Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kayu yang bengkok tak dapat hasilkan bayang-bayang lurus
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 7 hari yang lalu
fayyzah: 8 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pemberian jarum, kondom kepada penagih diperluas


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pemberian jarum, kondom kepada penagih diperluas

Please Mendaftar To Post


Oleh Pemberian jarum, kondom kepada penagih diperluas

nafas
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29298
Posting: 355
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-05-07 10:07


Pemberian jarum, kondom kepada penagih diperluas











KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan memperluaskan program pemberian jarum suntikan dan kondom percuma serta penggunaan metadon kepada penagih dadah di seluruh negara bagi mengurangkan kes jangkitan HIV/Aids.

Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Aids/STD), Jabatan Kesihatan Awam, Dr Jalal Halil Khalil, berkata analisis projek perintis yang dilaksanakan sebelum ini menunjukkan perkembangan positif.

“Kita akan meneruskan usaha mencegah amalan berkongsi jarum suntikan seterusnya mengurangkan penularan jangkitan HIV/Aids terhadap penagih dadah,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga akan menambah bilangan klinik kesihatan kerajaan dan swasta yang menyediakan program terapi dadah gantian menggunakan metadon.

Beliau berkata, program metadon didapati berkesan membantu penagih dadah terutama mereka yang memiliki pekerjaan tetap merawat ketagihan.

“Kita harap akhirnya mereka berubah dan dapat mengurangkan penggunaan dadah jenis heroin atau morfin, aktiviti jenayah, kematian akibat pengambilan dadah berlebihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Hari Memperingati Aids Sedunia di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk A Vaithilingam.

sumber: Berita harian 21Mei2007


P/s: petut ke tak patut langkah yang diambil ini?
:-? :-? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafasProfil   Hantar PM kepada nafas   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-05-07 11:15


Program ni ada pro and contra dia. Ana kerja bidang yang memang terpaksa melibatkan diri dengan penghidap positif HIV/AIDS dan juga penagih-penagih dadah.

tujuan program tu sekali pandang memang macam menggalakkan lagi mereka tu menagih tapi sebenarnya kita nak jaga kemashalatan ummat terutama keluarga penagih tu sendiri . Macam pemberian kondom tu nak sekat penularan penyakit tu kena pada isteri atau anak-anak.

lagi satu ana teringat masa ana hadiri sidang HIV/AIDS di kuala lumpur dengan NGO-NGO yang terlibat, sebenarnya mereka nak didik penagih-penagih tu jadi penagih yang bersih dan tak merosakkan orang lain. Kalau dia nak ambil dadah tu jangan libatkan orang lain. betul lah juga bila difikir-fikirkan balik tapi of course kos program ni bukan sedikit.

Program metadon tu macam sejenis ubat yang diberi, kos dia agak mahal. Ubat-ubatan untuk pesakit HIV/AIDS sekarang ni pun kerajaan tanggung setengah.

Masalah lain kadang-kadang walaupun dah jalan program sebegitu, habis duit kerajaan berjuta-juta...sikap orang lelaki melayu terutama sekali yang jadi penagih dadah, mereka tak nak pakai kondom, tak nak terima rawatan ubat dan menyusahkan isteri..masalah ni tak siapa nampak tapi kasihan isteri-isteri yang tak berdosa lah jadi mangsa...jadi fikir-fikirkanlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

nafas
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29298
Posting: 355
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-05-07 11:17


syukran di atas pandangan ukhti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafasProfil   Hantar PM kepada nafas   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-05-07 11:27


tak patut.......

pemberian jarum suntikan, kondom.......

matlamat tak boleh menghalalkan cara.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-05-07 11:33


Ana tak pastilah program ni patut atau tidak..setiap orang ada pendapat tersendiri.

Tapi kaedah mereka lakukan ni, ada seorang penyelia dan petugas di satu centre point pertukaran jarum, si penagih ni akan bawa jarum kotor tu ke centre tersebut dan petugas di situ akan beri yang baru..jadi matlamat nya supaya mereka tak berkongsi jarum...mereka boleh mandi, makan free kat situ...tapi tak boleh menagih dadah di centre tersebut...

bab pemberian kondom, ana setuju Kalau nak jaga bagi elak isteri mendapat jangkitan tapi ana paling bantah keras pemberian kondom pada pekerja-pekerja sex..mereka ni diberi dan disyor supaya memujuk pelanggan mereka memakai kondom..itu ana rasa menggalakkan lagi maksiat walaupun sebenarnya nak elak isteri di rumah jadi mangsa..tak tahu lah dunia oh dunia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-05-07 12:15


salam
pelajar ipta dan ipts yang pecah kepala berusaha belajar untuk memajukan diri dan negara dianakangkatkan @ dianakpungutkan!!!!!
mengapa golongan yang langsung tak memberikan faedah ini dibela sedangkan lebih ramai yang memerlukan!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

nafas
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29298
Posting: 355
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-05-07 12:19


fikirkan keuntungan barangkali...huh

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafasProfil   Hantar PM kepada nafas   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-05-07 12:22


huhu ana pun tak tahu perkara ini relevant ke tak sebenarnya...
bak kata ulfah_widad...ada pro dan kontra ye...
terpulang kepada manusia cmane nak fikir dan bertindak dr tindakan ini...
tapi sekali tengok macam, nak galakkan penagih ini terus menangih 'dengan cara yang selamat'...huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 21-05-07 13:42


nak buat apa kondom? jarum pula nak buat apa ? kondom tak terjamin keselamatan pengguna...kasihan kat anak bini si penagih ni..sokong juga kalau dirawat dipusat serenti..tapi kalau dengan cara kondom dan jarum percuma akan melibatkan orang lain yang tak berdosa..setuju juga denga cadangan bekas mufti Mesir NASR FARID WASIL..."setiap penagih yang akil baligh yang menagih dengan pilihan sendirinya..dan mereka telah tahu bahawa bahan tersebut adalah dadah yang boleh merosakkan tubuh dan minda, mereka patut dihapuskan..dengan kata lainnya dibunuh "

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-05-07 14:29


Kan kita semua tahu Islam itu syumul.... jadi tak payahlah nak ragu2 untuk guna sistem islam.....
Allah maha tahu keperluang makhluk Dia....
Laksanakanlah Hudud Allah....Insya'Allah pasti berjaya...

Takbir !!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-05-07 14:46


Jika sistem undang-undang Islam ditegakkan, tak ada lah masalah ni semua sebenarnya...seperti kata aye, Islam tu syumul, ikut saja lah..ni nak pandai guna undang-undang sendiri..tengok lah apa jadi...semua tu duit rakyat lah tu...Kerajaan memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk mereka ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

maktam
Warga Rasmi
Menyertai: 18.05.2007
Ahli No: 29970
Posting: 13
Dari: TM

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-05-07 14:56


Salam.. pandangan maktam, tak patut sebenarnya buat begitu, sebab banyak yang buruk dari baik. Dari menggalakkan mereka buat terus menagih dan buat perkara yang di larang agama tu, baik duit tu buat tabungan untuk merawat penagih2 dadah yang nak di bantu tu. bagi jarum free, lagi ligat lah mereka. So, next time Malaysia tak payah lah tangkap penagih2 dadah, sebab kita dah galakkan mereka dan bagi jarum free...



Psst: Hai..macam-macam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For maktamProfil   Hantar PM kepada maktam   Quote dan BalasQuote

nafas
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29298
Posting: 355
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-05-07 15:15


macam tak logik saja kan...
erm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafasProfil   Hantar PM kepada nafas   Quote dan BalasQuote

maktam
Warga Rasmi
Menyertai: 18.05.2007
Ahli No: 29970
Posting: 13
Dari: TM

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-05-07 13:33


Kalau benar Malaysia Negara Islam, Tinggikan Undang2 Islam!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For maktamProfil   Hantar PM kepada maktam   Quote dan BalasQuote

Qibas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2006
Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 25-05-07 16:11


Pada 21-05-07 14:56 , maktam posting:

!!! QUOTE !!!

Salam.. pandangan maktam, tak patut sebenarnya buat begitu, sebab banyak yang buruk dari baik. Dari menggalakkan mereka buat terus menagih dan buat perkara yang di larang agama tu, baik duit tu buat tabungan untuk merawat penagih2 dadah yang nak di bantu tu. bagi jarum free, lagi ligat lah mereka. So, next time Malaysia tak payah lah tangkap penagih2 dadah, sebab kita dah galakkan mereka dan bagi jarum free...



Psst: Hai..macam-macam.

betul tu.... buat apa mengabihkan duit kat pusat serenti lagi, lepas itu sponsor jarum pulak. macam nak tarik undi mat penagih pulok.... :lol:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For QibasProfil   Hantar PM kepada Qibas   Pergi ke Qibas's Website   Quote dan BalasQuote

Qibas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2006
Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 25-05-07 16:15


Pada 21-05-07 14:56 , maktam posting:

!!! QUOTE !!!

Salam.. pandangan maktam, tak patut sebenarnya buat begitu, sebab banyak yang buruk dari baik. Dari menggalakkan mereka buat terus menagih dan buat perkara yang di larang agama tu, baik duit tu buat tabungan untuk merawat penagih2 dadah yang nak di bantu tu. bagi jarum free, lagi ligat lah mereka. So, next time Malaysia tak payah lah tangkap penagih2 dadah, sebab kita dah galakkan mereka dan bagi jarum free...



Psst: Hai..macam-macam.

betul tu.... buat apa mengabihkan duit kat pusat serenti lagi, lepas itu sponsor jarum pulak. macam nak tarik undi mat penagih pulok.... :lol:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For QibasProfil   Hantar PM kepada Qibas   Pergi ke Qibas's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-05-07 17:03


assalamualaikum..
macam mana nak beritahu kerajaan eh supaya stop bagi benda-benda alah tu pada penagih?
cuba try bagi jus kismis as-syifa..
sebab tengok effect nya..
alhamdulillah..
bagus..
www.juskismis.com..
hmm...kalau penagih minum jus ni dan kesannye ok..alhamdulillah..
tapi macam mana nak beritahu kerajaan ye?
tak salah mencuba ikhtiar selagi terdaya..
kasihan pula kat penagih2 ni..:roll:
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-05-07 17:21


memperkayakan kilang kondom dengan methadon saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

musafir_alan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15302
Posting: 67
Dari: Quantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-05-07 18:41


bagi saya langkah yang kerajaan buat ni akan menjadikan malaysia sama dengan negara luar lain. kita kan negara islam kenalah berlandaskan islam.

tindakan ini akan hanya meramaikan lagi penagih kat malaysia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_alanProfil   Hantar PM kepada musafir_alan   Pergi ke musafir_alan's Website   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 25-05-07 23:03


Pada 21-05-07 14:29 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Kan kita semua tahu Islam itu syumul.... jadi tak payahlah nak ragu2 untuk guna sistem islam.....
Allah maha tahu keperluang makhluk Dia....
Laksanakanlah Hudud Allah....Insya'Allah pasti berjaya...

Takbir !!!!



Allahuakbar!!! Ana setuju...Sampai bila kita nak terus membazirkan harta kerajaan atau dengan kata lain harta rakyat semata-mata hendak menjaga penagih dadah...Kan bagus peruntukan itu digunakan untuk meningkatkan taraf pendidikan negara kita....


-----------------
-BERJUANGLAH KERANA ALLAH S.W.T.-


Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-05-07 01:58


Saya rasa kerajaan perlu juga cuba cara ini,tak salah mencuba:

Utusan M/ 7/8/20067 Ogos 2006
13 Rejab 1427
Penagih tegar sembuh dengan kaedah metafizik Islam
SAYA amat tertarik dengan artikel bertajuk Sistem Pencegahan Dadah Perlu Diubah kiriman Isbi, Ampang, bertarikh 1 Ogos 2006. Dewasa ini, masalah ketagihan dadah kian berleluasa tidak kira lapisan usia.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya secara ringkas sebagai bekas penagih dadah tegar yang telah sembuh sepenuhnya.
Saya telah bergelumang dalam kancah dadah ini selama lebih lima tahun. Pelbagai jenis dadah telah saya ambil, siang malam tidak mengira tempat. Pelajaran terabai, duit juga sentiasa kering semata-mata kerana dadah.
Jauh di lubuk hati saya seringkali terlintas ingin bertaubat. Akhirnya terbuka hati saya untuk menghadiri seminar bertemakan ‘Mengubati Manusia dan Alam Dengan Pendekatan Metafizik Islam’ anjuran Persatuan Kebajikan Saviour Insan Selangor (PERKESAN) yang diadakan di sebuah universiti tempatan akhir tahun lalu.
Seminar itu memberi impak yang besar terhadap diri saya untuk memulakan lembaran baru dalam hidup saya. Pada seminar itu, apa yang membuat saya tertarik ialah pengakuan seorang lelaki yang ketagihan dadah jenis syabu tetapi telah sembuh menggunakan kaedah rawatan metafizik Islam.
Alhamdulillah, selang beberapa bulan, kekuatan untuk melawan ketagihan itu sudah timbul dalam diri saya dan membuatkan saya merasa jijik untuk menyentuh dadah lagi.
Di situlah saya yakin bahawa semua penyakit itu ada ubatnya melainkan mati. Syabas kepada PERKESAN kerana bertungkus-lumus berusaha sehingga wujudnya seminar yang kedua awal September ini.
– APEK,
Shah Alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

rifhan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.03.2005
Ahli No: 15169
Posting: 92
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 23:24


entahlah kerajaan ni.. patutnye pikirla dulu.. penagih ni,bila dah dibagi jarum,makin ligat lah...

memanglah kata mereka ni,nak kurangkan jangkitan lah, apa lah... tapi,mereka2 yang dapat kondom dengan jarum 2 betul ke gunekan di tempat yang betul??

p/s: macam sahabat kita cakap, nak pancing undi penagih agaknya... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For rifhanProfil   Hantar PM kepada rifhan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.223045 saat. Lajunya....