Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Mencari lilin lebih baik dari merungut bila kegelapan

-- Peribahasa Tionghua

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 74
Ahli: 0
Jumlah: 74




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 2 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 31 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Penggiat seni tolak agama


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Penggiat seni tolak agama

Please Mendaftar To Post


Oleh Penggiat seni tolak agama

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 11-05-07 17:46


Penggiat seni tolak agama
Oleh Helmy Abd Rahman

KUALA LUMPUR: Segelintir penggiat seni visual, teater dan pemuisi bangsa Melayu sanggup menjual maruah agama dan diri apabila secara terang-terangan mengaku tidak percayakan kewujudan Tuhan dan tidak menganut sebarang agama atau berfahaman ‘freethinker’ dengan pelbagai aliran seperti atheis, agnostik dan rasionalis.



Golongan itu yang menggelarkan diri sebagai Melayu aliran baru mendakwa bebas menentukan jalan hidup masing-masing dan menjadikan fahaman berkenaan seperti satu ‘trend’ hebat di mata kelompok mereka.

Kebanyakan mereka berlagak seperti golongan intelek dengan mengusung buku tulisan beberapa tokoh falsafah barat seperti Friedrich Nietzsche, Søren Kierkegaard, Lord Byron dan Karl Marx yang terkenal dengan ideologi antiketuhanan dan komunisme sebagai ‘kitab’ ajaran mereka selain buku penulis berhaluan kiri dari Indonesia.

Dipercayai, golongan terbabit mendapat bantuan kewangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang sentiasa memberi galakan terutama untuk menghasilkan karya bertentangan dengan Islam dan budaya timur yang disalurkan melalui segelintir aktivis sosial negara ini.

Malah, mereka juga berani mengambil tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan dan bersifat provokatif di kalangan masyarakat Islam negara ini. Ini termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan artikel serta puisi di laman blog yang bertentangan dengan adat ketimuran, kononnya bagi memperjuangkan hak individu.

Selain itu, golongan freethinker terbabit sanggup melukis tatu pada anggota badan, minum arak dan mengamalkan seks bebas serta perkara lain yang bertentangan dengan Islam.

Perkara berkenaan diakui seorang pereka grafik hanya mahu dikenali Azfar, yang pernah menjadi pereka set untuk satu pementasan teater di utara Semenanjung, membabitkan beberapa penganut freethinker pada tahun lalu.

Menurutnya, dua daripada tenaga kerja produksi itu termasuk pengarahnya mengaku berfahaman atheis dan sudah murtad.

“Kami (tenaga kerja teater berkenaan) cuma menyedari perkara ini apabila mereka berdua tidak turut serta ketika sesi bacaan doa sebelum persembahan dimulakan. Malah, seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Taji dengan bangga mengaku bukan Islam dan tidak mahu berdoa.

“Pengarah teater terbabit pula sering mempersendakan tenaga kerja lain yang menunaikan solat dan selepas diselidiki, dia pernah bersekedudukan dengan seorang lelaki ‘Mat Saleh’ dari Amerika Syarikat ketika menuntut di sebuah universiti. Saya dengar cerita, mereka sudah berkahwin tetapi masih berfahaman freethinker,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Wartawan Harian Metro yang menyamar penulis bebas, berjaya menjejaki dan menemubual Taji yang menjadi pemuzik jalanan di kawasan Bukit Bintang di sini.

Taji berkata, dia mula dipengaruhi fahaman freethinker selepas berkenalan dengan seorang aktivis sosial ketika masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di ibu kota.

“Kerana tertarik dengan hujah serta idea yang diperkenalkan aktivis berkenaan mengenai fahaman ini, saya mula mengkaji sendiri dengan membaca beberapa buku karangan ahli falsafah dan saintis terkenal.

“Akhirnya, saya terpengaruh serta yakin tuhan tidak wujud dan manusia berkuasa penuh untuk menentukan sendiri nasib masing-masing,” katanya.

Menurut Taji, dia banyak menulis naskhah teater dan cuba menyelitkan mesej tersirat dalam penceritaannya.

“Selain mengarang, saya aktif berlakon, mengarah atau membuat kerja belakang tabir pementasan teater terutama membabitkan karya radikal yang melawan arus,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penganut freethinker dikesan menulis artikel dan puisi yang mengenengahkan pendapatnya di laman blog kononnya untuk memperjuangkan hak kebebasan beragama.

Menurutnya, orang Melayu sepatutnya diberikan hak memilih menjadi atheis, agnostik atau menganut agama lain dengan mudah tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Selain itu, dia berpendapat masyarakat Melayu diskriminasikan kerana tidak bebas memakan daging bab*, minum arak dan membeli nombor ekor.

Difahamkan, dia juga aktif menyertai pameran seni visual dan mempunyai lukisan tatu pada lengan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 18:40


apa nak jadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

pasrah
Warga Rasmi
Menyertai: 02.05.2007
Ahli No: 29829
Posting: 17
Dari: My PC

belgium  


posticon Posting pada: 11-05-07 23:38


Kenapa lah mereka ni..ingat dah pandai sangat agaknya...camtulah jadinya apabila dunia diterokai tanpa iman..nauzubillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For pasrahProfil   Hantar PM kepada pasrah   Quote dan BalasQuote

ainsyam_shafie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.11.2004
Ahli No: 12633
Posting: 52
Dari: johor bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 14:40


hakikatnya...seni dan budaya itu adalah kecenderungan fitrah manusia seperti nikah kahwin..makan minum..perlukan Tuhan..perlukan agama dan kasih sayang serta cinta.

baik atau tidak baiknyer benda ini kepada manusia...bergantung kepada sejauhmana penghayatan manusia itu kepada yang mengawal tingkahgeraknya sendiri...yaknilah peraturan fitrah. kalau kita...peraturan fitrah adalah Islam. Islam kan agama fitrah!!
sebab itu...Islam tak kata seni budaya ini tak molek dan buruk kepada manusia..bahkan Islam suka kepada seni dan budaya. Kenapa?? sebab seni dan budaya ini adalah pencetus kepada kehidupan manusia...dan sejarah telah banyak membuktikan..bahkan..al-quran itu sendiri pun ada menceritakan..seni dan budaya ini adalah pencetus kelahiran sesebuah tamadun bangsa yang hebat. sebab itu jugak..kalau kita pergi melancong ke negara luar...agensi perlancongan negara luar ini selalunya bawa atau syorkan kita ke mana ditempat2 dalam negara mereka?? bukan di tempat2 yang menceritakan keagungan seni dan budaya masyarakat mereka??

point kat sini ialah...
bagaimana kita letakkan Islam itu sebagai pengawal moral kita dalam berhibur dan mempelajari seni dan budaya kita. nampak sangat pengamal seni dan budaya kita langgar tertib dan disiplin agama dalam menimba ilmu seni dan budaya. mereka dah buat kesilapan sebenarnya..dan tak mungkin mereka bersedia untuk mengakuinya!! sebab...agama sudah menceritakan...mereka yang langgar tertib dan disiplin agama dalam mencedok ilmu apa-apa pun atas dunia...mereka akan jadi hamba kepada ilmu itu. bukannya ilmu itu menjadi hamba kepadanya dalam mengenal diri dan Tuhan. manusia seperti ini kata nabi...sesat lagi menyesatkan!!

Na'uzubillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainsyam_shafieProfil   Hantar PM kepada ainsyam_shafie   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 14:52


tak patut....kesenian juga medium dakwah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 13-05-07 23:05


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 13-05-07 23:05


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-05-07 23:10


sombong dengan Tuhan..berlagak pandai lah kononnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

Qibas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2006
Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 14-05-07 15:20


Pada 13-05-07 23:10 , miss_farhana posting:

!!! QUOTE !!!

sombong dengan Tuhan..berlagak pandai lah kononnya

nak kena panah petir gamoknye mereka ni,


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For QibasProfil   Hantar PM kepada Qibas   Pergi ke Qibas's Website   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-05-07 18:59


macam-macam
dunia akhir zaman

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 14-05-07 23:41


,acam bagus saja artis Malaysia ini/// tak sedar diri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 14-05-07 23:41


,acam bagus saja artis Malaysia ini/// tak sedar diri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 15-05-07 23:52


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 15-05-07 23:52


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

JuStIsLaM
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14069
Posting: 102
Dari: kL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-05-07 00:23


Salam,

semua post kat atas memang betul, tapi saya nak tambah sikit boleh? kat posting asal ada sebut yang dia berminat ke arah atheism selepas terexpose pasal aliran ni di IPT, here, saya rasa sangat penting untuk everyone to realize dan menekankan pendidikan Islam di IPT, terutamanya bagi yang berasal dari latar belakang bukan agama.. kukuhkan iman dalam jiwa Muslims yang sedia ada, dan insya allah, gejala seperti ini takkan berlaku.. insya allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JuStIsLaMProfil   Hantar PM kepada JuStIsLaM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.13174 saat. Lajunya....