Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 81
Ahli: 0
Jumlah: 81




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Karya Agung
Topik: Sastera Islam dan underground


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» Sastera Islam dan underground

Please Mendaftar To Post


Oleh Sastera Islam dan underground

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-06-07 15:21


Sastera adalah medium untuk melahirkan rasa hati serta gelodak perasaan pengarang. Sastera juga sebuah hasil seni yang sarat keindahan kata-kata yang tersirat makna di sebalik yang tersurat. Sastera kontemporari tidak pula bergantung kepada keindahan bahasa tetapi mesti mempunyai mesej dan ilmu. Karya sastera yang tidak ada ciri-ciri ini dianggap sastera picisan.

Selain sastera picisan, dunia kesusasteraan kita dikelaskan dalam beberapa kategori yang kemudian diberi label mengikut jalur masing-masing. Ia bagaikan kayu ukur bagi mengklasifikasikan karya seseorang untuk diletakkan di dalam kelompok yang dilabelkan.

Kita ada sastera popular, sastera kabur, sastera reformasi, sastera arus perdana, sastera siber atau e-sastera, sastera blog, sastera Islam dan akhir sekali sastera underground. Pengelasan ini bukan sahaja dibuat oleh sesetengah sarjana sastera tetapi oleh sesetengah penulis yang berada di dalam kelompok masing-masing.

Dengan hal yang demikian, sastera kita terpecah-pecah di dalam beberapa kelompok yang merupakan fenomena tidak sihat. Perpecahan bukan sahaja berlaku kepada hasil karya seseorang, malah mewabak kepada pengarangnya menjadikan mereka dalam beberapa kelompok yang tidak beriringan dan bersefahaman. Kelompok arus perdana tidak sebulu dengan kelompok popular.

Kelompok penggiat sastera reformasi dipandang serong dan dipinggirkan oleh kelompok sastera arus perdana. Begitu juga kelompok e-sastera tidak mesra dengan kelompok lain.

Kalau ada acara sastera anjuran kelompok arus perdana, misalnya, maka kelompok lain tidak hadir. Begitu juga sebaliknya. Natijahnya, perkembangan kesusasteraan kita terpecah-pecah dan tidak dapat dibina secara bersepadu.

Baru-baru ini, Pena menganjurkan diskusi bagi mencabar minda penulis- penulis muda yang menjadi ahli panelnya, di bawah tajuk yang berat dan sensasi iaitu Sastera underground lawan sastera Islam. Tajuk ini juga berunsur kontroversi.

Menurut penganjur, tajuk itu sengaja direka begitu sebagai tarikan kepada khalayak sastera untuk hadir. Strategi itu ternyata berkesan, kerana Sasterawan Negara (SN) Datuk A. Samad Said sendiri mengakui bahawa beliau ‘dipujuk’ oleh tajuk itu.

Malah khalayak yang hadir juga sangat menggalakkan, hampir 50 orang, yang sebahagian besar terdiri daripada penulis muda. Kehadiran seramai ini jarang diperoleh dalam sesi atau majlis sastera seperti ini. Tetapi yang menjadi persoalan, Kenapa mesti ada perkataan ‘lawan’ di situ antara sastera underground dan sastera Islam?

Ini seolah-olah mahu melaga-lagakan antara dua kelompok ini. Namun demikian, tajuk itu berjaya dibicarakan oleh tiga penulis muda. Mereka ialah Ummi Hani, Ali Atan dan Rahmat Haroun dan dipengerusikan oleh Raihani Mohd Saaid.

Meskipun pencarian erti atau definisi sastera underground dan sastera Islam masih belum ada kepastian, namun huraian dan hujah yang dikemukakan boleh diterima bagi memantapkan lagi pencarian itu.

Pencarian teori sastera Islam dibicarakan semenjak tiga dekad lalu. Cetusan ini disuarakan oleh SN Datuk Shahnon Ahmad dengan konsep, “Sastera kerana Allah dan berhikmah untuk manusia.â€

Topik ini juga pernah dibicarakan oleh ramai sasterawan termasuk Kassim Ahmad, Mana Sikana dan Dr. Shafie Abu Bakar. Malah Badaruddin H.O. pernah menyentuh konsep sastera Islam semenjak tahun 60-an lagi.

Walaupun unsur-unsur Islam pernah diterapkan melalui puisi semenjak tahun 1933, di mana Pungguk (Muhamad Yassin Ma’amor) dan penyajak-penyajak yang seangkatan dengannya yang disiarkan dalam majalah Guru, namun sehingga kini masih belum ditemui satu teori sastera Islam yang boleh diguna pakai sebagai garis panduan mentakrifkan sesebuah hasil sastera sebagai sastera Islam.

Banyak sudah teori dicipta untuk mentakrifkan apa itu sastera Islam, namun masih ramai yang keliru tentang konsep itu. Malah kalangan sarjana sastera sendiri berbalah antara satu dengan yang lain dalam pencarian konsep sastera Islam ini.

Menurut Dr. Hashim Awang, ‘‘Teori sastera Islam itu sebenarnya terbuka, mencakupi segala teori meskipun dari India, China atau negara-negara lain termasuk teori orang Melayu yang ada adab dan budaya Melayu yang bersesuaian dengan Islam.’’

Bagi Dr. Shafie , sastera Islam mestilah bertitik tolak dari konsep tauhid dan falsafah dan ditulis oleh orang Islam. Teori Takmilahnya menggariskan falsafah dan tauhid menjadi asas menentukan sama ada sesebuah hasil sastera itu boleh digolongkan dalam kategori sastera Islam. Kedua-dua ciri ini tidak boleh dipisahkan kerana ia tonggak serta part and parcel kepada pembinaan konsep sastera Islam.

Rajah teori

Dalam rajah teori Takmilahnya, falsafah dan tauhid dijadikan pusat rangka teorinya yang di antara lain mendefinisikan tiga kategori bagi pembentukan teori tersebut. Tiga kategori itu ialah pengkarya, karya dan khalayak, di mana ketiga-tiganya berpaksikan roh, hati, akli dan inderawi.

Mana Sikana pula semacam tidak yakin bahawa teori sastera Islam yang mantap dan bersepadu dapat diwujudkan kerana adanya perbezaan aliran kritikan dan mazhab-mazhab dalam Islam.

“Kita jangan menjadi sebagai ahli Sufi yang mengasingkan diri dari dunia realiti. Kita mesti berpijak di bumi nyata. Pembinaan teori banyak cara dan kaedahnya. Tidak mungkin kita dapat wujudkan satu teori sastera Islam yang betul-betul mantap dan berpijak di bumi nyata,†kata Mana Sikana.

Sementara itu Dr. Lutfi Abas berpendapat, teori adalah pernyataan atau sekumpulan pernyataan. Sastera Islam mesti universal, merangkumi sastera bukan Islam. Karya seni adalah pernyataan peribadi sasterawan dan sasterawan bukan ahli Sufi tetapi ahli sains sastera atau metafizik.

Suratman Markasan pula berpendapat bahawa sastera Islam adalah ibadat dan hendaklah dengan niat kerana Allah dan dikembalikan manfaatnya kepada manusia. Sastera Islam berpegang kepada tiga aspek iaitu, seni@ keindahan, kebenaran dan kebaikan. Suratman menolak karya yang dihasilkan manusia bukan Islam, betapa pun agungnya karya sastera itu dengan adanya estetika sastera Islam, ia tidak boleh dianggap sastera Islam, mungkin dikategorikan sebagai karya yang berunsur Islam sahaja.

Ustaz Muhamad Uthman El-Muhamadi menyenaraikan beberapa konsep sebagai panduan pencarian definisi sastera Islam. Di antara lain sastera Islam perlu ada ciri-ciri berikut:-

1. Memancarkan faham alam, faham ilmu dan faham nilai Islam yang dimanifestasikan dalam jalinan naratif, pembentukan peristiwa, perwatakan serta keindahan bahasa prosa atau puisi dan perlambangan penulis yang mempunyai iltizam terhadap pegangan dan kehidupan Islam serta peradabannya,

2. Memancarkan akidah Islam, hidup pengabadian (ubudiyah), akhlak atau moral dan disiplin kehidupan Islam mengikut Syariat-Nya.

3. Berdasarkan perintah Quran supaya manusia ‘merapatkan diri’ dengan Tuhan melalui sifat-sifat-Nya.

4. Berdasarkan hadis yang bermaksud, “Berakhlaklah kamu dengan akhlak-akhlak (yang diambil pengajaran daripada sifat-sifat Allah),†tetapi kekal dengan ketuhanannya dan manusia tetap dengan kemakhlukannya dengan sifat-sifat manusiawinya.

Belum ada kesepakatan bagi membina sebuah teori sastera Islam yang betul-betul mantap dan bersepadu sebagai panduan mengklasifikasikan sesebuah karya itu tergolong dalam kategori ini. Begitu juga dalam kita membicarakan sastera underground, yang mutakhir ini bagaikan menjadi medan penulis-penulis muda meluahkan gelodak perasaan mereka.

Menurut Ali Atan, sastera underground ini dipelopori oleh Faisal Tehrani, Azman Hussein, Sharil Sanin, Jimadie Shah dan beberapa orang lagi yang menerbitkan karya-karya underground mereka secara bersendirian.

Kata Ali, sastera underground bersifat bebas sebebas-bebasnya, sarat dengan protes termasuk juga unsur erotik. Bahasanya bertenaga dan berterus terang. Biasanya diterbitkan dan diedarkan oleh penulisnya sendiri.

Menurut A. Samad Said, sastera underground bermula pada tahun 1940-an di barat. Di negara kita yang boleh ditakrifkan sastera underground ialah antologi puisi Keranda 152, Teluk Gong dan The Malay Dilemma. Namun selepas buku-buku itu diterbitkan kemudiannya, bolehkah dianggap karya underground?

Underground itu bermakna ‘bawah tanah’ atau istilah keselamatannya ialah ‘subversif.’ Ia pergerakan ‘haram’ dan penerbitan yang berkaitan dengannya juga dianggap ‘haram’. Namun medan itu sahajalah yang ada bagi penulis-penulis yang mahu meluahkan protes, perasaan dan cita rasa mereka terhadap establishment, penguasa politik dan pihak-pihak yang berkenaan.

Dalam suasana politik kontemporari, di mana media dikuasai oleh elit politik yang berkuasa, maka amat sukar untuk tulisan-tulisan seperti ini mendapat tempat. Namun persoalannya, siapakah yang menentukan halal haramnya sesebuah karya itu?

Jawab Rahmat Haroun, “Orang yang memegang kuasa yang menentukan.â€

Pena di bawah pimpinan generasi muda amat aktif, progresif dan proaktif. Acara percambahan pendapat dan pandangan seperti ini sangat baik diteruskan. Ia cuba mencabar minda penulis-penulis muda supaya turut sama memperkatakan perkembangan kesusasteraan kita. Ada baiknya kalau sekali sekala dilibatkan juga penulis-penulis veteran agar percambahannya pelbagai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

azree_mh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.04.2007
Ahli No: 29809
Posting: 92
Dari: Dari mandala kesumat

Johor  


posticon Posting pada: 03-06-07 15:40


Pendapat penulis ini lahir pada 10 perenggan awal. Perenggan seterusnya adalah hasil diskusi pena.

Mengikut pendapat yang dikemukakannya, nampaknya penulis artikel ini, Razali Endun, kurang tahu apa yang berkembang dalam dunia penulisan internet dalam teori sastera Islam.

Rasanya tidak wujud golongan e-sastera yang tidak serasi dengan penulis sastera yang lain. Kalau hendak diikutkan apabila dianjurkan aktiviti, kelompok e-sastera masih lagi memanggil kelompok penulis veteran yang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azree_mhProfil   Hantar PM kepada azree_mh   Pergi ke azree_mh's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.23593 saat. Lajunya....