Oleh |
Lelaki abai tugas lindungi wanita tanda akhir zaman |
Vitamin_Hati
WARGA SETIA Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK
|
Posting pada: 19-05-07 03:50
Oleh Hamidah Mat DALAM hadis riwayat Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda: âAntara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki.â (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ia adalah satu topik yang menarik dan selalu dibincangkan dalam pelbagai forum kebapaan iaitu seolah-olah kini âkelelakianâ semakin pupus. Mengapakah fenomena ini terjadi dan bagaimanakah cara untuk mengembalikan semangat lelaki? Hipotesis yang cuba dilontarkan dalam menganalisis permasalahan ini ialah mungkin disebabkan ramainya lelaki yang tidak lagi berperanan sebagai lelaki dan hilang semangat kelelakiannya. Hilang semangat kelelakian? Mungkin ramai yang akan menduga ia membawa maksud bertambahnya âlelaki lembutâ seperti yang pernah dibincangkan di akhbar tempatan suatu waktu dulu atau semakin kurang bilangan lelaki. Namun, sebenarnya ia bukan yang demikian. Bilangan lelaki ramai jika tidak lebih atau sama dengan jumlah wanita pun sekurang-kurangnya tidaklah terlalu jauh nisbahnya. Yang dimaksudkan di sini ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagai lelaki seperti yang diperintahkan Allah dalam al-Quran iaitu lelaki sebagai âqawwamunâ (pelindung) kepada wanita. Hipotesis itu ada kebenarannya malah tidak keterlaluan jika dikatakan bertepatan dengan hadis di atas. Hadis itu menyebut bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita dan yang lebih parah lagi, 50 wanita hanya dijaga oleh seorang lelaki. Menariknya dalam hadis itu ialah Rasulullah saw menggunakan perkataan âqawwamâ yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan tidak menggunakan perkataan ârijalâ yang membawa makna lelaki. Maksudnya orang lelaki yang menjaga wanita itu semakin sedikit bilangannya. Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita sama ada dengan tidak bertanggungjawab menjaga keluarga, tidak berperanan sebagai ketua keluarga atau memperlakukan wanita dengan tindakan yang langsung tidak menjaga mereka, malah memudaratkan seperti mengeksploitasi, merogol dan menjadikan wanita alat pelepas nafsu. Lihatlah apa yang selalu dipaparkan di media cetak dan elektronik di mana masyarakat semakin hari semakin tenat moralnya. Berita rogol semakin kerap disiarkan di televisyen atau akhbar. Sumbang mahram, bunuh, samun, ragut, dera isteri, anak dan pembantu rumah jelas menunjukkan hilangnya kelelakian ramai lelaki di negara ini. Bukannya hilangnya sifat kelelakian kerana mereka bertukar jantina tetapi disebabkan tidak menjalankan tugas sebagai lelaki yang sebenarnya iaitu sebagai pelindung kepada wanita. Rasional teori ialah jika seorang lelaki mempunyai sifat kelelakian dan menjadi pelindung kepada wanita, maka dia akan melihat mereka sebagai kumpulan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga maruah mereka, tidak dikasari, tidak dieksploitasi apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang. Mereka tidak akan berzina dengan wanita yang haram baginya atau merogol mereka kerana dia menyedari wajib bagi mereka melindungi maruah wanita itu daripada dikasari dan dizalimi. Apatah lagi terhadap anak, cucu dan kerabat sendiri. Mereka juga tidak sekali-kali akan menyamun, mencuri, meragut dan membunuh wanita kerana mereka sepatutnya menjaga mereka daripada sebarang mudarat dan musibah. Pendek kata jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial. Dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat amat memerlukan lelaki pelindung. Mereka tidak akan malas di rumah dan membiarkan isteri dan anak saja membanting tulang serta tidak akan memukul atau mendera sama ada isteri mahupun anak, tidak akan menengking, mengherdik, memaki, mencaci dan mencarut kepada wanita dan ahli keluarganya. Lelaki pelindung juga tidak akan menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit mana pun masalah yang dihadapi. Sayangnya lelaki pelindung semakin pupus di dalam masyarakat Melayu di Malaysia hari ini. Ironinya dalam sesetengah keadaan, wanita turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki berikutan lantangnya suara sumbang golongan aktivis wanita yang ingin menyama-ratakan taraf wanita dan lelaki tanpa menyedari risikonya. Mereka juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini dipegang oleh lelaki. Pada masa sama, semakin ramai wanita yang rela diri mereka dieksploitasi oleh lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata daripada etika dan maruah hingga kewujudan Pelayan Pelanggan (GRO) atau pelacur dianggap bukan masalah lagi. Akhbar, majalah dan televisyen berlumba-lumba menggunakan wanita untuk melariskan produk mereka. Apakah kaitannya wanita yang menjilat aiskrim dengan ghairah sambil berbaju seksi untuk produk mereka atau apa logiknya wanita berpakaian ketat dan seksi berbaring di atas kereta di dalam iklan kenderaan? Perkara seumpama ini tidak akan berlaku jika lelaki mempunyai sifat pelindung dan wanita pula menyedari bahawa mereka wajib dilindungi, bukan dieksploitasi atau dipergunakan. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menyedarkan lelaki mengenai tugas mereka sebagai pelindung dan proses apakah yang perlu digunakan terhadap semua lelaki di negara ini supaya sedar bahawa mereka adalah lelaki dan perlu melindungi wanita? Dalam hal ini, lelaki Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah swt dan perlunya mereka kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita serta menjadikan lelaki sebagai pelindung martabat mereka. Jika seseorang Muslim sedar bahawa dia adalah hamba Allah, maka dia wajib mengikuti perintah Allah. Jika ingin mengikut perintah Allah, dia wajib mengikuti ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki menjadi pelindung kepada wanita dan mengikut contoh model pelindung terbaik iaitu Rasulullah. Rasulullah saw tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiayai dan menzalimi wanita. Baginda mengajar kita melindungi wanita yang menjadi sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah Baginda, seseorang lelaki itu akan sentiasa menjadi pelindung wanita. - Penulis ialah Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau boleh dihubungi di e-mel, [email protected] dan sebarang jawapan terhadap kemusykilan boleh dilayari di www.wanitajimceria.blogspot.com. ----------------- "Terimalah tanpa membuta-tuli; tolaklah tanpa kesombongan"
|
Vitamin_Hati
WARGA SETIA Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK
|
Posting pada: 19-05-07 04:03
salam....rasanya berat tanggungjawab seorang suami pada isteri dan ank2nya.moga Allah berikan kekuatan untuk menjadi pemimpin keluarga yang berwibawa.amin.
|
nagibphg
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.04.2007 Ahli No: 29753
Posting: 104
Dari: Pantai_Timur_Tengah
|
Posting pada: 19-05-07 04:15
assalamualaikum.... memang berat tugas seorang suami..... harap nanti saya dapat isteri yang dapat memahami segalanya walaupun saya suka marah perempuan tapi saya ni kira penyayang juga lah tak ada lah sampai belasah marah sebab sayang kat sahabat2 kalau saya ada isteri nanti saya akan jaga dia baik2.... ya Allah kurniakan ku ISTERI2 yang solehah dan anak2 yang solihin...
|
aniq_1703
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.03.2007 Ahli No: 29220
Posting: 28
Dari: PULAU PINANG
|
Posting pada: 19-05-07 05:10
salam.... saya harap saya juga dapat beristerikn seorang wanita solehah,yang akan sama-sama menempuh alam rumahtangga yang penuh onak dan ranjau berduri..... kita umat akhir zaman sudah banyak trleka dengan nikmat dunia...... salah stunye adalah nikmat kurnian perempuan yang banyak sekarang ni.... banyak perempuan yang sudah rosak.... tanda-tanda yang dikhabarkn dalam hadis nabi dan al-quran sendiri..... perempuan akan lebih ramai dari lelaki di akhir zaman ni..... ini adalah salah stu tnda2 kiamat...... bersiap-sedialah kedatangannye semua umat islam akhir zaman.... janji allah pasti berlaku.... sama-samalah kita bersiap dari untuk mghadapi semuanya.....
|
graduanislam22
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.01.2007 Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang
|
Posting pada: 19-05-07 05:42
sebab tu wanita harus bersyukur dan taat pada perintah Allah..masih ada yang kufur nikmat sampai mempersoalkan hukum Islam terhadap wanita.. sahabat2 ikhwah sekelian..bersama2 kita semua saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.. vitamin_hati..time kasih ingatkan saya..
|
Vitamin_Hati
WARGA SETIA Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK
|
Posting pada: 19-05-07 09:39
saya bimbang....peranan suami terjejas dek kerana si suami memiliki isteri yang kerjayanya lebih tinggi level dr suami.walaupun tak semua tapi pernah berlaku.saya fikir...kita sebagai bakal seorang suami kelak harus pandai memilih bakal isteri... sebaik2 wanita (isteri) adalah teman dikala sunyi..tongkat dikala sakit dan penghibur dikala si suami berduka...adakah masih ada wanita yang sedemikian rupa?
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 19-05-07 10:32
Pada 19-05-07 09:39 , Vitamin_Hati posting:!!! QUOTE !!! saya bimbang....peranan suami terjejas dek kerana si suami memiliki isteri yang kerjayanya lebih tinggi level dr suami.walaupun tak semua tapi pernah berlaku.saya fikir...kita sebagai bakal seorang suami kelak harus pandai memilih bakal isteri... sebaik2 wanita (isteri) adalah teman dikala sunyi..tongkat dikala sakit dan penghibur dikala si suami berduka...adakah masih ada wanita yang sedemikian rupa? salam... masih ada lagi..... cuma bukan senang untuk bertemunya.... ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
ucu_nuriman
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.01.2004 Ahli No: 6663
Posting: 59
Dari: johor
|
Posting pada: 19-05-07 11:51
assalamualaikum.. ucu rasa inilah sebab kadang-kadang ramai perempuan sekarang yang terlalu independent. sebab ramai perempuan yang tak dapat perlindungan lelaki menyebabkan wanita terpaksa survive sendiri untuk protect diri sendiri. Jangan salahkan wanita sebab kedudukan pendidikan, ekonomi, dan jawatan mereka yang lebih tinggi dari lelaki. Sebabnya adalah kerana lelaki sendiri adakalanya kurang berusaha. Wanita tu makhluk yang lemah setegar mereka pun mereka tetap perlukan seseorang lelaki dalam hidup mereka sebagai teman dan pelindung. Hati Wanita umpama kerak nasi sekeras mana pun bila dicurahkan dengan air tetap lembut. Terpulanglah kepada pihak lelaki yang mampu menggunakan kebijaksanaan untuk membentuk wanita menjadi isteri solehah. ~~berdasarkan pengalaman sendiri~~~ wahai wanita sabar dan tawakallah. Sesusah mana pun hidup akan ada senangnya kemudian..
|
warissatulsina
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.10.2006 Ahli No: 26808
Posting: 34
|
Posting pada: 19-05-07 11:55
Wajarkah ipara isteri wajib mentaati para suami yang sentiasa membebankan isteri dengan tanggungjawab diluar dan didalam rumah yang mana tanggungjawab itu wajib bagi keduaduabelah pihak? bila di tegur melenting tak tentu pasal silap haribulan badan akan calar balar patutkahsemua itu???? sebaik2 lelaki (suami) adalah teman dikala sunyi..tongkat dikala sakit dan penghibur dikala si isteri memerlukan belaian ...adakah masih ada lelaki yang sedemikian rupa patut mendapat isteri yang setia menunggunya sampai bila? salam... masih ada lagi.....
|
jaie
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.01.2004 Ahli No: 6570
Posting: 115
Dari: Perak
|
Posting pada: 19-05-07 12:04
assalamualaikum... banyak lagi wanita yang solehah kat luar sana.. apa pun jodoh dah d tetapkan cuma tak tahu siapa.. cari dan terus mencari namun di akhirnya perlu redha dengan pasangan yang diberi. kepada insan yang bergelar isteri syurga mu ada pada suami.. maka taatilah ia selagi ia mentaati Allah dan selagi ia memberi hak yang sepatutnya kepada mu..
|
Vitamin_Hati
WARGA SETIA Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK
|
Posting pada: 19-05-07 12:33
kadang-kadang perempuan ramai bersifat kosmetik saja..kata itu dan ini tapi hakikatnya...tepuk dada tanya iman...........
|
Asward_hafiz
WARGA SETIA Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang
|
Posting pada: 19-05-07 12:34
dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.. sekarang ana terasa sedih kerana telah abai tugas melindungi wanita..
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 19-05-07 12:44
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 19-05-07 22:50
Pada 19-05-07 12:34 , Asward_hafiz posting:!!! QUOTE !!! dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
sekarang ana terasa sedih kerana telah abai tugas melindungi wanita.. Terima kasih sebab salah seorang antara yang emahami tajuk ----------------- ~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
|
asroal
Warga 5 Bintang Menyertai: 22.04.2006 Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 21-05-07 02:21
susah nak jadi suami yang soleh,yang mithali... Ya Allah,semoga aku akan jadi suami yang soleh,pemimpin kepada keluargaku,yang boleh jadi contoh dan teladan yang baik kepada isteri dan anak2 ku nanti...InsyaAllah.. berat tanggung jawab suami ini...
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 21-05-07 11:07
assalamualaikum.. erm baguslah jika ada muslimin kita yang ada kesedaran dalam diri mereka masing-masing..ketahuilah engkau adalah pemimpin yang akan memimpin anggota keluargamu..tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri..jangan hanya di bibir mengatakan itu dan ini tapi secara hakikatnya tidak mampu melaksanakan amanah yang Allah berikan padamu..muhasabah diri kemudian lakukan muraqabah terhadap apa yang kita lakukan..moga muslimin2 di muka bumi ini berpegang pada amanah Allah s.w.t dengan sebaik-baiknya..
|
arsyie
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus
|
Posting pada: 24-05-07 09:58
Pada 19-05-07 09:39 , Vitamin_Hati posting:!!! QUOTE !!! saya bimbang....peranan suami terjejas dek kerana si suami memiliki isteri yang kerjayanya lebih tinggi level dr suami.walaupun tak semua tapi pernah berlaku.saya fikir...kita sebagai bakal seorang suami kelak harus pandai memilih bakal isteri... sebaik2 wanita (isteri) adalah teman dikala sunyi..tongkat dikala sakit dan penghibur dikala si suami berduka...adakah masih ada wanita yang sedemikian rupa? mmm,rasanya kurang bersetuju dengan statement pertama...itu hanyalah gender masyarakat.. statement ke dua tu.....terpulanglah pada yang menilai.. ----------------- ~~im the test from God,for a humble being to endure~~~ [ Telah diedit oleh: arsyie pada 24-05-07 10:06 ]
|
arsyie
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus
|
Posting pada: 24-05-07 09:59
Pada 19-05-07 11:51 , ucu_nuriman posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum.. ucu rasa inilah sebab kadang-kadang ramai perempuan sekarang yang terlalu independent. sebab ramai perempuan yang tak dapat perlindungan lelaki menyebabkan wanita terpaksa survive sendiri untuk protect diri sendiri. Jangan salahkan wanita sebab kedudukan pendidikan, ekonomi, dan jawatan mereka yang lebih tinggi dari lelaki. Sebabnya adalah kerana lelaki sendiri adakalanya kurang berusaha. Wanita tu makhluk yang lemah setegar mereka pun mereka tetap perlukan seseorang lelaki dalam hidup mereka sebagai teman dan pelindung. Hati Wanita umpama kerak nasi sekeras mana pun bila dicurahkan dengan air tetap lembut. Terpulanglah kepada pihak lelaki yang mampu menggunakan kebijaksanaan untuk membentuk wanita menjadi isteri solehah.
~~berdasarkan pengalaman sendiri~~~ wahai wanita sabar dan tawakallah. Sesusah mana pun hidup akan ada senangnya kemudian.. setuju........ ----------------- ~~im the test from God,for a humble being to endure~~~
|
aini_kkpp
Warga 1 Bintang Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30092
Posting: 23
Dari: pahang
|
Posting pada: 08-06-07 21:29
wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah,yang akan membahgiakan syurga dalam rumah tangga...... saya mengharapkan kaum adam diluar sana,berpesan-pesanlah kepada kebenaran.kami kaum hawa mengharapkan masih ramai lelaki yang mampu membimbing wanita kejalan yang benar.jangan biarkan islam hanya pada nama.
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 10-06-07 22:51
Lelaki perlula sentiasa lindungi wanita bukannya membiarkan wanita terus hanyut dengan dunia yang tak tentu arah.. dan wanita juga perlu ingat dan sedar diri anda juga perlu tau jaga diri, jangan hanyutkan pula lelaki daripada tugas mereka yang sebenar... ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH
|
lightarrowss
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 11-06-07 00:04
YA ALLAH..kau pertemukn lelaki sebagai pelindung kepada ku..aku hanya seorang wanita yang bergelar muslimah.. tercipta aku dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat dibahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi.....
|