Oleh |
pelajar overseas lagi matang? |
JuStIsLaM
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.02.2005 Ahli No: 14069
Posting: 102
Dari: kL
|
Posting pada: 14-03-07 21:51
salamualaikum, Saja nak kemukakan topik ni. kadang-kadang bila bergaul dengan kawan-kawan, rata-rata rasa lebih boleh 'connect' dengan mereka yang dah study overseas, walaupun saya sendiri belum berpeluang study di seberang laut. Terasa yang mereka have more critical thinking and wider outlook, bukan mengatakan students Malaysia tak matang, tapi ada kelainan pada mereka yang di overseas, apa pendapat anda?
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 14-03-07 21:55
Biasalah tu... sebab dah terdedah kepada banyak budaya.. boleh banding bezakan... tapi takkanlah student dalam negeri jumud pula kan? Kematangan bukan bergantung pada di mana dia belajar, tapi bagaimana dia melihat dunia sekelilingnya, dan bagaimana dia menilai dunia sekelilingnya.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 14-03-07 22:37
menjawab soalan asal posting: Tidak semestinya Matang pemikiran tak semestinya matang perlakuan Begitu juga sebaliknya Berbeza masyarakat juga mempunyai tafsiran berlainan mengenai maksud 'matang' Di dalam sesuatu komuniti mungkin kita sudah dianggap matang tetapi dalam komuniti lain we may look childish tak payah tengok jauh, tengok sahaja perbezaan budaya orang2 pantai timur dan barat dan utara dan selatan
|
alSubhi
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.01.2007 Ahli No: 28403
Posting: 137
Dari: KL, melbourne, australia
|
Posting pada: 14-03-07 23:11
Salamzz... saya setuju dengan swordofdeen... !!! QUOTE !!! Berbeza masyarakat juga mempunyai tafsiran berlainan mengenai maksud 'matang'
Di dalam sesuatu komuniti mungkin kita sudah dianggap matang tetapi dalam komuniti lain we may look childish
tak payah tengok jauh, tengok sahaja perbezaan budaya orang2 pantai timur dan barat dan utara dan selatan pada pendapat saya, terdapat banyak perbezaan antara Pantai Barat dan Pantai Timur dr segi pemikiran, pergaulan dan lain2 lagi... cuma kat sini saya lebih senang dengan masyarakat di Pantai Barat berbanding dengan Pantai Timur... harap jangan terasa... lagipun saya pernah merasa duduk kat Penang dan kelantan... banyak bezanya dr segi pemikiran dan kematangan... salamzzz ----------------- Usaha, Doa dan Tawakal... Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. [email protected]
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 14-03-07 23:37
orang yang tak sekolah pun boleh matang
|
nur_anNisa
Warga Rasmi Menyertai: 27.12.2006 Ahli No: 27905
Posting: 17
Dari: malaysia
|
Posting pada: 14-03-07 23:42
betul juga... pelajar overseas lagi matang sebab lebih independent.. maklumlah kat sana dah tak boleh bergantung dekat mak dengan ayah lagi...
|
aymannur
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed
|
Posting pada: 15-03-07 01:25
kematangan bergantung kepada banyak mana pengalaman, berapa banyak ujian. maybe dok oversea, banyak susah woo..sebab tu boleh jadi matang sikit agaknya. tapi bagi saya, org yang selalu hidup dalam kesusahan tu, tak kira, dok kat mana-mana pun, lebih kepada kematangan...ala, macam orang-orang tua, banyak makan garam. macam tu lah.
|
JuStIsLaM
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.02.2005 Ahli No: 14069
Posting: 102
Dari: kL
|
Posting pada: 19-03-07 02:41
oh.. macam tu ye... rasanya saya setuju agaknya, ada banyak maksud perkataan matang. terpulang pada tafsiran masing-masing kan.. tapi ada yang komen pelajar overseas, lebih pengalaman tulah lebih matang... adakah ini bermaksud pelajar dalam negara kurang pengalaman membina?
|
cyxaula
Warga Rasmi Menyertai: 19.03.2007 Ahli No: 29227
Posting: 4
Dari: moscow, russia
|
Posting pada: 19-03-07 04:48
kematangan kita yang study kat oversea depends on what we bring from our home in the 1st place. kalau kat tanah air sendiri tak prepare apa-apa, even study 10thn kat oversea pun tak ada maknanya. speaking from my own experiences, student oversea yang matured comes from a good family bacground, dan yang dok melayan sosial kat oversea nun... tahu2 sendrik lah. bukan nak salah mak bapak, tapi preparation tak cukup. wallahuaklam. hanya memberi pandangan.
|
msaidins_85
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.11.2006 Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/
|
Posting pada: 06-10-07 18:12
oversea?? ana pun oversea juga, Laut China selatan
|
drzul-f
WARGA SETIA Menyertai: 22.01.2005 Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine
|
Posting pada: 06-10-07 21:05
jauh berjalan luas pemandangan..banyak pengalaman. pengalaman ni lah yang mematangkan fikiran kita. pada ana yang belajar kat oversea ni, mereka dah biasa bersusah. indipendant. sebab tu maybe sesetengah dari students o/sea ni lagi matang.
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 06-10-07 21:06
setuju dengan sahabat ukhwah sekalian, matang tu bergantung kepada pengalaman dan juga the way people think. selalunya org yang matang ni berfikiran terbuka dan jauh. hmm...
|
adibahazrah
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26948
Posting: 167
Dari: selangor
|
Posting pada: 07-10-07 00:26
agak setuju dengan topik ini. maybe sebab mereka lebih banyak hidup berdikari, survive untuk berjaya hidup dirantau orang... insyaallah, saya pun akan jejak kan kaki ke oversea... doakan ek....
|
itqaan_muslim
Warga 5 Bintang Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh
|
Posting pada: 07-10-07 07:13
matang ,matang juga memang tak dinafikan student oversea lebih matang,independent.. tapi biarlah kita tahu siapa kita,agama kita ,budaye kita.. lebih-lebih lagi Kalau berada dinegara kafir.. biarlah kematangan yang mengajar mereka untuk memilh kebaikan dan bukannya keburukan,sebab hidup d luar terlalu banyak dugaan dan rintangan.. ana pun walaupun study dalam negara...macam-macam dugaan ada...ye lah semua wanita melayu sekarang dah tak nak jadi muslimat lagi...
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 07-10-07 09:54
subjektif..sebab pelajar yang pergi oversea ni dah selected dah..sebab tu ramai yang agak ok...dan comparing to local student yang ramai dan dari pelbagai Univ kat Malaysia(++jadi pak turut HEP???)..
|
skki
Warga Rasmi Menyertai: 09.04.2008 Ahli No: 33148
Posting: 7
|
Posting pada: 09-04-08 10:22
bagi saya semua pendapat sahabat2 adalah betul.. pendapat saya sama saja dalam or luar negara.. ada yang matang dan ada yang kurang matang... terima lah hakikat .... SKKI...sederhana segala-galanya
|
nurzatul
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...
|
Posting pada: 09-04-08 12:17
hmm ana tak setuju sangat dengan topik ini.pada pendapat ana tempat belajar bukanlah pnentu tahap kematangan seseorang pelajar 2.semuanya bergantung pada cara pemikiran & cara pembawaan dirinya di sesuatu tempat.ana ada beberapa sahabat yang sangat matang pemikirannya walopun belajar di dalam negara.kadang-kadang bila berbicara dengannya seolah-olah kita berbicara dengan tokoh terkemuka.buah fikirannya sangat bernas.ada juga spupu ana yang belajar oversea tapi ana rasa pmkrnnya tak matang pun.matang lagi ana kut.hehe. p/s:Kenapa ek org yang matang pemikirannya muka macam berusia ckt?musykil2..
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 09-04-08 12:31
Pada 09-04-08 12:17 , nurzatul posting:ada betul jugak dan ada yang kurang betul key point disini ialah pergaulan.... tahap kematangan dan cara membawa diri bergantung kondisi serta persekitaran dimana seseorang itu hidup berkelompok. jika bergaul dengan golongan yang berfikiran sempit dan yang sewaktu dengannya, maka seseorang itu takkan kemana2 apalagi menjadi lebih matang kerana terdapat limitation...begitulah sebaliknya mungkin sepupu nurzatul tu jenis yang anti-sosial agaknya???
|
pelangihitam
Warga Rasmi Menyertai: 17.03.2008 Ahli No: 32925
Posting: 10
|
Posting pada: 09-04-08 12:56
ada yang boleh beri definisi matang tak? aku konfius, sebab walaupun aku studi oversea, tapi aku rasa nak gelak, muak, dan kekadang menyampah dengan sikap pelajar Malaysia di sini yang turut studi sama tempat aku belajar ni. bukan muhrim tapi dah tinggal serumah. bangga riak takbur rasa mereka itu 1st class human being sebab terpilih untuk belajar oversea. yang join usrah asyik dok mengata mereka yang dianggap 'tak islamik', tapi tak pulak pernah berdakwah terang-terangan. dan banyak lagi lah... kalau setakat mereka yang aku rasa matang tu, tak ada lah jauh beza dengan kawan-kawan aku yang belajar kat Malaysia yang aku rasakan matang mungkin definisi mantang kita berbeza... p/s- maaf, bukan berniat untuk emosi...
|
nurzatul
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...
|
Posting pada: 09-04-08 13:08
!!! QUOTE !!! Posting pada: 09-04-08 12:31
Pada 09-04-08 12:17 , nurzatul posting:!!! QUOTE !!! hmm ana tak setuju sangat dengan topik ini.pada pendapat ana tempat belajar bukanlah pnentu tahap kematangan seseorang pelajar 2.semuanya bergantung pada cara pemikiran & cara pembawaan dirinya di sesuatu tempat.ana ada beberapa sahabat yang sangat matang pemikirannya walopun belajar di dalam negara.kadang-kadang bila berbicara dengannya seolah-olah kita berbicara dengan tokoh terkemuka.buah fikirannya sangat bernas.ada juga spupu ana yang belajar oversea tapi ana rasa pmkrnnya tak matang pun.matang lagi ana kut.hehe.
p/s:Kenapa ek org yang matang pemikirannya muka macam berusia ckt?musykil2..
ada betul jugak dan ada yang kurang betul key point disini ialah pergaulan.... tahap kematangan dan cara membawa diri bergantung kondisi serta persekitaran dimana seseorang itu hidup berkelompok. jika bergaul dengan golongan yang berfikiran sempit dan yang sewaktu dengannya, maka seseorang itu takkan kemana2 apalagi menjadi lebih matang kerana terdapat limitation...begitulah sebaliknya
mungkin sepupu nurzatul tu jenis yang anti-sosial agaknya???
yang 2 wallahualam..ana pun tak tahu yang dia 2 sosial atau antisosial.tapi mungkin sebab dia anak bongsu juga kut.2 yang jadi macam itu. !!! QUOTE !!! Posting pada: 09-04-08 12:56
ada yang boleh beri definisi matang tak?
aku konfius, sebab walaupun aku studi oversea, tapi aku rasa nak gelak, muak, dan kekadang menyampah dengan sikap pelajar Malaysia di sini yang turut studi sama tempat aku belajar ni.
bukan muhrim tapi dah tinggal serumah.
bangga riak takbur rasa mereka itu 1st class human being sebab terpilih untuk belajar oversea.
yang join usrah asyik dok mengata mereka yang dianggap 'tak islamik', tapi tak pulak pernah berdakwah terang-terangan.
dan banyak lagi lah...
kalau setakat mereka yang aku rasa matang tu, tak ada lah jauh beza dengan kawan-kawan aku yang belajar kat Malaysia yang aku rasakan matang
mungkin definisi mantang kita berbeza...
p/s- maaf, bukan berniat untuk emosi...
hmm bagi ana yang dikatakan matang 2 ialah cara bagaimana sesorg 2 berfikir untuk memajukn dirinya,tau bagaimana nak hndle masalah yang dhdpi dengan bijak,tidak berkelakuan keanak-anakan,mampu mendidik org disekelilingnya dan memberi manfaat pada org sekelilingnya..
|
ainf
Warga Rasmi Menyertai: 19.04.2008 Ahli No: 33275
Posting: 13
Dari: selangor
|
Posting pada: 19-04-08 22:48
salam wrt saya student over sea nak komen sikit untuk cakap studet oversea lagi matang, ia bergantung kepada sejauh mana someone guna akal dia untuk berberfikir dan menilai subjek sekeliling dia. well.. undeniable, bila duduk oversea ni, lagi banyak perkara yang kita dapat tengok, dapat rasa dan dapat buat. bukan semua benda baik dan bukan semua benda buruk. sebab tu ilmu agama sangat penting dalam upbringing attitude student tu. bila ilmu agama (yang memang isi nya adalah fitrah manusia) digune untuk setiap perkara dan masalah, insyaAllah dia akan jadi seorang yang matang. dan satu lagi.. i want u guys to know that ia sangat memeritkan sebenarnya, bila ada masalah atau confusing matters, there is no one to turn to. this is where i mean, cuma ilmu agama yang boleh memandu untuk decide yang terbaik dalam hidup. saya dah 4 tahun duduk oversea (europian country @ negara bukan muslim) dan there 2 more years to go. saya mengharapkan doa teman-teman untuk keterusan hidup yang Dia berkati. sggh2.. thank you guys!!
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 16-05-08 20:56
Pada 09-04-08 12:56 , pelangihitam posting:!!! QUOTE !!! aku konfius, sebab walaupun aku studi oversea, tapi aku rasa nak gelak, muak, dan kekadang menyampah dengan sikap pelajar Malaysia di sini yang turut studi sama tempat aku belajar ni. = sama juga sikap pelajar di Malaysia ni...
bukan muhrim tapi dah tinggal serumah. sama juga sikap pelajar di Malaysia ni...
bangga riak takbur rasa mereka itu 1st class human being sebab terpilih untuk belajar oversea. sama juga sikap pelajar di Malaysia ni...
yang join usrah asyik dok mengata mereka yang dianggap 'tak islamik', tapi tak pulak pernah berdakwah terang-terangan. sama juga sikap pelajar di Malaysia ni...
dan banyak lagi lah... sama juga sikap pelajar di Malaysia ni...
kalau setakat mereka yang aku rasa matang tu, tak ada lah jauh beza dengan kawan-kawan aku yang belajar kat Malaysia yang aku rasakan matang ...
p/s : mana-mana pun serupa... cuma setiap manusia tu punya kelebihannya yang tersendiri ALLAH kurniakan...pandai2la pergunakan ia kearah kebaikan -----------------
|
syira_qistina
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2003 Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem
|
Posting pada: 16-05-08 21:43
Salam Alaik tidak setuju sama sekali. ana ada kawan-kawan yang study overseas, ana tengok mereka sama saja. matang atau tak matang...tu depends pada diri masing-masing untuk berfikir. semuanya dah dewasa. tapi, bukan semua yang study overseas ni matang2 belaka. Wallahua'lam...
|
dmz
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor
|
Posting pada: 16-05-08 23:32
Dalam negeri atau luar negeri sama saja...yang penting diri sendiri.....Berkaitan kecemerlangan pelajaran ni, teringat saya pendapat seorang ahli agama apabila orang heboh pelajar bukan Melayu lebih cemerlang dari pelajar Melayu. Katanya walaupun pelajar Melayu tidak secemerlang pelajar bukan Melayu tapi pelajar Melayu adalah manusia yang tunduk kepada Allah.... ----------------- http://studiouniversiti.blogspot.com/
|
pu3_nicx
Warga Rasmi Menyertai: 20.04.2008 Ahli No: 33276
Posting: 14
Dari: Kelantan-KL-Kuantan
|
Posting pada: 17-05-08 13:38
pendapat saya kematangan bergantung pada cara kita melihat dunia,mentafsir,menilai buruk dan baik serta menerapkan nilai-nilai islam dalam setiap perspektif kita.. Study di oversea tapi kalau sentiasa menyanjung barat apa gunanya..study di malaysia tapi kalau tidak peka dengan dunia luar,berpuas hati pada takuk lama dan tidak inginkan perubahan dalam kemaslahatan ummah itu juga tidak matang namanya..Dimana-mana pun sama..lebih-lebih lagi kita sekarang berada di dunia tanpa sempadan..it penghubung segalanya walau dimana2 ceruk dunia.. Cuma mungkin pelajar oversea lebih bijak berdikari..tetapi itu tidak bermakna mereka kesemuanya lebih matang dr pelajar malaysia..wallahu alam.
|
hyunckel_asyraf
WARGA SETIA Menyertai: 12.01.2005 Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom
|
Posting pada: 04-08-08 17:37
topik yang menarik. pada saya,masyarakat di negara maju mempunyai perbezaan yang ketara dari segi cara pemikiran dan sikap terhadap sesuatu.antara nilai2 yang baik ialah: 1.critical thinking 2.tendency to actively participate in discussions 3.good manners even to strangers 4.again,manners on the road while driving 5.creativity Oleh itu,kalau kita membincangkan tentang kematangan student malaysia yang study overseas,saya hanya boleh berkata apabila mereka berada di sana,peluang terbuka luas di mana-mana untuk melibatkan diri dalam aktiviti2 yang boleh meningkatkan tahap kematangan masing-masing.jika mereka pro aktif,mereka akan mendapat faedahnya.tapi kalau study di UK tapi asik lepak dengan student malaysia setiap masa, that would be a loss to him/herself. sudah pastinya di malaysia pun anda boleh menjadi seorang yang sangat matang,bergantung kepada cara pemikiran,pembacaan,didikan masing-masing etc.im merely pointing out,as a malaysian student studying in UK,that if you're studying overseas you're more likely to be exposed to things that can shape your maturity in a way that you cant get in local uni.again,im not saying that one is not necessarily better than the other. at the end of the day,it depends on how you define 'kematangan' really. 20sen
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 04-08-08 19:48
cara mereka handle masalah.. kan family tak ada kat sana. kita ni sikit-sikit nak balik rumah..
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 04-08-08 19:52
Pada 04-08-08 17:37 , hyunckel_asyraf posting:!!! QUOTE !!! Oleh itu,kalau kita membincangkan tentang kematangan student malaysia yang study overseas,saya hanya boleh berkata apabila mereka berada di sana,peluang terbuka luas di mana-mana untuk melibatkan diri dalam aktiviti2 yang boleh meningkatkan tahap kematangan masing-masing.jika mereka pro aktif,mereka akan mendapat faedahnya.tapi kalau study di UK tapi asik lepak dengan student malaysia setiap masa, that would be a loss to him/herself.
sudah pastinya di malaysia pun anda boleh menjadi seorang yang sangat matang,bergantung kepada cara pemikiran,pembacaan,didikan masing-masing etc.im merely pointing out,as a malaysian student studying in UK,that if you're studying overseas you're more likely to be exposed to things that can shape your maturity in a way that you cant get in local uni.again,im not saying that one is not necessarily better than the other. setuju... hyunckel_asyraf study kat uni mana? (ayat ngorat)
|
putriadam
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.07.2008 Ahli No: 34115
Posting: 37
Dari: ums,kota kinabalu
|
Posting pada: 04-08-08 20:01
salam, saya pun rasa pelajar yang studi kat luar negara lebih matang dalam menghadapi kehidupan. sebab, studi dalam negara sendiri cabaran itu agak kurang, walaupun ada. kadang-kadang Kalau sembang dengan kawan-kawan kat kampus mereka lebih suka membicarakan hal yang remeh temeh. kalau serius sikit pun mesti cerita pasal politik yang berhaluan kiri. Tapi tak semua
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 04-08-08 20:43
saya belajar di universiti of manchester (dalam mimpi sajalah)..salam perkenalan....
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 04-08-08 22:32
Pada 14-03-07 23:37 , sya_ryn posting:!!! QUOTE !!! orang yang tak sekolah pun boleh matang Aku setuju dengan mamat ini... ----------------- Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 07-08-08 06:36
PAda saya...kematangan itu adalah dari perlakuan,sikap dan pemikiran seseorang itu tidak kira mana dia belajar...bila ada yang cakap student overseas lagi matang...saya tak berapa setuju...sebab ada ramai juga yang saya jumpa mereka yang belajar di overseas tu tidak ada ciri-ciri kematangan yang dimaksudkan... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 18-09-08 23:29
salam bagi saya kematangan terhasil daripada pengalaman..........it's build with it
|
ainf
Warga Rasmi Menyertai: 19.04.2008 Ahli No: 33275
Posting: 13
Dari: selangor
|
Posting pada: 29-12-08 15:28
kalau duduk kat klang (contoh), belajar kat klang, hidup kat klang, jalan-jalan kat klang, kita berpengalaman pasal klang saja. tempat lain tau2 macam tu saja, itu pun kalau rajin baca paper or surf internet (in case your curiousity sangat tinggi). tapi kalau jalan-jalan jauh tempat org, berpengalaman macam-macam, bergaduh dengan mat saleh @ org europe dalam bahasa mereka, bukan ke itu tingkat kan cara berfikir dan menambah pengalaman (contoh: ouh.. macam ni rupanya mereka ni...) org tua2 pun kata, pengalaman itu mendewasakan.
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 29-12-08 15:59
hhmm....adakah perkataan MATANG sesuai digunakan dalam konteks ini??? mungkin ada betulnya jugak....tapi tidak semua budak oversea matang....ada sesetengah dari mereka over matang....biaselah....mak ayah jauh di malaysia....so.....mereka boleh buat apa yang mereka suka....then bila dah grad and balik malaysia....mereka terbawa dan terikut-ikut rentak budaya hidup mereka yang sosial masa belajar dahulu....dan akhirnya waktu kerja pun sama saja....menimbulkan masalah sosial di tempat kerja. ada juga yang hipokrit....terutamanya student perempuan....kat malaysia belajar dan tahu hukum pakai pakaian ketat....kat malaysia just berbaju kurung...tapi bila dah sampai kat oversea...habis tukar penampilan....berseluar jeans yang ketat dan baju yang ketat sepanjang masa....bila ditanya Kenapa pakai macam itu.... "ikut perkembangan feysen" kata mereka....bila balik malaysia mereka terlampau terbuka pemikiran mereka sehingga kadang-kadang boleh menjejaskan pegangan akidah mereka tanpa mereka ketahui. tapi...sememangnya ada yang truly mature....mereka di oversea ambil pengalaman yang jernih, ambik pedoman pengalaman yang pahit. jadi....ertinya....tidak semua budak oversea itu matang.....ada yang hipokrit....ada yang terlebih matang....ada yang independent dan boleh survive dalam apa-apa situasi susah....dan etc.
|
shafiqah88
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan
|
Posting pada: 29-12-08 16:55
matang ke?? tak kisah belajar mana-mana.. yang penting, aape usaha kita ke arah kematangan tu.. kalau sendiri tknk matang, belajar kat mana-mana pun, tak matang.. lim kok wing yang gah sekali tu pun.. apa-apa, dengan kehendak lah.. cuma boleh nak kata, mahasiswi luar negara ni dia pandai berdikari.. lelaki ke perempuan ke.. kat Malaysia tak pandai masak.. dah duduk luar negara, nak tknk, kena juga masak.. pstu kena pandai bertaamul dengan org yang bukan melayu.. contoh, macam pkcik2 kat kedai.. pakcik teksi, etc... kena sensitif sikit.. lagi-lagi, kalau yang perempuan, org putih ke, org arab ke, kan besar-besar.. sekali terlanggar ke atau kena ngorat ke, apa yang nak buat... tapi kalau duduk luar negara tu, sebab nak rasa negeri bermusim, musim sejuk, tidur saja, memang lah.. jangan cakap ar.. ----------------- chayo!
|