Oleh |
persahabatan sejati yang diimpikan... |
nuriman_humaira
Warga Rasmi Menyertai: 21.04.2007 Ahli No: 29674
Posting: 12
Dari: kelantan
|
Posting pada: 21-04-07 19:14
Apa perasaan anda bila persahabatan sejati yang telah sekian lama dibina akhirnya renggang...sedih dihati hanya Allah yang tahu..semua kerana sikap manusia yang terlalu cemburu...bagaimana nak menghadapi kawan baik yang terlalu cemburu dengan kawan baik sendiri...sedangkan bagi diri ini,dia adalah insan istimewa yang dianggap sebagai sahabat sejati...yang diimpikan..mula-mula perkenalan hubungan kami erat sekali,segala suka duka dikongsi bersama,bagi diri ini,menganggap dirinya bagaikan malaikat,,,begitu baik sangat dengan diri ini,,,tapi itu cuma sementara...sejak akhir-akhir ini ikatan ukhwah kami tak semesra dulu lagi...Kenapa cepat sangat dia berubah..semua kerana dirinya terlalu cemburu dengan diri ini...setiap kata-kata dan perbuatan yang dipamerkan untuk diri ini mengguris hati kecil ini...sedihnya hati ini Hanya Allah yang tahu..tapi diri ini hanya mampu mengalah...bila hati ini terguris,,hanya air mata yang menemani....bagaimana harus ana menghadapi semua ini..kami kehulu kehilir bersama..tapi dihati ini sudah tawar untuk menganggapnya sahabat sejati...diri ini hanya mampu berdoa untuk dia,agar tidak terlalu cemburu dengan kawan-kawan...setiap manusia ada kelebihan masing-masing..ada juga kelemahan...itu anugerah Allah,tak patut dicemburui...
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 21-04-07 19:24
air yang pasang lagikan surut...InsyaAllah masih diperingkat developing bonding lah tu. Peringkat penyesuaian. InsyaAllah after kelaur pasti semua itu akan menjadi valuable memory. Yang penting bertolak ansur dan keep you good expression to her.
|
maryam_unisel
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.04.2007 Ahli No: 29676
Posting: 57
Dari: klang ~ unsiel
|
Posting pada: 22-04-07 01:00
bawa banyak bersabar... mungkin bukan dia insan yang dicipta untuk menjadi teman sejati....
|
dueramiela
WARGA SETIA Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN
|
Posting pada: 22-04-07 02:49
ada 3 kekayaan yang amat sempurna: KEHORMATAN yang bukan PEMBERIAN KEHARMONIAN yang tidak perlu dicari2 & KESABARAN tanpa kehinaan...-hukamak-
|
alSubhi
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.01.2007 Ahli No: 28403
Posting: 137
Dari: KL, melbourne, australia
|
Posting pada: 22-04-07 09:57
bersabarlah dengan ujian Allah... semua ada hikmahnya..
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 22-04-07 13:58
Pada 21-04-07 19:14 , nuriman_humaira posting:!!! QUOTE !!! Apa perasaan anda bila persahabatan sejati yang telah sekian lama dibina akhirnya renggang...sedih dihati hanya Allah yang tahu..semua kerana sikap manusia yang terlalu cemburu...bagaimana nak menghadapi kawan baik yang terlalu cemburu dengan kawan baik sendiri...sedangkan bagi diri ini,dia adalah insan istimewa yang dianggap sebagai sahabat sejati...yang diimpikan..mula-mula perkenalan hubungan kami erat sekali,segala suka duka dikongsi bersama,bagi diri ini,menganggap dirinya bagaikan malaikat,,,begitu baik sangat dengan diri ini,,,tapi itu cuma sementara...sejak akhir-akhir ini ikatan ukhwah kami tak semesra dulu lagi...Kenapa cepat sangat dia berubah..semua kerana dirinya terlalu cemburu dengan diri ini...setiap kata-kata dan perbuatan yang dipamerkan untuk diri ini mengguris hati kecil ini...sedihnya hati ini Hanya Allah yang tahu..tapi diri ini hanya mampu mengalah...bila hati ini terguris,,hanya air mata yang menemani....bagaimana harus ana menghadapi semua ini..kami kehulu kehilir bersama..tapi dihati ini sudah tawar untuk menganggapnya sahabat sejati...diri ini hanya mampu berdoa untuk dia,agar tidak terlalu cemburu dengan kawan-kawan...setiap manusia ada kelebihan masing-masing..ada juga kelemahan...itu anugerah Allah,tak patut dicemburui... seperti nurimaan katakan dia aldh sahabat sejati... Rasanya jk sahabat sejati, pernah akrab, tentu pernah kosi masalah bersama, suka duka & saling bantu membantu, ditambah ke hulu ke hilir bersama. Apa kata: taya dia apa masalah sampai macam ni? Jk saya ada silap saya minta maaf, saya sayangkan persahabatan kita bina selama ni. kita banyak kosi apa-apa bersama, ke hulu ke hilir (jk boleh ingatkan dia kembali kenangan yang pernah dilalui bersama), moga bila dia terkenang saat suka duka bersama, terbuka hati untuk berfikir & berbaik semula. InsyaAllah jk masa mula bershbt lagi dah berakarumbikan Allah, Allah akan bantu. rasanya tak ada masalah untuk kita berbincang hati ke hati dengan sahabat sejati berbanding yang biasa.  wallahua'lam..  ----------------- ~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
|
dueramiela
WARGA SETIA Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN
|
Posting pada: 22-04-07 14:00
mengadulah hanya kepada-NYA
|
tou_aii
WARGA SETIA Menyertai: 21.04.2007 Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku
|
Posting pada: 22-04-07 14:16
urm...p'sahabatan sangat indah.... tapi keindahan itu tak slalo kekal lama... mungkin ada yang ada hasad @ tak suka lihat org lain bahagia... sy6 harap rakan-rakan mengambil pedoman...
|
naja_muslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.03.2007 Ahli No: 29196
Posting: 73
Dari: Pahang Darul Makmur
|
Posting pada: 22-04-07 15:26
cemburu membawa padah! sahabat yang baik seharusnya memahami antara satu sama lain..
|
nuriman_humaira
Warga Rasmi Menyertai: 21.04.2007 Ahli No: 29674
Posting: 12
Dari: kelantan
|
Posting pada: 28-04-07 09:28
"AKU MENCINTAI SAHABATKU dengan SEGENAP JIWA KU..SAHABAT yang BAIK ADALAH SEIRING dengan KU&MENJAGA NAMA BAIK KU sama ada AKU HIDUP ATAU SELEPAS MATI..KUHULURKAN TANGAN kepada SAHABTAKU untuk BERKENALAN kerana AKU AKAN MERASA SENANG,SEMAKIN RAMAI SAHABAT SEMAKIN AKU PERCAYAKAN DIRI..AKU SELALU BERHARAP MENDAPAT SAHABAT SEJATI yang tak LUNTUR BAIKNYA DALAM SUKA DAN DUKA,,JIKA AKU DAPAT AKU INGIN SETIA PADANYA" (IMAM SYAFIE .a) Pesanan dari seorang sahabat sejati: "Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati." "Ketahuilah mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Jika tidak ketemui sahabat yang beriman dan bertakwa. Aku lebih rela hidup menyendiri." "Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti ku waspadai kejahatan mereka." "Ingatlah wahai saudara Islamku sekelian, tenanglah kamu dalam menghadapi perjalanan hidup ini. Sepanjang usiaku yang semakin tua, semakin sukar aku temukan di dunia ini sahabat sejati. Ku tinggalkan orang jahat kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang (sesetengah) berkedudukan kerana kebaikannya sedikit." "Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki, hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku lalu di depanku. Aku menghormatinya. Semua itu kulakukan supaya aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran." "Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatanku kepada orang yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silaturahim." "Kadangkala aku terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat dengan anjing kerana walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan kepada majikannya yang tersesat. Bukan seperti manusia jahat yang selama tidak akan memberi petunjuk." "Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik kerana kamu akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini. Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdayakanmu." "Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan dipaksa oleh orang lain, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain dapat menjadi penggantinya." "Berpisah dengannya bererti beristirehat. Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya. Tidak semua orang yang kamu sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu, kadangkala dibalas dengan sikap biadap." "Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak memperdulikan kesetiaan. Dia akan memungkiri jalinan kasih yang dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit." "Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat jujur dan menepati janji. Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati manusia. Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya kamu beroleh kemuliaan hidup di dunia ini."
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 28-04-07 12:15
Setakat ni alhamdulillah usia saya dengan kira sahabat sejati dunia akhirat insyaAllah nak masuk 5-6 tahun dr belajar IPT hingga krj. Pertemuan kami jk difikir macam pelik & memang dapat dirasakan Allah yang aturkan. tapi saya percaya rahsia kekal kerana niat sebelum kita jalinkan persahabatan adalah kerana Allah malah itu yang saya ingatkan dia selalu & bagi saya dia sahabat anugerah Allah di waktu suka duka. sebab Allah telah tahu sebelum jodoh saya datang saya mmerlukan sahabat untuk harungi hidup yang saya rasakan berat ada ketikanya mungkin diri saya yang lemah jua. Syukur pada Allah yang Maha Pengasih yang Mh Mengetaui kerana sedang org lain diuji keimanan kerana bersahabat dengan jantina berlawanan, tapi Allah Mh Besar pelihara dengan mengurniakan sahabat perempuan juga spy terjaga dihrpkan sangat sebelum jdoh sebenar datang. Awal2 dulu saya banyak menasihati & tegur dia & kira ada dugaannya sebab saya & dia dr famili, negeri & tentu sekali dibesar dalam keadaan berbeza. Malah dr sini saya faham dalil; “Ssguhnya org mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain". Bgmn 2 insan yang dibesar dr keadaan yang berbeza boleh ngam, pasti untuk ngam itu pasti akan ada salah seorang membentuk ssorg & perbezaan yang boleh berubah akan berubah kerana terikut @ kesan nasihat. banyak yang Allah nak ajar saya erti persaudaraan rupanya dr ujian diberi sebelum ni. Malah dalam bersahabat saya banyak guna pendekatan berbincang dr hati ke hati & berterus terang dalam nenasihati kerana memang dalam Islam perbincangan itu digalakkan. Malah dalam menasihati juga, Allah kita letak dihadapan. baru-baru ni giliran dia pula waktu saya down lama ingatkan & nasihat saya. Malah kelemahan pada diri saya dia tegur & sedarkan kita pula. Itulah gunanya dalam nasihat menasihati menepati kebenaran & kesabaran, bukan kerana kita rasa kita lebih baik sebaliknya bila kita down, kita takkan berterusan down malah org yang kita ingatkan akan ingatkan kita semula sebab dia dah faham tanggungjawab mengingatkan sesama saudara. Manusia ni tiada yang sempurna malah bersifat insan, jk kita nak tunggu sempurna untuk saling menasihati sampai kiamat pun kita manusia yang ada kekurangan ni tak kan dapat nasihat org, maka bila tak saling menasihati maka maksiat pun berleluasa. Malah dalam Islam juga ‘tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak kasihkan saudaranya seperti dia kasihkan dirinya sendiri’. Jk kita tidak kasihkan ssorg kita tidak akan sanggup pergi nasihatkan org, apa lagi nak ambil risiko kalu2 kena cerca @ marah pada kita. Malah ilmu yang kita ada akan terkubur tanpa kita sampaikan. Apa yang saya faham dengan perasaan kasih kita akan sanggup telan sakit dalam menasihati sesama saudara malah kita tidak akan sanggup biarkan dia terus-terusan dalam salah & itu yang Allah pesan dalam surah al-imran spy kita jlnkan amal makruf nahi mungkar, dalam an-naas & sbgnya. Kira dengan perasaan kasih sesama saudara kita akan melaksanakan suruhan Allah. Begitu juga bila kita melihat org islam lain terdedah kepada maksiat, walau kita tak kenal sebab sayangkan dia atas dasar dia Islam maka Dia saudaraku & aku kena selamatkan dia dr keadaan tersebut @ paling kurang bagi dia kata-kata yang buat dia berfikir @ doakan dia. sekarang ni jk nak gaduh pun dengan sahabat saya dah macam adik beradik, tak sampai 5 minit. Mak pun dah anggap dia anak angkt. memang dalam bershbt kita akan bercerita kebaikan dia. Dia org jauh dr negeri saya, ada kat rumah sekarang dengan famili saya, insyaAllah seminggu bercuti di kg saya. Kebetulan nak buat aqikah cukur rambut anak buah sekali. Sekadar berkosi pengalaman…
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 28-04-07 12:35
salah sungguh bergelora hati dan perasaan sahabat kita seorang ni nampaknye, biasalah dalam sesebuah kehidupan ada ranjau yang mesti ditempuhi, dan kita sedia maklum ujian ini datang dari Yang Maha Esa dan kalau kita tak cukup kental keimanan maka kita akan tewas dengan godaan syaitan, InsyaAllah di hujung ranjau ini ada sesuatu yang baik menanti nuriman, Yakin lah pada perancangan Allah dan banyakkan berdoa serta tawakkal
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 28-04-07 12:38
Sahabat yang sejati adalah dia yang dapat duduk di atas buaian bersama-sama denganmu tanpa mengucapkan sepatah kata, kemudian pergi meninggalkanmu dengan perasaan kau telah bercakap-cakap lama dengannya.. Sahabat sejati itu umpama angin bayu, ia ada di mana kau berada, tika kau kesejukan di menyelimutimu, tika kau kehangatan dia menyejukkanmu, tika kau kehausan dia bawakan hujan, adanya dia tak nampak di mata tapi hadir di dalam hati.. Saya impikan teman yang sentiasa ada ketika saya perlukan dia.. dan sentiasa membetulkan langkah saya.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
qinairaaa
Warga 2 Bintang Menyertai: 30.05.2007 Ahli No: 30115
Posting: 68
Dari: pantai remis, manjung, perak
|
Posting pada: 06-01-08 18:00
dulu apa yang diberitahu pada saya sahabat tu seseorang jadi dah saya setkan dalam kpale ni saya ada seorang saja sahabat ini.... tapi sekarang saya sedar yang sahabat ini tak semestinya seorang bje.... lagi ramai sahabat yang kita ada lagi baik sebab orang kata bersahabat biar beribu... tak ada manusia yang sempurna dan itulah gunanye sahabat, melengkapi dan membantu kita menyempurnakan diri kita.....
|
samirah
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC
|
Posting pada: 06-01-08 18:28
Pada 28-04-07 12:38 , Meow posting:!!! QUOTE !!! Sahabat yang sejati adalah dia yang dapat duduk di atas buaian bersama-sama denganmu tanpa mengucapkan sepatah kata, kemudian pergi meninggalkanmu dengan perasaan kau telah bercakap-cakap lama dengannya..
Sahabat sejati itu umpama angin bayu, ia ada di mana kau berada, tika kau kesejukan di menyelimutimu, tika kau kehangatan dia menyejukkanmu, tika kau kehausan dia bawakan hujan, adanya dia tak nampak di mata tapi hadir di dalam hati..
Saya tujukan kata-kata ini untuk orang yang duduk satu bilik dengan saya. macam mana, romantika ada amour tak?
|
syira_qistina
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2003 Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem
|
Posting pada: 06-01-08 19:39
Pada 28-04-07 12:38 , Meow posting:!!! QUOTE !!! Sahabat yang sejati adalah dia yang dapat duduk di atas buaian bersama-sama denganmu tanpa mengucapkan sepatah kata, kemudian pergi meninggalkanmu dengan perasaan kau telah bercakap-cakap lama dengannya..
Sahabat sejati itu umpama angin bayu, ia ada di mana kau berada, tika kau kesejukan di menyelimutimu, tika kau kehangatan dia menyejukkanmu, tika kau kehausan dia bawakan hujan, adanya dia tak nampak di mata tapi hadir di dalam hati..
Saya impikan teman yang sentiasa ada ketika saya perlukan dia.. dan sentiasa membetulkan langkah saya..
best lah kata-kata ni... pinjam ek? hikhik.. alhamdulilah...ana masih mempunyai sahabat2 yang sejati...yang sanggup susah & senang bersama ana. syukran sangat-sangat wahai sabahat2 ana. hanya ALLAH saja yang dapat membalasnya..
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 06-01-08 20:30
Pada 06-01-08 18:28 , samirah posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-04-07 12:38 , Meow posting:!!! QUOTE !!! Sahabat yang sejati adalah dia yang dapat duduk di atas buaian bersama-sama denganmu tanpa mengucapkan sepatah kata, kemudian pergi meninggalkanmu dengan perasaan kau telah bercakap-cakap lama dengannya..
Sahabat sejati itu umpama angin bayu, ia ada di mana kau berada, tika kau kesejukan di menyelimutimu, tika kau kehangatan dia menyejukkanmu, tika kau kehausan dia bawakan hujan, adanya dia tak nampak di mata tapi hadir di dalam hati..
Saya tujukan kata-kata ini untuk orang yang duduk satu bilik dengan saya. macam mana, romantika ada amour tak?  erk, pada yang menumpang di bilik nak jugak...  -----------------
|
samirah
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC
|
Posting pada: 06-01-08 20:48
Cik Ismi, untuk cik Ismi nanti saya carik ayat-ayat cinta yang lain pulak.  Sahabat sejati sukar dicari... Andai sudah berjumpa walau seorang, maka bersyukurlah banyak-banyak padaNya  Alhamdulillah saya juga sudah berjumpa beberapa. Syukur tak terhingga
|
faizatul
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.02.2007 Ahli No: 28760
Posting: 122
Dari: KL
|
Posting pada: 06-01-08 22:26
alhamdulillah....telah Allah anugerahkan seseorang yang bergelar sahabat sejati walaupon lain jantina dalam hidup ni. Sahabat sejati akan sentiasa melindungi, membimbing dan menasihati sahabatnya daripada lalai dengan arus kehidupan......tawa dan tangis sama-sama....yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya.....mungkin....2lah sebabnya kenapa diri ini belum dipertemukan dengan insan istimewa yang setanding atau yang lebih hebat daripada sahabat sejati ku.....buat sahabat sejati ku yang kini tercampak kat ums sabah,hehehe......semoga persahabatan kita yang terjalin dr tahun 1999 kan kekal hingga akhirat kelak
|