Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 18 jam, 45 minit yang lalu
isa777_musa: 23 jam, 27 minit yang lalu
zam_rizal: 10 hari yang lalu
wanja: 20 hari yang lalu
MTMKi: 28 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Berzina tapi ikhlas...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Berzina tapi ikhlas...

Please Mendaftar To Post


Oleh Berzina tapi ikhlas...

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 12-03-07 19:06


Berzina tapi ikhlas...
Dilulus terbit oleh Webmaster pada Thursday, November 09 @ 07:40:49 MYT

BACALAH.

abiumar menulis "Semalam seorang sahabat mengirimkan ustazmuda satu e.mail dan meminta agar ustazmuda dapat mengeluarkan di blog dan dikongsikan dengan beberapa groups. Kiriman e.mail yang juga beliau dapati melalui e.mail sahabat lain... kira perpanjangkan perkara yang baik moga ada manfaatnya. E.mail merupakan satu soaljawab seorang remaja dengan seorang pendakwah. Pendakwah yang memang agak dikenali tika ini.


Persoalan yang boleh dikira sebagai lumrah dialam remaja sekarang. Remaja yang sedang kita hadapi hari ini. Persoalan mungkin pelik bagi kita tetapi adalah dianggap biasa pada mereka. Itulah hakikatnya. Perzinaan!!! sesuatu yang seolah sudah menjadi biasa bukan sahaja dikalangan remaja, bahkan melibatkan setiap generasi. Dari pelajar sekolah hinggalah ke warga emas yang telah menjangkau usia pun terlibat dalam perkara sebegini. Amat menggerunkan.

Ustazmuda tidak mahu memanjangkan kalam... teliti fahami dan hayatilah pemikiran sebahagian besar anak muda kita sekarang.

Soalan :
Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:

Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina, tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman, tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:
Yang Ikhlas & yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara. Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: ' Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas... Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu.

Nabi bersabda: 'Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia'. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.

Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: 'Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu'(Surah Al-Baqarah ayat 223).

Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya. Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara.

Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli. Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar ada Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.

Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain
(Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden. Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina.

Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya!
(Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran. Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan."

... teringat ustazmuda satu kisah di zaman baginda rasul dahulu. Di mana rasul SAW didatangi oleh seorang musyrik dan mengatakan kepada baginda akan keinginannya untuk menganut Islam, akan tetapi beliau tidak dapat meninggalkan perbutan zina. Baginda tidak pula memarahinya jauh sekali mengherdik pemuda itu, justeru baginda bertanya semula.

Sukakah kami andai seseorang berzina dengan ibu kamu???
Sukakah kamu andai seseornag berzina dengan kakak kamu???
Sukakah kamu andai seseornag berzina dengan adik kamu???

Lantas pemuda tersebut mengatakan tidak. Nabipun menyambung, begitu jugalah kepada mereka yang dizinai. Begitulah pendekatan nabi lembut dan penuh hikmah.

Nukilan : Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan, Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang),
Penulis 8 buah buku,
Kolumnis Majalah I terbitan Karangkraf,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa,
Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Gayung,
Pendakwah Bebas dan Khatib Jemputan
Bapa 8 Orang Anak (3 Belia 4 Remaja dan 1 Tadika)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-03-07 19:30


Indahnya Islam kalau semua umatnya mengamalkan dan menghayati nilai- nilai nya secara keseluruhan di dalam kehidupan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

nurshuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28282
Posting: 77
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 12-03-07 19:56


niat tidak menghalalkan cara..
yang haram akan kekal haram..no matter what..
jauhilah zina..kunci segala kemaksiatan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurshuhadaProfil   Hantar PM kepada nurshuhada   Quote dan BalasQuote

abah-we-ma
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26484
Posting: 108
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-03-07 20:24


dalam zina tiada ikhlas atau tidak..
yang haram akan kekal selamanya...
itu sudah termaktub...
kita tidak boleh mengubahnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For abah-we-maProfil   Hantar PM kepada abah-we-ma   Quote dan BalasQuote

mechaboyz87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27308
Posting: 94
Dari: -ump->> kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 12-03-07 20:44


kahwin dulu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechaboyz87Profil   Hantar PM kepada mechaboyz87   Pergi ke mechaboyz87's Website   Quote dan BalasQuote

mukmin0904
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-03-07 21:08


kita kena jadikan islam sebagai acuan,bukannya mengubah islam untuk sesuaikan dengan diri kita.salah tu!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmin0904Profil   Hantar PM kepada mukmin0904   Quote dan BalasQuote

faiq85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2007
Ahli No: 28944
Posting: 213
Dari: Putrajaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-03-07 00:46


astaghfirullah..teringat masalah sahabat..sebak mengenangnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For faiq85Profil   Hantar PM kepada faiq85   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 13-03-07 01:40


islam itu syumul....


matlamat tidak menghalalkan cara
:lol: :lol: :lol: :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

filhidayah
Warga Rasmi
Menyertai: 02.03.2007
Ahli No: 28981
Posting: 5
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-03-07 02:04


Sahabat..
tiada istilah IKHLAS dalam kemaksiatan kepada Allah. sedangkan dalam melakukan ibadah jua IKHLAS sukar diperoleh. Masya Allah, hanya hati yang sedang dalam keseronokan itu akan berkata demikian, hanya untuk mengiakan kemahuan yang sebolehnya ingin dipenuhi.. mari lah kita insafi diri kita, betapa banyak mungkar dan mungkir yang kita lakukan pada Pencipta yang mana, setiap detik nafas dan kurniaannya kita bergantung dan memohon.. IMAN ITU TIDAK AKAN TERASA SEHINGGALAH 'DICABUT' lantaran dosa yang kita lakukan..

sabda rasulullah s.a.w.
"tidak akan berzina seorang penzina sedangkan dia dalam beriman.... (au kama qaal..)

sahabat,
MOhonlah pada Nya agar hidup dan mati kita dalam IMAN dan ISLAM. carilah, dan mohonlah taufiq dan hidayah sehingga akhir hayat kita... Wallahu a'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For filhidayahProfil   Hantar PM kepada filhidayah   Quote dan BalasQuote

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 13-03-07 04:40


sebab erti ikhlas tu mereka tak paham! bengangnyeee. Mereka cuma paham ikhlas tu asalkan dalam diri tak minta balasan saja... tetapi ikhlas itu perlu lah kerana Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 23:41


teringat kisah sebenar sesorg yang pernah rapat dengan saya tidak lama dulu...
dia telah berzina dengan kekasih nya dan seperti biasa, atas alasan cinta sesama mereka.. sekali pun katanya dia telah bertaubat tetapi dia tak meyakinkan saya mengenainya kerana pernah mengajak saya untuk bercerita tentang perkara2 lucah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 15-03-07 23:47


:)
macam-macam alasan untuk tegakkan benang yang basah tu...heh

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-03-07 23:50


matlamat tak menghalalkan cara....Allah yang menentukan sama ada kita ikhlas atau tidak walaupun mulut kita sebut ikhlas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 05-04-07 17:11


marilah sama-sama beristighfar minta dijauhkan kejahilan diri... astaghfirullahal azim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

arezy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.08.2006
Ahli No: 25607
Posting: 124
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 10-05-07 16:07


mana ada org ikhlas buat kemungkaran...dah haram, tetap haram...

Bookmark and Share

    


  Member Information For arezyProfil   Hantar PM kepada arezy   Quote dan BalasQuote

nagibphg
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.04.2007
Ahli No: 29753
Posting: 104
Dari: Pantai_Timur_Tengah

Pahang  


posticon Posting pada: 10-05-07 19:53


kalau dah nama nya zina memang org tu ikhlas
ikhlas buat dosa
astaghfirullah
apa nak jadi manusia macam ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For nagibphgProfil   Hantar PM kepada nagibphg   Pergi ke nagibphg's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 10-05-07 20:57


astaghfirullah...
dunia dah hampir kiamat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

Qaisar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2006
Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-05-07 23:22


ikhlas? jahilnya budak tu.. minta2 dia dah bertaubat

Bookmark and Share

    


  Member Information For QaisarProfil   Hantar PM kepada Qaisar   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 00:22


so, dah nampak kan kejahilan golongan pemuda kita kan? tiadalah lahir golongan pemuda bani tamim jika begini keadaanya. apa lagi...reformasilah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-05-07 00:30


kenapa tak kahwin
kan senang

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 15:09


aduuhhh!!! if budak tu stdnt Islam Melayu Malaysia sia-sia belajar silibus kurikulum Pendidikan Islam paling kurang darjah 1 sampai form 5...kra paling kurang pun 11 yearz studyin our Islamic religion.... maaf untuk dikatakan tetapi...bengong!!! jahil!!! -maaf, sedang emosional-

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 11-05-07 15:40


hm..banyak pgajaran yang saya dapat...semoga dapat dijadikan iktibar untuk kita semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 16:56


em..tak payah jauh2...kat UM pun da bsepah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-05-07 16:58


astaghfirullah..
NO KOMEN...

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-05-07 17:09


jadi kepada ibu/bapa, pemudahkan lah anak2 anda dalam urusan perkahwinan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

dekya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.05.2007
Ahli No: 29877
Posting: 122
Dari: putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 17:15


mana ada org ikhlas buat kemungkaran...dah haram, tetap haram...

apa-apa pun, zina tetap haram.....jauhilah ia sebelum terlambat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dekyaProfil   Hantar PM kepada dekya   Quote dan BalasQuote

Saudagar_Senja
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.04.2007
Ahli No: 29585
Posting: 58
Dari: Malaysia

Pahang  


posticon Posting pada: 11-05-07 17:52


MasyaAllah..demikianlah apa yang berlaku pada zaman yang kian bergolak ni..zina yang dosa besar ini pun boleh main-main..

Niat zina suci ke?ikhlas ke?dah nama zina..confirm tak boleh!!

Kita lihatlaa perspektif kita pada zaman kini..semua nak pembangunan,bandar nak besar2,airport nak besar2,taman nak besar? jadi bila nak bangunkan jati diri dan lahiriah ni..?

Usaha memang ada tetapi tak cukup untuk bagi kesedaran..alangkah eloknya kita berada di zaman dimana Syiar Islam sentiasa berlegar dan berkumandang di zaman Rasulullah...

"Ya Allah berikanlah kami kekuatan dan pedoman kepada kami agar sinar Islam sentiasa kuat di hati kami Ya Allah..!Jangan kau matikan kami selain daripada Islam Ya Allah!"

"Kami menuntut keredhaanMu agar kami semua dapat bersatu dalam menangkis tentangan daripada luar Ya Allah, yang sentiasa ingin menghancurkan umatmu dan ingin sentiasa memisahkan kami daripada jalan yang lurus dan yang hak dan batil.."

'Bantulah Kami Ya Allah..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For Saudagar_SenjaProfil   Hantar PM kepada Saudagar_Senja   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-05-07 15:13


dah name zina....ikhlas???/


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 12:18


Ikhlas tidak menghalal kan benda yang haram... Walaupun niat kita baik...

Islam mengharam penzinaan, kerana ada sebab2 yang tertentu.. Ada hikmah di sebalik islam mengharamkan dan menghalal kan sesuatu perkara

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

pewaris_negeri86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.11.2006
Ahli No: 27427
Posting: 116
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 12:28


tak wujud pun perkataan ikhlas Kalau bermaksiat kepada Allah. Cuba fikir balik, mana mungkin dia niatkan zina nya kerana Allah sedangkan Allah terang-terangan melarang perbuatan tersebut.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For pewaris_negeri86Profil   Hantar PM kepada pewaris_negeri86   Pergi ke pewaris_negeri86's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 17:10


Hmm...dah teruk sangat masalah masyarakat sekarang...sampai tahap macam tu sekali pemikiran mereka...marilah sama-sama kita sebar dakwah untuk menyelamatkan generasi bangsa kita ni...yang haram tetaplah haram..walau niat ikhlas sekalipun...semua dah berkiblat kan cara hidup barat...astaghfirullahal 'azim..moga tuhan pelihara mereka ini dari terus-terus berada dalam kejahilan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 17:15


Lama-lama nanti mencuri tapi ikhlas, merompak tapi ikhlas, membunuh tapi ikhlas, menipu tapi ikhlas, merogol tapi ikhlas dan segala mak nenek ikhlas.. huh.. kena belajar ilmu ikhlas ni..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 17-05-07 18:09


mana ada matlamat menghalalkan cara.tu prinsip maximilian .ish3..lau dah caranya haram, haramlah jawabnye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124982 saat. Lajunya....