Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 5 hari yang lalu
Muslim1987: 12 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Karakter peribadi..


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Karakter peribadi..

Please Mendaftar To Post


Oleh Karakter peribadi..

srikandi_86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2007
Ahli No: 28923
Posting: 188
Dari: united kingdom

uk  


posticon Posting pada: 27-05-07 08:11


Asaalamualaikum sahabat-sahabat di portal ukhwah,

ana nak buat luahan rasa kat ruangan ni.. :-D berkaitan dengan persahabatan..ana tak tahu lah nak cakap macam mana..ana berasal dr selatan..tapi disebabkan ana pernah bersekolah di sekolah asrama penuh di pantai barat Malaysia suatu ketika dahulu..ana bergaul dengan rakan-rakan dari perlbagai negeri..entah Kenapa..ana rasa susah sangat nak masuk dengan rakan-rakan dr kelantan dan terengganu..ana bukan lah mendiskriminasi mereka..tapi dr sudut pandangan ana..mereka ni lebih bersikap terbuka terutamanya dalam hal-hal percakapan..boleh dikatakan..banyak kali jugak lah ana tersinggung Kalau berbual2 dengan mereka ni..Kalau nak dibawak berbincang memang susah lah..selalu tak sependapat..Kalau seorang dua ana tak kesah..ni nak dekat 5/6 org dr negeri yang sama berperangai yang sama juga..memang karakter org pantai timur begitu ke? ana lebih senang untuk berkawan dengan rakan-rakan dr selatan dan pantai barat..bukannya nak assobiyah..tapi daripada kita memendam rasa berkawan dengan org yang tak pandai menjaga hati kita..lebih baik menjauhkan diri daripada menimbulkan dosa di hati, bukan? setakat ni..ana tak pernah ada kawan karib dr negeri tersebut..bukannya ana tak hendak menyelami hati mereka..tapi terasa sangat susah..ana tengok, mereka pun suka berkawan dengan kawan-kawan senegeri mereka juga..sampai kadang-kadang ana terpikir tak nak cari calon jodoh dr negeri tersebut..hehe..jauh betul ana berfikir..ok lah..cuma luahan hati ana yang dhoif ni..terpulang lah pada sahabat-sahabat di sini nak komen macam mana..ana terima dengan hati terbuka..wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_86Profil   Hantar PM kepada srikandi_86   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-05-07 10:34


weih hang..relax lah.kes kes terpencil saja tu.dah kalau mereka suka cakap lepas,then cakap lepas balik lah.tapi kang kalau dia kecik hati ke apa ke,cakap lah,aikk..hang cakap lepas tak mengapa aku cakap tak boleh pula...

manusia ni berbagai.tapi cari lah member yang boleh tegur member sendiri bila ada buat salah,bukannya yang main sokong saja takut kecik hati...


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-05-07 10:44


emm..tak semua macam tu sri kandi..mybe kebetulan masa stu sek sri kandi macam tu..ana pun asal pntai timur..kelantn..kalau nak kenl nak ana..boleh saja..yang cakap lepas..tu depend pada individual..not represent all the population in the country ek..is't true sri kandi?ana suka berkawn semua negeri..hehe..berkawan biar ramai..bermusuh jangan sekali

Bookmark and Share

    


  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-05-07 12:58


kena buat kajian menyeluruh ni baru boleh keluarkan kenyataan.. :-D


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2007
Ahli No: 28923
Posting: 188
Dari: united kingdom

uk  


posticon Posting pada: 28-05-07 03:07


maaf lah Kalau ada yang tersinggung dengan kenyataan ana..memang xbuat kajian menyeluruh macam yang dr meow kata..cuma berdasarkan pengalaman peribadi..so, banyak lah cacat cela nya..maaf lah Kalau ada yang terasa..cuma luahan perasaan ana..hehe.. :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_86Profil   Hantar PM kepada srikandi_86   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-05-07 09:26


assalamualaikum..

bagi pendapat ana lah..
memang begitu sifatnya org pantai timur ni..
memang rapat dengan kawan-kawan satu negeri mereka...
lepas itu pantang jumpa mesti mula loghat mereka...

bagi ana janganlah begitu...kita semua sama kan..
jadi terpulanglah sama ada mereka nak kawan dengan kita or tak..
jika ia mengguriskan perasaan banyakkan bersabar..
ana pun pernah alaminya...
yang penting kita still jalinkan persahabatan dengan mereka..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-05-07 11:56


Benda ni cara sikap kita menerima yang lebih dan kurang perangai orang negeri tertentu...macam ana, ana walaupun dari area utara, masa ana belajar sampai lah sekarang, ana lagi masuk dengan budak dari pantai timur..even kawan baik pun dari kelantan..kawan sekerja yang rapat pulak dari terengganu...masa belajar kat matriks PJ,ana satu bilik dengan budak-budak kelantan dekat sepuluh orang ana seorang saja dari utara tapi kami macam adik beradik..lain pulak halnya dengan kawan-kawan ana, memang tak boleh masuk dengan warga pantai timur...ana siap kena cop jadi orang pantai timur sebab kerap sangat dengan mereka...

ada juga benda yang ana tak puas hati kawan dengan mereka ni tapi adatla, tak ada yang perfect kat dunia ni...negeri mana pun sama saja..cara kita kena ada give and take...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 28-05-07 13:57


Assalamualaikum

Jangan pandang orang dari aspek luaran sahaja... Daripada dalaman, anda harus teliti dengan cara terperinci ya...

tentang terlepas cakap 2, biasa lah.. kadang-kadang, kita sendiri terlepas cakap, kita sendiri tak sadar kan.. Every human being not perfect.. Me, u dan everyone not perfect...

Maaf kalau tersilap kata... Saya akhiri dengan
Wassalamualaikum

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-05-07 17:50


em.. :roll: perkara ni subjektif..bergantung pada pandangan individu pada setiap perkara.hanya boleh saya katakn, slalulah kita husnuzzon..bersangka baik pada semua org.tak kenal maka tak cinta..tak rapat maka tak tahu..

wallahua'lam.. :-)


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

raihan2004
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 28-05-07 18:00


tak semua macam 2....
ala,biasa lah,setiap org berbeza....nama pun org lain-lain....
mesti perangai and kerenah pun lain-lain....
saya org utara,tapi saya lebih selesa berkawan dengan org pantai timur,esp org kelate...
bagi saya org utara kasar ckt,and tak sesuai dengan jiwa saya....
org pntai timur ini lemah lembut ckt....
2 saya suka...
kbyakkan kawan saya semua org kelate....
ok saja kawan dengan mereka....
lain org,lain pendapat......:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan2004Profil   Hantar PM kepada raihan2004   Quote dan BalasQuote

zahratul_nisaa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2006
Ahli No: 24493
Posting: 48
Dari: penang darul mutiara

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-05-07 19:09


salam..
urm..memang ada begitu,ada yang tak..
depends on individuals lah..
tak nak cari jodoh dr sana?? urm..jangan cakap saja cik kak,nanti kena btg idong..ana pun pernah fikir begitu sebab KKWN CITA yang org pantai timur ksr lah,lelaki dia baran lah, lelaki dia banyak mengongkong, perempuan dia banyak mengarah kalau kahwin dengan lelaki depa lah, etc.. memang tak nak kahwin dengan org klate or ganu ni!! tup tup..haaaa..ore klate juga yang ana dapat (well,tak kahwin lagi dan tak couple, tapi doakan lah ek..subhanallah,memang orgnya hebat..)..
so,moral of the story.................jalinkn ukhwah kerana Allah..

daa..maassalaamah

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_nisaaProfil   Hantar PM kepada zahratul_nisaa   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 28-05-07 20:34


Pada 28-05-07 09:26 , ika2410 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum..

bagi pendapat ana lah..
memang begitu sifatnya org pantai timur ni..
memang rapat dengan kawan-kawan satu negeri mereka...
lepas itu pantang jumpa mesti mula loghat mereka...

bagi ana janganlah begitu...kita semua sama kan..
jadi terpulanglah sama ada mereka nak kawan dengan kita or tak..
jika ia mengguriskan perasaan banyakkan bersabar..
ana pun pernah alaminya...
yang penting kita still jalinkan persahabatan dengan mereka..


salam,
ana setuju!
ana setuju bukan lah berdasarkan pengalaman ana tapi berdasarkan pengalaman umi dan kawan-kawan ana yang study di ipta.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

umairah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23270
Posting: 158
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 12:59


Assalamualaikum wbt..

Srikandi, tak semua macam tu..Ana pun orang kelantan..Bagi ana, ana suka kawan dengan kawan-kawan dari semua negeri..Even best friend ana pun orang kl..
Memang tidak dapat dinafikan,kalau ana jumpa dengan kawan-kawan yang satu negeri dengan ana,ana lebih cepat mesra.
Jangan disebabkan hal yang remeh ni,putus kawan..Banyakkan bersabar..
Wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For umairah86Profil   Hantar PM kepada umairah86   Quote dan BalasQuote

tengku_anis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.11.2005
Ahli No: 20231
Posting: 204
Dari: ..:Bumi BaitulMaqdis :..

india   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 14:15


Pada 28-05-07 09:26 , ika2410 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum..

bagi pendapat ana lah..
memang begitu sifatnya org pantai timur ni..
memang rapat dengan kawan-kawan satu negeri mereka...
lepas itu pantang jumpa mesti mula loghat mereka...

bagi ana janganlah begitu...kita semua sama kan..
jadi terpulanglah sama ada mereka nak kawan dengan kita or tak..
jika ia mengguriskan perasaan banyakkan bersabar..
ana pun pernah alaminya...
yang penting kita still jalinkan persahabatan dengan mereka..


Maaf ya.. saya sebenarnya kurang bersetuju juga.. Adatlah kalau kita berjumpa teman senegeri, kita berbual dalam loghat negeri kita sama ada kelantan, terengganu, perak atau kedah.. Takkanlah kita nak tolak tepi loghat asal kita semata-mata kerana ada kawan lain disebelah sedangkan kita masih menggunakkanya di rumah..

saya tidak melihatnya sebagai karekter org timur atau apa. Saya juga bergaul dengan org pantai barat dan org selatan. Ramai antara mereka yang bersifat 'selfish' namun saya tidak suka 'generalised' mereka terus begitu kerana saya tahu itu tak adil.

Malah, jika diikut pada sikap kenegerian rasanya bahagian selatan paling teruk dalam keadaan ini. Johor contohnya, org yang menaiki motor berplate numberkan pantai timur akan ditahan dan dibelasah.

ini bukan rekaan tapi perkara sebenar pengalaman saudara2 saya disana.

Maka, jangan timbulkan soal kenegeriaan. kerana sejauh mana kita melangkah, kita tetap suka pada negeri asal kita.

mungkin buat negeri2 yang tidak punyai loghat tersendiri, tak merasai.

dan Kenapa rakyat negeri kelantan di'highlight' kan? saya tahu kerana kemana sahaja anda melangkah (mana-mana IPTA/IPTS) rakyat kelantan antara yang terbanyak.

dan juga sebelum mengundur diri, saya mengaku yang saya BUKAN orang kelantan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tengku_anisProfil   Hantar PM kepada tengku_anis   Pergi ke tengku_anis's Website   Quote dan BalasQuote

fawawzaiya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.08.2003
Ahli No: 2819
Posting: 67
Dari: johor ke UM

Johor  


posticon Posting pada: 22-08-07 17:15


lain orang lain ragam
perangai orang beza-beza
tak salah pun nak rapat dengan kawan senegeri
yang dari kelantan mesti suka dialek kelate tempat sendiri
macam tu juga yang dari utara biasa dengan loghat utara
yang keturunan jowo kok suka ngomong jowo sama teman2 jowo
perkara normal

Bookmark and Share

    


  Member Information For fawawzaiyaProfil   Hantar PM kepada fawawzaiya   Pergi ke fawawzaiya's Website   Quote dan BalasQuote

maira_insyirah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.06.2007
Ahli No: 30172
Posting: 24
Dari: bumi Allah Taala

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 17:45


salam
berlainan pula dengan saya..saya org selatan.dan saya ada 6 kawan karib, 5 daripadanya adalah dari kelantan. saya rasa sangat senang dengan mereka..alhamdulillah, mereka semua baik2 belaka.sampai kadang-kadang terikut-ikut loghat kelate mereka itu.banyak budaya mereka yang saya sebagai org selatan boleh belajar.sementalahan pula, orang pantai timur ni, ilmu agama mereka ada yang lebih kukuh sikit.so, mereka banyak membantu dari segi hal-hal berkaitan dengan agama.:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For maira_insyirahProfil   Hantar PM kepada maira_insyirah   Quote dan BalasQuote

assakinah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12662
Posting: 53
Dari: universiti malaya kl

Perak  


posticon Posting pada: 22-08-07 19:37


sri kandi.. we are in a same situation..
tapi dr pemerhatian saya...
mereka ni lebih suka kawan senegeri..
semenjak saya alami satu peristiwa melibatkan org negeri ni..
saya dah menghadkan pergaulan dengan mereka..
tapi tak bermaksud saya tak jadi kawan dengan mereka...
we still a friend..
but i have a gap with them....
untuk calon suami pun saya tak boleh dengan org negri ni..
rasa macam tak ada persefahaman lah...
lagi pun mereka more to prefer people from their own state...
sri kandi...
tak semua org negri ni macam yang awak ckpkan..
ada yang baik k..
but maybe awak tak jumpa yang baik lagi agaknya..
dr pemerhatian saya..
mereka ni lemah lembut.. ilmu agama pun kukuh...
tapi ada yang tak..
ala macam negeri2 lain juga..
tak boleh nak kata negeri mana baik..
negeri mana buruk...
sebab terlalu ramai manusia.. dan terlalu banyak perangai..

Bookmark and Share

    


  Member Information For assakinahProfil   Hantar PM kepada assakinah   Quote dan BalasQuote

Upsi_InMyHeart
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.11.2006
Ahli No: 27262
Posting: 115
Dari: tanjong malim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 20:14


Alhamdulillah saya berkawan dengan semua org..tidak memilih negeri..sabah dan sarawak termasuk..mengapa sesetengah mempersoalkn org klate cakap dialek klate padahal contohnya kedah dan penang depa pun cakap dialek mereka bila jumpa org senegeri depa..harap22 tak ada dikriminasi terhadap org klate..manusia tak ada yang perfect..kita seagama dan bersaudara..kalau rasa tak sejoin dengan org klate tidak mengapa tapi usah cop org klate begitu..maaf kalau ada terkasar bahasa..
:-?
[ Telah diedit oleh: Upsi_InMyHeart pada 22-08-07 20:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Upsi_InMyHeartProfil   Hantar PM kepada Upsi_InMyHeart   Pergi ke Upsi_InMyHeart's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 21:33


setakat ni saya kawan dengan orang pantai timur..Alhamdulillah tak ada masalah....roomate pun memang org pantai timur....dah hampir 3 tahun....:)kalau ada perangai macam tu cuma segelintir saja...
cuma satu saja....mentaliti masyarakat org bukan pantai timur...jangan cari jdh dr kalangan org pantai timur....saya pu hairan Kenapa ek?:) lagi satu negeri adalah negeri sembilan....ni daripada apa mak saya cakap....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 22-08-07 21:54


saya org yang simple...kalau org nak kawan dengan kita, kita kawan lah dengan dia...kalau dia tak nak..tak payah layan..biarkan saja org macam tu...tak usah beratkan kepala fikir masalah macam tu...hehehehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-08-07 21:55


salam...
seperti yang telah diperkatakan oleh sahabat-sahabat,kita tak boleh menilai seseorang itu dr luaran saja..jangan hanya kerna seorang habis semua org dr negeri berkenaan terkena tempias...bak kata pepatah tak kenal maka xcinta...lagi ramai kita kawan lagi banyak pengalaman dan pengetahuan yang boleh kita perolehi...kawan dengan org klantan kita makan budu,kawan dengan org trengganu kita makan kopok lekor,kawan dengan org utara kita makan nasi kandar...dan yang paling penting kalau kawan dengan org negeri macam saya boleh try makan masak lomak lado api...perghh..terangkat...(hehehe sowey kalau lr tajuk sikit...gurau2 saja) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 01:09


berbanggalah dengan negeri masing-masing..
lain tempat lain cara..
so..hormatilah identiti dan budaya negeri lain..
hidup mesti bervariasi..
tak best lah kalau semua benda sama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-08-07 01:30


Assalamualaikum wbtkh...

hurm...ooo ye ke...tak tau lah pula saya...setakat ni..member saya ramai yang dr kedah,penang...johor...kami tak ada masalah pula...

pergaulan dan ukhwah bukan brgantung kepada kenegerian...tetapi kepada individu sendiri...

sampai jodoh pun, awak takut dapat dr sebelah timur eyh.....hikhik...lawak lah awak ni...anyway...jodoh d tangan Tuhan...saya pun harap awak tak dapat org dr sebelah sana. tak tau pula nanti apa akan jadi pada masjid yang dibina tu nanti...

:d...Wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

uswatun_mawaddah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.04.2007
Ahli No: 29534
Posting: 142
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 02:24


wahh..dah banyak kali dah keluar isu pasal org pantai timur ni. Famous benar lah hai..org pantai timur patut rasa bangga na sebab jadi perhatian org. hehe...

, ana nak bagi pendapat sikit. Setiap negeri ada loghat masing-masing.. kedah, perak, negori,mlake, kelantan, ganu, sabah dan sarawak dan len2. Sudah menjadi adat bila jumpa org senegeri mereka akan bekomunikasi dalam bahasa mereka lah. yang duduk area slangor, johor, atau ngri yang kurang loghat tu buat-buat faham saja atau cb belajar loghat lain. pasal sikap manusia ni terlalu meluas dan sangat-sangat meluas. Bergantung pada diri masing-masing untuk mentafsirkannya.

Ana org besut, duduk ganu tapi berbahaso klate. Srikandi_86, ana hulurkan salam ukhwah buat enti. Harap persepsi enti tak berterusan macam tu. tak semua macam tu. syukran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For uswatun_mawaddahProfil   Hantar PM kepada uswatun_mawaddah   Quote dan BalasQuote

fizah866
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.05.2007
Ahli No: 30106
Posting: 60

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 10:39


salam...
terima kasih kepada srikandi_86 kerana buka topik ni...
saya sendiri hairan dengan situasi ni
saya tak ramai kawan dari pantai timur ni...ada lah 2 orang..tapi hairan betul lah..kenapa ramai sangat orang yang tak suka bergaul dengan orang kelantan ni.
ada sesetengah kawan saya yang langsung tak nak berkawan dengan orang klatan...
kadang kalau mereka mengutuk orang kelantan ni..hati saya terguris juga..
ya lah... sebab mak cik saya juga orang kelantan....tapi saya rasa mak cik saya ni biasa saja...tak ada yang pelik pun..macam orang lain juga
entah lah....tak paham2x

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah866Profil   Hantar PM kepada fizah866   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 11:04


Pada 23-08-07 10:39 , fizah866 posting:

!!! QUOTE !!!

salam...
terima kasih kepada srikandi_86 kerana buka topik ni...
saya sendiri hairan dengan situasi ni
saya tak ramai kawan dari pantai timur ni...ada lah 2 orang..tapi hairan betul lah..Kenapa ramai sangat orang yang tak suka bergaul dengan orang kelantan ni.
ada sesetengah kawan saya yang langsung tak nak berkawan dengan orang klatan...
kadang kalau mereka mengutuk orang kelantan ni..hati saya terguris juga..
ya lah... sebab mak cik saya juga orang kelantan....tapi saya rasa mak cik saya ni biasa saja...tak ada yang pelik pun..macam orang lain juga
entah lah....tak paham2x


subhanallah..takkan sampai begitu sekali..
sampai ada mind set tak nak berkawan dengan org kelantan..
wah..saya cukup terasa..rasa macam nak nangis pun ada..

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

fizah866
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.05.2007
Ahli No: 30106
Posting: 60

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 11:43


eh ....najah_86..jangan lah nangis..awak orang kelantan ke??
biasa lah..manusiakan macam-macam perangainya..
sabar saja lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah866Profil   Hantar PM kepada fizah866   Quote dan BalasQuote

laili
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-08-07 12:14


kalot saja.. anda ini..mana-mana negeri pun sama saja..kalau klate prefect guna dialect mereka,habis itu penang, kedah perlis pun sama saja...dah itu dia cakap lepas jangan lah kita jadi macam mereka..kalau tak ada beza antara kita dengan dia...saya pernah satu rumah dengan budak sabah,n9, kedah, sarawak dan kelate..all ada pro dan cons..tapi yang pastinye mereka semuanya baik2 blaka tak kira dr mana mereka berasal...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailiProfil   Hantar PM kepada laili   Pergi ke laili's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-08-07 16:41


lain padang.. lain belalang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

damsyiq_group
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.08.2007
Ahli No: 30741
Posting: 37
Dari: ipoh (DAMASCUS-SYRIA)

syria  


posticon Posting pada: 27-08-07 10:26


kata org; berhati-hati ketika memilih kawan, waspada ketika menukar kawan, berfkr sebaiknya ketika meninggalkan kawan & berskp bijaksana ketika berkawan..
emm.... tah lah, kadang-kadang susah nak memahami situasi kawan sdiri bahkan suami isteri pun m'ambik masa lama untuk saling kenal.. tapi apa-apa pun pokok pangkalnya hati kita.. dalam konteck p'bincangan mengenai tajuk di atas, sebenarnya berbalik pada diri individu tu sdiri.. kjadian manusia ni saling mmerlukan.. hidup p'lu bermasyarakat!! dalam apa jua bentuk p'hubungan kita nakkan keikhlasan dalam penerimaan bukan hanya mahukan hubungan, yang penting kejujuran.. betul tak!?
tak kira lah dari ngeri mana pun, bahkan benua mana pun.. soal berkawan ini, kadang-kadang kita terpkse mengorbankan kebahgiaan diri sdiri demi kebahgiaan org lain.. kita tak perfect!!!
erk..... k lah, ada kerja ini. cuma apa yang dapat saya simpulkan; "hargailah mereka yang berada disekeliling kita" insyaAllah segala gerak kerja kita sentiasa bersama redhaNYA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For damsyiq_groupProfil   Hantar PM kepada damsyiq_group   Pergi ke damsyiq_group's Website   Quote dan BalasQuote

nurul_peace
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8179
Posting: 149

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-08-07 10:54


salam...saja nak menyibuk ini, sebab tak ada kerja..ehehe... rasanya tak semestinya org pantai timur suka pntai timur...macam saya pun kadang-kadang rasa xsenang juga berkawan dengan org kelantan walaupun hakikatnya org ganu..masing-masing ada sebab...sebab2 yang pernah diutarakan kawan-kawan dalam forum ini, sama juga org selangor...kadang-kadang terasa dengan ayat yang mereka gunakan...especially pgguna "ar" sejujurnya, bagi saya penggunaan "ar / " ini macam tak manis, xselembut penggunaan "lah" atau lain-lain...rasa macam kasar saja, tambah2 lagi kalau perempuan yang gunakan...xlembut..tapi sekarang saya terima saja cara mereka, buat-buat tak tahu....ehehe...macam-macam kan...gaya hidup bandar katakan...hehe...

peace~~ jangan marah... =P

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_peaceProfil   Hantar PM kepada nurul_peace   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114836 saat. Lajunya....