Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-11-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Mencari lilin lebih baik dari merungut bila kegelapan

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 11 hari yang lalu
sadiqah: 14 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Aurat?? Rambut saja ke???


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Aurat?? Rambut saja ke???

Please Mendaftar To Post


Oleh Aurat?? Rambut saja ke???

alhakim_mujaddid
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.06.2006
Ahli No: 24935
Posting: 62
Dari: Bandaraya Islam

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-03-07 20:36


Ana semakin keliru cara segelintir orang perempuan hari ini yang hanya menutup rambut tetapi menampakkan leher....
Cara ini dikatakan sebagai gaya bertudung zaman moden...
Ish.... Keliru betul lah???
Siapa2 boleh tolong ana jelaskan...


-----------------
MUJADDID


Bookmark and Share

    


  Member Information For alhakim_mujaddidProfil   Hantar PM kepada alhakim_mujaddid   Quote dan BalasQuote

fatimahzahra
Warga 5 Bintang
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-04-07 15:16


assalamulaikum..

alhakim_mujaddid sedia tahu bahawa aurat wanita ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..

erm kadang-kadang sebab inilah ramai perempuan kat luar sana salah palam..
mereka ingat kena tutup rambut saja...so leher semua tak perlu tutup...kasihan tengok mereka yang tak tahu ni..kadang-kadang tahu buat tak tahu..

berbuih jugak mulut cakap pasal aurat ni..Kenapa mereka masih tak paham..
tapi kita anggap mereka yang tak tutup aurat ni disebabkan mereka tak tahu...ada saja yang tak tahu...

sama-sama lah tegur demi kebaikan bersama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimahzahraProfil   Hantar PM kepada fatimahzahra   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 01-04-07 15:25


yup. i agree 200% with fatmahzahrah :) Pegang pada konsep yang mana aurat wanita tu dari mana ke mana. Then, bereh... ala.. untuk muslimin pun sama. still dok ambil ringan. contohnya? ala.. tu ptg2 dok main boleh tu? :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 01-04-07 17:22


aurat lelaki dari pusat hingga lutut..
aurat perempuan seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..

kalau dah nampak leher tu maknanya tak tutup aurat lah..
apa yang dimaksudkan dengan muka?

dipetik daripada kata ibnu hajar didalam kitab nail ar-raja' bi syarah safinatin naja'i..
muka adalah sekitar kawasan di antara ubun2 rambut dan berakhir pada tempat diantara dua tulang atau lihyah..

lihyah itu bermaksud tempat(bawah dagu) dibawah tulang yang bermulanya gigi bawah..atau tulang dibawah dagu..

kadang-kadang memang adadiantarakita rasa susah nakikut syariat Islam..
hakikatnya, tidak ramai yang tahu betapa indahnya andai ajaran Islam diterapkan dalam kehidupan seharian..

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-04-07 18:27


emm dalam banyak-banyak kitab muktabar menyebut aurat bagi lelaki dan perempuan adalah jelas dan nyata....

lelaki : melebihi pusat dan lutut (maksudnya pusat dan lutut adalah aurat)
perempuan : kecuali muka dan kedua pergelangan tapak tangan

so, apa yang menjadi keraguan dan kesamaran pada kebanyakan orang adalah mungkin pada fesyen dan caranya sahaja....apapun saya pernah melihat fesyen yang dibenarkan iaitu bermula dari tudung sehingga pakaian yang dianjurkan kepada para muslimah islam masakini mengikut trend semasa...

tudung wardina adalah ok sebagai pakaian terkini, pakaian ala kurta adalah sesuai bagi wanita yang bekerja banyak pergerakaan masa kini, yang penting adalah longgar, tidak jarrang, tidak ketat, tidak berwangian2 yang berlebihan, dan menutup aurat...:) itu adalah beberapa noktah penting untuk penjagaan aurat seorang wanita muslimah merangkumi baju, tudung dan kain atau seluarnya sahaja... so sebenarnya islam membenarkan fesyen kepada muslimat asalkan mengikut ketetapan2 sepertia yang digariskan oleh para ulama muktabar..wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 01-04-07 19:12


Aurat Dalam Islam



MUKADDIMAH

Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.

Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat.

antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.

Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.

PENGERTIAN AURAT

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.

PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.

Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.


ASAS AURAT

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

1. Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.

Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :

1.Suami

2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa

3.Ayah mertua

4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan

5. Anak-anak suami

Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya

8. Anak saudara dari saudara perempuan

9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama

10. Hamba sahaya

11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:

1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.

2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram

Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir

Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

6. Aurat Ketika Bersama Suami

Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.

Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

PAKAIAN DALAM ISLAM

Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah .a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

KESIMPULAN

Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.



Terbitan : Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor.


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

alhakim_mujaddid
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.06.2006
Ahli No: 24935
Posting: 62
Dari: Bandaraya Islam

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-04-07 11:21


Ana sokong pendapat semua....
kadang-kadang wujud salah faham..
Marilah kita sama-sama tegur untuk kebaikan dan imej islam itu sendiri...

Kerana ukhwah kita bertemu, kerana islam kita bersatu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhakim_mujaddidProfil   Hantar PM kepada alhakim_mujaddid   Quote dan BalasQuote

imtiyaz_lail86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 25728
Posting: 229
Dari: JeRaNTuT~NiLai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-04-07 12:33


sama-sama saling mengingatkn antara satu sama lain...
insyaALLAH ...MRI sama-sama TGAKKN SYARIAT ISLAM...
moga usaha kita ini membawa hasil dan input yang baik kepada warga ukhwah semua...insyaALLAH..
INNALLAHAMAA'NA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtiyaz_lail86Profil   Hantar PM kepada imtiyaz_lail86   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 03-04-07 08:59


Insya-Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 10:14


Pada 01-04-07 15:16 , fatimahzahra posting:

!!! QUOTE !!!

assalamulaikum..

alhakim_mujaddid sedia tahu bahawa aurat wanita ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..

erm kadang-kadang sebab inilah ramai perempuan kat luar sana salah palam..
mereka ingat kena tutup rambut saja...so leher semua tak perlu tutup...kasihan tengok mereka yang tak tahu ni..kadang-kadang tahu buat tak tahu..

berbuih jugak mulut cakap pasal aurat ni..Kenapa mereka masih tak paham..
tapi kita anggap mereka yang tak tutup aurat ni disebabkan mereka tak tahu...ada saja yang tak tahu...

sama-sama lah tegur demi kebaikan bersama...


zaman sekarang ni ramai yang tutup kepala, bukan tutup aurat...



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.165925 saat. Lajunya....