Oleh |
Shhyy...kisah suami isteri... |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 14-04-07 16:33
Maybe ada yang pernah baca cerita ini,tapi aku nak cerita juga.... Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen.. ...rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka. Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi. Si suami : Untuk apa semua itu Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya Si suami : Emmm...Baiklah Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja. Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka.. Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti. Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. .. Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya. Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya. Si isteri : Sekarang giliran abang pula.. Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya, Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG....... Si isteri tidak terkata apa-apa.Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan... ....
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 14-04-07 22:02
salam... emm...mulianya suami ini....baguslah kalau ada suami yang mempunyai sikap macam ini....alangkah bagusnya dapat suami sebaik macamnie...
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 14-04-07 22:07
harap-harap saya dapat menjadi suami yang soleh & membahagiakan rumahtangga..terutmanya isteri saya nanti..insyaallah..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 14-04-07 22:15
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 14-04-07 22:17
gila lah...sedih.harap-harap dapat lah isteri yang solehah...
|
ShahrulZaman
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2007 Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain
|
Posting pada: 14-04-07 22:59
|
mechelmine
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH
|
Posting pada: 14-04-07 23:09
alaaaa...pendek lah...tak sempat nak feel betul-betul..baru ada terasa sedih sikit-sikit...huhuuu..
|
najah85
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan
|
Posting pada: 15-04-07 00:07
moralnya..terimalah seadanya.. hidup suami isteri saling melengkapi..
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 15-04-07 00:09
ya ALLAH.... syahdunya ana membaca kisah ini. kan baik kalau sebegini.  hhmm...
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 15-04-07 00:14
sama-sama kita berdoa agar diberikan yang terbaik..
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 15-04-07 00:16
Terima lah seadanya segala keburukan dan kelemahan pasangan kita...Mana ada manusia yang perfect... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 19-04-07 22:25
 syahdunya...
|
bayti_jannati
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2006 Ahli No: 26228
Posting: 220
Dari: selangor
|
Posting pada: 19-04-07 22:48
bagusnya dapat suami yang dapat terima kelebihan dan kekurangan kita ni kan.. bila lah agaknya Allah akan temukan saya dengan lelaki begitu... Doa sajalah kepadaNya..moga-moga dipertemukan..
|
alSubhi
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.01.2007 Ahli No: 28403
Posting: 137
Dari: KL, melbourne, australia
|
Posting pada: 19-04-07 22:50
nice story.. memang dah pernah dengar dah... mana nak cari ynag solehah ni? susah betul..
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 20-04-07 00:02
insyallah jadi suami begitu nanti..azam...
|
nurilham7
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.11.2005 Ahli No: 20317
Posting: 241
Dari: seremban
|
Posting pada: 20-04-07 00:17
baik punya suami daa....harap-harap dapat suami soleh lagi penyayang dan menerima saya seadanya...ecece.....ameen...
|
fiez85
Warga Rasmi Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 3896
Posting: 6
Dari: bangi,selangor
|
Posting pada: 20-04-07 02:32
erm..bgsnye suami dia..hope ana akan jupe macam tu.. insya-allah..
|
mechelmine
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH
|
Posting pada: 20-04-07 03:00
Hehee....pakat2 lah cari yang sesuai...
|
Nilam_sejati
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.10.2005 Ahli No: 19480
Posting: 205
Dari: Tg Karang
|
Posting pada: 20-04-07 04:20
|
afiq_ghani
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.02.2007 Ahli No: 28739
Posting: 34
Dari: United KingdoM
|
Posting pada: 20-04-07 08:59
heheh...cerita ini memang best..kalau tak di post kan rugi.. baik copy masuk kat friendster pula..takpun magazines ke bagi sedaq sikit perempuan zaman sekarang ini..berkira saja memanjang..sampai suami pun pandang atas bawah....huh... tension tension
|
Iman_Hayati
WARGA SETIA Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 20-04-07 09:08
Bagusnya dapat suami yang macam tu.. semoga dipertemukan dengan hamba Allah yang soleh dan dapat menerima diri ini dengan seadanya..
|
fisabilillah85
Warga 2 Bintang Menyertai: 02.11.2006 Ahli No: 27180
Posting: 41
|
Posting pada: 20-04-07 11:29
jadi lah suami yang penyayang...dan bertangungjawab...
|
dueramiela
WARGA SETIA Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN
|
Posting pada: 20-04-07 11:59
segala yang baik datangnya daripada Allah,kekurangan 2,dari sendiri... hendak seribu daya,mahu seribu cara...
|
FIENDA
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.11.2006 Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS
|
Posting pada: 20-04-07 12:43
sdihnya cerita ini. harap-harap kita yang wanita boleh jadi insan yang solehah.
|
jasadkudisini
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.08.2006 Ahli No: 25763
Posting: 221
Dari: sinGgaHsaNa..
|
Posting pada: 16-08-07 15:49
|
mujahidah_muslimah
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 16-08-07 16:11
macam kisah olin dan fad dr tuah.... ----------------- I'm glad to be me.. Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam [email protected]
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 16-08-07 17:40
macho aa si suami ini....
|
annissa_zulfa
Warga 5 Bintang Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)
|
Posting pada: 16-08-07 17:48
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 16-08-07 18:59
 susah nak dapat suami yang terima kita seadanya.. semoga kita dapat suami seperti itu.. dan kita dapat menjadi isteri yang solehah... insya Allah... wassalam
|
rie_boyz
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26704
Posting: 133
Dari: upm bintulu,sarawak
|
Posting pada: 16-08-07 19:47
Insyaallah ana akan jadi suami macam tu...
|
ilhammusafir
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR
|
Posting pada: 16-08-07 20:37
...apela suami dalam cerita tu...kalau ana lah isteri dah tulis kesilapan kita sampai 3 helai kertas...ana terus keluar rumah cari lain...hahahahahah just joke..  *bagus cerita tu...suami penyayang*
|
sitishairah
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak
|
Posting pada: 17-08-07 09:50
huhu..suami soleh sungguh... Alhamdulillah dia dapat menyedarkan isteri dia...mesti lepas ni isteri dia dah tak sanggup lagi nak lukakan hati suami dia...dan bersama2 lah melayari bahtera kebahagiaan ke jalan yang diredhai Allah... **Suami yang diidamkan**
|
jundullah81
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....
|
Posting pada: 17-08-07 15:02
 ... Maaf, sebagai seorang yang telah berkahwin agak lama, boleh ana katakan bahawa suami tersebut adalah seorang yang hipokrit ... Kita ni manusia, bukan malaikat. Bila sebut manusia, maka banyak kesalahan. Banyak yang tak puas hati dan sebagainya. Bagi ana, untuk membina kebahagiaan rumah tangga, memang sangat perlu sikap "terima seadanya" namun kadang-kadang sikap sebegini membuatkan kita terlalu memendam perasaan dan akhirnya meletup dan tidak boleh diubat lagi. Tidak menjadi kesalahan kepada si isteri andai dia list down 3 helai perkara yang dia rasa perlu perubahan pada suaminya. Bukan untuk memalukan suami, tapi untuk menambahkan rasa cintanya kepada suami.. Bukankah kita dituntud berlapang dada di dalam perhubungan, lebih2 lagi dalam perhubungan suami isteri. Bagi ana tak salah andai sekali sekala suami dan isteri duduk bersama berbincang tentang apa yang perlu improve dalam diri masing-masing. Perbincangan itu sangat-sangat perlu kedua2 pihak berlapang dada, demi kepentingan perhubungan dan moga perhuungan lebih diberkati oleh Allah. Masa asyik bercinta, memanglah terima seadanya. Kununnya lautan api sanggup diredah untuk pasangan tercinta. Namun kita kena tahu pasangan kita tak sempurna. dan kita juga tak sempurna. So Kenapa kita nak menipu diri sendiri dengan sanggup telan semua yang tidak elok tentang pasangan? Pasangan yang ikhlas adalah yang sanggup menegur pasangannya dengan harapan perhubungan itu akan lebih berseri dan lebih diredhai Allah... Secara ikhlas, setelah beberapa tahun kahwin, ana dan zaujah still amalkan kaedah "hisbah" seperti itu dan Alhamdulillah, hubungan kami semakin mesra selepas setiap sesi sebegini..... Yang ana faham, SUAMI SOLEH bukanlah suami yang sanggup lihat sahaja kelemahan isteri atas dasar TERIMA SEADANYA tapi suami soleh adalah yang boleh bangkit dan tegur setiap kesalahan isteri dengan penuh hikmah, di samping sanggup berlapang dada dengan segala teguran isteri...... [ Telah diedit oleh: jundullah81 pada 17-08-07 15:04 ]
|
laili
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru
|
Posting pada: 17-08-07 15:25
saya setuju dengan jundullah81...yelah no body is prefect...tak salah kalau ditegur to improve relationship..al least kita jujur pada pasangan kita..
|
masz
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.07.2005 Ahli No: 17165
Posting: 96
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 17-08-07 16:39
terharu rasanya.. bahagia hidup kalau dapat suami yang baik macam ni..
|
citot
Warga Rasmi Menyertai: 09.01.2007 Ahli No: 28091
Posting: 16
Dari: lekir
|
Posting pada: 23-08-07 10:16
alhamdulillah........ moga dapat yang terbaik
|
lightarrowss
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 23-08-07 10:41
yup...suami isteri saling melengkapi..
|
yan4485
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2005 Ahli No: 14357
Posting: 286
Dari: KL
|
Posting pada: 23-08-07 10:45
|
Al-Qarni
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2004 Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi
|
Posting pada: 23-08-07 10:55
mengikut kaedah islam...wanita perlu dibentuk seperti mana tulang belakang seorang lelaki....1st tulang tu tak boleh terlalu bengkok,makna kata tak boleh sangat nak ikut kata-kata dia..nanti mengada2 sangat dan tak nak dengar kata....2nd tulang tu tak boleh kita nak bentuk lurus sangat,makna kata terlalu sangat serius dan kasar serta garang terhadapnya,sebab sikap wanita ini perlulah dibelai serta layanan yang mesra....akhir kata, dalam rmhtgga memang perlu sikap terima seadanya semua kelemahan...kalau ada perlu yang dibaiki,maka perlula sama-sama baiki antara satu sama lain...suami ada kelemahan,isteri sebagai pendorong...isteri ada kelemahan,suami akan baiki,sebab suami adalah pemimpin rmhtgga... nak walimah ni banyak yang perlu kita pelajari sebelum melayarinya...
|
hanif
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.10.2003 Ahli No: 4144
Posting: 300
Dari: muar
|
Posting pada: 23-08-07 11:35
bagi ana pula semua itu terpuang lah, yang paling penting isteri mengaja maruah dan rahsia suami, dan suami pun sama.. jangan lah bercerita tentang keburukan yang ada pada pasangan kita pada orang lain.. jaga sesama..
|
hanif
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.10.2003 Ahli No: 4144
Posting: 300
Dari: muar
|
Posting pada: 23-08-07 11:36
maaf silap eja.. mengaja = menjaga
|
jubah_hijau
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI
|
Posting pada: 23-08-07 12:33
ana pun berazam jadi suami macam tu..insyaallah
|
jundullah81
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....
|
Posting pada: 07-09-07 11:34
 .. berazam nak jadi suami macam tu?... Sila rujuk ciri-ciri suami soleh... Wallahu a'lam
|
raihan2004
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.01.2004 Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah
|
Posting pada: 08-09-07 01:21
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 08-09-07 11:48
sebenarnya kisah ni terbalik..... si penulis ni sebenarnya lelaki. apa yang berlaku tu kisah yang sebenar yang berlaku antara dia & isteri dia. penulis cerita ni adalah salah seorang motivator kat Malaysia ni. dr tuah. isteri dia yang menerima dia seadanya. bukan seperti yang di catat di atas  ** lelaki jangan bangge sangat no.... jangan biasakan sangat cari salah isteri.
|
msaidins_85
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.11.2006 Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/
|
Posting pada: 08-09-07 15:29
|
kopi
Warga Rasmi Menyertai: 13.09.2007 Ahli No: 31052
Posting: 7
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 13-09-07 21:29
betul ke cerita ini terbalik????huhuhuuh
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 13-09-07 23:29
Pada 13-09-07 21:29 , kopi posting:!!! QUOTE !!! betul ke cerita ini terbalik????huhuhuuh ada tercatat dalam salah satu rencana bawah Dr. tuah sendiri.. boleh refer dalam salah satu mingguan wanita beberapa tahun yang lepas(siapa ada simpan koleksi)seingat akak kisah ni dia selitkan sekali mula-mula dengan kisah dia di oversea dulu.. dengan pasangan suami isteri warga jerman (agaknya, tak ingat) yang amat romantis dalam perhubungan s&i even dah berumur.. -----------------
|
jundullah81
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....
|
Posting pada: 28-01-08 08:53
 .. betulkah cara "menerima seadanya" macamtu? Realistik ke?
|
annamuslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 28-01-08 11:03
harap-harap ana pun akan dipertemukan jodoh dengan suami macam ni..tapi ana tak nak jadi isteri yang macam ni...kena terima pasangan seadanya...
|
Wuddah
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2007 Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai
|
Posting pada: 28-01-08 13:29
 ...ana harap dapat membentuk keluarga yang diredhai Allah..yang penting mengikut landas agama..saling betulkan antara satu sama lain untuk mendapat keredhaanNya...
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 13-02-08 14:55
bismillahhirrahmanirrahim.. erm..bahagianya mendapat suami seperti itu..  moga-moga rumah tangga yang baru ku bina bersama suami tercinta, jugak seutuh kasih sang suami dalam kisah itu..moga-moga jodoh dan kebahagiaan ini ke akhir nyawa,insyaAllah..amin.. ana : abang, terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.. sebagai tanggungjawab abang..sudi medidik diri ini..susah senang bersama..menerima dan menyayangi familiku..  ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
|
khairani
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.01.2008 Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan
|
Posting pada: 13-02-08 15:04
erm... terharunya bila baca kisah di atas ----------------- Vote For Hizbul Islam PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK
|
RijaludDeen
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2006 Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..
|
Posting pada: 13-02-08 15:06
Semoga semua lelaki akan menghargai isterinya sebagai amanah dari Allah SWT..allahua'alam..
|
zatie
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.07.2005 Ahli No: 17090
Posting: 209
Dari: sHaH aLaM
|
Posting pada: 17-02-08 14:08
terharunya... semoga dapat suami macam ni.. yang dapat terima kita seadanya
|
nurzatul
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...
|
Posting pada: 17-02-08 15:01
hidup ini penuh cbrn & dgaan terutama dalam hidup berumah tngga.kena sling bertolak ansur tambah-tambah pula pasangan yang masih muda.darah muda lah ktakn..(ana cakap macam ada pengalaman pula.kawin pun belum.mude remaja lagi.hehehe)apa-apa pun semuanya berdasarkan pemerhatian ana terhadap fmily abang ana..belajar dari pemerhatian.. (",)
|
Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.12.2006 Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur
|
Posting pada: 17-02-08 18:56
Nak tau susah senang berumahtangga, kenale berumahtangga dulu. Kalau yang belum tu, masih peringkat ilmu, belum 'beramal' lagi. Macam mana agaknya kalau pasangan suami isteri tu terpisah jauh dek kerna kerja atau sebagainya? Kengkadang tanya indon-indon yang kerja kontrak di pembinaan tu, tinggalkan isteri dan keluarga jauh2 semata-mata nak cari rezeki, nak balik sekali setahun pun susah... ----------------- Bhinneka Tunggal Ika Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e
|
biohazard
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.10.2007 Ahli No: 31483
Posting: 163
Dari: bumi
|
Posting pada: 18-02-08 00:36
Pada 17-08-07 15:02 , jundullah81 posting:!!! QUOTE !!! ...
Maaf, sebagai seorang yang telah berkahwin agak lama, boleh ana katakan bahawa suami tersebut adalah seorang yang hipokrit ...
Kita ni manusia, bukan malaikat. Bila sebut manusia, maka banyak kesalahan. Banyak yang tak puas hati dan sebagainya.
Bagi ana, untuk membina kebahagiaan rumah tangga, memang sangat perlu sikap "terima seadanya" namun kadang-kadang sikap sebegini membuatkan kita terlalu memendam perasaan dan akhirnya meletup dan tidak boleh diubat lagi.
Tidak menjadi kesalahan kepada si isteri andai dia list down 3 helai perkara yang dia rasa perlu perubahan pada suaminya. Bukan untuk memalukan suami, tapi untuk menambahkan rasa cintanya kepada suami.. Bukankah kita dituntud berlapang dada di dalam perhubungan, lebih-lebih lagi dalam perhubungan suami isteri.
Bagi ana tak salah andai sekali sekala suami dan isteri duduk bersama berbincang tentang apa yang perlu improve dalam diri masing-masing. Perbincangan itu sangat-sangat perlu kedua2 pihak berlapang dada, demi kepentingan perhubungan dan moga perhuungan lebih diberkati oleh Allah.
Masa asyik bercinta, memanglah terima seadanya. Kununnya lautan api sanggup diredah untuk pasangan tercinta. Namun kita kena tahu pasangan kita tak sempurna. dan kita juga tak sempurna. So Kenapa kita nak menipu diri sendiri dengan sanggup telan semua yang tidak elok tentang pasangan?
Pasangan yang ikhlas adalah yang sanggup menegur pasangannya dengan harapan perhubungan itu akan lebih berseri dan lebih diredhai Allah...
Secara ikhlas, setelah beberapa tahun kahwin, ana dan zaujah still amalkan kaedah "hisbah" seperti itu dan Alhamdulillah, hubungan kami semakin mesra selepas setiap sesi sebegini.....
Yang ana faham, SUAMI SOLEH bukanlah suami yang sanggup lihat sahaja kelemahan isteri atas dasar TERIMA SEADANYA tapi suami soleh adalah yang boleh bangkit dan tegur setiap kesalahan isteri dengan penuh hikmah, di samping sanggup berlapang dada dengan segala teguran isteri......
|