Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 202
Ahli: 0
Jumlah: 202




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 49 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: Ogos, September atau tahun depan?!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Ogos, September atau tahun depan?!

Please Mendaftar To Post


Oleh Ogos, September atau tahun depan?!

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-06-07 14:57


HARI ini dah masuk tiga hari pada bulan keenam 2007 atau memasuki separuh tahun. Ini bermakna cerita mengenai pilihan raya umum ke-12 sudah separuh tahun dibicarakan oleh parti-parti politik. Usia Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (kecuali Sarawak) sudah melepasi tiga tahun iaitu selepas pilihan raya umum ke-11 yang berlangsung pada 21 Mac 2004. Maka cerita mengenai pilihan raya umum semakin hampir begitu rancak dibincangkan oleh parti-parti politik.

Dan hari ini juga selesailah Muktamar Tahunan Pas ke-53. Beberapa muka baru muncul pada pemilihan kali ini walaupun Hadi Awang menang tanpa bertanding sebagai Presiden. Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga selesai mengadakan kongres tahunan dan pemilihan Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya sebagai presiden.

Berakhirlah episod pemilihan parti-parti politik. Sepatutnya selepas ini, UMNO akan melangsungkan pemilihan tetapi ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum. Turut mengikut jejak UMNO ialah DAP diikuti MCA.

Berakhirnya pemilihan dalam PKR dan Pas, di samping penangguhan pemilihan oleh UMNO, DAP, MCA, maka parti-parti utama sudah boleh menumpukan perhatian kepada pilihan raya umum akan datang.

Dan ramalan mengenai pilihan raya terus didendangkan. Jika sebelum ini ada yang menjangkakan pilihan raya umum berlangsung pertengahan tahun ini tetapi nampaknya ramalan itu tidak berasas. Sebelum ini ada yang mengaitkan dengan kes Altantuya sebagai tarikh pilihan raya umum. Tetapi kes itu akan mula didengar esok. Dan Dewan Rakyat belum dibubarkan!

Selepas pengumuman gaji baru kakitangan awam yang mula berkuat kuasa bulan depan, maka timbullah cerita bahawa itu petanda pilihan raya semakin hampir. Kenaikan gaji dikaitkan dengan pilihan raya umum. Mantan timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim pula awal-awal lagi menyatakan bahawa pengumuman mengenai Bajet 2008 yang akan memfokuskan kepada kakitangan awam sebagai umpan pilihan raya. Ketika beliau mengakui kakitangan awam berhak mendapat gaji yang lebih baik, penasihat PKR itu berkata, kerajaan mahu memenuhi kehendak pilihan raya. Tetapi belum sampai bajet, kerajaan sudah mengumumkan kenaikan gaji. Apa pula alasan pembangkang selepas ini? Ada yang bertanya Kenapa tidak diumumkan saja semasa pembentangan bajet. Inilah sikap orang yang tidak ada modal untuk menghentam kerajaan. Kalau dilewatkan, apa pula kata golongan pekerja? Apa kata parti pembangkang sekiranya bajet yang akan dibentangkan pada 7 September nanti ke arah mesra rakyat dan sebagainya? Inilah yang dikatakan cakap salah tak cakap salah.

Kini ramalan mengenai pilihan raya umum ialah pada bulan Ogos dan September. Ketua pembangkang Lim Kit Siang menjangkakan sebelum ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.

Presiden PKR dalam ucapan dasar pada kongres parti itu minggu lalu juga menjangkakan pilihan raya akan diadakan selewat-lewatnya awal Ogos ini. Bagaimanapun Presiden Pas Hadi Awang dalam ucapan dasarnya di muktamar parti itu Jumaat lalu berkata, pilihan raya dijangka diadakan seawal September ini. Ramalan Pas tidak jauh beza dengan ramalan DAP dan PKR.

Nampaknya dalam soal menentukan detik pilihan raya umum ini parti-parti pembangkang sudah hampir sepakat. Itu mengenai tarikh pilihan raya. Bagaimana pula dengan kerjasama semasa pilihan raya? Sudah pasti DAP, Pas dan PKR mempunyai perancangan untuk membincangkannya.

Tetapi bulan kemerdekaan negara itu juga menjadi perhatian Pengerusi SPR, Abdul Rashid Ab. Rahman. Katanya, mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi akan menghadapi risiko tidak boleh mengundi pada pilihan raya umum ke-12 akan datang jika mereka tidak mendaftar selewat-lewatnya Ogos ini. Apakah ramalan parti pembangkang kali ini benar-benar mengena atau ia sekadar menaikkan semangat jentera pilihan raya parti-parti berkenaan supaya tidak membuang masa lagi untuk menghadapi pilihan raya umum? Atau apakah pilihan raya umum ke-12 juga disenaraikan sebagai program Tahun Melawat Malaysia 2007?

:roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082072 saat. Lajunya....