Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 78
Ahli: 0
Jumlah: 78




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Pengetahuan Am
Topik: Nilai Kasih Ibu..


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Nilai Kasih Ibu..

Please Mendaftar To Post


Oleh Nilai Kasih Ibu..

safiee_iiu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2434
Posting: 339
Dari: 475, felda air tawar 1, 81920 kota tinggi, johor

Johor  


posticon Posting pada: 18-09-03 18:00


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu :-
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00
JUMLAH RM15.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma
JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat
yang ditulisnya.
Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai
Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?"
Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian
ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
Al-Fatihah buat ibu2............


-----------------
cintakan bunga layu, hancur dan musnah
cintakan tuhan kekal buat selama-lamanya




Bookmark and Share

    


  Member Information For safiee_iiuProfil   Hantar PM kepada safiee_iiu   Pergi ke safiee_iiu's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah2311
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1530
Posting: 293

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-09-03 21:49


erm,besarnya pengorbaan seorg ibu...
seorg ibu boleh jaga 10 org anak,tp 10org anak belum tentu dapat menjaga seorg ibu...
fikir fikirkanlah.

-----------------
"Wahai orang-orang beriman!Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala"(At-Tahrim:6)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah2311Profil   Hantar PM kepada mujahidah2311   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-03 04:31


tapi ada gak ibu yang sanggup buang anak dalam tong sampah......dalam semak....baru2 ni ana tengok dalam akhbar.....seorang bayi yang dah tak der tangan....dan kulit terkoyak-koyat....dimakan anjing liar....so dimanakah nilai kemanusiaan..sanggup buat camtu....syukur Alhamdullilah ana ada ibu dan keturunan yang penyayang dan ana dapat tengok alam lagi pada hari ini........

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-09-03 09:16


Jadilah ibu bapa mithali


ASUHAN, BIMBINGAN DAN PENDIDIKAN

BAYI HINGGA MUMAYYIZ

( 1 Hingga 7 Tahun )

PROGRAM 1 : KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Objektif :

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami berada di samping isteri ketika saat-saat isteri hendak bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang buat pertama kalinya akan melahirkan anak .

Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr. Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 14 :



Maksudnya : "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."

2. Azan di telinga kanan dan Iqamah di telinga kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan ditelinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh seorang bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda :



Maksudnya :"Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazakan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a."

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.


3. Membaca surah Al-Qadar dan surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadr di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

4. Membaca surah Al-Insyirah di jari manis dan ditahnikkan.

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (tahnikkan ) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :



Maksudnya : " Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia : "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tarmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya.

5. Melaksanakan tuntutan sempena hari ketujuh.

a.Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya. Rasulullah s.a.w. bersabda :




Maksudnya :"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu maka indahkanlah nama kamu".

Riwayat Abu Daud.


b.Membaca doa ketika memberikan nama anak iaitu:




Maksudnya : "Ya Allah wahai tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepada Mu dan kepada Rasul Mu dan jadikankan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikanlah ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat.Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha pengasih."

c.Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu dengan mengadakan kenduri kesyukuran. Menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh. Rasulullah s.a.w. bersabda :



Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan akikahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya."

Riwayat Abu Daud.


Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

...(sebut nama anak)...


Gesaan Aqiqah .

Rasulullah saw bersabda :



Maksudnya :"Kerjakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu".

Muttafaqun A'laih.

Antara hikmah aqiqah :

i. Membiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.

ii. Melindungi diri dari gangguan syaitan.


d. Bercukur Rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukurrambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan ) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut :

i. Hikmah Kesihatan .

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan , pernafasan dan pendengaran .

ii. Hikmah Kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. ia berkata :



Maksudnya :"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak."

Riwayat Tirmizi dan Abu Daud.


iii. Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya hindu.
Rasulullah s.a.w. bersabda :



Maksudnya :"Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka."

Riwayat Abu Daud.


e. Mengkhatankan anak.


Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :




Maksudnya : " Berkhatan itu sunnah bagi lelaki, kemuliaan bagi wanita".

Riwayat Abu Daud.

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan .

i. Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.

ii. Membersihkan diri dari kekotoran.

6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 233 :



Maksudnya :"Berkhatan itu sunnah bagi lelaki, kemuliaan bagi wanita".

Riwayat Abu Daud.

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan .

i. Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.

ii. Membersihkan diri dari kekotoran.

6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 233 :



Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Imam As-Syafie berkata :

"Sihat atau tidaknya anak itu adalah bergantung samada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan. "

Kelebihan menyusukan Anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T memberi pahala satu kebaikan. Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

hani_fatiha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1111
Posting: 41
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 26-09-03 03:15


Begitu besar pengorbanan seorang ibu...
Kita sepatutnya m'hargai kasih sayang yg. tlh. diberikan oleh seorang ibu..


Syurga di bawah tapak kaki ibu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hani_fatihaProfil   Hantar PM kepada hani_fatiha   Quote dan BalasQuote

sebiru-laut
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.08.2003
Ahli No: 3107
Posting: 61
Dari: sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 04-10-03 10:37




betul la tu....sokong le..tetapi ade juagk anak yg tak ..hiraukan mak bapa kan!!kenapa baH

Bookmark and Share

    


  Member Information For sebiru-lautProfil   Hantar PM kepada sebiru-laut   Pergi ke sebiru-laut's Website   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 12-10-03 12:55


MENGAPA IBU MENANGIS?

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki bertanya pada ibunya...
"Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab,"seebab aku wanita."
"saya tak mengerti ,"kata sianak lagi
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
Nak,kamu memang tak akan mengerti.....

Kemudian si anak itu bertanya kepada ayahnya,
"Ayah,mengapa ibu menangis?"
Sang ayah menjawab,
"semua wanita memang menangis tanpa ada alasan.
Hanya itu jawapan yang bisa diberi oleh ayahnya.

Lama -kelamaan anak itu menjadi remaja dan
tetap tertanya-tanya kenapa ibu menangis.
Pada suatu malam,ia berrmimpi dan mendapat petunjuk
dari
Allah mengapa wanita menangis.

Saat Allah ciptakan wanita,Dia membuat menjadi sangat
penting.
Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh
beban dunia dan isinya.
Walaupun ,bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk
menahan
kepala bayi yang sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat
dari rahimnya.
Dan ,...seringkali pula menerima cerca dari anaknya
sendiri.

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap
bertahan,
pantang menyerah di saat semua orang sudah berputus
asa.
Wanita,Allah berikan kesabaran,untuk merawat keluarganya
walau letih,sakit,lelah tanpa berkeluh kesah.
Allah berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang
untuk
mencintai semua anaknya dalam situasi apapun ,
Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan
hatinya.
perasaan ini menberikan kehangatan kepada anaknya yang
ingin tidur,

Sentuhan lembutnya memberi keselasaan dan ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya
melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya.
Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap
hati dan jantung wanita?
Allah kurniakannya kebijaksanaan untuk menilai
tentang peranan kepada suaminya
Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan
yang diberi kepada suami agar
saling melengkapi dan menyayangi?

Dan akhirnya Allah berikannya air mata
agar dapat mencurahkan perasaannya......
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,
agar dapat digunakan di mana ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita,
walau pun sebenarnya air mata....
Ini air mata kehidupan......


-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 14-12-05 09:15


ya Allah panjangkanlah umur bondaku seribu tahun lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.187557 saat. Lajunya....