Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 16 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: pilihanraya dan islam


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» pilihanraya dan islam

Please Mendaftar To Post


Oleh pilihanraya dan islam

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-06-07 11:24


Dalam hadith yang agak panjang baginda melarang umat Islam dari mengikut faham racialisme, kebangsaan sempit dan kekabilahan. Menurut Redaksi Fatwa Islam Online:قال ـ صلى الله عليه وسلم ـ عن: “دعوها فإنها منتنة”؛ العصبية الممقوتةBaginda Rasulullah pernah mencela faham asabiah yang keji itu dengan mengatakan: Tinggalkan amalan berkenaan kerana dia tengek atau busuk. Dalam Sunan al Nasai diriwayatkan hadith berikut ( Hadith 4046): ‏من قاتل تحت راية ‏ ‏عمية ‏ ‏يقاتل عصبية ويغضب لعصبية فقتلته جاهلية “Siapa yang berjuang di bawah panji-panji buta (sesat), berjuang kerana motif Asabiah; marah kerana dorongan Asabiah maka kematiannya adalah (atas landasan) jahiliah.” Memandangkan pilihanraya umum semakin hampir maka umat Islam kerap berhadapan dengan pandangan yang mengajak mereka berjuang atas landasan kaum atau kebendaan. Mereka mahu umat Islam menjauhkan diri dari persepsi agama atau Islam dengan alasan bahawa; berfikir dan berperinsip berdasarkan agama dalam pilihanraya akan mencemarkan agama (Islam). Manakala yang wajarnya – menurut mereka - ialah tidak menurut landasan atau tujuhala agama. Pandangan seperti ini sebenarnya adalah lanjutan dari faham sekularisme yang mahu memencilkan Islam dari menjadi asas atau landasan perjuangan umat.    Menurut pandangan golongan sekularis ini; menjadikan tuntutan agama sebagai asas pertimbangan dalam politik dan pilihanraya adalah suatu tindak mencemarkan agama. Manakala amalan sekularisme yang membelakangkan atau malah tidak menghiraukan ajaran agama (Islam) adalah satu cara pemurnian amalan beragama berkenaan. Inilah bentuk kesilapan akidah yang menjadi amalan golongan sekularis. Pemikiran herot dan keliru seperti ini mereka hendak jaja dan popularkan agar menjadi amalan umat Islam di negara kita. Pada hemat kita kekeliruan seperti ini perlu didedahkan agar tidak menyesatkan keyakinan dan penghayatan umat Islam kepada agama Islam yang suci. Dalam hubungan ini ada baiknya kita petik ucapan dasar YDP PUM dalam Muktamar 2003 yang menegaskan antara lain: “Dalam konteks Malaysia umat Islam dan rakyat Malaysia perlu ada keyakinan terhadap dasar agama dan jatidiri yang telah menjadi asas negara

Malaysia. Islam yang menjadi agama rasmi perlu dipatuhi dalam setiap aspek tuntutannya agar apa yang dirancang tidak lari dan bercanggah dengan dasar-dasarnya. Kerajaan dan rakyat diajak agar mengamalkan syariat dan nilai-nilai keadilan yang divine berteraskan paradigma Islam. Kerajaan dan rakyat diseru agar berusaha keras menghapuskan rasuah, nepotisme, penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan jentera kerajaan, di samping membangun sebuah pentadbiran yang bersih, telus dan bertanggungjawab kepada Allah dan rakyat.


Isu Pilihanraya dan Peranan SPR

Dalam kesibukan mengundi kadang-kadang kita terdengar pandangan sumbang yang memandang remeh pilihanraya sebagai suatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah. Pada hal ini adalah suatu kewajiban agama dan politik yang sah apabila proses pilihanraya itu memberikan gelanggang yang adil ,samarata dan telus. Tanpa kesedaran ini umat Islam mungkin sukar untuk membuat perubahan dan reformasi dalam masyarakat. Dalam menegaskan perkara ini Syaikh Faisal Maulawi menerangkan

:من واجب المسلم أن يأمر بالمعروف وأن ينهى عن المنكر في المجتمع الذي يعيش فيه ، والانتخابات وسيلة من الوسائل التي يستطيع بها المسلم إقامة هذا الواجب، وبتطبيق قاعدة أخف الأضرار يتعامل المسلم مع المرشحين في الانتخابات ، فيختار الأفضل من وجهة النظر الإسلامية ،فإن لم يجد فليختر أقل المرشحين ضررا للمسلمين ، وبهذا يدفع الضرر عن المسلمين ما أمكن، وبهذا تكون المشاركة في الانتخابات لون من ألوان الجهاد.

Orang-orang Islam berkewajiban melaksanakan amr ma’ruf dan nahy ‘anil munkar dalam masyarakat di mana dia hidup. Pilihanraya adalah salah satu cara di mana dengannya dia dapat menunaikan kewajipan itu. Jadi dengan berlandaskan kaedah meraih yang paling kurang mudharat orang Islam boleh mengundi calon-calon tertentu dalam pilihanraya. Justeru itu ia berhak memilih calon yang lebih baik dari perspektif Islam. Kalau dia tidak temui yang lebih baik maka ia wajar memilih calon yang kurang mudharatnya terhadap umat Islam. Dengan cara itu ia berupaya menolak mudharat daripada orang Islam setakat yang terdaya. Dengan itu juga penglibatan dalam pilihanraya adalah satu bentuk jihad.

Beliau menegaskan lagi:

وأرى أن المشاركة في الانتخابات تعتبر نوعاً من الجهاد الأكبر. لأنها:1- جهاد ففيها بذل جهد كبير لخدمة الإسلام والمسلمين، أو رفع بعض الضرر عنهم، أو إزالة بعض المنكرات من حياتهم، ضمن حدود المستطاع.

2- وهي جهاد أكبر، لأنها فريضة الوقت كما يقول العلماء. فقضية الإسلام اليوم هي انحراف الحكام عن دين الله، والجهاد الأكبر هو في إصلاحهم أو استبدالهم، والمشاركة في الانتخابات هي الوسيلة المعاصرة لذلك، وهي في حدود المستطاع.أما الجماعات الإسلامية التي لا تشارك في عمليات الانتخابات فقد فاتها القيام بهذا الواجب، وأمامها واجبات أخرى كثيرة تستطيع أن تقوم بها إن أرادت، لكنها ليست بديلاً عن واجب المشاركة في الانتخابات في رأينا، ولا تزيل عنهم إثم التخلف عن هذه المشاركة، فالقيام بواجب له أجره، والتخلف عن واجب له إثمه (ونضع الموازين القسط ليوم القيامة، فلا تظلم نفس شيئاً ولو كان مثقال حبة من خردل أتينا بها، وكفى بنا حاسبين;).

Saya berpendapat bahawa ikut serta dalam proses pilihanraya itu adalah merupakan jihad yang utama; Ia jihad sebab:

1) Ia memerlukan pengorbanan tenaga yang bukan sedikit untuk memenangkan Islam dan orang Islam. Atau sekurang-kurangnya menghindarkan mereka dari sebahagian kesusahan. Atau dapat menangkis beberapa kemunkaran dari kehidupan mereka sedaya yang boleh.

2) Ia merupakan jihad yang utama sebab ia merupakan kewajipan masa kini menurut diskripsi ulama. Masalah Islam hari ini ialah masalah penyimpangan para pemerintah dari agama Allah. Mereformasikan pemerintah atau menggantikan mereka dengan yang lain adalah jihad yang terbesar. Manakala ikut serta dalam pengundian adalah cara yang lumrah untuk zaman sekarang. Itupun dalam batas kemampuan.

Manakala kumpulan Islam yang tidak ikut serta dalam proses ini pasti terlepas dari peluang melaksanakan kewajipan ini. Memang mereka mempunyai beberapa kewajipan lain yang mereka boleh laksanakan. Tapi itu bukan alasan untuk tidak melaksanakan kewajipan mengundi ini mengikut pandangan kami. Mereka juga tidak dapat melepaskan diri dari dosa tidak menunaikan kewajipan ini. Perlaksanaan kewajipan ada pahalanya. Manakala cuai dalam melaksanakannya tetap berdosa. Allah berfirman (dalam Surah al Anbia’ :47 ):

“Pada hari Kami memasang timbangan keadilan pada hari kiamat kelak, (pada waktu itu) tidak ada sesiapa pun yang teraniaya.(Amalan) walau sebesar zarrah pun akan Kami tampilkan dalam pertimbangan Kami. Memadailah Kami sahaja sebagai penghitung (yang membuat pengadilan)”

Beliau menegaskan lagi:

ومن الناحية الشرعية: إذا أتيح للمسلم أن يعطي رأيه في هذه السلطة فيجب عليه أن يختار السلطة الإسلامية التي تحكم وفق كتاب الله وسنة رسوله،


Dari sudut Syara’ jika seseorang itu diberi kesempatan untuk menentukan penguasa (pemerintah) maka ia wajib memilih pemerintah Islam yang akan memerintah berdasarkan al-Quran dan Sunnah.



Dalam pilihanraya orang Islam dilarang membeli atau menjual undi sebab itu adalah semacam rasuah. Mufti Islam online menegaskan:

الانتخابات وسيلة من الوسائل التي يستطيع بها المسلم إقامة واجب

الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر، ويجب على المسلم أن يختار الأفضل خدمة للإسلام، وعلى المسلم أن يعلم أن صوته أمانة يجب أن يؤديه بما يرضي الله تعالى بعيدا عن المصالح الخاصة والأهواء، وهو نوع من الجهاد المدني، ووسيلة لإحقاق الحق، ودفع الباطل، ويجب الابتعاد عن عملية شراء الأصوات، أو بيعها، لأنها من قبيل الرشوة المحرمة، ويجب أن يختار من يتوسم فيه الخير، والصلاح، ومن على استعداد لخدمة دينه، ومن كان بعيدا عن الشبهة.

Pilihanraya adalah salah satu mekanisme dimana seorang muslim boleh – melaluinya- menegakkan kewajipan Amr Makruf dan Nahi Anil Munkar. Oleh itu orang Islam wajib mengundi calon yang terbaik untuk memberi khidmat kepada Islam. Orang Islam harus sedar bahawa suaranya atau undinya adalah amanah. Amanah wajip ditunaikan mengikut cara yang diredhai Allah; jauh dari memikirkan kepentingan diri dan hawa nafsu. Mengundi ini adalah suatu jihad Madani, malah sebagai suatu cara menyokong kebenaran dan menumpaskan kebatilan. Pengundi Islam mesti menghindarkan diri dari membeli atau menjualkan suara atau undinya; justeru itu adalah termasuk dalam rasuah yang diharamkan. Bila mengundi ia hendaklah memilih orang yang kelihatannya baik dan soleh, orang yang bersedia untuk memberi khidmat kepada agamanya; jauh dari syubhah.

Mengundi dalam sistem pengundian yang adil dan benar juga merupakan kewajipan menegakkan keadilan berdasarkan firman Allah S.W.T. (Nisa’ :135)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاء لِلّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالأَقْرَبِينَ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقَيرًا فَاللّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلاَ تَتَّبِعُواْ الْهَوَى أَن تَعْدِلُواْ وَإِن تَلْوُواْ أَوْ تُعْرِضُواْ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu hendaklah menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, di samping menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Ayat ini memerintahkan setiap orang mu’min menegakkan keadilan ; melaksanakan SYAHADAH dengan perkataan dan perbuatannya kerana semata-mata mencari keredhaan Allah untuk membenarkan yang haq dan menegakkan keadilan walaupun terhadap diri , keluarga sendiri dan kerabat. Ayat ini melarang syahadah di laksanakan kerana wang, , kepentingan peribadi atau pembangunan kebendaan yang disogokkan; sehingga seseorang itu cenderong menyokong kepada kumpulan yang batil dan zalim.Satu undi merupakan suatu suara keperihatinan , hasrat dan juga amanah. Ia adalah pernyataan kesaksian, perlaksanaan Tazkiah dan al Syahadah . Ia mempunyai hukum dan status yang tersendiri dalam Islam . Oleh sebab itu ia mestilah dilaksanakan dengan saksama dan betul. Orang yang menunaikan Syahadah atau kesaksian mestilah dibuat semata-mata kerana Allah . Ia tidak dibuat kerana duit yang dijanjikan dengan bersyahadah. Orang yang menunaikan syahadah tidak boleh mengambil bayaran kerana syahadah tersebut. Walaupun ia merupakan syahadah yang benar. Ia berdosa kalau menyembunyikan syahadah yang hak ; benar dan adil. Ini kerana syahadah yang benar tersebut mengandungi pemberian hak kepada orang yang betul atau orang teraniaya atau juga kepada wakil rakyat yang sah. Allah berfirman dalam Surah al Talaq ayat2

:وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ

Tegakkan syahadah kerana Allah. Firmannya lagi dalam Surah al Baqarah :283

:وَلاَ تَكْتُمُواْ الشَّهَادَةَ وَمَن يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

Jangan kamu sembunyikan syahadah.Siapa yang menyembunyikannya; hatinya (hati orang yang ) berdosa, Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan

Dengan dalil di atas setiap orang Islam tidak boleh memberikan kesaksiannya dengan sembrono dan gampang; begitu sahaja tanpa pertimbangan akal dan agama. Ia mesti melakukan kesaksian dengan benar dan tidak memberikan undi atau suaranya melainkan kepada orang yang benar yang direstui oleh Allah .Sesiapa yang memberikan undinya bukan kepada orang yang layak; menurut agama dan akal maka ia melakukan syahadah dusta . Kesaksiannya itu akan menyebabkan berlakunya pengkhianatan terhadap amanah, meletakkan orang yang salah ditempat yang benar, mensia-siakan tanggongjawab , mencampakkan umat dan bangsanya dalam kebinasaan akidah ,agama, harta , moral dan politik.

Kalau dalam pengundiannya yang salah itu ia telah mengambil wang sogokan dan bayaran maka ia telah melakukan dua kesalahan Syahadah Zuur Saksi dusta dan ia juga telah mengambil harta secara haram.Membeli undi dan menggula-gulakan rakyat dengan pemberian wang sama ada secara langsung atau tidak langsung membayangkan ketidak ikhlasan pembeli undi tersebut dan ketidakpeduliannya terhadap hukum agama bahkan juga peraturan pilihanraya yang adil yang melarang perbuatan tersebut dilakukan. Hal itu juga membayangkan kerosakan akhlak dan kejatuhan moral orang atau kumpulan yang melakukannya.

Pembelian undi seperti ini masuk dalam kategori rasuah yang dilaknat Allah pemberi , orang yang menjadi orang tengah dan orang yang menjadi penerimanya. Ia masuk dalam kesalahan tazwir ; menipu dan berbohong. Apabila orang yang tidak sepatutnya dilantik dipilih maka berlakulah kehilangan hak, martabat, maruah dan harta umat Islam; bahkan agama dan negaranya juga mungkin hanyut kerana lantikan yang salah tersebut. Apabila berlaku penempatan orang yang tidak sesuai di tempat kekuasaan berkembanglah kejahatan moral, korupsi , kezaliman , ketidakadilan dan amalan memakan harta haram, wal ‘iazubillah..


Mengundi dan memenangkan orang yang tidak seharusnya diundi juga merupakan suatu perbuatan menyembunyikan syahadah; berdasarkan ayat yang telah sebutkan di atas. Bahkan ia juga menifestasi kezaliman terhadap diri, bangsa, umat dan Negara. Semua kejahatan berkenaan adalah merupakan dosa besar yang sangat ditegah dan dikutuk oleh Allah S.W.T.




Dalam konteks yang lain, SPR perlu menetapkan keutamaan dari perspektif Islam yang betul dan wajar. Di samping pemahaman yang jelas terhadap mandat dan tanggungjawabnya. Ia tidak boleh beranggapan bahawa isu poster / panji adalah lebih penting daripada skandal pengundi hantu, penyalahgunaan seperti politik wang, penyalahgunaan sumber awam dan media yang tidak adil.



Sekurang-kurangnya terdapat lapan bidang tugas penting yang harus diberi perhatian oleh SPR, iaitu:



Menggariskan senarai pengundi yang bersih dengan menghapuskan tiga juta pengundi hantu dalam operasi yang melibatkan semua parti politik. Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir dan Timbalannya, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berkata bahawa mereka mempunyai bukti mengenai 2.8 juta pengundi hantu. Ini merupakan suatu kecacatan atas kebebasan, profesionalisme dan integriti SPR jika 30% daripada 10 juta pengundi ialah pengundi hantu dan SPR tidak bersedia untuk menyelesaikan masalah ini;


Memastikan senarai pengundi yang komprehensif dengan peratusan pengundi berkelayakan yang paling tinggi dalam senarai itu. Wan Ahmad berkata bahawa terdapat 1.5 juta rakyat Malaysia berumur di antara 21 dan 30 tahun yang belum berdaftar sebagai pengundi. Bersama dengan pengundi yang berumur 30 tahun dan belum berdaftar, jumlah ini mungkin mencapai dua juta di negara ini. SPR harus menumpu untuk mendaftarkan sekurang-kurang 90% daripada dua juta pengundi yang belum berdaftar dalam masa enam bulan akan datang. Tambahan pula, dalam era teknologi maklumat, pengundi pasti dapat berdaftar dalam masa satu bulan sebelum hari pengundian sedangkan di New Zealand, pengundi boleh mengundi dalam pilihan raya umum selepas 24 jam berdaftar.

Memastikan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih, dengan menyediakan pengawasan terhadap proses mengundi oleh calon-calon dan parti politik yang berminat di semua bangunan polis dan pertahanan yang digunakan sebagai pusat pengundian.

Melarang liputan media yang tidak adil, tidak jujur dan berat sebelah, sama ada media bercetak, radio, televisyen menjelang kempen pilihan raya supaya jenaka, penulisan, siaran televisyen dan iklan yang tidak beretika terhadap parti pembangkang dalam pilihan raya umum 1999 tidak wujud semula.


Melarang politik wang oleh calon-calon dan parti politik serta perbelanjaan pilihan raya yang berlebihan.


Melarang penyalahgunaan sumber kerajaan dan tabung awam menjelangdan semasa kempen pilihan raya.


Kod tingkah laku yang menyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Kerajaan Sementara selepas Parlimen dibubarkan.


Pelaksanaan “akujanji” oleh Pengerusi SPR, ahli-ahli dan pegawai untuk mengadakan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih; mempertahan dan melindungi kebebasan, profesionalisme dan integriti SPR dan memastikan tingkah laku etika seperti menghalang pegawai menerima anugerah kebangsaan atau negeri, gelaran dan pengurniaan lain yang akan menjejaskan kebebasan, kredibiliti dan kesahan mereka.
Memandangkan SPR, seperti yang dinyatakan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) di Universiti Kebangsaan Malaysia; menghadapi krisis kredibiliti, kesahan dan keyakinan, dan salah satu pembaharuan utama yang harus dilaksanakan ialah jawatan Pengerusi dan Pesuruhjaya SPR hendaklah diisi dari kalangan orang terkenal dari pelbagai latar belakang misalnya, kehakiman, akademi, badan profesional dan bekas diplomat kanan yang kuat berpegang kepada prinsip keadilan, mempunyai integriti yang tinggi dan tidak memihak kecuali kepada kebenaran

Menurut Sdr YB Nasaruddin Md. Isa: Pihak Barisan Nasional telah memperkenal 4 akta baru yang mana ianya melibatkan Akujanji Parti Politik yang bertanding, Akujanji Calon, penubuhan Pasukan Pemantau yang diketuai oleh Pegawai Daerah dan Pegawai Kanan Kerajaan sebagai pemerhati, serta undang–undang pendaftaran parti. Menurut beliau, apa yang melucukan ialah mengenai para 3.3.3 dalam akujanji parti politik ialah pihak SPR tidak membenarkan agar para penyokong menggunakan telefon bimbit semasa pilihanraya. “Ini adalah sesuatu yang amat malang, sedangkan negara mempunyai berbagai kemudahan ICT, MSC dan sebagainya yang di war-warkan oleh kerajaan, kini tidak membenarkan para penyokong menggunakan kemudahan tersebut.”
Lebih malang lagi jelas beliau ialah bagaimana wang deposit yang dikenakan sebanyak RM 10,000 keatas calon yang bertanding dalam pilihanraya kawasan Parlimen, akan mudah kehilangan wang deposit tersebut dengan alasan apabila tamatnya tempoh pilihanraya, pihak SPR tidak mahu walau satu pun bendera yang dipasang kelihatan, jika tidak, wang tersebut di kira hangus. Malahan jika para penyokong sesebuah parti politik ditahan atas kesalahan dalam akta pilihanraya, maka calon tersebut di kira tewas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-06-07 15:02


tak ada ringkasan ke? :-) buat lah sinopsis sikit...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108664 saat. Lajunya....