Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 22-01-2025 |
|
Bincang Agama
|
Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Hukum menggunakan minyak wangi yang mengandungi alkohol? |
---|---|
rimbabara |
Posting pada: 09-06-07 13:28
SOALAN
Apakah hukum menggunakan minyak wangi yang mengandungi alkohol? JAWAPAN: Hukum menggunakan minyak wangi yang mengandungi alkohol adalah harus. Jika dibawa dalam solat iaitu pakaian yang menggunakan minyak wangi itu, solatnya adalah sah. Ini kerana bukan semua alkohol dikira najis. Ulama mengkategorikan alkohol yang najis itu ialah alkohol yang sifatnya arak. Menggunakan minyak wangi beralkohol dikira suci dan tidak menjejaskan solat. Ini adalah pandangan beberapa tokoh Islam seperti Prof. Dr. Abdul Fattah, Prof. Dr. Fadhal Hassan Abbas dan Prof. Dr. Yusuf Qaradawi. Kita melihat alkohol yang ada dalam minyak wangi sifatnya tidak sama dengan alkohol dalam minuman keras. Begitu juga penggunaan alkohol dalam perubatan dan makanan sifatnya berbeza dengan arak. Alkohol yang ada dalam minyak wangi sifatnya telah berubah daripada yang asal, maka ia tidak lagi haram. Namun demikian, untuk keluar dari masalah ini, kita mempunyai alternatif menggunakan minyak wangi yang bebas alkohol. Ini juga bukan alasan untuk kita tidak solat jika menggunakan minyak wangi beralkohol. |
ucu_nuriman |
Posting pada: 09-06-07 13:41
Hak tanya sikit katalah pakaian terkena arak, apa harus dilakukan? adakah hanya perlu dicuci seperti najis muhaffafah atau macamana? sory lari topik sikit
terima kasih |
tanpanama |
Posting pada: 09-06-07 14:45
Para ulama' bersepakat bahawa arak haram diminum tetapi khilaf dalam soal najis atau tidak. Qaradawi memilih ia tidak najis. Jika arak pun dah boleh, usahkan alkohol yang sebenarnya bukan arak.
|
syemarly |
Posting pada: 10-06-07 00:14
ana rasa penggunaan alkohol pada makanan sahaja yang haram..Kalau pada wangian tidak jadi masalah..lain lah Kalau ada sesiapa yang pakai minyak lalu mabuk dan terus pengsan...huhuhu..
|
tanpanama |
Posting pada: 10-06-07 01:15
Pada 10-06-07 00:14 , syemarly posting:
!!! QUOTE !!! ana rasa penggunaan alkohol pada makanan sahaja yang haram..Kalau pada wangian tidak jadi masalah..lain lah Kalau ada sesiapa yang pakai minyak lalu mabuk dan terus pengsan...huhuhu.. bab hukum-hakam mana boleh rasa2....so beware.... tahukah anda, dalam vanilla pun ada alkohol. anda sepatutnya kena hafal sifir ni. arak ialah alkohol, tetapi alkohol tidak semestinya arak sahaja. |
nagibphg |
Posting pada: 10-06-07 09:14
assalamualaikum....
kalau pakaian terkena arak hendak lah dibasuh... arak dikira najis bagi mazhab syafie... ----------------- |
farouks |
Posting pada: 19-06-07 14:55
Pada 10-06-07 00:14 , syemarly posting:
!!! QUOTE !!! ana rasa penggunaan alkohol pada makanan sahaja yang haram..Kalau pada wangian tidak jadi masalah..lain lah Kalau ada sesiapa yang pakai minyak lalu mabuk dan terus pengsan...huhuhu.. Antum dapat kat mana? Sebab ada hadith Nabi yang jelaskan diharamkan arak sebab ain'nya. Jadi ain' arak adalah alkohol dan lebih spesifik ethanol. Jadi apa -apa benda yang mengandungi ethanol maka haramlah dia tak kira minyak wangi ke , makanan ke, minuman ke ----------------- http://mykhilafah.com/ |
nurzatul |
Posting pada: 19-06-07 21:14
tahukah anda, dalam vanilla pun ada alkohol.
betul 2.ana pernah baca dalam buku halal haram keluaran persatuan pengguna p.pinang. |
syemarly |
Posting pada: 20-06-07 13:31
Pada 10-06-07 01:15 , tanpanama posting:
!!! QUOTE !!! Pada 10-06-07 00:14 , syemarly posting: afwan..memang diakui hukum hakam tak boleh ikut sedap rasa.. so..kesimpulannya sejauhmanakah pengharaman penggunaan wangi yang berakohol sedangkan kita ketahui 'arak ialah alkohol dan alkohol tak semestinya arak'? apa yang diketahui juga pengharaman ekatas kita adalah arak or sesuatu yang memabukkan..Kalau dah arak itu memabukkan sure lah kita kena elakkannya..tapi Kalau alkohol pula..adakah semestinya ia memabukkan?? so..? ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/ |
sayang_semuanya |
Posting pada: 20-06-07 18:44
Menurut kajian yang ana pelajari di sekolah, apabila minyak wangi yang mempunyai alkohol sudah si sembur kan di badan kita, alkoholnya akan absorb (hilang).. Yang tinggal, hanya baunya sahaja.. Jadi, jangan di ragukan lagi.. Sah ibadah kita, jika kita memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol, dan ibadah kita sah jika kita memakai minyak wangi yang ada content alkohol..
Sekian wassalam |
syemarly |
Posting pada: 20-06-07 23:35
Pada 20-06-07 18:44 , sayang_semuanya posting:
!!! QUOTE !!! Menurut kajian yang ana pelajari di sekolah, apabila minyak wangi yang mempunyai alkohol sudah si sembur kan di badan kita, alkoholnya akan absorb (hilang).. Yang tinggal, hanya baunya sahaja.. Jadi, jangan di ragukan lagi.. Sah ibadah kita, jika kita memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol, dan ibadah kita sah jika kita memakai minyak wangi yang ada content alkohol.. yeah..ustaz fiqh ana pun beritahu pasal ni..sah solat kita andai pakai wangian beralkohol.. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/ |
ridz07 |
Posting pada: 21-06-07 00:05
Pada 19-06-07 14:55 , farouks posting:
!!! QUOTE !!! Pada 10-06-07 00:14 , syemarly posting: Kalau macam tu, Kenapa al-Kindy menamakan al-kol kepada alkohol, sedangkan istilah al-khamar ada dalam al-Quran..... Sebabnya, arak tu adalah sebahagian daripada alkohol, tetapi alkohol bukannya arak. Ingat, kalau belajar kimia, alkohol mempunyai kumpulan ikatan karbon yang berbeza, yang menyebabkabkan ia ada banyak jenis etanol, metanol, propanol dan sebagainya.... Arak adalah sebahagian daripadanya..... ----------------- العمل لله شعارنا , العمل لله شعارنا |
Farishah |
Posting pada: 21-06-07 02:48
Pada 09-06-07 13:41 , ucu_nuriman posting:
!!! QUOTE !!! Hak tanya sikit katalah pakaian terkena arak, apa harus dilakukan? adakah hanya perlu dicuci seperti najis muhaffafah atau macamana? sory lari topik sikit arak adalah najis mutawassitoh...jadi cuci macam najis mutawassitoh k...cuci sampai hilang bau,rasa,warna... xtra...najis mukhaffah satu saja...kencing bayi yang bawah dr umur 2 tahun dan belum makan apa-apa kecuali susu ibu...dan cara cuci dia renjis2 saja... xtra2...najis mughallazah tau kan....anjing dan u noe what... ----------------- strong minds talk about ideas, weak minds talk about people. |
uswatun_mawaddah |
Posting pada: 21-06-07 10:31 |
syemarly |
Posting pada: 21-06-07 13:37 |
muslimah_johor |
Posting pada: 21-06-07 15:25
Pada 21-06-07 10:31 , uswatun_mawaddah posting:
!!! QUOTE !!! Kenapa tiba-tiba keluar topik najis pula.... sebab arak adalah najis. tapi alkohol ygada dalam minyak wangi tak najis bila dipakai. wallahu a'lam kepada rimbabara awak kena conduct tapik ni. jangan buka cerita lepas itu lepas tangan terutama nak cari kesimpulan. tapi mungkin awak busy -sory. anyway kalau boleh jangan biarkan topik yang kita mulakan begitu sahaja ye. |
nurhafiza |
Posting pada: 21-06-07 18:20
assalamualaikum...
skdar pendapat..sebagai seorang ahli kimia(INSYAALLAH) ingin mngetengahkan pendapat mngenai pendapat sahabat yang mngatakan ethanol haram..('ain kepada arak)..Kalau macam 2..selama ni..saya bergelumang dengan benda haram?ethanol murupakan sbatian alkohol..dan bgai mana pula dengan bapa kimia,Ibn Hayyam yang bermain dengan sbatian2 ini untuk tjuan pyelidikan dan kmaslahatan ummah? |
rimbabara |
Posting pada: 21-06-07 18:58
Pada 21-06-07 15:25 , muslimah_johor posting:
!!! QUOTE !!! Pada 21-06-07 10:31 , uswatun_mawaddah posting: ini berdasarkan hasil kajian yang menyeluruh dan dapat menyingkap hakikat penggunaan alkohol secara meluas dalam kehidupan manusia sejagat. 1. Fatwa Majlis Kebangsaan : " Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya." 2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis. 3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa: " Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukumnya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk." 4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1 menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS. 5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya. 6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat dengan Syeikh Rashid Redha (rh). Sekian. |
tanpanama |
Posting pada: 21-06-07 19:23
Pada 19-06-07 14:55 , farouks posting:
!!! QUOTE !!! Pada 10-06-07 00:14 , syemarly posting: ni belajar kat mana hukum hakam ni...salah tu... tahukah anda?? 'illah pengharaman arak adalah memabukkan. jika arak tidak memabukkan, yakni sifatnya itu tidak memabukkan, maka ia halal. jika arak sifatnya berubah, iaitu menjadi cuka, maka ia menjadi halal. kesimpulannya, 'illah pengharaman arak ialah memabukkan/mengkhayalkan pemikiran. begitulah juga hukum ganja/dadah diterbit secara Qias. illahnya adalah memabukkan. jadi dadah/ganja di qiaskan kepada arak. "Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim) p/s: Adakah anda ingin bertanggungjawab disebabkan sikap memandai-mandai dalam mengeluarkan hukum-hakam?? sesungguhnya ia perbuatan yang berdosa jika mengeluarkan hukum disebabkan kejahilan kita. Wassalam. [ Telah diedit oleh: tanpanama pada 21-06-07 19:29 ] |
farouks |
Posting pada: 22-06-07 02:36
Pada 21-06-07 00:05 , ridz07 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 19-06-07 14:55 , farouks posting: Betul lah tu, alkohol bukan semestinya etanol, tapi banyak lagi. Macam metanol. metanol masuk badan terbakarlah segala organ. Kenapa? mesti sahabat2 tau kan? Manakala bagi etanol pula ia merupakan unsur yang terdapat pada arak. Jadi diharamkan arak sebab unsur tersebut, kerana kandungan arak tersebut yakni metanol. begitu juga dengan minyak wangi. Jadi reason sayang_semuanya, itu tak menepati realiti. macamna boleh, yang melekat pada baju hanya bau sahaja? Pada suhu berapa etanol akan menjadi wap? Ana cadangkan try dulu sembur minyak wangi pada lap and then sentuh, basah tidak.......... Jadi kalau nak dikatakan sah penggunaan minyak wangi yang mengandungi etanol atas dalil apa? ----------------- http://mykhilafah.com/ |
fathurrahman |
Posting pada: 22-06-07 03:31
ethanol digunakan secara meluas dalam industri sebagai bahan pelarut
pharmaceuticals - antiseptik yang digunakan untuk membunuh kuman mengandungi ethanol...... bahkan ethanol digunakan sebagai bahan pelarut untuk melarutkan ubat2 an yang tak dapat dilarutkan oleh air cat rumah juga mengandungi ethanol (adakah dinding rumah najis??) bahan-bahan kosmetik - gel rambut, aftershave toner, shampoo, facial wash, body wash, skin cream, lotion etc detergen - terutamanya pencuci lantai, toilet, pencuci pinggan mangkuk (adakah lantai rumah tempat anda bersolat juga najis, sebab dibersihkan dengan ethanol??) bahan pewangi - perfume, cologne, pewangi rumah & kereta alat tulis - marker pen adhesives (bahan pelekat)........ ini semua hanyalah sebahagian kecil daripada bahan-bahan kegunaan harian yang mengandungi ethanol arak mengandungi ethanol, tapi adakah semua ethanol itu arak sehingga ada yang memandai menjatuhkan hukum najis pada ethanol?? Fatwa Negeri Kelantan - Alkohol Dlm Solat ----------------- "Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein [ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 22-06-07 03:56 ] |
sailormoon |
Posting pada: 22-06-07 05:15
Perbincangan tentang penggunaan ahkohol dekat radio IKIM...Klik untuk download...(^^,)
Penggunaan Ahkohol.mp3 ----------------- DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN... |
tanpanama |
Posting pada: 22-06-07 11:25
Pada 22-06-07 02:36 , farouks posting:
!!! QUOTE !!! Pada 21-06-07 00:05 , ridz07 posting: astaghfirullah, mana enta belajar ni. sesungguhnya arak itu jelas haram. tetapi sebab pengharamannya bukan unsur dalamnya. kaedah usul fiqhnye dari segi kenajisan arak itu sendiri ulama' telah berselisih pendapat, adakah najis hukmi atau najis maknawi.jadi pengharaman arak bukan pada unsurnya. yakni tiada kaitan methanol, ethanol atau kumpulan berfungsi alkohol. Di dalam al-Quran, jelas Allah telah menyebut hukum tentang arak iaitu ia adalah haram dan tidak boleh diminum. Firman Allah: âWahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.â Arak ialah sejenis minuman memabukkan yang diperah daripada anggur tanpa dimasak dengan api. Kemudian seorang mujtahid itu mendapati bahawa sesuatu yang menjadi âillah pengharaman arak ialah kerana ia memabukkan dan menyebabkan kehilangan minda dan peminumnya akan menjadi tidak sedar. Kesan mabuk adalah amat berbahaya kepada masyarakat kerana ia boleh membawa kepada kemalangan jalan raya, perbalahan dan pergaduhan yang tidak diingini. p/s: sila baca posting sebelum ni. di ulangi, memandai-mandai dalam mengeluarkan hukum-hakam adalah berdosa di atas kejahilan kita. [ Telah diedit oleh: tanpanama pada 22-06-07 11:28 ] |
ummusafiah |
Posting pada: 22-06-07 12:49
terima kasih atas penjelasan di atas...rasanyanya semakin jelas dalam hal ni..nanti saya tanyakan kawan-kawan saya pula pas ni..terima kasih
|
farouks |
Posting pada: 22-06-07 12:50
Pada 22-06-07 11:25 , tanpanama posting:
!!! QUOTE !!! Pada 22-06-07 02:36 , farouks posting: Mungkin kurang jelas penjelasan yang lepas, ana harap denga penjelasan ini yang kabur menjadi jelas. yang jelas menjadi semakin terang bersinar. Ana harap kita tidak melontarkan kata-kata yang tak sepatutnya kepada saudara seagama kita apabila wujudnya perbezaan pandangan, kita kembalikan kepada hukum syara(Quran dan SUnnah). Dalil mana yang terkuat itu yang kita ambe. __Memanfaatkan Benda Najis (salah satunya arak) Hukumnya Haram__ ---penjelasan---- Memanfaatkan (intifaâ/istiâmal) benda-benda najis (an-najasat) adalah masalah khilafiyah. Ada yang membolehkan dan ada yang melarang. Namun pendapat yang rajih (kuat) adalah yang mengharamkan. Dalilnya antara lain firman Allah SWT : â"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamr, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi dengan anak panah itu adalah rijsun (najis) termasuk perbuatan syetan, maka jauhilah najis itu agar kamu mendapatkan keberuntunganâŠâ (QS Al-Maaidah : 90) Dalam firman Allah âfajtanibuuhuâ (jauhilah najis/rijsun itu) mengandungi perintah untuk menjauhi rijsun yang berarti kotoran atau najis. Maka, memanfaatkan benda najis adalah haram, sebab Allah SWT telah memerintahkan kita untuk menjauhi najis itu. Maka, haram hukumnya memanfaatkan khamr, memanfaatkan najis binatang untuk baja, memanfaatkan alkohol, dan semua benda najis lainnya, sebab itu semua adalah najis yang wajib dijauhi, bukan didekati atau dimanfaatkan. Memang, dalil QS al-Maidah : 90 ini dibantah oleh sebagian fuqaha yang mengatakan bahwa kata rijsun pada ayat tersebut adalah najis secara maknawi (atau najis hukmi, yakni najis secara hukum), bukan najis zat (atau najis aini, yakni najis secara materi/zat). Karena kata rijsun tidak hanya khabar (keterangan) bagi khamr(arak), tetapi juga keterangan bagi perbuatan berjudi, berkorban untuk berhala, dan mengundi nasib, yang semuanya jelas tidak boleh disifati dengan najis zat. Mereka berdalil dengan firman Allah SWT (artinya) : âMaka jauhilah berhala-berhala yang najis ituâ (QS Al Hajj : 30). Berhala yang disebut najis pada ayat tersebut adalah najis maknawi, bukan najis zati. Contoh lain najis maknawi terdapat pada surat At Taubah ayat 28 (artinya) :âSesungguhnya orang-orang musyrik itu najisâ (QS At Taubah : 2). Yang dimaksud dengan najis pada ayat ini bukanlah najis zat(tubuh) mereka, tetapi najis maknawi, yaitu aqidah yang mereka peluk adalah aqidah syirik yang harus dijauhi, sebagaimana yang dipahami oleh jumhurul fuqaha'. Dengan demikian, menurut mereka, kata rijsun dalam surat Al Maidah 90 tersebut, adalah najis secara maknawi, bukan najis dzati. Implikasinya, khamr(arak) itu suci, bukan najis. Alkohol pun adalah suci dan bukan najis. Pandangan tersebut --menurut mereka-- diperkuat oleh bunyi ayat selanjutnya min âamal asy-syaithan (dari perbuatan syetan).. Itu berarti, yang dimaksud dengan najis (rijsun) dalam QS Al-Maidah ayat 90 adalah najis secara maknawi, bukan najis dzati (Sayyid Sabiq, Fiqhu Sunnah, I/28; Setiawan Budi Utomo, Fikih Aktual, 2003:205-206). Hanya saja, pendapat jumhur itu (yang memandang bahwa kata rijsun dalam ayat tersebut juga mencakup najis dzati) dikuatkan oleh dalil hadits Nabi SAW : "Sesungguhnya kami (para sahabat) berada di negeri para Ahli Kitab, mereka makan bab* dan minum khamr, apakah yang harus kami lakukan terhadap 'gelas-selas' dan periuk-periuk mereka? Rasulullah SAW menjawab,"Apabila kamu tidak menemukan selainnya, maka cucilah dengan dengan air, lalu memasaklah di dalamnya, dan minumlah." (hari Ahmad dan Abu Dawud). Perintah untuk mencuci gelas(bejana) wadah khamr dan periuk wadah daging bab* itu, menunjukkan bahawa kedua benda tersebut tidak suci. Sebab, apabila suci dan tidak najis, tentu Nabi SAW tidak akan memerintahkan mencucinya dengan air. Dalil lain, Abu Hurairah ra menceritakan bahwa ada seorang lelaki akan memberikan hadiah kepada Rasulullah SAW sebuah minuman khamr, maka Rasulullah SAW berkata: âSesungguhnya khamr itu telah diharamkan. Laki-laki itu bertanya,"Apakah aku harus menjualnya?", Rasulullah SAW menjawab,"Sesungguhnya sesuatu yang diharamkan meminumnya, diharamkan pula menjualnya". Laki-laki itu bertanya lagi,"Apakah aku harus memberikan kepada orang Yahudi?" Rasulullah menjawab,"Sesungguhnya sesuatu yang diharamkan, diharamkan pula diberikan kepada orang Yahudi". Laki-laki itu kembali bertanya,"Lalu apa yang harus saya lakukan dengannya?" Beliau menjawab,"Tumpahkanlah ke dalam longkang." (hari Al Khumaidi dalam Musnad-nya). (Ahmad Labib al-Mustanier, Hukum Seputar Khamr, www.islamuda.com) Perintah untuk menumpahkan khamr ke longkang ini, menunjukkan bahwa khamr adalah najis dan tidak suci, yakni najis secara dzati. Kesimpulannya, ketika Allah berfirman dalam QS Al-Maidah : 90 yang berbunyi âfajtanibuuhuâ (jauhilah najis/rijsun itu), maka itu adalah perintah untuk menjauhi rijsun (najis) yang mencakup najis dzati. Maka, memanfaatkan benda najis adalah haram, sebab Allah SWT telah memerintahkan kita untuk menjauhi najis itu (Al-Baghdadi, Radd âAla Kitab Ad-Daâwah Al-Islamiyyah, 1986:22) Jadi Zat yang terkandung dalam arak itu(etanol) juga haram untuk dimanfaatkan (untuk dipakai, dijual dan lain-lain) sama ada sebagai pewangi dan sebagainya. wassalam ----------------- http://mykhilafah.com/ |
tanpanama |
Posting pada: 22-06-07 14:53
Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90). Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim: "Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya " Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis" Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis. 1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/15 menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal. 2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan" 3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali); 4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152). Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan âAbsolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk. Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya. sumber: zaharudin.net |
syemarly |
Posting pada: 24-06-07 01:38
masya-allah..betapa banyaknye ilmu yang kita dapat hanya dari satu topik-penggunaan minyak wangi beralkohol !
rasanya dari topik awal majoriti menghujah bahawa penggunaannya adalah diharuskan..tak perasan sangat yang menyanggah penggunaan pewangi alkohol adalah dilarang..sememangnya kepesatan teknologi dan penigkatan ilmu dikalangan kita membuatkan segala yang tak pasti menjadi lebih pasti..dan hasilnye keraguan selama ini yang menyatakan alkohol pada wangian adalah tidak dibolehkan telah dilihat penerangan yang lebar ni..yang menyaksikan wangian alkohol adalah diharuskan.. jadi apa lagi masalahnya? bukankah sudah jelas nyata dan terang? ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/ [ Telah diedit oleh: syemarly pada 24-06-07 01:41 ] |
farouks |
Posting pada: 25-06-07 01:21
Pada 22-06-07 14:53 , tanpanama posting:
!!! QUOTE !!! " Sepertimana yang telah dijelaskan: Jika khamr diharamkan karena zatnya, sementara pada hadits Dari Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW juga bersabda,âSetiap yang memabukkan itu khamr, dan setiap khamr itu haram.â (hari Muslim dan Daruquthni), berarti itu menunjukkan kepada kita bahwa sifat yang melekat pada zat khamr adalah memabukkan. Karena sifat utama khamr itu memabukkan, maka untuk mengetahui keberadaan zat khamr itu atau untuk mengenali zatnya adalah dengan meneliti zat-zat apa saja yang memiliki sifat memabukkan. Kini, setelah dilakukan tahqiiq al manath (penelitian fakta), oleh para ahli kimia, dapat diperoleh kesimpulan bahwa zat yang memilki sifat memabukkan dalam khamr adalah etil alkohol atau etanol. Zat inilah yang memiliki khasiat memabukkan. Kandungan alkohol dalam minuman arak: sumber (www.halalmui.or.id) Jadi sebarang pemanfaatan alkohol samaada menjadikan 'denature alkohol atau obsulately alkohol' hukumnya tetap sama. sebab yang yang menjadi pertimbangan hukum itu bukan pada hasil akhirnya tetapi tindakan pemanfaatan itu sendiri. Ini kerana alkohol termasuk dalam kategori benda najis yang tidak boleh dimanfaatkan sepertimana yang disebut dalam(5:90). Jadi pemanfaatan alkohol dalam penyediaan "minyak wangi mengandungi alkohol" adalah haram meskipun pada hasil akhirnya alkohol tersebut tidak dapat dikesan lagi. Begitu juga dengan contoh lain yakni penggunaan lemak bab* dalam pembuatan sabun. sabun yang dihasilkan, secara sifat fizik dan kimianya sudah sangat berbeza dari bahan asalnya yang najis. Persoalannya, adakah boleh menggunakan lemak bab* sebagai bahan asas pembuatan sabun? Jawapannya adalah tidak boleh (haram). sebab yang menjadi pertimbangan bukanlah hasil akhir samaada, ada tidaknya lemak bab* dalam sabun tersebut. tetapi tindakan pemanfaatan lemak bab* itu sendiri. Bukan hanya dilihat apakah pada hasil akhirnya lemak bab* itu masih dapat dikesan atau tidak. Pemanfaatan lemak bab* adalah haram, berdasarkan nash Al Qur`an yang telah mengharamkan bab* (Al-Baghdadi, 1994:43-44), di samping lemak bab* termasuk benda najis yang tidak boleh dimanfaatkan. Wallahua'lam ----------------- http://mykhilafah.com/ |
sirat82 |
Posting pada: 25-06-07 01:36
saja nak tambah.... khamr walaupun dah berubah sifat yakni tak ada alkohol ia tetap haram sebab pengharaman arak bukan atas illah memabukkan tetapi atas dasar "kami dengar dan kami taat"
|
tanpanama |
Posting pada: 25-06-07 10:10
Pada 25-06-07 01:36 , sirat82 posting:
!!! QUOTE !!! saja nak tambah.... khamr walaupun dah berubah sifat yakni tak ada alkohol ia tetap haram sebab pengharaman arak bukan atas illah memabukkan tetapi atas dasar "kami dengar dan kami taat" ia masih lagi khilaf (barangkali) kerana mazhab hanafi, jika arak berubah sifatnya ia menjadi suci dan halal.(Rujuk wahbah zuhali, fiqh perundangan Islam, Jilid 1) ulama' usul fiqh berkata, 'illah memabukkan menjadikan arak haram. sebab itu dadah juga diqiaskan kepada arak 'illahnya memabukkan/merosakkan pemikiran. |
sirat82 |
Posting pada: 25-06-07 10:33
Sorry ilmu tak berapa banyak... jadi kalau kita minum arak dan tak mabuk jadi halal? sebab illah memabukkan yang mengharamkan, so kalau tak mabuk jadi halal?
eh... sekarang ini "bincang" pasal minyak wangi... |
tanpanama |
Posting pada: 25-06-07 10:39
Pada 25-06-07 10:33 , sirat82 posting:
!!! QUOTE !!! Sorry ilmu tak berapa banyak... jadi kalau kita minum arak dan tak mabuk jadi halal? sebab illah memabukkan yang mengharamkan, so kalau tak mabuk jadi halal? saya tidak berminat untuk mengulas soal illah khamr ni.. sebab nak fokuskan isu alkohol dan minyak wangi dulu. tapi pendirian saya tetap sama. Insya Allah lain waktu kita bincang elok-elok...heheh sebab jawapan untuk persoalan anda tu ada, tapi nak bahas takut panjang meleret ...nanti lari topik pula. |
tanpanama |
Posting pada: 25-06-07 10:49
FATWA NEGERI KELANTAN
Kategori : Ibadat Tajuk : Penggunaan alkohol semasa solat Isu : 1)Mengapakah bahan beralkohol tidak boleh di pakai semasa menunaikan solat? 2)Adakah seseorang itu perlu membasuh bahagian badan yang di sembur alkohol walhal anggota itu tidak terlibat semasa mengambil wuduk? Keputusan : Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu: i)Alkohol kayu (methanol) ii)Alkohol biji-bijian (ethanol) Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (-OH. Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman. Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras. Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan. Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan. Baca : 879 Oleh : Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan p/s: diharap semua kekeliruan dapat diselesaikan selepas ini. |
ridz07 |
Posting pada: 28-06-07 23:02 |
alwalid |
Posting pada: 28-06-07 23:05 |
ibnu_musa |
Posting pada: 28-06-07 23:59
Pada 25-06-07 10:33 , sirat82 posting:
!!! QUOTE !!! Sorry ilmu tak berapa banyak... jadi kalau kita minum arak dan tak mabuk jadi halal? sebab illah memabukkan yang mengharamkan, so kalau tak mabuk jadi halal? suasana kat sini dah jadi pening, asal benda senang tapi disusahkan oleh orang2 tertentu. pengharaman arak adalah berdasarkan nas Al-Quran dan Hadith, fullstop. macam kata sirot, kami dengar dan kami taat. tak perlu guna qiyas pula, memang majoriti ulama' kata illah pengharaman arak adalah kerana memabukkan, tapi tak perlulah pula kita jatuhkan hukum haramnya arak berdasarkan qiyas, sebab nas Al-Quran itu dah cukup kuat. qiyas digunakan untuk menyabitkan perkara lain yang sama illahnya. malah dalam bab mabuk ni tak perlu guna qiyas, sebab ada hadith yang menyebut setiap benda memabukkan itu adalah arak, dan setiap arak haram! arak walaupun jika tak sampai memabukkan tapi tetap haram, katakan nak minum sikit saja mungkin tak mabuk, ia tetap haram walaupun sikit. atau ada orang yang takkan mabuk kalau minum arak, bolehkah dia minum? apa nas yang membenarkannya? tentang minyak wangi, saya rasa dah jelas pandangan yang mana kuat dan mana tak kuat. tak perlulah nak tegakkan pendapat yang tak diiktiraf di sini. wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |