Jangan malas mandi
Mandi
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk
membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan
penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam
berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13
peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas
dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius
membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas
membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu
menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah
selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga
18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia
dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh
diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air
mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan
tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama
10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan
kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint
atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.
Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga
ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung,
selsema dan sembelit.