Cuba lah baca...sekadar hiburan saja...
cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tak berapa nampak. Aku cari jalan mudah - follow kereta depan, tiba-tiba kereta tu emergency brake. Aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah
pemandu tu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak hairan kerana dimarahi dalam garaj kereta rumah dia .. aku blahhh.
cerita 2
2 ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju keseberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup.
anjingA training habis-habisan, anjingB relaks saja. tiba masanya kedua-duanya pun menyebrang dan anjingB sampai awal dr anjingA, sempat makan lagi. nak tahu Kenapa .. sebab anjing B adalah ANJING LAUT
cerita 3
Seorang guru sedang mengajar di bilik darjah. Guru: Ali, m.a.k.a.dan bunyinya apa?
Ali: makan cikgu!
Cikgu: Bagus Ahmad pula L.E.M.B.U bunyinya apa?
Ahmad: Mooooooooooo ...... Guru: *#***%%%#! #####...
cerita 4
Atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah "Atok buat apa tu"
"Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
atoknya terlopong tak reti nak menjawab.
cerita 5
Romantik betul atuk dan nenek tu makan ayam goreng. atuk makan manakala nenek asyik pandang saja. rupanya nenek tunggu gigi palsu yang atuk guna. (mereka bergilir-gilir ikut giliran)
cerita 6
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba terlepas, jatuh dan berwarna putih, takut dipanggil
penipu, penjual berkata "Tadi merah, pasal jatuh tu lah, dia takut jadi pucat dan putih"
makcik tu pun baling kat muka si penjual.
cerita 7
Sebuah helikopter yang membawa 3 penumpang, juruterbang beserta 2 orang kenamaan, jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat ..
Polis: Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan.
Juruterbang:Mm..entahlah ..tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Jadi, saya matikan kipas. Sedar-sedar, saya kat hospital ......
-----------------
Hiasi Peribadi....