Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 237
Ahli: 0
Jumlah: 237




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 17 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: KEMANDULAN


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» KEMANDULAN

Please Mendaftar To Post


Oleh KEMANDULAN

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 03:46


Kemandulan adalah suatu fenomena yang biasa berlaku dikalangan yang baru berkahwin.
FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN ISTERI


Salur fallopio tersumbat.
Tidak subur.
Telur tidak baik.
Peredaran haid tidak teratur.
Haid terhenti atau tidak ada langsung. Haid terlampau lama.
Sakit setiap kali kedatangan haid.
Keputihan yang serius.
Pendarahan di utrin.
Radang pada dinding rahim.
Fibroid.
Tidak ada nafsu seks.
Kesan sampingan ubat perancang atau mana-mana ubat panas atau jamu yang dimakan kerana tujuan tertentu sehingga merosakkan rahim atau menjejaskan tahap kesuburan wanita.


Namun begitu 40 peratus dari masalah kemandulan di negara ini berpunca daripada pihak lelaki atau suami. Kajian telah membuktikan bahawa puncanya adalah dari masalah air mani. Kemungkinan untuk isteri hamil adalah kurang jika air mani dari pihak suami kurang dan berkemungkinan juga tidak berkualiti. Untuk pasangan yang berkahwin dalam lingkungan umur di bawah 30 tahun, anda perlu berjumpa pakar hanya setelah isteri tidak hamil dalam jangka masa setahun setengah. Manakala pasangan yang berkahwin 30 hingga 35 tahun, anda perlu berjumpa pakar setelah setahun isteri masih belum hamil. Bagi mereka yang berkahwin lebih dari 35 tahun, setelah beberapa bulan berkahwin dan isteri masih belum hamil, anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar segera.

FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN SUAMI
Antara punca lelaki kurang subur: Kemungkinan semasa kanak-kanaknya dia pernah menjalani pembedahan sehingga meninggalkan kesan pada sistem kelaminnya. Atau mungkin juga kerana alah dengan penyakit lelah atau beguk. Lelaki yang suka mandi air panas juga mungkin mendapat masalah ini. Memakai seluar ketat. Berat badan yang berlebihan. Duduk setempat yang agak lama seperti memandu berjam-jam atau berhari-hari menyebabkan zakar terdedah kepada haba panas lalu menjejaskan kualiti air mani. Merokok melebihi 20 batang sehari. Kerap mengambil alkohol atau arak Selalu melakukan kerja-kerja berat.

RAWATAN YANG PERLU DIAMBIL
Pakar atau doktor akan memeriksa buah zakar untuk memastikan saiz, perbezaan dan sebarang perubahan serta memeriksa kedudukan zakar sama ada normal atau tidak. Kemudian pemeriksaan terhadap air mani pula akan dijalankan. KAEDAH RAWATAN Memberhentikan punca-punca di atas iaitu berhenti merokok, tidak mengambil alkohol atau arak, kurangkan kerja berat, kurangkan berat badan, jangan memakai seluar dalam atau seluar ketat dan elakkan dari mandi menggunakan air panas. Anda juga digalakkan mengambil antibiotik dan suntikan hormon. Air mani lelaki yang sedikit walau bagaimanapun masih mempunyai sperma, doktor akan mengambil contoh air maninya dan akan dirangsangkan ke dalam ovari isteri waktu suburnya. Menjalankan kaedah IVF. Doktor akan mengambil sperma suami yang kurang aktif dan disenyawakan dengan telur isteri di dalam makmal untuk membentuk embrio sebelum dimasukkan ke rahim isteri. Kaedah ICSI. Doktor akan mengambil benih isteri dan disenyawakan dengan sperma kemudian disuntik semula ke dalam rahim isteri.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

hol_mes224
Warga Rasmi
Menyertai: 21.05.2006
Ahli No: 24471
Posting: 17
Dari: Malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-05-07 02:28


"Kemandulan adalah suatu fenomena yang biasa berlaku dikalangan yang baru berkahwin"

mungkin doktor_kampung salah tulis. mereka sedar bila da kahwin, tapi menjadi mandulnya tak ada lah biasa berlaku masa baru kahwin. sebelum tu, atau mungkin da lama berlaku.

macam yang anda baca diatas dalam...

"FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN SUAMI
Antara punca lelaki kurang subur: Kemungkinan semasa kanak-kanaknya dia pernah menjalani pembedahan sehingga meninggalkan kesan pada sistem kelaminnya. Atau mungkin juga kerana alah dengan penyakit lelah atau beguk. Lelaki yang suka mandi air panas juga mungkin mendapat masalah ini. Memakai seluar ketat. Berat badan yang berlebihan. Duduk setempat yang agak lama seperti memandu berjam-jam atau berhari-hari menyebabkan zakar terdedah kepada haba panas lalu menjejaskan kualiti air mani. Merokok melebihi 20 batang sehari. Kerap mengambil alkohol atau arak Selalu melakukan kerja-kerja berat. "

...........kalau anda perasan banyak ada sebut mengenai haba. memang benar, antara sebab mengapa testis org laki berada diluar adalah kerana ia memerlukan suhu yang lebih rendah dari suhu badan untuk berfungsi dengan normal. Biasanya spermatogenesis berlaku pada suhu kurang 3-4 darjah celcius dari suhu badan, 37. peningkatan suhu akan perencat proses penghasilan sperma ini dan mengakibatkan kemandulan. Sama juga seperti memakai seluar ketat atau spender ketat. Bila ketat, skrotum (yang mengandungi testis) akan menyentuh permukaan bawah badan (perineum), dan mengakibatkan kenaikan suhu. begitu juga dengan duduk berjam-jam. Haba akan berkumpul di celah kangkang.

Namun, hal ini sebenarnya adalah reversible. Jika da tak pakai seluar ketat atau pakai kain pelekat tak pakai spender atau2 duduk bawah aircond atau apa-apa saja lah yang boleh menyebabkan skrotum bebas dr bersentuhan dengan badan atau menjadi sejuk semula, proses spermatogenesis boleh berlaku semula seperti biasa.

so agak2 nak menghasilkan zuriat, kurang2 kan lah pakai yang ketat2, atau tak pakai spender saja. Just nak make sure penghasilan sperma adalah maximum.

=]

Bookmark and Share

    


  Member Information For hol_mes224Profil   Hantar PM kepada hol_mes224   Pergi ke hol_mes224's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 23:08


rasanya sekarang ni dah tak guna istilah mand*l tu kan...sekarang ni guna masalah kesuburan kan... kalau tak silap anis lah... pernah diberitahu seseorang...



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 27-11-07 21:55


Pada 26-11-07 23:08 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

rasanya sekarang ni dah tak guna istilah mand*l tu kan...sekarang ni guna masalah kesuburan kan... kalau tak silap anis lah... pernah diberitahu seseorang...



tadi baru dengar kat berita pasal kemandulan bahasa melayu??pun guna istilah tu :sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 30-11-07 11:26


saya nak buat pembetulan...benih bukannya datang dari zakar...tapi dari testis...sebab tu saya suka pakai ken pelekat tanpa underwear..elok 4 kesuburan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-11-07 13:09


salah satu penyebab juga adalah...

berat badan yang berlebihan...
bila ini berlaku.. ketidak seimbangan hormon dalam badan.. mana adakala terlebih hormon.. seperti hormon lelaki di dalam badan wanita.. apabila ini berlaku, maka telur yang di bentuk di dalam ovary tidak akan membesar dan ditetaskan. ia akan berkumpul membentuk cyst di dalam ovary.

kelebihan hormon lelaki ini boleh dilihat dr misai yang tumbuh di muka, pelebatan bulu badan dan keguguran rambut yang banyak. untuk kepastian, sebelum membuat pemeriksaan dr, digalkkan untuk mebiarkan rambut di badan tumbuh dalam 3-4 hari sebelum temujanji dr. dan orang-orang yang mengalami masalah ini juga selalunya akan mengalami masalah ketidak hadiran period dalam j/k masa yang agak lama (3-6 bulan sekali)

satu cara untuk menyeimbangkan hormon adalah dengan menurunkan sekurang2nya 10% dari berat badan asal. pengambilan metformin dalam j/k masa 6 bulan juga dapat membantu di samping pengfambilan clomid dalam 3 cycle period..dan tidaks sepatutnya lebih dari tu ( dengan pemerhatian dr)

jika tidak, langkah kedua juga boleh diambil dengan melakukan sedikit tebukan pada ovary, proses IUI dan IVF(langkah terakhir.)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

nafisah
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 48
Posting: 442
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 30-11-07 14:16


ada tak sesiapa kat sini dah lama berkawen tapi tak dapat zuriat? atau pun lambat dapat zuriat? ada tips tak? mungkin boleh share dengan kawan-kawan yang lain. pergi berurut ke, makan apa-apa ke... just nak tau lah :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-11-07 15:40


kakak saya tahun pertama kahwin dah mengandung anak pertama..tapi sekarang anak dia dah 9 tahun belum dapat lagi yang seterusnya..

nak sangat lagi anak kakak saya cakap dia makan ubat subur dan pergi berurut..

tahun lalu dia mengandung kembar..tapi keguguran..

kemudian dia rajin buat pemeriksaan kesuburan..doktor kata dia tiada masalah kesuburan..

agaknya tiada rezeki atau pun sebab suami dia kuat merokok


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 21:30


Pada 30-11-07 14:16 , nafisah posting:

!!! QUOTE !!!

ada tak sesiapa kat sini dah lama berkawen tapi tak dapat zuriat? atau pun lambat dapat zuriat? ada tips tak? mungkin boleh share dengan kawan-kawan yang lain. pergi berurut ke, makan apa-apa ke... just nak tau lah :)


kalau ikut dr....

selepas 6 bulan berkahwin.. still tak ada apa-apa.. disarankan untuk buat pemeriksaan.. suami & isteri. untuk kaji sebarang masalah yang wujud...(silap cara.. ada penyakit.. dll)

urut, makan jamu.. boleh.. tapi tak digalakkan.. sebab takut2 akan lebih memudaratkan... sebab sekranag terlalu ramai yang mengurut.. namun tak semua mengamalkan kaedah mengurut yang betul.. dan hal mengurut ni.. ada yang kata sekian masa, ada yang kata sebaik masa.. jadi kita kadang jadi haru biru, entah yang mana patut dipercaya.

tentang pemakanan herba tradisional.. sebaiknya ambil dr yang bertauliah.. ada sekadar menjual.. tapi tak tahu pengaturan makan / pengunaan yang betull- sama sahaja prescription pada yang teruk masalah / kurang masalah.

ok juga kalau nak mencuba perubatan homeopati... (dr nik omar - antara yang di cadang)

apapun.. segalanya ini bergantung kepada kemampuan kewangan.....yang bukan sikit-sikit :bunga: :bunga:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 03-12-07 07:06


tajuk yang agak sensitive. erm malas lah nak komen...segan

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 11:47


terima kasih untuk fakta di atas...


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

jiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6966
Posting: 238
Dari: PeRaK

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 13:41


kadag2 kita ada masalah keturunan.....ambik saja anak angkat. ramai juga bila dah ambik anak angkat 2 allah beri rezeki....jangan putus asa teruskan usaha untuk dapatkan anak sdiri...rezeki Allah yang bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For jihaProfil   Hantar PM kepada jiha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 15:24


jiran anis bagi petua,

kalau lambat dikurniakan rezeki cuba amalkan

(mesti diamalkan suami isteri selama 40 hari berurut2 lepas setiap solat fardhu)

# selawat 3 kali

# baca ROBBI HABLI MIN LADUN KA ZURRIYYATAN TOYYIBAH, INNAKA SAMI'UDDU'A' 7 KALI

#kendian tutup dengan selawat 7 kali,


sebab dulu anak dia lambat dapat zuriat, alhamdulillah, lepas amalkan tu. ALLAH kurniakan rezeki buat dia.. :bunga: :bunga: :bunga: :bunga: :kelip: :kelip: :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 15:51


teman doakan supaya teman dapat anak buah yang comey dari Cikgu Anis...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 18:46


Pada 04-12-07 15:51 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

teman doakan supaya teman dapat anak buah yang comey dari Cikgu Anis...


terima KASIH DAENG... terharu anis :cry: :cry: :cry: :cry:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 18:56


kebanyakkannya ialah sebab asalnya faktor pemakanan

sekarang ni makanan dah campur macam-macam...yang kita pulak makan apa sahaja...tak berzat...belum masuk tabiat merokok lagi...


lagi satu faktor gaya hidup....sekarang ni semuanya sibuk, mental dan fizikal tak boleh nak hadapi...letih..macam mana nak "jadi"

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 19:04


cuba bela anak yatim, berikan depa kasih sayang. Sepupu den dulu dia tak dapat anak, kendian bela juga anak yatim, lah ini dah 2 orang anaknya. Mungkin barokah dari membla anak yatim. Tapi bela lah kerana ALlah. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 22:53


yang susah nak 'sangkut'.. & yang bakal mendirikan rumah tangga...
digalakkan untuk mengehntikan pemakanan luar rumah..

kena sedia maklum.. ayam keyepsi kat rumah rasa tak sedap sebab tak ada bahan & perisa tiruan yang banyak...

begitu juga sate goreng sdiri tak guna minyak yang diguna berkali2 macam sate goreng luar...

sesama lah kita ubah cara hidup kita..

** eden juga.. :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-12-07 14:31


akak terjumpa dalam satu forum yang akak sertai...nukilan hati seorang sahabat .. very touching..

BUKTI CINTA KITA

Menanti indahnyer damai kehadiran bersamamu
Meskipun kehadiranmu belum tertulis oleh-Nya
Untuk menjadi panglima yang menang dalam
pertarungan bagi menduduki rahimku ini.
Antara doa & harapan rezeki dari-Nya jua......

Inilah Takdirku
Dalam sendu aku redha...
Hati menangis hanya Tuhan yang tahu.
Sabarlah menanti duhai jiwa..
Namun hati sentiasa memujuk

Dan di hadapan ku terlukis raut wajahmu
Kuharap tubuh mungelmu hari esok
Sambil Tersenyum untuk seribu tahun lagi
Menyinari jiwaku yang kesunyian

Yang pasti aku setia menanti,menanti & terus menanti
Anugerah berharga dari-Mu Tuhan Rabull Izzati
Saat- saat yang seringkali aku impikan bersamamu
Akan aku pahat disanubari sebagai peguat semangatku untuk terus menanti
Kehadiranmu CAHAYA MATAKU........

Kugarapkan puisi buatmu cahaya mataku
Sebagai pengubat jiwaku tatkala hati dirundung sedih.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."

"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-12-07 15:15


Pada 04-12-07 19:04 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

cuba bela anak yatim, berikan depa kasih sayang. Sepupu den dulu dia tak dapat anak, kendian bela juga anak yatim, lah ini dah 2 orang anaknya. Mungkin barokah dari membla anak yatim. Tapi bela lah kerana ALlah. :)


ha'a..betul tu....makin murah rezeki bila ambil anak yatim... :-)
alhamdulillah..semuanya datang dr Allah... :-) :bunga:


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-07-08 18:55


Pada 04-12-07 15:51 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

teman doakan supaya teman dapat anak buah yang comey dari Cikgu Anis...


anak buah daeng otw.. doakan ekkk :-) :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104391 saat. Lajunya....