kun nothing yakuun .

Peluang yang diberi oleh Allah SWT ini adalah untuk hambanya kembali melaksanakan cara dan gaya hidup berasaskan wahyu Ilahi dan mendaulatkan syariatNya.

Kini rakyat umum dapat menyaksikan sendiri , biarpun Umno dan BN menang besar dengan mandat rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu , mereka masih degil dan enggan untuk melaksanakan syariat Ilahi. Sedang kedegilan ini punca kemusnahan dan kehancuran .

Justeru, rakyat mesti bijak dalam menentu dan mencorak masa depan yang gemilang dengan membangun berasaskan wahyu dan maju berlandaskan syariat bukan lagi membangun bertunjangkan nafsu dan maju berpaksikan material yang bebas dari unsur spiritual.

Jika Umno dan BN enggan dan degil melaksanakan syariat , Kenapa tidak kali ini rakyat memberi peluang kepada PAS dengan seluruh saff kepimpinannya sangat komited untuk membentuk sebuah Negara yang adil dan berkebajikan berteraskan syariat .

Kelak negara ini dilindungi rahmat Ilahi dan membangun dengan penuh keberkatan.

Maksud firman Allah: Jika penghuni sesebuah Negara beriman dan bertaqwa kepada Allah , nescaya Allah membuka pintu keberkatan dari langit dan bumi , akan tetapi mereka telah mendusta (Allah) maka kami timpakan ke atas mereka (sebagai balasan) terhadap apa yang telah mereka lakukan. (Surah al A'araaf : 96)

Apa yang ditanam itulah yang dituai.

Maksud firman Allah SWT: Barang sesiapa yang melakukan amal kebajikan biarpun sebesar zarrah , nescaya ia akan memperolehi ganjarannya dan barangsiapa yang melakukan amal kejahatan biarpun Cuma sebesar zarrah , nescaya ia akan menerima balasannya. (Surah az - Zalzalah : Ayat 7 – 8)

Lantaran itu , kalau kita hendak menanam , pastikan tanaman yang menghasilkan pulangan yang baik dan lumayan atau lebih tepat kalau kita mahu hasil yang baik untuk kita dan generasi selepas kita , kita mesti mesti tanam suatu yang baik pula hari ini .

Kalau kita hendak makan nasi, kita kena tanam padi; tidak boleh tanam ubi dan kalau kita nak makan bubur kacang, kita kena tanam kacang, tidak boleh tanam lalang.

Kalau kita mahu Negara kita aman dan sejahtera , adil dan diberkati maka kita kena lahirkan; pemimpin yang adil dan amanah,rakyat yang beriman dan soleh,undang – undang dan peraturan hidup yang berlandaskan syariat .

Kalau hari ini kita memilih pemimpin yang korup dan rakus, kita membentuk rakyat yang leka dan lalai dan kita mengagungkan undang – undang dan peraturan hidup ciptaan manusia , lihatlah apa yang telah kita tuai hari ini:

Pemimpin yang ada hari ini bergelumang dengan rasuah dan jenayah.

Rakyat hanyut dalam hiburan dan fatamorgana dunia dengan tidak lagi memperdulikan halal dan haram .

Kelab – kelab malam dan pusat hiburan lebih ramai dikunjungi berbanding rumah – rumah Allah yang sunyi dan sepi .

Konsert – konsert hiburan seperti Akademi Fantasia lebih ramai dikunjungi berbanding kuliah – kuliah agama di masjid dan surau .

Pusat – pusat serenti semakin ramai dihuni dan hampir menyamai penghuni kampus – kampus universiti .

Operasi pelacuran makin diiktiraf sehingga promosinya boleh mendapat tempat dalam buku panduan melancong Negara sempena TMM 07'.

Kumpulan – kumpulan sesat yang tidak lagi mempercayai tuhan seperti skin head , punk , black metal , ayah pin dan tidak kurang juga kumpulan yang menganut faham sekular yang memisahkan agama dengan politik semakin hari semakin bercambah .

Akhirnya bagaimana Negara boleh terlepas dari murka Allah SWT?

Maka masing – masing ( mereka itu ) kami azabkan kerana dosa – dosanya , diantara mereka ada yang kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil , ada yang ditimpa suara yang keras yang memecahkan , ada yang kami benamkan ke dalam bumi , dan pula yang kami tenggelamkan ( dalam banjir besar ) Allah sama sekali tidak mahu menzalimi mereka akan tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri . (Surah al Ankabut : 40)

Menginsafi penegasan ini, maka buatlah pilihan yang tepat. Kuasa memilih di tangan kita semua. Semoga Allah memberkati kita semua. - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

humairak
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13040
Posting: 57
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 10:09


untuk mengamalkan syariat islam sebenar memang sukar dan susah untuk diterima masyarakat yag semakin ketandusan jati diri dan akhlak

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairakProfil   Hantar PM kepada humairak   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 12:09


Hmmmm... menarik jugak baca artikel dan pendapat dalam forum ini. Saya cuma terfikir, sekiranya banjir besar melanda kelantan (nauzubillah, sebab saya orang kelantan dan penyokong kerajaan kelantan) adakah kita akan cakap "itu bala dari Allah"? Tapi kalau banjir kena negeri johor , kuala lumpur, pahang dll, terus kita cakap "Itulah bala Allah ke atas mereka yang bermaksiat".

Cuba kita bayangkan sekiranya "bala dari Allah" terjadi di kampung @ kawasan saudara Ibnu_Muaz atau sesiapa sahaja ahli forum ini, adakah kita akan cakap "haaa kan Allah dah turunkan bala kepada kamu" kepada ahli ukhwah.com? Tapi kalau kena saja pada "musuh" terus kita cakap "padan muka" dan bersifat "serong" kepada "musuh" kita. Sedangkan "musuh" yang disangka musuh sebenarnya adalah saudara seagama (walaupun mereka masih melakukan maksiat). Perlu diingat, pada masa sebeginilah MUSUH SEBENAR (selain syaitan) akan memainkan peranan dengan membantu saudara seagama kita.

Perkara seperti ini telah berlaku di Acheh, tapi kita masih tidak berbuat apa-apa, atau "tidak mampu" berbuat apa-apa. Sekiranya BENAR kita menyayangi Allah dan RasulNya, mengapakah kita tidak melakukan ajarannya dari segi akhlak. Bayangkan, sekiranya Rasullullah masih hidup pada masa ini dan ada di malaysia (benda ini mustahil), apakah yang akan Baginda lakukan? Masing-masing fikirkan.

-Yang Masih Melakukan Maksiat-

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-06-07 13:29


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.



Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 27-28 surah as-Syura :

ولو بسط الله الرزق لعباده لبغوا فى الأرض ولكن ينزل بقدر ما يشاء انه بعباده خبير بصير . وهو الذي ينزل الغيث من بعد ماقنطوا وينشر رحمته وهو الولي الحميد
Maksudnya: Dan jika Allah S.W.T memewahkan rezeki kepada sekalian hambaNya nescaya mereka akan melampaui batas di muka bumi (dengan perbuatan liar). Tetapi Allah S.W.T menurunkan rezeki itu mengikut kadar tertentu sebagaimana yang dikehendakinya. Sesungguhnya Dia mengetahui secara mendalam tentang keadaan hambaNya lagi Maha Melihat dengan nyata. Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan ingatlah bahawa Dialah Pengawal yang melimpahkan ihsanNya lagi Amat Terpuji.

         Nikmat anugerah Allah S.W.T kepada umat manusia amat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Anugerah nikmat ini mestilah disambut dengan penuh kesyukuran serta digunakannya dalam memperbanyakkan lagi ibadat kepada Allah S.W.T paada setiap masa dan tempat. Kita juga mesti ingat bahawa segala kebaikan yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas hambaNya bergantung kepada baiknya amalan kita terhadap Allah S.W.T. Begitu juga dengan curahan keberkatan dan kebaikan dari langit disebabkan umat manusia berusaha menjauhkan diri daripada jalan-jalan kesesatan yang memesongkan mereka daripada landasan Islam yang sebenar. Kita sentiasa berdoa agar rezeki yang diperolehi adalah suatu nikmat yang datang bersama dengan keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T sehingga kita mampu meraih kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Disamping itu, kita juga sentiasa memohon perlindungan daripada Allah S.W.T agar jangan jadikan rezeki yang diterima sebagai suatu pemberian yang tiada bersamanya keberkatan apatah lagi ia bertujuan untuk melalaikan kita daripada mendapatkan keredhaan Allah S.W.T sehingga menjadikan kita umat yang rugi di dunia dan akhirat.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

         Ketika kita mendapat rezeki yang bermacam-macam maka ada masanya di mana Allah S.W.T menahan nikmatNya sebagai suatu ujian untuk menguji tahap kesabaran dan kerelaan manusia dalam menghadapi bala’ atau pun ia merupakan suatu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang melakukan kezaliman dan lalai daripada mematuhi perintah Allah S.W.T. Antara bala’ daripada Allah S.W.T ialah Dia tidak menurunkan hujan dengan cuaca panas yang begitu terik sebagaimana yang sedang kita hadapi sekarang ini. Ia menyebabkan manusia dan binatang menghadapi kesukaran, pokok dan tanaman turut kekeringan dan sebagainya. Islam sentiasa memberi tunjuk ajar yang sempurna kepada umatnya agar mencari jalan dalam menghadapi sebarang ujian yang datang. Kita mesti memperbanyakkan istighfar bagi memohon keampunan daripada Allah S.W.T di atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan. Jangan campur adukkan antara ibadat dan maksiat sehingga lebih banyak bala’ Allah S.W.T yang turun seumpama pesta air yang dicemari dengan persembahan artis dan program maksiat yang melambangkan sebahagian daripada kita tidak bersungguh untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.

         Ingatlah kita kepada suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah : Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan berjangkit yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 10-12 surah Nuh :

استغفروا ربكم انه كان غفارا يرسل السماء عليكم مدرارا ويمددكم بأموال وبنين ويجعل لكم جنات ويجعل لكم أنهارا
Maksudnya: Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Akan dikirimkan oleh Allah kepada kamu awan yang menurunkan hujan lebat. Diberikan oleh Allah S.W.T kepada kamu kekayaan harta dan anak-anak serta diadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu



Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Melihat kepada arahan dan amaran daripada Allah S.W.T dan rasulNya agar kita sentiasa bertaubat dengan segala dosa serta mematuhi segala perintah dan menjauhi segala apa yang ditegah maka sepatutnya kita lebih sedar tentang kesalahan kita yang menyebabkan turunnya sesuatu bala’ daripada Allah S.W.T. Kita juga mesti sentiasa istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar dengan menghindarkan segala jalan yang membawa kepada kesesatan.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 16 surah al-Jin :

وأن لو استقاموا على الطريقة لاسقيناهم ماء غدقا
Maksudnya: Dan sesungguhnya jika mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka

         Kita mesti tegas dalam melawan kebatilan dan maksiat sehingga datangnya kemenangan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Kita jangan takut untuk menegur kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita kerana sebarang dosa bakal mengundang bala’ dan bala’ apabila telah turun maka ia menyeluruh bukan tertentu kepada pembuatnya sahaja. Oleh itu melalui mimbar yang mulia ini kita menegur tentang kegagalan program Khidmat Negara yang menelan wang rakyat sebanyak 500 juta ringgit dalam melahirkan rakyat yang soleh kerana terlalu menekankan latihan fizikal dan keduniaan tanpa menitikberatkan pembinaan rohani. Ini menyebabkan berlakunya banyak pergaduhan, pengabaian kepada kewajipan agama di kalangan peserta Islam terutama solat, aktiviti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga ada peserta yang dirogol dan beberapa orang lagi didapati mengandung. Melihat kepada kegagalan dan bahayanya program ini terhadap keselamatan akhlak anak-anak maka kita seru agar program Khidmat Negara digantung atau dihentikan buat sementara bagi membolehkan suatu siasatan dan pembaikian terhadap aktiviti dan pengisian yang dijalankan di dalamnya sehingga ia benar-benar selamat dan berkesan untuk melahirkan warganegara yang soleh.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

         Kita mesti ingat tentang ujian Allah S.W.T berbentuk hujan peluru musuh yang menimpa saudara kita. Palestin menyaksikan bagaimana dalam masa tidak sampai sebulan selepas pengasas dan pemimpin HAMAS iaitu Syeikh Ahmad Yasin dibunuh maka pemimpinnya yang baru iaitu Abdul Aziz Rantisi pula dibunuh dengan peluru berpandu helikopter Israel. Iraq terus bermandi darah selepas kebangkitan pejuang Iraq dalam menentang penjajah. Malah Arab Saudi turut digegarkan dengan letupan bom kereta yang dipandu penyerang berani mati memusnahkan bangunan pasukan keselamatan di Riyadh. Begitu juga dengan keganasan di Selatan Thailand yang didakwa dirancang rapi oleh Amerika terus menekan kebebasan umat Islam di sana. Jika saudara kita mampu bersabar dan tetap meneruskan perjuangan Islam dalam melawan musuh maka kita di negara ini yang ditipu secara terang dalam pilihanraya mestilah lebih bersabar dengan meningkatkan usaha dakwah Islam serta menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran sehingga datangnya pertolongan dan kemenangan besar daripada Allah.

Firman Allah dalam ayat 55-56 surah al-A’raf :

ادعو ربكم تضرعا وخفية إنه لايحب المعتدين . ولاتفسدوا فى الأرض بعد اصلــحها وادعوه خوفا وطمعا إن رحمت الله قريب من المحسنين
Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menyukai mereka yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah S.W.T memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan penuh perasaan takut dan mengharap. Sesungguhnya rahmat Allah S.W.T amat dekat kepada mereka yang berbuat baik.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


-----------------


[ Telah diedit oleh: Ibnu_muaz pada 13-06-07 13:31 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 21:37


huh..jangan lah terjadi banjir seperti tahun 1971..itu lebihdasyat dariyang ada sekarang

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 13-06-07 22:57


Assalamualaikum...
Hmm...macam kurang manis menuding jari kepada orang lain...lebih baik lihat diri sendiri...apa yang telah kita buat...untuk Islam...dah cukup ke... :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 23:08


Pada 13-06-07 22:57 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
Hmm...macam kurang manis menuding jari kepada orang lain...lebih baik lihat diri sendiri...apa yang telah kita buat...untuk Islam...dah cukup ke... :roll:


betul tu...



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 23:44


Sesungguhnya ini satu peringatan buat kita...jadikan iktibar. MAcam-macam dah berlaku kat MAlaysia ini...tapi masih ramai lagi yang leka dan hanyut dek hiburan2 dan perkara2 lagho...selagi tak kena batang idung sendiri, selagi tu lah tak sedar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 18:39


Saya rasa lebih elok kita gunakan perkataan UJIAN daripada BALA. Sebab kalau ujian, maksudnya Allah masih sayang kepada hambaNya, tapi kalau BALA, maksudnya Allah dah MELAKNAT sesuatu kaum itu.

Sebab itu di Iraq, Acheh, Selatan Thailand, dll kita katakan mereka diUJI oleh Allah, bukan diturunkan BALA

Perlu diingat, maksiat yang berlaku BUKAN disabitkan secara total kepada pemerintah. Even dekat kelantan di bawah pemerintahan orang Alim (bukan ULAMA sebab ULAMA kata jamak bagi orang Alim dalam bahasa arab), kelantan tetap ada lagi aktiviti maksiat. Pelacuran juga masih ada di Kelantan secara tersembunyi.

Jadi walaupun pemimpin itu seorang Alim, belum menjamin rakyat juga akan menjadi orang beriman. Bukti bukti sejarah ini banyak terdapat dalam Al Quran.

Saya menyokong pendapat sayatetapsaya sebab apabila sesuatu UJIAN diturunkan, UJIAN itu tidak ditujukan KHAS kepada sesuatu kawasan yang terlibat. Ia mungkin ada kaitan dengan kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12056 saat. Lajunya....