Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 144
Ahli: 0
Jumlah: 144




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 47 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sukan dan Riadah
Topik: Menangi emas Olimpik sesukar kendali bisnes


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» Menangi emas Olimpik sesukar kendali bisnes

Please Mendaftar To Post


Oleh Menangi emas Olimpik sesukar kendali bisnes

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-06-07 13:18


SETAHUN lebih mulai dari sekarang bakal berlangsungnya temasya sukan terbesar lagi berprestij iaitu Sukan Olimpik di Beijing, China.

Sukan ini telah diadakan sejak 1896 lagi bermula di Athens. Sejak itu ia menjadi tradisi di mana rata-rata atlet mempamerkan aksi sukan yang bukan calang-calang hebatnya.

Seperti biasa, setiap kali berlangsung sukan ternama itu, semua negara masing-masing akan menghantar atlet terbaik ke Beijing bagi bertanding. Bukan setakat berprestij, temasya sukan itu turut menjadi impian kebanyakan atlet untuk beraksi.

Dengan mengambil bahagian mewakili negara masing-masing ia sudah cukup membuatkan seseorang atlet itu merasa bangga dan memberikan ia satu kepuasan - lebih-lebih lagi apabila dapat memenangi pingat dengan tidak mengambil kira jenis pingat yang diperoleh.

Bagi atlet barangkali, tidak mengapa mendapat perak atau gangsa, asalkan dapat mewakili negara. Begitulah prestijnya Sukan Olimpik ini.

Namun perlu juga diingatkan bahawa jika dapat memenangi pingat emas, itu adalah yang terbaik dan kemuncak kepada sesuatu pencapaian sukan.

Secara umumnya kita sudah pun menerima falsafah yang biasa diperkatakan iaitu mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan sukan sudah mencukupi. Bagi individu yang berpotensi besar untuk pergi jauh memenangi pingat ia perlu memikirkan falsafah ini dengan lebih mendalam lagi.

Falsafah jurulatih Amerika Syarikat (AS) sukan American Football, Vince Lombardi yang menekankan, “Winning isn’t everything, but it is a thing” (Kemenangan bukan segala-galanya, tetapi ada makna), harus diberikan perhatian serius oleh kita semua untuk berjaya setanding jaguh-jaguh lain dari negara-negara besar seperti AS dan Eropah.

Kita percaya misi mereka apabila mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik ialah untuk memenangi sebanyak mungkin pingat terutama sekali pingat emas.

Bagi kita pula ada misi penting iaitu untuk mengutip pingat emas pertama Olimpik yang masih lagi belum tercapai dan akan terus diburu seterusnya diusahakan sedaya mungkin.

Jikalau ini dapat direalisasikan, maka ia merupakan satu permulaan yang baik untuk kejayaan yang lebih tinggi di masa hadapan buat sukan negara.

Maka dalam hal ini, usaha berlipat kali ganda perlu dilakukan mulai dari sekarang bagi mencapai impian tersebut.

Selebihnya dalam hal ini juga, ikutilah pepatah Melayu lama yang berbunyi, manakan dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyung.

Pepatah ini secara simbolik memberitahu kita akan usaha pada peringkat optimum mesti dipastikan berlaku demi membolehkan atlet Malaysia menggenggam buat julung kalinya sebutir pingat emas di Sukan Olimpik 2008.

Bagaimanapun, untuk memperoleh sebutir emas di Sukan Olimpik bukan semudah yang kita jangkakan. Mudah kata, ia bukan seperti kita membalikkan tapak tangan kita. Itu terlalu mudah dan ia tidak sebegitu mudah untuk mendapatkan emas.

Yang bertanding di sana nanti sudah pasti mereka yang terdiri daripada atlet hebat-hebat dari seluruh dunia.

Bahawa sudah tentu atlet yang akan mengambil bahagian di Sukan Olimpik Beijing berlatih lebih keras daripada biasa selain mengenal pasti kaedah dan strategi terbaru.

Ini sangat jelas bertitik tolak daripada satu matlamat iaitu semata-mata untuk keluar sebagai juara semasa sukan Olimpik nanti.

Adakah untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik lebih mudah dari mengurus sebuah bisnes? Atau ia sama saja sukar atau lebih sukar daripada lagi?

Agak sukar hendak memberi jawapan yang tepat mengenai persoalan ini.

Cuma yang boleh diperkatakan ialah sekadar andaian sahaja bahawa untuk memenangi sebuah pingat emas besar kemungkinan diibaratkan sama sukar seperti mengurus sebuah bisnes.

Tetapi ia masih lagi bergantung kepada jenis bisnes dan tahap aktiviti bisnes itu sendiri bagi membuat perbandingan yang wajar, tepat dan adil.

Mengapa pula dibuat perbandingan untuk memenangi pingat Olimpik dengan mengurus sebuah bisnes? Sepintas lalu, ia agak tidak berapa logik untuk dibuat perbandingan sebegitu.

Kesukaran untuk menang sebuah pingat emas boleh dibuat perbandingan dengan sesuatu yang agak sesuai kerana mengurus sebuah bisnes juga melibatkan visi, misi, kaedah pelaksanaan dan hasil yang diinginkan.

Mengurus sebuah bisnes sekarang memang kompetitif sekali kerana wujudnya persaingan yang hebat dan bertali arus di kalangan para usahawan yang ingin mendapatkan a portion of the big cake.

Usahawan yang kental dan berusaha gigih sahaja akan berjaya akhirnya setelah dapat mengharungi persaingan hebat para pesaing. Begitu juga dengan persaingan yang akan berlaku di Sukan Olimpik Beijing nanti.

Dalam dunia perniagaan, usahawan yang berjaya tidak ramai; begitu juga di Sukan Olimpik nanti individu yang akan menang pingat emas juga tidak banyak.

Yang akan memenangi pingat Olimpik nanti di Beijing adalah merupakan kelompok atlet yang terunggul dan istimewa sekali gus yang dapat mengharungi persaingan dengan penuh kehebatan.

Justeru, kita harus memberikan pengiktirafan kepada mereka di atas pencapaian mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099962 saat. Lajunya....