Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu
al-biruni03: 46 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Masalah Biseksual...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Masalah Biseksual...

Please Mendaftar To Post


Oleh Masalah Biseksual...

aafeeq
Warga Rasmi
Menyertai: 29.05.2006
Ahli No: 24582
Posting: 8
Dari: Doha,Qatar

qatar   avatar


posticon Posting pada: 03-05-07 19:18


Assalamualaikum...

Saya Afiq, jangan konfius..saya seorang perempuan..sudah biasa dipanggil dengan nama afiq sejak dari kecil..

Apa yang hendak diluahkan di sini adalah tentang masalah seperti tajuk yang tertera..tapi, bukan afiq yang mengalami masalah ini..bukan afiq..afiq hanya terikat dengan masalah ini..afiq terikat..terikat atas dasar ukhwah..semata-mata dengan niat membantu kerana dia bergelar sahabat..

Sahabat afiq, seorang lelaki..mengalami masalah naluri yang songsang..dia tertarik pada manusia bernama perempuan, dan juga lelaki..walau perubahan diri yang kerap keluar dari mulut, tetapi, tidak dapat dihilangkan juga perasaan songsang itu..hingga kini..

Nekad afiq membantu, memberi sahabat ini cinta, diiringi doa dan nasihat serta teguran membina yang tidak putus..dengan harapan suatu hari nanti, dia benar-benar diizinkan Tuhan untuk berubah ke arah yang lebih baik dan dihilangkan naluri songsang itu selama-lamanya..

Tetapi, setahun sudah masa berlalu..dia tetap begitu..

Yang menjadi kegusaran hati dan mengganggu ketenangan jiwa, Dia tetap begitu..masih tiada perubahan..naluri songsang terus diikutkan hati..Aduh..sakit..sakit bila mengetahui dia tetap begitu..tiada perubahan..apakah tidak diizinkan lagi oleh-Nya??

Rakan-rakanku..bantulah Afiq..apa lagi yang boleh diikhtiarkan?apa lagi yang boleh diusahakan?berkongsilah..untuk sahabat afiq ini, yang sangat afiq sayangi..kasihan dia..kasihan dia..

Rakan-rakanku..doakanlah afiq..semoga Allah menetapkan hati..diberi kekuatan diri..tetap dirahmati-Nya..

Terima kasih semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aafeeqProfil   Hantar PM kepada aafeeq   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 03-05-07 20:03


Saya copy dari laman web www.saifulislam.com

Cinta Songsang

Dalam setahun kebelakangan ini, saya menerima permintaan daripada beberapa orang remaja yang memohon pertolongan. Ada yang bersemuka, ada juga secara maya. Permintaan ini datang dari suara insan yang jauh terbuang di dalam lubang yang dalam, memanggil saya untuk menolong mereka keluar, dari dunia gelap cinta seorang lelaki terhadap seorang lelaki, cinta songsang yang menyeksa si empunya diri.

Ini bukan kisah golongan pondan, bukan golongan yang bergaul bebas dan hidup bergelumang dosa. Mereka adalah remaja yang baik, pada akhlak dan ibadah… namun dibelenggu dosa perasaan yang tersembunyi.

Ketika Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menyiapkan bukunya “Tentang Cintaâ€, saya telah kemukakan pandangan kepada beliau untuk menulis satu bab tentang cinta songsang ini, kerana saya berpendapat, ia merupakan suatu masalah yang semakin serius, sekurang-kurangnya, sebahagian daripada mereka telah bersemuka dengan saya secara jujur memohon pertolongan untuk keluar dari dunia itu.

Namun permintaan saya itu tidak dapat ditunaikan oleh Ustaz Pahrol, mungkin kerana topik ini amat kompleks dan tidak mudah untuk ia diungkaikan dalam masa yang singkat.

Bagi remaja yang telah kalah dengan perasaan itu, dan terjebak dengan perbuatan keji di sisi agama, saya tidak dapat berkata apa-apa… hanya kepada Allah jua saya pohonkan agar mereka ini bertemu cahaya di hujung jalan songsang yang mereka susuri itu. Namun yang ingin saya bincangkan di sini, adalah remaja yang baik, yang bersih, tetapi terperangkap dalam dunia yang cukup misteri ini… sebagai mangsa keadaan.

Mengapa saya katakan demikian? Hasil perkongsian cerita… boleh dikatakan setiap seorang dari lelaki pencinta lelaki ini, pernah menempuh pengalaman hidup yang hitam.

LATAR BELAKANG YANG MENJADI BEBAN HIDUP

Ada di antara mereka menjadi mangsa kecenderungan ibu bapa, yang menginginkan anak perempuan sehingga beliau dilayan seperti imaginasi si ibu dan bapa, lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang, atas kesilapan ibu bapa. Mereka yang dari kumpulan ini, lazimnya turut berpewatakan lembut kesan persekitaran yang disentuh ke atas mereka.

Manakala sebahagian yang lain pula, pernah menjadi mangsa kepada perlakuan songsang pada usia awal remaja, dicemar oleh nafsu rakus mana-mana lelaki yang ada di sekeliling mereka… hingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan.

Beberapa individu yang saya temui dari kumpulan kedua ini, mempunyai penampilan yang sempurna sebagai seorang lelaki, namun mereka menanggung kejanggalan naluri sebagai rahsia yang memakan diri.

Sukar untuk saya membantu, kerana kecelaruan ini bukan kecelaruan ilmu. Ia juga bukan kecelaruan emosi, tetapi kecelaruan identiti. Identiti adalah suatu rangkuman dimensi dalaman manusia yang terbentuk hasil dari pelbagai aspek kehidupan. Mengungkaikannya memerlukan kekuatan semangat dan kembali berbaik sangka kepada Allah terhadap potensi diri untuk pulih… dari satu peringkat ke satu peringkat.

Mungkin ada yang secara spontan menghukum golongan ini, namun saya sebagai seorang pendakwah tidak mampu untuk berbuat demikian. Membantu, sentiasa lebih utama untuk difikirkan. Siapalah saya untuk menilai dan menghukum, kerana penilaian saya juga akan dinilai oleh Maha Penilai di sana, dan Maha Menghukum atas keculasan saya tidak membantu sesama saudara.

Apatah lagi, mereka yang saya temui ini mempunyai syakhsiah yang baik. Mereka adalah remaja yang taat kepada Allah pada ibadah dan akhlak, tetapi mereka terseksa kerana menanggung ‘dosa perasaan’ lantaran kecenderungan diri yang ganjil itu. Malah saya hargai kepercayaan yang mereka berikan apabila tampil meminta pertolongan dari saya, walaupun tidak banyak yang dapat saya lakukan, selain sokongan nasihat dan keyakinan diri.

Menghadapi golongan ini, tidak boleh disamakan dengan pendekatan kita terhadap isu homoseksualiti. Nyatanya, kebanyakan artikel yang saya temui, mengecam homoseksualiti dengan sokongan keterangan al-Quran dan al-Hadith. Saya yakin, remaja yang datang bertemu dengan saya amat sedar akan hal ini. Kerana itulah mereka tidak berzina sejenis, mereka tidak bergaul bebas. Mereka datang meminta bantuan atas rasa bersalah yang tinggi terhadap naluri yang menyalahi iman itu. Maka mereka memerlukan nasihat, panduan dan sokongan. Bukan kecaman.

Kerana itu, saya lebih simpati, berbanding marah atau terkilan, kerana mereka tetap berada di dalam status mangsa, selagi mana perasaan itu tidak dimaterialisasikan pada maksiat fizikal zina dan yang seumpama dengannya.

Saya cuba menyelami masalah mereka, dan nyatanya mereka adalah golongan yang sangat kesunyian dan sepi. Mereka hidup dalam kesunyian, bukan kerana kosong dari kehidupan berkawan dan berakan taulan. Sunyi itu datang kerana mereka sering memikul diri lari jauh dari semua orang di sekitar mereka, bersama rahsia yang terlalu berat untuk jatuh ke pengetahuan manusia. Mereka ini adalah manusia yang bersembunyi di tengah ramai.

SEKADAR NASIHAT

Nasihat pertama saya kepada remaja seperti ini, adalah untuk terus bertahan dari mendekati zina dan izinkan saya menyebutnya, liwat. Sebagaimana lelaki mukmin perlu menjauhkan dirinya dari zina, maka lelaki dari kumpulan ini juga mesti menjauhkan diri mereka dari zina sejenis, kerana kedua-duanya adalah kekalahan seorang manusia kepada hawa nafsunya yang mengundang penyesalan tanpa hujung. Allah tidak menghukum kalian atas perasaan itu, tetapi hukuman dan kemurkaan bakal menimpa kalian yang merealisasikannya pada perbuatan.

Kuatkan iman, teguhkan pendirian.

Namun saya berpandangan, perjuangan mempertahankan diri dari zina sejenis ini, jauh lebih sukar, kerana golongan ini sentiasa tinggal bersama golongan yang menjadi kecenderungan nafsunya. Jika lelaki ‘normal’ boleh menghindarkan dirinya dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, golongan ini pula harus teguh berganda…

CEBURKAN DIRI PADA AMAL ISLAM

Tempuhilah usia akhir belasan tahun, dan 20an itu sebagai usia mujahadah menentang gelodak hormon dan ketidak seimbangan emosi yang rumit. Berikan diri kepada aktiviti-aktiviti, khususnya kerja Islam, dan sambutlah kesukaran-kesukaran yang muncul sebagai cara Allah mengekalkan kita dalam kebaikan.

    â€œBarangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan†(Al-Bukhari dan Muslim)

Kesusahan hidup di jalan dakwah, akan menyulitkan nafsu bangun menjajah keputusan diri. Bukan saya bermaksud agar mereka ini perlu sengaja mencari kesusahan diri, tetapi jalan dakwah dan kesibukan akan menghindarkan setiap remaja lelaki yang normal dan ‘tidak normal’ ini dari dosa fahsya’ seperti zina dan yang seumpama dengannya. Sibukkan diri. Jangan iyakan perasaan itu.

“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu†- Pepatah Arab

Berikan peluang kepada diri untuk melepasi usia 20an itu, sehingga keredaan naluri muncul seiring dengan pertambahan usia.

“Ustaz, apakah saya ada peluang untuk menyintai wanita, berkahwin, mempunyai anak, seperti manusia yang lain?â€, soalan yang sering diajukan kepada saya.

“Berilah peluang kepada masa untuk merawat kesakitan jiwa itu, dengan syarat kamu tetapkan diri pada menjauhkan diri dari maksiat. Tunggulah hingga reda gelodak nafsu itu pada usia remaja seperti ini, dan nanti, kita berbuallah tentang liku-liku mencari jalan pada sebuah perkahwinan, yang diinginkan tanpa keinginan itu…â€, itu sahaja batas upaya saya berkongsi pandangan.

Semoga Allah memelihara kita semua, dan adik-adik remaja ini dari fitnah dunia akhir zaman yang sungguh kejam terhadap mana-mana insan yang mahu hidup dengan bara Islam yang digenggam.

Tabahkan hati…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-05-07 20:45


saudari afiq..
saya kurang arif dalam hal ni..cuba try bawa jumpa pakar.
ataupun bertanya pada yang pakar..
masalah seperti ini memerlukan sokongan dan bantuan yang kuat dari orang yang rapat seperti ahli keluarga..
biasanya masalah ni tergolong dalam masalah psychology
ada sesiapa pakar di sini?

cuba tanya ummimq,kaunselor kito

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

ridz07
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.10.2004
Ahli No: 11876
Posting: 102
Dari: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM-KDRI), Kuala Terengganu...

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-05-07 23:37


Pada 03-05-07 19:18 , aafeeq posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

Saya Afiq, jangan konfius..saya seorang perempuan..sudah biasa dipanggil dengan nama afiq sejak dari kecil..

Apa yang hendak diluahkan di sini adalah tentang masalah seperti tajuk yang tertera..tapi, bukan afiq yang mengalami masalah ini..bukan afiq..afiq hanya terikat dengan masalah ini..afiq terikat..terikat atas dasar ukhwah..semata-mata dengan niat membantu kerana dia bergelar sahabat..

Sahabat afiq, seorang lelaki..mengalami masalah naluri yang songsang..dia tertarik pada manusia bernama perempuan, dan juga lelaki..walau perubahan diri yang kerap keluar dari mulut, tetapi, tidak dapat dihilangkan juga perasaan songsang itu..hingga kini..

Nekad afiq membantu, memberi sahabat ini cinta, diiringi doa dan nasihat serta teguran membina yang tidak putus..dengan harapan suatu hari nanti, dia benar-benar diizinkan Tuhan untuk berubah ke arah yang lebih baik dan dihilangkan naluri songsang itu selama-lamanya..

Tetapi, setahun sudah masa berlalu..dia tetap begitu..

Yang menjadi kegusaran hati dan mengganggu ketenangan jiwa, Dia tetap begitu..masih tiada perubahan..naluri songsang terus diikutkan hati..Aduh..sakit..sakit bila mengetahui dia tetap begitu..tiada perubahan..apakah tidak diizinkan lagi oleh-Nya??

Rakan-rakanku..bantulah Afiq..apa lagi yang boleh diikhtiarkan?apa lagi yang boleh diusahakan?berkongsilah..untuk sahabat afiq ini, yang sangat afiq sayangi..kasihan dia..kasihan dia..

Rakan-rakanku..doakanlah afiq..semoga Allah menetapkan hati..diberi kekuatan diri..tetap dirahmati-Nya..

Terima kasih semua...


Pertamanya ana nak ucapkan tahniah kepada anti kerana menjadi sahabat yang baik..... jeles pula ana...

Apa yang telah anti buat adalah satu permulaan yang sangat baik, kerana merapati @ mendekati orang yang bermasalah adalah langakah pertama dalam membantu menyelesaikan masalahnya. Apabila dia kenal anti, dia mula percaya dan tanpa segan silu boleh berkongsi masalah dengannya....

Antara langkah yang ana nak suggestkan ialah:

1. Anti kena kaji punca masalah ni termasuklah macam mana, bila dia mula terjebak.... - kajilah secara berhikmah bukan terburu-buru. Maksud ana anti tanyalah dia tentang hal ini, tapi jangan terlalu mendesak kerana hal ini agak sensitif. Cuba selitkan pertanyaan yang menjurus ke arah itu semasa percakapan biasa. Anti jugak boleh kaji dari sumber2 lain - kawan-kawan, ibu bapanya.

2. Anti juga kena kaji apa perkara yang meransang dia terus melakukan perkara tak elok tu.... Cuba jauhkan darinya atau minta dia jauhkan.

3. Dalam masa yang sama, beri nasihat dari asperk rohani (keagamaan). mula dengan perkara yang simple - baca al-Quran, solat berjemaah, hatinya tenang.

4. Sibukkan dia dengan hal-hal lain yang dapat mengelakkan dia memikirkan perkara yang tak baik tu...

tapi dalam anti melakukan semua ni, anti kena ingat yang dia lelaki dan anti prpn, jadi batasan perlu dijaga selaku muslimin dan muslimat...

Adalah lebih baik kalau ada seorang kawan lelaki yang dapat membantu dalam hal ini...

Wallahu a'lam.... Sekadar itu sahaja dr ana yang tipis dengan ilmu kaunseling ini....


-----------------
العمل لله شعارنا , العمل لله شعارنا


Bookmark and Share

    


  Member Information For ridz07Profil   Hantar PM kepada ridz07   Pergi ke ridz07's Website   Quote dan BalasQuote

aafeeq
Warga Rasmi
Menyertai: 29.05.2006
Ahli No: 24582
Posting: 8
Dari: Doha,Qatar

qatar   avatar


posticon Posting pada: 03-05-07 23:51


Assalamualaikum...

Terima kasih banyak buat saudara Mohd Hafiz dan saudari Samirah..terima kasih..semoga Allah merahmati kalian..

Terasa terubat hati ini, menerima respon yang positif daripada kalian..ini lain tidak bukan adalah atas pertolongan Allah jua, dengan memberi keberanian dan keyakinan untuk afiq menyatakan luahan hati di ruangan ini dan mengilhamkan kalian untuk memberi respon kepada afiq..

Sahabat-sahabat, afiq telah pun merujuk masalah ini kepada Ummi..Respon yang ummi beri untuk afiq jalankan sebagai tindakan adalah dengan memberitahu ibu dan bapanya..

Sahabat-sahabat, ibu bapa sahabat lelaki afiq ini telah pun maklum akan keadaan anak mereka.Bahkan adik-beradiknya yang lain pun sudah tahu.Tetapi, itulah yang afiq kasihankan, keluarganya tidak mempedulikan dia. Mereka seperti boleh menerima apa yang berlaku. Mereka seperti tidak kisah sahaja lakunya..Kasihan dia..kasihan dia..Kerana itu, afiq nekad untuk tetap membantunya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aafeeqProfil   Hantar PM kepada aafeeq   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-05-07 00:26


sama-sama afiq..apalah sangat idea ciput saya tu..

rumit juga ya kerana tidak mendapat sokongan keluarga sendiri,mujurlah masih ada harapan untuk dia kerana mempunyai teman yang sejati seperti afiq..

pada pendapat saya( sekadar pendapat,saya pun tak berapa reti)
bukan senang nak merubah seseorang kerana proses pembesaran sahabat afiq itu telah dilentur sejak kecil...ibarat ukiran di batu..
...teruskan usaha murni saudari seperti yang di cadangkan oleh ridz07..
yang penting adalah perhatian yang tidak putus dari saudari dalam membatunya selagi tidak bertentangan dengan islam..

saya rasa (jika umur rakan afiq dalam lingkungan 20-an) agak sensitif, mudah memberontak.. sebagai panduan kepada saudari supaya banyak bersabar kalau nak merubahnya..
jangan lupa untuk banyak berdoa..kita berusaha Allah menentukan. tak usahlah bersedih jika tidak berjaya,sekurang-kurangnya afiq mencuba.

sekian sahaja untuk sekarang..kalau ada idea lagi sya tulis lagi..
selamat berjaya!
proses ni tak mudah kekadang ambil masa bertahun2.
bersabar ya
wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

sufeyna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.02.2007
Ahli No: 28575
Posting: 109
Dari: perlis

mauritius   avatar


posticon Posting pada: 04-05-07 02:56


salam...
afiq, dalam usaha kita untuk menyedarkan mereka2 yang tersimpang ni..jangan sesekali mengharapkan perubahan on the spot..
kalau mereka tak berubah...kita pasti akan futur..
ingat 1 saja...kat akhirat nanti akan ditanya apa usaha/pengorbanan kita..tak ditanya perubahan apa yang kita dah buat..
-ingatan untuk diri sendiri dan sahabat2 lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufeynaProfil   Hantar PM kepada sufeyna   Pergi ke sufeyna's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-05-07 09:15


Salam,
mungkin afiq boleh lawat posting ni, mungkin ada yang boleh diambil.

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=31&topic=21620&start=45

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

aafeeq
Warga Rasmi
Menyertai: 29.05.2006
Ahli No: 24582
Posting: 8
Dari: Doha,Qatar

qatar   avatar


posticon Posting pada: 04-05-07 13:19


Assalamualaikum...

Jazakumullahu khairan kathira pada semua rakan-rakan...

Insya-Allah..afiq tidak akan putus asa membantu sahabat lelaki afiq ini...

Rakan-rakan, jika ada lagi idea, petua, cara, apa sahajalah yang dapat membantu, berkongsilah dengan afiq..

Semoga Allah merahmati kalian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aafeeqProfil   Hantar PM kepada aafeeq   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-05-07 19:08


sebelom tu saya ada satu soalan buat saudari afiq ..

cuba tanya rakan saudari dahulu,adakah dia benar-benar mahu berubah?

kalau hendak, bolehlah teruskan..kalau dia tak mahu tapi afiq saja yang beriya2..
baik mind your own bisness saja...jangan marah..

betul ke dia nak brubah..betul ke? betul ke? betul ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

abong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27304
Posting: 59
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-05-07 19:11


yang penting..
jangan lputus asa untuk berdoa..
doa senjata kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For abongProfil   Hantar PM kepada abong   Pergi ke abong's Website   Quote dan BalasQuote

aafeeq
Warga Rasmi
Menyertai: 29.05.2006
Ahli No: 24582
Posting: 8
Dari: Doha,Qatar

qatar   avatar


posticon Posting pada: 04-05-07 22:21


Assalamualaikum...

Afiq bertanya soalan tentang perubahan itu, sudah banyak kali..

Apa yang dijawab, memang dia mahu berubah...

Cuma, apa yang boleh afiq nilai adalah dari zahirnya sahaja...

Apa yang sebenarnya ada dalam hati, afiq serahkan pada Tuhan...

Yang penting pada afiq kini, apa peranan yang patut afiq mainkan sebagai sahabat, untuk membantunya...

Saudari Samirah, kami telah bersahabat agak lama...tidak sanggup afiq membiarkan dia dengan masalahnya sahaja dan hanya mementingkan kebaikan diri sendiri sahaja...serius, afiq tidak sanggup...

Doakanlah afiq supaya Allah beri kekuatan dan kesabaran dalam membantunya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aafeeqProfil   Hantar PM kepada aafeeq   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 00:03


ana ada satu idea...tapi nampak macam tak masuk akal agaknya...nak tau..? oleh kerana kalian (aafieq dan kawan dia) bersahabat baik..apekate sedari aafiq bantu dia dengan................ishk..susah pula nak nulisnyer...huhuhu...macam ni..apekate sedari jalinkan hubungan cinta dengan dia..kot2 boleh dia berubah...

whtever pun..Sorry lah kalu2 idea ni idea paling bodoh yang kalian semua pernah dengar..huhuhu...ampun maaf ek.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 02:44


!!! QUOTE !!!


Saya copy dari laman web www.saifulislam.com

Cinta Songsang

SEKADAR NASIHAT

Nasihat pertama saya kepada remaja seperti ini, adalah untuk terus bertahan dari mendekati zina dan izinkan saya menyebutnya, liwat. Sebagaimana lelaki mukmin perlu menjauhkan dirinya dari zina, maka lelaki dari kumpulan ini juga mesti menjauhkan diri mereka dari zina sejenis, kerana kedua-duanya adalah kekalahan seorang manusia kepada hawa nafsunya yang mengundang penyesalan tanpa hujung. Allah tidak menghukum kalian atas perasaan itu, tetapi hukuman dan kemurkaan bakal menimpa kalian yang merealisasikannya pada perbuatan.

Kuatkan iman, teguhkan pendirian.

Namun saya berpandangan, perjuangan mempertahankan diri dari zina sejenis ini, jauh lebih sukar, kerana golongan ini sentiasa tinggal bersama golongan yang menjadi kecenderungan nafsunya. Jika lelaki ‘normal’ boleh menghindarkan dirinya dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, golongan ini pula harus teguh berganda…

CEBURKAN DIRI PADA AMAL ISLAM

Tempuhilah usia akhir belasan tahun, dan 20an itu sebagai usia mujahadah menentang gelodak hormon dan ketidak seimbangan emosi yang rumit. Berikan diri kepada aktiviti-aktiviti, khususnya kerja Islam, dan sambutlah kesukaran-kesukaran yang muncul sebagai cara Allah mengekalkan kita dalam kebaikan.



saya cuma ingin tambah..
saya tak pasti kalau afiq boleh tolong dia seorang diri kerana kemampuan yang terbatas(tapi tak mustahil boleh)

seperti yang saya katakan..kalau dia betul-betul nak berubah,pasti dia setuju untuk dirawat oleh doktor pakar....(walaupun doktor pakar tak semuanya boleh diharap..tapi itulah pula masalahnya,kena bawa jumpa org yang betul-betul boleh diharap)
~ p/s bukan semua tak boleh diharap ye..jangan marah

kami di ukhwah hanya boleh bagi cadangan saja.......

Saya ambil panduan dari buku ...saya translate ke BM.
sekadar pengenalan/panduan apakah rawatan yang bakal dilakukan( tak detail)

Penilaian.
1)kenalpasti masalah mental/jiwa
-sejarah pengambilan alcohol, kemurungan (mood disorder)
-mungkin mereka terjebak dengan perkara ini untuk melepaskan keinginan daripada fantasi,tetapi tidak melakukan.
2)kenalpasti kehidupan seksual~ sejarah terperinci mengenai perkara di atas. temuramah pasangannya Kalau boleh
3)kesan perbuatan itu terhadap kehidupannya

target rawatan
–mengawal tingkah-laku
–hentikan perbuatan itu
–sesuaikan diri dengan perbuatan yang lebih bermanfaat supaya kurang rasa bersalah

rawatan
- kaunseling~ mengenalpasti masalah sebenar,kesan kekurangan seksual
- meggalakkan hobi baru~cegah kemurungan dan emosi negatif
- menggalakkan untuk cegah perbuatan seksual dan fantasi yang tidak normal
- ubat (pharmacotherapy)
- terapi tingkahlaku (behaviour therapy),
- terapi dalam kumpulan(yang ada masalah yang same)
- cegah daripada terjadi semula......

hope these can help...
wallahu a'lam



Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 02:47


Pada 04-05-07 09:15 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,
mungkin afiq boleh lawat posting ni, mungkin ada yang boleh diambil.

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=31&topic=21620&start=45



:-? macam cadangan syemarly tu ok jugak kan?
:-P



Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

aafeeq
Warga Rasmi
Menyertai: 29.05.2006
Ahli No: 24582
Posting: 8
Dari: Doha,Qatar

qatar   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 13:14


Assalamualaikum...

Sahabat-sahabat, heheh...

Hurmm...

"Nekad afiq membantu, memberi sahabat ini cinta, diiringi doa dan nasihat serta teguran membina yang tidak putus..dengan harapan suatu hari nanti, dia benar-benar diizinkan Tuhan untuk berubah ke arah yang lebih baik dan dihilangkan naluri songsang itu selama-lamanya.."

Sahabat-sahabat, cara itu pun telah afiq laksanakan..

Iya, sekarang ini kami masih dalam perhubungan...cuma agak renggang sedikit lantaran masing-masing sibuk dengan komitmen masing-masing pada semester akhir ini dan sejak dia luahkan perasaan yang dia ada perasaan sayang pula pada kawan lelakinya baru-baru ini juga...

Kerenggangan ini bukan dari pihak afiq yang wujudkan, tapi dirinya sendiri kerana rasa bersalah amat sangat dan malu terhadap afiq kerana perasaan songsang itu masih wujud dalam dirinya dan afiq masih tetap mahu bersama membantunya...

Sahabat-sahabat, beberapa hari lagi ini, afiq akan pulang ke rumah di Doha, Qatar. Manakala sahabat lelaki afiq ini pula akan mencari kerja dan bekerja. Kami akan berpisah jauh, dan untuk jangka masa yang lama. Mungkin, sewaktu konvokesyen nanti baru boleh berjumpa. Jadi, dapatkah kalian bayangkan apa yang merisaukan hati afiq kini, walau kita memang sentiasa tahu bahawa Allah sentiasa ada bersama??

=j

Bookmark and Share

    


  Member Information For aafeeqProfil   Hantar PM kepada aafeeq   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-05-07 14:23


sebenarnya ada posting suslan spls tu tapi komputer buat hal, tak jadi send :) sebenarnya ayat susulan ni nak minta afiq lawat posting yang kat atas ambil mana yang boleh untuk nasihat kawan tu.

kita manusia jk ditambah lagi banyak ilmu agama lagi suka syaitan & iblis menggoda. lagi tinggi kita dalami ilmu begitu juga makluk syaiotan & iblis lagi kuat taktik & pangkat yang cuba menipu daya kita spy akhirnya kita kecundang pada mereka. seperti petikan nasihat ustz yang sailormoon bagi tu bagi saya ada benarnya. Kawan afiq bukan sahaja kena banyak sabar tapi amat penting sekali kuatkan iman, jangan dengar bisikan syaitan & iblis tu. jangan sesekali buat & jerumuskan diri ke kancah gelap, & jangan walau sesekali cuba. saya sarankan ambillah jk baiknya kata yang saya petik dr 1 buku

*Sabda Rasulullah saw: "Apabila seorang lelaki melakukan hubungan sejenis dengan lelaki, maka ke2nya dikira zina"

Perbuatan homoseksual amat dibenci Oleh Allah taala, syaitan pula apabila melihat seorang lelaki melakukan homoseksual, ia akan lari kerana takut ditimpa azab. Perbuatan homoseksual pula boleh mengoncang ARSY. Langit hampir terhampas di atas bumi & para malaikat akan bergerak dihjung langit serta berkata:"Katakanlah! Allah taala itu 1." mereka akan berkata demikian shingga berhenti kemarahan Allah taala.*

Nytakn pada kawan afiq betapa murkanya Allah pada hmbNya yang terjebak dalam perkara ini. saya juga minta kawan afiq banyak-banyak doa, merayu pada Allah untuk diselamatkan dr godaan syaitan & mohon kasih & rahmatNya. Selangkah kita cuba dekat pada Allah, Seribu langkah Allah akan mendekati kita. Percayalah… walau mungkin ia tidak berlaku sebaik kita habis berdoa, jangan putus asa pada Allah mungkin tidak sekarang sebab mungkin Allah ingin mendengar suara merdu hmbNya merayu & meluahkan padaNya sebab berapa kali sahaja kita ingat padaNya setiap kali mendapt perihal masalah & berita gembira, tntu manusia juga yang kita ingat & kosikan dahulu dr Tuhan kita. Ingat pesan Allah dalam surah ad-Dhuha

“Tuhanmu tidak meninggalkan kamu & tidak pula menbencimu. & sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagi berlaku daripada dunia…” Surah ad-dhuha. Suka sekali untuk saya ajak afiq baca surah pendek ini. Tolong berikan pada kawan afiq :)

InsyaAllah saya percaya selepas tu bukan sahaja kawan afiq akan dapati betapa kasihNya Allah pada dia selagi afiq sabart tahan godaan tersebut, tapi kawan afiq juga dapat melihat betapa perkara tersebut amat merugikan, mensia-sia kebaikan & amalan kita di dunia malah perkara tersebut hanya lembah kegelapan.

InsyaAllah buat kawan afiq, sabar & kuatkan diri. Takutkan lagi laknat Allah, dalam masa sama dambakan juga kasihNYa yang Mh penyayang. :)


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
[ Telah diedit oleh: muslimah_jun pada 05-05-07 17:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-05-07 14:27


Pada 05-05-07 02:47 , samirah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-05-07 09:15 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,
mungkin afiq boleh lawat posting ni, mungkin ada yang boleh diambil.

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=31&topic=21620&start=45



:-? macam cadangan syemarly tu ok jugak kan?
:-P

Kenapa samirah ? haritu nak hantar posting susulan selepas posting atas tapi tiba-tiba komputer buat hal. dah hantar pun kat atas :)


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-05-07 14:57


saya faham situsi afiq. Syukur Allah kurniakan afiq untuk bantu kawan afiq. Afiq tahu... dengan rasa kasih sayang yang Allah campakn ke dalam hati ssorglah, ssorg itu akan sanggup bersusah payah untuk betulkan saudaranya. Bersyukur afiq sebab antara ramai Allah pilih afiq untuk jadi perantara & bantu hmbNya walaupun sebenarnya Allah tak memerlukan hmbNya tapi pasti ada hikmah juga buat afiq dalam amanah ini. Afiq pun dalam nak bantu kawan tu kena bayak sabar, jangan mudah putus asa, amanah Allah ni kita terima & kita laksanakan mengikut apa yang disyariatkan juga. Jk kita berjaya nanti kita juga Allah sayang & dekat padaNya. :)

saya pernah dengar @ baca, lelaki yang diuji dengan songsang kadang mungkin ada sejarah seperti didikan parents, putus cinta dll, tu wallahua'lam berdasar yang rakan posting page 1 pun ada nyatakan tak silap posting sailormoon yang ustz tu. Ni sekadar saringan, malah dia menjadi maknyah (tertarik pada insan bernama lelaki) & berpakaian seperti wanita. Dia berkawan dengan seorang wanita. satu hari dia ikut kawan dia perempuan balik rmh, & kawan wanita ni langsung tak tahu dia lelaki sebenarnya tersalin baju depan dia. tapi nak bagitau lepas tu baru lelaki ni tahu betapa cantiknya wanita perhiasan yang Allah jadikan ini. maka dia berubah jadi lelaki, sebab apa sangat duduk kejar sesama lelaki & jk tak silap megahwini perempuan tersebut akhirnya. tapi harap janganlah ada lelaki yang tiru buat macam ni ye, tak baik.

Rakan kita ada cadangkan jalinkan hubungan cinta. Mm..bgmn kawan afiq tu dengan afiq? cadangan saya...apa kata afiq ajak dia kawin tapi ikut cara betul seperti khadijah. tak ada janggalnya bagi saya jk perempuan mulakan dulu, lgkan saidatina khadijah mulakan dulu, lagipun untuk selamatka saudara agama kita, tambah boleh juga tmbhkan bilangan umat Islam. :)

apa pun afiq kena banyak-banyak doakan untuk kawan afiq juga, wanita ni bersifat penyayang doanya lagi mudah diterima, juga doa ibu kawan afiq. Apapun saya hmb yang serba kekurangan ni minta ampun jk tersalah harap dibetulkan jua. wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 17:10


Pada 05-05-07 14:27 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-05-07 02:47 , samirah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-05-07 09:15 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,
mungkin afiq boleh lawat posting ni, mungkin ada yang boleh diambil.

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=31&topic=21620&start=45



:-? macam cadangan syemarly tu ok jugak kan?
:-P

Kenapa samirah ? haritu nak hantar posting susulan selepas posting atas tapi tiba-tiba komputer buat hal. dah hantar pun kat atas :)



tidak ada apa-apa muslimah jun... :-D
sama saja,saya pun nak afiq baca dari situ..=)



Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 17:11


Pada 05-05-07 14:27 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-05-07 02:47 , samirah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-05-07 09:15 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,
mungkin afiq boleh lawat posting ni, mungkin ada yang boleh diambil.

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=31&topic=21620&start=45



:-? macam cadangan syemarly tu ok jugak kan?
:-P

Kenapa samirah ? haritu nak hantar posting susulan selepas posting atas tapi tiba-tiba komputer buat hal. dah hantar pun kat atas :)



tidak ada apa-apa muslimah jun... :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 17:13


Pada 05-05-07 13:14 , aafeeq posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

Sahabat-sahabat, heheh...

Hurmm...

"Nekad afiq membantu, memberi sahabat ini cinta, diiringi doa dan nasihat serta teguran membina yang tidak putus..dengan harapan suatu hari nanti, dia benar-benar diizinkan Tuhan untuk berubah ke arah yang lebih baik dan dihilangkan naluri songsang itu selama-lamanya.."

Sahabat-sahabat, cara itu pun telah afiq laksanakan..

Salam..afiq, tak semua yang kita nak boleh dapat..nampaknya dia tidak bersungguh..=’(
Bagaimana pula dia boleh sayang kawan lelaki itu? Apakah yang telah dilakukan oleh kawan lelakinya itu…adakah perhatian dan kisah sayang kawan itu membatasi kasih saying afiq?
Sabarlah…



Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 17:17


Pada 05-05-07 13:14 , aafeeq posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
Kerenggangan ini bukan dari pihak afiq yang wujudkan, tapi dirinya sendiri kerana rasa bersalah amat sangat dan malu terhadap afiq kerana perasaan songsang itu masih wujud dalam dirinya dan afiq masih tetap mahu bersama membantunya...


Perasaan malu sebagai penghalang dia kembali ke jalan yang benar.ini lumrah
Yakinkan dia dengan seyakin-yakinnya....bahawa afiq tidak anggap dia sesuatu yang memalukan…katakan yang afiq benar-benar nak tolong



Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 17:19


Pada 05-05-07 13:14 , aafeeq posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
Sahabat-sahabat, beberapa hari lagi ini, afiq akan pulang ke rumah di Doha, Qatar. Manakala sahabat lelaki afiq ini pula akan mencari kerja dan bekerja. Kami akan berpisah jauh, dan untuk jangka masa yang lama. Mungkin, sewaktu konvokesyen nanti baru boleh berjumpa. Jadi, dapatkah kalian bayangkan apa yang merisaukan hati afiq kini, walau kita memang sentiasa tahu bahawa Allah sentiasa ada bersama??

=j


Kalau sudah begitu…saya cadangkan afiq tulis ..
Tentang nasihat-nasihat dan ayat2 yang menyatakan balasan Allah naluri songsangnya dengan berhikmah.
Tak usahlah risau bangat..

Marcus Aurelius salah seorang kaisar Rom yang bijaksana berkata â€aku akan menghadapi orang2 yang banyak bercakap, yang mementingkan diri sendiri, dan hanya cinta pada diri mereka sendiri tetapi aku tidak terperanjat dengan itu semua. Sebab aku tidak pernah membayangkan alam yang tidak ada manusia seperti merekaâ€
–dipetik dr buku lah Tahzan

â€Sesungguhnya Allah telah menetapkan ketentuan-ketentuan atas makhluk-makhluknya 50 tahun sebelum mereka diciptakanâ€
(Hadis Nabi)

Wallahu ’alam



Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 05-05-07 17:21


ana ramai jugak kenalan yang macam kenalan afiq ni...
saya cadang kan afiq terus berusaha dan terus bertawakal untuk membantu rakan afiq tu..
jangan risau yang penting afiq teruskan usaha dan sentiasa berdoa kepada Allah swt..insyaAllah dia akan berubah jikalau dia melihat kesungguhan afiq untuk menolong dia...

:-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

aafeeq
Warga Rasmi
Menyertai: 29.05.2006
Ahli No: 24582
Posting: 8
Dari: Doha,Qatar

qatar   avatar


posticon Posting pada: 06-05-07 14:38


Assalamualaikum wbt...

Jazakumullahu khairan kathira...

Semoga Allah merahmati kalian semua...

Sungguh, afiq sangat tersentuh dengan keperihatinan, kesensitifan dan respon daripada kalian...

Ucapan terima kasih dan doa hanya Afiq mampu balas buat jasa kalian...

Sungguh, segala maklum balas, tindak balas, saranan, perhatian daripada kalian, memberi manfaat dan kekuatan untuk afiq...

Bersyukur kepada Allah, kerana semua ini datang dariNya jua...

Diharap, jika ada apa-apa yang mahu dikongsi dan diperkatakan kepada afiq, teruskanlah...

Afiq sangat bersedia untuk mengetahui dan berkongsi...

A'sif ye...afiq kesuntukan masa untuk selalu online...

ini nombor telefon afiq...

012-4908069

walaupun afiq akan balik ke Doha, masih boleh hubungi afiq melalui nombor ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aafeeqProfil   Hantar PM kepada aafeeq   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-05-07 15:39


bila agaknya afoq nak balik doha tu? afiq...solat lah istiqoroh....berterusan hingga 7 kali ke, sebaiknya diiringi puasa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 07-05-07 20:51


bagaimana afiq boleh dok d doha..? ayah duta kat sana ka..? atau mak sambung study sana..? atau kampung halaman di sana..? atau..atau...atau...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

aafeeq
Warga Rasmi
Menyertai: 29.05.2006
Ahli No: 24582
Posting: 8
Dari: Doha,Qatar

qatar   avatar


posticon Posting pada: 07-05-07 22:23


Assalamualaikum...

Abi bekerja di sana..dengan syarikat qatar petroleum..baru setahun setengah pindah ke sana..afiq belajar di malaysia..bercadang menyambung pelajaran di sini sahaja juga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aafeeqProfil   Hantar PM kepada aafeeq   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11863 saat. Lajunya....