Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-05-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita. Kita belajar dari kegagalan-kegagalan kita.
-- John Naisbitt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 13
Ahli: 0
Jumlah: 13




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 72 hari yang lalu
al-biruni03: 100 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 2 anak derhaka zaman moden


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 2 anak derhaka zaman moden

Please Mendaftar To Post


Oleh 2 anak derhaka zaman moden

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 11:15


KUALA LUMPUR: Dua anak derhaka sanggup memperdayakan ibu mereka berusia 71 tahun kononnya akan dibawa pulang ke rumah, walhal sebenarnya wanita itu dihantar ke pusat penjagaan orang tua kendalian bukan Islam.


Ini menyebabkan warga emas itu gagal beribadat dengan sempurna kerana tiada kemudahan berbuat demikian di pusat penjagaan terbabit.

Warga emas bergelar hajah sebelum itu dibenarkan pulang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menerima rawatan penyakit darah tinggi.

Dia dijemput dua anaknya serta dijanjikan akan dibawa pulang ke rumah mereka. Sebaliknya, dia terus dihantar ke rumah jagaan orang tua terbabit di ibu negara.

Perbuatan tidak berhati perut kedua-dua anak kesayangan warga emas itu hanya terdedah apabila adik-beradik wanita berkenaan menghantar surat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkaitan perbuatan dua ‘Tanggang Moden’ itu, kelmarin.

Melalui surat itu, adik warga emas berkenaan memaklumkan anggota keluarganya mula mengesyaki sesuatu tidak kena selepas tidak melihat kelibat kakaknya sejak dia keluar dari HKL, kira-kira dua bulan lalu.

“Kami bertanyakan mengenai saudara kami itu kepada kedua-dua anaknya tapi mereka enggan menjawab, malah seolah-olah cuba merahsiakan sesuatu.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kami melakukan siasatan sebelum mendapat tahu kakak ditempatkan di rumah penjagaan orang tua bukan Islam di ibu kota sejak hampir dua bulan lalu,” katanya dalam surat aduan berkenaan.

Menurut adik mangsa, mereka sekeluarga bimbangkan nasib kakaknya kerana suasana di pusat penjagaan orang tua itu tidak memungkinkan dia melaksanakan suruhan agama dengan sempurna, selain khuatir dipengaruhi supaya melakukan perkara di luar batasan Islam.

Penulis surat berkenaan turut menyatakan, suami wanita itu sudah uzur dan mereka tidak menyalahkannya, namun terkilan dengan sikap anak derhaka terbabit yang sanggup memperlakukan ibu sendiri sedemikian rupa hanya kerana tidak mahu menjaganya.

Sementara itu, sumber Bahagian Risikan Jawi berkata, pihaknya menghantar pegawai ke pusat penjagaan orang tua itu untuk melakukan siasatan sebaik menerima aduan keluarga mangsa.

“Pegawai Jawi sudah dihantar ke rumah penjagaan terbabit untuk mendapatkan maklumat lengkap berkaitan kesahihan aduan berkenaan.

“Kami dapati aduan itu benar. Pegawai kami dapat bertemu dan bercakap dengan wanita berkenaan yang menangis teresak-esak kerana enggan tinggal di situ, selain kesal dengan sikap kedua-dua anaknya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurut sumber itu, pegawai risikan Jawi pada mulanya menghadapi masalah untuk bertemu wanita itu kerana dihalang penjaga pusat jagaan terbabit yang memberi pelbagai alasan, tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, selepas dimaklumkan kunjungan itu atas urusan rasmi, barulah pegawai Jawi dibenarkan bertemu warga emas berkenaan.

“Wanita itu mengadu dia tidak dapat menunaikan rukun agama kerana persekitaran yang tidak sesuai selain sering dimarahi dan ditengking penjaga.

“Jawi akan mengambil langkah sewajarnya untuk membawa wanita itu keluar dari pusat berkenaan dan menempatkannya di rumah penjagaan orang tua yang lebih sesuai,” katanya.

Sumber itu berkata, pihaknya terkejut apabila diberitahu kedua-dua anak warga emas terbabit meminta penjaga rumah itu supaya jangan membenarkan orang luar melawat atau membawa keluar ibu mereka dari situ, kecuali mereka berdua.

Katanya, risikan turut mendapati wanita berkenaan satu-satunya penghuni beragama Islam di rumah penjagaan orang tua yang bangunan dan persekitarannya amat daif.

Berikutan itu, katanya, Jawi akan menemui keluarga warga emas terbabit dalam masa terdekat untuk mengumpul lebih banyak maklumat bagi menyegerakan urusan membawa wanita itu keluar dari pusat penjagaan berkenaan.
Emel pada kawan Format Pencetak


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 23-05-07 11:58


xbai tau.
derhaka namenya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 12:00


assalamualaikum..

ada jugak manusia macam ni dalam dunia ni..memang kejam betul
tak berhati perut langsung..
tak ingat siapa yang melahirkan mereka tu..
kalau tak ada wanita tu takkan lahir mereka di dunia ni..
ingatlah kehidupan di dunia ni sementara jeq..
kehidupan akhirat yang kekal..
moga kita jadikan ikhtibar spy jangan berlaku terlalu kejam..
redha Allah adalah pada redhanya kedua org tua kita..
sayangi mereka dan doakan mereka selalu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 12:43


anak yang tidak sedarkan diri.....sebelum itu siapa yang jaga mereka....ingatlah wahai si anak.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

realukhwah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20541
Posting: 54

Pahang  


posticon Posting pada: 23-05-07 12:47


Pada 23-05-07 11:15 , mdfakhri posting:

!!! QUOTE !!!

KUALA LUMPUR: Dua anak derhaka sanggup memperdayakan ibu mereka berusia 71 tahun kononnya akan dibawa pulang ke rumah, walhal sebenarnya wanita itu dihantar ke pusat penjagaan orang tua kendalian bukan Islam.


Ini menyebabkan warga emas itu gagal beribadat dengan sempurna kerana tiada kemudahan berbuat demikian di pusat penjagaan terbabit.

Warga emas bergelar hajah sebelum itu dibenarkan pulang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menerima rawatan penyakit darah tinggi.

Dia dijemput dua anaknya serta dijanjikan akan dibawa pulang ke rumah mereka. Sebaliknya, dia terus dihantar ke rumah jagaan orang tua terbabit di ibu negara.

Perbuatan tidak berhati perut kedua-dua anak kesayangan warga emas itu hanya terdedah apabila adik-beradik wanita berkenaan menghantar surat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkaitan perbuatan dua ‘Tanggang Moden’ itu, kelmarin.

Melalui surat itu, adik warga emas berkenaan memaklumkan anggota keluarganya mula mengesyaki sesuatu tidak kena selepas tidak melihat kelibat kakaknya sejak dia keluar dari HKL, kira-kira dua bulan lalu.

“Kami bertanyakan mengenai saudara kami itu kepada kedua-dua anaknya tapi mereka enggan menjawab, malah seolah-olah cuba merahsiakan sesuatu.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kami melakukan siasatan sebelum mendapat tahu kakak ditempatkan di rumah penjagaan orang tua bukan Islam di ibu kota sejak hampir dua bulan lalu,” katanya dalam surat aduan berkenaan.

Menurut adik mangsa, mereka sekeluarga bimbangkan nasib kakaknya kerana suasana di pusat penjagaan orang tua itu tidak memungkinkan dia melaksanakan suruhan agama dengan sempurna, selain khuatir dipengaruhi supaya melakukan perkara di luar batasan Islam.

Penulis surat berkenaan turut menyatakan, suami wanita itu sudah uzur dan mereka tidak menyalahkannya, namun terkilan dengan sikap anak derhaka terbabit yang sanggup memperlakukan ibu sendiri sedemikian rupa hanya kerana tidak mahu menjaganya.

Sementara itu, sumber Bahagian Risikan Jawi berkata, pihaknya menghantar pegawai ke pusat penjagaan orang tua itu untuk melakukan siasatan sebaik menerima aduan keluarga mangsa.

“Pegawai Jawi sudah dihantar ke rumah penjagaan terbabit untuk mendapatkan maklumat lengkap berkaitan kesahihan aduan berkenaan.

“Kami dapati aduan itu benar. Pegawai kami dapat bertemu dan bercakap dengan wanita berkenaan yang menangis teresak-esak kerana enggan tinggal di situ, selain kesal dengan sikap kedua-dua anaknya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurut sumber itu, pegawai risikan Jawi pada mulanya menghadapi masalah untuk bertemu wanita itu kerana dihalang penjaga pusat jagaan terbabit yang memberi pelbagai alasan, tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, selepas dimaklumkan kunjungan itu atas urusan rasmi, barulah pegawai Jawi dibenarkan bertemu warga emas berkenaan.

“Wanita itu mengadu dia tidak dapat menunaikan rukun agama kerana persekitaran yang tidak sesuai selain sering dimarahi dan ditengking penjaga.

“Jawi akan mengambil langkah sewajarnya untuk membawa wanita itu keluar dari pusat berkenaan dan menempatkannya di rumah penjagaan orang tua yang lebih sesuai,” katanya.

Sumber itu berkata, pihaknya terkejut apabila diberitahu kedua-dua anak warga emas terbabit meminta penjaga rumah itu supaya jangan membenarkan orang luar melawat atau membawa keluar ibu mereka dari situ, kecuali mereka berdua.

Katanya, risikan turut mendapati wanita berkenaan satu-satunya penghuni beragama Islam di rumah penjagaan orang tua yang bangunan dan persekitarannya amat daif.

Berikutan itu, katanya, Jawi akan menemui keluarga warga emas terbabit dalam masa terdekat untuk mengumpul lebih banyak maklumat bagi menyegerakan urusan membawa wanita itu keluar dari pusat penjagaan berkenaan.
Emel pada kawan Format Pencetak



petikan dari Harian Metro Online...
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20070523093418/Article/indexm_html

Bookmark and Share

    


  Member Information For realukhwahProfil   Hantar PM kepada realukhwah   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 13:47


dalam dunia ini memang ramai ibu-ibu,emak-emak, mama-mama, umi-umi..tetapi yang melahirkan kita, yang membesarkan kita, bersengkang mata hanya SEORANG bersama ayah/daddy/walid/papa..

doa mereka berkat..jangan sampai kita terlaknat..

sayangilah mereka meskipun kita mungkin jauh dr pandangan mata mereka lagi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-05-07 15:50


Pada 23-05-07 13:47 , RuMaishaaa posting:

!!! QUOTE !!!

dalam dunia ini memang ramai ibu-ibu,emak-emak, mama-mama, umi-umi..tetapi yang melahirkan kita, yang membesarkan kita, bersengkang mata hanya SEORANG bersama ayah/daddy/walid/papa..

kak,jggn lupa abi/abah/bapa.. sapa lagi dan sambung..he2..gurau saja..jangan marah..


-----------------
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-05-07 15:52


doa2lah moga kita tidak tergolong dalam golongan anak-anak derhaka..amen..
dan ALLAH memberikan hidayah kepada kita semua..amen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 23-05-07 15:55


eii..rasa nak cekik2 si tanggang bedue tu.eei

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

DinnaFatiha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5711
Posting: 106
Dari: kedah/selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 15:59


act still tak faham kenapa masih ada org yang boleh buat perkara2 begitu...agaknya mereka ni tak ada perasaan ke...geram tulll

Bookmark and Share

    


  Member Information For DinnaFatihaProfil   Hantar PM kepada DinnaFatiha   Quote dan BalasQuote

raudhatulsyaqqah
Warga Rasmi
Menyertai: 06.05.2005
Ahli No: 16331
Posting: 8
Dari: tampin

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 23-05-07 16:02


jadilah sebaik-baik insan...

jangan derhaka..nanti kita sendiri yang terima padahnya...
semoga kita jadi anak yang soleh/hah..dan ikut perintah allah..
AMINN..

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulsyaqqahProfil   Hantar PM kepada raudhatulsyaqqah   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 17:32


Sanggupnya mereka tengok wajah ibu tu ditinggalkan dan berlalu pergi..buatnya hati ibu tu terguris dan meninggal, tak sempat nak minta ampun, ha baru tahu tinggi ke tidak langit dengan bumi
...nauzubillahimin zaalik....

p/s: SaYaNgiLaH IbU AnDa SeLaGi Dia MaSiH HiDuP..TaK GuNa MeNyEsAl jIkA iBu SuDaH MeNuTuP mAtA bUaT SeLaMaNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

aiz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 17:40


ibu kita susah payah jaga kita dari kecil sampai besar,bagi pelajaran secukupnyer..ini jasa mereka kat ibu....ni bila kita dah besar tak boleh ke nak jaga ibu kita...
bila hati ibu kita kecik hati dengan kita...erm memang akan susah lah hidup kita nanti...hargailah mereka selagi mereka didunia ni...
kira bertuah lah dia org ni masih ada ibu..
aiz sedih sangat tak dapat jaga arwah ibu bila dah besar ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   Pergi ke aiz's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 18:14


Sekarang ni ada mak ayah yang saman anak sendiri sebab anak tu tipu hal tanah pusaka.. masyaAllah.. tak sangka betul sampai gini sekali gawatnya keadaan.. bab hantar ke rumah orang tua-tua tu tak dinafikan dah.. memang banyak.. yang masuk akhbar... yang masuk tv. yang tak masuk akhbar dan tv lagi banyak.. ada seorang makcik kat rumah orang tua-tua tu ditanya dalam satu program hari raya..

Pengacara: "Makcik masih terasa nak balik beraya dengan anak cucu tak?"
Makcik: "Demi Allah.. biarlah makcik mati pun.. biarlah anak cucu tak tau.. setitik pun susu makcik bagi dulu makcik haramkan jadi darah daging dia.. makcik haramkan dia mai tengok makcik.."

Terkejut dengar pngakuan makcik tu.. makcik ni sekarang ada di rumah orang tua-tua di Kedah.. masuk TV1 masa raya 2-3 tahun lepas..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 22:42


zaman ni manusia kan menempuh zaman yang dikatakan moden....

apa sebab mereka buat begitu?

malu ada mak ayah yang tua?dia tak tau ke dia pun akan tua?
mungkin dia tak tau apa perasaan dia..Kalau kita buat gitu ke mak ayah kita,Allah akan balas lagi teruk kat kita....

ke menantu yang buat pasal...biasa menantu lah yang tak suka sangat pada golongan mak ayah yang dah tua ni...si anak kan dah sayang sangat kat suami/istri tu,sampai keluarga pun dibuang..semoga anak 2 org tu sempat bertaubat dan memohon maaf kat ibu mereka sementara sebab terlambat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

faizatul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.02.2007
Ahli No: 28760
Posting: 122
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 23:24


..............hemmm.............rasa sedih,sebak,pilu,marah bila baca artikel tadi.......perasaan bercampur baur. Semoga Allah memberikan pembalasan yang setimpal untuk mereka.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For faizatulProfil   Hantar PM kepada faizatul   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 24-05-07 00:24


satu si tanggang..satu lagi malin kundang...huhuhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 24-05-07 00:35


salam....

mana perginya IMAN anak2 ini.
sanggup memperlakukan sebegitu kepada ibu mereka.


**minta jauh dari perbuatan ini. amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 24-05-07 02:00


memang derhaka!!!!!.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

Hibatullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.04.2007
Ahli No: 29793
Posting: 305
Dari: bumi Allah-sumut

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 24-05-07 06:15


salam..
org tua kita yang menjaga kita sedari kecik jagalah mereka sebaik mungkin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HibatullahProfil   Hantar PM kepada Hibatullah   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-05-07 01:19


apa lah kisah mereka sekarang ek....
adakah dah bertobat....

sekarang banyak kejadian saman menyaman kan?
anak saman saman anak....
kenapa lah ini boleh terjadi....
tapi Kalau tengok pada sebab tu,
1.kahwen
2.harta...
kenapa lah.............................................

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-06-07 08:09


KUALA LUMPUR: Seorang warga emas berusia kira-kira 70 tahun, kini menghabiskan sisa kehidupannya tinggal bersama sekumpulan pendatang Indonesia di sebuah bilik kecil yang menyerupai rumah kongsi buruh asing di Kampung Pandan Dalam, di sini, walaupun anak lelakinya tinggal bersebelahan.


‘Nenek kongsi’ berkenaan terpaksa mendiami bilik usang dan panas yang dipenuhi barangan lusuh bersama tujuh pendatang asing serta beberapa remaja lelaki.

Lebih menyedihkan,anak lelakinya langsung tidak mempedulikan kebajikan warga emas terbabit biarpun tinggal bersebelahan bilik itu.

“Kalau diikutkan hati, mak cik rasa macam nak bawa semua barang dan lari ke tempat lain kerana lebih sanggup tinggal di rumah orang lain daripada duduk bersebelahan anak yang tidak mengenang budi.

“Tinggal di sini lebih menyakitkan hati kerana mak cik sering dikasari dan dimarahi anak yang ditatang sejak kecil.

“Mak cik tak ada rumah lain. Nak tinggal di rumah saudara-mara, mereka pun ada keluarga. Mak cik tak ada harta lain selain rumah dan rantai ini,” kata wanita yang dipanggil Nek Bi itu sambil menunjukkan satu-satunya barang kemas yang belum digadai anaknya ketika dikunjungi Harian Metro.

Menurutnya, anak lelakinya itu mula mengabaikan dan tidak menjaga kebajikannya selepas berumah tangga lebih 10 tahun lalu.

“Mak cik sudah tidak merasakan kasih sayang anak kerana diabaikan sebegini. Kadang-kadang mak cik terfikir mengapa ada anak sepertinya.

“Apabila melihat anak orang lain yang begitu baik menjaga dan menghormati ibu mereka, mak cik amat sedih dan sakit hati mengenangkan layanan buruknya,” katanya sambil mengesat air mata.

Difahamkan bilik yang didiami Nek Bi itu sebenarnya rumah kepunyaannya tetapi dipisahkan anaknya kepada dua bahagian untuk dijadikan bilik sewa.

Sebahagian rumah didiami anak lelakinya bersama isteri dan anaknya, manakala sebahagian lagi dijadikan 10 bilik yang disewakan kepada pendatang asing dan beberapa remaja lelaki.

Malah, rumah kongsi berkenaan pernah menjadi markas judi dan sarang maksiat golongan pendatang itu yang sering membawa masuk perempuan, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka memiliki permit sah atau sebaliknya.

Sudah bertahun-tahun Nek Bi dibiarkan keseorangan dan terpaksa menguruskan makan minum sendiri walaupun anaknya mewah dengan hasil kutipan sewa bilik kongsi terbabit.

Menurutnya, hanya di bilik itu tempat dia makan, tidur dan berehat kerana tidak dibenarkan menggunakan ruang tamu di bahagian yang didiami anaknya.

“Mak cik tak tahan duduk lama dalam bilik ini kerana kurang selesa dan panas. Pasang kipas pun, anginnya masih panas.

“Sebab itu hampir setiap petang mak cik akan keluar bersiar-siar di sekitar kampung dan singgah di mana-mana hentian bas untuk menenangkan diri dan mengubati kesedihan,” katanya.

Difahamkan kebakaran pernah berlaku di rumah terbabit ketika anak lelakinya sekeluarga pulang beraya di rumah besan dan membiarkannya beraya berseorangan di bilik itu, tiga tahun lalu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 15:06


ni ada lagi kisah anak2 yang derhaka pada mak ayah mereka..
tapi alhamdulillah,mereka dah insaf....
ada 3 kisah...

Kes 1

(Azman, 16, Kedah)

“SYURGA di bawah tapak kaki ibu. Ayah pula ketua keluarga yang kita perlu hormati dan jaga perasaannya. Namun saya bukan saja derhaka, tetapi bersikap kurang ajar dengan insan yang melahir dan menjaga saya sejak lahir.

Akibat terpengaruh dengan sebuah kumpulan muzik bawah tanah dan kegiatan hidu gam, saya menjadi liar dan hilang akal. Setiap kemahuan saya perlu dituruti, manakala bangkangan pula menyebabkan saya mengamuk dan bertindak ganas.

Biasanya saya terbabit dengan pergaduhan berkumpulan di luar rumah, bukan bertindak ganas ke atas ibu bapa. Bagaimanapun, pada hari itu saya ‘lalok’ (khayal) akibat hidu gam berlebihan, menyebabkan saya bertindak di luar kawalan.

Apabila pulang ke rumah dalam keadaan lapar, saya terus menjadi berang apabila mendapati tiada makanan di bawah tudung saji lalu naik ke tingkat atas dan mendapati ibu bapa menunaikan solat Isyak berjemaah.

Melihat keadaan mereka menyebabkan marah saya membuak-buak lalu saya menjerit ‘anjing’ ke arah ibu dan ‘bab*’ kepada bapa.

Namun mereka tidak membalas, sekali gus menjadikan saya lebih marah lalu terus menendang kepala bapa yang ketika itu sujud.

Akibat tendangan kuat, bapa tergolek daripada tikar sembahyang.

Ini menjadi titik tolak kepada kesabaran keluarga saya yang akhirnya mengambil keputusan menghubungi Ustaz Hanafi Abdul Malek (Pengerusi Yayasan Sidim) untuk bantuan.

Akhirnya saya ‘diangkut’ (dibawa pergi) dan ditempatkan di Rumah Sahabat Sidim untuk pemulihan.

Alhamdulillah, semua yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun dosa saya terlalu besar kepada ibu bapa, mungkin berkat doa dan kasih sayang mereka, Allah SWT membuka hati saya untuk kembali ke jalan-Nya.

Saya berjanji akan menjadi anak yang lebih baik pada masa depan.

Semua yang berlaku akan menjadi kenangan paling pahit dalam hidup saya.

Mungkin ibu bapa saya dapat memaafkan, tetapi menendang kepala bapa sendiri, ia akan menjadi mimpi paling buruk dalam hidup saya. Saya sungguh kesal.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 15:07


Kes 2

(Tahir, 18, Kuala Lumpur)

“IBU adalah ‘bank bergerak’ saya. Setiap kali perlukan wang, saya mendesak dan kadangkala mengugut ibu apabila dia sukar memberi apa yang saya hendak. Saya juga banyak mencuri dan menjual barangan kemas ibu.

Sekalipun tidak bekerja, akibat hidup mewah daripada aktiviti ‘memeras’ ibu, saya ada banyak masa untuk melepak dan mula bergaul dengan kumpulan samseng. Malah, saya menjadi ‘anak emas’ pemimpin kanan kumpulan kerana sering menaja mereka berhibur dan aktiviti dadah.

Bagaimanapun, satu hari ketika kami ingin berhibur ke Genting Highlands dan saya meminta wang daripada ibu, dia enggan memberinya. Puas saya menggertak dan mengganas, termasuk memecahkan barangan dalam rumah, tetapi ibu tetap berdegil.

Klimaks kepada perasaan marah saya, saya mengugut akan mengebom ibu jika tidak memberi wang. Malah, selepas jasad ibu berkecai dan saya menemui tengkorak kepalanya sekalipun, saya akan bom sekali lagi supaya hancur dan lumat.

Akhirnya ibu mengalah, tetapi pada masa sama dia menghubungi Rumah Sahabat Sidim tanpa pengetahuan saya. Mungkin ibu dapat melihat yang saya tidak dapat diinsafkan walaupun melalui kasih sayang yang cuba ditunjukkannya.

Sekembali saya, saya melihat Ustaz Hanafi menunggu. Saya menjadi berang terhadap ibu dan pada masa sama mengugut ustaz supaya tidak masuk campur.

Malah, saya mengugutnya dengan mengatakan dengan hanya satu panggilan, 200 geng saya akan datang ke rumah saya untuk membelasahnya.

Ustaz mempersilakan saya berbuat demikian (menghubungi geng). Beberapa minit kemudian beberapa ‘sahabat’ saya turun untuk membantu menghalang saya daripada dibawa pergi ke Rumah Sahabat Sidim.

Bagaimanapun, saya hairan kerana selepas bercakap sesuatu dengan ustaz, rakan saya berlalu pergi.

Rupa-rupanya dia bukan calang-calang orang dan terkenal dalam dunia persilatan dan kebajikan sosial.

Namun, tempoh tiga bulan menjalani pemulihan di Rumah Sahabat Sidim nyata memberi kehidupan baru kepada saya.

Saya mula mengenal agama dengan lebih mendalam dan menghargai hubungan kekeluargaan dan orang tua saya.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 15:07


Kes 3

(Fauzi, 22, Kelantan)

“SAYA tidak ingat berapa lama saya tidak mencium tangan ibu bapa berikutan ada di dalam ‘dunia’ sendiri akibat pembabitan dalam kumpulan muzik bawah tanah yang tidak percaya wujudnya Tuhan, selain bergelumang dengan dadah.

Saya bukan saja tidak pulang ke kampung, tetapi ibu bapa juga tidak dapat mencari saya berikutan saya tidak lagi pergi ke kuliah akibat terlalu sibuk dengan dunia ciptaan syaitan.

Bagaimanapun, menurut ibu, dia terbaca mengenai kisah Rumah Sahabat Sidim di akhbar dan meminta pertolongan Ustaz Hanafi yang kemudian bersama beberapa rakannya berjaya menjejaki saya dan membawa ke sini (Rumah Sahabat Sidim).

Keadaan saya mula-mula memang kritikal. Saya membuang air besar dan kecil tanpa sedar. Malah, saya beberapa kali membuang air besar di atas sejadah ketika orang lain bersembahyang. Semuanya berlaku di luar kawalan.

Masalah halusinasi saya juga kritikal. Berikutan pernah terjebak dengan aktiviti memijak al-Quran, jari kaki saya menjadi sedikit terdengket.

Ramai pelik melihat cara saya berjalan, tetapi saya berdengket kerana melihat ada manusia kecil di bawah dan cuba mengelak memijaknya.

Mungkin ini balasan Allah SWT terhadap saya kerana menjauhi-Nya, agama dan ibu bapa saya. Kini saya menyesal. Perkara pertama yang saya akan lakukan selepas menjalani pemulihan adalah pulang ke kampung untuk memohon maaf daripada ibu bapa saya.

Ini kerana mereka berusaha keras, membanting tulang untuk menghantar saya belajar, tetapi saya hampakan mereka dengan menceburi kegiatan yang bukan saja tidak senonoh serta membahayakan diri, tetapi juga merosakkan akidah saya sebagai seorang Islam.

Saya pada mulanya tidak mahu terbabit dengan aktiviti underground (bawah tanah) ini.

Namun, bermula sebagai suka-suka daripada mengikut konsert gig, saya terjebak dengan aktiviti yang merosakkan masa depan saya.

Bagaimanapun, Allah SWT masih sayangkan saya kerana saya berjaya diselamatkan agak awal kerana saya tahu, masih ramai anak muda, terutama orang Islam, yang masih sesat di dalam dunia kumpulan bawah tanah dan dadah sekarang.

Yang menyedihkan, sebahagian besar daripada mereka masih terlalu muda, daripada di bangku sekolah menengah sehingga universiti.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 16:09


YA ALLAh..jauhilah aku...adik beradikku..saudara maraku..kawan-kawan ku..dari bersikap derhaka kepada ibubapa...aminn..sesungguhnya aku amat menyanyangi mereka..kekalknlh kasih sayang shg akhir hayatku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 16:51


:-) Assalamualaikum...


    Sayangilah ibu bapa kita ....bila mereka dah pergi...menyesal pun dah tak berguna....suatu hari nanti kita semua akan menjadi ibu dah bapa insyaALLAH...dan apa perasaan kita kalau anak-anak buat macam tu kat kita?


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

jiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6966
Posting: 238
Dari: PeRaK

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 21:41


Maha suci Allah...semoga kie semua tak trgolog dalam gol anak derhaka..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jihaProfil   Hantar PM kepada jiha   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 10-06-07 22:01


Ya Allah, Engkau kasihilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kecil...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

alqibtiaz
WARGA SETIA
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-06-07 22:34


Ya Allah..anak macam tu pun ada?

Jauhkanlah daku dari sifat yang di murkai.Semoga aku dapat menabur bakti pada orang tuaku selepas belajar nanti..amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alqibtiazProfil   Hantar PM kepada alqibtiaz   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-06-07 02:11


alhamdulillah,mereka dah sedar....
pernah dengar cerita anak2 derhaka yang kena sumpah?
maksud saya,video?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-06-07 13:24


KUALA LUMPUR: Anak yang terlalu dimanja dan segala kehendak mereka dituruti menjadi punca utama keruntuhan akhlak remaja pada masa kini sehingga tidak tahu menghormati ibu bapa.


Selain itu, kegagalan ibu bapa mendidik anak mengenai bertanggungjawab dan terhutang budi kepada orang tua yang menjaga mereka daripada kecil hingga dewasa turut menyebabkan golongan terbabit bertindak di luar batasan.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata ketika anak masih kecil, ibu bapa sering memanjakan dan menuruti kehendak anak mereka tanpa memikirkan kesan negatif yang akan dihadapi golongan berkenaan.

Menurutnya, apabila meningkat dewasa, mereka akan bergaul dengan rakan yang mempunyai masalah sama menyebabkan golongan terbabit memberontak sehingga berani menentang ibu bapa tanpa rasa bersalah.

“Kita perlu mendidik anak supaya mereka ada perasaan terhutang budi dan apabila perasaan ini ada mereka akan terus menghormati serta menghargai pengorbanan ibu bapa selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Metro Ahad, semalam, mengenai tindakan remaja yang sanggup mengherdik ibunya dengan panggilan ‘anjing’ dan bapanya ‘bab*’.

Pelajar berusia 16 tahun itu sanggup menendang kepala bapanya ketika sujud di sejadah hanya kerana makanan tidak disediakan sekembalinya daripada berfoya-foya dengan rakan.

Harussani berkata, ketika di sekolah, remaja hanya diberi pelajaran tanpa diberikan pendidikan secukupnya mengenai kehidupan menghormati ibu bapa dan orang orang tua.

“Kalau kita tanya semua remaja apa hukumnya jika menderhaka kepada ibu bapa, mereka semua tahu, tetapi mereka tidak menghiraukannya.

“Jadi masalahnya tarbiah (pendidikan) itu tidak diberikan pendekatan, yang ada hanya taklim (pelajaran) pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata, banyak golongan muda kini yang mempunyai pelajaran tinggi tidak tahu menghormati ibu bapa atau orang tua kerana mereka angkuh kerana merasakan diri sudah pandai.

“Cikgu juga pada masa ini tidak lagi dihormati, malah jika cikgu menegur atau memberi hukuman kepada pelajar mereka pula akan disaman.

“Berbeza pada masa dulu apabila cikgu memarahi pelajar, kita akan rasa lebih menghormati guru berkenaan.

“Saya dulu bersekolah di sekolah aliran Inggeris, apabila cikgu marah kami semua akan mengucapkan terima kasih kerana memberi tunjuk ajar,” katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-06-07 13:27


Pada 23-05-07 13:47 , RuMaishaaa posting:

!!! QUOTE !!!

dalam dunia ini memang ramai ibu-ibu,emak-emak, mama-mama, umi-umi..tetapi yang melahirkan kita, yang membesarkan kita, bersengkang mata hanya SEORANG bersama ayah/daddy/walid/papa..

doa mereka berkat..jangan sampai kita terlaknat..

sayangilah mereka meskipun kita mungkin jauh dr pandangan mata mereka lagi..


tiap hari tengok gambar mak ayah... :-(
semoga sentiasa sihat sejahtera dan dirahmati selalu.
tak sabar nak balik kampung..


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 08:35


Bapa hampir maut dibelasah anak dengan cangkul

KUALA TERENGGANU 12 Jun – Gara-gara menegur anak lelakinya yang pulang dalam keadaan khayal, seorang bapa hampir maut dibelasah dengan cangkul oleh pemuda itu dalam satu pertengkaran di Kampung Sungai Buaya, Dungun kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Hazam Abdul Halim berkata, kejadian berlaku pukul 8.45 malam selepas nelayan berusia 54 tahun itu menahan anaknya yang baru masuk ke rumah dan bertanyakan mengenai keadaannya yang tidak stabil.

''Suspek yang merupakan penganggur naik berang dengan tindakan bapanya dan kemudian berlaku pertengkaran antara dua beranak itu sehingga melarat ke luar rumah.

''Akibat marah, suspek mencapai sebatang cangkul di tepi pagar rumah dan menghayun ke arah bapanya tetapi dapat ditahan. Berlaku pergelutan sehingga batang cangkul terkena belakang nelayan itu,'' kata Mohd. Hazam ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, nelayan itu akhirnya berjaya merampas cangkul tersebut daripada anaknya tetapi suspek yang masih tidak berpuas hati terus bergelut dengan mangsa.

Pemuda itu memaut leher bapanya sehingga mangsa jatuh tersembam di atas simen menyebabkan hidungnya berdarah.

Menurut Mohd. Hazam, mangsa cuba memegang tangan anaknya tetapi terlepas. Suspek melarikan diri selepas kejadian itu.

Katanya, nelayan itu membuat laporan di Balai Polis Dungun kira-kira pukul 9.30 malam sebelum mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Dungun.

Beliau berkata, suspek yang berusia 30-an dan masih bujang itu akan ditahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Dia boleh dihukum penjara tiga tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-06-07 11:17


Ingatan bencana Tuhan buat penderhaka Ibubapa

ADAKAH manusia wujud tanpa ibu dan bapa! Pasti tidak, tiada ibu bapa maka tiadalah kita. Ibu bapa adalah “sebab” kepada kewujudan kita.

“Hukum Sebab” ini merupakan hukum alam yang berjalan menurut ketentuan Ilahi dan sentiasa berada di bawah lingkungan kekuasaan dan pengamatan-Nya.

Kemuliaan dan ketinggian dua insan bergelar ibu bapa tidak boleh dinafikan kerana kedua-duanya menjadi sebab kepada kewujudan anak. Ia suatu hak yang wajib difahami dan dilaksanakan setiap insan yang bernama anak.

Dalam sejarah dunia ini, hanya tiga personal sahaja terkeluar dari perjalanan hukum alam ini, iaitu Adam a.s yang diciptakan dari tanah lumpur yang berbau, kedua Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk Adam yang paling atas dari bahagian kiri dan ketiga Isa al-Masih yang hanya beribu tanpa berbapa yang diciptakan daripada “al-Ruh al-Qudus.” Selain daripada ketiga-tiga ini lahir kerana adanya ibu dan bapa.

Ibu bapa ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada anak. Kehadiran ibu bapa dalam hidup kita bukan suatu kebetulan atau ketidaksengajaan atau sia-sia. Kehadiran kedua-duanya merupakan suatu perencanaan Ilahi yang mempunyai rahsia dan keramat yang terlalu khusus buat kehidupan manusia yang bergelar anak. Anak memerlukan ibu dan bapa untuk proses kehidupannya yang sempurna dan lengkap.

Tanpa ibu atau bapa pastilah hidup anak menjadi cacat dan sukar. Kehadiran insan bernama Ibu dan bapa dalam kehidupan seorang anak hanya berlaku sekali sahaja. Justeru, jika anak mengabaikan ibu bapa, anak itu pasti tidak dapat mencari gantinya walaupun dia mengambil seribu ibu bapa angkat. Dia tidak dapat mengubah “bin” itu.

Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian kerugian. Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w sebelum ia terjadi ke atas kita semua. Sabda baginda s.a.w; “Sungguh malang, sungguh malang, sungguh malang orang yang sempat bersama ibu bapanya atau salah satunya tetapi tidak mampu memasukkannya ke dalam syurga.”

Manakala riwayat Ahmad agak berbeza maksudnya; “Sesiapa yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah satunya kemudian anaknya ternyata masuk neraka, maka sesungguhnya Allah telah menjauhinya dan mengutuknya”

:Janji daripada kurniaan Allah S.W.T, buat anak yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya terlalu istimewa. Pakej ini hanya ditawarkan kepada anak yang mempunyai ibu dan bapa. Justeru itu kesempatan ketika ibu bapa masih hidup merupakan peluang tidak ternilai. Anak-anak yang soleh pasti merebut peluang ini untuk mencari keredaan ibu bapanya yang menyambung keredaan Allah S.W.T. Antara empat yang utama ialah;:

‱ Keredaan Allah S.W.T bergantung dengan keredaan ibu bapa. Jika ibu bapa meredai anaknya, maka melimpahlah pula keredaan Allah dalam kehidupan anak itu. Namun jika ibu bapa berkecil hati kepada anaknya, maka Allah S.W.T memurkai anak itu. Hidupnya pasti tidak diberkati.

‱ Syurga terletak di bawah telapak kakinya. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w dengan maksud; “Berbaktilah kepada ibu kerana sesungguhnya syurga di bawah telapak kakinya.” Malah bersandarkan riwayat Urwah bin Murrah mengisahkan seorang lelaki berkata; “Wahai Rasulullah s.a.w saya bersaksi tiada tuhan melainkan Allah S.W.T dan engkau pesuruh-Nya, sudah saya dirikan solat lima waktu, sudah saya tunaikan zakat dan juga telah saya berpuasa Ramadan. Rasulullah s.a.w mengulas; “Siapa yang mati dalam keadaan seperti ini, maka kelak pada hari kiamat akan bersama para nabi, orang yang benar dan orang mati syahid selama ia tidak menderhaka kepada ibu bapanya.”

‱Doa ibu bapa sangat mustajab dan segera dimakbulkan. Melalui riwayat Abu Dawud, Rasulullah s.a.w bersabda; “Ada tiga doa termakbul tanpa diragui; doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa ibu bapa buat anaknya.”

:‱ Panjang umur dan murah rezeki. Al-Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “Tidak ada yang mampu mengubah qada’ kecuali dengan doa dan tiada yang menambah umur kecuali berbakti kepada ibu bapa”

Namun amat menyedihkan mutakhir ini gejala menderhaka ibu bapa semakin membarah dalam masyarakat. Identiti masyarakat Melayu Islam yang popular dengan budi pekerti, pemalu, lemah-lembut dan mentaati orang tua serta ibu bapa mula terhakis akibat pengaruh luar yang negatif. Institusi keibubapaan telah terpinggir dan sudah tidak dihormati lagi.

Kisah Si Tanggang ditelan bumi kerana menderhaka ibunya hanya menjadi replika zaman atau hikayat sajian minda. Cerita ini tidak menginsafkan anak derhaka buat pengajaran dan iktibar kerana hilangnya perasaan cinta dan keagungan kepada ibu bapa. Ibu bapa hanya menjadi “lambang” sahaja dalam kehidupan seorang anak. :

Anak-anak perlu mengerti betapa besar bencana menderhaka ibu bapa. Ia bukan soal untung rugi dalam perniagaan, kegagalan dalam peperiksaan tetapi persoalan utama yang menjadi penentu kebahagiaan dan kecelakaan duniawi dan ukhrawi. Ibn Hajar al-Haitami mengkategorikan maksiat menderhaka ibu bapa daripada kelompok dosa besar.

Malahan dalam sesetengah keadaan dosa ini menduduki tangga kedua selepas dosa syirik. Imam al-Bukhari meriwayatkan; “Dosa besar ialah syirik kepada Allah S.W.T, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan sumpah palsu.” Imam Ahmad pula meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda; “Tiga golongan yang tidak Allah S.W.T memandangnya; penderhaka ibu bapa, lelaki dayus dan perempuan menyerupai lelaki.”

Di antara petanda anak menderhaka ibu bapa ialah meninggalkan doa buat kedua-duanya, terutama setelah mereka meninggal dunia. Perbuatan ini mewarisi kesempitan hidup, hidup tidak bahagia, kegelisahan tanpa hujung, ketamakan tanpa kenyang, usaha selalu tidak menjadi, ibadat menjemukan dan bermusuh dengan kebaikan. Al-Samarqan dalam bukunya “Tanbih al-Ghafilin” mengingatkan bahawa “Sesiapa yang meninggalkan doa buat ibu bapanya sewaktu dia berdoa untuk dirinya nescaya dia ditimpa kesempitan hidup.”

Suami yang tunduk dan patuh kepada isteri sedang dia membelakangi ibu bapanya juga termasuk dalam senarai penderhaka ibu bapa. Sabda Baginda s.a.w; “Jika umat ku telah melakukan lima belas sifat, maka bencana akan menimpa mereka
. Jika seorang lelaki mematuhi isterinya, menderhaka ibunya, berbakti kepada kawan rapatnya dan mengacuhkan bapanya.”

:Mematuhi atau tunduk kepada isteri sehingga membelakangi ibu bapa merupakan dosa besar dan petanda kepada ummah akan ditimpa kemusnahan. Begitu juga seorang anak lebih rela dan bersedia berkhidmat dan mendengar nasihat kawannya daripada mentaati nasihat dan pedoman ibu bapa.

Penderhaka ibu bapa juga terdiri daripada anak-anak yang mencela, mencaci, merendah-rendah akan kedua ibu bapanya. Walau ibu bapa miskin, orang kampung, tua dan tidak berpelajaran, namun mereka tetap juga ibu bapa. Tiada seorang pun yang dapat mengubah takdir ini.

Allah S.W.T tetap memelihara kehormatan mereka dalam apa juga keadaan pun. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi s.a.w diperlihatkan gambaran penderhaka ini dalam keadaan tergantung pada palang di dalam neraka. Rasulullah s.a.w bertanyakan Jibril a.s; “Siapakah ini?” Jibril a.s menjawab; Anak-anak yang mencela ibu bapanya di dunia.”

Allah S.W.T telah berjanji kepada Rasulullah s.a.w bahawa akan menyegerakan azab, seksaan, bencana, kesempitan, kegelisahan, kebankrapan dan segala malapetaka kepada penderhaka ibu bapa di dunia lagi dan sebelum mereka mati selagi mereka tidak bertaubat dengan taubat yang nasuha.

Berkata “oh” kepada ibu bapa sudah menjadi dosa di sisi Tuhan kerana kemuliaan ibu bapa, maka bayangkan jika sesiapa yang melakukan lebih daripada.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-06-07 16:25


astaghfirullahaladzim...
Kenapa begini anak2 zaman sekarang..
kenanglah jasa ibu dan ayah...
tanpa mereka tiada kita di dunia ni...

----------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-06-07 17:41


bnyknye sebab dadah...
nak beli dadah,sampai sanggup buat begitu kat mak ayah....
byang lah,10 tahun akan datang.....
degan kebanjiran nak luar nikah,masalah sosial akan menjadi makin teruk,
ibubapa,akan dilayan lagi teruk dari ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-06-07 17:43


naam...
ana setuju...
statistik anak luar nikah juga meningkat...
macam mana nak bndung gejala menghisap dadah ni?
nampak macam tak ada kesudahan..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 16-06-07 20:37


kasihan nenek tu tap alhamdulillah adik nenek tu dah bawa nenek tu keluar dari rumah tu :-)


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 16-06-07 21:23


sanggupnyer....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-06-07 13:26


inilah realiti kini
manusia bertuan nafsu..
ikut hati mati..
ikut rasa binasa..
berfikir sebelum bertindak

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 22:15


tak ada akal agaknya mereka tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-06-07 07:32


memang anak2 ini tak menyayangi mak mereka..betul lah kata orang,ibu seorang boleh jaga 10 orang anak,tapi seorang anak belum tentu dapat jaga ibunya..ingatlah,tiada syurga bagi seorang anak itu tanpa keredhaan seorang ibu kerna syurga itu di bawah tapak kaki ibu...ingatlah anak2..jagalah dan sayangi ibubapa anda selagi mereka masih ada di dunia ini..walau menangis air mata darah pun setelah ketiadaan mereka,semua tu takkan berguna lagi..bila hati seorang ibu terguris,susah untuk sembuhkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-06-07 10:15


salam..
sayangilah dan hargailah ibu dan ayah sbht2 ketika mereka masih bernafas di muka bumi ini...apabila mereka pergi saat itu tidak berguna lagi untuk menangis...menangis air mata darah sekalipun tidak akan dapat mengembalikan mereka..ingat..kita hanya ada satu ibu dan ayah..tiada ganti..pergi mereka itulah saja...walau datang seribu ibu yang baik tidak akan sama dengan seorang ibu yang melahirkan menyusukan dan membesarkan...
janganlah biar ibu bapa kita menangis kerana kederhakaan kita..biarkan mereka mengalirkan air mata kerana kejayaan dan kasih sayang kita..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Qarni
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2004
Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-06-07 10:27


anak2 sekarang ni payah lah nak cakap...memang banyak yang bijak2

tapi tu lah..terlampau bijak sampai pijak kepala mak ayah..

kat sek pun mana ada diterapkan nilai rohani ataupun nilai2 islam..

kalau ada kelas agama pun sejam dua jam saja...balik rumah solat pun tak tau..

sapa yang harus dipersalahkan????

BEEND bertggung jawab!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-QarniProfil   Hantar PM kepada Al-Qarni   Pergi ke Al-Qarni's Website   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-06-07 11:59


memang sedih......mungkin si tanggang moden akan merasa pula apa yang mereka lakukan suatu hari nanti......

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-06-07 12:02


ya mungkin...hukum karma

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

dibaa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2006
Ahli No: 25256
Posting: 181
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 21-06-07 17:18


nauzubillah....anak DERHAKA....kalau taknak jaga mak poun jangan lah hantar kat tempat macam tu....kang boleh dye dah itu lagi terouk anak dye buat kat dye....padan muka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dibaaProfil   Hantar PM kepada dibaa   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 18:44


semoga diri ini tidak tergolong...ameen

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

Niya_Shahana
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12349
Posting: 65
Dari: Kelate

venezuela  


posticon Posting pada: 22-06-07 18:48


Pada 16-06-07 17:41 , mdfakhri posting:

!!! QUOTE !!!

bnyknye sebab dadah...
nak beli dadah,sampai sanggup buat begitu kat mak ayah....
byang lah,10 tahun akan datang.....
degan kebanjiran nak luar nikah,masalah sosial akan menjadi makin teruk,
ibubapa,akan dilayan lagi teruk dari ni....


Bukan sebab dadah saja, ARAK pun sama naik. Di 7 eleven pun berlambak arak, orang yang mengaku Islam sendiri tak segan silu beli arak.. Salah siapa ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Niya_ShahanaProfil   Hantar PM kepada Niya_Shahana   Pergi ke Niya_Shahana's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 19:05


ana hairan...inikah yang dimaksudkan negara ISLAM???
jika negara ISLAM tidak ada benda-benda yang haram seperti disko..pub..kilang arak..kilang arak sampai sebesar2 alam di shah alam..ini dinamakan negara ISLAM..
ana yakin kita masih belum dapat dinobatkan sebagai negara ISLAM tetapi sebagai negara yang menjadikan ISLAM sebagai agama rasmi inikah ISLAM HADHARI yang diterapkan???

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 19:25


bodoh punya anak...ada otak,tapi tak pandai fikir...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 19:33


otak tak digunakan sebaiknya...
gunakanlah aqal fikiran yang ALLAH kurniakan sebelum ia ditarik balik..

--------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.154686 saat. Lajunya....