Oleh |
MB saran wanita pelajari ilmu silat |
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 03-04-07 08:58
KOTA BHARU, 27 (Hrkh) - Golongan wanita khususnya di kalangan remaja disaran mempelajari ilmu mempertahankan diri bagi dimanfaat ketika waktu-waktu terdesak. Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ilmu tersebut wajar dipelajari sebagai usaha untuk mempertahankan diri daripada gangguan pihak yang tidak bertanggungjawab. Katanya, apabila wanita mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri kejadian ragut dan pencabulan yang semakin menjadi-jadi membabitkan golongan wanita sekarang dapat dikurangkan. “Sekiranya golongan wanita mempunyai ilmu itu sedikit sebanyak mereka tahu cara untuk mempertahankan diri dari terus menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya di sini. Sehubungan itu beliau mencadangkan wanita yang berminat mempelajari ilmu mempertahankan diri mencari tenaga pengajar yang benar-benar terlatih serta diiktiraf. Beliau juga mencadangkan Nisa’ Malaysia turut menganjurkan kejohanan seni mempertahankan diri di kalangan wanita dalam sukan Nisa’ pada masa akan datang. “Selain itu acara renang juga wajar dipertimbangkan diadakan dalam acara sukan itu yang hanya membabitkan golongan wanita sahaja,” ujarnya. - /mj http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=17&topic=29670&start=0[ Telah diedit oleh: Firdaus15 pada 03-04-07 09:18 ]
|
husna_nasiha
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2006 Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM
|
Posting pada: 03-04-07 12:30
Bukan tak nak belajar, malah memang dari kecik minat ilmu silat. Cuma setakat ni masih belum berpeluang (gurunya tak budak dan sibuk dengan study).. Actually, kalau wanita yang rasa2 tak dapat pertahankan diri tu, bwalah senjata macam pisau @ serbuk cili masa pergi jalan-jalan seorang-seorang, tawakal dan berdoa juga... moga diselamatkan.
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 03-04-07 14:48
memang wanita kena belajar martial art....kat maalysia dah ada banyak martial art....just pilih saja....kalau yang kurang minat dengan silat...bolehlah pergi belajar karate-do, wushu. jangan bawa pisau....bahaya, takut diri sendiri nanti yang kena tikam dengan perogol....bukan tindakan yang bijak bawa pisau.senjata paling baik untuk wanita rasanya....pepper spray....ala...yang macam disembur kat mahathir hari itu kat airport....hehehe....ini senjata yang bagus....lagi satu....electric shock device....yang ini pun bagus...tapi rasanya mahal. wallahua'lam [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 04-04-07 02:53 ]
|
triptofana
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR
|
Posting pada: 03-04-07 18:12
Pada 03-04-07 12:30 , husna_nasiha posting:!!! QUOTE !!! Actually, kalau wanita yang rasa2 tak dapat pertahankan diri tu, bwalah senjata macam pisau @ serbuk cili masa pergi jalan-jalan seorang-seorang, tawakal dan berdoa juga... moga diselamatkan. ... adik husna-nasiha, jangan bawa pisau atau apa-apa senjata (walaupun kayu) kalau tidak mahir menggunakannya, nanti senjata makan tuan. belajar ilmu mempertahankan diri adalah satu saranan yang bagus, bila belajar silat contohnya, cikgu akan menerangkan bahagian yang lemah pada tubuh badan manusia, jadi kita akan serang kat situ. bahagian2 yang boleh diserang oleh wanita bila mana berhadapan dengan situasi seperti rogol ialah mata, bahagian leher, kemaluan dan bahagian perut bawah pusat....kebanyakkan orang akan tumbuk bahagian dada dan abdomen (tengok kat TV) tapi kat situ mana sakit, tapi kalau tumbuk kat perut bawah yang bawah pusat, baru best...barulah terasa kesakitannya... ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman.
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 04-04-07 03:02
ada satu kawasan kat badan lelaki yang paling lemah....rasanya itu memang dicipta oleh Allah SWT supaya lemah....kalau waktu main football, kena pulak bola confirm lelaki senak. so....dalam situasi kecemasan seperti nak kena rogol, nak kena samun, nak kena bunuh....sila aim tumbukan dan tendangan kat KAWASAN LEMAH tersebut.....insyaAllah ia mampu membantu wanita melepaskan diri daripada penjahat. bila penjahat dah senak....naruto-san nasihatkan.....sepak kepala atau ambik apa-apa kayu ke apa hentak kepala atau badan si penjenayah.....padan muka dia....biar dia cacat seumur hidup....sekadar pandangan peribadi...hahaha
|
graduanislam22
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.01.2007 Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang
|
Posting pada: 04-04-07 05:05
salam'alaykum... mempertahankan diri sewaktu terdesak lebih2 lagi ketika mempertahankan harta adalah harus.. ada pendapat yang mengatakan jika kita mati ketika mempertahankan harta kita, kita akan mati dalam keadaan syahid.. saranan tersebut amat baik..tapi bila berguru dalam seni mempertahankan diri kenalah pandai2 jaga diri..sepertimana yang kita lihat baru-baru ni, terlalu banyak guru2 silat terutamanya yang ambil kesempatan ke atas pelajarnya.. ala kulli hal, niatlah mempelajari apa jua ilmu kerana Allah SWT.. Tuan Guru pandai bermain senjata..memanah..menembak..
|
mawarddah
Warga Rasmi Menyertai: 17.01.2005 Ahli No: 13753
Posting: 18
Dari: negeri sembilan
|
Posting pada: 04-04-07 08:47
salam.. saya sokong sangat pendapat ini.. saya pun dah belajar seni silat cekak..dulu masuk sebab ikut member saja..yp bila da masuk rasa sangat seronok pula..sebab silat selalu dikaitkan dengan benda tahyul, tapi dalam silat ini tak ada lah upacare yang mengarut2..semuanya ada sebab musabab nya sendiri..mula-mula belajar, penatnye, ALLAH saja yang tahu..tapi da lama ok lah..lagi 1, dalam silat ini mengajar kita jadi lagi berani..tak lari dr musuh..tu pendapat saya.. wallahualam... 'FUTURE FOOD TECHNOLOGIST'
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 04-04-07 09:33
saya dah masuk silat sejak darjah 4 hga thing 3... silat gayung fatani saja lah...sekarang ni brek kejap..rindu kat silat.. nantikan kedatangan ku..silat..
|
nurfieza
WARGA SETIA Menyertai: 19.01.2006 Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...
|
Posting pada: 04-04-07 11:36
ana cadangkan wanita-wanita di luar sana belajar silat cekak malaysia... insyaAllah banyak manfaatnya.. Lahirnya Cekak kerana kesedaran bukan bermusuh sebagai tujuan untuk mendaulatkan seni kebangsaan mensesuaikan dengan makna kemerdekaan Silat Cekak benar-benar asli tidak bercampur hak luar negeri hendaklah belajar bersungguh hati untuk menjaga diri sendiri Silat Cekak tersangatlah mudah bagi mereka yang mendapat hidayah sungguhpun begitu hendaklah tabah InsyaAllah mendapat faedah Silat Cekak pada lahirnya pengertian gerak pada batinnya hendaklah mahir seluruh anggota hendaklah jujur pada jiwanya Taat ke guru membawa berkat sedikit belajar banyak yang dapat jika menderhaka menjadi mudarat semua ilmu tiada yang lekat Sebenar guru ada hakikat dikuat pula amalan syariat ditambah pula ilmu makrifat berpakaian pula dengan isyarat Dua ibu bapa tak boleh derhaka besar jasanya kepada kita kalau menderhaka bahaya menimpa di akhirat kita masuk neraka Wajiblah menjaga diri sendiri menerima amanah Tuhan Rabbi supaya menjadi mukmin sejati demi menegak Islam yang suci.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 04-04-07 11:39
Pada 04-04-07 09:33 , redgirl posting:!!! QUOTE !!! saya dah masuk silat sejak darjah 4 hga thing 3... silat gayung fatani saja lah...sekarang ni brek kejap..rindu kat silat.. nantikan kedatangan ku..silat.. redgirl pegamal silat rupanya, Alhamdulillah bagus. teruskan bergelanggang. -----------------
|