Oleh |
Pembonceng dan penunggang motor terbaik |
UIHR
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2005 Ahli No: 15700
Posting: 89
|
Posting pada: 22-04-07 11:29
Cerita 1 Cerita ini mengisahkan saya yang membonceng motosikal bersama kawan, pada suatu hari,saya hendak pergi ke bandar bersama rakan. Rakan saya yang menunggang dan saya membonceng di belakang, dengan semangat, rakan saya ni membawa motosikal dengan laju, semua kenderaan dipotongnya, kereta, motosikal, bas, lori.... semuanya dia lepas, tapi kebetulan masa memotong dua buah kereta yang terletak kiri dan kanan rakan saya tetap dapat lepas, tetapi saya pula yang tersangkut di sebabkan lutut saya tersangkut di antara dua buah kereta dan menyebabkan saya jatuh bersila di atas jalan raya macam tengah duduk di rumah... Rakan saya perasan yang saya sudah jatuh di belakang, dengan geli hatinya dan ketawa, dia patah balik untuk mengambil saya. Cerita 2 Cerita ini mengisahkan saya membonceng motosikal rakan saya lagi sekali, masa itu rakan saya ingin menumpangkan saya, saya pun terima ajakannya.... Selepas bersiap, saya pun membonceng motosikalnya... semasa perjalanan saya ingin menghisap rokok, tapi lighter ada di dalam poket seluar, jadi saya tunggu sampai rakan saya berhenti sekejap, tiba di traffic light, rakan saya pun berhenti sebab lampu merah, saya pun berdira sekejap mengambil lighter, dengan tidak semena2, lampu bertukar hijau dan rakan saya terus jalan dan meninggalkan saya berdiri terkangkang di tengah jalan, hai... kena lagi aku... apabila dia sedar motosikalnya ringan dia dah tahu saya dah tertinggal, dia pun patah balik mengambil saya... hmmm, hampeh betul. Cerita 3 Cerita kali ini mengisahkan saya menunggang pula motosikal bapa saya C70 yang telah di ubahsuai sedikit... dengan bangganya, saya pun menunggang motosikal bapa saya sebab dah modified jadi laju... haha... time ni lah nak tunjuk power kat depan awek yang baru balik sekolah, awek sekolah menengah... apa lagi, saya pun pulas sampai habis, kuat betul bunyi dia.... semasa tengah laju, saya tak perasan ada lubang di tengah jalan, saya pun terlanggar lubang tu, kuat jugak hentaman besi roda kat jalanraya tu, tapi nasib menyebelahi saya, saya tidak terjatuh masa tuuu... fuhhh... nasib baik, tapi ekzos moto bapa saya yang jatuh tertanggal.... alamak... malunya... dengan rasa segan, di hadapan awek2 sekolah tu saya mengutip balik ekzos motosikal bapa saya takut nanti kena marah pulak... hmmm... macam-macam... Sekian ----------------- Azri Effendy
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 22-04-07 11:42
aduh..kelakarla jugak...
|
sahabat_amin
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman
|
Posting pada: 22-04-07 11:58
haha.. betul-betul terjadi ke cerita ni.. memang lawak..
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 22-04-07 12:00
cerita betul ni... kisah benar..
|
dueramiela
WARGA SETIA Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN
|
Posting pada: 22-04-07 12:05
eh...eh...macam da pernah ada org posting saja cerita 2... da ada kat mastika... ??//?? ,,,,
|
dueramiela
WARGA SETIA Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN
|
Posting pada: 22-04-07 12:18
eh...eh...macam da pernah ada org posting saja cerita 2... da ada kat mastika... ??//?? ,,,,
|
tou_aii
WARGA SETIA Menyertai: 21.04.2007 Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku
|
Posting pada: 22-04-07 12:45
huhuhu dueramiela.... betul agaknya rasanya... tapi tak apa... ada org tak tau lagi agaknya....
|
dueramiela
WARGA SETIA Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN
|
Posting pada: 22-04-07 12:46
termasuk anti lah ek tou_aii??
|
UIHR
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.04.2005 Ahli No: 15700
Posting: 89
|
Posting pada: 26-04-07 03:01
|
ilhammusafir
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR
|
Posting pada: 26-04-07 04:07
boleh lah bagi 2 bintang dari 5 bintang... 
|
jash
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.12.2004 Ahli No: 13362
Posting: 83
Dari: ::JB-kat::
|
Posting pada: 12-06-07 15:40
kelakar nya.. jash pun nak kongsi jugak, ada seorang pakcik ini, dia excited sangat nak pergi beraya, dia tertinggal wife dia kat tepi jalan itu... wife dia tak sempat naik pun lagi.. sian kat wife dia.. kalau dengar umi jash cerita kisah makcik itu kena tinggal, memang ketawa terbahak2
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 13-06-07 00:50
macam pernah baca kat mastika..
|
muslimah_87
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM
|
Posting pada: 13-06-07 10:50
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 15-06-07 22:11
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 15-06-07 23:29
|
Imaniera
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.04.2007 Ahli No: 29470
Posting: 57
Dari: miri, sarawak
|
Posting pada: 07-09-07 13:50
sebab tu tak berani naik motor... sebab dah pernah berumah kat dalam longkang... hehehe... trauma jadinya..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 07-09-07 16:02
Pada 22-04-07 12:00 , Meow posting:!!! QUOTE !!! cerita betul ni... kisah benar..  Ye ke....???? Tak percaya sangat...dah pernah baca kisah ni..
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 07-09-07 16:17
hahaha lawaknya.....adusss... bersila tengah jalan...nasib baik tak ada nasik saja...kalau ada nasik boleh control macho...buat-buat macam makan nasik...
|
afz_besh
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.02.2005 Ahli No: 14538
Posting: 25
Dari: dari tingkat 3 blok Jaya
|
Posting pada: 27-09-07 13:43
lawak teringat peristiwa kawan saya d jambatan pulau pinang. member saya yang jadi pembonceng ni nak ambil duit syiling dalam seluar untuk bayar tol. kemudian dia tak sempat duduk lagi, si penunggang terus jalan meninggakan si pembonceng ni sambil terkangkang sendirian. bila dah sampai seberang, barulah kawan saya yang seorang ni perasan, dekat belakang tak ada sesiapa. tu pun sebab dia nak tanya "sekarang dah pukul berapa?"
|
aleyamaisara
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2007 Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor
|
Posting pada: 27-09-07 14:10
macam pernah baca dalam mastika...hehe...
|
uswatun_mawaddah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.04.2007 Ahli No: 29534
Posting: 142
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 29-09-07 00:20
ana nak mencelah sikit. Kalau UIHR naik moto, ana pula dengan bas. dulu masa skola2 bas saja lah kawan baik ana pergi dan balik sekolah. kekadang tu naik cemuih ceq. Alkisah 1 : Di pagi yang sejuk, alkisah ana dengan bas awam. Hari2 kena tunggu bas. Naik bengang dah ana. bukannya datang cepat, selalu saja lambat. kat sekolah penuh dengan list nama ana yang datang lambat ke sekolah..koz hari-hari lambat..tunggu bas pya pasal. Nak dijadikan cerita, tengah ana berdiri kat tepi jalan depan rumah sendirian sambil tunggu bas nak ke sekolah, ada sebuah lori bawa laju sangat potong bas tu yang dah nak sampai pun kat ana.. Ana tak perasan ada sesuatu yang kurang enak berhampiran ana betul-betul kat tepi jalan tu. tetiba bila lori tu lalu dengan laju dan megahnya, UPss... "gila pya lori"..rungut hati kecil ana. Tau tak, lori tu dah pijak tahi lembu yang masih basah lagi dan then terpercik kat baju sekolah ana....arggghh..geram betul masa tu. Malu dan geram sangat..time tu juga bas pun berhenti depan ana. nak tak nak, ana tak jadi naik bas tu sebab baju sekolah dah kotor sangat kena tahi lembu tu. Terpaksa ana ponteng sekolah gara-gara lori, lembu dan bas. org yang dalam bas tu pandang saja koz ana patah balik ke rumah. Alamak malunya..kontrol..kontrol... Alkisah 2...nanti lah ana cerita lagi. hehe... Bas tetap menjadi pujaan hatiku!!!
|
mrbr_2001
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22604
Posting: 169
Dari: Subang Jaya
|
Posting pada: 02-10-07 10:56
kesiannya kena najis lembu... dulu masa saya tingkat 6, selalu kena marah dengan cikgu pasal datang lambat... Cikgu tu suruh saya naik bas awal, tapi nak buat macam mana sedangkan bas yang saya naik itu adalah bas pertama dari tempat saya ke sekolah, sejam itu naik bas, naik pkul 6.30am sampai sekolah 7.30am, hari-hari kena marah dengan cikgu, tapi sekejap saja pasal lepas beberapa bulan saya dapat masuk IPTA
|
moshimoshi
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.04.2007 Ahli No: 29582
Posting: 156
Dari: ipoh
|
Posting pada: 02-10-07 11:13
|
kahfi8
WARGA SETIA Menyertai: 19.09.2007 Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara
|
Posting pada: 05-11-07 08:34
uish baca tiap-tiap hari boleh terbelit usus ni..
|
ilahkisas
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.01.2005 Ahli No: 13966
Posting: 50
Dari: kedah
|
Posting pada: 30-08-08 19:10
hihi....ni mesti penumpang yang kaki panjang.......so, moral of this story, belilah kereta...:lawak:
|
ziyah
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat
|
Posting pada: 30-08-08 19:14
 memang boleh dikira.. Pembonceng dan penunggang motor terbaik...  hati-hati lah...
|