Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak semua yang kita mahu boleh didapat. Jika Allah tidak memberi sekarang, ia akan ditunda atau diganti yang lebih baik.
-- Dari Drama Kiamat Sudah Dekat

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 15 jam, 4 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: alquran bukan untuk ditanam


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» alquran bukan untuk ditanam

Please Mendaftar To Post


Oleh alquran bukan untuk ditanam

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-03-07 10:34


Kontroversi menanam al-Quran di Kutub Utara

HARUSSANI ZAKARIA.

Batalkan hasrat – Mufti

KUALA LUMPUR 24 Mac – Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang bakal mengharumkan nama negara menerusi ekspedisi solo ke Kutub Utara pada bulan depan dinasihat membatalkan hasratnya untuk menanam al-Quran di benua ais itu.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) berkata, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia adalah satu penghinaan kepada al-Quran.

‘‘Al-Quran untuk dibaca dan dihayati, bukan untuk ditanam, saya tidak bersetuju, minta dia jangan teruskan benda (perbuatan) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perbincangan pelaksanaan resolusi-resolusi yang diluluskan dalam Kongres Umat Islam Malaysia (Kuisma) di sini, hari ini.

Harussani mengulas mengenai hasrat Sharifah Mazlina, 42, mengenai hasratnya untuk menanam senaskhah al-Quran kecil pemberian guru agamanya bagi membuktikan orang Islam mampu melakukan sesuatu yang bersejarah.

Menurut Sharifah Mazlina, cadangan menanam al-Quran itu dipersetujui beberapa pakar agama yang ditemuinya.

Beliau sebelum ini berjaya menyempurnakan misi merentas Kutub Selatan pada tahun 2004 dalam tempoh 22 hari.

Harussani berkata, bantahannya bukan kerana bimbang al-Quran akan dipijak oleh pihak-pihak lain yang melakukan ekspedisi selepas itu sebaliknya kerana ia membawa maksud seolah-olah kitab suci itu sudah mati.

‘‘Ini bukan masalah dipijak, ia berkaitan al-Quran ini mesti dihidupkan, Kenapa kita tanam. Jadi seolah-olah kita menyatakan ia sudah mati,” tegasnya.

‘‘Kalau nama ayah baik tiada masalah, peraturan yang dibuat sebelum ini kerana kita bimbang mereka berkeras untuk terus menggunakan nama tidak baik itu sedangkan ia boleh menyebabkan syirik,” jelasnya.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman semalam yang mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa Perlis membenarkan saudara baru mengekalkan nama keluarga mereka.

Abdul Hamid berkata, sistem sedia ada supaya ditukar kepada bin atau binti Abdullah sudah cukup baik serta mudah dan wajar dikekalkan.



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-03-07 12:27


:roll: Banyak lagi benda-benda lain yang boleh di buat.......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-03-07 13:36


kibarkan saja bendera yang ada lambang Islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-03-07 14:38


Nak bagi nampak islamik lah kononnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-03-07 14:45


Kalau pergi buat tahlil ke, buat khatam quran ke, usrah ke..Oklah sikit..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

sufeyna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.02.2007
Ahli No: 28575
Posting: 109
Dari: perlis

mauritius   avatar


posticon Posting pada: 25-03-07 14:49


macam-macam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufeynaProfil   Hantar PM kepada sufeyna   Pergi ke sufeyna's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 25-03-07 14:56


Dengan membuat expdc solo molo tu boleh mengharumkan nama islam ke ? dituntut dalam islam ke ?



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-03-07 15:42


Saya sedih – Sharifah Mazlina

KUALA LUMPUR 24 Mac – Wanita pertama Asia yang berjaya menjelajah secara solo ke Antartika, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir hari ini membatalkan hasratnya menanam al-Quran di Kutub Utara dalam penjelajahannya ke kawasan itu bulan depan.

Sebagai umat Islam, katanya, beliau menghormati pandangan yang diberikan oleh para mufti mengenai cadangannya untuk menanam kitab suci itu ketika menakluk Kutub Utara.

‘‘Saya faham dengan teguran mereka (mufti) dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat saya ini. Apa yang saya sedih ialah tidak ada sesiapa (mufti) yang menelefon saya dan bertanya mengenai hasrat ini.

‘‘Jika mereka menelefon secara peribadi sudah tentu saya akan menerangkan dengan terperinci mengapa saya ingin berbuat demikian.

‘‘Saya berharap isu ini tidak akan diperbesarkan lagi. Cukuplah setakat ini. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberi pandangan ke atas cadangan ini,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sharifah Mazlina berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini yang memintanya membatalkan hasrat menanam senaskhah al-Quran kecil pemberian guru agamanya di Kutub Utara, bulan depan.

Sharifah Mazlina sebelum ini dipetik berkata bahawa cadangan itu dibuatnya selepas dipersetujui oleh beberapa pakar agama yang ditemuinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-03-07 16:31


Pada 25-03-07 15:42 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!

Sharifah Mazlina sebelum ini dipetik berkata bahawa cadangan itu dibuatnya selepas dipersetujui oleh beberapa pakar agama yang ditemuinya.


siapa beberapa pakar agama yang dimaksudkan???....astora jabat ke???....marina mahathir???....nori abdullah????....menteri pelancongan kadir syeikh fadhir???....menantu PM khairy jamaluddin??

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-03-07 17:16


Assalamualaikum...

!!! QUOTE !!!

‘‘Saya faham dengan teguran mereka (mufti) dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat saya ini. Apa yang saya sedih ialah tidak ada sesiapa (mufti) yang menelefon saya dan bertanya mengenai hasrat ini.

‘‘Jika mereka menelefon secara peribadi sudah tentu saya akan menerangkan dengan terperinci mengapa saya ingin berbuat demikian.


ana teringat kata-kata imam Malik .a.

"al-ilmu yazaru wa lah yazuru"

ilmu itu didatangi bukan mendatangi.

jadi apelah salahnya Datin Paduka Sharifah pergilah bertanya pada SS Dato' Mufti Kerajaan Perak...tak pun tanyalah pada SS dAto' Mufti Kerajaan negeri kita...

takkanlah 'ulama nak bagitau pada orang awam...ini dia hukum tanam al-Quran sekian2...kitalah kena bertanye pada alim 'ulama... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-03-07 17:28


Zaman sekarang ni ramai sangat pandai2 agama.. sampai Datuk Mufti belum bagi pandangan lagi, depa dah keluarkan fatwa.. jadi buat fatwa sendiri lah..

p/s: dengar cerita masa pergi Kutub Selatan dulu Sharifah ni dah tanam al-Quran di sana.. wallahua'lam.. hairan jugak apa pasal kali ni baru nak tanya pendapat ulama'.. yang dulu tu tanya pendapat ulama' mana tak tau?


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

sahibul
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 26-03-07 00:49


macam-macam..siapa lah guru agama tu agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahibulProfil   Hantar PM kepada sahibul   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 12:05


Datu Mufti tolong bagi fatwa fatwa ..boleh tak seorang perempuan membuat xpdc solo jauh kehujung dunia..apakah xpdc tersebut satu ibadah..tak kena pakai cawat besi ke ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 12:36


kenapa pula mufti nak kena pergi telefon dia bagitau.bengong.macam dah besar sangat

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

aiz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 12:47


cuba lah cari barang lain....apa nak jadi lah zaman sekarang ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   Pergi ke aiz's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 17:07


Uish..."kurang cerdik" betul lah.. agaknya kata nak baca Al-Quran tu 7 hari 7 malam ke..tak apa lah jugak...ni nak tanam...tertanam diri tu kang baru tau..huhu... :-? :-o :roll: :-(


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 17:17


Pada 25-03-07 14:56 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

Dengan membuat expdc solo molo tu boleh mengharumkan nama islam ke ? dituntut dalam islam ke ?


salam..


banyak lagi kerja lain yang berfaedah.
benda ni tak berfaedah langsung.


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-03-07 17:27


agaknya tu saja lah yang mampu dibuat...


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

fathiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.11.2005
Ahli No: 20306
Posting: 178
Dari: penang+perak+melaka+n9

Perak  


posticon Posting pada: 27-03-07 18:04


banyak lagi benda boleh buat selain tanam al-Quran..umpama macam kita dah tak nak amalkan al-Quran...em..setakat tanam al-Quran tu..boleh ke nak harumkan nama Islam??Syarifah Mazlina tu buat sedih apenye??sedih sebab mufti tak call dia..sepatutnya dia lah pergi tanya mufti..bukannya mufti nak pergi menyibuk kat dia..pakar agama mana lah dok kata boleh pula

:-? :-?


-----------------
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathihaProfil   Hantar PM kepada fathiha   Pergi ke fathiha's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.132753 saat. Lajunya....