Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 99
Ahli: 0
Jumlah: 99




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: Memori Katak Pisang


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Memori Katak Pisang

Please Mendaftar To Post


Oleh Memori Katak Pisang

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-04-07 17:58


Angsa kesayangan atuk sedang sibuk di sarangnya mengeram telur. Itik nila yang sebanyak tiga ekor itu juga sedang asyik berenang ke tepi ke tengah kolam bersama 10 ekor anak yang kuning keemasan.

Teratai-teratai berwarna merah jambu terapung di permukaan menyerikan ketenangan kolam di petang yang hening ini. "Raya ini dia orang nak datang.." terngiang-ngiang suara emak di telinga. Aduh.. sejak pulang ke kampung ini petang kelmarin hatinya semakin sesak. Ikutkan hati mahu saja dia balik ke Kuala Lumpur semula.

Bukannya apa, dia baru nak membuka mulut bertanya berita si Suhana alih-alih kisah Suhaimi pula yang disebut. Aduhai..tolonglah aku! "Dah termenung kat sini Kenapa?" Suara mak jelas kedengaran di belakang. Aku cepat-cepat bangun sambil tersengih malu.

"Bukan termenung mak.. ni tengah fikir ni nak balik pagi raya ke nak balik sebelum raya.."
"Hah.. jangan nak buat benda bukan-bukan.. " ugut emak membuatkan aku tersenyum. Seram jugak mak dengar apa yang aku cakap.

Aku mengeluh bosan dan melangkah ke halaman. Kelihatan adik-adik aku sedang sibuk memasang pelita panjut yang bakal menyerikan malam Tujuh Likur nanti.

"Mak ni bukan apa Jun, tu pak lebai tu teringin sangat nak berbesan dengan mak ini.. "

"Ala mak ini.. kalau iye pun nak berbesan Kenapa mesti jodohkan Jun dengan Suhaimi tu?" Aku menarik muncung. Bosan betul bila menyebut nama lelaki itu.

Ah.. lelaki macam tikus tu. Eii.. tak sanggup aku nak tengok keadaan dia yang tak serupa orang tu. Dahlah kurus melengking.. lembik nak mampus pulak tu..

"Tak naklah kalau dengan dia mak!" Terpacul saja perkataan itu dari mulutku.

Emak yang sedang melayur daun pisang menjeling.

"Nak atau tidak, cubalah kau jumpa dia dulu.. tak lama lagi. 5 hari lagi saja.." Aku mengeluh lagi. Patutlah mak tanya tanya soalan yang tak logik hari tu.

>>"Kerja kau macammana sekarang ini Jun?"
"ok.. dah confirm pun.. mak toksah risau lah..tahun depan dah boleh pakai
kereta.." jawabku sambil ketawa.

"Umur kau pun dah nak masuk 24 tahun depan kan?" soal mak lagi sambil sibuk mengacau daging masak lemaknya.

"Kawan kau si Mastura tu dah dua anak dia.. Hah..Aton yang selalu mengaji dengan kau dulu pun dah nak beranak tak lama lagi.. " Alamak.. dah menyimpang tajuk ini..

"Mak hari tu kan Jun ada baca dalam surat khabar cara-cara nak awet muda..mak bolehlah amalkan petua tu.. nanti Jun pergi ambil," "Eh.. orang cakap pasal dia dia sibuk cakap nak awet mudakan kita pulak..tunggu dulu!" Alamak..Aku duduk semula di kerusi.

"Mak ini dah nak masuk 50 dah Jun.. tengok jiran-jiran kita tu..teringin jugaklah mak ini nak menimang cucu."

"Err.. mak nak suruh si Aishah kawin ke?"

"Mengarut ye cakap dengan mak? Aishah tu baru darjah 5! Kau tu lah mak nak suruh kawin.." Aku tertawa melihat mak memasamkan muka. Aduii.. mati aku kali ni..

"Mak ini.. macammana lah Jun nak kawin.. dulu masa sekolah ada orang minat kat Jun mak tak kasi layan. Masa saham Jun tengah naik masa sekolah menengah pun mak warning jangan nak menggatal bercinta. Dulu ada mat saleh nak kat Jun masa kat UK dulu mak larang jugak.. Dah tu macammana Jun nak
kawin, boyfriend pun tak ada." Aku mencapai pisau dan memotong sayur kacang.

"Itu dulu.. sekarang ini takkan tak ada apa-apa agaknya.." mak senyum.

Aku menggeleng kepala. "Sapa nak kat Jun ini mak.. bukan selawa mana pun..tambahan pulak Jun ini pakai tudung. Orang lelaki sekarang ini mana nak pandang sangat orang pakai tudung ini.." sengaja aku memberi alasan.

"Itu kau tak payah bimbang.. bulan lepas, ada orang merisik kau," Adoii!! Aku mencampak pisau ke tepi. Jari telunjuk yang terhiris tadi kutekup dengan hujung baju kurung kedah.

"Buat kerja tu lain kali hati-hati sikit.. " mak menggeleng kepala sambil mengambil serbuk kopi dan menghulur kepadaku.
bersambung....


-----------------

[ Telah diedit oleh: skater pada 04-04-07 14:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

bayti_jannati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26228
Posting: 220
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 02-04-07 20:06


alaaaa...
kenapa bersambung pula kat web lain ini...
tengok syok baca...tiba-tiba tergantung macam tu saja...
skater...sambung saja lah kat cini...
boleh kan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bayti_jannatiProfil   Hantar PM kepada bayti_jannati   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-04-07 21:10


Pada 02-04-07 20:06 , bayti_jannati posting:

!!! QUOTE !!!

alaaaa...
Kenapa bersambung pula kat web lain ini...
tengok syok baca...tiba-tiba tergantung macam tu saja...
skater...sambung saja lah kat cini...
boleh kan..



Ha...kalau nak tau ni lah yang dinme kan promosi


-----------------
2 love some1 is NOTHING...2b love by some1 is SOMETHING...2b love by some1 u love is EXCITING...but 2b loved by ALLAH is EVERYTHING


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-04-07 22:03


ala...bosan begini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-04-07 22:19


sambung sajalah kat sini. macam kelakar saja cerita ni melawak dengan mak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-04-07 14:41


"Siapa pulak yang nak menempah malang tu mak risik Jun ini.." soalku. "Ala.. Lebai Sahak.." Lebai Sahak?

"Untuk siapa? Untuk Badrul ke?" soalku lagi. Terbayang wajah
pensyarah muda itu di ruang mata. "Bukan.. untuk Suhaimi." Apa??

Solat terawih sudah pun selesai. Aku mengekor di belakang emak yang asyik berbual-bual dengan Mak Tih Kiah depan rumah kami.

"Ini ke si Jun?" satu tepukan lembut di belakangku membuatkan aku terperanjat beruk. Wanita bertelekung putih itu tersenyum sambil mengusap belakangku mesra.

"Iye lah kak Aji.. sapa lagi kalau bukan anak dara ceruk dapur saya ini.." sahut emak sambil mengerdip-ngerdip mata. Alah..apa pula mak ini main bahasa-bahasa mata ni? Seketika cubitan halus hinggap di punggungku.

Adoii..aku menjeling mak geram. "Salam.." bisik emak. Ohh.. segera aku menghulurkan tangan.

"Dah lama sangat tak jumpa.. iyelah.. orang belajar tinggi.. jauh pulak tu.."

"Hmm.. nak buat macammana kak aji.. dia orang ini bukannya macam kita nak mengenal saudara.. hari raya pun buat tak tahu saja.."

"Suhaimi tak balik lagi?" soal mak. Yearlkk.. aku terasa tekak sudah mula bergelodak bila mendengar nama itu.

"Entahlah.. dulu dia talipon nak balik hari melemang.. tak tau lah Long Zah..

orang kerja drebar ini payah sikit nak dapat cuti.." Apa? Driver?Aduii.. mak ni biar betul nak jodohkan aku dengan driver.

"Buat apa lah dia pergi kerja dengan orang putih tu iye Kak Aji..nak cuti raya pun susah.. dah lama jugak dia tak balik beraya rasanya.." amboi mak ini..

"Hmm.. entahlah Long.. tak tahu jugak lah nak cakap.. " keluh Mak Aji Som.

"Jun kerja di mana sekarang ni?" soalnya. "Di Putrajaya mak Aji.."

"Ohh.. kerja kat tempat PM.. baguslah tu.. kerja lah elok-elok..err.. mak aji balik dululah ye.. datang ke rumah Jun bual-bual dengan Suhana.. dia dalam pantang tu.. " pesannya sebelum beredar.

Aku Cuma mengangguk. Dalam hati sabar sajalah.. Si Suhaimi tu bukan aku tak kenal. 24 jam bersongkok.. anak pak lebailah katakan. Pulak tu lembiknya macam katak pisang. Eii.. Masih kuingat lagi zaman kami kecil-kecil dahulu.

Aku sebaya dengan Suhana adiknya. Selalu sangat si Lembik tu kena buli dengan budak-budak.. dan tukang backingnya siapa lagi kalau bukanaku. Kalau kita bercakap dengan dia macam bercakap dengan dinding. Mulut tu macam ada berlian. Hari-hari berkepit dengan muqaddam.. pasal apa nak tau? Pasal bebal sangat. Dahlah lembik nak mampus.. kalau mengaji tak pernah lancar. Padahal 24 jam mengepit Muqaddam. Hemm.. tu baru story kat kelas mengaji. Belum kat sekolah. Walaupun dia tu lebih tua 4 tahun dari aku tapi semua hampeh. Kalau nak tengok muka dia hah, tunggu saja lah waktu perhimpunan.

Kalau ada budak kurus kering kepala tunduk bersongkok hitam berdiri kat depan tu, hah dialah. Kerananya.. periksa tak pernah pas. Nombor akhir sekali dalam kelas tu memang dia yang memegangnya sampai habis sekolah rendah. Yang aku pelik tu buku tak pernah lepas dari tangan.. orang lain tu tak pegang buku pun boleh lulus periksa. Sebut saja Suhaimi Lembik memang
orang kenal sangat. Seramai enam orang adik beradiknya dia seorang saja yang 'kurang' sikit. Pelik jugak anak lelaki bongsu Pak Lebai tu. Kenan apa agaknya Mak Aji Som masa mengandungkan dia dulu. Penat lagi rasanya aku berlari menghambat budak-budak yang selalu mengacaunya. Pun begitu dia tak pernah nak berterima kasih. Dahlah lembik, sombong pula tu! Selepas itu aku tak ikuti perkembangan Si Katak Pisang itu. Dengar khabar dia pergi sekolah kat Kedah tinggal bersama pak ciknya yang mengajar di sana. Dan aku pula selepas habis darjah 6 mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah di Raub, Pahang. Sejak itu kami semakin jauh. Suhana juga bersekolah di Terengganu dan tamat dengan sijil sama sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir. Dalam surat pun Suhana tidak ada bercerita tentang abangnya yang lembik itu. Ahh.. Suhana pun tak berapa suka nak melayan abangnya yang gagap tu. Oh ya.. lupa aku nak cerita Suhaimi ini gagap sikit.. itu pasal berat mulut macam berlian.

Dan sekarang ini aku rasa Tuhan nak menduga aku. Kenapa dalam ramai-ramai anak Pak Lebai Dollah tu, Si Suhaimi Lembik itu yang terkena pada aku? Kenapa tidak Badrul yang menjadi pensyarah di UIA tu? Ataupun si Azlan yang sedang buat master di USM tu. Aku menumbuk bantal menahan geram.

"Mak, kalau tolak boleh tak mak?" soalku membuatkan emak tidak jadi memasukkan bancuhan bahulunya ke dalam acuan. Aku tunduk sambil menguis-kuis sabut kelapa yang semakin hangus dimakan bara api.

"Hmm.. kan mak dah cakap dulu, jumpa dulu.. "

"Tapi.. mak kan tahu Suhaimi tu macammana.."

"Macam orang lah.. macam apa lagi?" soal mak selamba sambil menambah kayu kayu kecil yang dikerat-kerat.

"Dulu mak tanya kau kata kau tak ada boyfriend. Lagipun..nak harap sapa lagi. Anak dara mak dua orang saja. 5 lagi lelaki. Takkan nak suruh adik kau si Aishah tu pulak.."

"Habis tu mak dah nak sangat bermenantu.."

"Iyelah.. sudahlah arwah ayah kau tak sempat menengok kau
bersanding, nanti kalau mak pulak menyusul.. macammana?" soal emak membuatkan mulut aku terkunci.

"Lagipun.. memang sebelum arwah pergi dulu dia ada sebut-sebut nak bermenantukan si Suhaimi tu.

" Apa???? Aku rasa macam nak pengsan. Ah sudah.. mesti nak guna isu arwah ayah pulak..

"Kau tau tak.. sungguhpun dia tu macam tu Jun, dia lah yang paling rajin menolong ayah kau kat kebun. Tak semua dalam setandan pisang tu elok.. tapi walaupun dia macam tu, dia rajin, hormat orang tua.

" Aduii..cuping telinga terasa kebas mendengar pujian dari mulut emak. "Satu lagi mak nak pesan, jangan memilih rupa..bukan boleh bawa bahagia.." emak menjeling tajam.

"Tapi mak.."

"Sudah, bakar kuih ni! Mak nak tengok si Hisham tu dah siap ke tidak pelita buluh dia.." Emak angkat punggung meninggalkanku di situ. Aduii..

"KAK JUN, apa kata tolong Aina bawa barang-barang ni..beratlah!" Aina berkerut-kerut kening menjinjing dua plastik besar barang-barang.

"Engkau ini.. bawa tu sikit pun nak bersungut.."

"Kak Jun lah.. tadi abah suruh bawa kereta tak nak.. dah kita kena jalan kaki jauh-jauh macam ni.." sungutnya. Aku Cuma tersenyum. Kalau fikir balik, padan lah dengan muka kau. Tadi semasa sampai di rumah bukannya nak menolong apa-apa yang patut. Orang bandarlah katakan.. dah berapa kali mak ngah menjeling-jeling tadi tapi dia selamba baring menengok tv. Akhirnya bila dengar aku nak ke bandar cepat saja mak ngah menyuruh si Aina ikut sama. Tapi nak dijadikan cerita, bas tiba-tiba pancit sedangkan ada lebih kurang 3 kilometer lagi nak sampai ke rumah.

"Kak Jun telefonlah rumah suruh abah ambil!" Aina sudah tidak larat untuk berjalan. "Mana ada line kat sini.. tak nampak bukit bukau ini..?" soalku. Aina mengeluh dan mencangkung di tepi jalan.

"Habis tu?"

"Kalau penat kita stop sini dulu.. kejap lagi kita sambung balik jalan.."

"Apa? Kak Jun tau tak sekarang ini lagi sejam nak berbuka? Kalau macam tu bila nak sampai?" soal Aina terkejut.

'InsyaAllah, sebelum subuh esok kita sampai.."

"Kak Jun ni!!!" Aina mula merajuk.

Aku Cuma tersenyum. Tak boleh susah sikit sepupu aku ni. Maklumlah dari pandai menangis keluar dari perut ibu sampai dah 17 tahun umur hidup macam bidadari.. Aina.. Aina..kalau kau duduk dengan mak aku.. memang dah cukup syarat dah kau nak jadi bini orang! Kalau kau sanggup dengar bebelan anak dara pemalas kau cubalah bangun meninggi hari. Kalau nak rasa kutilan halus berbisa kat punggung cubalah kau basuh pinggan berbunyi-bunyi.. hinggaplah sedas dua kutilannya kat peha kau yang gebu tu. Itu belum lagi dia tengok kau pakai skirt pendek seperti kebiasaan di KL sana.. alamatnya kena kejar kelilling rumah lah engkau!

Surau yang semakin roboh dimamah usia di hadapan kami kutatap. Dahulu di sinilah aku bersama kawan-kawan menuntut ilmu keakhiratan saban petang selepas waktu sekolah. Pokok kundang tempat permainan kami masih utuh megah berdiri di sebelah kanan rabung surau. Dahulu laman surau ini pasti bersih kerana Suhaimi akan menyapunya setiap hari.Dan aku pula bersama Aton, Mastura dan Aidah akan menjadi tukang sepah.

Elok-elok si Lembik itu selesai menyapu aku segera memanjat pokok rambutan. Dan di hujung dahan itu aku menggegar segala dahan dan daun-daun rambutan yang kuning akan bertaburan semula. Tapi Suhaimi tak pernah sekalipun marah.

Mungkin kerana sedar diri aku selalu menyelamatkannya dari gangguan Usop Hingus cucu Tok Empat Latip itu. Kadang-kadang aku sengaja membiarkannya mencuci lantai di kaki surau yang sudah kotor dengan tanah merah kerana kami tak pernah meninggalkan kasut di luar kawasan bersimen. Masih teringat sewaktu di bulan Ramadhan yang mulia ini, 16 tahun yang lalu, si
Suhaimilah mangsa menyimpan segala kuih-kuih moreh untuk aku.

Kadang-kadang bahagian dia aku ambil dan dia Cuma memandangku sambil terkebil-kebil. Aku senyum sendiri melihat kenangan lama dahulu. Teruknya perangai aku! Tapi mujurlah emak dan ayah tak pernah tahu. Lagipun Suhana pun tak pernah kata apa, asalkan aku sentiasa menjadi penyelamat abangnya.

"Oii.. lembik! Kau ini lain kali jalanlah cepat sikit..karang kalau
budak hingus tu datang kang mula lah kau terpekik-pekik!" Teriakku geram. Suhaimi masih terhegeh-hegeh mengayuh basikal yang lebih besar dari badannya. Suhana Cuma menggeleng kepala.

"Imi.. cepatlah sikit!! Dah malam ni. kang kalau lalu kat kubur kat depan tu.. "

"Hishhh!! Mulut tu.." Suhana menekup mulut. Aku berhenti di tepi jalan menanti si Lembik yang mengayuh macam kura-kura tua.

"Jujjjujjj.Jun!! Aaaa..add..ddaaa benda lah!"

"Apa lagi??" Aku menongkat basikal dan menghampirinya.

"Ngape?" soalku melihat mukanya sudah pucat lesi.

Dia terketar-ketar menunjuk ke belakangnya.

"Pasal?"

"Aaadd.da mmmeennda pepe..peggang song.songggk.kok mi!" Air matanya sudah merembes keluar. Aku menggeleng kepala. "Penakut! Bukan orang lah! Ranting kayu! Bodoh betul.." jawabku sambil melepaskan ranting kayu yang tersangkut pada songkok buruknya. Aku dan Suhana tertawa kelucuan. Suhaimi terkulat-kulat mengesat air matanya.

"Kau ini lain kali beranilah sikit! Sampai bila aku asyik nak jadi
tukang kejar Usup tu saja.. anda tengok aku ini baru nak gemuk dah kurus balik, asyik jadi tukang penyelamat kau saja.." Aku menumbuk bahu Suhaimi.

Tetapi tiba-tiba saja dia terus terlentang. Ak enna..memang dasar lembik! Begitulah alkisahnya si Suhaimi. Aku tersenyum melihat anjung tempat kami belajar mengaji dulu. Begitu juga telaga yang pernah mencipta sejarah dahulu. Sejarah yang menyebabkan Suhaimi tercampak jauh di negeri Kedah kerana satu peristiwa yang tidak disengajakan! "Kak Jun!!" Aku terkejut beruk. Aina tersenyum di sisi seorang lelaki yang sedang tersenyum memandangku tidak jauh dari Toyota Altisnya yang
tersadai di bahu jalan.

"Kak Jun cepat naik! Abang ini nak tolong hantarkan.."

Aku memandang lelaki itu curiga.

"Cepatlah kak!!" Aina menarik tanganku. "Kau ini.. kau kenal ke orang tu?" Aina menggeleng kepala.

"Dah tu pandai-pandai sangat nak tumpang Kenapa?" "Kak Jun ni dah nak berbuka dah ni tau.. takkan kita nak tunggu sini sampai besok pagi! Lagipun takutlah.. sini sunyi..mana ada rumah orang.."

"Iyr lah.. tapi kita tak kenal dia.. bukan orang kampung kita ini..sekali bapak ayam ke.."

"Apalah akak ni!" Aina sudah menarik muka masam. "Kalau akak tak nak naik sudah! Biar Aina balik dengan abang tu!"

bersambung...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-04-07 14:42


Amboi.. tak makan nasihat. Aku memaksa diri melangkah menghampiri lelaki itu. "Errr.. Abang, ni lah kakak sepupu kita.. " Aku tersenyum sekadar berbahasa. Dalam hati memang geram dengan telatah Aina. "Duduk kat kampung mana?" soalnya sambil membukakan pintu. Aina cepat-cepat masuk. Sabar saja lah aku. Lelaki itu Cuma tersenyum melihat aku kegeraman.

"Pamah Kulat.. err.. Encik ni nak kemana?" soalku setelah dia mula menggerakkan keretanya.

"Saya nak berbuka puasa di rumah pak cik saya..selalu jugalah saya ke sini, tapi tak pernah jumpa.. cik.."

"Junaida! Nama dia Junaida bang!" cepat Aina menyampuk. Ehhh..budak ini pandai-pandai saja.. kalau dia duduk sebelah aku kat belakang ini memang nak kena cubit.

"Ohh.. dekat-dekat sama dengan nama Aina ye. Junaida.. Junaina..silap-silap orang ingat kembar.." Aina tertawa kecil.

Amboi gediknya si Aina ini.. mentang-mentanglah mamat ini handsome dan macho sikit.

"Jun, Jun tak kenal saya ke?" soal lelaki itu sambil melihat aku melalui cermin. "Err.. sorry lah.. memang tak kenal,"

"Perangai awak ini dari kecil memang tak berubah-ubah. Berterus terang.." Lelaki itu tersenyum.

"Err.. abang kenal ke kak Jun?" soal Aina hairan.

"Jun tak ingat masa kecil-kecil dulu.. budak yang selalu tunggu Jun tepi simpang depan tu masa balik mengaji? Yang selalu bawa lastik burungtu.." Aku mengerut kening. Terbayang tiga ekor iblis kampung yang selalu mengganggu Suhaimi. Masih kuingat lagi baju kurungku terkoyak teruk kerana menghambat mereka kerana menyorokkan selipar Suhaimi.

"Err. ni Usop ke?" soalku.

"Ya.. Usop lah ini.. yang selalu Jun kejar dulu.." Usop tertawa kelucuan. Mak aiii.. biar betul budak berhingus ni dulu dah jadi macho dan kacak sebegini.

"Kau tak percaya kat aku ke Jun.. aku lah.. Usop Hingus yang kau cakap dulu..

kau buat apa sekarang ini Jun?" soalnya. "Kerja kat Putrajaya.. kau?" soalku pula.

"Dulu jadi model.. ala masa tu kau kat UK..sekarang ini aku buka business sikit-sikit.. dah tua ni Jun.. kenalah cari ekonomi yang kukuh sikit.." keretanya membelok ke tengah laman. Kelihatan Pak Ngah baru saja menghidupkan enjin kereta saat kami turun dari kereta. Usop berlalu setelah aku mengucapkan terima kasih.

"Ingatkan sesat ke mana tadi.. " ujar pak ngah sambil mengunci kereta Mercedesnya semula. Aku Cuma senyum dan masuk ke dalam rumah. Sesaat selepas itu azan maghrib pun berkumandang..

MALAM ke 25 Ramadhan begitu bercahaya. Pelita-pelita panjut menyala terang di kiri kanan jalan. Aku merebahkan badan di atas katil. Adikku Aishah tidur di luar bersama-sama Juliana dan Atheera. Memang setiap kali musim raya mak ngah dan pak ngah akan bermalam di rumah kami memandangkan rumah atuk telah sendat dengan adik beradik yang lain seramai 8 buah keluarga. Si Junaina tidur di bilik aku. Anak dara sulung pak ngah tu memang tak suka berhimpit-himpit macam adik-adiknya yang lain. Tapi dia berhati baik, tak lokek barang dan harta benda. Hmm. kawin. Aku tersenyum sendiri. Macammana aku nak terima si Suhaimi sedangkan suatu masa dahulu aku yang menjadi pelindungnya. Lagipun, macammana dia nak sara hidup aku nanti? Entah-entah, gaji aku lebih tinggi dari gaji dia. Isshh. kalau dia handsome macam si Usop tu tak apa juga. Lagipun. Aku ni bukannya tak ada rupa. Cuma jodoh belum tiba lantaran sibuk dengan pelajaran dan kerjaya.

"Aku tak sangka tomboy brutal masa kecil-kecil dulu dah jadi macam tuan puteri.. apa rahsia kau Jun.." soal Usop sambil tersenyum.

"Rahsia..? Entahlah.. time is changed Usop.. kau tu pun.. dulu mana ada macam ini.. " balasku.

Kerapu kukus masih berwap panas membangkitkan selera. Tapi mengenangkan aku ni anak dara terpaksa control sikit.. Siang tadi beriya-iya benar dia mengajak aku keluar berbuka sama di Restoran Terapung Nelayan di bandar Lipis, satu-satunya restoran eksklusif di daerah itu. Kira-kira sejam perjalanan dari Raub.

"Mungkin aku banyak membantu agaknya.. kalau tak kerana kau yang selalu mengejar kita orang dengan pelepah pinang takkan kau jadi tinggi lampai macam ni, betul tak?" usik Usop lagi.

"Apa lah kau ni Usop.." "Tak sangka kan.. setelah 14 tahun terpisah kita berjumpa semula, kan?" Usop senyum mempamerkan barisan giginya yang kemas tersusun.

"Kau.. kau dah ada special boyfriend?" soalnya membuatkan aku tersedak. Cis!! Celako.. soalan maut dia tanya aku! "Kenapa? Kau nak jadi boyfriend aku? Kau dah lupa parut kat perut kau dulu?" soalku. Usop tersengih. "Jun. Aku tertarik dengan kau.. kalau kau mahu beri aku peluang. Aku tak akan kecewakan kau.." Wah.. semudah itu. Aku tersenyum. "Jangan bergurau Sop.."

"Tak .. aku tak bergurau.. serius.. kalau kau nak tahu sejauh mana kejujuran aku.. aku akan hantar rombongan ke rumah kau bila kau kata yes..sungguh Jun.. aku dah tak macam dulu lagi.. " Kata-kata Usop masih terngiang-ngiang di telinga. Aku kebuntuan. Biar betul mamat sekor ni.. Mustahil dia lupa perutnya yang bocor akibat terkena kaca dulu. Sebulan kena tahan di wad gara-gara aku. Itulah kacau lagi si Suhaimi tu. Aku tertunduk. Tiba-tiba ingatan pada Suhaimi menjelma. Kerana peristiwa itu uga Suhaimi terbuang jauh dari bumi Dato' Bahaman ini. Dan yang pasti semakin hampir hari raya semakin aku terasa sesuatu yang belum kulangsaikan.

Peristiwa itu masih segar di ingatan. Waktu itu hari raya semakin hampir tiba. Seperti biasa Suhaimilah orang pertama tiba di surau. Membentangkan sejadah..membersihkan laman yang ditimpa dedaun kering.. memasak air.. Sewaktu sedang sibuk dia mengambil air dari perigi di belakang surau Usop, Udin dan Mail Kengkang datang mengganggu. Simen surau yang sedang dibersihkan sengaja dikotorkan lagi.

"Uuusss.sssop! Jajaja..janganlah kkkootorrkan!" pintanya. Usop Cuma tertawa mengejek dan merampas songkok usang Suhaimi.

"Ohh.. patutlah bersongkok sepanjang masa.. ada kurap kat kepala!!!" Suhaimi berusaha merebut songkok lusuhnya tetapi tiga ekor jin itu semakin galak mempermainkannya. Aku pokok kundang yang sedang kemaruk berbuah itu aku menyaksikan perbuatan mereka. Dalam hati aku jadi marah .. kenapalah si Lembik nak mampus tu tak melawan? Cuba bagi penumbuk sebiji!

"Woii!!" Usop terhenti dan berpaling ke arah suara itu. Aku segera turun dari pokok kundang dan menghampiri ereka. "Hek elehh. nak tolong buah hati dia lah tu.." sindir Mail Kengkang.

"Pulang balik songkok dia!" Aku membulatkan mata. Dia orang ini memang nak kena luku dengan aku ni.. aku menyingsing lengan baju kurung bersedia mengepal penumbuk. Usop menjelingku sambil tersenyum. "anda sayang sangat budak berkurap ini Kenapa?" soalnya. "Eh suka aku lah nak sayang ke nak benci ke.. kau sibuk Kenapa? Pulang balik songkok dia!" Aku menunjal kepala Usop yang rambut berceracak seperti landak mengeram itu.

"anda main kepala ye? Kerana budak kurap ini kau tunjal kepala aku??"Usop memegang tanganku kuat.

"anda ini nak kena sangat ye?" soalku sambil mengangkat kaki 45 darjah. Sekuat hati aku menendang perut Usop. Usop terpersok di celah tiang surau. Aku tertawa puas. Padan muka.

"Wei..mari lah bangun lawan kalau anda nak sangat..wei!!" Aku mengacah-acah penumbuk ala-ala peninju. Suhaimi yang terpisat-pisat mengesat pipinya yang basah. Perlahan dia mengutip songkoknya di atas tanah. Aku menanti Usop untuk bangun tapi yang terdengar esak tangis beserta raungan kesakitan. Alamak.. aku mendekati Usop. Usop berpaling memegang perutnya yang sudah mengalir darah pekat.

"Usop!! Pak Lebai! Usop luka! Usop kena kaca!!" Mail Kengkang dan Udin sudah menjerit panik. Aku tergamam begitu juga Suhaimi. Kelihatan botol kaca yang sudah pecah tercacak di kaki tiang.

"Jjjuun! lah.laariii!!" Suhaimi menolakku. Aku kepucatan. Usop sudah tidak bergerak-gerak lagi. "Imi.. mcammana ?" "Lllaarr..rri cececepat!" Gesa Suhaimi. "Ceeccepat!!" Dan tanpa menanti aku membuka langkah seribu. Dan air mata ketakutan mula mengalir deras. Aku dah bunuh Usop ke?? Sejak peristiwa itu aku menjadi pendiam. Tidak lagi selincah dahulu. Dengar khabar separuh nyawa Suhaimi dibantai Pak Lebai kerana dia mengaku dia yang menolak Usop. Tak cukup dengan itu Suhaimi dibawa ke Kedah setelah tamat Darjah 6. Kerana kesilapanku dia rela dihukum walaupun sepatutnya aku tampil ke hadapan. Sejak hari itu aku tidak lagi melihat baying Suhaimi. Duniaku rasa aman, pertama aku tidak perlu menjadi bonzer Suhaimi. Kedua Usop juga diambil
semula oleh ibubapanya dan tinggal di Kuala Lumpur. Namun, saat aku berjuntai di atas pohon kundang aku terasa kehilangan sesuatu. Kehilangan bila melihat laman surau yang sarat dengan dedaunan.. lantai dan tangga yang tidak dijaga bersih seperti selalunya. Tapi perasaan itu hilang bila aku meninggalkan alam kanak-kanak. Nama Suhaimi kian luput diingatan sehinggalah emak membuka suara tentang hajat Pak Lebai. Memang, Suhaimi tentu masih seperti dulu, kepalanya botak kerana penuh dengan kudis yang tak pernah baik badan lembik dan melengkung.. tapi dia tak pernah menyakiti hati orang lain. Dan kerana Suhaimi juga aku mula berubah menjadi anak gadis yang lebih sopan. Tidak lagi menghabiskan masa di atas pokok kundang, tepi-tepi sungai..

"Woi!! Termenung!" Aku terperanjat. Ikan-ikan yang berenang tadi bertempiaran lari. Usop tertawa kecil.

"Kau ni Sop.. kalau aku lemah jantung mati kempunan lah kau nak tengok aku bersanding.." Usop tertawa lagi dan duduk di sisiku.

"Macammana?" soalnya. Aku senyum. "Emm.. aku ada cerita nak kasi tau kau.." ujarku.

"Jun, kau tak percaya kat aku ke?" soalnya. "Aku ikhlas Jun.. sebenarnya memori kita kecil-kecil dulu tak pernah luput dari ingatan aku.. sama selagi parut luka kat perut aku ini masih ada. Aku tak salahkan kau Jun.. malah peristiwa itu menyedarkan aku. Kalau tak kerana kau. Aku tak mungkin berjaya macam hari ini.." Usop tersenyum.

"Aku hargai perasaan kau tu Sop.. tapi.. kau dah terlambat." Aku senyum.

"Maksud kau .. kau dah ada yang empunya? Boleh aku tau siapa Jun?" soalnya terkejut.

"Emm.. kau mesti tak percaya." aku sendiri nak tergelak. Tapi aku yakin dengan petunjuk dari Allah. Istiharah aku telah menampakkan keputusan yang patut aku buat.

"Cakaplah Jun.. sekurang-kurangnya aku nak tahu siapa lelaki
bertuah tu.." pinta Usop.

Suhaimi,"

"Suhaimi? Jun.. mustahil Suhaimi Lembik.." Aku mengangguk membuatkan Usop tertawa besar.

"Kau nak buat lawak ke Jun? Takkan kau nak bersuamikan budak berkurap tu.."

Usop menahan lucu. "Sop.. biarpun dia berkurap.. lembik.. tapi hati dia baik. Lagipun.. aku terhutang budi pada dia.. kerana akulah dia terpaksa membawa diri. Kau tahu kan dia dihalau ke Kedah kerana luka perut kau dulu.. "

"Betul ke? Patutlah aku dah tak jumpa dia lagi.." Usop tunduk.

"Tak salah kalau aku memilih dia kan Sop? Dulu kau jugak ejek-ejek dia tu buah hati aku.. sekarang ini.. makbullah doa kau tu.. " aku tersenyum. "Apa pun.. aku harap kau tak menyesal Jun.."

"Menyesal? InsyaAllah tidak.. lagipun Suhaimi pun manusia.. Cuma dia tak sehebat kau.. tapi kalau itu yang membahagiakan aku tak salah kan?" Usop terasa disindir.

"Lagipun Sop, mak aku pesan jangan memilih rupa.." sambungku lagi menerbitkan rona merah di muka Usop.

"Err.. ok lah Sop.. aku nak balik dulu.. kau datanglah raya esok kat rumah aku.. bye!" Aku segera meninggalkan pinggir tasik itu. Langkah kuatur kerumah fikiranku menerawang. Aku percaya ketentuan Allah.. harapnya pilihan kali ini diberkati olehNya.

"Kak Jun.. mak panggil ke dalam," ujar Aishah sebaik saja aku sampai di dapur. Kelihatan Aina sedang mengacau rendang di kuali. Mak Ngah tersenyum sambil mengisi beras ke dalam kelongsong ketupat. Aku segera naik ke atas. Alamak!! Segera aku berpatah balik. Dua orang lelaki yang sedang berbual-bual dengan mak kelihatan mencurigakan.

Eh.. siapa pulak ini. Aku mengintai. Alamak.. yang kurus kering tu macam kenal saja.. sesekali dia tertawa menampakkan gigi kapaknya yang besar-besar. Errkkk!!

Hatiku berdebar-debar. Mataku beralih pula si kacak yang berjeans sedang memangku seorang budak kecil.

"Kak Jun!!" Opocot!! Aku terperanjat besar. Aishah kupeluk erat. "Sapa tu?" bisikku.

"Tu lah abang Suhaimi." Apa??

"Junn!!!" Alamak!! Suara mak jelas lantang memanggil. Aku rasa macam patung cendana. Mak.. Jun tak sanggup nak terima Suhaimi!! Kata nak datang hari raya.. ni belum raya lagi dah datang!! Ishhh!!

"Jun mari sini kejap!" Suara emak memanggil memaksa aku melangkah ke hadapan. Mak tersenyum.

"Hah.. inilah Jun Imi.. Jun.. kau kenal lagi tak Suhaimi ni?" soal
mak. Aku rasa tak larat nak angkat muka. Sampai hati mak suruh Jun kawin dengan dia ini..

"Jun.." Aku memaksa diri bila cubitan emak hinggap di peha. Wajah lelaki kurus kering itu kutatap.

"Jun.." Eh.. magik ke dia.. panggil nama aku tapi mulut tak kumat kamit pun..

"Mak.. Jun tak nak kawin!" Bisikku perlahan ke telinga emak. Sekali lagi cubitan halus hinggap ke pehaku.

"Jun.. ini Imi bawa souvenir dari Paris.." Eh.. lelaki kacak yang
sentiasa tersenyum itu bangun tiba-tiba dan duduk di sebelahku. Eh.. biar betul.

"Jun tak kenal Imi lagi ke?" soalnya. Aku renung mukanya lama. Mana wajah Imi yang cengkung dulu? Mana songkok lusuhnya? Apa sudah jadi pada badan kurus melidinya dulu? Dan aku cari lagi bukti mengatakan dia adalah Suhaimi.

Dan.. ya.. anak matanya yang berwarna kelabu itu masih kekal pada Suhaimi Lembik yang kukenali dulu.

"Imi.. macammana Imi boleh jadi macam ni? Imi dah tak gagap lagi?" soalku spontan. Suhaimi tersenyum.

"Semuanya kerana Jun. Junlah yang mengubah Imi yang lembik dulu kepada Imi hari ini." ujarnya sambil tersenyum.

"Tapi Imi.." "Tapi apa lagi? Imi ini mesti penat..baru sampai terus ke sini..macammana jadi drebar kapal terbang di negeri mat saleh sana Imi?" sampuk mak.

Drebar kapal terbang. Aku serta merta tergelak kecil. Rupanya
perpisahan kami membawa perubahan yang positif . si penakut dah berjaya menerbangkan pesawat!

"Bukan drebar kapal terbang lah mak long.. pilot.." sampuk Juliana sambil tertawa. Aku mencuri pandang. Agaknya inilah petunjuk Allah.

"Imi, maafkan Jun kerana Jun Imi terpaksa tinggal di Kedah,"

bersambung...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-04-07 14:44


"Dan kerana Jun juga Imi berubah, Imi jadi kuat bila teringatkan Jun.. dan terima kasih kerana banyak melindungi Imi dulu. Dan sekarang..izinkan Imi pula untuk melindungi Jun selama-lamanya.."

Mak aiii.. aku rasa terbuai.. mak.. Jun setuju pilihan emak!!! Dan lelaki yang kurus itu suami Suhana rupanya!! Aku senyum lagi.. kalau dah jodoh.. katak pisang pun boleh bertukar jadi putera raja!! Syukur pada Tuhan!


" God has reasons for allowing things to happen. We may not understand his wisdom but simply, we have to trust his will."

TAMAT ...

Apakah kesimpulan cerita ini anda rasa?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-04-07 15:07


assalamualaikum..nice story..well done skater!!
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

aiz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 04-04-07 17:21


NICE STORY

Bookmark and Share

    


  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   Pergi ke aiz's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-04-07 19:15


Pada 04-04-07 14:44 , skater posting:

!!! QUOTE !!!




" God has reasons for allowing things to happen. We may not understand his wisdom but simply, we have to trust his will."

TAMAT ...

Apakah kesimpulan cerita ini anda rasa?



pada ana kesimpulan cerita ini...

sesuatu yang Allah beri itu pasti yang terbaik..
kita merancang,ALLah juga merancang...
dah sudah tentu rancangan Allah yang terbaik untuk setiap hamba-NYA..

iskk...iskk...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-04-07 00:44


suka juga cerita ni kelakar, kesimpulannya bagi saya ibarat dont judge the book by it's cover. Kita tak boleh menhakimi ssorg pada zaman silamnya hanya Allah yang berhak, kerana mungkin zaman silam ssorg itu tak sebaik mana tapi siapa tau di masa akan datang dia lagi baik dr kita.

Allah itu Maha Kuasa, Dia mampu mengatur segalanya mengikut kehendakNya

p/S: nak tahu juga kesimpulan dr penulis sendiri.mungkin ada nak sampaikan & ada mesej tertentu dalam cerpen ni sebab tu yang saya rasa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

melon
Warga 2 Bintang
Menyertai: 13.02.2007
Ahli No: 28719
Posting: 65
Dari: kuala lumpur

saudiarabia  


posticon Posting pada: 05-04-07 01:37


jangan padang pada luaran saja.yang penting hati mesti baik.
best cerita ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For melonProfil   Hantar PM kepada melon   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-04-07 01:54


Pada 05-04-07 01:37 , melon posting:

!!! QUOTE !!!

jangan padang pada luaran saja.yang penting hati mesti baik.
best cerita ni.


betul tu...
apa pun cerita ni memang best...:)


-----------------
"Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."


Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 05-04-07 17:39


betul. yang penting baik kita ambik. tak baik jangan ambik

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-04-07 14:35


betul tu..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111747 saat. Lajunya....