Saya dah belajar Silat, tiga empat Silat, dan terakhir, Sendeng Kelate/Anugerah. kelebihan Silat adalah adanya ilmu mengenal Allah menerusi sifat 20 yang di asaskan oleh Abu Musa Assya'hari. Silat yang saya belajar menjurus dalam pengkajian 7 sifat Allah yang asas, iaitu Hidup= Hayya, Alima=mengetahui, mendengar=Samia (Sim,mim ain);Melihat=Basira, Qadira= Qudrat; Murida=berkehendak; Mutakallima=berkata-kata;
memperhalusi sifat Allah, untuk mengenal Allah, Awwaluddin Ma'rifatulLah.
Yakin, Tawakkal semua kekuasaan adalah kekuasaan Allah, Allah yang menentukan segala Taqdir yang berlaku di alam ini.
Taqdir
Ahli Syurga dan Ahli Neraka
Dari ‘Abdullah .a. katanya: “Rasulullah saw yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dia menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya. Kemudian diperintahkan kepada malaikat menulis empat ketetapan. Yaitu mengenai rezekinya, ajalnya, ‘amalnya dan celaka atau bahagia. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta, tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka, lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak nya ke neraka hanya hanya tinggal sehasta, tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli surga, lalu (pada usia umurnya)dia beramal dengan amalan ahli surga.
Dari Hudzaifah bin Asid .a katanya Rasulullah saw bersabda:†Setelah nutfah berada dalam rahim 40 atau 45 malam, maka datang malaikat kepadanya, seraya bertanya kepada Allah Ta’ala. “Ya Tuhan! Apakah dia ini celaka atau bahagia?†Maka ditulis salah satu di antara keduanya. Tanya, “ Apakah dia laki-laki atau perempuan?†Maka ditulis salah satu di antara keduanya. Kemudian ditulisnya pula amalan serta hasil amalannya, ajalnya dan rezekinya. Kemudian bukunya dilipat, tidak ditambah dan tidak dikurangi.â€
Dari ‘Ali .a. katanya: “Pada suatu hari kami menghantar jenazah ke perkuburan Baqi Al Gharqad. Rasulullah saw mendatangi kami, lalu beliau duduk. Maka kami pun duduk pula di keliling beliau. Baginda memegang sepotong ranting, menunduk, dan menggaris-garis pasir dengan ranting. Kemudian baginda bersabda†Tidak seorang jua pun di antara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan Allah Ta’ala di surga atau neraka. Telah ditetap Allah apakah dia celaka atau bahagia. Maka bertanya seorang sahabat, “ Ya Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak lebih baik kita diam saja menunggu suratan taqdir nasib kita tanpa beramal?†jawab baginda,†Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang bahagia, adalah kerana dia beramal dengan amalan orang bahagia, dan orang yang telah ditetap Allah menjadi orang celaka adalah kerana dia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu beramallah!. Semua sarana telah disiapkan, adapun orang-orang bahagia, mereka dimudah untuk mengamalkan amalan orang-orang bahagia. Dan orang-orang celaka, mereka dimudahkan untuk beramal dengan amalan orang-orang celaka.†Kemudian beliau membaca ayat:†Adapun orang-orang yang suka memberi dan bertaqwa maka Kami siapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang bakhil dan merasa dirinya cukup , serta mendustakan pahala yang terbaik. Maka akan Kami siapkan baginya jalan yang sukarâ€.
Bicara Nabi Adam a.s dan Nabi Musa a.s:
Dari Abu Hurairah .a. katanya: Rasulullah saw. Bercerita bahawa Adam dan Musa pernah berbantahan. Kata Musa a.s “ hai Adam! Engkau adalah bapak kami, tetapi engkau telah mengecewakan kami kerana menyebabkan kami keluar dari surga.†Jawab Adam a.s†Engkau hai Musa! Engkau telah dipilih dan diistimewakan Allah Ta’ala. Dengan kehendakNya engkau dapat bercakap-cakap dengan Nya.. Apakah engkau menyesaliku kerana urusan yang telah ditaqdirkan Allah atasku sejak 40 tahun sebelum aku diciptakan Nya?†Sabda Nabi saw, “Demikianlah Adam a.s dan Musa a.s saling berbantah.â€
Segala-galanya terencana
Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash .a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah Ta’ala telah menetapkan segala ketetapan (Taqdir) bagi seluruh makhluq, lima puluh ribu tahun sebelum diciptakanNya langit dan bumi. Dan (ketika itu) ‘Arasy Allah Ta’ala berada di atas air.â€
Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash .a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: †Sesungguhnya hati anak Adam seluruhnya berada di antara dua jari (kekuasaan) Allah Ta’ala , bagaikan hanya sebuah saja. Allah Ta’ala sanggup menggerakkannya bagaimana menurut kehendakNya. Lalu Rasulullah saw. Mendoa, “Allahumma musharrifal qulub, sharrif quluubana ‘alaa thaa’atikaâ€. Maksud doa tersebut “Wahai Allah yang menggerakkan seluruh hati. Gerakkan hati kami untuk mentaati Engkau.â€
Dari ‘ Abdullah bin ‘Umar .a. katanya Rasulullah saw bersabda:â€Segala-galanya telah ditetapkan (taqdir yang tak dapat diubah lagi). Hingga sampai kepada kelemahan dan ketrampilan,â€
Ajal tak dapat diundur atau dipercepatkan:
Dari ‘Abdullah .a katanya†pada suatu waktu Ummu Habibah isteri Nabi saw mendoakan:†Wahai Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama suamiku Rasulullah saw., dan dengan bapakku Abu Sufyan, dan dengan saudaraku Muawiyah.†Maka bersabda Nabi saw.,†Engkau memohon ajal yang sudah pasti ( tak dapat diubah), memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya, serta rezeki yang sudah dibagi-bagi, yang tak dapat disegera sebelum tiba waktu, dan dapat diundur sedikit jua pun dari waktu yang telah ditetapkan semula. Seandainya engkau mohon kepada Allah Ta’ala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur, itu lebih baik dan lebih bagus.
Dari Abu Hurairah .a. katanya Rasulullah saw bersabda, “ Orang mukmin yang kuat (jasmani dan rohaninya) lebih disukai Allah Ta’ala daripada orang mukmin yang lemah. Namun begitu, kedua-duanya sama-sama mempunyai kelebihan. Jagalah agar kamu selalu dalam keadaan (situasi) yang bermanfaat bagi dirimu dan mohonlah selalu pertolongan kepada Allah Ta’ala dan jangan bosan. Jika engkau mendapat cobaan, jangan berkata, seandainya (tadi. Aku perbuat begini dan begitu (tentu tidak akan begini jadinya).†Tetapi ucapkanlah:â€Allah Maha Kuasa berbuat sekehendak Nya†Kerana kata-kata “Law†(seandainya/kalau) memberi peluang bagi syaitan.
Dari ‘Aisyah, Ummul Mukminin .a katanya: “ Pada suatu ketika Rasulullah saw diminta orang datang menta’ziahi jenazah bayi orang Anshar. Lalu aku berkata , “Berbahagialah bayi itu, seekor burung di antara burung-burung surga, yang belum pernah berbuat dosa atau ditimpa dosa.†Jawab Nabi saw.,†Mungkin tidak begitu. Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyediakan bagi surga siapa siapa penghuninya semenjak mereka masil dalam sulbi bapa mereka, dan telah menyediakan bagi neraka siapa-siapa penghuninya, semenjak mereka masih dalam sulbi bapa mereka.â€
Beriman dengan Qada' dan Qadar:
Qada'= perancangan, ada dua iaitu qada' Mubram (sudah tetap di Lauhul Mahfuz) dan Qada' Mualaq(boleh diubah dengan doa), semasa perancangan inilah kita memohon doa serta usaha untuk kejayaan dan kesenangan kita seperti kita berdoa serta berusaha untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM
Qadar=Ketetapan/Taqdir
ia adalah kata kata ibnu 'Asakir (wafat 620 nama sebenar Fakhruddin Abu Mansur Abdul Rahman Bin Muhammad Bin AlHasan Bin Hibbatullah Bin Abdullah Bin AlHusin al-Dimasyqi) dalam Kitab al-Aqiidatu al-Mursyidah
إعلم أرشدنا الله وإياك أنه يجب على كل مكلف أن يعلم أن الله عز وجل واحد في ملكه، خلق العالم بأسره، العلوي والسفلي والعرش والكرسي والسماوات والأرض وما فيهما وما بينهما, جميع الخلائق مقهورون بقدرته, لا تتحرك ذرة إلا بإذنه, ليس معه مدبر في الخلق ولا شريك في الملك.
حي قيوم لا تأخذه سنة ولا نوم, عالم الغيب والشهادة, لا يخفى عليه شيء في الأرض ولا في السماء, يعلم ما في البر والبحر, وما تسقط من ورقة إلا يعلمها, ولا حبة في ظلمات الأرض ولا رطب ولا يابس إلا في كتابمبين
ada sesiapa yang pernah belajar Silat Sendeng Kelantan, gurunya ialah Allahyarham Ayah Long Harun bin Abdullah asal dari Chetok Pasir Mas Salor, dan meninggal semasa duduk di Charuk Puting, Temerloh, anak muridnya ada di sekitar Temerloh, Silat ini juga ada dipelajari oleh rakyat sekitar Mersing Johor dan daearah lain di Johor. Asal dari Patani, salah seorang anak muridnya bernama Cikgu Hanafi (Napi).murid seniar ialah Abang Him (Yahya), abang Zahari. Kalau ada boleh hubungi saya di forum ini.Keluarga Allahyarham masih ada di Charuk Puting. silat tidak ada kuda-kuda seakan serupa silat Cekak Ustaz Hanafi. Ada teknik menyerang. sentiada menyendeng ketika menghadapi lawan.
Saya nak hubungkan silaturahim. Silat ini diajarkan di dalam rumah bukan di padang. Allahyarham Ayah Long Harun belajar dengan Allahyarham Pak Cu Saad di Kelate.
Assalammualaikum
baru ni saya bertemu murid senior silat ni, dia kata silat ini dinamakan "Sendeng Anugerah". O.K kita belajar silat untuk mempertahankan,menegakkan Islam.Islam Pasti Menang. Silat ini ada Belebat. terdapat dua jenis belebat, perlu mahir belebat baru pantas bila jadi buahnya. Ada enam buah asasnya. Buahnya banyak menjatuhkan lawan, bila dah jatuh kita boleh buat apa saja. ada juga kaedah guna tongkat, dan tekpi.
tiada bunga. semua berpunca dari duduk mennyedeng tanpa kuda-kuda (Tak sama dengan sendeng malaysia sebab sendeng malaysia ada kuda-kuda) Dia seolah sama seperti silat cekak Ustaz Hanafi. bergerak juga seperti silat Cekak.
itu sebab saya juga berminat dengan silat cekak Hanafi. saya pernah jatuhkan murid silat cekak hanafi tahun 1993 di UPM dala bilik. mungkin murid cekak hanafi tu guna buah yang tak berapa tinggi. dia guna buah ali patah atas, masa dia ambil tangan saya tu saya dapat potong dengan angkat kakinya dan melancarkannya ke almari. Kami cuma discuss saja bab buah silat, masa tu saya muda usia 23 tahun. murid gayung malaysia talipinggang hijau masa sparring dengan saya juga pernah dingkat dan saya jatuhkannya ke lantai dengan perlahan sebab sahabat. masa sparring tu pelajar gayung tu bagi back kick, langsung saya sambut dan jatuhkannya ke bawah dengan perlahan. silat sendeng anugerah ni banyak menggunakan tenaga lawan, umpama kalau orang sepak dengan laju ,lagi lajulah dia jatuh umpama gasing yang sedang berpusing ligat bila kita angkat sikit terus paksinya jatuh. silat ini tidak gunak kaedah block seperti karate tetapi guna kaedah angkat dan jatuhkan. hari tu saya tengok Silat cekak ustaz hanafi buat demontrasi dalam Tv3 seramai 1000 peserta (rekod) di tasik perdana(kalau tak silap) ada satu buat tu sama seperti satu kaedah buah dalam silat sendeng anugerah ini. Itulah sebab masa belajar di UPM , bila sahabat saya suruh belajar silat cekak saya tak masuk, sebab tengok sama saja, cuma ...Sama tapi tak serupa... apa pun kepantasan, teknik,daya(power strength) adalah penting. silat ini pantang undur jika lawannya menyerang , perlu masuk dan sambut , buat jatuhan. saya fikir-fikir sama dengan silat cekak hanafi. hari tu jumpa pelajar yang tamat silat cekak hanafi, dia kata ada silat tersebut disebarkan di Perak dan kedah. walauapa pun saya amat setuju dengan silat cekak ustaz hanafi.
BAHAYA TENDANGAN TINGGI BILA BERTEMU DENGAN AHLI CEKAK HANAFI, SENDENG ANUGERAH, MASA LAWAN TENDANG TINGGI PARAS MUKA, SENDENG ANUGERAH DAH MASUK DENGAN SAKSI,MASUK HANYA SELANGKAH KE DEPAN, TERUS SAMBUT ANGKAT DI BAWAH LIPATAN LUTUT DENGAN TANGAN KIRI MANAKALA TANGAN KANAN DI DADA LAWAN, MASUK ADA TEKNIK, KILIP SEDIKIT KE ARAH DEPAN, TUJUAN KILIP (SAYA PINJAM ISTILAH DARI MAJALAH PENDEKAR tahun 1989,masuk segerak dengan buat jatuhan ada kaedah pergerakkan kaki yang menjadikan jatuhan dalam segerak., jika lawan tendang lurus, kilip sikit. dan buat jatuhan. tujuan kilip adalah untuk elak dari tendangan kena di pinggang ahli Sendeng Anugerah. Ada dua kaedah Belebat, ianya bertujuan untuk membuat jatuhan bila lawan buat tendangan dengan kaki kiri atau kaki kanan. kita pastikan kaki mana yang lawan buat tendangan dengan pandangan kita tujukan ke dada (atas pusat sedikit), dari kaeadah itu kita akan tahu tangan kanan, atau tangan kiri, atau kaki kanan atau kaki kiri yang akan digunakan lawan untuk menyerang kita, mesti bertenang semasa menanti serangan, kedudukan sendeng tanpa kuda kuda-kuda, seperti relaks saja, tak perlu buat bunga, cuma berikan tumpuan di dada. bila lawan bergerak masa itulah gerakan serangan dari kita dilancarkan. tanpa di duga lawan, yang penting SAKINAH, Jangan ammarah, relaks, jangan macam setengah silat tu nampak macam nafsu ammarah saja waktu buat serangan, ikutlah contoh Cekak Hanafi yang tenang, relaks semasa menanti serangan dan buat serangan, relak seperti seorang Muslim yang nak tegakkan keadilan. kalau nak serang, kita bertujuan mengajar saja, jangan zalim, bertindak ikut aqal yang waras. tak perlu emosi, ini juga persamaan antara cekak Hanafi dan Sendeng Anugerah, tidak emosi, tidak ammarah semasa serangan. Semangat datang dari azam untuk menegakkan keadilan dari al Quran, bukan dari nafsu ammarah tetapi dari nafsu lawwamah ke atas. tingkatan nafsu ada 7.
Kamilah paling tinggi
Mardiyyah
Radiah
mutmainnah
mulhamah
lawwamah
ammarah paling rendah
Gunakan nafsu tahap Lawwamah ke atas semasa berhadapan dengan musuh. berdoa,Tawakkal kepada Allah kerana setiap gerakan kita adalah dari kudrat Allah. tiada daya upaya kita melainkan kekuatan dari Allah. Itulah Hakikat yang tinggi yang perlu ada pada Muslim Ahli Sunnah Wal Jamaah diseimbangkan dengan perancangan dan teknik yang baik.
kalau silat yang salah tu sebab dia guna nafsu ammarah semasa buat serangan. Fikirlah.
Pernah semasa bertugas di pedalaman bawah Sabah, saya diserang oleh orang filipina kristian,yang marah apabila ditegur kerjanya tak betul , kebetulan saya adalah Head Of Surveyor check kayu dalam dirian hutan. masa saya duduk di bangku tempat tunggu van kampung, tunggu hilux sampai untuk balik ke logging camp. selepas saya tegur orang filipina ni serang dengan tendangan kaki style filem hollywood, Saya Alhamdulillah, dengan relaks bangun dari bangku lancarkan satu tendangan ke perutnya, sebelah saya ada staff kaum Murut, dia ni entah apa dia buat(katanya nak tolong saya sebab dia terkejut orang filipina tu serang, dia tepis, terkena kaki saya yang sedang lancarkan tendangan ke perut orang filipina tadi) kena juga perut orang filipina tu tetapi slowlah sikit sebab dah terkena tangan staff Murut tadi. Terundur filipina tu ke belakang, langsung di kata " Commom figth me, I know you learn karate," dari mana orang filipina tu dapat info , saya belajar karate, mungkin cara tendangan tu sama dengan karate, sebenarnya orang filipina ni ada martial art juga, saya tengok gaya dia, sebab dia ni jadi ketua filipina yang jadi ranjer hutan kat logging camp tu. bila dia ajak fight saya buat relaks saja sambil bersedia, bukan apa saya Forestry Officer yang di hantar oleh HQ di K.L untuk monitoring (pantau) pengurusan pengeluarkan kayu dari hutan pedalaman Sabah. Bila saya buat tak tahu orang filipina tu pun tak berani masuk sebab dia tahu saya juga ada belajar. Sebenarnya masa tu saya dah mahir Sendeng Anugerah, cuma sekarang ni kurang latihan, sebenarnya saya tak ada kawan atau sahabat nak bincang pasal buat silat yang tekniknya ikut Teori Fizik. Masa di logging camp ini saya ditest oleh orang pengamal sihir. kisahnya tak perlu saya cerita. Itu sebab saya syorkan kita sama-sama belajar al Quran dan al Hadis, doa-doa mathur (doa dari al Quran dan al Hadis) sebagai kekuatan dalam kita. Solat Hajat adalah ibadah utama kiata sebagai Muslim untuk mohon kebaikan dari Allah kejayaan dunia Akhirat. Kalau silat yang ada unsur baik seperti saya nyatakan ini belajarlah, kalau yang ada perasap keris tu Tinggalkankan. tak perlu saya nyata di sini silat mana nanti ada yang marah. kita nakkan perdamaian bukan permusuhan. Pernah di UPM tahun 1988 saya sparring dengan satu murid silat asal di johor(gurunya di johor). kawan ni bila malam jumaat saja perasap keris kecil dalam bilik, masa dia tengah perasap keris depan saya, saya nasihat dia, dari mu perasap keris baik mu baca Yaa Siin.
Itulah bezanya Sendeng anugerah sebab ianya mempunyai Hakikat dari asas Sifat 20. Percayalah Mat kilau, Tok Gajah dan To' Bahaman jadi bertambah kuat terbilang bila dia berada di Trengganu dan menuntut dengan Wali Allah Sayid Hj Abdul Rahman (To'Ku Paloh, keturunan Rasulullah) semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin. yang dipelajari ialah ilmu Tauhid (Usuluddin) Sifat 20, kita perlu belajar Asma, Sifat, Af'al Allah,
Itulah Kekuatan kita. cuma sekarang ni nak cari guru Mursyid perlu hati-hati. pada saya To' Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah guru Mursyid zaman ini. datanglah ziarah ke Kelate. Lihat pembangunan di Kelate pesat, rakyatnya pandai menggerakkan ekonomi. Kekuatan ekonomi masih ditangan Muslim di Kelate. oleh itu kita berdoa semuga Muslim terus berjaya. Man Jadda wa Jada (Siapa berusaha Dia Berjaya)
Man Solla Solaha (Siapa Solat Dia Salamah (Selamat). Oleh itu Silat tidak boleh jauh dari tuntatan fardu Ain seperti Ucapan Syahadatain, Solat, Puasa, Zakat, Haji. Barulah umat Islam Melayu cemerlang dan Terbilang. WalLahua'lam. Jika ada terkasar bahasa minta maaf.
Kekuatan itu bergantung kepada Keimanan seseorang Muslim, makin taqarrub muslim kepada al Khaliq, maka makin kuat keyakinan kepada Allah, berani kerana Benar.
kalau kita ada tengok siri National Georaphic yang mengkaji martial, mengatakan kekuatan sebenar seorang pejuang ialah is The Heart of Warrior, kita boleh refer bahawa qalbun seorang pejuang yang dipenuhi dengan Yakin, Tawakkal, Iman serta Taqwa kepada Allah adalah faktor Utama dalam setiap pertempuran.
Jika kita rujuk buku Dr Aidha Abdullah al Qarni bertajuk Ihfazillaha Yahfazuka (Jagalah Allah, nescaya Allah jaga Kamu, mendifinisi seorang wali Allah itu ialah seorang Muslim yang Muttaqiin.
maksud Ihfazillaha= Taqwa, taqwa didefinisikan sebagai, menurut, Taat perintah Allah dan menghindarkan/menjauhkan diri dari maksiat/mungkar.
pernah seorang Wali Allah yang sudah berusia/tua nama saya kurang, ingat perlu rujuk kembali buku Ihfazillaha yahfazuka, telah menaiki perahu menyebrangi sungai bersama dua pemuda. semasa tiba di tebing sungai, dengan tangkas dan pantas wali Allah tadi melompat naik ke tebing, sedangkan pemuda yang dua orang tadi terpaksa berjalan perlahan dan turun di kaki air. melihatkan ketangkasan wali allah tadi maka pemuda bertanya, "apakan Rahsia anda wahai orang tua/syeikh?" maka wali Allah tadi mengatakan " Kita jaga Allah, BNescaya Allah jaga kita, maksudnya setiap panca indera, anggota badan kita kita juruskan ke arah amalan kebaikan dan kita tinggalkan kemaksiatan anggota badan yang ada tujuh itu. yakni kita jaga mata (dari maksiat seperti tengok wanita seksi), telinga (dari maksiat mendengar mengumpat dan mencerca), mulut (dari maksiat mengumpat dan adu domba, mencerca, mencela muslim lain) dan seterusnya melakukan hal yang wajib dan sunat, tinggalkan yang makkruh seperti merokok dan seumpananya. anggota badan ada tujuh termasuk kemaluan,
Nikah/kahwin vs zina, so kita Nikah kahwin, jauhi dosa besar. muga saya dan sahabat dapat iktibar dan pengajaran. muga kita selamat dari api neraka.
satu lagi kita perlu Ingat, jika kita kuat hari Ini, ada lagi muslim yang lebih kuat dan hebat dari kita. mereka itu adalah wali Allah yang bergerak secara senyap dan nyata. Kesilpan harap dimaafkan,
Wallahu 'alam.