Oleh |
APA TV3 ini???!!! Hak Asasi Remaja dan kanak-kanak Dicemari? |
rabiah_al-adawiah
Warga 2 Bintang Menyertai: 31.03.2006 Ahli No: 23868
Posting: 56
|
Posting pada: 09-05-07 22:28
assalamualaikum wbt... 3.60 jam 9.30 mlm tv3... apa nak jadi dengan tv3 ini..hari ini dia siarkan rancangan dlm360 (ala2 999)mengenai remaja atau kanak-kanak yang bekerja.. ada bagusnya tindakkan mereka ini macam kanak-kanak yang bekerja dibawah umur untuk sara keluarga..sepatutnya mereka belajar...itu saya setuju tapi...... ada pulak assignment 360 mengenai pelajar SEKOLAH AGAMA yang menjual barang bagi mendapatkan duit untuk sekolah tu..(jualan amal) macam-macam ulasan jugak lah dia bagi... Apa yang saya jadi kesal..Kenapa mesti SEKOLAH AGAMA yang lebih ditonjolkan??? apa ingat sekolah kerajaan tak ada buat macam tu??? baru-baru ini... salah sebuah sekolah rendah di batu pahat meminta derma bagi kegiatan JOGHATON sek mereka... Kenapa TAK MASUK TV3 PULAK ini???!!! ini tak sama ke??? sebenarnya banyak saja sekolah harian (KERAJAAN) ini yang buat macam tu..suruh pelajar dia minta derma sana sini untuk macam-macam aktiviti koko...saya pernah kena buat jugak! ini nak libatkan sekolah agama..saja saja lah tu..nak tunjuk sekolah agama ini teruk apa semua...ini agaknya salah satu cara depa lagi nak mansuhkan SAR... p/s..jika apa yang saya utarakan ini salah dan menyinggung mana-mana pihak...saya mohon maaf.. ----------------- kasihkan dunia ibarat satu pertaruhan...kasihkan akhirat adalah satu perhambaan [ Telah diedit oleh: rabiah_al-adawiah pada 11-05-07 20:47 ]
|
mujahidah_muslimah
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 09-05-07 23:24
ana pun tengok. memang yang ditonjolkan sekolah agama wal hal sekolah jenis kebangsaan pun ada buat macam tu. ana sendiri pernah kutip untuk jogathon dan surau. sekolah kerajaan. itu perkara biasa untuk semua sekolah. cara mereka dedahkan tu salah. ----------------- I'm glad to be me.. Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam [email protected]
|
hAnTuBuG
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.04.2007 Ahli No: 29687
Posting: 30
|
Posting pada: 10-05-07 02:02
maybe apa yang mereka nak sampaikan ialah.. sekolah agama ni tak bagus.. tak ada duit.. siap suruh pelajar2 cari duit untuk mereka.. cemana nak ada duit.. peruntukkan mereka dapat berapa sangatlah... Kenapa lah mereka ni tak suka sangat dengan SAR..? sebab ramai student mereka sokong pembangkang? hAnTuBuG: dulu pun pernah minta derma untuk buat dewan serbaguna.. siapa dapat derma paling banyak dapat beskal.. huhu..
|
masri2
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin
|
Posting pada: 10-05-07 02:13
assalamualaikum wbt iye ke tv 3 buat begitu sebab bencikan sekolah agama. kalau sekali 2 buat kutip derma untuk sekolah tu lain citele. ni kalau letak budak-budak tu waktu tengah hari pukul 12, lepas itu pukul 5 pergi ambil. apa cerita. kalau kutip derma, takkanlah selalu sangat pergi hantar budak-budak tu kutip derma tak dengar betul2ke kan tv3 tulis cakap mereka dapat laporan pasal kegiatan tu. jadi mereka ikut laporanlah. so kalau ada kes sekolah kebangsaan buat begitu juga pergi lah lapor kat tv3. tv3 tu bukan nya Tuhan boleh tahu semua hal yang berlaku.
|
ainul_tapah
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.04.2007 Ahli No: 29441
Posting: 145
Dari: Nilai_Butterworth
|
Posting pada: 10-05-07 08:59
emm...saya rasa bukan tak bagus...program ni dapat menyedarkan rakyat sekaligus ibubapa pelajar yang kena buat jualan amal tu... sian jugak..kat depa kena buat jualan amal... saya tak boleh cakap lelebi,saya tak tengok pun...tengok iklan saja.... heheh
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 10-05-07 10:29
Sebenarnya kes ni memang dah lama..kat mana-mana ada saja kanak-kanak berkopiah atau tidak membuat jualan amal..tak kira lelaki atau perempuan... memang kasihan tengok mereka..adakah mereka benar-benar rela atau terpaksa demi keluarga atau kerana takut dimarahi guru-guru atau penjaga.. saya rasa, isu ini wajar diketengahkan oleh mana-mana saja pihak...sebab saya lebih menekankan soal hak kanak-kanak bawah umur yang melakukan aktiviti bukan sepatutnya...sepatutnya usia mereka lebih menjurus kepada ilmu ..kalau nak mencari pengalaman berjualan, mungkin boleh dilakukan pada hari cuti.. anyway..jika terjumpa lagi adik2 begini di persekitaran anda..elok dilaporkan kepada pihak berkuasa..kasihan kat mereka..
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 10-05-07 11:13
Tak salah pun TV3 laporkan perkara macam tu.. bukan nak menonjolkan SAR tak berduit.. kalau nak bagitahu SAR tak berduit kat rakyat jelata, tak perlu buat laporan.. semua orang tau SAR tak berduit.. laporan itu nak menunjukkan realiti yang berlaku kepada pelajar SAR.. kalau sekolah kerajaan pun ada buat kerja-kerja mengutip derma semua tu, laporkan saja pada TV3.. I'm sure TV3 juga akan laporkan perkara itu episod akan datang.. kekadang saya nampak SAR sanggup jadikan studentnya peminta sedekah sedangkan mak ayah hantar ke situ untuk menuntut ilmu.. kasihan tengok anak-anak muda yang sepatutnya diberikan ilmu.. disuruh ke rumah-rumah minta sedekah.. alasannya adalah berkorban untuk sekolah (dengan tolong minta sedekah) akan diberikan ganjaran besar oleh Allah.. saya tak nafikan semua tu diber ganjaran oleh Allah, tapi macam mana kefardhuan menuntut ilmu? !!! QUOTE !!! ini nak libatkan sekolah agama..saja saja lah tu..nak tunjuk sekolah agama ini teruk apa semua...ini agaknya salah satu cara depa lagi nak mansuhkan SAR... Kalau tak mahu dipandang serong oleh orang luar, jangan buat perkara yang mencetuskan pemikiran serong.. sensitif sangat isu SAR.. kalau betul SAR nak dimansuhkan, tak perlu propaganda murahan macam tu.. tapi TV3 laporkan macam tu supaya pentadbiran SAR buka mata, kerajaan negeri buka mata dan orang ramai juga buka mata.. jangan sesuka hati 'merogol' hak asasi kanak-kanak dan juga remaja untuk dapatkan ilmu.. kalau tak mampu menampung kos running sekolah.. tutup saja.. biar kanak-kanak or remaja tu semua pergi sekolah agama lain yang masih mampu memberikan pelajaran kepada mereka.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
lobam_shibin
WARGA SETIA Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah
|
Posting pada: 10-05-07 11:43
rabiah_al-adawiah ni mungkin tak paham agaknya. sebenarnya bukan tv3 benci sekolah agama. sekarang ni ada kes pusat tahfiz kononnya menggunakan pelajar-pelajar atas nama jualan amal. tapi mereka tak pernah belajar pun. hanya keluar pergi berniaga. keuntungan jualan dikaut oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan digunakan untuk tempolok mereka sendiri. dah banyak dah kes macam ni disiarkan dalam akhbar. ada 1 kes pusat tahfiz di negeri kedah. suruh budak-budak buat jualan amal. tapi apa yang memeranjatkan ialah walaupun sudah 2 tahun belajar di pusat tahfiz tu mereka tak pernah belajar menghafal al-quran. yang mereka belajar ialah bagaimana cara nak berniaga. itulah sebenarnya yang di highlight oleh tv3. banyak dah kes yang dilaporkan oleh metro, kosmo dll. banyakkanlah membaca tentang isu semasa. baru kita boleh komen. pasal sar pulak. sebenarnya sekarang ni kerajaan dah ambil alih sar atau sekolah bawah kerajaan negeri ni atas nama sekolah agama bantuan kerajaan (sabk). malah saya juga merupakan kaunselor di sabk. sekolah ni dhulunya dibawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Selangor telah ditukar dan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. banyak faedahnya. prasarana lebih lengkap dan kemudahan sumber kewangan lebih banyak. sebagai contoh sekolah kami akan menerima sumbangan lebih rm5juta untuk membina asrama dan kuarters guru. dan yang penting sekali ialah silibusnya tidak diubah langsung. pelajar tingkatan empat akan terus dengan peperiksaan sijil menengah agamanya (sama) dan mereka tetap belajar silibus untuk ke azhar. bahasa arab azhar, feqah tauhid masih tetap diajar. malah pertandingan amal islami yang melibatkan sekolah-sekolah di bawah JAIS masih tetap dijalankan walaupun kini mereka dibawah kementerian. malah masalah kekurangan guru juga dapat diatasi apabila pengambilan guru diadakan saban tahun. terima kasih. ----------------- [ Telah diedit oleh: lobam_shibin pada 10-05-07 11:54 ]
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 11-05-07 03:16
tv 3 stesen tv kerajaan...sekolah agama banyak berkaitan satu parti politik..so nak tunjuk parti tu salah.....sekolah agama pun dia jadikan isu....
|
lobam_shibin
WARGA SETIA Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah
|
Posting pada: 11-05-07 12:10
tak ada kena mengena dengan tv kerajaan atau sar parti politik.
|
songkok_aji02
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB
|
Posting pada: 11-05-07 12:15
yeka..tapi tak bolehlah guna budak-budak walaupun untuk jualan amal... dalam masa yang sama, kerajaan pun sepatutnya memberi bantuan kepada sekolah2 tersebut sekiranya layak menerima mengikut peruntukan yang diberikan kepada sekolah2 yang sediada....mana-mana sekolah pun sama ada sek. swasta/kerajaan tak boleh guna pelajar untuk mendapatkan hasil....
|
masri2
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin
|
Posting pada: 11-05-07 12:22
assalamualaikum wbt payahle kalau sesuatu isu tu nak dinilai dr kaca mata parti masing-masing.
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 11-05-07 13:27
tV3.....dasar pemikiran sekular dan leberal!!! ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 11-05-07 15:36
Rasa2 nya mereka tak berniat macam itu......tetpai cuba kita perhatikan, biasanya kita akan melihat ramai kanak-kanak yang mengutip derma2 di jalanan adalah yang berpakaian seperti sekolah arab, so mungkin dari situlah mereka mendapat ilham bahawa para pelajar sekolah arab ini tak berduit.... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
songkok_aji02
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB
|
Posting pada: 11-05-07 16:46
betul tu,tak baik tuduh2...........
|
TheSaint
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5229
Posting: 203
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 11-05-07 16:49
Pada 10-05-07 11:43 , lobam_shibin posting:!!! QUOTE !!!
sebenarnya sekarang ni kerajaan dah ambil alih sar atau sekolah bawah kerajaan negeri ni atas nama sekolah agama bantuan kerajaan (sabk). malah saya juga merupakan kaunselor di sabk. sekolah ni dhulunya dibawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Selangor telah ditukar dan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. banyak faedahnya. prasarana lebih lengkap dan kemudahan sumber kewangan lebih banyak. sebagai contoh sekolah kami akan menerima sumbangan lebih rm5juta untuk membina asrama dan kuarters guru. dan yang penting sekali ialah silibusnya tidak diubah langsung. pelajar tingkatan empat akan terus dengan peperiksaan sijil menengah agamanya (sama) dan mereka tetap belajar silibus untuk ke azhar. bahasa arab azhar, feqah tauhid masih tetap diajar. malah pertandingan amal islami yang melibatkan sekolah-sekolah di bawah JAIS masih tetap dijalankan walaupun kini mereka dibawah kementerian. malah masalah kekurangan guru juga dapat diatasi apabila pengambilan guru diadakan saban tahun.
terima kasih.
Maksudnya telah di 'hadhari'kan begitu? Telah dijadikan sekolah agama Islam Hadhari, betul? Amat sesuai sekali dengan lobam_shibin, pendokong utama Islam Hadhari. Paling ngam dengan lobam_shibin yang rela mati mempertahankan ideologi Dr. Mashitah. Dari dulu lobam_shibin rela mempertaruhkan nyawa demi islam hadhari. Sebab itu serta merta dia minta jawatan kaunselor di sekolah agama islam hadhari yang gunakan sampin dan kain warna UMNO. Diserapkan guru2 pasif yang sudah dibasuh dengan air UMNO seperti lobam_shibin ini. Bukan susah nak pedaya orang seperti lobam_shibin ini. Ingat semua -- TV3, NTV7, TV8, TV9 adalah milik MediaPrima dan MediaPrima adalah milik UMNO! Dan kita semua tahu UMNO adalah anti Islam. Secara halus, menggunakan media diterapkan islam yang ada had dan ada hari. Secara halus diserapkan supaya orang Islam menjadi anti Islam. Mengenai rancangan 360, budak-budak tahfiz itu sebenarnya ialah budak-budak suruhan Al-Mansor urut kaki. Mereka bekerja untuk kekayaan taukenya yang mendakwa keturunan sultan. Mereka tidak pernah bersekolah tahfiz sebab saban hari keluar menjual produk atas nama tahfiz dan derma. Al-Mansor tidak pernah diusik oleh kerajaan walaupun menyeleweng, menggunakan nama tahfiz untuk memperdaya orang ramai kerana sejak dari mula lagi mereka mati-matian menyokong UMNO dan islam hadhari (seperti lobam_shibin) untuk protection.
|
syahid_zul
WARGA SETIA Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu
|
Posting pada: 11-05-07 16:59
-----------------
|
Vitamin_Hati
WARGA SETIA Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK
|
Posting pada: 11-05-07 17:44
bodohnya perdebatkan isu ini..menyampah betul....
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 11-05-07 18:08
|
Asward_hafiz
WARGA SETIA Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang
|
Posting pada: 11-05-07 18:49
:-| :-| :-|
|
hafiz_along_83
Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 11-05-07 18:55
|
strawberri
Warga 5 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur
|
Posting pada: 11-05-07 19:30
Pada 10-05-07 11:43 , lobam_shibin posting:!!! QUOTE !!! rabiah_al-adawiah ni mungkin tak paham agaknya.
betul-betul... emosional sangat...
|
rabiah_al-adawiah
Warga 2 Bintang Menyertai: 31.03.2006 Ahli No: 23868
Posting: 56
|
Posting pada: 11-05-07 21:05
assalamualaikum.. pertama sekali saya ingin memohon maaf atas salah faham yang berlaku.. kini saya faham dengan jelas..masalah jugak jika mereka mengunakan nama sekolah agama untuk meraih keuntungan melalui hasil jualan amal pelajar2nya.. memang kasihan pelajar2 terbabit..apatah lagi jika tujuan asal mereka ke sek tersebut terabai.. apa yang ingin saya katakan di sini sebenarnya..janganlah di hightlight kan nama sekolah ag sahaja kerana sek harian juga sering mengutip derma untuk pelbagai aktiviti koko..itu sahaja... maaf sekali lagi jika telah mengundang situasi yang tidak 'senang' berikutan posting saya ini..
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 11-05-07 21:15
Pada 11-05-07 21:05 , rabiah_al-adawiah posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum.. pertama sekali saya ingin memohon maaf atas salah faham yang berlaku.. kini saya faham dengan jelas..masalah jugak jika mereka mengunakan nama sekolah agama untuk meraih keuntungan melalui hasil jualan amal pelajar2nya..
memang kasihan pelajar2 terbabit..apatah lagi jika tujuan asal mereka ke sek tersebut terabai..
apa yang ingin saya katakan di sini sebenarnya..janganlah di hightlight kan nama sekolah ag sahaja kerana sek harian juga sering mengutip derma untuk pelbagai aktiviti koko..itu sahaja...
maaf sekali lagi jika telah mengundang situasi yang tidak 'senang' berikutan posting saya ini.. Tak ada salahnya rabiah_al-adawiah utarakan isu ni.. cuma masalahnya pada mereka yang memberi komen.. bila kita melihat sesuatu dalam kaca mata golongan tertentu.. dah tentu satu golongan yang lain kelihatan salah.. tapi bila kita lihat dengan kaca mata keadilan dan saksama tanpa prejudis pada mana-mana pihak, insyaAllah tak ada masalah dalam memberi komen.. bila hilang pertimbangan dan memberi komen atas platform nafsu amarah, memang gaduhlah jadinya.. hilanglah bunga ukhwah.. yang tinggal hanya ranting benci dan tunggul cerca dan kutuk-mengutuk.. p/s: jangan lepas ni serik nak posting pula ye.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
rabiah_al-adawiah
Warga 2 Bintang Menyertai: 31.03.2006 Ahli No: 23868
Posting: 56
|
Posting pada: 11-05-07 21:30
insyaAllah ... terima kasih doc meow atas komen yang membina..
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 12-05-07 13:27
sabar..
|