Oleh |
ustazah dibunuh |
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 10-05-07 10:28
Ustazah mungkin kena bunuh: Polis Oleh M Hifzuddin Ikhsan Bedah siasat dapati ada kesan cekik di leher KUCHING: Polis tidak menolak kemungkinan guru agama wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati terdampar dalam keadaan separuh bogel di tebing Sungai Sagang, di sini, kelmarin, adalah mangsa bunuh sebelum mayatnya dicampak di sungai berkenaan. Bedah siasat Hospital Umum Sibu ke atas mayat, Anizah Othman semalam, mendapati mangsa dicekik sebelum mayatnya dicampak di tebing sungai berkenaan. Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Johar Ahmad, berkata pihak hospital bagaimanapun, gagal mengesahkan sama ada mangsa turut dirogol kerana mayatnya sudah mula reput akibat terbenam dalam lumpur selama tiga hari. Johar berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh, sekali gus membentuk satu pasukan khas bagi menyiasat kes berkenaan kerana ia dianggap berprofil tinggi. "Kita mengklasifikasikan kes ini berprofil tinggi kerana ia boleh membawa kesan buruk kerana mangsa berasal dari Semenanjung dan baru empat bulan bertugas di kawasan pedalaman. “Kita bimbang ia memberi gambaran buruk kepada guru lain mengenai tahap keselamatan mereka ketika bertugas di pedalaman Sarawak," katanya ketika dihubungi di Kapit, semalam. Johar berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin dipaksa ke kawasan kejadian kerana adalah mustahil untuk dia pergi sendiri kerana jaraknya lebih satu kilometer dari bandar Kapit. "Mengikut maklumat, mangsa bertolak ke Kapit jam 1.45 petang Sabtu lalu yang terletak satu jam perjalanan menggunakan bot ekspres dari Song untuk membeli barang keperluan dan bertemu rakannya di situ. “Mangsa dikatakan akan menginap di rumah rakannya di Kapit sebelum pulang ke Song keesokan harinya, namun pada hari kejadian, mangsa tidak muncul sehingga rakannya menghubungi rakan serumah mangsa tetapi dimaklumkan mangsa sudah keluar sejak awal pagi lagi,” katanya. Anizah yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, mengajar subjek Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Hin Hua, Song, sejak Januari lalu selepas menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Johar berkata, sehingga Isnin lalu, tiada laporan polis dibuat mana-mana pihak mengenai kehilangan mangsa sehinggalah anggota polis yang meronda di Kapit dimaklumkan seorang nelayan Iban mengenai penemuan mayat wanita. Sementara itu, Bernama melaporkan, ibu mangsa, Tengku Mon alias Ara Sulaiman, 61, ketika ditemui di Hospital Sibu berkata, anaknya sering menelefon keluarganya di Kota Tinggi setiap Sabtu untuk bertanya khabar. “Allahyarham sangat rapat dengan kami. Kali terakhir Allahyarham hubungi saya Jumaat lalu untuk memberitahu yang dia hendak ke pekan Kapit esoknya (Sabtu) untuk berurusan dengan bank dan berjumpa dengan kawan,” katanya. petikah akhbar bharian hari ni.. Dalam Negeri Ustazah ditemui mati separuh bogel, mati dicekik KAPIT 9 Mei – Polis hari ini mengesahkan seorang ustazah yang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di sebuah anak sungai terpencil berhampiran kawasan Perindustrian Bleteh, kira-kira tiga kilometer dari sini semalam, mati akibat dicekik. Ketua Polis Daerah Kapit, Asisten Supritendan Johar Ahmad berkata, punca kematian mangsa itu diperoleh daripada hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat Anizah Othman, 26. “Bagaimanapun bedah siasat tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa turut dirogol kerana keadaan mayat yang telah bengkak akibat berada lama di dalam air,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Dalam kejadian semalam, mayat Anizah, seorang ustazah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Hin Hua, di Song, dekat sini, ditemui dalam keadaan terapung pada pukul 10 pagi. Penemuan mayat itu dilaporkan kepada polis oleh seorang lelaki Iban. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan seluar jeans yang dipakainya tertanggal dan ditemui kira-kira tiga meter dari lokasi mayatnya ditemui. Guru tersebut yang baru empat bulan bertugas di sekolah berkenaan mengajar Pengetahuan Agama Islam, dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, selepas dia bertolak dari Song ke pekan Kapit dengan feri ekspres untuk bertemu rakannya. Pihak sekolah yang menyedari guru terbabit tidak datang bertugas sejak kelmarin kemudian membuat laporan kehilangan mangsa di Balai Polis Song, pagi kelmarin. petikan akhbar utusan hari ni.. sedih.. kes bunuh ni berlaku dekat kawasan anis mengajar dulu...
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 10-05-07 10:46
mari kita sedekahkan alfatihah untuk ustazah tu... besar bakti dia pergi ke sana untuk mengajar... semoga rohnya bersama2 para syuhada' disyurga... [ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 10-05-07 10:48 ]
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 10-05-07 10:50
erm... Al-Fatihah. kalau teman jumpa siapa pembunuhnye....
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 10-05-07 11:03
assalamualaikum.. al-fatihah... wassalam
|
lobam_shibin
WARGA SETIA Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah
|
Posting pada: 10-05-07 11:58
memang selayaknya kerajaan memberi elaun hampir sebulan gaji kepada guru-guru di sabah dan sarawak. selamat hari guru 16 mei.
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 10-05-07 12:15
istaghfirha ya rabb..ni yang buat ana gerun ni..even ana boy pun tapi tahap keselamatan perlu jadi priority...mangsa ni sure guru jqaf, kan..Kalau tak macam mana boleh terbang mengajar sampai sana...? ana baru saja submit borang jqaf..dan soalan provok 'sanggupkah anda mengajar di negeri sabah dan sarawak' tidak ana setuju..meant ana tak sanggup lah eksna walau elaun banyak gila...better mengajar ditempat sendiri..huhu..well..alfatihah untuk almarhumah...
|
lobam_shibin
WARGA SETIA Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah
|
Posting pada: 10-05-07 12:26
eh tak eloklah macamtuh syemarly. kalau semua nak mengajar tempat sendiri siapa nak mengajar bebudak kat pedalaman. sian mereka. kalau awak jawab macamtu dalam temuduga potong markah tau. betul ni tak tipu. kalau kita kata sanggup akan ada markah untuk jawapan kita.kalau kita jawab tak jawabnya kosonglah markah kita itu.
|
hidayatul
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.04.2005 Ahli No: 15840
Posting: 42
Dari: Kulim
|
Posting pada: 10-05-07 12:32
Innalillah wa innailaihi raji'uun... Pelatih KPLI...satu institut perguruan... ...kes ni ada impak yang besar. jadi wajarlah diklasifikasikan sebagai kes yang berprofil tinggi... Sapa boleh jamin keselamatan guru-guru kat sana kalau dipostingkan ke tempat-tempat seperti itu.... semoga rohnya dirahmati Allah....
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 10-05-07 12:33
Pada 10-05-07 12:26 , lobam_shibin posting:!!! QUOTE !!! eh tak eloklah macamtuh syemarly. kalau semua nak mengajar tempat sendiri siapa nak mengajar bebudak kat pedalaman. sian mereka. kalau awak jawab macamtu dalam temuduga potong markah tau. betul ni tak tipu. kalau kita kata sanggup akan ada markah untuk jawapan kita.kalau kita jawab tak jawabnya kosonglah markah kita itu. betul tu... emm jangan lah prejudis dengan berita ni... kat mana-mana pun boleh berlaku benda ni... ingat, ajal, maut semua ditangan ALLAH...
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 10-05-07 13:40
semoga roh arwah dicucuri rahmat....al-fatihah buat beliau... Sedeynye dengar perkhabaran dr Sarawak begini... Sedikit sebanyak terasa sebab pernah belajar di Sarawak dan memang pernah ke kawasan pedalaman di Sarawak seperi simunjan..kapit tak pernah p tapi sibu pernah..dkt2 dah tu.. ----------------- cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 10-05-07 14:41
memang patut jadi profil tinggi..lepas ni sure ramai yang gerun nak kesana..bukan nak kata tak elok p sana tapi rasanya berita begini Kalau tak gerunkan diri sendiri suere parent yang risau...
|
arezy
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.08.2006 Ahli No: 25607
Posting: 124
Dari: Kuching
|
Posting pada: 10-05-07 16:17
AL Fatihah kehidupan mesti ada cabarannya...semoga dicucuri rahmat ke atas roh nya...AMIN...
|
arezy
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.08.2006 Ahli No: 25607
Posting: 124
Dari: Kuching
|
Posting pada: 10-05-07 16:19
AL Fatihah kehidupan mesti ada cabarannya...semoga dicucuri rahmat ke atas roh nya...AMIN...
|
Wuddah
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2007 Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai
|
Posting pada: 10-05-07 19:06
...al-fatihah.....
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 10-05-07 21:32
Pada 10-05-07 19:06 , Wuddah posting:!!! QUOTE !!! ...al-fatihah.....
|
jubah_hijau
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI
|
Posting pada: 10-05-07 21:33
|
doktor_kampung
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh
|
Posting pada: 11-05-07 00:16
al-fatihah untuk ruh ustazah... bagaimana keselamatan kat kapit tu sebenarnya? org sarawak boleh explain tak? ana takut juga sebab mungkin daat kerja kat sana. nanti ana pulak yang kena rogol...nauzubillah...
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 11-05-07 10:16
assalamualaikum, ana dukacita dengar kisah Ustazah Anizah Othman, muga dia dikalangan solihiin dan syuhada' mempertahankan maruah dan dirinya. ana nak cerita sikit pengalaman ana masa kerja di logging camp di pedalaman bawah sabah tahun 1995, ana terpaksa jaga pekerja filipine dan indonesia, tempat berlaku banjir lumpur. memang ,mencabar. pekerja filipine pula samseng, bila ditegur kerja tak betul , mereka yang rasa kuat tu pernah serang ana tengah duduk di bus stop Murut dalam hutan. suatu masa na pergi kira kayu yang ada di kawasan blok tertentu, jadi ana hairan tengok dia orang /filipin kerja menipu. kerja dari pukul 12-1 petang tetapi senarai kayu yang ditulis di kertas punyalah banyak, berbagai spesis, ana masa tunggu hilux di bus stop murut tu tegur pekerja filipine. ana kata " anda ni buat kerja macam mana, kerja sekejap tetapi senarai kayu banyak dalam kertas laporan" maka ada seorang filipine terus cabar ana , ajak gaduh, dihentaknya atap bus stop dalam hutan/kira pondok saja. bergegar bus stop, sebenarnya yang dikatakan bus di situ ialah van saja. orang murut ke bandar Tenum atau keUlu Tomani naik van tu saja. ana buat tak layan saja. tiba-tiba filipine tu terpa kat ana, ana masa tu usia 25 tahun, tangan , kaki InsyaAllah pantas, ana dengan pantas, alhamdulillah terus tendang straight ke perut filipine tu, dia terundur ke belakang, cuma tendangan tu jadi tak kuat sebab seorang murut yang niat nak tulong tempis untuk ana telah tertempis tendangan straight ana ke perut filipine tu. jadi momentum tak berapa kuat kena ke perut filipine tu. filipine tu tak puas hati, lalu dia kata "common, fight me, i know you learn karate". ana senyap saja buat tak layan, tetapi kalau dia masuk , ana akan tendang pula. sebenarnya ana belajar Silat, bila tahun 1006, ana terfikir juga , kalaulah ana layan ajakan gaduh filipine tu, mungkin filipine tu panggil 30 orang kawan dia yang semua kerja di logging camp tu. alhamdulillah , ana tak layan ajakan gaduh filipine tu. dengan pekerja Indonesia pula banyak benda khurat, tahyul pulayang depa duduk percaya, pakai tangkai kat pingang, solat tak pula. Cuma ada seorang yang bernama Masori, dia ini baik betul, tapi tak lama lepas tu dia balik ke JAWA. sebab katnya nak kahwin. pekerja Murut pula baik dengan ana, saya selalu masuk hutan tengok pokok kayu dengan dua pekerja Murut, cuma saya rasa dukacita sebab tak ajar mengucap kepada seorang Murut yang berminat masuk Islam, namanya Mathius Abun, masa tu usia dia 19 tahun. mudahan-mudahan dia diketemukan Allah dengan muslim yang dapat ajar dia mengucap dan ISLAM yang sempurna ini. saya sebagai head of surveyor. Logiklah sebab saya ada Ijazah Sains Perhutanan UPM, tetapi yang hairannya pendatang Indonesia dan filipine ini boleh dengki sebab ana dilantik head of surveyor, mereka tu dah lah masuk negara ini setengah tu tak ada passport, yang bugis pakai tangkal tu tak puas hati, nak gaduh depan-depan, dia takut, jadi dia upah tukang masak, masukkan racun dalam makanan ana, ana sakit, Sekarang Alhamdulillah dah sembuh. Jumpa untuk Guru Nik Abdul Aziz, dia doakan untuk ana, tu sebab ana sayang untuk Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. saya tak sayang untuk Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ana tak tahulah nak kata apa. Nasihat untuk Guru supaya belajar Hadis Nabi, masih ana ingat, sejak tu ana mula belajar hadis. ana pun ada back ground Sekolah Agama. Ana nak pesan, kepada yang nak merantau ke Malaysia Timur, belajarlah teknik bela diri, bila diserang tahu apa nak buat, Baca Al Quran selalu. Sekarang ni dah ramai juga Murut yang peluk Islam, begitulah hendaknya, baik cina, India, Murut, semua kalau boleh masuk Islam di negara ini. melayu pula janganlah lupakan Islam. Mudah-mudahan negara ini Aman. Takziah untuk keluarga Almarhumah Ustazah Anizah Othman di Kota Tinggi, Johor, Sedihnya dengar berita ini. pembunuhnya perlu dihukum Kisas.
|
ilhammusafir
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR
|
Posting pada: 11-05-07 11:43
|
dmz
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor
|
Posting pada: 11-05-07 12:21
assalammualaikum.... Hairan betul, mengapa sejak akhir2 ni kes bunuh, rogol dan sebagainya makin meningkat jika dilihat secara kasar....... ----------------- http://studiouniversiti.blogspot.com/
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 11-05-07 12:40
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 11-05-07 13:25
bila otak manusia xkembali pada manhaj quran dan sunnah...begini lah jadi nyee suka-suka hati saja bunuh org,kalau betul kena rogol,memang dajjal betul siapa yang buat tu!! semoga ALLAH ampunkan dosa si mati... ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
imthiyaz
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2004 Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam
|
Posting pada: 11-05-07 21:34
Semoga Arwah Ustazah tu dirahmati Allah.... Saya sebak baca berita ni...
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 11-05-07 23:51
takziah buat keluarga beliau..terkejut dengar kisah ni...
|
hyekal
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2006 Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja
|
Posting pada: 12-05-07 00:16
innalllah.. sedihnya.. ilmu yang diperjuang.. mati yang mengundang.. moga dalam syahadah terbilang..
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 12-05-07 00:51
Pada 10-05-07 12:15 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! istaghfirha ya rabb..ni yang buat ana gerun ni..even ana boy pun tapi tahap keselamatan perlu jadi priority...mangsa ni sure guru jqaf, kan..Kalau tak macam mana boleh terbang mengajar sampai sana...? ana baru saja submit borang jqaf..dan soalan provok 'sanggupkah anda mengajar di negeri sabah dan sarawak' tidak ana setuju..meant ana tak sanggup lah eksna walau elaun banyak gila...better mengajar ditempat sendiri..huhu..well..alfatihah untuk almarhumah... Kenapa buat kenyataan macam ni..erm..anda sebagai pendidik harus sngup untuk mendidik anak-anak bangsa d mana saja..Kenapa taknak ajar org sabah or sarawak..erm saya org sabah sdey dengar kenyataan anda..so kalau semua org brfikiran macam ni sampai bila anak-anak bngsa akan maju...owez think postif..ajal maut d tangan ALLAh..rezeki semua kententuan ALLAh al-fatihah.....
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 14-05-07 00:38
semalam baru saja pergi ke Mersing melawat rumah keluarga allahyarhamah..ustazah tu dulu bekas pelajar KPLI kat sini..semalam jugak pergi ziarah kubur... hmm..peristiwa ni patut dijadikan iktibar oleh pihak JPN dalam menghantar bakal2 guru posting..janganla bagi guru2 perempuan posting terlalu jauh di pedalaman..walaupun elaun yang diberi banyak...tapi sanggupkan nyawa atau maruah dipertaruhkan?...Kejadian ni mungkin berlaku di mana-mana saja..tak semestinya di sabah Sarawak..oleh itu, sebagai bakal guru..kuatkan semangat..Tawakkal tu ala Allah...
|
haff
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6251
Posting: 253
Dari: Darul Aman
|
Posting pada: 14-05-07 01:26
kepadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali... manusia yang dikawal hawa nafsu sanggup buat apa saja untuk kepuasan hatinya,walaupun yang tidak berdosa menjadi mangsanya.... Al Fatihah kepada Almarhumah...
|