KALAU ANDA LAHIR PADA TAHUN 70an - 80an.. ANDA MESTI INGAT SEMUA NI.....
Kita membesar dengan menonton pergi-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks dan Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lagi satu Gaban.
Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dengan classmates semua kat seblah...
ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dengan list dentist appointment. lepas itu bunyi gigi member kita kena gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kena lah tampal.
ni sure anda ingat...program minum susu di sekolah. nak galakkan budak-budak time itu minum susu. sekotak 30 sen saja beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen saja kat kantin.
time sekolah menengah, anda sure beli kasut sekolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal lah...
internet? email? benda alah apa tu?
CD? apa tu? kaset tape pernah lah dengar.. Tiket wayang pun 3 inggit saja.
kita pergi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam dia, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bila dah habis exam, main Monopoly lah, Donkey lah, Happy Family
lah dalam class.
tapi bunyi loceng lah yang paling best sekali. boleh beli aiskrim dengan apek kat luar sekolah itu...
lagi satu loceng masa nak pergi rehat. tinggal kan kerja sekolah, jom kita pergi makan. budak-budak yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.
lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola lah, rounders lah...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...
kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada banyak-banyak color tu.kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia!
lipat kertas kecil-kecil, selepas itu buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur lah.
hmm...budak-budak sekarang, bagi mereka, mereka mana pernah dengar lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang mereka tau, yang Westlife nyanyi....bukan Billy Joel nyanyi...
bagi mereka, ada satu saja Jerman kat dunia ni, dan ada satu saja Vietnam.
AIDS wujud sejak mereka lahir.
CD pun wujud time mereka lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
mereka percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem2 baru.
mereka tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.
mereka tak pernah tau pun 'Atari' dengan 'Game & Watch'.
mereka tak percaya pernah ada TV hitam putih... dan mereka sekarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.
dan mereka tak paham macam mana kita boleh survive dekat universiti tanpa handphone...
hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke:
1. antum paham apa yang anda baca kat atas ni, dan antum sure tersenyum
2. kebanyakan member2 sekolah menengah kita dah kawin
3. antum sure pelik bila nengok budak-budak kecik main komputer, selamba saja
4. kita geleng kepala bila nengok budak-budak sekolah menengah guna handphone
5. kita dah tak banyak sembang2 dengan member melalui telefon lagi setiap hari
6. bila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bila bersembang
pasal cerite2 lama, cerite2 kelakar yang kita alami masa dulu time kecil-kecil, nakal2 dulu...
7. last sekali, bila dah baca testimonial ni, anda akan terpikir untuk forwardkan dekat member2 lama antum.Sure mereka suka punya lah...heheh