Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 244
Ahli: 0
Jumlah: 244




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: sifat neraka serta penghuninya...


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» sifat neraka serta penghuninya...

Please Mendaftar To Post


Oleh sifat neraka serta penghuninya...

aiezzat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2005
Ahli No: 20989
Posting: 76
Dari: kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-04-07 16:35


SIFAT NERAKA SERTA PENGHUNINYA

1)“Neraka telah mengadu kepada Allah. Katanya; “Wahai Tuhanku, sebahagian dari kami memakan antara satu sama lain. Lalu Allah mengizinkan kepada neraka supaya menjadi 2 bahagian. Salah satunya musim sejuk dan salah satunya musim panas. Ia adalah lebih panas dari kepanasan di atas dunia dan lebih sejuk dari kesejukan yang ada di atas dunia”. (Hadith sahih)

2)Seketul batu yang besar telah terjatuh dari tebing neraka Jahannam. Ia jatuh selama tujuh puluh tahun tetapi belum sampai kedasarnya.

3)Penghuni neraka akan menangis sehinggakan jika diletakkan kapal didalam air mata mereka nescaya kapal itu akan belayar. Dan mereka menangis mengeluarkan darah.

4)Jikalau setitis dari “zaqqum” (sejenis makanan dari neraka yang berbau busuk) jatuh kedunia, nescaya binasalah seluruh penghuni dunia. Bagaimana kiranya orang yang menjadikannya sebagai makanan?

5)Api di atas dunia adalah 1/70 dari api neraka Jahannam. Setiap bahagiannya mempunyai tingkat kepanasan yang berasingan.

6)Semasa manusia masih dilontarkan kedalam neraka Jahannam tetapi neraka Jahannam berkata; “Boleh tambah lagikah?” sehinggalah Allah menutupinya. Ia berkata; “Cukup…cukup. Demi kemuliaan dan penghormatan terhadapMu, di syurga masih kosong. Sehinggalah Allah menjadikan makhluk yang lain lalu mereka dimasukkan ke dalam syurga.

7)Akan didatangkan ke neraka Jahannam pada hari itu tujuh ratus ribu tali. Pada setiap tali itu terdapat tujuh ratus ribu Malaikat yang menariknya.

8)Akan didatangkan kenikmatan dunia kepada ahli neraka pada hari Qiamat lalu diletakkan ke dalam neraka Jahannam, kemudian dikatakan kepada mereka;” Wahai anak-anak Adam, adakah kamu tidak pernah melihat kebaikan langsung? Adakah kamu tidak pernah mendapat nikmat langsung?” Mereka berkata; demi Allah tidak wahai Tuhanku. Kemudian didatangkan kesusahan (kemiskinan) kepada penghuni syurga lalu diletakkan didalamnya. Kemudian ditanya mereka; “Wahai anak-anak Adam, adakah kamu tidak melihat kesusahan langsung? Adakah kamu tidak pernah merasa susah langsung?”. Mereka berkata; “Demi Allah tidak wahai Tuhan kami, kami tidak pernah merasa kesusahan langsung dan kami tidak pernah melihatnya”.

9)Neraka dan syurga bergaduh. Kata syurga; “Aku dimasuki oleh orang lemah dan miskin. Neraka pula berkata; “Aku dimasuki oleh orang kuat dan kaya. Kemudian Allah berfirman kepada neraka; “Kamu adalah azabku. Berdendamlah dengan siapa yang kamu suka. Kemudian difirmankan pula kepada syurga; “Kamu adalah rahmatKu, maka berilah kerahmatan kepada siapa yang kamu suka. Setiap satu dari kami ada penghuninya.

10)Seringan-ringan siksaan ahli neraka ialah dipakaikan kepadanya sepasang kasut dari api. Otaknya menggelegak kerana kepanasan kasut tersebut.

11)Ahli neraka akan menjadi besar kerana api tersebut sehingga giginya menjadi sebesar bukit Uhud.

12)Allah s.w.t berfirman kepada penghuni neraka yang paling ringan azabnya; “Jika kamu mempunyai sesuatu di bumi untuk ditebuskan adakah kamu lakukannya?” Katanya; “Ya”. Firman Allah kepadanya; “Aku telah meminta sesuatu yang lebih mudah dari itu semasa kamu berada di alam tulang sulbi Nabi Adam supaya tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu tetapi kamu enggan dengan kesyirikan kamu”.

13)Tebal kulit ahli neraka ialah 42 hasta orang yang besar. Taringnya sebesar bukit Uhud. Apabila ia duduk di dalam neraka Jahannam keluasannya seumpama antara Mekah dan Madinah.

14)Sebahagian penghuni neraka dimakan oleh api sehingga ke tumitnya, sebahagiannya sehingga keparas lututnya, sebahagiannya keparas pusatnya dan sebahagiannya keparas tengkuknya.

15)    Sesungguhnya ia (Abu Talib) berada didalam neraka yang cangkak. Jika tidak disebabkan aku(yakni Rasulullah s.a.w) nescaya ia akan berada didasar yang paling dalam.

16)“Aku berdiri di pintu syurga. Aku dapati kebanyakkan orang yang masuk ke dalamnya ialah orang2 yang miskin. Orang2 kaya masih ditahan kecuali penghuni neraka (kerana mereka telah dimasukkan kedalam neraka). Mereka telah diarahkan menuju kesyurga. Aku berdiri pula di pintu neraka. Aku dapati ramai penghuninya isalah wanita”.

17)“Jarak antara dua bahu orang kafir di dalam neraka ialah tiga hari perjalanan penunggang yang laju”

Penghuni syurga ada 3 jenis:
1)Mempunyai kuasa, adil, bersedekah dan benar.
2)Lelaki yang penyayang, lembut hatinya terhadap saudara maranya dan semua orang Islam
3)Memelihara diri, kehormatan dan keluarga

Penghuni neraka ada 5 jenis:
1)Miskin yang tidak boleh dihalang dari meminta2
2)Hanya mengikut kamu kerana kecewa bukan kerana hendakkan keluarga atau harta
3)Pengkhianat yang terselah ketamakannya.
4)Lelaki yang berpagi dan berpetang kerana menipu kamu dari keluarga dan harta kamu
5)Orang yang bakhil, menipu atau akhlak yang buruk


-----------------
"Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak."


Bookmark and Share

    


  Member Information For aiezzatProfil   Hantar PM kepada aiezzat   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102933 saat. Lajunya....