Oleh |
Jodoh........mestikah dikejar? |
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 06-06-07 09:19
"Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, namun belum datang seorang pemuda pun meminangku...? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?" Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma'zhum yang kaya raya. Mendengar rintihan sianak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat sI puteri. Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh. Namun sayang usaha siibu tidak juga menampakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nampak batang hidungnya. Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa menjadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?” Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah akhirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa sipemuda itu bersedia menikahi gadis Bani Ma'zhum yang telah tua itu..? Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan kekayaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja sijejaka telah berhasil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa apasan dan kesan.... Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi menjadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengatakan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau." (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman) AI-Qur'anul Karim mengabadikan kisah gadis Bani Ma'zhum ini dalam surat An-NahI ayat 29, “Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai kembali...” Yang dimaksud AlQur'an dengan 'wanita pengurai benang yang telah dipintal' tidak lain adalah Rithah AlHamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma'zhum tersebut. Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”. Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri. Episod Rithah juga mengajar kita ununtuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Kalau ibu Rithah bendatangi berbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapatkan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sendiri telah berfirman: "Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. "(QS. 2:186) Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, "Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa". lbrah berikutnya yang dapat kita petik, ialah memupuk sikap 'sabar' dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah semakin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45, "Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu', iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya". Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang - wallahu a'lam - sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam masalah jodoh malah membuat kehidupan selepas apanikahan jadi tidak seindah semasa masih bujang. Di samping itu kita pun harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring adadengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung sekali menjadi orang-orang mukmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan bersabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya. Kisah gadis Bani Ma'zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap telah mampu memikulnya kerana amanah merupakan sesuatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabk an. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Sikap kita yang paling baik dalam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. "Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui" (QS. 2:216) Akhir sekali kisah Rithah memberikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia 'gila sasau'. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah) .. " (QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita. Seorang penyair dari Seberang yang terkenal Khairil Anwar pernah menulis puisi: Tuhanku Dalam termangu. Aku masih menyebut namaMu Walau susah sungguh Mengingat kau penuh seluruh Tuhanku Aku hilang bentuk Remuk Tuhanku Di pintuMu aku mengetuk Aku tidak bisa berpaling (dari petikan puisi ‘DOA’ - Khairil Anwar) Khairil Anwar sampai begitu sekali dalamnya mencintai Allah dalam sajak tersebut, mengapa kita tidak boleh? Wallahua'lam bisshawab ----------------- 'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'
|
Nadiena
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.05.2007 Ahli No: 29973
Posting: 69
Dari: KL
|
Posting pada: 06-06-07 09:54
..Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”. Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri...
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 06-06-07 12:39
Pada 06-06-07 09:19 , ika2410 posting:!!! QUOTE !!!
Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”. Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri.
Wallahua'lam bisshawab
----------------- 'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah' [ Telah diedit oleh: ika2410 pada 06-06-07 12:39 ]
|
nur_anis
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan
|
Posting pada: 06-06-07 13:44
hanya allah swt yang mengetahui bila waktunya..jodoh akan datang bila allah swt mengizinkannya..
|
mouslimin
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.11.2006 Ahli No: 27179
Posting: 127
Dari: Papar, sabah
|
Posting pada: 06-06-07 14:21
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 06-06-07 15:06
Allah telah menentukan jodoh seseorang itu...namun masanya hanya Allah yang mengetahuinya..kita tak perlu risau melihat org sekeliling dah bertemu jodoh namun kita belum lagi...mungkin jdh yang betul-betul sesuai ada namun masa yang menentukannya...
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 06-06-07 15:24
assalamualaikum.. syukran pada antum semua... meme jodoh dah ditentukan oleh Allah... sabarlah ye.. menahan rasa sabar tu pun dah dapat pahala...
|
sitishairah
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak
|
Posting pada: 06-06-07 17:31
wbt Alhamdulillah..setelah membaca kisah di atas...sekarang saya rasa lebih tenteram kerana sebelum ni tertanya2 juga macam Rithah.... betullah jodoh itu dah ditentukan...cuma masanya kita tak tahu bila...Dr. Fadzillah Kamsah juga pernah berkata yang jodoh akan datang bila seseorang itu sudah bersedia....
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 08-06-07 04:59
hurm... asal tampan saja terima jadi suami dan just because nak kahwin cepat-cepat. tak patut. kan dah kena.. pasal jodoh.. mestikah dikejar ni, memang jodoh tak perlu dikejar. kita hanya perlu berbuat baik pada semua orang sahaja. sampai masanya, kalau dah jodoh tu, Allah akan permudahkan jalannya. kalau jodoh, jadi. tak ada jodoh memang tak jadi punya lah... jangan riso ye kawan-kawan. ----------------- [ Telah diedit oleh: syahidatul pada 08-06-07 05:01 ]
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 08-06-07 20:39
Pada 08-06-07 04:59 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! hurm... asal tampan saja terima jadi suami dan just because nak kahwin cepat-cepat. tak patut. kan dah kena..
pasal jodoh.. mestikah dikejar ni, memang jodoh tak perlu dikejar. kita hanya perlu berbuat baik pada semua orang sahaja. sampai masanya, kalau dah jodoh tu, Allah akan permudahkan jalannya. kalau jodoh, jadi. tak ada jodoh memang tak jadi punya lah...
jangan riso ye kawan-kawan.
betul tu cik syahidatul... berbuat baik pada semua org... teringat kata-kata sahabat ana yang baru mendirikan masjid... " yang penting tikah, kita jaga diri kita sebaiknya, mudah-mudahan dia juga menjaga dirinya" -----------------
|
annamuslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 08-06-07 21:57
Allah dah tetapkan...ada jodoh awal, dan ada jodoh yang lambat...jika kita tergolong dalam insan yang lambat jodohnya....BERSABARLAH...
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 08-06-07 22:02
Pada 08-06-07 20:39 , ismi_atikah posting:!!! QUOTE !!! Pada 08-06-07 04:59 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! hurm... asal tampan saja terima jadi suami dan just because nak kahwin cepat-cepat. tak patut. kan dah kena..
pasal jodoh.. mestikah dikejar ni, memang jodoh tak perlu dikejar. kita hanya perlu berbuat baik pada semua orang sahaja. sampai masanya, kalau dah jodoh tu, Allah akan permudahkan jalannya. kalau jodoh, jadi. tak ada jodoh memang tak jadi punya lah...
jangan riso ye kawan-kawan.
betul tu cik syahidatul... berbuat baik pada semua org...
teringat kata-kata sahabat ana yang baru mendirikan masjid... " yang penting tikah, kita jaga diri kita sebaiknya, mudah-mudahan dia juga menjaga dirinya"
mudah-mudahan.... ----------------- hidup ini indah namun...keindahannya hilang dek kerakusan kita.....
|
hanisahani
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2006 Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai
|
Posting pada: 08-06-07 22:20
ana pernah baca satu pepatah.. jodoh ibarat rama-rama...semakin dikejar semakin jauh,, bila kita da penat mngejar dan berputus asa untuk mengejar,, rama-rama tadi akan datang dan hinggap di bahu.. same lah ye..jodoh akan datang bila sampai waktunya..=) terus berdoa...mga Allah kurniakan jodoh yang baik unyuk kita,,ameen..
|
saffaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.03.2005 Ahli No: 14994
Posting: 120
Dari: atas tanah
|
Posting pada: 08-06-07 23:16
Allah xjnjikan untuk kita semua 'wajib' bertemu jodoh di dunia... sebab ad saja org yang meninggal muda..(bsenye xkahwin lagi) tapi Allah memang janji akan temuksan kita dengan jodoh yang dittpkan di akhirat.. SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU BENAR.. BE PATIENT [ Telah diedit oleh: saffaa pada 08-06-07 23:18 ]
|
samirah
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC
|
Posting pada: 08-06-07 23:29
rumit juga soal jodoh ni..malumlah, nak cari teman seumur hidup..lebih-lebih lagi yang sedang umur meningkat tapi tak bertemu dengan pasangan lagi..sesetengah tu susah juga nak concentrate studi, asyik dok terpikir dengan sapalah aku akan kawin..biasalah tu..semua orang akan rasa..siapa tak fikir, macam tak normal saja..hurmm..banyak2kanlah berdoa supaya dapat jodoh yang sesuwai..setiap sesuatu ada hikmah yang tersembunyi,kita tak tahu..yang penting perbaiki diri+tambahkan ilmu di dada+tenang2kan hati itu..insyaAllah adalah tu jalan keluar bagi setiap masalah...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 08-06-07 23:45
Pada 06-06-07 15:24 , ika2410 posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum..
syukran pada antum semua... meme jodoh dah ditentukan oleh Allah... sabarlah ye.. menahan rasa sabar tu pun dah dapat pahala... ... Jodoh...kan kak...hmm....entahlah...tak pandailah nak kata...
|
najah85
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan
|
Posting pada: 09-06-07 02:30
ukhwah.com..memang kaya denagn topik kawin2..jodoh2 ni ye..
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 27-10-07 15:39
|
Nuranys
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 27-10-07 15:54
Betul tu..tapi kena usaha jugak... berdoalah...
|
PerMataHiJau
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.10.2007 Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA
|
Posting pada: 27-10-07 16:26
Pada 08-06-07 23:29 , samirah posting:!!! QUOTE !!! rumit juga soal jodoh ni..malumlah, nak cari teman seumur hidup..lebih-lebih lagi yang sedang umur meningkat tapi tak bertemu dengan pasangan lagi..sesetengah tu susah juga nak concentrate studi, asyik dok terpikir dengan sapalah aku akan kawin..biasalah tu..semua orang akan rasa..siapa tak fikir, macam tak normal saja..hurmm..banyak2kanlah berdoa supaya dapat jodoh yang sesuwai..setiap sesuatu ada hikmah yang tersembunyi,kita tak tahu..yang penting perbaiki diri+tambahkan ilmu di dada+tenang2kan hati itu..insyaAllah adalah tu jalan keluar bagi setiap masalah... Salam....betul itu.nk2 kalau tengah belajar better concentrate on our study.xpyhla nak fikir lebih-lebih lagipun berat tanggungjawab kahwin ini.kalau org yang ditakdirkan jodoh awal itu lainla cerita.Jadi kalau kita yang tidak menjadi sebahagian daripada orang-orang tersebut laksanakanlah tanggungjawab yang sepatutnya terlebih dulu.org putih kata " go with the flow".....tapi dengan batas-batas yang ditetapkan.moga-moga ALLAH kuatkan iman kita untuk terus berjuang di jalanNYA.Maafla kalau ada yang terasa dengan tulisan saya ini,Sebenarnya saya tulis pun untuk ingatan diri sendiri juga.=)
|
aidil_firdaus
Warga 2 Bintang Menyertai: 30.10.2007 Ahli No: 31562
Posting: 58
Dari: pahang-putrajaya
|
Posting pada: 31-10-07 16:32
jodoh?serahkan pada ibu.mana yang ibu berkenan,itulah yang akan saya ikutkan,kalau ada jodoh.malas nak fikir.buat masa sekarang ni saya lebih selesa hidup seorang.
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 31-10-07 16:40
bismillahhirrahmanirrahim hem..jodoh..entahlah..kejar tu taklah agaknya..tapi usahalah mencari.. ana: cinta..makin kau dekat padanya makin dia lari darimu..makin jauh kau darinya,dia akan mengejarmu.. jodoh hak Allah..ya Allah..siapakah insan yang telah KAu tentukan untuk insan fakir ini.......redhakanlah hati aku menerimanya,ya Allah..kerana dia pastinya adalah yang terbaik untukku.. kerana dia adalah kurniaanMu kepadaku..
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 31-10-07 16:49
bagus kisah ni..kan boleh jadi kan pengajaran..
|
ana_lia
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2004 Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak
|
Posting pada: 01-11-07 11:48
ha...ana setuju dengan kawan-kawan semua...jodoh tu memang hak Allah.Allah yang tentukan semuanya masa kita dalam rahim lagi.cuma waktu saja yang menentukan.jadi tak perlu lah risau tentang jodoh ni...yang penting berdoa kepada Allah.jangan pula kejar jodoh tu nanti yang merana kita juga.biar saja waktu yang menentukannya.banyakkan bersabar tu yang perlu...
|
damainya_hati
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.08.2005 Ahli No: 18209
Posting: 39
Dari: Johor
|
Posting pada: 08-11-07 16:50
Betul sangat..setuju dengan sufti_ilham...redha sahaja dengan ketetapan ALLAH. siapa jodoh kita telah DIA aturkan...usaha, doa, tawakkal dan redha...selebihnya moga dikurniakan insan yang sefikrah...amin...kabulkan ya Allah...
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 08-11-07 16:56
fitrah manusia, inginkan jodoh, dipertemukan jodoh, bermain dengan perasaan, berperang dengan perasaan, suka, cinta, remuk redam, kecewa. Benci dengan orang dan sebagainya. Nanti semua akan dijawab di hadapan ALlah..
|
akasia
WARGA SETIA Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang
|
Posting pada: 08-11-07 17:14
fitrah manusia, inginkan jodoh, dipertemukan jodoh, bermain dengan perasaan, berperang dengan perasaan, suka, cinta, remuk redam, kecewa. Benci dengan orang dan sebagainya. Nanti semua akan dijawab di hadapan ALlah..
|
miswak
Warga Rasmi Menyertai: 08.11.2007 Ahli No: 31640
Posting: 2
|
Posting pada: 08-11-07 21:42
, Alhamdulillah, artikel yang sangat baik. Bagi saya yang masih bujang ni, rasa terkesan dengan artikel ni.. Saya dah check dalam Al-Quran, sebenarnya ayat yang dimaksudkan ialah daripada surah An-NahI ayat 92, bukan ayat 29. Puas carik tak jumpa, nasib baik ada bantuan "Search" wasalam p/s: saya org baru..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 08-11-07 21:46
Ismi, ni ada topik kawenn lagi ni, tengok, sebab tu teman mudah terpengaruh.
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 08-11-07 21:59
Pada 08-11-07 21:46 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Ismi, ni ada topik kawenn lagi ni, tengok, sebab tu teman mudah terpengaruh. tak dapek den nak nolong eh do... abihtu cano ni daeng...?? kuek an lah semangat ek daeng... uhuk uhuk... -----------------
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 08-11-07 22:37
bicara tentang tips, tentang teori, nanti dah masuk alam perkahwinan akan diamalkankah? Semoga kita semua dapat menjadi mukmin dan mukminah yang baik. Amiinnn
|
fiera_mz
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.10.2007 Ahli No: 31386
Posting: 299
Dari: Sg.Petani
|
Posting pada: 09-11-07 09:18
tak perlu dikejar..ia akan datang bila time wktunye.. tapi boleh brushe..
|
izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.11.2006 Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor
|
Posting pada: 09-11-07 09:34
berbicara soal jodoh sekali lagi,usaha itu penting bukan setakat tertumpu kepada usaha mencari calon suami atau isteri sahaja tetapi lebih kepada persediaan untuk menjadi isteri atau suami.bila hati ,ilmu dan diri sudah bersedia maka jodoh pun mudah datang..mohonlah pada Allah..pasti Allah temukan teman sejati yang terbaik.adakalanya cepat dimakbulkan dan adakala lambat.sabar paling utama..
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 09-11-07 10:08
Pada 08-06-07 22:02 , lubaina posting:!!! QUOTE !!! Pada 08-06-07 20:39 , ismi_atikah posting:!!! QUOTE !!! Pada 08-06-07 04:59 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! hurm... asal tampan saja terima jadi suami dan just because nak kahwin cepat-cepat. tak patut. kan dah kena..
pasal jodoh.. mestikah dikejar ni, memang jodoh tak perlu dikejar. kita hanya perlu berbuat baik pada semua orang sahaja. sampai masanya, kalau dah jodoh tu, Allah akan permudahkan jalannya. kalau jodoh, jadi. tak ada jodoh memang tak jadi punya lah...
jangan riso ye kawan-kawan.
betul tu cik syahidatul... berbuat baik pada semua org...
teringat kata-kata sahabat ana yang baru mendirikan masjid... " yang penting tikah, kita jaga diri kita sebaiknya, mudah-mudahan dia juga menjaga dirinya"
mudah-mudahan....
sabar menunngu..pasti yang terbaik sedang menanti
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 09-11-07 11:08
Pada 08-11-07 21:46 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Ismi, ni ada topik kawenn lagi ni, tengok, sebab tu teman mudah terpengaruh. lalalalala...... prof daeng...nak saya tolong ke...nak....
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 09-11-07 11:10
Pada 08-11-07 21:46 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Ismi, ni ada topik kawenn lagi ni, tengok, sebab tu teman mudah terpengaruh. .. daeng2.. adoiii
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 10-11-07 05:50
Pada 09-11-07 11:10 , kakisamun posting:!!! QUOTE !!! Pada 08-11-07 21:46 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Ismi, ni ada topik kawenn lagi ni, tengok, sebab tu teman mudah terpengaruh.
.. daeng2.. adoiii
|