Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 222
Ahli: 0
Jumlah: 222




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 38 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Majoriti lebih besar: BN kekalkan kerusi DUN Ijok


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Majoriti lebih besar: BN kekalkan kerusi DUN Ijok

Please Mendaftar To Post


Oleh Majoriti lebih besar: BN kekalkan kerusi DUN Ijok

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 00:25


Majoriti lebih besar: BN kekalkan kerusi DUN Ijok

KUALA SELANGOR 28 April — Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok dengan majoriti 1,850 undi apabila calonnya, K. Parthiban menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada pilihan raya kecil itu hari ini.

Kemenangan BN itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Haris Kassim di pusat penjumlahan undi di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai di sini, kira-kira pukul 8.40 malam ini.

Parthiban, 39, bekas guru dan Setiausaha MIC Tanjung Karang, Selangor memperoleh 5,884 undi, manakala Abdul Khalid, 61, tokoh korporat dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperoleh 4,034 undi.

BN juga berjaya meningkatkan majoriti undi pada kali ini berbanding majoriti 1,649 undi pada pilihan raya umum 2004.

Pengalaman bertanding dalam pilihan raya itu juga adalah pengalaman pertama bagi kedua-dua calon.

Sebanyak 10,052 orang atau kira-kira 81.88 peratus daripada 12,272 pemilih telah mengundi mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang ini di sembilan pusat pengundian yang menyediakan 28 saluran pengundian.

Pilihan raya kecil Ijok juga mencatat peratusan keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah pilihan raya kecil yang pernah diadakan di negara ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk K. Sivalingam, 59, dari BN pada 4 April lepas di Chennai, India, akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2004, Sivalingam menang dengan kelebihan 1,649 undi mengalahkan calon PKR, Abdol Rahman Moharam, dan calon Bebas, Mohamed Shariff Nagoorkani.

Pemilih berdaftar di DUN Ijok terdiri daripada 51 peratus kaum Melayu, 28 peratus India dan 21 peratus Cina.

Daripada 12,272 pengundi, sebanyak 39 orang adalah pemilih pos.

Kawasan DUN Ijok yang merupakan kerusi tradisi MIC sejak 1990, merupakan antara kubu kuat BN.

Ini adalah cubaan kedua PKR untuk merebut kerusi itu selepas pilihan raya umum 2004.

KEPUTUSAN dan.11 IJOK (Pengundi: 12,272)

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM (PKR): 4,034 undi

K. PARTHIBAN (BN): 5,884 undi

Jumlah mengundi: 10,052

Peratus: 81.88

Undi rosak: 134

Majoriti: 1,850

Undi tidak dikembalikan: 143

Penyandang: Datuk K. Sivalingam (BN)

Undi diperolehi (2004): 5,213

Majoriti: 1,649 - Bernama


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 00:29


maknanya orang melayu sana pangkah orang india lah. isk isk isk


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 29-04-07 03:47


assalamualaikum...

mengundi adalah hak individu...terpulang pada individu nak undi yang mana...tapi carilah yang terbaik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-04-07 07:24


BN kotor...hati busuk...rasuah pembangunan, ugut dengan pembangunan..hmmm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 07:44


Macam mana ni..penduduk ijok yang majoritinya Melayu lebih mempercayai org bukan MUSLIM..
Bersetongkol dengan mereka bermakna pengundi2 juga akan mendapat "share" di akhirat kelak..tau2 saja lah ye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 07:47


Ada dengar2 haritu..Najib akan potong jari kalau BN kalah..
Yakinnya dia...ada pengundi hantu agaknya..
WALLAHUALAM...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

sir_jab
Warga Rasmi
Menyertai: 31.03.2007
Ahli No: 29398
Posting: 2
Dari: sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 29-04-07 08:39


bukan takat hantu....budak 8 tahun pun boleh mengundi...cuba cek dalam web ustaz.zaharudin

Bookmark and Share

    


  Member Information For sir_jabProfil   Hantar PM kepada sir_jab   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 08:52


demokrasi malaysia memalukan , spr memalukan , insaflah wahai pemimpin malaysia..jika rakyat tidak dapat menunaikan dan menuntut hak mereka secara adil , mereka akan guna saluran lain yang boleh memberi mereka keadilan walaupun terpaksa melanggar undang-undang ,



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

sof_wan88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28277
Posting: 127
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 09:08


macam mana tak boleh menang...
asik dia saja yang keluar kat tv...
pebangkang tek ada langsung....

inilah demokrasi kat malaysia,
demokrasi berat sebelah namanya...

huhuhuhu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sof_wan88Profil   Hantar PM kepada sof_wan88   Quote dan BalasQuote

rozram
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7074
Posting: 16
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 10:10


:). betul jugak....kekadang bila kita check quran balik ..BN guna pendekatan macam lah Firaun . sokmo kena sogok dengan pembangunan. zaman firaun dulu dengan tali air, rezeki, nyawa dll tapi sekarang ni dengan jalan raya, bangunan dll.....

isk isk isk ..sedihnya..bilalah rakyat Malaysia nak sedor,, .

Bookmark and Share

    


  Member Information For rozramProfil   Hantar PM kepada rozram   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 29-04-07 10:38


Dah agak BN akan menang... pengundi hantu saja dah 2 bas.. tu belum tau tektik kotor yang lain.. hairan betul lah .....

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 11:30


nak cerita pengalaman ana sikit, pergi merayu undi untuk calon KEADILAN di Ijok haritu. memang kami ni dilarang masuk kampung2, nak masuk rumah2 tertentu memang tak dibenarkan sama sekali, ada kes, penggerak pilihanraya yang dipukul. punyelah gangster.. wanita-wanita BN pun bukan main lagi garangnye. sedih , hak demokrasi dinafikan.
melihatkan kesungguhan dan kegarangan mereka, dalam hati ana terdetik, wah.. mereka ni ada semangat juang yang tinggi. "sami'na wa ato'na " sungguh. bagus kalau sifat juang dan kegarangan dalam hati mereka digunakan untuk membela agama Allah, sptmana Umar al Khattab.

ana rasa sedih bila ada sekali tu, kami pergi satu rumah, cakaplah dengan tuan rumah..pilihlah org yang selayaknya untuk mempimpin, ulil amri dr kalangan org islam. sekarang inilah masa untuk buat perubahan" selepas itu adalah seorang hamba Allah balas balik " nak berubah apa"? tak kenang budi ke? tokey yang bagi kita macam-macam, nak apa lagi?

kat sini nampak sangat yang mereka anggap BN yang dah banyak berjasa, bagi itu ini.. tapi mereka tak sedar.. apa yang mereka dapat tu semua hasil dari duit rakyat jugak. tak ada sesuatu pun yang mutlak datang betul-betul dr kerajaan, yang mutlak, semuanya datang dr Allah. kalau ada hujah kata UMNO yang banyak berjasa membebaskan tanah air dr penjajah. kalau singkap balik sejarah..hakikat sebenarnya orang-orang alim ulama kita yang nakkan Islam tertegak itulah yang banyak berjasa, bergadai nyawa demi mempertahankan agama dan negara..

jadi tak timbul istilah tak mengenang budi dengan kerajaan yang "banyak berjasa" (kononnya berjasa lah), kerana hakikat yang paling utama.. segala yang kita nikmati ini datang dr Allah, jadi kepada Allah jua yang kita perlu taat dan patuh sesungguh2nya. utamakan hak Allah, itu yang penting sekali

ya Allah tetapkan kami semua dalam hidayahMu, lembutkan hati-hati mereka untuk menerima kebenaran dan semoga Islam akan tertegak di muka bumi Allah ini sptmana gemilangnya syiar islam yang tertegak di zaman salafussoleh. ameen

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 11:33


salam...

kadang-kadang terfikir juga, kenapalah mereka ni tak ada kesedaran.
senang sangat nak pancing undi.
hhmm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-04-07 12:17


Teringat novel Shahnon Ahmad dulu...S*it

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 12:50


Kenapa dengan buku tu izzul_islam? huhu..

pernah baca... macam merepek saja analogi yang dgunakan. (maaflah.. baca masa sekolah rendah masa tu.. :-D )


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 29-04-07 12:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-04-07 13:38


hairan Kenapa sehari before undi TV3 siar ceramah TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM, yang hairan dia minta penduduk undi BN? apa dah jadi??? Malah penduduk ijok yang ditemuramah waktu tu juga minta penjelasan tan sri ni bertanding ke tak@ @ sebelah mana & ada yang cpk dia memang tahu tan sri memang org kuat BN. macam-macam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 13:55


Pada 29-04-07 07:47 , aL-azyM posting:

!!! QUOTE !!!

Ada dengar2 haritu..Najib akan potong jari kalau BN kalah..
Yakinnya dia...ada pengundi hantu agaknya..
WALLAHUALAM...


Saya pun ada tengok dekat TV3 hari tu...Najib kata dia berani potong jari kalau TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM guna duit dia untuk bangunkan Ijok...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-04-07 14:03


Pada 29-04-07 12:50 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa dengan buku tu izzul_islam? huhu..

pernah baca... macam merepek saja analogi yang dgunakan. (maaflah.. baca masa sekolah rendah masa tu.. :-D )



Kena baca time cukup umur lah...memang bahasa dia berbelit2..


-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-04-07 14:05


Pada 29-04-07 13:38 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

hairan Kenapa sehari before undi TV3 siar ceramah TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM, yang hairan dia minta penduduk undi BN? apa dah jadi??? Malah penduduk ijok yang ditemuramah waktu tu juga minta penjelasan tan sri ni bertanding ke tak@ @ sebelah mana & ada yang cpk dia memang tahu tan sri memang org kuat BN. macam-macam...


hmmm...tak tengok sangat tv....meluat ada lah...


-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-04-07 14:13


jangan lah main kotor, kasihan rakyat JIKA ditipu & duit diguna untuk kepentingan tertentu bukan untuk rakyat @ dibazirkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 29-04-07 14:26


Menang ke, kalah ke... Aku tetap makan nasi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-04-07 14:30


Pada 29-04-07 14:26 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Menang ke, kalah ke... Aku tetap makan nasi...

bagusnya...org mana ni?
(he..he..kiasan ni. org ijok cakap: jalok ampun :)


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-04-07 14:49


Pada 29-04-07 14:13 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

jangan lah main kotor, kasihan rakyat JIKA ditipu & duit diguna untuk kepentingan tertentu bukan untuk rakyat @ dibazirkan.


jangan lah main kotor? u have to do something...


-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-04-07 14:54


Pada 29-04-07 14:49 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-04-07 14:13 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

jangan lah main kotor, kasihan rakyat JIKA ditipu & duit diguna untuk kepentingan tertentu bukan untuk rakyat @ dibazirkan.


jangan lah main kotor? u have to do something...

mm..what do u mean by i've to do somthing? ada apa-apa idea yang boleh dikosi?? nak tahu betul ni bout this :-?


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-04-07 15:06


relax2....jangan emosi sangat....yang dah lepas biarkan lah....teruskan strategi untuk yang akan datang ini.

yang pasti....KEADILAN memang dah berakhir di malaysia ini (bukan PKR ok...rasanya PKR tidak mudah putus asa, tak mudah give up)....ya...KEADILAN di malaysia memang dah sampai tahap kronik....tak sabar nak tunggu laporan amnesty international berhubung pilihanraya ijok.

apa-apa pun....pengajaran daripada ijok.....sesiapa lepas ini yang kampungnya, atau daerahnya jalan raya masih tak berturap, tak ada dewan org ramai, tak ada dewan badminton, tak ada gelanggang futsol, tak ada shopping complex....boleh lah bunuh ADUN atau ahli parlimen kawasan masing-masing...sebab lepas itu mereka itu semua mati....confirm kampung anda akan dapat instant development macam mee maggi instant...semua akan bertukar seperti magic, sekelip mata semuanya berubah.

p/s: sesiapa nak tengok keganasan BN, samseng2 BN pukul petugas2 PAS....bolehlah melayari TV online kat Malaysiakini....dapat jugak tengok bagaimana si ezam lari menyelamatkan diri daripada samseng2 BN padahal waktu itu ada saja polis tapi polis buat donno

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-04-07 16:33


eh...naruto-san janganlah sampai cadang ambil nyawa org :) tak betul tu. Topik apa tu dalam 'malaysiakini', banyak sangat tak tau mana 1.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-04-07 16:46


Pada 29-04-07 15:06 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

relax2....jangan emosi sangat....yang dah lepas biarkan lah....teruskan strategi untuk yang akan datang ini.

yang pasti....KEADILAN memang dah berakhir di malaysia ini (bukan PKR ok...rasanya PKR tidak mudah putus asa, tak mudah give up)....ya...KEADILAN di malaysia memang dah sampai tahap kronik....tak sabar nak tunggu laporan amnesty international berhubung pilihanraya ijok.

apa-apa pun....pengajaran daripada ijok.....sesiapa lepas ini yang kampungnya, atau daerahnya jalan raya masih tak berturap, tak ada dewan org ramai, tak ada dewan badminton, tak ada gelanggang futsol, tak ada shopping complex....boleh lah bunuh ADUN atau ahli parlimen kawasan masing-masing...sebab lepas itu mereka itu semua mati....confirm kampung anda akan dapat instant development macam mee maggi instant...semua akan bertukar seperti magic, sekelip mata semuanya berubah.

p/s: sesiapa nak tengok keganasan BN, samseng2 BN pukul petugas2 PAS....bolehlah melayari TV online kat Malaysiakini....dapat jugak tengok bagaimana si ezam lari menyelamatkan diri daripada samseng2 BN padahal waktu itu ada saja polis tapi polis buat donno


tak payah bunuh...kasi taruk racun tikus ke, kasi methadone ke, Tak lah kecoh nanti sangat.. :-P :-P


-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-04-07 16:52


Pada 29-04-07 16:33 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

eh...naruto-san janganlah sampai cadang ambil nyawa org :) tak betul tu. Topik apa tu dalam 'malaysiakini', banyak sangat tak tau mana 1.


hehe...tak mengapa agaknya kat malaysia ini...bunuh pemimpin bagi mendptkan kemajuan....alaa....kan Malaysia Boleh!!!....Bolehland!!!

nak tengok TV or video kat malaysiakini...anda kena sign up dulu....kena ada account sendiri...lepas itu...masuk saja kat mana-mana report berkaitan Ijok yang ada tulis VIDEO INSIDE.

wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 29-04-07 16:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 16:54


Pada 29-04-07 16:46 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!


tak payah bunuh...kasi taruk racun tikus ke, kasi methadone ke, Tak lah kecoh nanti sangat.. :-P :-P




heheh...macam dalam filem pulak... :-D


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

rie_boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26704
Posting: 133
Dari: upm bintulu,sarawak

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-04-07 17:31


HEHEHE...BOLEH JUGAK tengok kat MALAYSIAKINI..kat DALAM TV PUN BUKAN NAK TUNJUK begitu PUN...main-main BODEK adalah YANG BURUK PASAL mereka TAK NAK TUNJUKKAN..TUNJUK BAIK saja...NI KEADILAN YANG DIPERJUANGKAN...ISH2 DAH KRONIKNYA POLITIK kat MALAYSIA NI...BILA ADUN MATI SIBUK NAK SUMBANGKAN PEMBANGUNAN BILA TAK MATI BUKAN MAIN DIAM saja....APEKEHELLAH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rie_boyzProfil   Hantar PM kepada rie_boyz   Quote dan BalasQuote

AinulYaqan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2007
Ahli No: 28907
Posting: 102

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 17:36


hu, hu betullah.ciannya kat negara kita ni yang kononnya mengamalkan 'demokrasi' :oops:

Bookmark and Share

    


  Member Information For AinulYaqanProfil   Hantar PM kepada AinulYaqan   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 18:01


Tan Sri Khalid lepasi ujian gentir
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sun | Apr 29, 07 | 05:02:09 PM

(Warkah tazkirah buat Tan Sri)

MENEMUI Tan Sri Khalid Ibrahim dengan segala doa dan limpah kerahmatan dariNya.

Tan Sri,

Baru agak sebentar Tan Sri cuba untuk berjinak-jinak dengan dunia pembangkang dan Tan Sri sudah dapat merasai pahit gigitannya. Kami sudah puluhan tahun dijeruk dalam tempayan penderaan ini. Cukuplah Allah yang menjadi saksinya.

Advertisement

Usahkan kita nak bercakap soal pembelaan Islam dan umat Islam, membela nasib bangsa Melayu melalui demokrasi sekali pun, kita akan menyaksikan satu laluan berhalang yang teramat sukar.

Apa yang menyayatkan hati lagi ialah ia hampir sah sengaja dilakukan. Ini cukup dapat disaksikan dalam plihan raya kecil di Ijok baru semalam.

Dalam konteks demokrasi, rugi sangatkah jika Dewan Undangan Negeri Selangor memberi ruang kepada minoriti pembangkang? Hatta, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah menegur tentang ‘tidak betulnya’ sesebuah sistem berkerajaan jika kerajaan yang di pilih(?) itu terlampau-lampau kuat.

Tanpa sebuah kerusi pun yang dibenarkan, maka siapa agaknya yang mampu menyemak parti yang membentuk kerajaan itu dari melakukan kesilapan? Beliau seorang tokoh bergelar Tan Sri dan bukan sebarang budak kampung yang biasa.

Dalam hal ini, mungkin sangat bermanafaat kita merenungi maksud ayat Allah SWT mengenai tiga orang Rasul yang dibunuh oleh kerajaan yang zalim kerana mengamalkan sikap enggan menerima nasihat.

Ini kebenaran sejarah dan tercatat sendiri di dalam al-Quran. Ia berbunyi, “Utusan-utusan itu berkata: kemalangan itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah sekadar jika kamu diberi peringatan (kamu bernasib malang)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas.“ (Surah Yasin Ayat 19).

YBhg. Tan Sri,

Pada saya, pilihan raya kecil Ijok sebenarnya semacam kesempatan. Kesempatan itu semacam diatur oleh Allah SWT untuk memberi peluang kepada pemimpin Umno dan seluruh warga pengundi Ijok untuk memperbaiki semula dasar angkuh Selangor yang menolak Islam dan sekali gus doktrin demokrasi berbunyi “pembangkang sifar”.

Tak bolehkah Ijok sekadar dibiarkan kerusinya untuk pembangkang. Maksud saya, bukan diberi percuma sebegitu tetapi dipertandingkan dengan cara yang sihat.

Ini, sampai membawa bala tentera polis dan FRU yang beribu-ribu. Mengugut pengundi di sana sini. Amalan gangsterisme. Ada tertangkapnya dua bas yang disyaki membawa pengundi hantu dari Perlis.

Curahan peruntukan raksasa yang melebihi RM36 juta. Ini demokrasi atau apa? Tak mungkin Umno tak faham betapa semua amalan ini adalah perbuatan kontra demokrasi yang terkutuk dan hina sehina-hina!

Jika saya dibenarkan menggunakan ‘pisau tumpul’ untuk memotong di ketika ini maka saya akan mengatakan yang pemimpin-pemimpin Umnolah yang selama ini bertanggungjawab mengeraskan hati rakyat Malaysia dari menerima kebenaran Allah.

Jika calon KeADILan kita menang sekali pun, apa sangatlah yang kurangnya Selangor itu. Sehabis kuat, Tan Sri Khalid kita akan hanya bertazkirah, menegur dan berpesan-pesanan darihal kebaikan.

Selaku seorang yang berkepakaran di bidang ekonomi dan korporat, tentu sekali penguasaan ilmu Tan Sri adalah aset yang sangat besar untuk dikongsikan oleh Selangor dalam konteks mendengar pandangan kedua dari arah yang sedikit berlainan.

Ini tentu akan mencetus satu proses ‘check and balance’ yang sihat untuk membela nasib orang Melayu, orang Islam, non-Islam dan umat manusia pada amnya.

Cuba pemimpin Umno buat perbandingan sedikit dengan apa yang sedang berlaku di White House hari ini. Lapan calon Demokrat telah sebulat suara mengutuk Presiden Bush berhubung dasar beliau di Iraq.

Ini berikutan daripada kekalahan pihak Republikan di tangan Demokrat yang semakin menyisihkan Bush.

Bahkan, dalam perbahasan kempen pertama disiarkan menerusi televisyen sebelum pemilihan Presiden 4 November 2008, calon Demokrat membidas pentadbiran Bush kerana terus menghantar beribu-ribu askar AS dan membelanjakan berbilion-bilion dolar untuk kempen Perang Iraq yang menuju kegagalan.

Berita ini ada dalam semua akhbar pada 28 April 2007. Nah, kita boleh lihat bagaimana berbeda sekali amalan demokrasi di tempat orang berbanding dengan di tempat kita.

Di peringkat ini, saya tidak perlulah menghukum betapa kunonya kita sebab Tan Sri sendiri, seluruh penduduk Ijok dan rakyat Malaysia pada amnya telah sempat menyaksikan segala adegannya. Ia jelas sebuah demokrasi olok-olok di mana Islam diperolok-olokkan.

Jika mulialah apa yang dilakukan kerajaan Umno di Ijok itu, Kenapa tidak dibenarkan mana-mana pasukan pemantau pelaksana demokrasi peringkat dunia untuk menjadi saksi.

Sebenarnya, kita telah tersalah memakaikan lencana dacing yang bersimbolkan keadilan dunia dan demokrasi ke dada pemimpin Umno. Rupanya, mereka cuma berwajah demokrasi tetapi berjiwa ‘komunis’.

Mereka boleh dikatakan hampir kering kontang dari segi nilai iman dan hari pembalasan di akhirat. Itulah Tan Sri; apa yang mungkin saya boleh simpulkan.

Pemimpin Umno perlu ingat bahawa segala yang dilakukan di Ijok itu ada divideokan oleh Allah SWT. Jangan ingat, pihak Special Branch (SB) dan polis rahsia Umno sahaja yang membuat rakaman.

Bahkan, mereka perlu di ingatkan dengan ayat Allah yang bermaksud, “pada hari di ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakan Nya, kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpul (mencatat) amal perbuatan (dan aktiviti) itu, padahal mereka melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. (Surah Al-Mujadalah Ayat 6).

Tan Sri,

Saya sekadar berpesan kepada Tan Sri. Saya cuma mengambil kesempatan untuk bertazkirah melalui surat terbuka ini untuk dibaca oleh semua. Tahniah jua dari saya di atas keberanian dan ketabahan Tan Sri untuk mengharungi ujian yang getir ini.

Lagi pun, mengikut bacaan, undi di Ijok untuk PKR sudah bertambah sebanyak 471 undi. Syabas saya ucapkan. Sesungguhnya, kerja memikul kebenaran ini adalah satu tugas berat.

Hanya Nabi-Nabi, Rasul-Rasul dan para anbiya’ yang diikuti oleh pejuang-pejuang seperti kita termasuklah seperti Tan Sri yang mampu memikulnya, InsyaAllah. Pantang berundur. Kuatkan semangat. Seorang mukmin adalah seorang yang tidak pernah kenal erti kecewa dan putus asa. Wallahua’lam. - /mj

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 18:28


teringat perjuangan ikhwan di mesir & di turki.....
lebih teruk dari malaysia.......

teruskan prjuangan menegakkan HAQ.....mintalah pertologan allah dengan solat & sabar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 18:33


yang buka isu altantuya tak kena tempat tu buat apa.

Kenapa bang nuar ibrahim tak kritik pun pengaruh menantu perdana menteri,ataupun memana keputusan kerajaan pimpinan paklah sekarang?

dulu semua kerajaan buat pakat bangkang.sekarang Kenapa tak berani bangkang.isu jambatan bengkok,ECM Libra,penjualan pantai hospital,pengaruh keluarga Paklah dalam kerajaan Malaysia,indeks rasuah yang makin meningkat,pengaruh singapork dan banyak lagi,Kenapa tak mahu kemukakan.

Kenapa tak kemukakan isu yang jelas merugikan Malaysia?tetiap minggu ada saja full statement Lee Kuan Yew dalam akhbar Malaysia.padahal ini Malaysia bukannya Singapork.janganlah sampai Malaysia ni nanti bakal jadi negeri dalam Singapork.

Tan Sri Khalid kantoi pasal ada orang ambil gambar dia tuang arak kat pengundi cina.bang nuar ibrahim pula sempat berjoget dulu dengan datuk nalla.

Allah uji dengan berlaku pergolakan di selatan Thai pun bukannya Kelantan nak tolong.kata nak tegakkan Islam.Kenapa tiba-tiba takut pula dengan kawasan persempadanan negara?sekurangnya adakan rundingan diplomasi pun cukupla.Nak tegakkan Islam ke nak tegakkan Pas?
macam mana nak harapkan pembangkang?


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 29-04-07 20:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 20:27


Pada 29-04-07 18:33 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

Allah uji dengan berlaku pergolakan di selatan Thai pun bukannya Kelantan nak tolong.kata nak tegakkan Islam.Kenapa tiba-tiba takut pula dengan kawasan persempadanan negara?sekurangnya adakan rundingan diplomasi pun cukupla.Nak tegakkan Islam ke nak tegakkan Pas?
macam mana nak harapkan pembangkang?


eh, saudara trouver, pasukan polis dan atm di kelantan bukan milik Pas lah... :lol:

ke anda nak tengok ahli2 pas kena isa semua, macam anak nik aziz tu, masuk perang "jihad" di afghanistan, balik Malaysia kena isa terus... baik betul kerajaan kita ye :roll:

alah, rileks lah, ijok bukan apa sangat, malah ia lebih membuktikan kerakusan kerajaan, kuasa dah cukup besar tapi masih takut sangat dengan pembangkang, kerajaan macam ni takkan kekal lama... ke nak saya potong jari jugak ke, macam kata najib? :lol:

isk, tak berani lah saya... wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 21:23


erm.... ada cerita politik... huhuhu... result nya keaadilan kalah tipis... pepun truskn usaha....(atas pagar malas nak gaduh)
--------------------------------------------------------------------

hidup harus di teruskan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 21:28


ujian Allah, mungkin belum tibe masa untuk kemenangan,
Insya Allah masa akan tiba kelak

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 22:03


Pada 29-04-07 15:06 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

relax2....jangan emosi sangat....yang dah lepas biarkan lah....teruskan strategi untuk yang akan datang ini.

yang pasti....KEADILAN memang dah berakhir di malaysia ini (bukan PKR ok...rasanya PKR tidak mudah putus asa, tak mudah give up)....ya...KEADILAN di malaysia memang dah sampai tahap kronik....tak sabar nak tunggu laporan amnesty international berhubung pilihanraya ijok.

apa-apa pun....pengajaran daripada ijok.....sesiapa lepas ini yang kampungnya, atau daerahnya jalan raya masih tak berturap, tak ada dewan org ramai, tak ada dewan badminton, tak ada gelanggang futsol, tak ada shopping complex....boleh lah bunuh ADUN atau ahli parlimen kawasan masing-masing...sebab lepas itu mereka itu semua mati....confirm kampung anda akan dapat instant development macam mee maggi instant...semua akan bertukar seperti magic, sekelip mata semuanya berubah.

p/s: sesiapa nak tengok keganasan BN, samseng2 BN pukul petugas2 PAS....bolehlah melayari TV online kat Malaysiakini....dapat jugak tengok bagaimana si ezam lari menyelamatkan diri daripada samseng2 BN padahal waktu itu ada saja polis tapi polis buat donno

hehehe.... cara untuk majukan kawasan anda. :-)


depa ni kata adil teruk lah adil ganas lah. padahal, depa lagi teruk.
sahabta ana beritahu ada seorang masuk ICU dan seorang lagi kena 6 jahitan di kepala akibat dari "dibelasah" samseng2 BN(PEKIDA).

hhmm...


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-04-07 22:17


tak apa....buat semua pendokong BA...teruskan usaha berdakwah kepada masyarakat ke arah kebaikan...jang putus asa...

kita tau SPR kepunyaan mereka...SPR kuda tunggangan mereka...

xperlah...nanti Allah akan tunjukkan satu satu pada mereka...

mereka lupa TIADA YANG KEKAL DALAM DUNIA NI MELAINKAN ALLAH,ISLAM DAN KEADILAN...

ALLAHU AKBAR!!!
REFORMASI!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.143646 saat. Lajunya....