Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna.
-- Mahatma Ghandi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu
al-biruni03: 46 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: masalah sembahyang jemaah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» masalah sembahyang jemaah

Please Mendaftar To Post


Oleh masalah sembahyang jemaah

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 17:35


salam...sekarang saya tengok kat masjid mana-mana pun,susah nak tengok saf rapat2 macam sunnah nabi...bersentuhan bahu dan jari hujung bersentuhan kan...(Kalau salh,tolong tegur)..

di hari itu ada lah semyng kat masjid...nak buat lah sunnah kan,rapatkan jari tu..boleh dia alih...dah tu biar saja lah...antara makmum2,Kalau rapat2,boleh buat tmbah 2,3 org ag..

Kalau tengok dalam tv pun,sembahyang jumaat....kat saf depan masjid negara...dia letak 1 sejadah seorang...jarak2 gila...mak saya ada cerita tme anak yang di pertuan agung sembahyang,jarak antara makmum jauh gila...

ke tak payah rapatkan saf?Kenapa nak jarak2...masa ni tak ada beza kita sapa,pangkat apa...semua sedang beribadat kepda Allah..di sisi Allah,semua sama...


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 17:42


Betul tu Fakhri.. zaman sekarang ni memang jarak betul saf.. boleh anak kambing dok kat tengah-tengah tu.. hehe.. yang penting kalau jadi imam tu, make sure penuhkan saf.. sebab bila kita jadi imam, kita ada hak untuk arahkan makmum sempurnakan saf.. mereka risau baju raya mereka berkedut agaknya kalau rapat2 sangat.. huh..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 17:53


tu lah meow...time nak rapat2,dia elak2..takkan nak maen gitu saja sampai habis sembahyang

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-05-07 18:46


rasanya better setiap kali nak mulakan solat jemaah iman ingatkan makmun
"rapat2kan saff, jangan biarkan syaitan berada diantara kita."

Kalau nak tambah lagi"rasul pun betulkan saff dengan pedang, betapa baginda tekan bab merapatkan saff"

Kalau boleh tampalla disurau tmp kita solat, info sains juga membuktikan kebaikan merapatkan saff dalam solat ni dapat mmenyeimbangkan cas2 tak sabil. Jk nak penerangan jelas boleh cari info tentang ni, tapi benar waktu belajar dulu saya selalu juga menanggis sebab adalah..Allah lagi tahu sebab dia mengaturkan hmb2nya, tapi saya tak lepaskan peluang solat jemaah. saya akan rapatkan saff & memang rasa kelainan & ketenangan selepas solat. mungkin juga cas kita yang tak seimbang diseimbang dengan makmun sebaris kita. Tu salah 1 hikmahnya.


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
[ Telah diedit oleh: muslimah_jun pada 17-05-07 18:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 18:50


ada info itu tak?boleh send?kebaikan solat berjemaah,sunnah2nya...kelebihan dan sunnah rapatkan saf

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-05-07 18:59


saya cuma ingat summary sebab masa belajar kami selalu ditekankan agar merapatkan saff & memang diberi info tersebut. saya rasa ramai ahli ukhwah boleh bagi apa kata PM mereka: doc meow, abang iman, aye, sailormoon & ramai lagi rasanya mita maaf tak tersebut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-05-07 19:12


betul tu
satu lagi
kebanyakan makmun suka duduk saf belakang
saf depan lah banyak pahala berbanding saf belang

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 19:39


tu lah...tak berebutkan...pada zaman Rasulullah,sahabat-sahabat berebut duduk sah hadapan...nikmat nya sangat besar...Kalau lah nikmat tu kita nampak,kita mungkin snggup bergadai nyawa untuk saf hadapan...masa sembahyang jumaat,biasa ayah yang bawa anak kecik letak anak sebab dia...bukankah itu memutuskan saf?Kalau letak kat belakang,budak-budak maen2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

ridz07
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.10.2004
Ahli No: 11876
Posting: 102
Dari: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM-KDRI), Kuala Terengganu...

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 22:17


Pada 17-05-07 17:35 , mdfakhri posting:

!!! QUOTE !!!

salam...sekarang saya tengok kat masjid mana-mana pun,susah nak tengok saf rapat2 macam sunnah nabi...bersentuhan bahu dan jari hujung bersentuhan kan...(Kalau salh,tolong tegur)..

di hari itu ada lah semyng kat masjid...nak buat lah sunnah kan,rapatkan jari tu..boleh dia alih...dah tu biar saja lah...antara makmum2,Kalau rapat2,boleh buat tmbah 2,3 org ag..

Kalau tengok dalam tv pun,sembahyang jumaat....kat saf depan masjid negara...dia letak 1 sejadah seorang...jarak2 gila...mak saya ada cerita tme anak yang di pertuan agung sembahyang,jarak antara makmum jauh gila...

ke tak payah rapatkan saf?Kenapa nak jarak2...masa ni tak ada beza kita sapa,pangkat apa...semua sedang beribadat kepda Allah..di sisi Allah,semua sama...



Ana memang setuju sangat. Memang sekarang itu yang menjadi permasalahan. Tiada siapa yang nak tegur.... Kalau generasi yang terdahulu buat, generasi baru akan ikut. Kalau tak ada orang yang dapat tegur, maka tidak mustahil tiadalah lagi sunnah ini di masa hadapan. Ana masa di sekolah dulu, alhamdulillah seronok merasai kemanisan berukhwah sambil mengamalkan sunnah. Tapi selepas habis sekolah, masing-masing dah bertebaran keluar ke merata - IPTA, IPG, Luar Negara..... ana dah tak rasa kemanisan itu, susah nak cari. Di tempat baru, ana rasa nak cuba laksanakan, tapi susah sangat sebab kita bertemu dengan orang pelbagai ragam.....


-----------------
العمل لله شعارنا , العمل لله شعارنا


Bookmark and Share

    


  Member Information For ridz07Profil   Hantar PM kepada ridz07   Pergi ke ridz07's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 23:08


LURUSKAN SAF ! RAPATKAN SAF !

Ungkapan ini sering kita dengar dari mulut imam dalam solat jemaah. Akan tetapi amat mengecewakan apabila ungkapan tinggal ungkapan, tanpa perlaksanaan. Kita masih melihat ahli jemaah menjauhkan diri dari satu sama lain. Ada yang marah apabila dirapati atau ditarik untuk merapat. Walhal, hakikatnya, saf dalam solat melambangkan persatuan dan kesatuan umat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (hari Muslim no 436).

Adalah menjadi kewajipan IMAM untuk memastikan saf dibelakangnya lurus dan rapat sebelum bertakbir, sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah SAW,

Dari Nu'man bin Basyir ra berkata, "Adalah Rasulullah SAW meluruskan saf kami, seolah-olah meluruskan anak panah sehinggalah beliau berpuas hati bahawa kami telah memenuhi pangilannya. Pada satu hari, beliau keluar untuk solat. Beliau berdiri dan ketika hendak takbir, kelihatan seorang yang dadanya kehadapan dari saf. Beliaupun besabda, Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (hari Muslim no 436).

Atas kesedaran tentang pentingnya perkara ini, Umar bin Khattab ra mewakilkan seorang untuk meluruskan saf. Beliau tidak akan bertakbir memulai solat selagi belum dikhabarkan bahawa saf telah lurus. Begitu juga Ali dan Uthman. Ali sering berkata sebelum solat, " Ke hadapan wahai fulan! Ke belakang wahai fulan!" (Jami' Tirmizi 1/439, Muwattha 1/173, Al-Umm 1/233).

Satu kesalahan yang menyelisihi sunnah, sering kita lihat di mana imam menyeru, luruskan saf! rapatkan saf! Lalu terus bertakbir memulakan solat tanpa melihat sama ada ahli jemaah melakukannya.

Anas bin Malik ra berkata, " Masing-masing dari kami (dahulu) menempelkan bahunya ke bahu kawan, dan mengenakan kakinya ke kaki kawannya. Jika kamu lakukan pada zaman sekarang, nescaya mereka menjadi seolah-olah KELDAI LIAR. (tidak suka dan menjauh). " (hari Abu Ya'lah dalam Musnad 3720, Silsilah Sohihah 31)

Bushair bin Yasar Al-Ansari berkata, dari Anas ra, "Bahawa ketika beliau (Anas) datang ke Madinah, beliau ditanya, ' Apa yang engkau benci pada mereka semenjak engkau mengenali Rasulullah SAW ?' Beliau menjawab, ' Tidak ada yang aku benci dari mereka kecuali mereka tidak merapatkan saf." (hari Bukhari 724, sebagaimana dalam kitab Aktha Almusollin, Syaikh Masyur Hasan 207).


Sekiranya perkara ini diremehkan, maka kaum muslimin akan:

·        Memberi peluang dan ruang untuk syaithan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaithan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung(urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus(urusan) nya." (hari Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)

·        Berpecah dan banyak beselisih sebagaimana telah disebut dalam hadith sebelum ini.

·        Hilang pahala yang besar, sebagaimana diterangkan dalam sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mendoakan orang yang menyambung saf." (hari Ahmad 4/269, 285, 304).

Alangkah ruginya kita apabila tidak mendapat pahala solat sepenuhnya hanya kerana kita lalai atau mementingkan keselesaan peribadi, lihat sabda Nabi, "Sesungguhnya seorang hamba itu mendirikan solat tetapi tidak mendapat pahala kecuali sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah." (hari Abu Daud, An Nasai).

Alhamdulillah, semoga dengan kesedaran ini kita boleh memperbaiki sifat solat kita untuk menyamai sifat solat Nabi SAW. Sabda Rasulullah SAW, "Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat" (hari Bukhari dan Ahmad, dalam Irwaul Ghalil 213).



Disediakan oleh,
Jefri Irwan Harris, MBBS (Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia)
[email protected]
019-5594510

##KALAU ARTIKEL INI BERMANFAAT, SEBARKANLAH..KALAU PRINT, CUKUP 2 PAGE (DEPAN, BELAKANG)


meet jefri at
http://jefriharris.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 23:58


Pada 17-05-07 18:59 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

saya cuma ingat summary sebab masa belajar kami selalu ditekankan agar merapatkan saff & memang diberi info tersebut. saya rasa ramai ahli ukhwah boleh bagi apa kata PM mereka: doc meow, abang iman, aye, sailormoon & ramai lagi rasanya mita maaf tak tersebut.


Bagi memenuhi hajat.. :-)




MANUSIA diberikan akal oleh Allah s.w.t dalam hasrat menggunakannya untuk tujuan yang bermanfaat, bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada masyarakat, negara, dan keseluruhan isi warga dunia sekiranya mampu. Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi s.a.w adalah Iqra yang membawa maksud baca (kaji, teliti, bedah, siasat dan sebagainya). Dengan pembacaan yang merangkumi pelbagai aspek tersebut, maka lahirlah pelbagai teori sains, fizik, matematik, kimia, biologi, geografi, dan lain-lain lagi. Begitulah kehendak Allah s.w.t. Tiada sesiapa pun makhluk-Nya yang mampu menghalang segala apa yang diinginkan oleh Allah.

Bagaikan sukar mahu dipercayai, seorang profesor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam agama Islam. Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu memang banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh hal yang demikian itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda profesor ini, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bahawa bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak secara proaktif agar mampu menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Kajian sains mendapati bahawa sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam badan kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurutnya lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh hal yang demikian itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh boleh dicapai. Oleh sebab itu, solat Subuh didirikan dengan dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh sebab itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan dengan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Sepertimana solat Zohor, empat rakaat untuk solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang daripada kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran profesor itu tentang solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam, kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan sembahyang tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah s.w.t itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah s.w.t, beliau memeluk agama Islam. Wallahua’lam.


Dipetik dari: YADIM http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=98


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
[ Telah diedit oleh: Meow pada 18-05-07 00:00 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

sof_wan88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28277
Posting: 127
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 18-05-07 02:02


oooo

Bookmark and Share

    


  Member Information For sof_wan88Profil   Hantar PM kepada sof_wan88   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-05-07 02:03


terima kasih atas artikel tersebut......

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-05-07 02:17


saya pun dapat diingatkan kembali baca ni..thank you

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 18-05-07 05:38


kekuatan umat islam satu tempat itu dilihat pada ramainya jemaah yang solat dimasjid.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 18-05-07 07:21


mm,masalah nak rapatkan saf ni memang patut dipandang serius...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

ainul_tapah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2007
Ahli No: 29441
Posting: 145
Dari: Nilai_Butterworth

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-05-07 09:11


oo....seperti itu........
dari sekolah lagi,perkara ni memang susah untuk diubah....
melainkan semua imam merasa bertanggungjawab untuk memastikan saf makmum dah lurus...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_tapahProfil   Hantar PM kepada ainul_tapah   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-05-07 10:33


imam dah menjalankan tugasnya...sebab sembahyang,semua imam menyuruh betul dan rapatkan saf..tak kan nak cek seorang-seorang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118392 saat. Lajunya....