Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 194
Ahli: 0
Jumlah: 194




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 13 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Peralatan
Topik: MP3 dengan set kepala tanpa wayar


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» MP3 dengan set kepala tanpa wayar

Please Mendaftar To Post


Oleh MP3 dengan set kepala tanpa wayar

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-03-07 15:26


/
PEMAIN MP3 T9B mempamerkan antara muka grafik pengguna berwarna-warni.

APA yang ada pada pemain MP3 terbaru dari Samsung ini? Boleh dikatakan gajet seumpama ini telah sekian lama berada di pasaran dan harganya juga semakin hari semakin murah, dilengkapi pula dengan kapasiti storan yang semakin besar.

Bagaimanapun, pemain MP3 yang banyak terdapat di pasaran masih memerlukan anda menggunakan set kepala (headset) yang disambungkan dengan wayar dan kadangkala ia agak mengganggu.

Dengan Samsung T9B, anda kini boleh bergerak dengan lebih bebas ketika mendengar lagu-lagu digital kerana ia merupakan pemain MP3 yang dilengkapi teknologi Bluetooth.

Semasa penulis diberikan unit T9B untuk diuji pakai selama dua minggu, rasa tidak sabar untuk merasai kecanggihan sebaik melihat reka bentuknya.

Setelah dicuba buat pertama kali, Samsung T9B memang gajet menarik untuk digunakan oleh mereka yang minat mendengar lagu-lagu menggunakan format MP3.

Samsung T9B memberikan kemudahan tambahan yang membolehkan pengguna mendengar dengan bebas menerusi stereo tanpa wayar yang menggunakan telefon kepala yang serasi Bluetooth.

Set kepala yang dilengkapi dengan fungsi kawalan jauh canggih termasuk main, henti, cari dan kawalan bunyi membolehkan pengguna menyimpan T9B dengan mudah di dalam kocek.

Yang menariknya, apabila pengguna menggandingkan pemain T9B dengan telefon mudah alih serasi Bluetooth pula, mereka boleh menggunakannya untuk membuat atau menjawab panggilan.

Penggemar muzik tidak perlu bimbang mereka terlepas menjawab panggilan semasa mendengar lagu kegemaran kerana pemain MP3 ini akan memberikan isyarat kepada pengguna apabila ada panggilan masuk.

Walaupun telefon mudah alih berada dalam kocek, beg atau laci, pengguna boleh bercakap dengan keluarga dan rakan menggunakan mikrofon yang terbina dalam pemain MP3 T9B.

Selepas menamatkan perbualan, pemain T9B membawa pengguna kembali ke muzik yang mereka dengar sebelum menjawab panggilan.

Dengan butang yang ditempatkan secara strategik pada pemain MP3 T9B serta pakej antara muka grafik pengguna yang berwarna-warni, peranti kecil ini padat dengan aplikasi multimedia mudah guna yang memberikan pengguna hiburan sungguh menarik semasa dalam perjalanan.

Peranti ini telah berada di pasaran pada harga runcit RM699 dan pengguna yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Samsung bolehlah melayari laman web www.sam sung. com/my atau hubungi Samsung Careline di 1800 88 9999.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.130305 saat. Lajunya....